pengajian am penggal 3 (asean)

32
Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN) By Christine ak Tanaka @ Leo

Upload: christine-leo

Post on 14-Jun-2015

5.141 views

Category:

Education


36 download

DESCRIPTION

Nota Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 3 STPM Baharu

TRANSCRIPT

Page 1: Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)

Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)

By Christine ak Tanaka @ Leo

Page 2: Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)

Latar Belakang ASEAN

1. Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 melalui Deklarasi Bangkok

2. Keahlian: Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia & Thailand

3. Ahli lain: Brunei (1984), Vietnam (1995), Kemboja, Laos & Myanmar (1999)

Page 3: Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)

Matlamat

1. Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial, sukan, pendidikan, pembanterasaan jenayah & perkembangan kebudayaan

2. Membolehkan negara anggota menyertai pembangunan serantau & mengecapi kemakmuran secara bersama

3. Menggalakan kestabilan politik, keamanan & keselamatan di rantau ini dengan mematuhi prinsip Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu

Page 4: Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)

4. Menyediakan bantuan kemudahan latihan & penyelidikan kepada negara anggota

5. Meningkatkan taraf hidup melalui kerjasama perusahaan, pertanian & perdagangan

6. Mengadakan hubungan yang lebih erat & menguntungkan dalam kalangan ahli

Page 5: Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)

Struktur Organisasi

1. Sekretariat ASEAN terletak di Jakarta, Indonesia

2. Sidang Kemuncak ASEAN dihadiri oleh ketua-ketua karajaan ASEAN diadakan di:

a) Bali (1976 & 2003)

b) Kuala Lumpur (1977 & 2003)

c) Manila (1987)

d) Singapura 1992 & 2002)

e) Bangkok (1995)

f) Hanoi (1998)

Page 6: Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)

g) Bandar Seri Begawan (2001)

h) Phnom Penh (2002)

i) Vientiane (2004)

j) Cebu, Filipina (2006)

k) Thailand (2009)

l) Vietnam (2010)

m) Indonesia (2011)

n) Kemboja (2012)

Page 7: Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)

3. Persidangan ASEAN yang tetap termasuklah:

a) Forum serantau ASEAN (ARF)

b) Persidangan Menteri-menteri Luar ASEAN (AMM) yang diadakan tahunan

c) Persidangan Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) diadakan setiap tahun

d) Persidangan Jawatankuasa Tetap

e) Mesyuarat Jawatankuasa Pegawai-Pegawai Ekonomi Kanan (SEOM)

f) Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan (SOM)

Page 8: Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)

ASEAN & Kerjasama Politik

ZOPFAN (Zon yang Aman, Bebas, & Berkecuali)

1. Disuarakan oleh Malaysia dalam Deklarasi Kuala Lumpur pada tahun1971 & diistiharkan sebagai zon yang aman, bebas, & berkecuali

2. Sebab-sebab ZOPFAN diistiharkan:

a) Vietnam Utara memakluki Vietnam Selatan & Amerika Syarikat, Rusia serta China campur tangan di Vietnam

Page 9: Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)

b) Selepas Vietnam jatuh ke tangan komunis, Vietnam manakluki Kemboja

c) Pergolakan di Kemboja mengancam kestabilan politik Asia Tenggara

d) ASEAN tidak mahu terlibat dalam pertikaian antara kuasa besar agar rantau Asia Tenggara sentiasa menjadi rantau yang bebas, aman & berkecuali

Page 10: Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)

Konsep ZOPFAN & Pergarakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)

ZOPFAN NAM

Kuasa asing tidak boleh campur

tangan di rantau Asia Tenggara

Menghormati hak asasi manusia (mencapai persamaan ras/ menghapuskan diskriminasi

kaum)

Kuasa asing tidak boleh campur tangan dalam hal ehwal dalaman sesebuah negara

Berbaik-baik dengan negara bukan anggota seperti kuasa besar namun tidak bersepakat

dengan kuasa besar

Menghormati kedaulatan sesebuah negara

Sebarang persengketaan akan diselesaikan secara aman

Rakyat berhak menentukan nasib negaranya sendiri

Page 11: Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)

SEANWFZ ( Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara)

1. Bertujuan menjadikan Asia Tenggara sebagai rantau yang bebas daripada senjata nuklear

2. Matlamat SEANWFZ adalah untuk:

a) Menjamin keselamatan perairan di Asia Tenggara

b) Mengelakkan kuasa besar campur tangan di rantau ini

c) Mengelakkan kemungkinan perlumbaan senjata nuklear di rantau Asia Tenggara

Page 12: Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)

Pendirian Bersama Tentang Isu Politik ASEAN

1. Kerjasama 2 hala dijalankan untuk membanteras komunis di Malaysia-Thailand & Malaysia-Indonesia

2. Pencerobohan Vietnam ke atas Kemboja dikutuk & Vietnam mengundurkan tenteranya pada 1989

3. Krisis Kemboja (perang saudara) diselesaikan secara rundingan

4. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pastikan pilihan raya Kemboja berjalan dengan lancar pada 1992 & kerajaan demokrasi pilihan rakyat dibentuk.

Page 13: Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)

5. Malaysia menghantar tenteranya sebagai tentera pengaman PBB untuk membantu PBB memulihkan keamanan di Kemboja

6. Malaysia menjadi orang tengah dalam perjanjian damai antara:

a) Kerajaan Filipina dengan Pembebasan Islam Moro untuk menamatkan pemberontakan orang Islam di Pulau Mindanao & selatan Filipina

b) Kerajaan Thailand dengan Barisan Revolusi yang memperjuangkan pembebasan Islam di selatan Thailand

Page 14: Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)

Sidang Kemuncak ASEAN 2004 Di Laos – Program Tindakan Vientiane (VAP)

1. Mencapai Wawasan ASEAN 2020

2. Mencapai kesepaduan di semua negara Asia Tenggara

3. Mencapai keamanan, kestabilan & kemakmuran bersama

4. Perkongsian pembangunan & masyarakat penyayang dalam kalangan negara anggota

5. Mewujudkan Komuniti Ekonomi, Keselamatan & Sosiobudaya ASEAN

6. Mewujudkan Konsortium Perniagaan untuk mendapatkan projek antarabangsa

Page 15: Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)

Komuniti Asia Timur

1. ASEAN berusaha meluaskan keanggotaannya kepada semua negara Asia Timur & timbul cadangan mewujudkan Komunti Asia Timur

2. ASEAN giat berusaha menganjurkan:

a) Sidang Kemuncak Asia Timur

b) Mengubal & mematuhi Piagam Masyarakat Asia Timur

c) Berusaha mewujudkan kawasan Perdagangan Bebas Asia Timur

Page 16: Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)

d) Perjanjian mata wang & kerjasama kewangan Asia Timur

e) Zon persahabatan & kerjasama Asia Timur

f) Rantaian komunikasi & pengangkutan yang berteknologi tinggi di Asia Timur

g) Deklarasi Asia Timur tentang hak asasi manusia

Page 17: Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)

3. Masalah yang menghalang kewujudan Komuniti Asia Timur:

a) Korea Utara tidak terlibat dalam komuniti

b) Pertindihan sempadan Laut China Selatan & rebutan beberapa buah pulau masih menimbulkan pertikaian politik

c) Keganasan yang berlaku di Indonesia, Filipina & Thailand serta pergolakan politik negara anggota

d) Masalah dalaman negara anggota

Page 18: Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)

Kerjasama ASEAN

1. Piagam ASEAN dimeterai sempena ulang tahun ke-40 tahun penubuhannya sejak 1967

2. Isi kandungan:

a) Berorientasikan rakyat Utamakan taraf hidup & kebajikan rakyat

b) Demokrasi, hak manusia & kebebasab asas Terikat dengan nilai demokrasi, menghormati hak

manusia, kebebasan asas, kedaulatan undang-undang & keadilan pemerintah

Page 19: Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)

c) Badan hak asasi manusia ASEAN Mempermosikan perlindungan hak asasi manusia

& kebebasan asas rakyat ASEAN Prinsip tambahan: komitmen bersama &

tanggungjawab secara kolektif untuk meningkatkan keamanan, keselamatan & kemakmuran serantau

Meningkatkan perundingan & permuafakatan terhadap isu-isu yang boleh menjejaskan kepentingan bersama

3. Kerjasama pengesan & amaran bencana alam

Page 20: Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)

4. Malaysia membantu kerajaan Thailand menandatangani perjanjian damai dengan kumpulan Pembebasan Islam Patani (Barisan Revolusi Nasional)

5. Malaysia menjadi orang tengah dalam perjanjian damai kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro yang tinggi di selatan Filipina

Page 21: Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)

ASEAN & Kerjasama Ekonomi

Forum Serantau ASEAN (ARF)

1. Ditubuhkan pada 1993

2. Objektif utama:

a) Menjalin dialog & rundingan konstruktif berkaitan isu politik & keselamatan demi kepentingan bersama

b) Memberi sumbangan signifikan terhadap usaha untuk memupuk keyakinan & diplomasi di Asia Pasifik

Page 22: Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)

3. Menjadi forum yang efektif untuk mengalakkan dialog terbuka tentang kerjasama politik, keselamatan di Asia Tenggara

Peraturan Perdagangan Istimewa (PTA)

4. Mengalakkan perdagangan intra-ASEAN melalui syarat perdagangan yang istimewa

Projek Perindustrian ASEAN

5. Projek Baja Urea ASEAN - Indonesia & Malaysia

6. Projek Fabrikasi Tembaga ASEAN – Filipina

7. Projek Vaksin Hepatitis B ASEAN – Singapura

8. Projek Garam Batuan Abu Soda ASEAN - Thailand

Page 23: Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)

Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)

1. Dilaksanakan pada 2003 & terlaksana sepenuhnya pada 2005

2. Semua barangan negara-negara ASEAN boleh menembusi pasaran negara anggota dengan bebas tanpa sekatan tarif & barangan tersebut hendaklah lebih 60% komponenya barangan keluaran tempatan

3. Penubuhan AFTA dapat direalisasikan melalui perjanjian Skim Keutamaan Tarif Sama Rata Berkenaan (CEPT-1992)

Page 24: Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)

4. Kesan kumunculan AFTA:

a) Timbul persaingan produk antara negara anggota

b) Harga barangan Malaysia terpaksa direndahkan akibat persaigan produk yang sama yang oleh negara anggota

c) Barangan Malaysia dapat menembusi pasaran ASEAN yang lebih luas

d) Malaysia mesti menaikkan daya saing & kecekapan jika mahu bersaing dalam AFTA

Page 25: Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)

Konsep Segi Tiga Pertubuhan ( Memorandum Pesefahaman Pembangunan Serantau)

1. IMS-GT – Singapura, Batam, Indonesia & Johor, Malaysia

2. IMT-GT – Selatan Thailand, Semenanjung Utara Malaysia & Sumatera Utara, Indonesia

3. Kerjasama dalam bidang pelancongan, perdagangan & kemudahan infrastuktur

Page 26: Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)

ASEAN + 3

1. Rundingan China, Jepun & Korea Selatan bersama ASEAN dalam hal perdagangan

2. Forum Serantau ASEAN:

a) 10 negara ASEAN

b) 10 rakan dialog (Australia, China, India, Jepun, Kanada, Kesatuan Eropah (EU), Korea Selatan, New Zealand, Rusia, Amerika Syarikat, Papua New Guinea & Mongolia)

Page 27: Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)

Kejayaan ASEAN

1. Persidangan Antarabangsa bagi Penyalahgunaan Dadah & Pengedaran Heroin (ICDAIT) kepada PBB yang berjaya diadakan di Vienna pada 1987 yang dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir

2. Menubuhkan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) pada 1955 bertujuan:

a) Mengembangkan bahasa Melayu

b) Meningkatkan semangat persaudaraan

Page 28: Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)

c) Meningkatkan peranan bahasa Melayu dalam penyelarasan istilah, ejaan & sebutan

4. Persidangan Menteri-menteri Luar ASEAN & Forum Serantau ASEAN menyeru PBB meninjau semula Dekerasi Hak Asasi Manusia 1948 kepada 1997

5. Kerjasama menbanteras keganasan

6. Pendirian bersama tentang kepulauan Spratly (bersetuju mencari penyelesaian secara aman)

7. SEAMEO (Penubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara) mengadakan kerjasama dalam bidang pendidikan

Page 29: Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)

8. Mesyuarat Asia-Eropah:

a) Kerjasama ekonomi, politik & sosial

b) Membincangkan isu serantau & globalisasi

9. Deklarasi Hanoi 1998:

a) ASEAN berkerjasama untuk mengawal AIDS & penggunaan mata wang ASEAN

Page 30: Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)

Kelemahan ASEAN

1. Negara anggota bersaing sesama sendiri dalam bidang ekonomi kerana mengutamakan kepentingan domestik masing-masing

2. Singapura

a) Memihak kepada Amerika Syarikat & Israel

b) Pertikaian dengan Malaysia dalam isu: Bayaran bekalan air Menambak pantainya sehingga menjejaskan kawasan

perikanan Mlaysia

Page 31: Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)

3. Thailand

a) Nelayan Thailand sering menceroboh kawasan perairan Malaysia

b) Thailand menuduh Malaysia melindungi kumpulan pelampau Islam di Selatan Thailand

4. Indonesia

a) Sering menahan nelayan Malaysia

b) Masalah lanun di Selat Melaka berpunca daripada rakyat Indonesia

c) Masalah pendatang haram & pembantu rumah warga Indonesia di Malaysia

Page 32: Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)

5. Rebutan wilayah masih belum selesai:

a) Tuntutan terhadap Sabah, Pulau Terumbu Peninjau & Pulau Terumbu Siput dengan Filipina

b) Pengganas Sulu daripada selatan Filipina menceroboh Sabah pada 2013