pengajian am k2 skema jawapan2

29
1 Sulit 900/2 900/2 Pengajian Am PEPERIKSAAN PERCUBAAN Kertas 2 SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA 3 jam NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR 2008 SKEMA PEMARKAHAN PENGAJIAN AM Kertas 2 3 jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. JAWAB ENAM SOALAN. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap bahagian A, B, D dan E dan 2 soalan dalam bahagian C 2. Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian. 3. Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurang [ ] _____________________________________________________________________________ Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak

Upload: azamariff

Post on 24-Jun-2015

4.881 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengajian Am k2 Skema Jawapan2

1

Sulit 900/2 900/2 Pengajian Am PEPERIKSAAN PERCUBAAN Kertas 2 SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA 3 jam NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR 2008

SKEMA PEMARKAHAN PENGAJIAN AM

Kertas 2

3 jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. JAWAB ENAM SOALAN. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap bahagian A, B, D dan E dan 2

soalan dalam bahagian C

2. Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian.

3. Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurang [ ]

_____________________________________________________________________________ Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak

Page 2: Pengajian Am k2 Skema Jawapan2

2

Skema Permarkahan Pengajian Am 2 900/2

Bahagian A dan B Karangan Markah penuh: Bahagian A – 25, Bahagian B – 25 A. Pemberian markah karangan akan berasaskan kepada perkara-perkara berikut: 1. Isi dan Idea (I) [4] markah 2. Hujah (H) [12] markah 3. Kemahiran Kebahasaan (B) [5] markah 4. Impak/Keberkesanan (K) [4] markah 25 markah

Catatan

(i) Pembahagian markah untuk Isi dan Idea (I): Baik : 4 markah Sederhana : 3 markah Lemah : 1-2markah

(ii) Pembahagian markah untuk huraian (H):

Baik : 10-12 markah Sederhana : 6-9 markah Lemah : 1-5 markah

(iii) Pembahagian markah untuk Persembahan/Impak:

Baik : 4 markah Sederhana : 3 markah Lemah : 1-2markah

B. Cara pemberian markah 1. Pemarkahan Bahasa [5]

1.1 Bagi 8 kesalahan ejaan atau benda baca, potong 1 markah. Bagi 4 kesalahan struktur ayat, potong 1 markah dengan mengambil ingatan apa-apa kesalahan yang terdapat di dalamnya tidak diambil kira.

1.2 Kesalahan yang sama dan diulang tidak dipotong markah, demikian juga ejaan yang

sejenis. Contoh ejaan yang sejenis: Batuk, patuk - ini dikira sejenis Suluh, buluh - ini dikira sejenis

1.3 1 markah minimum diberi untuk markah bahasa dan juga bagi jawapan yang terdiri

daripada satu ayat bagi setiap perenggan.

Page 3: Pengajian Am k2 Skema Jawapan2

3

1.4 Kepanjangan karangan

1.4.1 Karangan hendaklah tidak melebihi 350 patah perkataan. Karangan yang

selebihnya tidak perlu diperiksa. 1.4.2 Markah maksimun untuk bahasa berdasarkan kepada kepanjangan karangan

adalah seperti berikut: Lebih daripada 250 patah perkataan : 5 markah 151 hingga 250 patah perkataan : 4 markah 101 hingga 150 patah perkataan : 3 markah 51 hingga 100 patah perkataan : 2 markah Kurang daripada 50 patah perkataan : 1 markah

1.5 Ada kalanya anda akan bertemu dengan karangan yang mempunyai butir-butir yang

lengkap yang menunjukkan calon mempunyai pengetahuan am yang baik dan dapat memberi segala huraian dengan panjang lebar dan mendalam tetapi bahasanya buruk. Dalam hal ini, perhatian bahawa markah untuk butir hendaklah diberi sewajarnya. Jika markah untuk bahasa itu menunjukkan pada akhirnya yang calon itu mendapat kosong, maka supaya sesuai dengan pendapat bahawa tanpa bahasa kita tidak boleh mengeluarkan fikiran, maka berilah sekurang-kurangnya 1 markah untuk karangan yang serupa itu.

1.6 Mencatat kesalahan bahasa dan markah.

1.6.1 Catat kesalahan bahasa diruang kiri skrip jawapan. Setiap satu kesalahan

dicatat dengan angka 1. 1.6.2 Kesalahan struktur ayat ditanda dengan cara:

( ) – tandakan S diruang kiri skrip 1.6.3 Kesalahan bahasa kali pertama bagi tatabahasa, ejaan, tanda baca ditandai

dengan cara : Kesalahan yang sama tidak dikira dan ditandai dengan cara:

1.6.4 Tidak relevan (TR), tidak jelas (TJ)

2. Karangan yang tidak langsung membincangkan tajuk beri markah 1(1/25) 3. Perhatikan bahawa markah tidak diberi untuk butiran yang diulang-ulang

4. Ada kalanya, anda akan bertemu dengan karangan yang daripada awal lagi sudah menyeleweng tetapi kemudian pada bahagian akhirnya barulah terdapat butir-butir yang jitu. Oleh sebab itu, anda hendaklah membaca seluruh karangan itu walaupun separuh daripadanya menyeleweng, supaya kita dapat berlaku adil terhadap calon. Anda juga akan bertemu dengan karangan yang pada mulanya menjawab dengan jitu tetapi kemudiannya menyeleweng daripada tajuk. Dalam hal ini, berilah markah kepada yang jitu sahaja.

5. Kebanyakan karangan akan mempunyai perenggan permulaan yang memperkatakan secara amnya mana-mana aspek yang terkandung dalam tajuknya. Pertimbangkanlah perenggan ini dari segi persembahan nya. Walaupun perenggan itu mengandungi butir yang am, perenggan itu sebenarnya merupakan “batu loncatan” bagi calon untuk dapat meneruskan perbincangannya. Oleh sebab itu, jika butir-butir itu tidak menyeleweng daripada tajuk maka berilah markah yang sewajarnya. Ada kalanya perenggan permulaan itu melambangkan

Page 4: Pengajian Am k2 Skema Jawapan2

4

kebolehan calon untuk dapat berkonseptualisasi. Oleh sebab sewajarnyalahdiberi markah yang sewajarnya dari segi persembahan.

6. Perenggan akhir dalam sesuatu karangan itu juga hedaklah diberi perhatian. Calon yang baik

akan menyimpulkan karangannya dengan lebih baik juga. Jika calon itu dapat memberi kesimpulan yang menyeluruh yang melihatkan pokok perbincangan dalam karangannya, maka berilah markah yang sewajarnya dari segi persembahan.

7. Mencatat pemberian markah karangan.

7.1.1 Catat markah pada ruang kanan skrip. Jumlah markah akhir setiap jawapan perlu diletakkan dalam bulatan.

7.1.2 Tandakan I-Idea, H-Huraian,B-bahasa,K-Impak

7.1.3 Nyatakan dibahagian akhir karangan sekiranya karangan itu menyeleweng Bahagian C

(i) Soalan Kefahaman

Pemberian Markah Markah penuh : 2 markah

Kriteria Markah catatan Isi lengkap Tiada kesalahan bahasa

2

Sekiranya calon menggunakan ayat/bahasa sendiri

Isi lengkap Ada kesalahan bahasa

1 ¹/²

Sekiranya calon menggunakan ayat/bahasa sendiri

Sekiranya jawapan berkaitan disalin sepenuhnya daripada petikan

1

Isi salah/salin sepenuhnya petikan

0

Page 5: Pengajian Am k2 Skema Jawapan2

5

(ii) Soalan Ulasan Markah penuh: 8 markah kreteria Baik Sederhana Lemah isi 2 1-2 0-1 Huraian 3-4 2 0-1 Bahasa 2 1-2 1-3 Jumlah 7-8 4-6 1-3 Permarkahan: Idea 2(2x1 markah) Huraian 4(2x2 markah) Bahasa 2 markah 8 markah Nota: jika calon menjawab dengan menggunakan kaedah nota permarkahan ialah Idea - 2 Huraian - 0 Bahasa - 1 Jumlah - 3/8

Bahagian D Markah penuh: 15 markah A. Tujuan Ujian Untuk menguji kebolehan calon mengalih bentuk komunikasi daripada bentuk linear kepada bentuk bukan linear. Kemahiran terlibat - kefahaman

- penggunaan - analisis - sintesis

B. Ciri jawapan

1. Pengkelasan angkubah/pembolehubah (PA) 2. Kesesuaian teknik (KT) 3. Ketepatan isi (KI) 4. Kejelasan (KJ)

Page 6: Pengajian Am k2 Skema Jawapan2

6

C. Pemarkahan

1. Tiap-tiap ciri jawapan yang lengkap beri 4 markah kecuali kejelasan 3 markah 2. Taraf jawapan:

Baik : 4 markah Sederhana : 3 markah Lemah : 1-2 markah

3. Perincian markah

Pengkelasan angkubah (PA) : 4 markah Kesesuaian teknik (KT) : 4 markah Ketepatan isi (KI) : 4 markah Kejelasan (KJ) : 3 markah ----------- 15 markah -----------

Cara pemberian markah Ciri jawapan Kriteria Taraf Markah

Lengkap Baik 4

Kurang lengkap

Sederhana 3

1 Pengkelasan pemboleh ubah (4 markah) (PA) (a) Paksi (b) Maklumat pembolehubah - peratusan, klasifikasi sektor, nilai (c) bidang/sektor, kedudukan, peratusan yang diperlukan untuk jadual/carta

Tidak lengkap

Lemah 1-2

Sesuai baik 4

Kurang sesuai

sederhana 3

2 Kesesuaian teknik (4 markah) (KT) (a) Pemilihan media (b) Kedudukan media pada muka kertas (c) Letakan/susun atur (d) Kedudukan petunjuk - sebaik-baiknya di bawah (*), di kiri (e) Kedudukan tajuk - mesti di atas, di tengah, dan dalam title case (f) Sumber – mesti bahagian bawah di sebelah kanan

Tidak sesuai

lemah 1-2

3 Ketepatan Isi (4 markah) (KI) (a) Keterangan maklumat (b) Label – peratusan, tahun

Tepat dan cukup

Baik 4

Page 7: Pengajian Am k2 Skema Jawapan2

7

Kurang tepat tetapi cukup/tepat tetapi tidak cukup

sederhana 3 (c) Perangkaan (d) skala/nisbah (e) Petunjuk (f) tajuk (g) Titik asas (0) (h) Sumber Kurang

tepat, tak cukup

lemah 1-2

Media jelas baik 1-2

Media kurang jelas

sederhana 2

4 Kejelasan (3 markah) (KJ)

Media tidak jelas

lemah 1

Bahagian E Markah penuh: 15 markah A. Tujuan ujian Untuk menguji kebolehan calon mengalih bentuk komunikasi daripada bentuk linear kepada bentuk linear dan mengutip maklumat daripada data/carta. B. Komunikasi terlibat - kefahaman - analisis - kebahasaan C. Ciri-ciri jawapan

1. Idea/isi 2. Huraian dan penjelasan

- isi carta/data - fakta - perhubungan fakta

3. Kebahasaan - jelas - tepat - padat - tersusun 4. Rumusan/kesimpulan/pendapat D. Pemarkahan * idea/isi (I) - 3/4 markah * Huraian dan penjelasan (H) - 9/8 markah * Kebahasaan (B) - 1 markah * Rumusan/kesimpulan (R) - 2 markah ----------- 15 markah -----------

Page 8: Pengajian Am k2 Skema Jawapan2

8

Bahagian A Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. [25 markah] 1. Penggunaan kad kredit bukan lagi dianggap sebagai satu kemewahan tetapi merupakan keperluan masa kini, namun begitu penggunaan kad kredit mempunyai risiko yang tersendiri. Bincangkan. Pendahuluan. Pada masa ini penggunaan kad semakin meluas kerana keperluan dalam kehidupan moden dan mempunyai kebaikan tersendiri, namun begitu penggunaan kad ini mempunyai kelemahan yang boleh membebankan pengguna. Sebagai contoh kad Visa dan “master card” Idea Huraian Kebaikan penggunaan kad kredit 1. Memudahkan urusan seharian

- pengguna dapat membeli barang dengan tidak membawa wang tunai yang banyak - pengguna hanya perlu membayar sekali sahaja sebulan kepada bank. - pengguna tidak perlu membayar harga barangan secara sekaligus, ansuran kepada bank setiap bulan - urusan boleh dilakukan pada mesin, tidak perlu berbaris di kaunter, contoh stesen minyak. - sebagai deposit ketika menginap di hotel - boleh digunakan dan diterima di seluruh dunia

2. Keperluan semasa kecemasan - pengguna hanya mengguna semasa terdesak sahaja, sukar dapat pinjaman cara lain. - kad kredit sebagai awasan ketika kecemasan seperti kemalangan, rawatan hospital

3. Memudahkan urus niaga (kepada peniaga)

- e-dagang (e-commerce)/urusan jual beli melalui internet pembayaran hanya melalui kad kredit contoh pembelian tiket kapal terbang. - perdagangan dalam talian di luar negara - pembayaran bil melalui internet

4. Jaminan Keselamatan (wang atau barangan)

- pemegang kad tidak perlu membawa wang yang banyak semasa urus niaga atau melancong - kad pengganti wang bagi tujuan keselamatan

Page 9: Pengajian Am k2 Skema Jawapan2

9

- risiko kehilangan wang tunai akibat dirompak atau kecuaian lain dapat dikurangkan. - barang yang dibeli dilindungi insuran oleh bank pengeluar kad.

Kesan negatif penggunaan kad kredit 5. Budaya berhutang / muflis

- sikap suka berhutang dan boros berbelanja - pengguna yang selalu membuat pembelian secara kredit akan menghadapi masalah hutang tertunggak - tidak menyedari berbelanja melebihi pendapatan - hutang terkumpul tidak mampu dibayar dalam tempoh yang ditetapkan - tindakan mahkamah,isytihar muflis

6. Mewujudkan inflasi

- perbelanjaan tidak terkawal menjadikan permintaan melebihi penawaran - wang yang banyak mengejar barang sedikit, wujud kenaikan harga secara mendadak, berlakunya inflasi. - menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.

7. Pemalsuan / penipuan kad kredit

- pengklonan kad kredit oleh sindiket tertentu. - jenayah pemalsuan merugikan pemilik kad kredit - pemalsuan menjejaskan nama baik negara

Kesimpulan. Penggunaan kad kredit adalah keperluan masa kini yang mempunyai banyak kebaikan, langkah yang bijak perlu diambil untuk mengurangkan masalah yang mungkin timbul. Penggunaan secara sewenang-wenang akan menyebabkan masalah timbul. Oleh itu, kesedaran perlu dipupuk untuk menjadi pengguna yang bijak. Skema jawapan: 2 + 2

Page 10: Pengajian Am k2 Skema Jawapan2

10

2. Kebiasaannya Orang Kurang Upaya (OKU) menghadapi masalah dalam menjalani kehidupan seharian. Masalah ini menjadi punca sesetengah majikan enggan mengambil OKU bekerja di organisasi mereka. Bincangkan. Pengenalan: Orang Kurang Upaya tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan oleh kekurangan dari segi fizikal atau mental. Kekurangan ini akan menimbulkan masalah kepada Orang Kurang Upaya hinggakan terdapat majikan yang tidak mahu mengambil mereka bekerja di organisasi mereka.

Bil. Idea Huraian

1.

A. Masalah Tanggapan negatif masyarakat.

- Kurang kepercayaan daripada masyarakat dan

dianggap insan yang lemah dari segi fizikal serta mental.

- Kurang produktif. - Kesukaran berinteraksi.

2. Persaingan dengan insan yang normal.

- Ketinggalan dalam mengejar kecemerlangan. - Pergerakan yang agak terbatas. - Banyak bergantung kepada orang lain. - Kurang mampu berdikari. - Peluang pendidikan ke tahap lebih tinggi agak

terhad.

3. Kekurangan kemudahan di tempat awam.

- Kekurangan tempat pejalan kaki, tandas dan tempat meletak kenderaan.

- Sukar untuk bergerak. - Terpaksa menggunakan kemudahan orang normal

yang tidak sesuai dengan OKU. - Produktiviti rendah

4. Kurang kepercayaan /keyakinan diri. - Mengasingkan diri. - Rasa rendah diri. - Suka hidup dalam kelompok mereka. - Gagal memberi dan menerima arahan dengan

baik.

5.

B. Punca enggan Majikan kurang yakin.

- Tidak yakin OKU dapat melaksanakan tugas yang

diberi dengan baik. - Kesukaran mereka untuk bergerak. - Produktiviti rendah

6. Kekurangan kemahiran yang sesuai. - Mempunyai kemahiran bekerja yang terhad. - Sesetengahnya langsung tiada kemahiran. - Kurang produktif dalam syarikat.

7. Menanggung kos yang tinggi. - Syarikat terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi menyediakan kemudahan/kos perubatan

- Perbelanjaan yang dianggap membazir jika OKU berhenti kerja.

- Merupakan satu beban kepada syarikat-syarikat yang kecil.

Penutup:

Page 11: Pengajian Am k2 Skema Jawapan2

11

Golongan OKU harus diberi perhatian yang sewajarnya. Mereka perlu mencari rezeki yang halal dan diberi peluang untuk menunjukkan bakat mereka. Skema : 2+2.

Bahagian B

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. [25 markah] 3. Hutan merupakan sumber kehidupan yang penting kepada manusia. Namun, kemusnahan hutan akan menjejaskan kestabilan ekologi.. Bincangkan .

Skema jawapan Pendahuluan Kemusnahan hutan pada masa kini semakin membimbangkan. Keadaan ini boleh menjejaskan kehidupan penduduk. Bil Idea Huraian

1.

A.Sumber kehidupan manusia Sumber makanan

- Hasil hutan seperti haiwan eksotik dan buah-buahan boleh dijadikan bahan makanan.

2. Bahan perubatan - tumbuhan hutan membekalkan sumber perubatan

tradisional seperti Tongkat Ali dan Kacip Fatimah

3. 4.

Keseimbangan sistem ekologi Kawasan tadahan air

- mengawal kualiti dan aliran air - menahan tanah runtuh dan hakisan tanah. - mengawal kandungan karbon dioksida di atmosfera -sumber air bersih untuk tujuan domestik dan industri

5.

B Menjejaskan kestabilan ekologi Bencana alam

- banjir yang melanda boleh menjejaskan hasil pengeluaran pelbagai jenis tanaman contohnya padi.

6. Sumber air sungai

terjejas - aliran lumpur kesan daripada penebangan hutan ke dalam sungai boleh menjejaskan bekalan air bersih untuk keperluan penduduk.

7. Kepupusan flora dan

fauna - pelbagai spesies flora dan fauna yang unik terancam. - kekurangan sumber bahan makanan seperti buah-

Page 12: Pengajian Am k2 Skema Jawapan2

12

buahan dan haiwan eksotik - pelbagai jenis akar / tumbuhan herba untuk membuat ubat tradisional terancam

8. Perubahan iklim - cuaca setempat akan bertambah panas - peningkatan suhu global

Kesimpulan Hutan harus dipulihara agar kestabilan ekologi dapat dikekalkan Nota : 2 + 2

4. Kemajuan sains dan teknologi membolehkan sisa pepejal dimanfaatkan sepenuhnya oleh manusia. Jelaskan kepentingan penggunaan semula sisa pepejal kepada manusia dan alam sekitar. Pengenalan: Kemajuan S&T membolehkan sisa pepejal dimanfaatkan dengan berkesan menerusi pelbagai kaedah seperti proses pelupusan dan kitaran semula. Penggunaan semula sisa pepejal ini membawa banyak manfaat kepada manusia dan alam sekitar.

Bil. Idea Huraian

1.

Kepentingan Mengurangkan pencemaran alam.

- Sisa pepejal diguna semula, elakkan pembakaran

yang membawa kepada pencemaran. - Kurang pembuangan sisa pepejal seperti tin

kosong dan tin yang tidak mengurai - Kurang kawasan timbunan sampah - Membantu pemuliharaan alam sekitar

2. Mengurangkan kepupusan sumber alam.

- Kitaran semula sisa pepejal seperti kertas mengurangkan kegiatan pembalakan dan pemusnahan hutan.

- Mengurangkan kegiatan melombong bagi menggantikan sumber asli seperti timah

3. Sumber tenaga - Sisa-sisa kayu, kertas, dan sisa –sisa pertanian boleh dilupuskan dalam loji pembakaran untuk mengeluarkan haba dan tenaga elektrik

- Pereputan bahan buangan organik dan najis ternakan boleh menghasilkan biogas.

4. Sumber makanan Ternakan - Bahan-bahan buangan pertanian merupakan

sumber makanan yang penting untuk ternakan - Contohnya: hampas kacang soya, daun dan

pelepah kelapa sawit boleh dijadikan makanan bagi kambing dan lembu

- Jerami dijadikan sumber makanan untuk binatang ruminan

Page 13: Pengajian Am k2 Skema Jawapan2

13

- Sekam padi boleh diproses menjadi dedak untuk makanan ayam dan itik

Manusia - Dedak boleh menghasilkan makanan kesihatan

kerana mengandungi 2 bahan antioksidan yang berfungsi mengikat racun untuk mengurangkan penyakit kronik dan mengurangkan kolestrol dalam badan

-

5. Baja - Sisa-sisa pertanian dijadikan kompos untuk menambahkan kesuburan tanah, seperti kulit buah koko, jerami, hampas kelapa sawit dan najis ternakan

- Baja organik dapat mengekalkan kelembapan dan memperbaiki struktur tanah

- Proses penguraian oleh bakteria membekalkan sumber nutrien untuk tanaman

6. Bahan mentah - Bahan buangan logam boleh diproses menjadi bahan mentah untuk keperluan sektor perindustrian dan perumahan

- Sisa buangan dapat diproses semula menjadi bahan mentah

- Kertas buangan boleh dikitar semula menjadi pulpa untuk menghasilkan kertas tisu atau kertas surat khabar dan sebagainya

7. Kesimpulan - Penggunaan semula sisa pepejal semakin penting dalam kehidupan manusia

- Kerajaan harus menyediakan insentif serta menjalankan kempen untuk menggalakkan penggunaan semula sisa pepejal di negara ini.

Skema: 4 + 0

Bahagian C Jawab dua soalan sahaja dalam bahagian ini, satu daripada soalan 5 dan satu daripada soalan 6. (20 markah) 5(a) Industri jualan langsung terus menerima keyakinan daripada orang ramai meskipun ketika negara mengharungi kegawatan ekonomi. Disifatkan sebagai ‘hebat kegawatan’, industri ini nyata dapat menarik minat pelbagai lapisan masyarakat, daripada suri rumah hingga golongan professional kerana tidak memerlukan pelaburan besar dari segi masa, wang dan kemahiran. Risikonya pula minimum; di samping itu, perniagaan itu memiliki kelebihan kerana boleh dijalankan secara sambilan…

Page 14: Pengajian Am k2 Skema Jawapan2

14

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Ekonomi, Januari 2007)

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan ‘hebat kegawatan’? (ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan kebaikan-

kebaikan industri jualan langsung kepada negara. Skema Jawapan (i) ‘Hebat kegawatan’ bermaksud industri yang terus diterima masyarakat walaupun keadaan ekonomi merosot. (ii) Kelebihan industri jualan langsung kepada negara a. Mewujudkan peluang pekerjaan – pengedar sama ada sambilan atau sepenuh masa/atasi masalah pengangguran b. Penggunaan sumber bahan mentah tempatan c. meningkatkan aktiviti huluan dan hiliran/perusahaan kecil dan sederhana d. meningkatkan pendapatan – negara

ATAU

5b. “…kewujudan beberapa binaan ulung tempatan serta projek mega di Malaysia nyata boleh dijadikan kebanggaan rakyat negara ini. Hasil daripada usaha sama pihak kerajaan dan organisasi yang dipertanggungjawabkan, beberapa binaan mega telah dapat dijayakan dan hal ini telah membuka mata masyarakat luar sekali gus meletakkan nama negara di mata dunia dalam kebangkitan dunia pembinaan di negara ini.”

Dipetik dan diubahsuai daripada Estidotmy, April 2008 i ) Mengapakan pembinaan projek mega boleh dibanggakan? Pembinaan projek mega boleh menjadikan sesebuah negara terkenal ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan mengapa negara-negara di dunia berlumba-lumba membina projek mega?

1. meningkatkan imej negara 2. menarik kehadiran pelancong 3. meningkatkan pelaburan 4. menunjukkan ketamadunan bangsa. 5. menunjukkan kekayaan ekonomi

6 (a) Pusat Remote Sensing Negara (MACRES) memikul peranan yang cukup besar dan penting kerana pusat ini dipertanggung jawabkan untuk menerima, memproses dn membekalkan data-data berkaitan keadaan muka bumi negara ini. Teknologi penderiaan jauh atau biasa disebut sebagai remote sensing yang menggunakan satelit diaplikasikan oleh MACRES untuk mencerap data-data dengan lebih tepat.

Estidotmy, Utusan Malaysia, 31 Januari 2007

Page 15: Pengajian Am k2 Skema Jawapan2

15

(i) Apakah remote sensing? (ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan kepentingan

teknologi penderiaan jauh kepada negara. Skema Jawapan (i) Remote sensing ialah teknologi yang digunakan untuk mencerap data dengan bantuan satelit (ii) Kepentingan teknologi penderiaan jauh kepada negara

(a) mengesan bencana alam (b) pengurusan sumber asli dan alam sekitar (c) menjalankan R&D dalam pelbagai bidang (d) Pemetaan - bentuk bumi/kawasan tadahan hujan dll (e) Pembangunan sosioekonomi/membuat keputusan – cth tanah untuk aktiviti pertanian

ATAU

6b) ‘Teknologi nano ialah teknologi berkaitan aktiviti membangun, mengendali, mengukur atau mengubahsuai sesuatu bahan yang saiznya kurang daripada 1 mikron ( 1 per billion meter). Teknologi ini merupakan bidang sains yang termaju selepas bioteknologi dan berkaitan dengan pembentukan alat atau bahan terbaru berasaskan sains dengan teknologi yang boleh mengubahsuai susunan atom atau molekul…”

Dipetik dan diubahsuai daripada Estidotmy, Februari 2008

i ) Bagaimanakah kaedah teknologi nano diwujudkan? Kaedah teknologi nano diwujudkan dengan mengubah suai struktur atom atau molekul ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan manfaat teknologi nano kepada negara?

1. teknologi maklumat dan komunikasi – computer lebih kecil , berkuasa dan pantas, lebih banyak informasi disimpan

2. perindustrian – penghasilan penapis udara, jaket kalis air, kamera digital, penghasilan pakaian yang tahan panas

3. pertanian – penghasilan genetik tanaman yang mudah dikawal, baja bersifat penyerapan yang lebih baik, terus dalam batang, akar atau daun.

4. R & D – penghasilan kosmetik yang lebih berkualiti, warna lebih semulajadi 5. Sukan – raket tenis diperbuat daripada material aluminium, titanium yang dikenali karbon

nanotiub 100 kali lebih kuat 6 kali lebih ringan, bola tennis lebih tahan lama. 6. Ketenteraan – pakaian tentera lebih ringan dan nipis, kebal daripada senjata kimia 7. Perubatan – mengurangkan saiz ubat bagi meningkatkan penyerapan dan keberkesanannya.

Ubat tidak perlu dimakan cuma disapu terus meresap ke bahagian badan.

Page 16: Pengajian Am k2 Skema Jawapan2

16

Bahagian D

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf. (15 markah)

7. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan peratus perubahan bilangan kes kematian dalam kemalangan pelbagai jenis pengguna jalan raya di Malaysia bagi tahun 2006 berbanding tahun 2007. Kes kemalangan jalanraya kerap mendapat liputan meluas dalam media cetak mahupun media elektronik. Kes kemalangan jalanraya yang menyebabkan kematian semakin membimbangkan di negara ini. Kemalangan jalanraya di negara ini melibatkan pelbagai jenis pengguna jalanraya. Berdasarkan rekod yang dikeluarkan, penunggang motosikal mencatatkan bilangan kes kecederaan dan kematian yang paling tinggi. Pada tahun 2006, sebanyak 5,756 kes kemalangan jalan raya yang dilaporkan melibatkan penunggang motosikal. Daripada jumlah tersebut, 3 286 kes kematian telah dicatatkan. Angka ini bertambah sebanyak 695 kes pada tahun berikutnya. Sementara itu, bilangan kematian yang melibatkan pembonceng motosikal ialah sebanyak 474 kes pada tahun 2007 iaitu kurang 18 kes berbanding tahun sebelumnya. Pejalan kaki juga seringkali menjadi mangsa dalam kecelakaan jalanraya. Jumlah kemalangan jalan raya yang melibatkan kematian dan kecederaan ialah sebanyak 15,205 kes. Namun begitu, jumlah kematian pejalan kaki yang direkodkan pada tahun 2006 hanya sebanyak 807 kes tetapi pada tahun berikutnya bilangan kematian pejalan kaki yang direkodkan berkurang sebanyak 44 kes. Angka yang dilaporkan banyak melibatkan golongan kanak-kanak dan warga emas.

Pemandu kereta juga banyak menemui ajal di jalanraya. Begitu juga pemandu lori, bas dan teksi, Walau bagaimanapun, bilangan pemandu kereta yang maut dalam kecelakaan jalan raya adalah lebih tinggi berbanding pemandu lori, bas dan teksi. Pada tahun 2006, bilangan kematian yang direkodkan adalah sebanyak 409 kes, iaitu lebihan sebanyak 166 kes berbanding bilangan kematian dalam kalangan pemandu lori, bas dan teksi. Bilangan ini terus meningkat sebanyak 38 kes pada tahun berikutnya sedangkan bilangan kematian pemandu lori, bas dan teksi berkurang menjadi 217 kes pada tahun berikutnya.

Senasib dengan pejalan kaki, penunggang basikal turut menjadi mangsa kemalangan jalanraya. Pada tahun 2006, sebanyak 1,877 kes kemalangan jalanraya yang dilaporkan melibatkan penunggang basikal. Walaupun begitu, daripada jumlah tersebut hanya 603 kes kematian telah dicatatkan. Angka ini merosot kepada 351 kes pada tahun 2007. Sebaliknya, dalam tempoh yang sama pengguna jalan raya selain yang dinyatakan di atas, menunjukkan perkembangan yang mendukacitakan. Pada tahun 2006, sebanyak 746 kes kematian direkodkan berbanding dengan tahun berikutnya yang mencatatkan 864 kes kematian.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buletin Perangkaan Sosial, Jabatan Perdana Menteri, 2007)

Page 17: Pengajian Am k2 Skema Jawapan2

17

PERINCIAN PEMARKAHAN BAGI SOALAN 7

Perincian Kesilapan PA KT KI KJ Jumlah

A Media Tepat: Graf bar memesong 4 4 4 3 15

Salah media: selain graf bar memesong

- Rujuk jadual - - - - 1/15

3/15

B Maklumat salah

1. Tiada tajuk/salah tajuk/tiada tahun pada tajuk

1½ 1½ 1½ 1½ 6/15

2. Tiada petunjuk/petunjuk pada muka surat lain 1½ 1½ 1½ 1½ 6/15

3. Tiada/salah nilai di paksi X dan Y 1½ 1½ 1½ 1½ 6/15

4. Tiada label peratus perubahan dan jenis

pengguna jalan raya

1½ 1½ 1½ 1½ 6/15

C Teknikal

1. Semua nilai positif sahaja 1 1 1 1 4/15

2. Tiada nilai negative (tiada simbol negatif) 1½ 1½ 1½ 1½ 6/15

3. Semua bar dirapatkan 4 3½ 4 2½ 14/15

D 1. (a) Sumber tidak lengkap 4 4 3½ 2½ 14/15

(b) Tiada sumber 4 4 3 2 13/15

2. Jika jawapan hanya jadual sahaja

Butiran - 2 markah

Tajuk - ½ markah

Sumber - ½ markah

- - - - 3/15

Skema: Malaysia: Peratusan Perubahan Bilangan Kes Kematian dalam Kemalangan Pelbagai Jenis

Pengguna Jalan Raya bagi Tahun 2006 Berbanding Tahun 2007.

Tahun Bil Jenis Pengguna 2006 2007

% Perubahan

1 Penunggang motosikal 3286 3981 21.15 2 Pembonceng motosikal 492 474 -3.66 3 Pejalan kaki 807 763 -5.45 4 Pemandu kereta 409 447 9.29 5 Pemandu lori, bas dan teksi 243 217 -10.70 6 Penunggang basikal 603 351 -41.29 7 Pengguna-pengguna lain 746 864 15.82

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buletin Perangkaan Sosial,

Jabatan Perdana Menteri, 2007)

Page 18: Pengajian Am k2 Skema Jawapan2

18

Malaysia: Peratusan Perubahan Bilangan Kes Kematian dalam Kemalangan Pelbagai Jenis Pengguna Jalan Raya bagi Tahun 2006 Berbanding Tahun 2007.

Peratus Perubahan (%)

Penunggang motosikal

Pejalan kaki Pemandu kereta Pemandu lori, bas dan teksi

Penunggang basikal Pengguna-pengguna lain

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buletin Perangkaan Sosial,

Jabatan Perdana Menteri, 2007)

30

20

10

0

-10

-20

-30

-40

-50

Jenis Pengguna

Pembonceng motosikal

Page 19: Pengajian Am k2 Skema Jawapan2

19

8. Berdasarkan petikan yang diberi lukis carta yang sesuai untuk menunjukkan bilangan kenderaan bermotor yang berdaftar di Malaysia bagi tahun 2005 dan 2006.

Pembangunan ekonomi negara telah meningkatkan pendapatan penduduk sekaligus meningkatkan kuasa beli masyarakat. Selaras dengan peningkatan tersebut kemampuan untuk membeli kenderaan juga bertambah. Pada tahun 2006 jumlah kenderaan bermotor yang berdaftar di negara ini ialah 15,790,732 buah telah meningkat daripada 14,816,407 buah pada tahun sebelumnya. Kenderaan yang paling banyak mengalami peningkatan ialah kereta berjumlah 6,473,261 buah pada tahun 2005. Bilangan ini meningkat sebanyak 468735 buah pada tahun 2006. Peningkatan paling ketara ialah pada jenama tempatan iaitu Proton dan Perodua. Pertambahan juga berlaku pada kereta jenama import khususnya buatan Jepun. Kenderaan yang paling banyak berada di atas jalan raya ialah motosikal iaitu berjumlah 7,458,128 pada tahun 2006 meningkat sebanyak 450,077 buah berbanding tahun 2005. Bilangan remaja yang ramai dan mempunyai kemampuan untuk membeli motosikal telah meningkat bilangan kenderaan berkenaan. Golongan berada yang suka menunggang motosikal berkuasa besar turut menyumbang peningkatan ini. Perkembangan industri pelancongan dan penambahbaikan dalam sektor pengangkutan awam telah meningkatkan bilangan teksi dan kereta sewa. Walaupun bilangan agak rendah berbanding kenderaan lain, namun wujud peningkatan yang jelas bagi kenderaan ini iaitu 79,130 buah pada tahun 2005 dan bertambah menjadi 82,047 buah pada tahun 2006. Kecenderungan menggunakan kenderaan awam juga turut meningkatkan penggunaan bas sebagai satu alternatif. Bilangan bas yang berdaftar turut meningkat daripada 57,370 buah pada tahun 2005 kepada 59,991 buah pada tahun 2006. Pertambahan bilangan murid sekolah dan kewujudan syarikat bas yang baru turut menyumbang kepada pertambahan bilangan bas. Pertumbuhan ekonomi negara memerlukan jaringan pengangkutan yang lebih baik. Oleh itu, bilangan kenderaan barangan turut bertambah. Syarikat pengangkutan yang sedia ada telah menambah kenderaan masing-masing. Bilangan kenderaan pada tahun 2006 ialah 836,579 buah meningkat sebanyak 31,422 buah berbanding tahun sebelumnya. Kenderaan-kenderaan lain juga turut meningkat selaras dengan perkembangan ekonomi negara. Peningkatan perdagangan lantaran pertambahan eksport dan import telah meningkatkan bilangan dalam kategori kenderaan-kenderaan lain.

Dipetik dan diubahsuai daripada Buku Maklumat Perangkaan, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2007

Page 20: Pengajian Am k2 Skema Jawapan2

20

PERINCIAN SKEMA PEMARKAHAN BAHAGIAN D

Soalan 8

Perincian Kesilapan PA KT KI KJ Jumlah

A Salah media: Rujuk jadual - - - - 1/15

B Maklumat salah

1. Tiada tajuk/salah tajuk/tiada tahun pada tajuk

1½ 1½ 1½ 1½ 6/15

2. Tiada petunjuk/petunjuk pada muka surat lain 1½ 1½ 1½ 1½ 6/15

3. Tiada peratus/salah nilai atau unit di paksi/

Jumlah besar

1½ 1½ 1½ 1½ 6/15

4. Tiada label tahun 1½ 1½ 1½ 1½ 6/15

C Carta pai perbandingan

1. (a) Dua bulatan penuh (lengkap)

4 4 4 3 15

(b) Dua bulatan penuh tetapi siap 4-6 sektor

sahaja

3 3 3 2 11/15

(c) Dua bulatan penuh tetapi siap 1-3 sektor

sahaja

2 2 2 1 7/15

2. Salah/tiada nisbah jejari/salah aplikasi 4 4 2½ 2½ 13/15

3. Tiada jumlah besar, tetapi ada nilai sebenar di

dalamnya, carta bertindih

4 2 4 2 12/15

4. Dua carta pai yang siap, tetapi di lokasi

berbeza/tiada label eksport/import/sukar

dibandingkan

1 1 1 1 4/15

5. Tidak siap/siap satu bulatan sahaja. Konsep

berbanding tiada

1 1 1 1 4/15

6. Carta berada pada muka surat berlainan dan

tidak lengkap, rujuk jadual

- - - - 3/15

7. Dua carta pai, tetapi salah satu salah maklumat

Ie: peratus, jumlah besar, dan lain-lain

1½ 1½ 1½ 1½ 6/15

D 1. (a) Sumber tidak lengkap 4 4 3½ 2½ 14/15

(b) Tiada sumber 4 4 3 2 13/15

2. Jika jawapan hanya jadual sahaja

Butiran - 2 markah

Tajuk - ½ markah

Sumber - ½ markah

- - - - 3/15

Page 21: Pengajian Am k2 Skema Jawapan2

21

Malaysia: Perbandingan Bilangan Kenderaan Bermotor Berdaftar, 2005-2006

Bil 2005 2006 Kenderaan Bilangan

(buah) Peratus

( % ) Sudut (360)

Bilangan (Buah)

Peratus ( % )

Sudut (360)

1. Kereta 6,473,261 43.69 157.32 6,941,996 43.96 158.25 2. Motosikal 7,008,051 47.30 170.28 7,458,128 47.23 170.00

3. Teksi dan kereta sewa

79,130 0.53 1.92 82,047 0.52 1.87

4. Bas 57,370 0.39 1.39 59,991 0.38 1.37 5. Kenderaan

barangan 805,157 5.43 19.56 836,579 5.30 19.08

6. Kenderaan-kenderaan

lain

393,438 2.66 9.56 411,991 2.61 9.4

Jumlah 14,816,407 100.00 360 15,790,732 100.00 360

Sumber : Dipetik dan diubahsuaikan daripada Jabatan Tenaga Kerja Malaysia, 2006

Page 22: Pengajian Am k2 Skema Jawapan2

22

Page 23: Pengajian Am k2 Skema Jawapan2

27

Bahagian E

Jawab satu soalan sahaja dari bahagian ini (15 markah)

9. Berdasarkan jadual di bawah tafsirkan keadaan pencari kerja mengikut kumpulan umur di Malaysia antara tahun 2003 hingga 2006.

Malaysia : Bilangan Pencari Kerja Mengikut Kumpulan Umur, 2003 – 2006

Kumpulan Umur Tahun

15-19 20-24 25-29 30+

Jumlah (orang)

2003 6,796 16,742 4,581 3,589 31,708 2004 5,767 14,765 5,178 3,291 29,001 2005 2,091 14,047 6,356 4,733 27,227 2006 1,989 13,567 6,408 3,864 25,828

Sumber: dipetik dan diubahsuaikan daripada Jabatan Tenaga Kerja Malaysia, 2006

Skema 9. Pengenalan Bilangan pencari kerja semakin meningkat di negara ini. Bil. Idea Huraian

A. 1.

Jumlah keseluruhan pencari kerja menurun

31,708 orang (2003) kepada 25,828 orang pada tahun 2006 iaitu turun 5,880 orang % penurunan ialah 18.54% Alasan: Pertumbuhan ekonomi di negara ini telah menambah peluang pekerjaan/ Banyak jawatan baru diwujudkan dalam pelbagai sektor ekonomi/kerajaan/swasta.

2. Pola menurun

Kumpulan umur 15 – 19 tahun 2003 – 6,796 orang kepada 2006 – 1,989 orang iaitu turun 4,807 orang % penurunan – 70.73% Kumpulan umur 20 – 24 tahun 2003 – 16,742 orang

Page 24: Pengajian Am k2 Skema Jawapan2

27

2006 – 13,567 orang iaitu turun 3,175 orang % penurunan – 18.96% Alasan: Kesedaran dalam kalangan pencari kerja untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi

3. Pola meningkat Kumpulan umur 25 – 29 tahun 2003 – 4,581 orang kepada 2006 – 6,408 orang iaitu bertambah sebanyak 1,827 orang % pertambahan – 39.88% Alasan: Sikap pencari kerja/graduan yang memilih pekerjaan/peluang pekerjaan yang ditawarkan kurang sesuai dengan jurusan yang diambil oleh graduan/pencari kerja tiada kemahiran tambahan (fasih berbahasa Inggeris/kemahiran asas computer)

4. Pola tidak stabil Kumpulan umur 30 tahun ke atas 2003 – 3,589 orang kepada 2004 – 3,291 orang iaitu turun sebanyak 298 orang dan % penurunan 8.30% 2004 – 3,291 orang kepada 2005 – 4,733 orang iaitu pertambahan sebanyak 1,442 orang dan % kenaikan sebanyak 43.81% 2005 – 4,733 orang kepada 2006 – 3,864 orang iaitu penurunan sebanyak 869 orang dan % penurunan 18.36% Alasan: keadaan pasaran kerja yang tidak menentu mempengaruhi penempatan pencari kerja dalam kumpulan ini.

B. 4.

Tahun 2003

Paling ramai – kumpulan umur 20 – 24 tahun iaitu 16,742 orang (52.80%) paling sedikit – kumpulan umur 30 tahun ke atas 3,589 orang daripada keseluruhan 31,708 orang (11.32%) Alasan ramai : Ramai graduan menamatkan pengajian mereka.

Page 25: Pengajian Am k2 Skema Jawapan2

27

Alasan sedikit: Pencari kerja dalam kalangan wanita menumpukan perhatian kepada rumah tangga

5. Tahun 2004 Paling ramai – kumpulan umur 20 – 24 tahun iaitu 14,765 orang (50.91%) paling sedikit – kumpulan umur 30 tahun ke atas 3,291 orang daripada keseluruhan 29,001 orang (11.35%) Alasan ramai : Ramai graduan kali pertama kali mencari kerja. Alasan sedikit : Golongan wanita menumpukan perhatian terhadap rumah tangga

6. Tahun 2005 Paling ramai – kumpulan umur 20 – 24 tahun iaitu 14,047 orang (51.59%) paling sedikit – kumpulan umur 15 – 19 tahun 2,091 orang daripada keseluruhan 27,227 orang. (7.68%) Alasan ramai : Graduan telah tamat pengajian mencari pekerjaan Sebab sedikit – langkah kerajaan menggalakkan pelajar menamatkan pengajian menengah di peringkat SPM dan ke atas

7. Tahun 2006 Paling ramai – kumpulan umur 20 – 24 tahun iaitu 13,567 orang (52.53%) paling sedikit – kumpulan umur 15 – 19 tahun 1,989 orang daripada keseluruhan 25,828 orang (7.70%) Alasan ramai : Graduan yang telah tamat pengajian mencari kerja buat kali pertama. Sebab sedikit – langkah kerajaan menggalakkan pelajar menamatkan pengajian menengah di peringkat SPM dan ke atas

Page 26: Pengajian Am k2 Skema Jawapan2

27

Penutup Skema: 2 + 1 atau 1 + 2

1. Markah Idea 3 X 1 m 2. Markah huraian = Bukti 3 X 2 markah

Markah alasan = 3 X 1m Idea = 3 Huraian= 9 (3x 3m) Bahasa = 1 Rumusan = 2 -------------- 15

Skema 10 Pengenalan Rajah yang dipetik dan diubahsuai daripada Prinsip pemasaran, Kotler dan Armstrong menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan penentuan harga. Idea Huraian Faktor Dalaman 1. Objektif pemasaran

- strategi keluaran, produk dikeluarkan untuk pasaran tertentu sama ada golongan yang berpendapatan tinggi atau golongan bawahan Harga akan berbeza. - maksimum untung, ada syarikat yang mengambil kira kebajikan atau perkhidmatan, namun ada yang meletak harga yang tinggi untuk dapat keuntungan banyak. - kepimpinan syer pasaran, harga akan dibezakan dengan matlamat tinggikan jualan atau tinggikan keuntungan. - penakatan harga, harga boleh ditakatkan mengikut objektif syarikat

2. Campuran Pemasaran - harga ditentukan oleh jenis produk yang dikeluarkan, produk yang berkualiti dan kurang boleh membezakan harga. - Pengagihan atau penyampaian kepada pelanggan memerlukan kos yang berbeza yang membezakan harga sesuatu barang. - kos promosi membezakan harga sesuatu produk. Promosi yang hebat melibatkan kos yang tinggi

3. Kos - kos tetap melibatkan aset tetap seperti bangunan, tanah dan sebagainya - kos berubah yang terpaksa ditanggung oleh pengeluar berbeza mengikut kos yang ditanggung. - jumlah pengeluaran yang berbeza boleh melibatkan kos yang berbeza.

Page 27: Pengajian Am k2 Skema Jawapan2

27

4. Pertimbangan organisasi

- keputusan penentuan harga bergantung kepada pentadbiran dan pengurusan syarikat. - pengurusan atasan, bahagian, kewangan dan jrujual boleh menentukan harga mengikut bidang kuasa masing-masing.

Faktor Luaran 5. Pasaran dan Permintaan

- harga ditentukan oleh permintaan di pasaran oleh pembeli dn pengguna. - pasaran yang luas boleh membezakan harga, permintaan yang tinggi boleh menaikkan harga. - layanan dan perkhidmatan yang baik menambahkan permintaan dan harga boleh berbeza

6. Persaingan - pesaing perniagaan dalam pasaran boleh mengubah harga. Jika pesaing mempunyai kos dan harga yang rendah harga boleh mengubah harga yang ditawarkan. - kualiti produk pesaing menyebabkan pembeli lebih berminat membeli barangan pesaing dan harga perlu diturunkan.

7. Persekitaran - keadaan ekonomi Negara dan dunia boleh mempengaruhi harga. Inflasi yang berlaku menaikkan harga produk. - kerajaan boleh mengawal harga dengan dasar yang ditetapkan seperti barangan kawalan dengan harga siling. - keadaan persekitaran yang berlaku dan prihatin syarikat membolehkan harga dibezakan.

Kesimpulan. Banyak faktor yang boleh mempengaruhi penentuan harga. Ada faktor yang boleh dikawal oleh syarikat dan ada faktor di luar kawalan syarikat. Sememangnya sesebuah syarikat ingin memaksimumkan keuntungan tetapi tidak boleh menaikkan harga kerana ada faktor lain yan perlu diambil kira. Skema. 2 + 2. Nota. 1. Setiap satu isi mesti dicatat faktor luaran atau faktor dalaman, jika tidak isi dan huraian TR.

Page 28: Pengajian Am k2 Skema Jawapan2

27

Page 29: Pengajian Am k2 Skema Jawapan2

27