skema percubaan pengajian am penggal 3 2014 1

13
SKEMA PERCUBAAN PENGAJIAN AM PENGGAL 3 2014 PUSAT TINGKATAN 6 MOD 1 SMK TAMAN MAHSURI PADANG SERAI 09400 KULIM KEDAH DARUL AMAN BAHAGIAN A SOALAN JAWAPAN 1 B 2 A 3 D 4 B 5 D 6 C 7 A 8 B 9 A 10 A 11 C 12 A 13 C 14 B 15 A Unitpengajianamkampusmahsurip320141

Upload: rueyshin

Post on 03-Dec-2015

716 views

Category:

Documents


26 download

DESCRIPTION

PA

TRANSCRIPT

Page 1: Skema Percubaan Pengajian Am Penggal 3 2014 1

SKEMA PERCUBAAN PENGAJIAN AM PENGGAL 3 2014

PUSAT TINGKATAN 6 MOD 1 SMK TAMAN MAHSURI PADANG SERAI 09400 KULIM KEDAH DARUL AMAN

BAHAGIAN A

SOALAN JAWAPAN

1 B2 A3 D4 B5 D6 C7 A8 B9 A10 A11 C12 A13 C14 B15 A

Unitpengajianamkampusmahsurip320141

Page 2: Skema Percubaan Pengajian Am Penggal 3 2014 1

BAHAGIAN B

Soalan 16

PendahuluanJadual ini menunjukkan kadar kemiskinan dan bilangan isi rumah miskin di Malaysia pada tahun 2005.

Isi-isi Penting

A: Perbandingan

1 Kadar kemiskinan• Kadar tertinggi adalah di Sabah, iaitu 25.6%• Kadar terendah adalah di Semenanjung Malaysia, iaitu 9.1%

2 Bilangan isi rumah miskin• Bilangan tertinggi adalah di Semenanjung Malaysia, iaitu 329.5 ribu orang• Bilangan terendah adalah di Sarawak, iaitu 64.9 ribu orang

B: Sebab kemiskinan di luar bandar lebih tinggi

3 Kurang peluang pekerjaan• Peluang pekerjaan tertumpu pada sektor pertanian sahaja• Kurang kawasan perindustrian di luar bandar• Kerja tradisional tidak mendatangkan pendapatan yang baik

4 Hasil dan produktiviti rendah• Pertanian cara tradisional tidak mendatangkan hasil atau produktiviti yang banyak• Harga jualan untuk hasil pertanian (tanaman, ternakan) rendah• Pendapatan rendah atau tidak tetap

5 Taraf pendidikan rendah• Kurang daya kreativiti kerana berpendidikan rendah• Kurang sumber pendapatan

KesimpulanKadar kemiskinan di Malaysia semakin berkurang setiap tahun. Namun demikian, kemiskinan di luar bandar yang masih tinggi perlu mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak kerajaan.

Unitpengajianamkampusmahsurip320142

Page 3: Skema Percubaan Pengajian Am Penggal 3 2014 1

Soalan 17

PengenalanGraf bar ini menunjukkan hasil Kerajaan Persekutuan bagi tempoh 2003-2005.

Isi-isi Penting

A: Pola Perubahan

1 Jumlah hasil menunjukkan pola meningkat• daripada RM92,608 (2003) kepada RM99,030 juta (2005), iaitu peningkatan 6.93%• Sebab peningkatan - taraf ekonomi yang semakin baik yang membolehkan kerajaan memungut cukai yang lebih banyak

2 Cukai tidak langsung menunjukkan pola meningkat• Daripada RM21,875 juta (2003) kepada RM26,042 juta (2005), iaitu peningkatan 19.05%• Sebab peningkatan - terdapat peningkatan yang ketara dalam duti eksport dan duti import kesan daripada perdagangan Malaysia dengan negara luar

3 Cukai langsung menunjukkan pola tidak konsisten• meningkat daripada RM43.016 juta pada tahun 2003 kepada RM46,424 juta pada tahun 2004 (peningkatan 7.9%), kemudian menurun kepada RM45,100 juta pada tahun 2005 (penurunan 2.85%)• Sebab pola tidak konsisten - berlaku ketidakstabilan dalam pungutan cukai daripada syarikat akibat ekonomi yang belum pulih sepenuhnya dalam tempoh itu

B: Pola Perbandingan

4 Tahun 2003

• Hasil paling banyak ialah cukai langsung RM43.016 juta, diikuti oleh hasil bukan cukai RM27,717 juta manakala hasil paling rendah ialah cukai tidak langsung RM21,875 juta• Sebabnya - hasil cukai langsung paling banyak kerana melibatkan cukai syarikat, cukai perseorangan dan cukai petroleum yang mempunyai pendapatan yang tinggi di negara ini manakala hasil cukai tidak langsung paling rendah kerana melibatkan duti eksport, duti import dan duti eksais yang kurang mendatangkan pulangan yang tinggi

5 Tahun 2004

• Hasil paling banyak ialah cukai langsung RM46,424 juta, diikuti oleh hasil bukan cukai RM26,518 juta manakala hasil paling rendah ialah cukai tidak langsung RM24.335 juta• Sebabnya - hasil cukai langsung paling banyak kerana melibatkan cukai syarikat, cukai perseorangan dan cukai petroleum yang mempunyai pendapatan yang tinggi di negara ini manakala hasil cukai tidak langsung paling rendah kerana melibatkan duti eksport, duti import dan duti eksais yang kurang mendatangkan pulangan yang tinggi

Unitpengajianamkampusmahsurip320143

Page 4: Skema Percubaan Pengajian Am Penggal 3 2014 1

6 Tahun 2005

• Hasil paling banyak ialah cukai langsung RM46,424 juta, diikuti oleh hasil bukan cukai RM27,888 juta manakala hasil paling rendah ialah cukai tidak langsung RM24.335 juta• Sebabnya - hasil cukai langsung paling banyak kerana melibatkan cukai syarikat, cukai perseorangan dan cukai petroleum yang mempunyai pendapatan yang tinggi di negara ini manakala hasil cukai tidak langsung paling rendah kerana melibatkan duti eksport, duti import dan duti eksais yang kurang mendatangkan pulangan yang tinggi

KesimpulanPerbelanjaan Kerajaan Persekutuan meningkat setiap tahun memandang kerajaan terpaksa membiayai projek pembangunan demi menjanakan ekonomi. Oleh itu, kerajaan harus berusaha untuk meningkatkan hasilnya untuk memastikan bahawa pembangunan negara dapat berjalan dengan lancar.

Kombinasi isi: 2A + 1B

BAHAGIAN C

Soalan 18Hubungan diplomatik Malaysia dan China telah menjangkau 40 tahun (2014) daripada hubungan dagangan dan diplomatik antarabangsa kepada hubungan strategik antarabangsa kini.Jelaskan rasional peningkatan hubungan ini kepada negara Malaysia.

a) Pengenalan:Sejarah awal hubungan diplomatik antarabangsa dengan negara China bermula di zaman kepimpinan Tun Abdul Razak Hussain pada tahun 1974.Malaysia mempunyai rasional daripada hubungan dagangan dan diplomatik kepada hubungan strategik negara China.

b) Isi-isiRasional hubungan strategik Malaysia dengan China:

1.1. Kemelesetan ekonomi global terutamanya Amerika Syarikat dan Jepun.o Ekonomi Amerika Syarikat masih belum pulih sepenuhnya dan pertumbuhan ekonomi Jepun jatuh ke tahap paling rendah dalam satu dekad o Krisis kewangan Kesatuan Eropah telah menggugat pakatan ekonomi tunggal tersebut Kemelesetan ekonomi global ini menjatuhkan keupayaan eksport negara dan secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan keluaran dalam negara Ekonomi China terus bertahan dan bakal mengambil alih peranan Amerika SyarikatOleh itu, meningkatkan hubungan dagang dengan China akan meningkatkan daya eksport Negara

Unitpengajianamkampusmahsurip320144

Page 5: Skema Percubaan Pengajian Am Penggal 3 2014 1

China mempunyai pasaran ekonomi yang meluas.Dengan jumlah penduduk terbesar dunia, pasaran China amat besar untuk dikongsi oleh MalaysiaPada tahun 2012, dilihat dari segi nilai dagangan Amerika Syarikat mencatatkan nilai US$3.8 trilion, manakala eksport dan import China bernilai US$3.87 trilion, iaitu lebihan dangangan China sebanyak US$231.1 bilion o Banyak negara beralih kepada China sebagai rakan dagangan o Oleh itu, peningkatan hubungan Malaysia dengan China menepati masa dan situasi

Mengurangkan Konflik pertikaian Kepulauan Spartly dengan China.Ketegangan dengan China dalam isu Kepulauan Spratly dan Paracel dapat diredakan melalui hubungan yang lebih eratBanyak peluang pelaburan dapat diterokai bersama antara dua negara tindakan mengetatkan peraturan ke atas barangan eksport Malaysia seperti ke atas eksport sarang burung walit dapat dielakkanMalaysia tidak seharusnya menjadi mangsa kepada tindakan ekonomi China sebagaimana Jepun, dan Filipina ekoran ketegangan berhubung perebutan pulau yang dipertikai Pendekatan ini menjadi negara China menghormati Malaysia.

Sejarah hubungan sosial antara Malaysia dan China.Sejarah jalinan hubungan sosial penduduk di Malaysia dengan China memudahkan Malaysia menjalankan kerjasama strategik dalam bidang yang baharu seperti pendidikan, perubatan, dan kesihatan.China bersedia membuka universiti pertama di Malaysia dengan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa pengantar merupakan satu kemajuan kepada negara dalam penyediaan peluang pendidikan bertaraf antarabangsaSelain keterbukaan China menerima pelajar Malaysia dan dua buah universitinya menawarkan kursus Bahasa Melayu, pembukaan universiti China di Malaysia telah membuka lembaran baharu dalam hubungan dua NegaraPertukaran budaya antara dua negara meningkatkan industri pelancongan termasuk pelancongan kesihatanDengan meningkatnya hubungan dengan China, banyak kerjasama dapat dibentuk

Peningkatan pengaruh Amerika Syarikat di rantau AsiaChina dalam menghadapi provokasi kuasa oleh Amerika Syarikat yang cuba menempatkan kembali pengaruhnya di rantau ini memerlukan sahabat Situasi ini sepatutnya disambut oleh Malaysia untuk menjalinkan hubungan lebih erat dengan China Pendekatan Malaysia dalam meningkatkan hubungan dengan China lebih kepada urusan perdagangan, pelaburan dan sosialHubungan ini tidak menjadi Malaysia 'dilihat' menyebelahi China atau menyokong kedudukan China dalam menghadapi Amerika Syarikat

Unitpengajianamkampusmahsurip320145

Page 6: Skema Percubaan Pengajian Am Penggal 3 2014 1

KesimpulanMalaysia mempunyai pelbagai sebab dalam jalinan hubungan strategik dengan negara China. Malaysia juga perlu mengambil langkah yang lebih strategik menjalinkan hubungan diplomatik dengar besar yang lain bagi mengukuhkan lagi kemajuan dan kekuatan negara.

PERINGATAN(HURAIAN RASIONAL PERLU DIDAHULU PENYATAAN NEGATIF BARU POSITIF)

Skema Jawapan =5 + 0

Soalan 19

Perkongsian antara negara merupakan suatu langkah untuk mewujudkan kerjasama yang sihat antara negara. Perihalkan bentuk-bentuk perkongsian antara negara yang dijalankan oleh Malaysia dengan negara lain.

Pendahuluan-Perkongsian antara negara dalam bidang politik , ekonomi dan sosial-Merupakan kerjasama yang sihat antara negara

Isi-Isi Penting

1 Perkongsian budaya antara Negara

-festival makanan , kraf tangan dan budaya Indonesia diadakan di Pulau Pinang-bertujuan mendedahkan budaya tradisi Jepun di Malaysia-pertukaran rancangan kebudayaan antara negara anggota ASEAN-pesta lagu dan muzik negara-negara ASEAN

2 Sukan

-penyertaan setiap negara dalam pertandingan sukan pada peringkat antarabangsa-dapat mengeratkan hubungan masyarakat dunia-sukan yang diadakan ialah Sukan SEA , Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik-menjadi tuan rumah kepada pertandingan sukan antarabangsa-imej negara dapat ditingkatkan supaya dikenali di peringkat antarabangsa-mewujudkan suatu jaringan komunikasi yang baik merentas sempadan

3 Kerjasama dalam peningkatan pertahanan Negara

-Malaysia bergabung tenaga dengan negara luar yang mempunyai teknologi lebih canggih dalam sistem pertahanan-mereka sebagai satu strategi untuk meningkatkan benteng pertahanan negara

Unitpengajianamkampusmahsurip320146

Page 7: Skema Percubaan Pengajian Am Penggal 3 2014 1

-Misalnya , penguatkuasaan Maritim Negara telah berganding bahu dengan Filipina untuk menjayakan Operasi Phillipine-Malaysia (PHIMAL) bertujuan mencegah aktiviti-aktiviti pelanggaran undang-undang maritim di persempadanan perairan Malaysia-Filipina di Laut Sulu-Malaysia juga telah bekerjasama dengan Russia-Malaysia telah membeli 18 pesawat Sukhoi-30MKI buatan Russia pada tahun 2003.Pembelian kapal selam Scorpene dari Perancis

4 Lawatan rasmi

-lawatan rasmi merupakan lawatan yang dilakukan oleh Ketua Negara atau Perdana Menteri untuk melakukan perjumpaan rasmi dengan pemerintah negara yang dilawati-Ketua Negara Malaysia seringkali mengadakan lawatan rasmi ke negara lain-melawat United Kingdom , Sweden , Brunei dan lain-lain-menitikberatkan hubungan negara dengan negara luar untuk menjamin keamanan dan kesejahteraan dunia-mewujudkan jaringan komunikasi yang sistematik antarabangsa

5 Pemindahan teknologi

-Malaysia mengadakan kerjasama ekonomi dalam bentuk usahasama antara syarikat multinasional asing dengan syarikat tempatan-projek usahasama industri automobil antara Mitsubishi Corporation dari Jepun dengan Proton dan Kia Motors dari Korea Selatan dengan Naza Motors Malaysia-kerjasama ini membolehkan syarikat tempatan mendapat faedah pemindahan teknologi pembuatan kereta daripada negara berkenaan-syarikat elektronik Jepun memberi hak kepada Malaysia untuk menghasilkan dan memasarkan microcip termaju di dunia , iaitu MM Chip-situasi ini membolehkan perkembangan inovasi serta penciptaan teknologi baru oleh syarikat tempatan

Kesimpulan-Perkongsian kerjasama antara negara merupakan komponen penting dalam aspek pembangunan Negara

Unitpengajianamkampusmahsurip320147

Page 8: Skema Percubaan Pengajian Am Penggal 3 2014 1

Soalan 20Jenayah keganasan antarabangsa menjadi ancaman kepada keamanan sejagat dan langkah perlu dilakukan untuk mengelakkanjenayah ini berleluasa.Ulaskan penyataan ini

a) Pengenalan:o Keganasan antarabangsa kerap berlaku di seluruh dunia seperti pengeboman, pembunuhan dan penculikan oleh kumpulan pengganas banyak mendatangkan kesan-kesan negatif dan langkah-langkah perlu dilakukan mencegah jenayah ini daripada berleluasa.

b) Isi-isi

A. Kesan-kesan

1.1. Mengancam keselamatan negara yang terlibat.Keganasan antarabangsa yang berlaku dalam sesebuah negara menyebabkan negara tersebut mengalami ancaman dari segi keselamatan penduduk dan negaranya.Keganasan yang berlaku sama ada angkara dalaman mahupun luaran dalam sesebuah negara akan menimbulkan huru-hara dan kacau-bilau.Keganasan angkara dalaman seperti perebutan kuasa, penghapusan etnik, dan krisis agama yang menyebabkan ketidakstabilan politik, contohnya apabila ada pemimpin memberi ucapan yang berunsur perkauman,hasutan dan provokasi yang membakar perasaan akan mendorong penyokong bertindak ganas dan di luar batasan kemanusiaanPeristiwa pengeboman di tempat-tempat awam oleh golongan pengganas terancang menyebabkantarabangsa dan pelabur hilang keyakinan terhadap keselamatan negara.Rakyat akan hidup dalam ketakutan dan terancam.

1.2. Menjejaskan ekonomi negaraKeganasan antarabangsa boleh menjejaskan ekonomi sesebuah negara.Aktiviti keganasan yang tercetus akan mengganggu kelancaran aktiviti ekonomi seperti urus niaga dan perdaganganPolitik yang tidak stabil, pengeboman, dan pembunuhan yang sentiasa berlaku menyebabkan pelabur asing tidak berani lagi membuat pelaburan malah berusaha memindahkan pelaburan ke negara lain yang lebih selamat dan aman. Sebagai contoh, aktiviti keganasan dan pembunuhan kejam yang berlaku di Indonesia menyebabkan pelabur terpaksa menarik pelaburan mereka keluar dari indonesia dan kesannya ekonomi Indonesia terjejas dengan teruk.o Keganasan yang berlaku di sesebuah negara juga akan menjejaskan ekonomi dunia, misalnya serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat menyebabkan harga saham seluruh dunia jatuh menjejaskan ekonomi banyak negara.

1.3. Menjejaskan industri pelanconganKeganasan antara bangsa turut menjejaskan industri pelancongan negara yang terlibat. Keganasan antarabangsa seperti aktivit penculikan, rampasan kapal terbang, pengeboman berani mati pengganas mengurangkan kehadiran pelancong, contohnya peristiwa pengeboman di tempat

Unitpengajianamkampusmahsurip320148

Page 9: Skema Percubaan Pengajian Am Penggal 3 2014 1

awam yang berlaku di Selatan Thailand menyebabkan pelancong asing tidak gemar lagi mengunjungi wilayah Golok dan PetaniBegitu juga peristiwa demonstrasi di Bangkok yang berpanjangan menyebabkan pelancong yang berhasrat melawat Bangkok akan menuju ke destinasi lain dan kesannya, penurunan bilangan kehadiran pelancong akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara dan wilayah.Selain itu, banyak syarikat berkaitan pelancongan dan penerbangan antarabangsa mengalami kerugian besar dan terpaksa gulung tikar.

B. Langkah-langkah:

Kerjasama antarabangsa.Keganasan antarabangsa boleh diatasi melalui kerjasama antarabangsa.Perjuangan menentang kedua-dua ancaman keganasan memerlukan tindakan antarabangsa yang berkesan menurut Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.Forum terbaik untuk mengetuai dan menyelaras tindakan tersebut ialah Pertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuMalaysia percaya bahawa melalui perkongsian maklumat risikan serta perjuangan melalui Suruhanjaya Pencegahan Jenayah dan Keadilan Jenayah (CCPCJ) mampu meredakan aktiviti keganasan.Malaysia dan negara ASEAN bergerak aktif dan berjuang di bawah Program Kerja ASEAN untuk membanteras keganasan dan jenayah terancang transnasional.

Penguatkuasaan Undang-undang.Keganasan antarabangsa boleh diatasi melalui penguatkuasaan undang-undang oleh sesebuah NegaraBadan penguatkuasaan undang-undang seperti pihak polis dan tentera memainkan peranan penting membanteras keganasan.Pihak yang menjadi dalang mencetuskan rusuhan dan tunjuk perasaan mesti dikenakan hukuman beratUndang-undang khas untuk menangani keganasan perlu digubal, misalnya Malaysia mempunyai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan segera terhadap mana-mana pihak yang mengancam keselamatan negara.(dimansuhkan) diganti Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.Dengan cara inilah keselamatan dan keamanan negara dapat dikekalkan.

c) KesimpulanJenayah antarabangsa perlu dicegah secara menyeluruh dan kolektif dengan melibatkan usaha di peringkat antarabangsa kerana jenayah ini memberi impak yang pelbagai.

Skema Jawapan = 2 + 3@3 + 21.1. Pendekatan militari1.2. Peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)1.3. Sekatan ekonomi

Unitpengajianamkampusmahsurip320149