siti nurhaliza

Upload: ezzat-bakri

Post on 15-Jul-2015

124 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Nama Guru Pelatih: Ezzat bin Mohamed Bakri Penyanyi : Siti Nurhaliza Tajuk Lagu : Kurik Kundi * Nak berkabar tingginya budi kita ya tuan Nak berkisah kaya tutur bicara Kalau tinggi untung jadi bintang Kalau rendah masih jadi intan Teratak mahligai bak dipayung teduhnya Bila budi melingkar anak asuhan Adat yang lama berbudi berbahasa Akar kehidupannya Chorus Yang kurik itu kundi yang merah saga Baik budi indahlah bahasa Pantun lama tinggi kiasannya Berpantun seloka sambil menari canggung Serentak melangkah rentak timur diarak Gurau senda sopannya dijaga Sepakat makin kukuh terikat (Pulau Pinang) Hang dok pi hang dok mai Lagu tu lagu mana Pi sini pi sana depa menghela sakan Awatlah dok kalut megah condong ke barat Mai kita Pakat tarik ramai-ramai Biar ke timur condongnya Ulang * (Perak) Ada O ada E Bunyinya tidaklah serupa Erti tidak berbeza Betoi yong betoi sungguh Betoi ape di kate

Selembut tarian hoi Nak muda berlotah Tutur bahasanya Maghi yop maghilah yong Maghi kita memikio Parit dengan Kuala Cakap tidak serupe Dihitung beratus-ratus bilangan Digali beratus-ratus terpendam Di lubuk yang mana Tak terjangkau ingatan Makin dibongkar Makin banyak yang terpendam Di sini ibunya Tersurat kurik itulah kundi Tertulis merah itulah saga Saga dalam lagu pada indah syairnya Kundi dalam tarian Indah lenggok tarinya Aduhai indahnya (Negeri Sembilan) Mana usang diperbarui Mana lapok hai dikajangi Mana elok dipakai ondeh dipakai Kalau singkat cantik manis Disambungkan Kalau panjang cantik manis Minta dikerat

Yo sungguh yo bonar Kato sungguh dikato Muafakat ya tuan Ibu adat di ondeh tidak dilupa Tak boghodat Minum tidak bergula Tak bobudi Pohon tidak berbuah Tak boghodat Minum tidak bergula Tak bobudi Bagai pohon tidak berbuah Ulang Chorus (Terengganu) Halus manis hai bila berkata Hai lapik berkias molek sungguh la wei Santun lakunya wei merendah suara Bagai berpayung wei rasa teduhnya ( Kelantan ) Teghtek teghning oghe kito Hok tu keno jago Jange sapa berlete kale Luar napok come jange dale Habih kuca lembe Luar napok come Jange dale habih kuca lembe (Sabah) Membubutlah bayu Lalu limpas siring semalu Mengalai bagai tari sesuku Tari sesuku (Sarawak) Selembut madah begitu taghi Sek ada sakit ghasa di hati Kamek nyambut madah tuan hulurkan Kitak nyambut madah kamek hulurkan

Ulang * Ulang Chorus

PENERANGAN Saya memilih lagu ini kerana lagu ini berkisar tentang masyarakat melayu yang mempunyai budi bahasa yang tinggi dan bersopan santun. Lagu ini lebih berkisar tentang masyarakat melayu dulu yang mempunyai budi bahasa yang tinggi. Ia mengingatkan kita supaya tidak lupa akan adat melayu tradisional. Lagu ini telah diselitkan dengan pantun melayu tradisional (lihat rangkap 3) yang mengatakan yang baik itu budi dan yang indah itu bahasa. Ini menunjukkan keindahan bahasa Melayu yang ditunjukkan melalui pantun. Lagu ini telah menggunakan bahasa Melayu tradisional yang jarang digunakan seperti kurik dan juga kundi. Lagu ini juga menerangkan tentang adat dan budaya melayu tradisional yang semakin dilupakan. Selain itu, lagu ini juga berunsur nasihat. Jika kita baca lirik lagu ini dengan teliti, lirik lagu ini menasihatkan kita supaya mengamalkan budaya timur dan tidak terikut-ikut dengan budaya barat (lihat rangkap 5). Lagu ini telah menggunakan pelbagai jenis loghat yang ada di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Ini menunjukkan dengan jelas keindahan bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai jenis loghat. Banyak loghat yang telah saya belajar melalui lagu ini. Walaupun lirik ini mendalam maksudnya dan ada sesetengahnya saya tidak fahami, tetapi melalui lagu ini saya dapat merasakan keindahan bahasa Melayu itu sendiri. Melalui rangkap 9 pada lirik ini menjelaskan bahawa puisi tradisional itu menjadi lebih indah apabila diselitkan di dalam lagu. Melalui rangkap 10 pada lagu ini memberitahu bahawa bahasa itu bersifat dinamik dan boleh berkembang. Yang mana yang baik kita boleh ambil itu memartabatkan lagi sesuatu bahasa itu. Hal ini kerana jika bahasa tidak berkembang bahasa itu akan lapok ditelan zaman. Melalui lirik tersebut, penulis lirik ingin memberitahu kita supaya buang yang keruh, ambil yang jernih. Rangkap 11 pula memberitahu betapa penting kita beradat dan berbudi kepada orang. Ia menunjukkan bahawa orang Melayu itu bukan Melayu jika tidak berbudi dan beradat kepada orang. Rangkap seterusnya menerangkan tentang kecantikan paras rupa perempuan Melayu dan sopan santunnya. Tapi ada juga diselitkan nasihat supaya kita jangan

cantik luar sahaja tetapi dalam hancur. Rangkap seterusnya pula loghat Sabah dan Sarawak digunakan. Saya tidak mampu menerangkannya kerana saya tidak faham loghat Sabah dan Sarawak. Kesimpulannya, lagu ini sangat mendalam maksudnya dan amat menyentuh perasaan saya. Hanya penulis lirik ini sahaja yang menerangkan maksud lagu ini dengan lebih lanjut. Unsur-unsur nasihat yang diterapkan dalam lagu ini memberitahu kita supaya tidak melupakan adat dan budaya orang Melayu yang semakin dilupakan. Sekian.