skema geo p1

9
1 SULIT* SKEMA JAWAPAN GEOGRAFI KERTAS 1 PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENGGAL 1/ 2014 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA BAHAGIAN A : ALAM SEKITAR FIZIKAL 1 (a) Apakah yang dimasudkan tentang komet di dalam sistem suria? [1] Maksud komet di dalam sistem suria adalah [jasad lain dalam sistem suria] yang [1] merupakan [ ketulan ais yang terbentuk daripada campuran gas (karbon dioksida dan [1] metana), air dan debu-debu ] yang [beredar mengelilingi matahari] [ 3 MARKAH] (b) Nyatakan dua jenis jasad lain yang terdapat sistem dalam Sistem Suria. B1 - komet B2 - asteroid B3 - meteorit [mana-mana 2 isi , 2 x 1m = 2 MARKAH] (c) Bezakan dua ciri planet Bumi dengan planet Marikh. C1 - Jarak dari matahari yang berbeza iaitu Bumi 149.6 juta km ,manakalan Marikh 227.9 juta km. C2 - Bilangan satelit semulajadi yang berbeza iaitu Bumi ada satu satelit iaitu bulan , manakala Marikh ada dua satelit iaitu Phobos dan Deimos. C3 Warna dilihat dari angkasa iaitu, Bumi kelihatan berwarna biru akibat kehadiran air yang banyak, manakala Marikh kelihatan berwarna merah akibat diselaputi debu matahari. C4- Kewujudan hidupan iaitu, Bumi mempunyai hidupan, manakala Marikh tidak mempunyai hidupan yang nyata. C5 Kandungan udara yang berbeza iaitu Bumi mengandungi 78% nitrogen, 21% oksigen, dan 1% wap air dan CO2 serta gas lain, manakala Marikh mengandungi 95% CO2 , 3% nitrogen, 1.6% argon dengan sedikit sahaja kandungan oksigen dan air.

Upload: haslinda-linda

Post on 26-Dec-2015

3.097 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

skema jawapan trial pahang

TRANSCRIPT

Page 1: Skema Geo p1

1

SULIT*

SKEMA JAWAPAN GEOGRAFI KERTAS 1

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENGGAL 1/ 2014

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

BAHAGIAN A : ALAM SEKITAR FIZIKAL

1 (a) Apakah yang dimasudkan tentang komet di dalam sistem suria?

[1]

Maksud komet di dalam sistem suria adalah [jasad lain dalam sistem suria] yang

[1]

merupakan [ ketulan ais yang terbentuk daripada campuran gas (karbon dioksida dan

[1]

metana), air dan debu-debu ] yang [beredar mengelilingi matahari]

[ 3 MARKAH]

(b) Nyatakan dua jenis jasad lain yang terdapat sistem dalam Sistem Suria.

B1 - komet

B2 - asteroid

B3 - meteorit

[mana-mana 2 isi , 2 x 1m = 2 MARKAH]

(c) Bezakan dua ciri planet Bumi dengan planet Marikh.

C1 - Jarak dari matahari yang berbeza iaitu Bumi 149.6 juta km ,manakalan Marikh

227.9 juta km.

C2 - Bilangan satelit semulajadi yang berbeza iaitu Bumi ada satu satelit iaitu bulan ,

manakala Marikh ada dua satelit iaitu Phobos dan Deimos.

C3 – Warna dilihat dari angkasa iaitu, Bumi kelihatan berwarna biru akibat kehadiran air

yang banyak, manakala Marikh kelihatan berwarna merah akibat diselaputi debu matahari.

C4- Kewujudan hidupan iaitu, Bumi mempunyai hidupan, manakala Marikh tidak

mempunyai hidupan yang nyata.

C5 – Kandungan udara yang berbeza iaitu Bumi mengandungi 78% nitrogen, 21% oksigen,

dan 1% wap air dan CO2 serta gas lain, manakala Marikh mengandungi 95% CO2 , 3%

nitrogen, 1.6% argon dengan sedikit sahaja kandungan oksigen dan air.

Page 2: Skema Geo p1

2

C5 - Perbezaan suhu permukaan, Bumi mempunyai suhu yang berbeza mengikut lokasi

dengan purata 21 ° C. Manakala suhu permukaan Marikh sebanyak - 113° C.

C6 - Bilangan hari beredar mengelilingi matahari, Bumi beredar mengelilingi matahari

selama 365 ¼ hari, manakala Marikh pula 779.9 hari.

Pernyataan 1m, huraian 1m ( huraian perlu ada perbezaan, tanpa perbezaan markah 0 ).

[ mana-mana 2 isi , 2 x 2m = 4 MARKAH]

(d) Jelaskan dua bukti yang menyatakan planet bumi berbentuk sfera.

D1 – Pelajaran kapal, pelayaran sebuah kapal boleh bermula dan berakhir ditempat yang

sama.

D2 - Kapal di lautan, sebuah kapal akan dapat dilihat pada bahagian atasnya dahulu baru

keseluruhan kapal apabila semakin hampir dengan pantai, begitu juga sebaliknya.

D3 – Kaki langit, kaki langit kelihatan melengkung jika melihatnya semasa berada di tepi

pantai atau berada di tempat tinggi.

D4 – Terbit dan terbenam matahari , matahari terbit dan terbenam berlaku dalam waktu dan

arah yang berbeza. Terbit di timur dan terbenam di barat.

D5 – Kejadian gerhana, semasa kejadian gerhana bulan garis luar bentuk bayang bumi

kelihatan berbentuk sfera.

D6 – Gambar satelit, gambar bumi yang diambil dari ruang angkasa menunjukkan bentuk

bumi jelas berbentuk sfera.

Pernyataan 1m, huraian 1m

[ mana-mana 2 isi, 2 x 2m = 4 MARKAH]

(e) Bumi merupakan planet yang paling istimewa dalam sistem suria. Beri kesimpulan

anda tentang pernyataan di atas.

Bumi merupakan planet yang paling istimewa dalam sistem suria kerana merupakan planet

tunggal yang mengandungi benda-benda hidup. Kehadiran hidupan dibumi disebabkan

wujudnya air dan udara ( oksigen) dengan jumlah yang banyak untuk meneruskan

keperluan dan kelangsungan hidup

[2 MARKAH]

Page 3: Skema Geo p1

3

2 (a) Terangkan bagaimana berlaku tindakbalas proses luluhawa kimia berikut

(i) pengkarbonan.

(ii) pengoksidaan.

(iii) penghidratan.

A1 - Pengkarbonan – [air hujan yang mengandungi asid karbonik] [bertindak balas

dengan batu kapur ] dengan[ melarutkan mineral yang mengandungi kalsium] bagi

menghasilkan kalsium bikarbonit sehingga menghasilkan pandang darat karst.

A2 - Pengoksidaan – [oksigen di udara dan air] akan [bertindak pada batuan yang

mengandungi mineral besi ] sehingga [membentuk besi oksida] yang lebih mudah hancur

atau batuan menjadi berkarat apabila berubah warna kemerahan atau perang.

A3 – Penghidratan – [melibatkan pertambahan molekul air] [dalam batuan]. [Batuan

menyerap, mengembang dan mengalami tegangan] serta perubahan unsur kimia.

[ 3 isi x 3 m = 9 + 1 = 10 MARKAH]

Markah 1 diberi jika mendapat 9 markah.

(b) Sejauh manakah faktor batuan mempengaruhi pembentukan luluhawa.

Faktor batuan.

B1 - kekerasan batuan + huraian.

B2 - komposisi mineral + huraian.

B3 - warna batuan + huraian.

B4 - rekahan batuan + huraian

B5 - ketelapan batuan + huraian.

B6 - jenis batuan + huraian.

Faktor lain-lain.

B7 - iklim + huraian.

B8 - kecerunan + huraian.

B9 - biotik + huraian.

B10 - tumbuhan + huraian.

B11 - aktiviti manusia + huraian.

B12 - masa + huraian.

Pernyataan 1m, huraian 1m.

[ 4 faktor batuan dan 3 faktor lain + 1m untuk penegasan = 13 MARKAH ]

Page 4: Skema Geo p1

4

3. (a) Lukis dan labelkan pembentukan tasik ladam.

A1 – Peringkat 1.

Lukis 1m + label 1m = 2 m.

A2 – Peringkat 2.

Lukis 1m + label 1m = 2m.

A3 - Peringkat 3.

Lukis 1m + label 1m = 2m

[ 6 MARKAH]

(b) Jelaskan tiga faktor yang mempengaruhi pemendapan sungai.

B1 - Halaju air dan kecerunan + huraian.

B2 - Isipadu air + huraian.

B3 - Jumlah bahan muatan + huraian.

B4 - Halangan + huraian.

B5 - Aktiviti Manusia + huraian.

Pernyataan 1m , huraian 1m.

[ mana-mana 3 isi, 3 x 2m = 6 MARKAH]

(c) Bincangkan kepentingan bentuk muka bumi pemendapan sungai terhadap alam

sekitar manusia.

[13]

Pro ( menyokong) :

C1 - pertanian + dataran banjir /delta + huraian.

C2 - perternakan ikan air tawar + tasik ladam + huraian.

C3 - perlombongan + pulau sungai + huraian.

C4 - pelancongan + tasik ladam + huraian.

C5 - pengangkutan darat/ jalan raya + tetambak + huraian.

C6 - IKS + dataran banjir/delta/tetambak+ huraian.

C7 - petempatan + dataran banjir /delta/tetambak + huraian.

Kon ( membangkang) :

C8 - kejadian banjir + dataran banjir/delta + alur sungai menjadi cetek akibat pemendapan

sehingga berlaku limpahan air ketika hujan lebat.

C9 - mengorbankan nyawa + dataran banjir/delta + bila berlaku limpahan air sungai ke

kawasan berhampiran terutama di lokasi petempatan.

Page 5: Skema Geo p1

5

C10 - Kehilangan harta benda + dataran banjir/delta + bila berlaku limpahan air sungai ke

kawasan sekitarnya sehingga rumah, bangunan dan kawasan pertanian serta premis

perniagaan musnah.

C11 – Halangan fizikal + delta/ pulau sungai + muara sungai menjadi cetek menghalang

laluan bot dan kapal kecil memudiki alur sungai.

Pernyataan 1m, huraian 1m ( huraian tanpa bentuk muka bumi markah 0 )

[ 4 isi Pro + 2 isi Kon , 6 x 2m = 12m + 1 kesimpulan = 13 MARKAH]

4. a) Takrifkan maksud daya tampung persekitaran fizikal.

1m 1m

[Keupayaan sesuatu sumber alam] untuk [menampung keperluan penduduk] di

1m

sesebuah kawasan [pada aras dan tempoh tertentu]

[ 3 MARKAH ]

b) Bezakan dua ciri sumber alam yang boleh diperbaharui dengan sumber alam yang tidak

boleh diperbaharui.

Kod Sumber Alam boleh diperbaharui Sumber Alam Tidak boleh diperbaharui

B1 Ada di mana-mana dan mudah

diperolehi seperti udara, air dan

tanih.

Kewujudannya terhad di kawasan tertentu

sahaja seperti petroleum dan gas asli di

medannya sahaja.

B2 Boleh pupus tetapi boleh dipulihara

/diganti semula seperti hutan dan

tanih

Habis, pupus dan tidak boleh diganti

semula atau dipulihara seperti bijih timah

dan bijih besi.

B3 Boleh dihasilkan/ kewujudannya

dalam jangkamasa yang singkat

seperti hutan melalui penanaman

semula.

Kewujudannya dalam jangkamasa yang

lama seperti petroleum dan arang batu

mengambil masa jutaan tahun.

Perlu ada perbezaan untuk mendapat markah 2, tanpa perbezaan markah 0.

[ mana-mana 2 isi, 2 x 2 m = 4 Markah]

Page 6: Skema Geo p1

6

(c) Bagaimanakah aktiviti manusia menyebabkan berlakunya kemerosotan kualiti udara di

kawasan pertumbuhan penduduk pesat.

.

C1- Aktiviti domestik - pembakaran terbuka sampah sarap dan sisa pertanian menyebabkan

partikel terampai seperti habuk, jelaga terbebas ke ruang atmosfera.

C2- Akitiviti pengangkutan - pertambahan bilangan kenderaan bermotor membebaskan gas

pencemar seperti karbon monoksida, sulfur dioksida meningkatkan indeks pencemar udara

(IPU)

C3-Aktiviti Industri - membebaskan gas pencemar seperti nitrogen oksida, kabon monoksida

dan sulfur menyebabkan jerebu berlaku.

C4 – Pembakaran Terbuka – tapak perlupusan sampah /tapak pertanian/ pembakaran hutan/

tapak pembinaan.

C5 – Akiviti pembinaan – debu simen/debu tapak pembinaan/ asap kenderaan.

C6 – Aktiviti kuari/ pelombongan – debu batu daripada aktiviti peletupan dan mengisaran

batuan.

[mana-mana 2 isi, 2 x 2m = 4 MARKAH ]

(d) Jelaskan dua langkah bukan perundangan bagi mengatasi masalah kemerosotan kualiti

udara di Malaysia.

D1 – Pendidikan + huraian.

D2 – Kempen + huraian.

D3 – Penggunaan tenaga mesra alam + huraian.

D4 - Penggunaan pengangkutan awam + huraian.

D5 - Memasang penapis asap + huraian.

D6 - Penggunaan petroleum tanpa plumbum + huraian

D7 – Menaman pokok/ kawasan hijau + huraian.

[ mana-mana 2 isi, 2 x 2m = 4 MARKAH]

5. a) Merujuk kepada sebuah negara di rantau Asia Tenggara, jelaskan sebab-sebab

berlakunya taburan penduduk yang tidak seimbang antara kawasan.

Ax - mana-mana satu negara Asia Tenggara.

A1- Saiz negeri dan jumlah penduduk.

– negeri luas kepadatan rendah, taburannya berselerak dan jarang contoh Pahang, Sarawak

dan Sabah.

- negeri kecil taburan tertumpu dan padat, kepadatan tinggi contoh wilayah Persekutuan KL,

Pulau Pinang, Melaka.

Page 7: Skema Geo p1

7

A2- Bentuk muka bumi.

- Kawasan bergunung- ganang, berbukit dan berhutan tebal jarang penduduk kerana

menghalang pembangunan dan tumpuan penduduk. Biasanya petempatan orang asli.contoh

Sabah dan Sarawak.

- Kawasan tanah pamah, rata dan dataran menjadi tumpuan penduduk. Kawasan padat kerana

mudah dibina petempatan. Contoh Selangor dan Kuala Lumpur.

A3- KesuburanTanih dan saliran.

- Kawasan tanah subur – tanah aluvium dan laterit berpenduduk padat kerana boleh

menjalankan aktiviti pertanian contoh Kedah

- Saliran dan pengairan – tepi sungai , tasik dll menjadi tumpuan penduduk contoh delta

Kelantan dan Dataran Kedah Perlis.

A4- Taburan sumber alam / sumber semulajadi

- Negeri yang kaya dengan sumber alam seperti bijih timah menjadi tumpuan penduduk

contoh WP Kuala Lumpur, Selangor dan Perak.

- Kawasan kaya dengan sumber pertanian dan perikanan seperti lembah sungai dan dataran

pantai menjadi tumpuan penduduk.

A5- Dasar Kerajaan/ Governan

- Dasar ekonomi baru- penyusunan masyarakat di kawasan petempatan bandar, menjadi

lebih padat.

- Dasar pembangunan tanah- agihan penduduk menerusi rancangan pembangunan tanah

seperti FELDA menukarkan kawasan jarang kepada sederhana padat. Contoh Felda Jengka.

- Dasar penyelerakan industri ke negeri kurang maju menyebabkan penduduk tertumpu di

kawasan berkenaan. Contoh Pahang

- Pembangunan koridor ekonomi- taburan penduduk tertumpu di koridor negeri yang

dimajukan. ECER, NCER,SKOR, SDC dan Wilayah Iskandar.

A6- Faktor sejarah pembangunan

- Dasar penjajah, pecah dan perintah menyebabkan taburan mengikut kawasan ekonomi dan

kaum.

- Tumpuan penjajah di negeri yang ada sumber bijih timah, menarik masuk penduduk ke

kawasan yang ada sumber.

A7- Faktor Pembandaran

- Bandar besar seperti Kuala lumpur, Shah Alam, Johor Bahru berada di negeri maju-

taburan penduduk padat kerana tarikan kemudahan pembandaran yang lengkap dan moden.

A8- Pengangkutan dan perhubungan

- Sistem pengangkutan dan jaringan pengangkutan yang berbeza Antara negei/ kawasan –

menyebabkan taburan penduduk berbeza.Ketersampaian tinggi- berpenduduk padat

- Kawasan pedalaman sabah dan Sarawak misalnya jarang penduduk kerana darjah

ketersampaian dan mobiliti yang rendah.

A9- Kemudahan sosial

- Kemudahan Pendidikan- sekolah, Kolej, IPT

- Kemudahan Kesihatan- Hospital, Klinikdll

- Kemudahan asas dan utiliti- bekalan air, elektrik

- Perkhidmatan awam dan swasta

Page 8: Skema Geo p1

8

A10- Ekonomi

- Perkembangan ekonomi moden seperti kawasan perindustrian menarik migrasi ke bandar.

- Ekonomi pertanian di negeri kurang maju akan mengalami taburan penduduk yang jarang.

[Mana-mana 6 isi, 6 x 2m + 1m ( Ax) = 13 MARKAH]

(b) Jelaskan langkah-langkah untuk menyeimbangkan taburan penduduk bagi mengatasi

masalah pembangunan yang tidak sekata antara kawasan [12]

B1- Penyelerakan industry ke kawasan luar bandar.

Mengurangkan migrasi ke bandar,banyak peluang pekerjaan dan gaji lumayan ditawarkan.

B2-Membangunkan kawasan luar bandar- mewujudkan kemudahan infrastruktur.Cth bekalan

air dan elektrik, sekolah dan jaringan jalanraya yang baik mengurangkan migrasi ke bandar.

B3-Mewujudkan institusi pendidikan ((IPTA dan IPTS) di kawasan luar bandar. Pengekalan

penduduk dan menggalakkan migrasi ke kawasan luar Bandar.Cth UITM Jengka.

B4- Mewujudkan bandar-bandar baru khususnya di kawasan desa- kemudahan pembandaran

yang lengkap boleh mengekang migrasi keluar.Cth Bandar Baru Muadzam Shah.

B5- Dasar kerajaan- pembangunan wilayah. Kawasan wilayah sedia ada dimajukan dan

diwujudkan petempatan baru.Migrasi ke kawasan KESEDAR, KEJORA dan

JENGKA.Wilayah tersebut mengalami kepadatan penduduk yang sederhana.

B6- Mewujudkan pembangunan wilayah ekonomi baru- Wilayah ECER, NCER dan Wilayah

Iskandar.

B7- Meningkatkan system jaringan pengangkutan dan perhubungan- Meningkatkan Darjah

ketersampaian terutama di kawasan yang sukar dihubungi.

[mana-mana 6 isi, 6 x 2m = 12 MARKAH )

6. a) Jelaskan faktor-faktor yang menyumbang kepada sesebuah desa berkembang dan

mengalami pemodenan. [10]

A1- Bentuk muka bumi + huraian

A2- kedudukan yang strategik + huraian

A3- Dasar kerajaan/ governan + huraian

A4- Sistem Jaringan pengangkutan dan perhubungan yang baik + huraian

A5- Faktor kesediaan penduduk ingin berubah + huraian

A6- Kemudahan infrastruktur/ kemudahan sosial + huraian

A7- Potensi sumber alam kawasan tersebut + huraian

A8- Faktor Teknologi + huraian

[Mana-mana 5 isi, 5 x 2m = 12 MARKAH]

Page 9: Skema Geo p1

9

(b) Sejauh manakah proses transformasi desa telah memberi kesan terhadap alam sekitar

fizikal.

Alam Sekitar Fizikal.

B1- Pencemaran air-sisa domestik, sisa IKS, baja dan racun serangga dari aktiviti pertanian.

B2- Pencemaran udara – asap kilang pemprosesan, pembakaran terbuka

B3- Pencemaran bau dan bunyi – Bau busuk dari longkang tersumbat, ladang ternakan ayam

B4- Hakisan/ gerakan jisim- Aktiviti pertanian di cerun, cerun tidak stabil

B5- Gangguan ekologi- hutan ditebang untuk pertanian dan petempatan, habitan flora dan

fauna musnah.

B6- Kitaran hidrologi terganggu- hutan musnah mengurangkan simpanan air tanah, proses

transpirasi berkurang.

Alam Sekitar Manusia

B7- taraf hidup meningkat- sektor ekonomi desa berkembang, wujud banyak peluang

pekerjaan.

B8-Taraf kesihatan meningkat- kemudahan perubatan moden, banyak klinik,

B9- Taraf pendidikan meningkat- kadar celik huruf berkurang dan celik ICT bertambah.

B10- Ketersampaian tinggi – Jaringan pengangkutan dan perhubungan yang cekap.

B11- Saiz pasaran dan kuasa beli meningkat- jumlah penduduk bertambah, saiz pasaran besar

dan pertambahan pendapatan.

B12- Pembauran inovasi – Inovasi dan idea baru berkembang lebih pantas.Masyarakat desa

yang bermaklumat.

Pernyataan 1m, huraian 1m.

[ 4 Alam Sekitar Fizikal dan 3 Alam Sekitar Manusia + 1m untuk penegasan = 15

MARKAH ]