percubaan stpm pahang 2011 - skema sejarah kertas 2

Upload: asmawi-bin-abdullah

Post on 07-Apr-2018

289 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/4/2019 Percubaan STPM Pahang 2011 - Skema Sejarah Kertas 2

    1/34

    SKEMA 2011 JPN PAHANG : SEJARAH 940/2

    GRED PEMARKAHAN

    GRED F 00 - 09 GAGAL

    GRED E 10 - 12 LULUS

    GRED D 13 - 15 KEPUJIAN RENDAH

    GRED C 16 - 19 KEPUJIAN TINGGI

    GRED B 20 - 22 BAIK

    GRED A 23 - 25 CEMERLANG

    PENILAIAN JAWAPAN

    A) IMPRESSION : persembahan, kebolehan menganalisis, kedalaman menghujah,perspektif,

    konteks sejarah dan bahasa/gaya

    B) ANALATIKAL : releven, fakta tepat, pengetahuan fakta luas, kedalaman menganalisis,

    rujukan atau sumber.

    C. Pengagihan markah bagi setiap soalan ialah

    1. Markah untuk pendahuluan atau pengenalan jawapan. 2/3/4 markah.

    2. Markah untuk penutup atau rumusan 2/3/1 markah. (Markah maksimum untuk

    pendahuluan atau pengenalan dan penutup atau rumusan ialah 5 markah).

    3. Markah maksimum bagi perbincangan isi 20 markah.

    4. Pembahagian markah boleh dibuat mengikut kadar 10 10 , 12 / 12 atau 15/10 atau 10/15 bagi

    soalan-soalan yang melibatkan dua buah negeri yang dijawab secara berasingan.

    5. Peruntukan markah bagi setiap isi hendaklah dibuat berasaskan kepentingan isi.

    A. Keterangan Tambahan.

    1. Skema jawapan yang disediakan tidak seharusnya dianggap sebagai model jawapan. Ia bertujuan

    membantu pemeriksa memberi fokus kepada aspek-aspek penting tentang sesuatu tajuk. Sekiranya

    terdapat fakta-fakta dalam skrip jawapan calon yang diragukan oleh pemeriksa, perkara ini seharusnya

    dirujuk kepada buku-buku yang berautoriti.

    2. Pemeriksa hendaklah mengambil kira perkara-perkara berikut semasa memeriksa skrip jawapan

    calon;

    a. Adakah calon memahami soalan

    b. Adakah calon menjawab soalan.

    c. Keberkaitan dan ketepatan fakta-fakta dan huraian.d. Tertib jawapan iaitu mempunyai pendahuluan/pengenalan, bahagian perbincangan isi dan

    penutup/rumusan.

  • 8/4/2019 Percubaan STPM Pahang 2011 - Skema Sejarah Kertas 2

    2/34

    BAHAGIAN A

    1. Jelaskan peranan raja di Negeri-Negeri Melayu dari tahun 1800 1896.PENDAHULUAN (3M)

    Raja atau sultan memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Sebelum kedatangan

    penjajah, sultan memainkan peranan penting dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Namun penguasaan penjajah Britishke atas Tanah Melayu menyebabkan kuasa sultan mulai terhakis. Sebaliknya British mula memainkan peranan dalampolitik, ekonomi dan sosial. Walaupun kuasa sultan kian terhakis pada zaman penjajahan British namun sultan tetapmenjadi unsur penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu.

    ISI JAWAPAN

    A. Peranan Raja sebelum penjajahan British

    KEDUDUKAN TERTINGGI DAN BERKUASA MUTLAK- Kuasa tertinggi dalam politik di NNM terletak di tangan Sultan/Raja /Yang Di Pertuan Besar. Contohnya SultanPerak,Selangor,Johor,Pahang,Kedah,Kelantan, Perlis,Terengganu dan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan.- Sultan dianggap sebagai Amirul Mukminin dan Wakil Allah Di Bumi. Melanggar perintah sultan dianggap sebagaimelanggar perintah Allah. Wahai Orang-Orang Yang Beriman, Taatilah Allah dan RasulNYA dan Ulil Amri. Ulil Amridirujuk kepada Sultan. Ketinggian sultan sebelum kedatangan kuasa British juga ditunjukkan .All power is centered inSultan/Raja and the powerfull chiefs..- Selaras dengan ketinggiannya sultan dikaitkan dengan daulat. Barang siapa yang engkar arahan atau perintahsultan akan tekena tulah. Daulat sultan diperolehi semasa istiadat pertabalannya. Diri sultan juga suci dan mempunyaidarah putih dan kesucian ini dikaitkan dengan alat-alat,bahasa dan sebagainya yang berbeza-beza mengikut negeri.

    a) Alat muzik seperti nobat hanya dimainkan semasa upacara rasmi seperti pertabalan dankemangkatan sultan/raja.

    b) Alat-alat kebesaran seperti kayu gamit,puan naga taru,kamala,surat ciri,cap halilintar dan ubar-ubar,mahkota kebesaran,lambang negeri,bantal,langsir yang digunakan atau dipamer semasa pertabalan.

    c) Alat senjata seperti pedang,tombak,keris panjang. Alat-alat ini dipercayai menjelma sendiri danmempunyai kuasa sakti sehingga dapat memusnahkan sesiapa yang memegang tanpa keizinan.

    d) Penggunaan bahasa istana/dalam seperti beta,beradu,santap,geringe) Binatang dan buah-buahan tertentu contohnya gading gajah di Pahang, telur penyu

    Terengganu,buah ketiar,gajah,kerbau balar dan anakanak gampang. Seorang sultan dikurniakan kuasa sakti dan layakmengendalikan makhluk-makhluk ini.

    f) Warna/pakaian: warna kuning hanya boleh digunakan oleh sultan dan kerabatnya. Di Johornyacontohnya semasa Majlis Raja bagi orang kebanyakan dikehendaki memakai songkok baldu hitam,baju hitam. Bagi wanitadikehendaki memakai baju kurung Teluk Belanga dengan lengan baju diketatkan sedikit dengan cara dijahit atau disematdengan jarum. Leher baju pula dijahit dengan tulang belut. Leher cekak musang hanya boleh dipakai oleh anak-anak rajadan ahli orang besar-besar.

    KETUA PENTADBIR /PEMERINTAH- Sultan atau YDPB adalah ketua negeri masing-masing. Mereka mengetuai pentadbiran atau pemerintahan negeri.Secara umumnya sultan mengetuai agama,undang-undang,hubungan luar,ketua angkatan tentera dan lain-lain yangbersangkutan dengan pentadbiran. Contohnya Sultan Johor berperanan melindungi adat Melayu,hakim utama,mengetuaiangkatan perang,mengetuai rundingan dengan ketua-ketua negara yang lain,mempertahankan agama Islam,mengawalekonomi kerajaan dan melantik pembesar-pembesar untuk menjalankan pentadbiran.- Sesuai dengan ketinggian kedudukannya , untuk mentadbir negeri sultan dibantu oleh menteri dan pegawai-pegawai yang dikenali dengan berbagai gelaran mengikut negeri. Contohnya di Perak antara golongan pembesar utamaialah Orang Kaya Dato Bendahara Paduka Raja, Orang Kaya Laksamana, Tun Pikrama Temenggung, Sri Nara Diraja dansebagainya. Di Johor pula contohnya Bendahara amat berkuasa antara tugasnya ialah menjadi ketua menteri, panglimatertinggi angkatan tentera dan ketua adat istiadat diraja. Sementara di Pahang pula sultan dibantu oleh Dato Bendahara,Dato Temenggung, Orang Kaya Indera Segara, Orang Kaya Maharaja Perba, Orang Kaya Indera Syahbandar danpembesar-pembesar lain.- Apabila sultan mangkat bakal waris raja biasanya bergelar Raja Muda/Yang Dipertuan Muda/Tengku Mahkota,Tengku Besar akan dilantik oleh pembesar sebelum jenazah sultan dimakamkan. Dalam adat penggantian, kecuali di Perakputera sulung sultan yang bergelar bakal sultan akan dilantik sebagai pengganti. Di Perak system penggantian mengikutsystem giliran: Raja Di Hilir, Raja Bendahara, Raja Muda dan Sultan. Sebelum campur tangan British di Johor, Johormengistiharkan Undang-Undang Tubuh pada tahun 1895. Begitu juga dengan Terengganu pada tahun 1911 yangmenyentuh di antara lain tentang penggantian sultan dan perjalanan pentadbiran.

  • 8/4/2019 Percubaan STPM Pahang 2011 - Skema Sejarah Kertas 2

    3/34

    KETUA EKONOMI

    - Sultan berkuasa penuh ke atas ekonomi seperti pertanian, tanah, cukai, perdagangan, serta perlombongan.Dalam bidang perdagangan pada teorinya sultan adalah pemilik semua hasil dalam negeri. Pungutan hasil dijalankan olehpegawainya.- Antara monopoli raja ialah garam, tembakau dan candu. Di Kelantan contohnya pada penghujung abad ke-19setiap kapal yang berlabuh di pelabuhan dikenakan bayaran $25 dan kemudian dinaikkan mengikut saiz kapal. Cukai

    kepala juga dikenakan. Cukainya $1.00 bagi orang lelaki dewasa yang bebas dan 50 sen bagi hamba. Cukai ini dikenakantiap-tiap tiga tahun.- Di kawasan perlombongan orang Melayu dikenakan $3.00 dan $13.00 bagi orang Cina. Manakala kerabat danhamba raja dikecualikan dari membayar cukai.- Bagi percukaian ke atas tanah pertanian pula, sebagai contoh di Kedah dan Kelantan disebut tanah dan hasilnyaadalah milik raja. Rakyat wajib menyerahkan hasil pertanian kepada sultan sebgai cukai. Contohnya seperti kelapa, padiatau wang tunai yang sama nilai dengan harga barang-barang tersebut.- Sistem serah dan kerah juga merupakan satu sistem cukai. Rakyat dikehendaki menyerahkan hasil kepadapemimpin. Sebagai contoh di Terengganu rakyat akan diwajibkan membeli barang-barang yang merupakan monopoli rajaseperti garam dan pemerintah seperti ketua kampung akan menetapkan bayaran yang perlu dibayar seperti yang diperlukanoleh pemerintah.- Sistem ini dijalankan juga di Kelantan seperti yang terdapat dalam catatan Abdullah Munsyi dalam PelayaranAbdullah yang mengatakan apa sahaja barangan seperti perahu, tanaman, harta ,anak perempuan jika dikehendaki oleh

    raja boleh diambil dan tidak boleh ditegah.- Golongan bangsawan dikecualikan daripada sistem ini. Orang biasa yang berstatus tinggi jugadikecualikan dari sistem ini. Contohnya di Kedah mereka yang dikecualikan dari sistem ini ialah golongan syed (keturunannabi), golongan baik-baik seperti haji, lebai, penghulu, kakitangan masjid dan orang suruhan istana. Sistem ini menunjukkanperbezaan status sosial dalam kalangan rakyat.

    MENGURNIAKAN DARJAH DAN KEBESARAN- Tradisi kerajaan mengurniakan gelaran -gelaran bagi pembesar-pembesar. Gelaran ini sentiasa dipelihara untukmengukuhkan susun lapis masyarakat. Sultan mempunyai kuasa untuk memberi kurnia kepada rakyat yang berjasa.- Ganjaran adalah dalam pelbagai bentuk material simbol sosial. Contohnya Ngah Ibrahim dan Long Jaafar yangdikurniakan gelaran Orang Kaya Larut apabila dapat membantu sultan menyelesaikan hutang.Sultan juga mengurniakandaerah atau jajahan untuk pembesar-pembesar yang berjasa seperti Raja Jumaat, Selangor dikurniakan Daerah Lukuthingga ke Kuala Sg Linggi dan Wan Daud Ibni Wan Pahang dikurniakan gelaran Maharaja Setia Raja dan dikurniakanDaerah Lipis.

    SOSIAL- Sultan berkedudukan tinggi dalam masyarakat. Dalam hiraki masyarakat Melayu sultan menduduki tempatteratas. Sultan juga berperanan menjaga keamanan dan kesejahteraan. Oleh itu sultan perlu kuat untuk menjagakeselamatan negeri. Tradisi Sejarah Orang Melayu mengandungi cerita-cerita akhlak untuk menguatkan kedudukan raja.- Penyembahan secara rasmi oleh pembesar-pembesar terhadap raja/sultan dilambangkan dan dilahirkan dalamupacara mengadap. Sultan akan berhadapan dengan pembesar contohnya apabila Hari Raya Haji dan Puasa di manapembesar akan menyembah sultan seperti di Negeri Kedah.- Sultan juga bertanggungjawab terhadap perpaduan dengan kuasa-kuasa luar untuk menjaga keamanan negeri.Contohnya menandatangani perjanjian dengan kuasa luar seperti British dan Siam. Contohnya Perjanjian Pangkor olehRaja Abdullah Perak, Perjanjian yang menyerahkan Seberang Perai oleh Sultan Kedah kepada British dan perjanjianperlindungan Kedah-British.- Untuk menjaga keamanan dan keselamatan sultan juga berkuasa untuk menjatuhkan undang-undang terutamayang berkaitan dengan hukum bunuh. Kata-Kata sultan adalah hukum. Di Kelantan misalnya jika raja tidak dapat membuatkeputusan cara pengadilannya ialah melalui ujian menyelam dan mengulur tangan ke dalam minyak panas. Caramenghukum dan mengadili berbeza di antara negeri mengikut undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

    MENENTUKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK- Sultan lebih aktif dalam menjalin hubungan hal ehwal luar berbanding bertindak sebagai

    ketua perang. Perjanjian dengan kuasa-kuasa asing tidak sah jika tidak ditandatangani oleh sultan. Selain itu, ia jugamemerlukan tanda tangan 12 orang pembesar. Kebimbangan campur tangan Inggeris di Tanah Melayu menjadikanhubungan sultan dengan para pembesar kian rapat. Kehadiran British di Perak pada tahun 1875 membawa kepadaperjumpaan-perjumpaan antara sultan dengan pada pembesar.

    - Namun demikian, ada juga pembesar yang menentang sultan secara halus tidak hadir dalampertemuan seumpama ini. Misalnya pada tahun 1875 pentadbir British telah bersusah payah untuk mendapatkan tandatangan pembesar-pembesar Perak yang tidak hadir di Pangkor dalam tahun 1874 untuk menandatangani persetiaanMelayu-Inggeris itu.

  • 8/4/2019 Percubaan STPM Pahang 2011 - Skema Sejarah Kertas 2

    4/34

    KETUA PERTAHANAN

    - Sultan menjadi ketua tentera bagi negeri masing-masing. Sekiranya berlaku peperangan,sultan akan mengetuai angkatan tentera bagi mempertahankan negara daripada serangan musuh atau menakluk negaralain. Baginda bertanggungjawab menjaga keamanan negara daripada ancaman luar. Pada tahun 1830 an-1870an diNegeri-negeri Melayu tidak terdapat peperangan luar yang serius atau ancaman perang. Kedatangan British juga tidak

    menggunakan tentera yang besar, hanya menggunakan tentera Negeri-Negeri Selat sahaja.- Oleh yang demikian, peranan sultan sebagai ketua tentera tidak menonjol pada masa ini.Malah perang saudara yang berlaku antara tahun 1865-1875 banyak melibatkan perang saudara antara pembesar-pembesar. Hanya di Pahang berlaku pemberontakan seorang pembesar tetapi sultan telah mengarahkan pembesar lainuntuk menamatkan pemberontakan tersebut.

    B: PERUBAHAN-PERUBAHAN SELEPAS CAMPURTANGAN BRITISH

    Sistem Residen telah diperkenalkan pada tahun 1874 di Perak dan seterusnya berkembang

    ke Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan

    - Residen merupakan pentadbir sebenar walaupun beliau sepatutnya bertindak sebagai

    penasihat sultan. Semua urusan negeri ditentukan oleh Residen. Sultan hanya berkuasa dalam hal berkaitan dengan

    agama Islam dan adat Melayu. Pentadbiran negeri dijalankan atas nasihat Residen

    - Sistem pentadbiran baru berbentuk birokrasi. Pentadbiran negeri ditadbir oleh Pegwai British. Pejabat-pejabat

    dibuka untuk melicinkan pentadbiran,memungut cukai, menetapkan undang-undang dan mengawal keamanan

    - Badan Perundangan berdasarkan kehakiman British. Hakim-hakim dilantik untuk melaksanakan sistem

    kehakiman ini. Sultan kehilangan kuasa untuk menjatuhkan hukuman

    - Majlis Mesyuarat Negeri menggantikan Majlis Sultan. Residen menjadi pengerusi Majlis Negeri, segala keputusan

    Majlis dibuat oleh Residen. Sultan kehilangan kuasa pentadbiran termasuk tidak dibenarkan mempunyai tentera sendiri.

    Bidang keselamatan teretak di bawah kekuasaan Residen

    - Pentadbiran British telah mempengaruhi perlantikan sultan baru. Sebelum kedatangan British, seorang Sultan

    dilantik mengikut keturunan dan mendapat persetujuan daripada pembesar. Dengan kedatangan British, Sultan yang

    dilantik daripada golongan yang tidak menentang pentadbiran British, misalnya Sultan Yusuf

    - Dengan penubuhan Persekutuan 1896, semua urusan pentadbiran dipindahkan daripada Sultan dan Residen

    kepada Residen Jeneral di Kuala Lumpur. Pesuruhjaya Tinggi yang berada di Singapura tidak berupaya langsung

    mengawal dan mengawasi Residen Jeneral

    - Sultan-sultan dikehendaki menurut nasihat Residen Jeneral dalam semua hal yang berkaitan dengan pentadbiran.

    Residen Jeneral mempunyai hak penuh ke atas keempat-empat buah negeri itu. Persekutuan 1896 menyebabkan kuasa

    sultan semakin merosot

    - Sultan-sultan mengkritik pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral. Mereka menggesa dasar pengagihan

    kuasa dan mengesa bilangan pegawai Melayu ditambah dalam perkhidmatan kerajaan

    - Penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909 bertujuan untuk menambah kuasa sultan tetapi malangnya sultan

    hanya menjadi ahli biasa dan tidak mempunyai undi pemutus.Majlis ini boleh menjalankan urusan tanpa kehadiran sultan.

    Semua perundangan yang diluluskan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Tinggi dan bukan oleh sultan

    KESIMPULAN

    - Peranan raja / sultan telah berubah setelah campur tangan British . Pengenalan Sistem Residen di Negeri-Negeri

    Melayu seperti Perak, Selangor telah menyebabkan Raja-Raja Melayu kekurangan kuasa.

  • 8/4/2019 Percubaan STPM Pahang 2011 - Skema Sejarah Kertas 2

    5/34

    Penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri, Persekutuan 1896 dan Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909 turut gagal

    mengembalikan kuasa sultan dan ini menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan sultan dan menuntut pengagihan

    kuasa

    Skema panduan sahaja. Jika calon berjaya menjawab dan boleh memberi jawapan lebih baik beri cemerlang

    Cara pemeriksaan : impression 20 m

    Beri cemerlang jika calon berjaya menunjukkan perkembangan sehingga 1896

  • 8/4/2019 Percubaan STPM Pahang 2011 - Skema Sejarah Kertas 2

    6/34

    2. Bincangkan reaksi masyarakat tempatan terhadap pentadbiran British di Perak dan Pahang padapenghujung abad ke-19

    PENDAHULUAN (3m)- Sistem Residen mula diperkenalkan di Perak setelah Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874.Sementara di Pahang pula sistem ini dilaksanakan pada tahun 1888 dengan perlantikan J.P Rodger

    - Sistem ini telah mendapat tentangan dari rakyat tempatan apabila banyak pembaharuan-pembaharuan yangdilaksanakan melanggar adat resam dan menggugat pemerintahan tradisonal tempatan dan perkara yang palingpenting ianya telah menimbulkan perasaan tidak puas golongan pemerintah di kedua-dua negeri.

    FAKTOR PENENTANGAN DI PERAK (10m)

    PERASAAN TIDAK PUAS HATI GOLONGAN PEMERINTAH- Perlantikan J.W.W Birch sebagai Residen setelah 10 bulan Perjanjian Pangkor ditandatangani dan pengenalanpelbagai pembaharuan di Perak menyebabkan Raja Abdullah tidak puas hati kerana beliau mengenepikan sultandalam banyak perkara- Birch telah membatalkan hak pungutan cukai Raja Abdullah dan pembesar-pembesar Perak tanpa gantirugi yangmemuaskan.- Pembatalan pajakan Sultan Abdullah kepada Lee Cheng Tee saudagar Singapura iaitu konsesi atau hak

    memungut cukai kastam di Hilir Sg Perak selama 10 tahun bernilai RM26 000 setahun. Raja Abdullah tidak diberigantirugi yang setimpal- Raja Ismail dan pembesar di Hulu Perak tidak mengiktiraf Raja Abdullah sebagai sultan Perak dan engganmenyerahkan alat-alat kebesaran untuk tujuan pertabalan sultan kepada Raja Abdullah- Penghapusan system perhambaan terutama hamba berhutang oleh Birch juga menimbulkan kemarahanpembesar- Ngah Ibrahim pula tidak puas hati dengan kedudukannya sebagai Pembesar Larut kerana tidak dapat bertindakdengan bebas seperti dahulu dan terpaksa mematuhi nasihat Penolong Residen iaitu Kapten Speedy- Perasaan tidak puas hati ini menyebabkan Raja Abdullah dan pembesar-pembesar enggan bekerjasama denganBirch dan telah bersatu untuk menentangnya

    KELEMAHAN PEMERINTAHAN RAJA ABDULLAH- Sultan tidak mentadbir Perak dengan baik dan banyak berhutang hingga terpaksa menjual daerah Krian untuk

    membayar hutang. Untuk membayar hutang baginda terpaksa memajakkan hak memungut cukai di Kuala Sg Perakkepada Lee Cheng Tee- Sultan juga tidak dapat mengawal pembesar-pembesar dengan baik dan banyak mempunyai musuh. Terdapatpembesar yang tidak puas dengan perlantikan baginda sebagai sultan dan terdapat juga pembesar yang masihmemungut cukai dengan nilai yang tinggi di daerah masing-masing

    KELEMAHAN KEPERIBADIAN BIRCH- Tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas tentang adat resam dn adat istiadat Melayupengalaman berkhidmat di Sri Lanka tidak dapat digunakan kerana budaya yang berbeza- Beliau juga tidak fasih berbahasa Melayu dan sukar untuk berhubung dengan masyarakat tempatan- Beliau juga sombong dan menganggap dirinya bijak dalam pentadbiran dan ingin membuat pembaharuan dengancepat dan tergesa-gesa sehinggan mengenepikan perasaan sultan dan pembesar Melayu- Beliau juga bersikap biadap dan kurang diplomasi ditunjukkannya apabila beliau membakar rumah Ngah Ibrahim

    dan Tengku Panglima Besar kerana masih memungut cukai

    PEMBAHARUAN-PEMBAHARUAN BIRCH- Sistem pengutan cukai diubah dan diletakkan dibawah kawalannya. Seorang Pegawai British dilantik untukmemungut cukai yang digelar Majistret atau Pemungut Cukai. Birch telah mengambilalih hak pungutan cukaipembesar-pembesar Melayu. Birch telah campur tangan dalam adat istiadat Melayu tanpa disedari.- Beliau juga tidak tahu pembayaran cukai adalah untuk menunjukkan tanda taat setia.- Birch juga telah menghapuskan amalan perhambaan tetapi beliau telah memberi perlindungan kepada hamba-hamba yang melarikan diri ke rumahnya terutama hamba perempuan. Ianya melanggar adat Melayu. Malahmemarahi Sultan yang meminta supaya hambanya dikembalikan dan tidak mahu membayar ganti rugi.

    PERASAAN TIDAK PUAS RAKYATBerapa peraturan baru telah diperkenalkan dan menimbulkan kemarahan rakyat. Beliau memperkenalkan cukai bot

    dan padi. Penduduk diwajibkan membeli lesen untuk membawa senjata, memotong kayu dan mengambil daunnipah. Beliau juga memperkenalkan unng-undang awam dan jenayah bagi mempastikan peraturan baru dipatuhi

  • 8/4/2019 Percubaan STPM Pahang 2011 - Skema Sejarah Kertas 2

    7/34

    KESILAPAN SIR WILLIAM JERVOIS- Beliau telah dilantik sebagai Gabenor NNS pada Mei. 1875 bagi menggantikan Andrew Clarke. Beliau membuatkeputusan mengambil alih pentadbiran Perak melalui perlantikan pegawai British atas nama sultan- Sultan dan pembesar diberi pencen kerana penyerahan kuasa pentadbiran- Pada 11 September,1875 beliau mendesak Raja Ismail supaya menyerahkan alat kebesaran Diraja Perak kepada

    beliau tetapi ditolak.- Jervois juga memaksa Raja Abdullah menyerahkan kuasa pentadbiran Perak kepada British dan akhirnyaterpaksa menandatangani pengistiharan pentadbiran Perak kepada British pada 2 Oktober 1875 kerana diugut akandibuang negeri dan tempatnya akan diserahkan kepada Raja Yusuf

    PERISTIWA PENENTANGAN- Kekecewaan atas tindakan dan juga kesilapan Sir William Jervois menyebabkan RajaAbdullah menjemput semua pembesar Peraak ke satu persidangan bagi membincangkan hal campur tangan British- Persidangan tersebut diadakan di Durian Sebatang pada 20 Julai 1875 yang dihadiri olehhampir semua pembesar Perak kecuali Raja Ismail dan Raja Yusof. Tetapi Raja Ismail telah mengutus surat kepadaRaja Abdullah menyatakan persetujuan baginda dgn keputusan persidangan. Mesyuarat memutuskan untukmembunuh Birch dan ianya diserahkan kepada Dato Maharajalela untuk melaksanakannya.- Pengisytiharan Penyerahan Kuasa Pentadbiran Raja Abdullah telah ditandatangani pada 2

    Oktober 1875 dan Birch telah diarahkan untuk mengumumkan perubahan tersebut. Pada 27 Oktober 1875 Birch telahmenampal surat tersebut(proklamasi) di kediamannya dan belayar ke Pasir Salak untuk menampal proklamasi tersebut- Pada 1 November1875 Birch bersama keraninya Mat Arshad telah tiba di Pasir Salak dantelah mendapat tentangan. Pada 2 November 1875 Birch ditikam ketika sedang mandi di Sg Pasir Salak oleh Seputumdan Pandak Induk dan beliau mati di tempat kejadian- Peristiwa ini telah mencetuskan Perang Perak antara British dan pembesar Melayu. Britishtelah mendapat bantuan dari tentera India, Hong Kong dan London dan akhirnya pembesar Melayu kalah denganpenawanan Kota Lama pada 4 Jan 1876. Menjelang pertengahan 1876 semua pejuang dapat ditawan.- Dato Maharajalela, Seputum, Pandak Induk serta Dato Sagor dihukum gantung sampai matidi Matang pada 20 Jan 1877. Sultan Abdullah, Menteri Larut Ngah Ibrahim, Dato Laksamana dan Dato Syahbandartelah dibuang negeri ke Pulau Seychelles. Raja Ismail telah diperintah meninggalkan negeri dan tinggal di Johorsementara Raja Muda Yusof telah dilantik menjadi Pemangku Sutan danditabalkan pada 1886-

    PENENTANGAN DI PAHANG (10m)

    PERASAAN TIDAK PUAS HATI GOLONGAN PEMERINTAH- Pengenalan Sistem residen dan penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri menyebabkan Sultan Ahmad kehilanganbanyak kuasa dan hak keistemewaan. Semua keputusan dalam Majlis Mesyuarat Negeri dibuat oleh Residen. Sultanhanya menandatangani surat-surat perintah sahaja- Sultan juga tidak berpuas hati dengan jumlah elaun yang diberikan oleh British yang dianggap terlalu sedikit.Kerajaan memberikan RM18 000 setahun manakala Sultan Ahmad meminta supaya dibayar RM24 000 setahun- Tindakan British memaksa Sultan Ahmad melantik putera sulungnya iaitu Tengku Mahmud sebagai PemangkuRaja yang berkuasa penuh. Tujuan British adalah untuk mengurangkan peranannya sebagai pemerintah yang sah- Tindakan British memperkenalkan pelbagai peraturan baru yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Negeri pada 31Disember 1889- Penghapusan hak pemungutan cukai pembesar-pembesar dalam daerah pentadbiran masing-masing.

    Penubuhan daerah-daerah baru diletakkan di bawah pentadbiran pegawai British yang digelar Pemungut Cukai danMajistret telah mengambil alih tugas yang sebelum ini dilaksanakan oleh pembesar daerah- Tindakan Residen British mengambil alih peranan pembesar Pahang sebagai Penasihat Sultan dalam MajlisPenasihat istana melalui penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri- Dato Bahaman tidak puas hati kerana beliau tidak dibenarkan memungut cukai dan ditawarkan elaun sebanyakRM70 sebulan. Beliau juga tersinggung kerana British hanya menawarkan elaun tahunan sebanyak RM840 sebagaiganti rugi atas kehilangan kuasa di daerah Semantan. Beliau menuntut supaya jumlah dinaikkan kepada RM6 000setahun tetapi tidak dilhiraukan oleh British- Kemarahan beliau bertambah apabila British mendirikan Balai Polis di Lubuk Terua tanpa meminta atau berundingterlebih dahulu dengannya. Pembinaan balai ini menyebabkan kebebasan Dato Bahaman dan pengikutnya terbatasdan terpaksa mematuhi undang-undang British- Tok Gajah pula bangkit menentang kerana tuntutannya untuk mendapatkan elaun tambahan ditolak.Perjuangannya mendapat sokongan masyarakat Melayu apabila permintaannya agar British melewatkan

    pembayaran cukai tanah ditolak.

  • 8/4/2019 Percubaan STPM Pahang 2011 - Skema Sejarah Kertas 2

    8/34

    PERASAAN TIDAK PUAS HATI RAKYAT- Undang-undang baru telah diperkenalkan iaitu cukai tanah sebanyak 40sen seeker dikenakan ke atas tanahkampong, tanah paya, dusun dan tanah nipah- Sistem lessen dan permit dilaksanakan dengan mewajibkan sesiapa sahaja yang hendakmemungut hasil hutan atau mencari nipah mesti mendapatkan lesen terlebih dahulu

    - Rakyat diwajibkan untuk bekerja sebagai buruh kerahan selama dua bulan dalm setahun bagi kerja-kerja yang

    melibatkan pihak kerajaan- Sekatan yang tidak membenarkan rakyat tempatan membawa senjata seperti keris kemana sahaja mereka pergi- Kehadiran polis Sikh dan India yang kasar dan tidak memahami adat istiadat masyarakat Melayu terutamanyamembawa senjata kemana sahaja mereka pergi- Kehadiran pelombong Eropah dan Cina juga menyebabkan kebenciaan masyarakat tempatan bertambah keranamereka tidak faham adat, bersikap bongkak dan sombong terhadap masyarakat Melayu- Dato Bahaman dan Mat Kilau sering menyerang pedagang Cina di Pahang

    KELEMAHAN PERIBADI J.P RODGER- Beliau tidak pandai menggunkan diplomasi dan tolak ansur ketika berurusan dengan Sultan Ahmad danpembesar Pahang- Beliau juga telah memperkenalkan pelbagai peraturan baru tanpa berunding dan tidak menghiraukan perasaansultan dan pembesar tempatan

    B: PERISTIWA PENENTANGAN- Pada bulan Disember 1891 orang Melayu Pahang dipimpin oleh Dato Bahaman telahmenentang pentadbiran baru dan beliau mendapat sokongan daripada Tok gajah dan anaknya Mat Kilau.- Pada bulan Disember 1891 serangan Dato Bahaman bermula ke atas rombongan C.E.BDesborough yang menawan dan enggan menyerahkan 3 orang pengikut Dato Bahaman yang dituduh memungut hasilhutan secara haram.Dato Bahaman dan pengikutnya datang ke Bentong untuk berjumpa dengan Penghulu di situuntuk menlancarkan serangan ke atas Balai Polis Bentong- Pada awal tahun 1892 Sultan Ahmad dan pembesar-pembesar Pahang mengadakanperjumpaan sulit di Pulau Tawar dan berjanji akan mengekalkan kedudukan tradisi pembesar.- Pada Mac 1892, Dato Bahaman melancarkan serangan ke atas Lubuk Trua dan berjayamenawan Temerloh. Pasukan British di bawah Hugh Clifford dan E.A Wise bersama angkatan Tengku Ali membuatserangan balas ke atas Dato Bahaman di Temerloh dan pertahanannya dimusnahkan. Beliau dan pengikutnya sempat

    mengundurkan diri ke dalam hutan- Pada April 1892 Panglima Muda Jempul menyerang Pekan dan membunuh dua orangpegawai British iaitu Harris dan Steward dan pada 8 Mei 1892 telah berlaku pertempuran di Batu Hampar. DatoBahaman dikalahkan dan anknya Awang Hamat terbunuh manakala Mat Lela tercedera. Beberapa siri penentanganlain telah dilakukan pada Mei 1892, Ogos 1892 dan September 1892 para pejuang telah melarikan diri ke Kelantan danTerengganu dan melancarkan beberapa serangan bersama Tokku Paloh.- Pada Jun 1894, Dato Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan pengikut-pengikutnya melancarkanserangan ke atas balai polis di Kuala Tembeling dan 5 orang polis terbunuh. Seterusnya mereka menyerang danmenawan kubu Jeram Ampai dan berlaku pertempuran dengan British dan British berjaya- Pejuang Pahang sekali lagi terpaksa berundur ke Kelantan dan Terengganu. Hugh Cliffordmengetuai sepasukan askar untuk memberkas mereka di Terengganu tetapi tidak berjaya kerana Sultan Kelantan danTerengganu tidak memberi kerjasama- Pada November 1895 beberapa pembesar, Dato Bahaman berundur ke Siam dan menetap di

    situ. Pembesar lain seperti Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau diwartakan meninggal dunia.Keseluruhnnya perjuanganorang Melayu Pahang mengalami kegagalan

    KESIMPULAN (2m)- Perasaan tidak puas hati rakyat telah membawa kepada penentangan di Perak dan Pahang danmenyebabkan pertempuran antara kedua-dua pihak. Walau bagaimanapun penentangan tersebut dapat diatasioleh British dan telah menemui kegagalan.

    CARA PEMERIKSAAN

    Periksa dengan liberal : jika calon berjaya mengemukakan rekasi yang yang menyebabkan penentangan

    dan peristiwa penentangan beri calon cemerlang.

  • 8/4/2019 Percubaan STPM Pahang 2011 - Skema Sejarah Kertas 2

    9/34

    3. Usaha yang dilakukan oleh H.N Ridley telah menjadi pemangkin kepada peningkatan perkembanganperusahaan getah di Negeri-Negeri Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Bincangkan pernyataantersebut.

    PENDAHULUANGetah berasal dari Brazil. Tokoh penting yang membawa benih getah dari Brazil ialah Sir Henry Wickham. Beliau telah

    membawa 70,000 biji getah untuk ditanam di Kew Gardens di London untuk tujuan percambahan. Daripada jumlah ituhanya 4% sahaja yang tumbuh. Pada tahun 1877, 22 spesis getah telah dihantar ke Singapura, sebahagiannya ditanam diBotanical Gardens Singapura dan sebahagiannya ditanam di kediaman Sir Hugh Low di Kuala Kangsar. Pada peringkatawal getah tidak popular di Tanah Melayu kerana para peladang kurang kemahiran berkaitan tanaman getah. Lantaran itumereka lebih tertumpu kepada tanaman lain. Tanaman getah mula mendapat perhatian dan ditanam secara besar-besaranpada awal abad ke-20. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayuantaranya ialah peranan yang dilakukan oleh H.N Ridley yang menjadi pemangkin kepada perkembangan perusahaan ini disamping faktor-faktor lain

    Usaha H. N. Ridleya) Beliau merupakan tokoh yang memainkan peranan penting dalam perkembangan perusahaan getah di TanahMelayu. Beliau telah mengembara ke seluruh Tanah Melayu memujuk orang ramai supaya menanam getah. Denganusahanya jugalah banyak penyelidikan telah dijalankan tentang cara penanaman getah yang betul, kesesuaian tanah dan

    pembekuan getah. Hasil penyelidikan telah diedarkan kepada pengusaha getah malalui Straits And FMS AgriculturulBulletin. Akibat daripada usaha-usahanya itu menyebabkan beliau dige lar Ridley Getah atau Ridley Gila.b) Pada tahun 1897 beliau telah memperkenalkan sistem torehan ibedem atau sistem torehan tulang ikan herring.Sistem torehan ini dapat mengelakkan pokok daripada rosak dan melanjutkan usia pokok. Beliau juga memperkenalkancara yang lebih selamat untuk mengangkut anak-anak pokok ke tempat yang lebih jauh, iaitu dengan cara anak-anakpokok dibalut dengan arang yang lembab bagi mengelak daripada mati akibat kekurangan air. Usaha-usaha Ridleymenampakkan hasil apabila pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 getah mula ditanam secara meluas. Contohnyapada tahun 1896, 16 hektar tanaman getah diusahakan oleh Tan Choy Yan. Menjelang tahun 1904, tanaman getahberskala besar mula ditanam di Kedah dan di Johor. Sehingga tahun 1911, terdapat lebih kurang satu juta ekar tanah telahditanam dengan getah dan pada tahun 1930 getah telah menjadi eksport penting Tanah Melayu.

    Kemerosotan harga kopi.Antara tahun-tahun 1896-1900, harga kopi telah mengalami kemerosotan di pasaran dunia akibat pengeluaran yang

    berlebihan. Kopi juga mengalami kemerosotan akibat serangan penyakit kupu-kupu Beehawk. Kejatuhan harga kopimenyebabkan peladang-peladang beralih tumpuan kepada tanaman getah. Bagi menggalakkan tanaman getah kerajaanPerak telah menjual 32, 000 biji getah dan 60,000 anak benih getah untuk ditanam di seluruh ladang di Tanah Melayu.

    Permintaan terhadap getah yang meningkat.a) Pada awal abad ke-20 permintaan terhadap getah meningkat akibat daripada Revolusi Perindustrian yangberkembang di Eropah dan Amerika Syarikat. Pelbagai barangan telah dicipta yang berasaskan getah. Contohnyaperkembangan industri kereta menyebabkan permintaan terhadap getah meningkat kerana getah digunakan untukmembuat tayar. Pada tahun 1888, J.B. Dunlop telah mencipta tayar angin. Pada tahun 1910, Amerika Syarikat telahmenghasilkan 500,000 buah kenderaan. Hal ini menyebabkan permintaan terhadap getah meningkat khususnya dariAmerika Syarikat. Pada tahun 1907, Amerika Syarikat telah membeli 37% daripada getah dunia dan telah meningkatkepada 77% pada tahun 1917.b) Pada tahun 1839 Goodyear telah menemui kaedah mencampurkan getah dengan belerang dan haba supaya

    keras. Melalui kaedah ini dapat menghalang getah daripada menjadi lembut dan meleket apabila panas; menjadi keras danrapuh apabila sejuk. Kaedah ini dkenali Vulcanization. Kejayaan kaedah ini telah menambahkan kepelbagaianpenggunaan getah seperti kasut getah, pakaian kalis air, barangan elektrik, peralatan perubatan, getah pemadam, paip airdan lain-lain.c) Permintaan yang tinggi terhadap getah telah meningkatkan harga getah. Contohnya pada tahun 1890 harga getah$1.30 sepaun telah meningkat kepada $2.50 sepaun pada tahun 1906. Harga getah tertinggi pernah dicapai ialah $ 5.50sepaun pada tahun 1910. Peningkatan terhadap harga getah telah menggalakkan pelabur Eropah dan Cina menanamgetah secara ladang. Antara ladang yang dibuka oleh pelabur Eropah ialah Guthrie, Harrison and Crossfield (GoldenHope), Socfin, Sime Darby dan Syarikat Getah Dunlop. Sementara itu, orang mula menggantikan tanaman kopi dengantanaman getah. Perluasan tanaman getah telah menyebabkan pengeluaran getah Tanah Melayu meningkat. Contohnyapada tahun 1905 Tanah Melayu mengeluarkan 400 tan getah dan telah meningkat kepada 11,000 tan pada tahun 1911.Pada tahun 1922 Tanah Melayu mengeluarkan sebanyak 212,000 tan getah.

  • 8/4/2019 Percubaan STPM Pahang 2011 - Skema Sejarah Kertas 2

    10/34

    Tenaga buruh yang muraha) British telah membawa masuk secara beramai-ramai orang India ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20.Kedatangan orang-orang India telah dapat membekalkan buruh yang murah kepada sektor getah. Pada tahun 1883Kerajaan British telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan India untuk membawa masuk buruh India secaraterancangb) Orang India dibawa masuk melalui sistem kontrak dan sistem kangany. Pada tahun 1908 sejumlah 43,515 orang

    buruh India di ladang-ladang getah di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Jumlah ini telah meningkat kepada 139, 480 orangpada tahun 1918. Kehadiran buruh dengan jumlah yang besar telah membolehkan pemodal-pemodal Eropah membukaladang-ladang getah yang lebih besar.

    Penyelidikan getah secara saintifikPada tahun 1905, Jabatan Pertanian telah ditubuhkan bagi menjalankan penyelidikan terhadap getah. Pada tahun

    1907 Pertubuhan Penanaman Getah ditubuhkan. Pertubuhan ini menjalankan kerjasama dengan kerajaan British bagimenjalankan penyelidikan untuk memperbaki hasil dan mutu getah serta menambah keluasan kawasan getah.

    Pada tahun 1926 kerajaan telah menubuhkan Institut Penyelidikan Getah. Institut ini telah menghasilkan cara-cara yang lebih baik bagi penanaman getah, penggunaan baja, kawalan serangga, memproses susu getah, pisau menorehyang sesuai, cara mengawet dan memekatkan susu getah.

    Galakan daripada Kerajaan

    a) Kerajaan British memberi galakan kepada perusahaan getah. Pada tahun 1897 kerajaan telah mengenakan cukaiyang rendah ke atas tanah yang ditanam dengan getah, iaitu sebanyak 10 sen bagi setiap 0.405 hektar bagi sepuluh tahunyang pertama dan selepas 10 tahun cukai dinaikkan kepada 50 sen. Duti ke atas getah hanyalah 2.5% bagi setiap limabelas tahun yang pertama dari tarikh kerja-kerja tanaman dimulakan.b) Selepas tempoh tersebut duti tersebut tidak akan melebihi 5%. Pada tahun 1899 kerajaan telah memperuntukkansebanyak $ 4000 bagi menjalankan eksperimen getah dan tanaman lain. Pada tahun 1904 syarikat-syarikat Eropah diberikeutamaan memperoleh pinjaman khas dengan kadar faedah yang rendah. Sebanyak $ 500, 000 diperuntukkan bagimenjayakan skim itu. Pada tahun 1908 jumlah itu ditambah tiga kali ganda. Kerajaan British juga memberi hak milik kekalkepada mereka yang membuka tanah untuk menanam getah.

    Penglibatan pelabur EropahPenglibatan pelabur Eropah menyumbang kepada perkembangan perusahaan getah. Penglibatan mereka telah

    menyebabkan tanaman getah secara besar-besaran terlaksana. Antara syarikat Eropah yang melibatkan diri dengan

    perusahaan getah ialah Guthrie, Dunlop, Sime Darby, Harrison dan Crosfield.Penglibatan syarikat Eropah telah menyebabkan pengeluaran getah di Tanah Melayu meningkat denganpesatnya Contohnya pada tahun 1914 lebih daripada setengah bekalan getah dunia datangnya dari Tanah Melayu.

    KesimpulanJelaslah bahawa pengenalan tanaman getah di Tanah Melayu telah berjaya menjadikan Tanah Melayu sebagai

    pengeluar utama getah dunia. Getah mula menjadi sumber ekonomi penting TanahMelayu seperti juga bijih timah. Usaha-usaha yang dilakukan oleh H.N Ridley telah menjadi pemangkin kepadaperkembangan perusahaan getah. Walau bagaimanapun terdapat juga faktor-faktor lain yang turut memberi sumbanganbesar terhadap perkembangan ini

    Walau bagaimanapun pada tahun-tahun 1920-an dan 1930-an perusahaan getah mengalami kemerosotan akibatkemerosotan ekonomi dunia sehinggakan kerajaan British pada ketika itu terpaksa mengambil beberapa langkah bagimengatasinya dan ianya diburukkan lagi dengan Dasar Bumi Hangus yang dijalankan oleh British semasa Perang Dunia

    Kedua serta sistem ekonomi saradiri yang dijalankan oleh Jepun

    Panduan:Calon mesti membincang soalan ini dengan menumpu kepada usaha H.N Ridley tetapi calon mesti jugamembincang faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi perkembangan ini. Jika calon tidak mengulas markahmaksimum isi ialah gagal tinggi sahaja

  • 8/4/2019 Percubaan STPM Pahang 2011 - Skema Sejarah Kertas 2

    11/34

    4. Bincangkan kesan-kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu antara tahun 1941 1945PENDAHULUAN

    - Kebangkitan kuasa Jepun dibawah pembaharuan Meiji sebagai kuasa imperialis di rantauAsia telah memperlihatkan pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada 1941. Kehadiran Jepun ini adalah sama sepertiimperialis lain iaitu mendapatkan bahan-bahan mentah untuk ekonomi negara Jepun.Berbekalkan slogan Asia untuk Asia

    dan Menghapuskan Imperialisme Kuasa- kuasa Barat perjuangan Jepun pada awalnya dilihat murni oleh masyarakatsetempat kerana melambangkan kebangkitan masyarakat Asia. Malahan orang Melayu dan India mengalu-alukankedatangan orang Jepun yang melihat Jepun sebagai penyelamat dan penghalau penjajah British. Penyerangan ke atasTanah Melayu dilakukan pada 8 Disember 1941 di Kelantan dan menjelang 15 febuari 1942, pentadbiran British di TanahMelayu dan Singapura telah menyerah diri. Maka, secara rasminya bermulalah zaman pendudukan Jepun di TanahMelayu.

    Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah menyebabkan beberapa dasar pemerintahan negara diberubah kepada sistem pemerintahan Jepun. Dasar pemerintahan dan pentadbiran Jepun di Tanah Melayu banyakmeninggalkan kesan negatif dan positif kepada masyarakat Tanah Melayu

    KESAN PENDUDUKAN JEPUN

    a) POLITIK

    - Jepun telah menyatukan pentadbiran Tanah Melayu dengan Sumatera dengan ditadbirkanmenerusi ibu pejabat mereka di Singapura. Bagi memastikan agar tidak berlaku pemberontakan sebuah lagi pasukantentera telah dibentuk. Satu pasukan polis tentera yang dikenali sebagai kempetei telah ditubuhkan bagi mengambil tugaspolis.

    - Sebuah mahkamah tentera ditubuhkan pada 1943 untuk membicarakan kes politik. Bagimendapatkan sokongan rakyat, kedudukan raja-raja Melayu telah dikekalkan dan dijadikan penasihat berhubung denganhal-ehwal agama. Mereka dijanjikan elaun sepertimana sebelum perang, walaupun bayaran tersebut tidak pernah dibuatsepenuhnya. Satu Majlis Penasihat Negeri telah ditubuhkan dengan keanggotaannya terdiri daripada wakil semua kaum.Sultan hanya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi atau penasihat kepada Residen Jepun yang menjadi pengerusi. Bagimendapatkan sokongan penduduk Tanah Melayu, pelbagai pertubuhan kebajikan bagi kaum berlainan ditubuhkan tetapitidak mendapat sokongan.

    - Bagi memastikan agar Tanah Melayu terputus hubungan luar khususnya maklumat darisiaran radio pihak Berikat, Kerajaan Jepun pada Ogos 1942 telah membuat keputusan untuk mengharamkan simpanan

    ataupun penggunaan radio gelombang pendek. Pada September 1943, filem-filem kepunyaan musuh Jepun telahdiharamkan penayangannya di Tanah Melayu. Pada Ogos 1944, muzik pihak musuh telah diharamkan daripada dimainkanatau disimpan. Pada Oktober 1944, tempat hiburan juga telah diharamkan.

    - Bagi meraih sokongan pemerintah Siam tentera Jepun telah menyerahkan negeri Kedah,Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Kerajaan Siam. Dalam usaha untuk memastikan orang Melayu memberisokongan kepada pemerintah Jepun, tentera Jepun telah membebaskan tahanan politik yang ditahan semasapemerintahan British yang telah kembali menghidupkan pertubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang dipimpin olehIbrahim Yaacob. Walaupun begitu, pihak Jepun telah mengharamkan KMM pada 1942 kerana gerakan ini mulamenunjukkan sikap penentangan terhadap pemerintah Jepun.

    - Di Tanah Melayu, Jepun telah menubuhkan Pentadbiran Tentera Pusat (CentralisedMilitaryAdministration) yang diketuai oleh Gunseikan atau Presiden yang bertanggungjawab kepada Pemerintah Tertinggi Tentera(Commander in Chief) bagi angkatan tentera kawasan ketujuh di Singapura. Pentadbiran awam berjalan dengan penyeliaantentera. Tanah Melayu telah dibahagikan kepada lapan kawasan dan tiap-tiap kawasan diketuai oleh seorang Gabenor.

    b) EKONOMI- Semasa pendudukan Jepun telah memberikan impak yang besar terhadap kemelesetan ekonomi Tanah Melayu.Kekurangan makanan dan keperluan kehidupan sehari-hari telah berada pada satu tahap yang sangat meruncing. Perangdunia ke dua yang membabitkan Jepun di pihak Axis menyebabkan berlaku ketidakstabilan politik dan melumpuhkanekonomi. Pada masa peperangan ekonomi seperti perlombongan, pertanian dan perdagangan tidak dapat berjalan lancer- Pada masa peperangan juga, perkapalan telah dihalang oleh kapal selam tentera British dan ini menyebabkanbarangan makanan dan kain tidak dapat diimport kerana sebelum perang, Tanah Melayu telah bergantung kepada pasaranluar iaitu mengimport beras dan kain dari Thai, Burma dan India. Dengan itu tidak hairanlah harga barangan makananseperti beras, tepung, gula, kain baju, minyak petrol, minyak masak dan sebagainya telah meningkat.- Akibat bekalan yang berkurangan, Jepun telah mengamalkan pemerintahan bersifat Self Sufficient. Dasar ini telahmenyebabkan rakyat bergantung kepada kegiatan dalam negara bagi tujuan memenuhi keperluan masing- masing. PihakJepun telah menggalakkan rakyat menanam makanan sara diri seperti beras, ubi kayu, keledek, sayuran dan sebagainya.

    Hal ini berbeza dengan zaman pemerintahan British yang menjalankan dasar buka pintu untuk perkembangan ekonomiTanah melayu. Malahan Jepun telah mengamalkan dasar secukup makan ini dan perusahaan getah diberhentikan untuk

  • 8/4/2019 Percubaan STPM Pahang 2011 - Skema Sejarah Kertas 2

    12/34

    mengantikan tanaman getah dengan bercucuk tanam terutamanya ubi kayu dan bersawah padi. Dengan ini diharap dapatmengurangkan masalah makanan tetapi malangnya masalah kekurangan makanan semakin meruncing.- Malahan untuk mengatasi masalah ketiadaan pakaian masyarakat terpaksa memakai baju yang diperbuat dari gunipada zaman tersebut. Situasi ini dapat dilihat di merata tempat contohnya di Pulau Pinang akibat kesukaran mendapatkankain seperti berlaku di Kampung Kota Aur, Kepala Batas dan Alor Setar, Kedah. Pentadbiran Jepun juga telahmenggalakkan pertumbuhan industri tempatan bagi tujuan menghasilkan tali melalui sabut kelapa sawit, menggantikan

    minyak pelincir dan minyak gris dengan minyak kelapa sawit dan sebagainya.- Jepun telah memperkenalkan bank-bank perdagangan untuk menarik penduduk tempatan menyimpan wang di Bank.Contohnya Jepun menubuhkan Yokohama Speci & Ltd, Perak People Park yang ditubuhkan di Perak, Selangor, Johor,Singapura dan Pulau Pinang. Tetapi matlamatnya tidak berjaya. Malahan semasa pendudukan Jepun, tiada perusahaanberat dimonopoli Jepun dan kebanyakan syarikat Jepun mengambil alih contohnya perusahaan besi di kawasan estetGunung Panjang, Ipoh iaitu The Nippon Seiteetsu Kabushki Kaisha dan The Tojo Kabuski di Perak. Hal ini menyebabkanmemberikan kesan negative terhadap perkembangan ekonomi Tanah Melayu.- Inflasi berlaku dengan sangat buruk semasa pemerintahan Jepun. Pengeluaran wang pokok pisang yang tidakterkawal menyebabkan nilai mata wang menjadi rendah dan barang- barang melambung harganya. Pengeluaran barangutama dikawal dan permit telah dikenakan bagi semua pengangkutan dan perdagangan. Setiap keluarga dihadkan 2gantang beras sebulan dan pembelian menggunakann kupon dari pejabat kawalan makanan dibandar.- Malahan kegiatan eksport dan import hanya berlaku di kawasan Asia Tenggara sahaja. Contohnya, Pulau Pinangmengeksport getah dan bijih ke negara Jepun. Manakala Jepun membekalkan tentera, perubatan, anak patung, rokok dan

    sebagainya tetapi separuh darinya dihantar ke pasaran gelap. Hal ini membantutkan dan melumpuhkan perjalanan ekonomidi Tanah Melayu.- Situasi kemelesetan ini, inflasi dan peningkatan harga serta kesukaran mendapatkan makanan telah menyebabkanberlakunya penyeludupan, pasaran gelap, boker lintah darat dan eksploitasi kegiatan haram yang berleluasa. Barangmakanan hanya dapat dibeli di Pasaran Gelap. Barang-barang yang diseludup di pasaran gelap adalah seperti gula,tepung, babi, rokok, arak, beras, minuman keras, candu, ikan, petrol dan sebagainya.Penyeludupan ini berkembang pesatakibat sikap pihak Jepun yang tidak campur tangan, mendiamkan diri, rasuah, ketidakcekapan, pilih kasih dan orang Jepunsendiri terlibat dengan penyeludupan menjadikan pasaran gelap dan penyeludupan bertambah.Selain itu orang Jepun telahmerampas barang makanan peniaga tanpa memberikan bayaran.- Maka, tidak hairanlah masyarakat telah bertindak menyorok bahan makanan mereka untuk dijual di pasaran gelapdengan harga yang lebih mahal dan berbaloi. Contohnya di Kelantan pada awal 1942, para petani telah menyorok berasmereka untuk diseludup ke negeri Terengganu dan Pahang dengan harga yang sangat tinggi iaitu antara $10 hingga $13bagi satu gantang berbanding harga yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu 50 sen bagi beras kelas pertama. Selain itu,

    penyeludupan petrol berlaku contohnya di Batu Pahat yang telah menyeludupkan petrol untuk dijual kepada orangIndonesia untuk mengerakkan mesin mereka seperti mesin tepung sagu dengan harga yang mahal.- Kemelesetan ekonomi yang teruk ini telah memberikan kesan buruk terhadap masyarakat tanah Melayu. Tetapi jikakita melihat semula segala pengalaman dalam pemerintahan Jepun ini telah menyedarkan masyarakat terutamanya orangMelayu yang selama ini hidup dalam bersenang-lenang kepada berfikir dan berjuang untuk meneruskan kehidupan. Merekadiajar makna keberanian, kepercayaan diri, untuk terus hidup dan semangat spiritual dan mental yang kuat. Merekamemanfaatkan setiap benda untuk dijadikan sumber ekonomi dan mengajar agar berdiri di kaki sendiri, membuat baju,mencari alatan gantian untuk enjin dan tidak menyerah kepada takdir.- Orang Melayu telah mencipta sesuatu yang baru,contohnya senapang patah, tayar basikal dari getah kasar atausegerap, abu menggantikan sabun, gobek untuk mendapatkan api, gula dari nira dan sebagainya. Semua ini seolah-olahmembentuk jiwa masyarakat dan pengalaman berharga yang mengajar masyarakat untuk berfikir dan berfikir dalammemperjuangkan kehidupan mereka. Oleh itu, walaupun kehadiran Jepun melumpuhkan ekonomi masyarakat TanahMelayu tetapi dalam masa yang sama telah menerbitkan satu pemikiran baru bahawa ekonomi boleh dijana dengan

    pelbagai cara dan mengajar masyarakat agar berjimat cermat dan tidak sentiasa bersenang-lenang kerana musibahmungkin muncul secara tiba-tiba. Malahan, memupuk sikap agar lebih berhati-hati dengan setiap pertolongan keranabayaran yang perlu kita bayar mungkin tinggi.

    C) KESAN SOSIAL- Jepun telah mengamalkan dasar yang berbeza-beza mengikut kaum di Tanah Melayu. Kaum cina dikatakansebagai kaum anti-Jepun akibat peperangan Jepun dengan China dan kaum India dilihat lebih fokus terhadap perjuangan dinegara India. Kaum melayu pula dikatakan masih mengamalkan tradisi mereka sendiri.Oleh itu, Jepun telah menjalankandasar berlembut dengan orang Melayu untuk mendapatkan sokongan dan bantuan menentang kerajaan British tetapisebaliknya pada kaum Cina Jepun telah bertindak kejam dan kasar. Hal ini ditambah dengan keyakinan Jepun bahawaorang Cina di Tanah Melayu telah memberi bantuan kerajaan China semasa perang Jepun-China. Sikap Jepun yang kejamterhadap orang cina ini telah menyebabkan orang Cina terpaksa lari ke hutan dan menubuhkan MPAJA.- Kekejaman pihak Jepun terhadap orang Cina terbukti dengan pengenalan dasar Sook Ching iaitu dasar

    pembersihan yang telah menyebabkan beribu-ribu orang Cina mati yang diperkenalkan secara sistematik pada 21 Febuarioleh Kawamura-Oishi. Malahan Jepun telah membuat penindasan yang kejam dengan merompak, membakar rumah dan

  • 8/4/2019 Percubaan STPM Pahang 2011 - Skema Sejarah Kertas 2

    13/34

    kampung, mengambil barang-barang orang Cina,memeras hasil orang cina, merogol gadis-gadis Cina dan sebagainya.Contoh kekejaman Jepun yang ketara pada masyarakat Cina ialah apabila Jepun telah menjalankan operasi Sok Ching keatas orang Cina di Bakar Kapur, Sungai Petani pada Febuari 1942. Mangsa telah disuruh mengorek lubang kubur terlebihdahulu sebelum dibunuh. Sehingga May 1940, seramai 40000 orang cina termasuk wanita dan kanak-kanak telah dibunuh- MPAJA telah ditubuhkan oleh orang cina untuk menentang Jepun dan melindungi kepentingan orang Cina. Inimemandangkan tentera jepun bersikap kejam dan tidak berperikamusiaan terhadap orang cina yang dianggap Jepun

    bersalah kerana membantu orang Cina di China menentang Jepun. Menjelang akhir perang Dunia Kedua MPAJA telah punmempunyai cawangan di seluruh pelusuk Tanah Melayu dan kemudiannya menentang British dengan tujuan menguasaiTanah Melayu. menyebabkan orang Cina sangat membenci Jepun dan Orang Melayu kerana menganggap orang Melayusebagai penyokong Jepun terutama PETA. Oleh itu, selepas pemerintahan Jepun berakhir, telah wujud permusuhan kaumantara kedua-dua kaum yang sangat hebat selama tempoh 14 hari sebelum kedatangan British kerana tidak adapemerintahan Sah. Gerila Bintang Tiga telah bertindak membunuh orang Melayu dengan kejam di Muar dan Batu Pahat(Johor), Sungai Manik (Perak), Titi (Negeri Sembilan) dan beberapa kawasan lain di Perak dan Selangor. Pergaduhan kaumberlaku maha hebat apabila orang Melayu bangkit menentang Bintang Tiga . Hal ini membuktikan pendudukan Jepun telahmembawa kesan negatif terhadap perhubungan kaum antara masyarakat dan menjejaskan perpaduan tetapi positifnyaialah perpaduan dan kesatuan yang wujud dalam masyarakat melayu yang mula bangun mempertahankan kedudukanmereka.- Selain itu, dari sudut kesihatan, pihak Jepun tidak menitikberatkan hal ini kerana sepanjang pemerintahan Jepunkeadaan kesihatan di Tanah Melayu sangat teruk. Ubatan-ubatan yang terhad telah dibawa dari negara Jepun. Penyakit

    seperti bengkak badan, buncit perut, beri- beri, kudis buta dan sebagainya merebak dan mengancam kesihatanmasyarakat. Pihak Jepun telah mewujudkan kelas iaitu kelas 1 dan kelas 2 untuk orang Jepun dan orang kenamaan yangmendapat perubatan yang baik manakala kelas ketiga untuk orang awam yang perlu membayar $1/2 sehari tetapi kurangdiberi perhatian.Pada saat ini bayaran swasta sangat mahal dan doktor swasta bertindak menjual ubat di pasaran gelap.Kebanyakan penyakit ini disebabkan oleh kekurangan makanan- Di Melaka misalnya, tidak banyak perkhidmatan kesihatan di sediakan, terdapat hospital di daerah Jasin tetapi tidakada ubat untuk menampung penyakit yang merebak. Di Johor, kematian akibat kekurangan alat perubatan adalahmeningkat iaitu 10,296 kes pada 1942, 17895 kes kematian pada tahun berikutnya dan meningkat lagi kepada 23,134kespada 1944. Kebanyakkan masyarakat menggunakan kembali cara tradisional untuk mengatasi masalah kesihatan dankeadaan ini kembali seperti zaman sebelum pemerintahan British. Malahan sumber bekalan ubatan kebanyakannya adalahdisalurkan terlebih dahul kepada tentera Jepun. Hal ini menunjukkan bahawa penjajahan Jepun telah menyebabkan kesannegatif terhadap kesihatan masyarakat di Tanah Melayu.- Masyarakat di Tanah Melayu juga sepanjang penjajahan Jepun telah kehilangan sikap bekerjasama dan bersatu

    padu. Kaum Melayu sememangnya kuat perpaduan dan persaudaraan. Mereka sentiasa bergotor-royong, bekerjasama danbantu membantu. Tetapi pemerintahan Jepun telah merubah semua ini apabila mereka mula mementingkan diri akibatkesempitan hidup dan melupakan nilai-nilai yang baik. Sifat ingin tahu masalah dan cuba menyelesaikan masalah jga tidakdiperdulikan. Kesatuan yang wujud ini hancur dan masing-masing membawa diri dan yang lemah pasti mati. Masyarakattidak lagi mempunyai banyak masa berbual dengan kawan kerana pada waktu pagi mereka perlu turun ke sawah dan padawaktu petang ke kebun untuk menanam ubi kayu. Di Pulau Pinang, Penduduk akan ditangkap dan dijadikan buruh paksamembuat jalan dan jalan kereta api sekiranya ditangkap bersembang dikedai kopi tanpa membuat kerja dan mereka yangbalik awal dari bekerja akan ditampar oleh tentera Jepun. Situasi ini menyebabkan nilai sosial masyarakat kian meruncing.- Dari sudut Agama, Jepun dikatakan mengamalkan kebebasan terhadap semua agama di Tanah Melayu. Orang Cinamisalnya yang beragama Khatolik boleh ke gereja dan begitu juga orang Buddha dan orang Thoist ke tokong. Be gitu jugakepada masyarakat India bebas meraikan agama mereka tetapi perayaan Thaipusam tidak lagi disambut secara besar-besaran seperti sebelum perang. Bagi masyarakat Melayu juga sama , Jepun membenarkan agama Islam diamalkan tetapitanpa sedar Jepun telah mencemarkan amalan agama Islam di Tanah Melayu. Masjid tempat beribadat orang Islam telah

    terpinggir akibat orang Jepun menggunakannya untuk makan, minum, tidur dan dijadikan kubu. Masyarakat juga tidak dapatmenyambut hari kebesaran Islam kerana tarikh, waktu tepat untuk sembahyang dan puasa tidak dapat ditentukan.- Malahan, hubungan yang terputus dengan ibu negeri dan kemelesetan ekonomi yang teruk menyebabkan merekayang berkeinginan untuk menunaikan haji terpaksa dilupakan. Jepun juuga telah memaksa semua penduduk Tanah Melayusujud kepada matahari terbit melambangkan sujud kepada maharaja Jepun. Hal in bertentangan dengan akidah Islam yanghanya sujud kepada Allah SWT. Paling menyedihkan, masyarakat Melayu yang pulang dari sawah untuk bersembahyangZohor dan menunaikan kewajipan agama telah ditampar Jepun kerana menyangkakan mereka malas bekerja. Situasi inimendorong kesan negatif terhadap pengukuhan keagamaan masyarakat. Sedangkan nilai-nilai agamalah yang membentukmoral masyarakat.- Semasa pendudukan Jepun, masyarakat telah disogokkan dengan hiburan untuk mengalihkan mereka daripadarasa sengsara dan menentang kerajaan Jepun di Tanah Melayu. Hal ini menyebabkan keruntuhan moral masyarakat.Kerajaan Jepun telah menggalakkan perjudian besar-besaran seperti Dice,pakau, berlaga ayam, daun terup, Mahjong,Lumba kereta. Malahan Jepun juga telah menyediakan panggung wayang yang berpropaganda Jepun, tempat berseronok,

    dewan tari contohnya di wembeley Park, Joget Penang dan Kelab perlumbaan di Pulau Pinang. Kesemua ini merupakanperkara yang tidak baik kerana gejala Judi dan hiburan ini telah melalaikan masyarakat dan hanya memberi keuntungan

  • 8/4/2019 Percubaan STPM Pahang 2011 - Skema Sejarah Kertas 2

    14/34

    kepada pihak Jepun yang bertindak membuka dan mengutip cukai. Sedangkan, masyarakat yang sedia mengalamimasalah ekonomi semakin parah apabila menyertai Judi dan kalah.- Dalam masa pemerintahan Jepun untuk melaksanakan dasar yang dirancangkan bagi kawasan-kawasan yangdiduduki di mana pihak berkuasa Jepun akan mengawal sistem perhubungan dan pengangkutan serta bekalan makanan.Oleh itu, banyak usaha dilakukan untuk mencari kuli yang dikehendaki bahagian Pejabat Kerja Raya dan tugas mencarinyadiberikan kepada penghulu.Penghulu bertindak sebagai pencari kuli seperti pembinaan jalan Keretapi, jalanraya , lapangan

    terbang. Pemilihan dibuat berdasarkan kepada setiap buah rumah dimestikan salah seorang akan dipilih menjadi kuli.Penduduk lari kehutan elak jadi kuli kerana orang yang telah pergi tak kembali, berpisah dengan keluarga dan menjadi kulipembinaan bererti menempah maut. Selain itu, perkembangan dalam sistem pengangkutan melalui pembinaan jalan keretaapi yang akan menghubungkan Tanah Melayu dengan negara Thailand.- Selain itu, sistem pendidikan yang sama antara penduduk juga memberikan peluang orang-orang Melayu menerimasemangat kebangsaan. Jika dibandingkan dengan sistem Inggeris, mereka tidak memberikan peluang yang sama. Orang-orang Melayu tidak diajar secara akademik, tetapi hanya dalam bidang kemahiran. Dalam zaman pendudukan Jepunsukatan yang diajarkan meliputi bidang-bidang Matematik, Pertanian, Sains dan pelbagai subjek akademik lain. Hal inimendedahkan orang-orang Melayu kepada ilmu pengetahuan. Guru-guru Melayu dihantar ke Jepun untuk menambahkanpengetahuan berbahasa. Melalui kegiatan ini, ia sebenarnya menambahkan intelek Melayu yang akhirnya dapat digunakanuntuk mencetuskan semangat dan kesedaran nasionalisme. Ramai golongan guru yang pandai berbahasa Jepun dan gurusejak pemerintahan Jepun telah pandai memperjuangkan sekolah kebangsaan, bahasa kebangsaan dan keistimewaanorang Melayu dan memberi kesedaran nasionalisme. Malahan Jepun telah menubuhkan sekolah Teknik yang mengajar

    kursus kejuruteraan mekanik, Jurutera Major dan pembinaan kapal. Matapelajaran teknik sebelum ini tidak pernahdiutamakan oleh pemerintah Inggeris. Melalui pelajaran ini telah menambah kemahiran masyarakat di Tanah Melayu.- Selain itu, pada zaman pendudukan Jepun ini, sesuatu yang amat menarik ialah jenayah pada zaman ini dikatakanberkurangan kerana hukuman berat yang telah diperkenalkan oleh pihak Jepun. Contohnya di Johor, bagi kesalahanmencuri, individu akan diberikan minum air yang banyak kemudian sekeping papan diletakkan diatas perut dan dipijakberamai-ramai oleh tentera Jepun. Hukuman yang paling berat ialah hukuman pancung.Pendudukan Jepun juga telahmelatih individu yang terlibat dengan sistem pentadbiran Jepun dan tentera sukarela Jepun telah dilatih dengan disiplinyang tinggi dan semangat cintakan Tanah Air yang tinggi . Paksaan Jepun dan disiplin ini menjadikan semua kerja lancardan licin. Penerapan disiplin ini membantu membentuk peribadi masyarakat yang lebih baik.

    KESIMPULAN.Zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu tidak dapat dinafikan sebagai zaman yang Gelap dan tidak disukai oleh

    hampir kesemua penduduk di Tanah Melayu ketika itu. Sesungguhpun begitu tidak dapat juga dinafikan bahawa zaman ini

    membawa beberapa segi. Namun begitu, kesan negatif merupakan kesan yang terbesar dimana kekejaman Jepun semasapenjajahan mereka masih diingati dan disebut hingga ke hari ini.

    CARA PEMERIKSAAN;

    6 x3 = 18m dan 2 markah ditambah untuk mana-mana isi atau huraian yang detail : periksa secara liberal

  • 8/4/2019 Percubaan STPM Pahang 2011 - Skema Sejarah Kertas 2

    15/34

    5. Huraikan kesan-kesan sosial, politik dan ekonomi perlaksanaan Undang-Undang Darurat di TanahMelayu dri tahun 1948-1960

    PENGENALANDarurat diisytiharkan oleh Sir Edward Gent pada 19 Jun 1948 untuk menghapuskan ataupun mengawal pergerakan

    PKM di Tanah Melayu. PKM telah berusaha mendirikan Republik Komunis Malaya secara sah malangnya ia tidak diiktiraf

    British. Penubuhan PTM 1948 telah membantutkan niat komunis untuk berjuang secara sah oleh itu mereka telahmelancarkan Revolusi Bersenjata di Tanah Melayu untuk mempastikan hasrat mereka tercapai. Pembunuhan oleh PKMterhadap tiga orang pemimpin KMT di Johor pada 12 Jun 1948 dan 3 orang pengurus Eropah di Perak pada 15 Jun 1948telah menyebabkan Sir Edward Gent Pesuruhjaya Tinggi PTM mengisytiharkan darurat. Pengisytiharan ini memberi peluangkepada untuk membenteras komunis. Perlaksanaan Darurat selama 12 tahun telah mendatangkan kesan ekonomi.socialdan politik ke atas Tanah Melayu.

    KESAN SOSIALPENDERITAAN RAKYAT

    Rakyat menderita akibat penyeksaan, penindasan dan serangan mengejut oleh pengganas komunis. Undang-Undang Darurat juga menyebabkan penderitaan rakyat kerana ramai penduduk yang disyaki ditangkap dan ditahan tanpaperbicaraan keadaan ini menyebabkan penderitaan bagi orang yang tidak bersalah. Kekurangan makanan, catuan bekalanmakanan dan sekatan kebebasan amat menyusahkan rakyat. Orang ramai telah kehilangan kebebasan untuk bergerak

    kerana diadakan perintah berkurung di merata tempat. Akibatnya orang rami tidak bebas keluar untuk mencari nafkah,untuk bergerak kerana diadakan perintah berkurung di merata tempat.

    MASALAH PERKAUMANPemberontakan komunis telah membangkitkan masalah perkauman di Tanah Melayu. Keadaan ini memberi kesan

    penting kepada politik khususnya kerana ramai ahli PKM adalah orang Cina dan ramai orang Melayu berperang dengan orangCina dalam zaman darurat dan masalah ini berlanjutan sehingga masalah ini mengoncang kedudukan sosiopolitik TanahMelayu. Pemimpin-pemimpin pelbagai kaum seperti dato Onn, EEC Thuraisingham dan tan Cheng Lock telah berusaha untukmeredakan ketegangan dengan penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Antara kaum pada tahun 1919 yang merupakan satupercubaan untuk mewujudkan perasaan muhibah di kalangan penduduk di Tanah Melayu

    Sebagai usaha untuk mengurangkan lagi sokongan orang Cina lepada PKM Sir Henry Gurney telah menggalakkanorang Cina menubuhkan parti politik contohnya ahli-ahli Cina dalam Majlis Perundangan Persekutuan seperti Tan Cheng Locktelah mengasaskan penubuhan Malayan Chinese Association (MCA). Pertubuhan politik berhaluan kanan dapat mengubah

    sikap orang Cina terhadap ideologi komunis

    MELONGGARKAN SYARAT-SYARAT KEWARGANEGARAANPada tahun 1950an pihak British sedar akan rancangan untuk menghapuskan pengaruh komunis yang seharusnya

    melibatkan kebajikan dan kepentingan ramai. Sebagai langkah pertama pihak kerajaan British cuba menyelesaikan soalkewarganegaraan. Pada tahun 1952 syarat kewarganegaraan dipinda yang membolehkan kira-kira 120 000 orang Cinadan 180 000 orang India menjadi warganegara Tanah Melayu

    PENGUBAHSUAIAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAANSistem pendidikan penjajah telah menegangkan hubungan antara kaum oleh itu kandungan semua sukatan pelajaran

    bagi semua jenis sekolah di Tanah Melayu telah digubal dan ianya hendaklah berkaitan dengan hal ehwal negara ini. BahasaMelayu dijadikan bahasa penghantar utama di sekolah-sekolah. Diharapkan penggunaan Bahasa Melayu dapat memupuk

    semangat persefahaman di kalangan mayarakat. Selain itu skim latihan guru yang membolehkan guru-guru mendapat latihanpermulaan di Kirby (Liverpool) dan selanjutnya Brinsford (Birmingham) diharap dapat menhapuskan semangat kenegeriaan

    KESAN EKONOMIKEMEROSOTAN KEGIATAN EKONOMI

    Perlaksanaan darurat telah meninggalkan kesan ekonomi terhadap rakyat dan negara. Di bawah Rancangan Briggspihak British telah memindahkan penduduk-penduduk Cina yang tingla berhampiran dengan hutan ke kampung-kampungbaru. Kumpulan ini disyaki membantu PKM dengan memberi bekalan makanan dan ubat-ubatan. Oleh itu kumpulan ini telahdipindahkan ke Kampung-Kampung Baru yang dilengkapi dengan semua kemudahan dan dipagari dengan kawalan rapi

    Didapati di bawah Rancangan Briggs seramai 573 000 orang dipindahkan dan perbelanjaan yang diperuntukkan ialah$7 juta pada tahun 1950. Jumlah ini meningkat lagi menjadi $133 juta pada tahun 1954. Peruntukan ini merupakan satu bebanlepada British kerana Tanah Melayu berada dalam keadaa muflis selepas Perang Dunia Kedua

    Serangan gorila dan dasar bumi hangus yang dijalankan oleh PKM melumpuhkan ekonomi negara. Pengangkutan

    darat tergendala kerana jalan raya disekat di kawasan-kawasan yang dianggap di bawah pengaruh komunis atau di manakomunis pernah melakukan sabotaj. Keganasan nkomunis mengendalikan rancangan kerajaan untuk memulihkan ekonomi.

  • 8/4/2019 Percubaan STPM Pahang 2011 - Skema Sejarah Kertas 2

    16/34

    Komunis memusnahkan sumber-sumber hasil negara ini sebagai strategi utama untuk menewaskan Ingers dan menubuhkanrepublik komunis di Tanah Melayu

    PERDAGANGAN TERJEJASPengisytiharan perintah berkurung mengganggu pengurusan perdagangan dengan licin kerana ia menghadkan sistem

    perhubungan dan pengangkutan. Keadaan Tanah Melayu tidak aman ini menyebabkan pelabur-pelabur tidak lagi berminat

    untuk melabur dalam urusan perdagangan. Keadaan ini menyebabkan ekonomi Tanah melayu merosot. Kerajaan terpaksamenjalankan rancangan pembangunan untuk memperbaiki semula kawasan yang dimusnahkan oleh Jepun semasa PerangDunia Kedua. Kerajaan terpksa membelanjakan sebanyak $15 ribu ing $1 juta setiap hari untuk pembangunan rakyat dannegara. Oleh itu rancangan pembangunan tidak dapat dijalankan kerana keadaan kewangan yang tidak stabil

    KESAN POLITIKMEMPERCEPATKAN KEMERDEKAAN

    Darurat menyebabkan Inggeris membuat persediaan kea rah berkerjaan sendiri bagi rakyat Tanah Melayu. Britishmenyedari akan perasaan rakyat yang semakin tidak puas hati dengan pentadbirannya. Oelh itu langkah-langkah diambilsupaya Tanah Melayu mencapai status berkerajaan sendiri. Langkah tersebut termasuklah pengenalan pilihanrayaperbandaran yang diadakan di George Town Pulau Pinang pada Disember 1951 dan seterusnya di Kuala Lumpur pada tahun1951.

    TOLAK ANSUR TERHADAP PARTI-PARTIPada peringkat awal darurat pihak British berkeras pada parti-parti berhaluan kiri yang dianggap bersimpati dengan

    PKM seperti PKMM, AWAS dan API dengan memberkas dan memenjarakan pemimpinnya. Menjelang tahun 1950-an kawalanke atas kegiatan politik dilonggarkan dan banyak pari politik ditubuhkan. Malah golongan kiri seperti anggota bekas PKMM punmembuat persediaan untuk berpolitik semula. Akhirnya pilihanraya kebangsaan telah diadakan pada tahun 1955 yangseterusnya membawa kepada kemerdekaan Tanah melayu apabila Perikatan menang 51 dari 52 kerusi yang dipertandingkan

    KESIMPULANApabila Tanah Melayu mencapai taraf kemerdekaa pada tahun 1955, Ketua Menteri Tunku Abdul rahman telah

    menawarkan rundingan dengan PKM. Rundingan yang diadakan di Baling iru walau bagaimanapun gagal dan PKMmeneruskan rancangan perang gerilanya sementara kerajaan memperhebatkan rancangan membenteras komunis.Keganasan komunis begitu merosot dari masa ke semasa sehingga pada tahun 1960 kerajaan mampu mengisytiharkandarurat tamat di seluruh negara

    PERIKSA SECARA LIBERAL : ANALATIKAL & IMPRESSION: 6 X3 = 18 : 2m ditambah pada huraian

    yang detail

  • 8/4/2019 Percubaan STPM Pahang 2011 - Skema Sejarah Kertas 2

    17/34

    6. Bincangkan faktor-faktor penubuhan Gagasan Malaysia 1963.

    PENGENALAN- Idea penubuhan telah dicadangkan oleh Turku Abdul Rahman. Turku mencadangkan supaya Tanah Melayu digabungkandengan Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak sebagai sebuah persekutuan yang dinamakan Malaysia- Factor-faktor penubuhan Persekutuan Malaysia ialah ancaman komunis, keseimbangan kaum, kemajuan ekonomi

    bersama, perkembangan politik Sarawak dan kemerdekaan segera bagi Singapura, Borneo Utara dan Sarawak sertasokongan kerajaan British- Cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia bermula dengan penubuhan Jawatankuasa Perundingan PerpaduanMalaysia, penubuhan Suruhanjaya Cobbold, mendapatkan pungutan suara rakyat Sabah, Sarawak dan Singapura danJawatankuasa Antara Kerajaan

    ANCAMAN KOMUNISPengaruh komunis di Singapura.

    a. Krisis politik Singapura antara PAP dan parti berhaluan kiri semakin memuncak apabila PAP kalah dalam dua pilihanrayakecil kawasan Hong Lim pada 21 April 1961 dan Kawasan Anson. Politik Singpura akan dikuasai pemimpin yang radikaldan berhaluan kiri daripada Parti Barisan Sosialis sekiranya tidak dibendung. British bimbang kumpulan ini akan menuntutkemerdekaan sendiri dan dipengaruhi oleh komunis.b. Bagi menyelamatkan kuasanya, Lee Kuan Yew sanggup berbincang dengan Tunku Abdul Rahman dan mencadangkan

    Singapura bergabung dalam gagasan Malaysia.c. Kedua-dua mereka juga berpendapat sekiranya Singapura diberi kemerdekaan secara bersendirian, ia akan dikuasaioleh komunis dan akan menggugat gagasan Malaysia yang dicadangkan.d. Pada bulan Ogos 1961, Lee Kuan Yew telah bertemu dengan Tunku untuk merangka perjanjian sementara percantumanSingapura Tanah Melayu dengan beberapa syarat tertentu.e. Tunku Abdul Rahman turut bimbang dengan perkembangan politik di Singapura, khususnya selepas tamatPerlembagaan Persekutuan. Tunku bimbang Singapura yang merdeka akan diperintah oleh komunis yang kemudiannyaakan mengugat Parti PAP yang pro-Tanah Melayu dan menyebarkan pengaruh mereka di Tanah Melayu.

    Pengaruh komunis di Sarawaka. Pengaruh komunis turut merebak dan mengamcam kestabilan politik di Sarawak. Pada tahun 1951, Liga BeliaDemokratik Cina Seberang Laut dan Pertubuhan Komunis Sulit iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak (SAYA) ditubuhkan.Mereka menghasut orang Cina yang terdiri daripada pelajar dan kesatuan kesatuan sekerja supaya menentang dasar

    pendidikan British yang dianggap boleh mengancam dan menghapuskan identiti dan kebudayaan Cina.b. Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang berpengaruh juga diresapi oleh ideologi komunis.c. Wilayah yang berdekatan dengan Sarawak iaitu Kalimantan dan Brunei turut dipengaruhi oleh gerakan komunisIndonesia.d. Kerajaan British telah melancarkan operasi pisang tetapi tidak berjaya menghalang pengaruh komunis. Keadaan iniamat membimbangkan Tunku. Beliau berpendapat Sarawak perlu bergabung dalam gagasan Malaysia bagi mengekangpengaruh komunis.

    KESIMBANGAN KAUM- Dengan wujudnya penggabungan Tanah Melyu, Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah diharapkan akan wujudkeseimbangan antara bumiputera denga bukan bumiputera- Sekiranya penggabungan hanya melibatkan Tanah Melayu dengan Singapura sahaja kemungkinan besar pendudukbukan bumiputera akan melebihi golongan bumiputera

    - Kemasukan Singapura dalam Malaysia akan menyebabkan berlaku ketidakseimbangan komposisi kaum kerana 75%penduduk Singapura adalah orang Cina. Komposisi kaum di Tanah Melayu ialah 49% Melayu dan 37% Cina. KemasukanSingapura tanpa Sabah, Sarawak dan Brunei akan menyebabkan bilangan orang Cina mengatasi bilangan orang Melayukeseluruhannya.-Tunku bimbang keadaan ini akan mengancam kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. Oleh itu, beliau mencadangkansupaya negeri-negeri di Pulau Borneo menyertai Malaysia kerana 70% penduduk di wilayah tersebut adalah Bumiputera.

    MEMPERCEPATKAN KEMERDEKAAN- Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei masih belum merdeka semasa gagasan Malaysia dicadangkan. Sabah danSarawak diletakkan di bawah status negeri jajahan, sementara Brunei dan Singapura bertaraf negari naungan.-British bersetuju untuk memberikan kemerdekaan awal sekiranya negeri- negeri tersebut bercantum dengan Tanah Melayumembentuk gagasan Malaysia. Penggabungan wilayah- wilayah ini akan menamatkan penjajahan British dan menjaminkeselamatan dari ancaman luar seperti Filipina dan Indonesia.

    - Penggabungan ini dapat memastikan keseragaman pentadbiran dalam usaha untuk mengawal ancaman komunis-Dari segi latar belakang sejarah, semua negeri tersebut pernah berada di bawah sistem pentadbiran yang sama iaitu di

  • 8/4/2019 Percubaan STPM Pahang 2011 - Skema Sejarah Kertas 2

    18/34

    bawah Kerajaan Inggeris. Sarawak dan Sabah juga telah mempunyai hubungan politik dan ekonomi dengan Tanah Melayusemasa di bawah penjajahan Inggeris.-Jika Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura memperoleh kemerdekaan secara berasingan sebelum tahun 1963, Tunkuberpendapat negeri-negeri tersebut belum bersedia dari segi politik dan sebagainya.- Kerajaan British telah mencadangkan pemerintahan sendiri bagi wilayah-wilayah Borneo atau bercantum dengan TanahMelayu. Tunku berpendapat melalui percantuman dengan Tanah Melayu rancangan komunis akan dapat digagalkan dan

    kemerdekaan Sabah dan Sarawak dapat dipercepatkan.

    KEMAJUAN EKONOMI BERSAMA- Sebelum penubuhan Malaysia, kemajuan ekonomi tidak seimbang antara negara. Sabah dan Sarawak agak ketinggalan- Diharapkan penubuhan Malaysia akan dapat mewujudkan kerjasama ekonomi- Kemajuan ekonomi di Sabah, Sarawak , Brunei, Tanah Melayu dan Singapura adalah tidak seimbang. Misalnya TanahMelayu kaya dengan hasil pertanian komersil dan perlombongan, Singapura berkembang kerana kemajuan pelabuhanentreport dan perusahaan, manakala Sarawak dan Sabah lebih banyak bergantung kepada pengeluaran hasil hutan.Olehitu, pembentukan Malaysia diharap dapat mewujudkan kerjasama ekonomi dengan negeri-negeri mundur seperti Sabah danSarawak.- Negeri-negeri Tanah Melayu, Singapura dan Brunei pula lebih maju dan diharap dapat memberikan sumbangan kepadapembentukan negara Persekutuan kelak.

    MEMAJUKAN PENDUDUK BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK- Semasa pemerintahan British penduduk bumiputera di Sabah dan Sarawak tidak mendapat kedudukan yang istemewadan ketinggalan dalam bidang pendidikan. Kaum pendatang membolot kekayaan dan menguasai jawatan-jawatan pentingdalam pentadbiran dan pendidikan- Diharapkan dengan kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia kedudukan bumiputera akan mendapat layananyang lebih istimewa

    KESIMPULAN- Malaysia telah menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun penubuhannyatelah mendapat tentangan dari negara-negara jiran yang lain seperti dari Indonesia, Brunei pula menarik diri pada saat-saatakhir kerana timbulnya penentangan daripada pemimpin Parti Rakyat Brunei A. M. Azahari dan perubahan pendirian SultanOmar Ali Saifuddin. Namun Singapura telah keluar daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965 setelah memainkan isuperkauman dalam kempen pilihanraya dan kemudiannya mengisytiharkan kemerdekaan pada tahun tersebut.

    - Gagasan Malaysia diisytiharkan secara rasmi pada 16 September 1963. Dengan pembentukan ini hasrat komunis untukmenguasai wilayah- wilayah tersebut telah gagal sama sekali.

  • 8/4/2019 Percubaan STPM Pahang 2011 - Skema Sejarah Kertas 2

    19/34

    BAHAGIAN B

    7. Bandingkan sistem sosial yang diamalkan di Jepun dan Vietnam pada awal abad ke-19PENGENALAN:

    Sebelum kedatangan kuasa-kuasa Barat ke Asia pada abad ke-19 kebanyakan negara Asia Timur, AsiaTenggara dan Asia Selatan merupakan kerajaan berbentuk sistem feudal. Feudalisme bermaksud satu masyarakat yangbersusun lapis mengikut heiraki dan ianya merupakan cara hidup yang meliputi aspek politik, ekonomi dan sosial. Ianyajuga merupakan satu bentuk kerajaan tempatan yang diperintah oleh individu-individu tertentu yang tidak terikat dengankerajaan pusat.- Di Asia sistem feudal dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan memerintah dan golongan yangdiperintah. Golongan memerintah terdiri daripada raja dan pembesar sementara golongan yang diperintah pula ialah rakyat.- Tujuan sistem feudal ini diamalkan untuk menentukan kedudukan dan status golongan tertentu dalam masyarakatbagi menjamin keharmonian masyarakat

    SISTEM FEUDAL DI JEPUN

    GOLONGAN PEMERINTAH

    MAHARAJADi Jepun, Maharaja tidak berkuasa langsung dalam pentadbiran dan pemerintahan. Kehidupan Maharaja di Kyoto dikawalketat oleh Shogun dengan pelbagai undang-undang dan peraturan. Di Jepun, Maharaja dibonekakan dan terbelenggu diistana. Rakyat tidak boleh mngadap maharaja kecuali dengan kebenaran Shogun

    SHOGUN- Shogun Tokugawa adalah panglima tertinggi tentera di Jepun dan merupakan pemerintah diktator yangmenampilkan dirinya sebagai pemimpin di lapisan teratas, memiliki autoriti pentadbiran tertinggi meliputi seluruh rakyat danistana termasuk maharaja. Shogun sangat dihormati, ditakuti dan digeruni.- Shogun menguasai hampir seluruh tanah di Jepun dan membentuk hampir 30% daripada keluaran hasil pertaniannegara.- Shogun memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan Jepun kerana maharaj sebagai boneka dan

    corak pemerintahan Jepun menjurus lepada konsep ketenteraan (bakufu)- Ibu negerinya di Yedo(Tokyo) juga merupakan pusat pentadbiran. Shogun memerintah atas nama Maharaj danmereka sentiasa meminta penghargaan dari baginda- Semasa pemerintahan Shogun Tokugawa institus pembesarnya mengandungi:

    a) Tairo(Majlis Penasihat Agung) : bertanggungjawab menasihati Shogun mengenai dasar-dasar negara yang pentingdan menjdi pemangku maharaj sekiranya shogun yang dilantik belum cukup dewasa

    b) Roju (Majlis Tertua) : bertanggungjawab membentuk Majlis Negara yang menguruskan segala perkara yang berkaitandan berhubungan dengan istana

    c) Kuge (Golongan bangsawan) : menyelia hal ehwal dalam negeri dan mengawasi biara-biarad) Hyojosho (Majlis Kehakiman) : mengendalikan dan mengawasi peraturan-peraturan dan undang-undang Jepun

    Daimyo/Tuan Tanah/Land lord- Daimyo terletak dilapisan selepas Shogun. Mereka diklasifikasikan mengikut hubungan dan pertalian darah

    dengan Shogun iaitu Daimyo Sanke yang mempunyai pertalian yang rapat dengan Tokugawa dan dibahagi kepada Kii,Owari danMito.- Sunkyo bermaksud tiga pembesar yang mempunyai pertalian dengan Tokugawa. Mereka memakai namakeluarga mereka iaitu Toyasu, Hitotsubashu dan Shimizan.- Koman bermaksud rumpun keluarga berkait. Bilangan mereka lebih ramai dan memakai nama keluarga merekaiaitu Matsudaimo.- Fudai merupakan penyokong kuat Tokugawa yang berjumlah 120 orang. Mempunyai hak istimewa seperti bolehmenjadi anggota dua Majlis Negeri.- Tozama terdiri daripada tuan-tuan tanah feudal dan terpaksa tunduk kepada Tokugawa. Mereka dilarangmemegang jawatan di peringkat pusat kerana dicurigai sebagai golongan penentang.- Di Zaman Tokugawa peranan daimyo dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Fudai (warisan), Shimpan (ahlikepada berbagai cawangan keluarga Tokugawa) dan Tozama (pembesar luar yang tidak mempunyai pertalian denganshogun). Daimyo Fudai memegang tanah seluas hampir 50 000 koku. Daimyo Fudai ditempatkan di kawasan strategik

    terutama sepanjang Jalan Tokaido yang merupakan salur nadi perhubungan di Jepun. Golongan ini akan mengawasi gerakgeri golongan Tozama

  • 8/4/2019 Percubaan STPM Pahang 2011 - Skema Sejarah Kertas 2

    20/34

    - Daimyo Shimpan atau Rumah-Rumah Bersaudara terdiri daripada golongan daimyo dari berbagai cabang keluargaTokugawa yang terdiri dari Go-Sanke atau Tiga Rumah, kepunyaan anak Ieyasu yang terletak di daerah Owari, Kii dan Miito- Daimyo Tozama atau Tuan-Tuan Tanah Di Luar dalah golongan Daimyo yang samada bersifat neutral ataubermusuhan dengan Ieyasu. Kedudukan tanah atau ladang-ladang mereka jauh dari Edo (pusat bakufu) atau kawasan yangkurang penting atau strategik. Untuk melemahkan kekuasaan ekonomi daimyo Tozama mereka dipaksa menyumbangtenaga manusia, bahan-bahan dan wang untuk berbagai-bagai verja awam dan pembinaan istana-istana bagi keluarga

    Tokugawa. Mereka juga diarah untuk memusnahkan semua kapal-kapal perang mereka yang melebihi 50 tan- Sistem Sankin Kotai atau Sistem Kehadiran Bergilir dikenakan ke atas setiap Daimyo yang memaksa mereka menukartempat kediamannya setahun selang di antara Edo dan tanahnya sendiri. Apabila pulang ke tanah sendiri, beliau harusmeninggalkan isteri dan anak-anak di Edo sebagai penjamin. Ketika di Edo seorang daimyo berkewajipan melaksanakanberbagai upacara dan tugas pentadbiran untuk Bakufu dan apabila beliau tingla di tanahnya sendiri, beliau tidak dibenarkanmelawat tanah lain tanpa pengetahuan Bakufu. Sistem ini menimbulkan beban kewangan yang serius ke atas ramai tuan-tuan tanah feudal yang dipaksa mengendalikan dua tempat kediaman : satu di Edo dan satu satu lagi di tanah merekasendiri

    Golongan DiperintahSamurai- Menduduki hierarki tertinggi dalam golongan diperintah. Hanya segelintir samurai dibenarkan memiliki tanahsendiri. Samurai biasanya tidak mempunyai tanah dan upah mereka dibayar dalam bentuk beras. Di zaman keamanan,

    peranan samurai mula berubah dan menjadi pentadbir ladang, wilayah, mengurus kewangan, mengawal dusun dan utusan.- Samurai dibahagi kepada tiga kelas iaitu kelas teratas di mana bilangan mereka tidak ramai, kelas sederhanaadalah taraf samurai sebenarnya dan kelas bawahan merupakan tentera berjalan kaki.- Samurai alah golongan pahlawan yang menjunjung kuasa pemerintahan pembesar-pembesar mereka terutamanyaShogun iaitu mengawal kedudukan dan kepentingan shogun.- Samurai mulai lemah apabila mereka mengamalkan sifat suka kepada kemewahan an boros. Dalam keadaan ini merekabergantung kepada orang lain dan menyebabkan pendapatan mereka juga terjejas kerana pendapatan shogun dan daimyoterjejas- Keadaan miskin samurai menyebabkan mereka hilang kesetiaan lepada Shogun dan Daimyo sehingga merekamemutuskan hubungan dengan tuan-tuannya dan menjadi samurai tanpa tuan- Melalui Pemulihan Meiji golongan samurai turut mengalami perubahan yang besar. Pada tahun 1876, golongan samuraimengalami nasib yang sama seperti daimyo dan gaji yang dibayar kepada mereka dalam bentuk beras ditukar kepadabentuk wang tunai di samping elaun tahunan yang juga diberi dalam bentuk wang tunai

    - Golongan samurai pula diserap dalam sistem pentadbiran kerajaan sebagai pegawai kerajaan yang terlibat dalamperushaan, kakitangan dan sebagainya. Mereka dibayar pencen dan ganti rugi yang kecil dan jumlahnya tidak mencukupi- Ketegangan memuncak apabila samurai dilarang membawa pedang dan diarah untuk menjalani kerahan tenaga yangpada anggapannya satu paksaan dan tidak layak menjalani kerahan tenaga- Pada tahun 1877 golongan samurai telah bangkit melakukan penentangan seperti Pemberontakan Saigo Takamori diKyusu tetapi pemberontakan gagal dan samurai kehilangan kuasa dan kedudukan tradisi mereka

    Petani- Golongan ini sangat dihormati dan dianggap sebagai asas pembinaan negara kerana petani terikat dengantanah. Mereka menghasilkan beras dan membayar cukai feudal. Di zaman Tokugawa, golongan ini terikat dengan tanahdan tidak boleh menukar pekerjaan. Setelah berlaku perubahan ekonomi, golongan petani mula terlibat dalam kegiatan lainyang berkaitan dengan pertanian seperti menghasilkan sutera, kertas, lilin, menekap kain dan lain-lain.- Ada juga yang terlibat dalam pertanian konglomerat, menjadi pekedai runcit, peminjam wang disamping kekal

    sebagai tuan tanah. Walaupun golongan ini mengecap kekayaan tetapi taraf sosial mereka masih tidak berubah.- Di kalangan rakyat biasa petani (nomin) menduduki tempat yang tertinggi. Hal demikian kerana Jepun adalahsebuah negara pertanian yang tidak mengadakan hubungan perdagangan dengan negara luar berikutan amalan dasartutup pintunya. Oleh itu petani mengeluarkan beras untuk masyarakat Jepun dan membayar sebahagian besar cukai.Sebagai balasan mereka Cuma diberi secukup makan sahaja kerana hasil yang dikeluarkan adalah untuk negara- Masyarakat petani juga dikenakan sistem kerah. Berdasarkan sistem ini, petani akan mengangkut barang-barangpertanian dan melalui sepanjang Jalan Tokaido dan melalui beberapa sekatan bagi membolehkan pegawai dan pengintipbakufu menjalankan pemeriksaan ke atas setiap petani yang melalui jalan tersebut. Petani yang menggunakan jalan lainakan dikenakan hukuman bunuh- Golongan petani juga dibebankan dengan kerja-kerja buruh terutama untuk kerja-kerja awam danmembekalkan kuda bagi perkhidmatan utusan dan pos. Setiap kampong telah dipaksa menyediakan pekerja dan kuda yangakan digunakan selama tiga bulan pada musim bunga dan tiga bulan pada musim buah. Kerja paksa juga ini adalah satubeban dan menyusahkan petani-petani malahan mereka sering tertekan dan dikenakan cukai berlebihan

  • 8/4/2019 Percubaan STPM Pahang 2011 - Skema Sejarah Kertas 2

    21/34

    - Masyarakat petani juga mendapat pendidikan kerana bakufu dan tuan-tuan tanah amat mementingkan pendidikan.Mereka menyediakan sekolah-sekolah kampong (terakoya) di kampong-kampung. Terdapat hampir 60 000 terakoya telahdidirikan untuk keperluan anak petani dan mereka diberi kemahiran-kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira

    Artisan- Masyarakat seterusnya ialah golongan tukang-tukang mahir (artisan). Mereka mahir membuat pedang dan alat-alat

    lain yang serbaguna. Diberi gaji, penghormatan kerana sumbangan kepada masyarakat. Di beri gaji yang baik dan rumah.Tukang kayu juga diberi layanan yang sama iaitu gaji sebanyak 500 koku dan dibenarkan memakai sebilah pedang.Tukang-tukang yang tidak mempunyai kemahiran khusus akan dilayan dengan buruk dan bekerja untuk daimyo- Golongan ini memainkan peranan yang penting tetapi status sosial mereka lebih rendah daripada petani. Mereka terdiridaripada tukang kayu, tukang rumah, tukang besi, tukang tembaga, tukang jahit dan lain-lain. Walaupun berpendapatanlebih tinggi daripada petani tetapi status sosial mereka lebih rendah.

    Saudagar/ Pedagang- Kelas terakhir ialah pedagang (chonin). Mereka dipandang rendah oleh masyarakat Jepun kerana pedagang dianggaptidak mendatangkan hasil kepada Jepun. Namun begitu keadaan aman mengakibatkan ekonomi semakin berkembang danpara pedagang telah Berjaya mengumpul wang dan harta yang banyak. Mereka kemudiannya berjaya memperbaiki statusdiri dengan mengikat ramai bangsawan melalui hutang. Antara golongan saudagar yang terkenal ialah Mitsui, Konoike danSumitomo

    - Menduduki lapisan paling bawah dalam struktur sosial masyarakat Jepun. Saudagar menguasai perdagangantempatan yang kompleks merangkumi pelbagai jenis pekerjaan seperti jualan barangan, gudang, pengangkutan, brokerberas, pertukaran wang dan pinjaman wang. Mereka juga merupakan golongan yang memanipulasi pelbagai perniagaan.- Golongan saudagar juga menubuhkan persatuan dan melindungi diri mereka melalui tindakan berkumpulan.Mereka adalah golongan yang kaya tetapi status mereka kekal di lapisan paling bawah.

    VIETNAM- Dalam struktur feudal di Vietnam Maharaja menduduki hierarki tertinggi,ia kemudian diikuti

    oleh golongan Cendekiawan-pentadbir dan di bawah rakyat jelata atau petani.- Maharaja berada di puncak kekuasaan. Sistem Maharaja Vietnam menerima pengaruh China

    dengan mengamalkan konsep mandat dari syurga. Melalui konsep mandat dari syurga maharaja harus dihormati kecualimaharaja kehilangan mandat dari syurga. Seseorang Maharaja harus mempastikan kesejahteraan negara dan rakyatnya

    dengan memberi contoh yang baik terhadap rakyatnya. Ini bertepatan dengan falsafah Confucius, seseorang pemerintahsamalah seperti angin dan sifat rakyatnya pula seperti rumput, rumput akan tunduk mengikut arahan angin bertiup..

    - Walaupun pada prinsipnya Maharaja mempunyai kuasa mutlak tetapi Quan/Mandarin telahdilantik untuk membantu tugas-tugas pentadbiran Maharaja. Tugas maharaja tertumpu kepada upacara adat resamtradisional sahaja. Mengabaikan upacara- upacara tersebut menyebabkan negara mengalami kecelakaan. Maharaja yangbertindak tidak adil akan kehilangan mandat dari syurga dan ketika itu penentangan daripada rakyat adalah wajar . SetiapMaharaja Vietnam ditabalkan oleh wakil maharaja China sebelum dianggap sebagai maharaja yang sah dan berwibawa

    Quan atau Mandarin- Golongan cendekiawan-pentadbir menduduki hierarki kedua selepas maharaja. golongan ini

    digelar Quan atau Mandarin. Golongan ini terdiri daripada mereka yang berpendidikan. Kedudukan mereka penting keranamasyarakat Vietnam menekankan taraf pendidikan dan ijazah dalam perlantikan ke perkhidmatan awam. Tahap pendidikanyang menentukan seseorang itu menjadi pegawai atau pekerja bawahan. Seseorang hanya boleh dilantik menjadi pegawai

    kerajaan setelah lulus peperiksaan Confucius- Quan mempunyai bidang kuasa yang besar dan berpengaruh. Mereka akan menentukan

    beberapa aspek kehidupan rakyat termasuk keluasan rumah, bentuk dan warna pakaian yang mesti dipakai serta upacarakagamaan yang berkaitan dengan pengkebumian. Kelompok Quan bukanlah bersifat warisan. Ia bersifat terbuka kepadasesiapa sahaja dengan syarat memiliki tahap pendidikan yang berasaskan pendidikan Confucius.

    - Walaupun Quan bersifat terbuka tetapi sebilangan kecil sahaja rakyat biasa yang berpeluangmenjadi Quan. Ini pencapaian akademik di peringkat daerah atau pusat hanya terbatas kepada rakyat yang mempunyaiharta dan masa untuk belajar. Quan bertindak sebagai pegawai kerajaan yang melaksanakan tugas-tugas maharaja.mereka bertanggungjawab kepada maharaja yang melantik dan boleh memecat mereka.

    - Golongan Quan mendapat sokongan dansanjungan daripada rakyat serta sangat dihormati .Dalam masyarakat Vie