siti norsahliza wagiah

20
202 DASAR EKONOMI DAN PEMBANGUNAN MALAYSIA SEMESTER 3 (2012/2012) KERTAS KERJA ILMIAH (KKI) NAMA : SITI NORSAHLIZA BINTI WAGIAH NO. KAD PENGENALAN : 911015016724 NO. MATRIK : 110463 MASA TUTORIAL : KHAMIS (2.00 2.50 PETANG) NAMA PENSYARAH : PROF. MADYA DR. OSMAN MD YUSOFF

Upload: ukhti-liza

Post on 06-Jul-2015

181 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SITI NORSAHLIZA WAGIAH

202 DASAR EKONOMI DAN PEMBANGUNAN MALAYSIA

SEMESTER 3 (2012/2012)

KERTAS KERJA ILMIAH (KKI)

NAMA : SITI NORSAHLIZA BINTI WAGIAH

NO. KAD PENGENALAN : 911015016724

NO. MATRIK : 110463

MASA TUTORIAL : KHAMIS (2.00 – 2.50 PETANG)

NAMA PENSYARAH : PROF. MADYA DR. OSMAN MD

YUSOFF

Page 2: SITI NORSAHLIZA WAGIAH

1

ABSTRAK

Proses perbandaran adalah berpunca daripada pertambahan penduduk dan perubahan untuk

meningkatkan kualiti hidup sosial di sesebuah bandar. Pembangunan bandar, jika dirancang

dan dikawal dengan baik dapat membantu dalam meningkatkan tahap pembangunan ekonomi

dalam sesebuah masyarakat. Kawasan kajian yang dipilih adalah kawasan Pusat Perdagangan

Pontian yang merupakan kawasan kajian kerana terdapat berlakunya proses perbandaran.

Pelbagai kalsifikasi yang dapat melalui kajian yang dilaksanakan di kawasan tersebut kerana

proses perbandaran yang berlaku di Pusat Perdagangan Pontian berkenaan memberi impak

yang meyakinkan untuk kerajaan tempatan untuk bersedia melakukan aktiviti pembangunan

dari masa ke masa dengan memberi perhatian sepenuhnya akan kepentingan kemudahan yang

diberkan kepada masyarakat. Proses perbandaran yang berlaku di Pusat Perdagangan Pontian

telah memberi gambaran yang jelas dalam kajian bahawa pembangunan adalah amat penting

untuk meningkatkan ekonomi sesebuah kawasan. Sehubungan dengan itu, pelbagai gambaran

aktiviti-aktiviti pembangunan yang dibincangkan dalam kajian di Pusat Perdagangan Pontian

ini. Kemajuan yang ingin dicapai melalui pelbagai inisiatif dan strategi telah digiatkan oleh

kerajaan tempatan untuk membawa perubahan kawasan yang dahulunya sebagai kawasan

nelayan tetapi berubah kepada aktiviti-aktiviti yang lebih pesat lagi seperti perniagaan dan

perkhidmatan awam yang wujud di Pusat perdagangan Pontian.

Page 3: SITI NORSAHLIZA WAGIAH

2

1.0 Pendahuluan

Proses perbandaran berlaku apabila aktiviti-aktiviti yang melibatkan ekonomi yang

tertumpu di kawasan tersebut. Pihak yang berwajib seperti Majlis Daerah juga memainkan

peranan penting untuk membangunkan kawasan tersebut untuk menarik lagi minat

masyarakat menjalankan aktiviti-aktiviti ekonomi seperti perniagaan kecil-kecilan, membuka

premis perniagaan dan menyediakan perkhidmatan. Sehubungan dengan proses perbandaran,

kita perlu mendalami yang dimaksudkan dengan bandar. Definisi bandar adalah dapat dilihat

secara luas kerana pelbagai aspek dapat dikaitkan dengan definisi bandar iaitu dari segi

fizikal sebgai output yang wujud, bilangan penduduk atau komuniti yang wujud dan aktiviti-

aktiviti ekonomi yang dilakukan di kawasan bandar tersebut. Namun, secara ringkasnya

bandar dapat dijelaskan dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk memenuhi

kehendak dan keperluan komuniti dan berlakunya perubahan-perubahan fizikal seperti

bangunan, kemudahan perhubungan seperti jalan raya dan kemudahan untuk komuniti

berurusan dalam kehidupan seharian. Apabila bandar dikaitkan dengan proses perubahan

yang berlaku, dapat dikaitkan dengan pembangunan bandar. Pembangunan amat berkait rapat

dengan bandar kerana jika tiada pembangunan, perubahan untuk menjadikan sesebuah

kawasan itu menjadi sebuah bandar. Pembangunan pula, dapat didefinisikan sebagai ukuran

ekonomi – KDNK, pertumbuhan ekonomi, kadar pengangguran1 dan kadar inflasi yang melibatkan

daripada pelbagai sudut pandangan ekonomi mengenai pembangunan

1 Pengangguran - perihal (keadaan) menganggur, keadaan (ramai) orang tidak mempunyai pekerjaan: kerajaan

bercadang hendak mengurangkan ~ dgn memesatkan pembangunan negara; ~ bermusim pengangguran yg terdapat (berlaku) pd jangka masa tertentu (disebabkan keadaan cuaca yg tidak membolehkan sesuatu pekerjaan dilaksanakan dll);

Page 4: SITI NORSAHLIZA WAGIAH

3

2.0 Kawasan Kajian :

2.1 Perbandaran di Pusat Perdagangan, Pontian

Pengkaji telah memilih kawasan yang terlibat dengan proses perbandaran adalah di

Pusat Perdagangan, Pontian. Kawasan tersebut mengalami proses perbandaran kerana

perubahan secara evolusi yang diperuntukkan oleh Majlis Daerah yang merupakan pihak

yang bertanggungjawab untuk mentransformasikan kawasan Pusat Perdagangan, Pontian

tersebut. Pengkaji tertarik untuk membuat kajian di kawasan tersebut kerana kini perbandaran

di kawasan tersebut sudah jelas apabila pelbagai aktiviti-aktiviti sosioekonomi2 berjalan

dengan lancar dan bilangan komuniti yang melibatkan dengan aktiviti-aktiviti ekonomi turut

meningkat dari semasa ke semasa. Pada dahulunya, Pusat perdagangan Pontian tidak

dipanggil sebagai pusat perdagangan kerana aktiviti sosioekonomi di kawsan tersebut adlah

terhad kerana hanya menumpukan dengan kegiatan nelayan dan pasar menjual bahan-bahan

makanan basah seperti ikan. Hasil tangkapan ikan-ikan adalah yang segar dari laut yang

berhampiran di kawasan tersebut dan dijual terus kepada pelanggan yang datang di pasar

berkenaan. Taraf ekonomi pada ketika itu juga rendah dan mempunyai skala pendapatan yang

rendah dengan hanya menjalankan aktiviti mennagkap ikan. Pada ketika itu juga, tiada

pembangunan yang dilaksanakan keran kawasan tersebut berhampiran dengan laut dan perlu

ditambak jika ingin mewujudkan pembangunan di kawasan tersebut. Oleh hal demikian,

masyarakat di kawasan itu menggelarkan kawasan tersebut sebagai tambak Pontian kerana

kebanyakkan tempat-tempat yang inigin dibangunkan dengan pembangunan, telah ditambak

untuk mewujudkan sebuah bandar di Pusat Perdagangan Pontian.

2 Sosioekonomi - berkaitan dgn, melibatkan unsur-unsur atau faktor-faktor kemasyarakatan dan ekonomi:

kajian-kajian ~.

Page 5: SITI NORSAHLIZA WAGIAH

4

3.0 Pemerhatian :

3.1 Klasifikasi pembangunan yang dapat dilihat

Proses perbandaran di Pusat Perdagangan Pontian, sudah pasti yang melibatkan

dengan aktiviti-aktiviti pembangunan yang mempunyai pelbagai dimensi yang dapat

dikasifikasikan seperti fizikal sebagai output, sosiekonomi dan sosiobudaya. Pembangunan

fizikal yang wujud di Pusat Perdagangan Pontian banyak yang dapat dilihat dengan

terbinanya bangunan-bangunan yang menjalankan aktiviti-ativiti perniagan dan bukan itu

sahaja malah turut terbinanya bangunan-bangunan yang menawarkan perkhidmatan untuk

komuniti seperti Bank dan perkhidmatan pengangkutan seperti sistem pengangkutan bas dan

teksi. Pembangunan dari sudut fizikal (output) dapat kita kenalpasti dengan prasarana-

prasaranan yang wujud seperti yang dapat kita lihat di kawasan yang dikaji iaitu di Pusat

Perdagangan Pontian. Prasarana yang disediakan dapat melancarkan lagi aktiviti-aktiviti

komuniti setempat unutk berurusan dan di samping itu juga dapat menarik kedatangan

masyarakat luar untuk datang ke bandar Pusat Perdagangan Pontian yang telah berubah

menjadi bandar untuk memenuhi kehendak dan keperluan komuniti di Pusat Perdagangan

Pontian. Pembangunan yang berkaitan dengan fizikal juga dapat dilihat apabila wujudnya

pembangunan tempat-tempat kediaman sebagai perumahan turut disediakan untuk komuniti

di kawsan bandar tersebut yang manjadi suatu mekanisma sebagai kemudahan dan

perkhidmatan yang secara asas yang perlu untuk menarik kedatangan komuniti unutk bergiat

dalam berurusan di Pusat Perdagangan Pontian di samping komuniti juga sebagai mekanisma

untuk kemajuan pembangunan sebagai output di Pusat Perdagangan Pontian. Sistem jalan

raya yang wujud juga dapat memudahkan aktiviti perhubungan yang dilakukan oleh komuniti

untuk berurusan di Pusat Perdagangan Pontian.

Page 6: SITI NORSAHLIZA WAGIAH

5

Pembangunan di Pusat Perdagangan Pontian dari sudut sosioekonomi dapat dilihat

apabila perindustrian turut wujud di kawasan bandar tersebut. Perindustrian bukan sahaja

dapat meningkatkan ekonomi tempatan malah meningkatkan pendapatan masyarakat

khususnya di Pontian. Sosioekonomi berlaku apabila kitaran yang melibatkan urusan wang

berjalan dengan lancar. Perniagaan-perniagaan telah dibuka di kawasan Pusat Perdagangan

Pontian, telah menyebabkan aktiviti ekonomi dapat dijanakan. Selain itu, masyarakat dapat

berurusan di Pusat Perdagangan Pontian seperti membeli barangan di premis-premis

perniagaan yang disediakan dan ditawarkan oleh peniaga. Pusat Perdagangan Pontian juga

telah membawa kesedaran kepada masyarakat untuk menceburi bidang perniagaan terutama

kepada kaum Melayu yang kurang melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Usaha dan

insentif yang diberikan oleh kerajaan tempatan, telah membawa masyarakat untuk terlibat

dengan perniagaan secara kecil-kecilan seperti Industri Kecil Sederhana (IKS) yang diberikan

kepada masyarakat untuk menjadi peniaga dan usahawan kecil di Pusat Perdagangan Pontian.

Perubahan perbandaran ini, telah membawa perubahan kepada pembangunan yang memberi

kebaikan kepada masyarakat. Jelaslah, bahawa di kawasan tersebut bersesuaian untuk

dibangunkan oleh kerajaan tempatan dengan pelbagai kemudahan infrastruktur yang

dibangunkan. Selain itu, masayarakat juga dapat menikmati kemudahan dengan

perkhidmatan Bank yang disediakan seperti Maybank dan Bank Simpanan Nasional (BSN)

yang terdapat di Pusat Perdagangan Pontian. Ekonomi yang pada mulanya adalah berskala

kecil sebelum bandar berkenaan dibangunkan, seperti aktiviti nelayan yang terhad di kawasan

tersebut akan tetapi kini kawasan bandar tersebut telah dibangunkan dan ekonominya

semakin meningkat berkoordinasikan dengan Pusat Perdagangan Pontian yang strategi

menjadi tumpuan masyarakat di kawasan tersebut.

Page 7: SITI NORSAHLIZA WAGIAH

6

Pembangunan yang dilihat daripada sudut sosiobudaya adalah dapat dikaitkan dengan

sosial masyarakat di kawasan bandar tersebut iaitu di Pusat Perdagangan Pontian. Masyarakat

dapat membentuk identiti yang sejahtera dengan aktiviti beriadah bersama keluarga. Di Pusat

Perdagangan Pontian, kawasan tersebut adalah berdekatan dengan laut yang bersebelahan

dengan Pulau Pisang yang dapat dilihat dari jauh. Pada waktu petang, kawasan di Pusat

Perdagangan Pontian yang berhampiran dengan laut, amat sesuai dengan aktiviti beriadah

seperti bersenam, bermain layang-layang dan berkelah. Tidak hairan jika pada dahulu

kawasan tersebut tidak dilawati oleh orang ramai tetapi kini menjadi tumpuan orang ramai

untuk menikmati kemudahan dan keindahan yang ada di Pusat Perdagangan Pontian terutama

di kawasan yang berhampiran dengan laut. Selain itu, masyarakat juga dapat mengeratkan

hubungan antara pelbagai kaum dengan mengenali antara satu sama lain walaupun berbeza

kaum dan agama. Masyarakat dapat meningkatkan hubungan yang sejahtera3 dengan

bersama-sama menggunakan kemudahan yang disediakan di Pusat Perdagangan Pontian.

Tiada syarat dan peraturan yang tertentu untuk masyarakat telah menyebabkan masyarakat

mengenali antara satu sama lain. Kebiasaannya, di Pusat Perdagangan Pontian, pada waktu

pagi, masyarakat Cina gemar melakukan aktiviti bersenam yang dikanali sebagai senaman

Tai Chi yang memerlukan kawasan yang aman dan damai. Terdapat juga masyarakat Melayu

yang mengikuti senaman tersebut untuk memperoleh kebaikan dan kesihatan disamping itu

juga dapat mengeratkan perpaduan antara satu sama lain.

3 Sejahtera - aman dan makmur, senang dan ten-teram, terpelihara drpd bencana (kesusahan, gangguan, dll):

moga-moga kita dapat hidup dlm ~; selamat ~; menyejahterakan menjadikan sejahtera, mengamankan, menyelamatkan: Ya Tuhan-ku, sejahterakanlah Laksamana itu; kesejahteraan keselamatan, kesenangan (hidup dll), kesentosaan, ketenteraman: manusia mesti bekerja keras utk mendapat ~ di dunia dan di akhirat.

Page 8: SITI NORSAHLIZA WAGIAH

7

3.2 Pelaksanaan ekonomi dan pembangunan yang wujud

Pembangunan bagi sesebuah bandar adalah amat sinonim dengan ekonomi

pembangunan. Pada masa kini ekonomi pembangunan adalah amat penting untuk

menggerakkan proses pembangunan itu bergerak dan memberi kesan yang dapat memberikan

kesan yang positif dan manfaat dengan berlakunya pembangunan di Pusat Perdagangan

Pontian. Strategi ekonomi dengan mengubah tahap pendapatan di kawasan tersebut oleh

kerajaan tempatan telah menyebabkan strategi tersebut mendapat perubahan yang positif.

Pada ketika dahulu, ekonomi yang dijalankan adalah aktiviti yang begitu terhad iaitu aktiviti

penangkapan ikan yang sangat minimum dan terdapat juga kedai-kedai makan nelayan yang

terdapat di kawasan tersebut. Pihak kerajaan tempatan telah membuat perubahan dengan

mengalihkan struktur kawasan tersebut dengan menambak sebahagian kawasan tersebut.

Pada ketika proses penambakan, masyarakat di kawasan tersebut mengelarkan kawasan

tersebut adalah ‘tambak Pontian’ kerana tiada aktiviti ekonomi yang dijalankan dan

pembangunan juga masih kurang dilaksanakan. Kerajaan tempatan telah membuat keputusan

untuk mengalihkan penumpuan aktiviti nelayan dan penangkapan ikan di kawasan yang lebih

strategi dan bersesuaian iaitu di kawasan bersebelahan Pusat Perdagangan Pontian. Bagi

perubahan proses pembangunan yang berlaku di Pusat Perdagangan Pontian, tenaga buruh

yang diperlukan untuk perubahan membina bangunan-bangunan adalah memerlukan tenaga

buruh yang tinggi. Kedatangan buruh asing yang menyumbang tenaga buruh dalam sektor

pembinaan telah wujud di kawasan tersebut. Bilangan tenaga buruh yang diperlukan yang

banyak telah menyebabkan proses pembinaan berjalan dengan lancar dan dapat dibina

dengan sepenuhnya. Tambahan pula, dari semasa ke semasa perbandaran di Pusat

Perdagangan Pontian, memerlukan tenaga buruh yang banyak untuk pelaksanaan

pembangunan yang bakal dibangunkan pada masa akan datang.

Page 9: SITI NORSAHLIZA WAGIAH

8

3.3 Kawasan membangun dan keselamatan turut dikuatkuasakan

Perubahan sesuatu kawasan yang menjadi bandar akan mengalami perubahan yang

paling jelas iaitu keadaan sosial di kawasan berkenaan. Semakin membangun sesuatu

kawasan, keselamatan perlu dikuatkuasakan dan diambil perhatian sepenuhnya, terutama

pihak yang bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan yang terjamin. Apabila

Pusat Perdagangan Pontian menjadi kawasan tumpuan,4 kemasukan dan perubahan

masyarakat turut berlaku iaitu kawasan menjadi tumpuan masayarakat. Bandar yang selamat

perlu dijaga dengan betul dan sentiasa mengambil perhatian yang penuh dengan menghalang

berlakunya jenayah5 yang dapat membimbangkan keselamatan orang ramai yang datang ke

Pusat Perdagangan Pontian. Sehubungan dengan itu, kerajaan tempatan telah menyediakan

tempat khas Polis Daerah Pontian untuk menjaga keselamatan6 di persekitaran Pusat

Perdagangan Pontian supaya sentiasa berkeadaan baik dan selamat untuk orang ramai. Selain

itu juga, tempat khas Polis Daerah Pontian di kawasan tersebut juga berperanan sebagai

tempat membuat aduan mengenai masalah yang dihadapi oleh orang ramai berkenaan bandar

kawasan Pusat Perdagangan Pontian

4 Tumpuan - sesuatu yg digunakan utk bertumpu ketika hendak melompat dll. 2 orang dll yg menjadi pusat

perhatian (tempat mengadu dll): Beliaulah yg menjadi ~ orang-orang kampung. 3 pusat tempat bertumpu atau tempat berkumpul; pusat atau pangkalan utk menyerang dll. 5 Jenayah - kejahatan, kesalahan jenayah; hukum ~ = undang-undang ~ undang-undang bkn perbuatan-

perbuatan jenayah; perkara ~ perkara (kes) jenayah; tindakan (perbuatan) ~ perbuatan yg dianggap sbg jenayah; kitab undang-undang hukum ~ buku undang-undang yg menyatakan hukuman-hukuman jenayah. 6 Keselamatan - Perlindungan yang diberikan dari segi teknikal dan pentadbiran terhadap sistem komputer

supaya tidak diceroboh, termusnah, atau tercemar secara sengaja atau tidak.

Page 10: SITI NORSAHLIZA WAGIAH

9

3.4 Menjana aktiviti pelancongan

Pusat Perdagangan Pontian berhampiran dengan kawasan bandar-bandar yang lain

kerana Pusat Perdagangan Pontian adalah berada di bahagian tengah antara jalan Benut, jalan

Johor Bharu dan jalan Kukup. Kedudukannya yang strategic telah menarik orang ramai untuk

datang ke Pusat Perdagangan Pontian. Walaupun tiada persekitaran yang lebih tertumpu

kepada alam semula jadi, akan tetapi kedudukannya yang bersebelahan dengan laut telah

menyebabkan terbinanya Hotel Pontian. Terbinanya Hotel Pontian dapat memberi

kemudahan kepada orang ramai yang datang ke Pontian dengan menginap di Hotel Pontian.

Perkhidmatan yang disediakan adalah kondusif7 walaupun Hotel Pontian hanya dibina satu

sahaja, tetapi itu membuktikan bahawa ada satu usaha untuk membangunkan kawasan Pusat

Perdagangan dengan perbandaran yang sesuai. Selain itu, Hotel Pontian bergabung dengan

sebuah restoran yang terkenal di kawasan tersebut iaitu Restoran Aliff yang menyediakan

pelbagai jenis makanan yang sangat istimewa untuk para pengunjung yang datang ke Pusat

Perdagangan Pontian. Restoran berkenaan juga menyediakan perkhidamatan jalur lebar untuk

orang ramai yang berada di kawasan tersebut untuk mendapatkan kemudahan internet. Ini

membuktikan proses perbandaran di kawasan Pusat perdagangan Pontian amat

memberansangkan dan memenuhi kehendak orang ramai dan penduduk di Pontian.

7 Kondusif - sesuai, baik dsb utk membantu, mencapai atau mendorong menghasilkan sesuatu: dgn penyediaan

persekitaran yg ~, negara akan terus mengalami perkembangan ekonomi yg menggalakkan; keadaan ini dikatakan tidak ~ dlm melahirkan suatu generasi baru pemikiran dan intelektual yg berwibawa.

Page 11: SITI NORSAHLIZA WAGIAH

10

Selain itu, Pusat Perdagangan Pontian turut menyediakan kawasan untuk orang ramai

memancing ikan di laut berkenaan. Aktiviti memancing di Pusat Perdagangan Pontian bukan

sahaja tidak mendapat perhatian orang ramai malah orang luar yang bukan penduduk di

Pontian, turut tertarik dengan aktiviti memancing di laut berkenaan. Pelbagai aktiviti yang

berkaitan dengan memancing dengan pertandingan joran8 turut diadakan setiap kali bagi

menarik kedatangan orang ramai ke Pusat Perdagangan Pontian dengan aktiviti memancing

tidak kira sama ada aktiviti memancing yang diadakan dalam pertandingan9 mahupun aktiviti

untuk mengisi masa lapang bagi penggemar memancing ikan di laut. Penarikan tempat-

tempat yang besesuaian untuk menarik orang ramai datang ke Pusat Perdagangan Pontian

dari masa ke masa telah membawa perubahan yang lebih tetumpu dengan menyediakan

pelbagai tempat-tempat permainan dan bersukan. Misalnya, di Pusat Perdagangan Pontian

turut menyediakan kawasan untuk bermain futsal dan tempat untuk bersenam. Keperihatinan

kerajaan tempatan menyediakan kemudahan-kemudahan seperti itu merupakan satu usaha10

bahawa Pusat Perdagangan Pontian mengalami proses perbandaran yang mempunyai impak

positif kepada penarikan orang ramai terhadap Pusat Perdagangan Pontian.

8 Joran - batang pancing; tangkai pancing.

9 Pertandingan - perihal bertanding, perlawanan (bola dll), perlumbaan (berlari, berenang, dll), peraduan: satu

~ menembak dgn menggunakan pistol akan diadakan di Jalan Padang Tembak; 2. perihal bersaing, perlumbaan (utk mencapai kejayaan dll), persaingan; 3. perbandingan. 10

Usaha - menjadikan pesat (pantas, cepat); 2. memperkembangkan (memajukan) dgn cepat, melaksanakan (menggerakkan dsb) dgn pesat atau lebih pesat: keinginan hendak mengeluarkan bahan makanan yg cukup telah membuat kerajaan ~ lagi usaha-usaha mencari benih-benih tanaman yg terpilih; usaha-usaha dan langkah-langkah yg membantu ~ perkembangan bahasa Melayu;

Page 12: SITI NORSAHLIZA WAGIAH

11

4.0 Dapatan kawasan kajian :

4.1 Proses perbandaran telah mewujudkan peluang pekerjaan

Proses dan perkembangan sesebuah bandar memerlukan mekanisma buruh untuk

mencapai kitaran bandar itu berjalan dengan lancar. Sebelum Pusat Perdagangan dibina,

kawasan tersebut tidak menawarkan pelbagai jenis pekerjaan kerana keadaan pembangunan

adalah amat terhad. Setelah Pusat Perdagangan Pontian dibangunkan dari masa ke masa telah

menyebabkan kadar permintaan untuk peluang pekerjaan adalah semakin tinggi kerana

pelbagai pekerjaan dapat ditawarkan kepada orang ramai. Selain itu, premis-premis

perniagaan turut dibuka menyebabkan masyarakat meminta pekerjaan di premis-premis

perniagaan untuk memperoleh kebaikan yang berada di Pusat Perdaganagan Pontian. Usaha

mewujudkan peluang pekerjaan bukan sahaja member kebaikan dan keuntungan kepada

pemilik dan usahawan, malah amat memberi kebaikan kepada masyarakat untuk

meningkatkan pendapatan masyarakat. Jelaslah bahawa, proses perbandaran di Pusat

Perdagangan Pontian, bukan sahaja dapat mewujudkan kawasan yang kondusif dan

membuktikan Pusat Perdagangan Pontian mengalami perubahan perbandaran tetapi usaha ini

dapat member peluang kepada masyarakat untuk meningkatkan pandapatan dengan bekerja di

pelbagai bidang dan sektor yang wujud di Pusat perdagangan Pontian. Mewujudkan peluang

pekerjaan ini adalah salah satu usaha untuk memberi galakkan kepada masyarakat sentiasa

berusaha mencari pekerjaan di pelbagai sektor dan premis-premis perniagaan yang terdapat di

Pusat perdagangan Pontian. Tiada alasan untuk masyarakat terpaksa membuat imigrasi untuk

keluar dari kawasan bandar berkenaan untuk mendapatkan pekerjaan kerana peluang

pekerjaan di kawasan berkenaan dapat memberi kemudahan kepada masyarakat untuk

bekerja dengan lebih mudah dengan jarak kediaman yang dekat.

Page 13: SITI NORSAHLIZA WAGIAH

12

4.2 Memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat setempat

Keupayaan untuk menjadi sebuah bandar yang berpusat adalah sukar kerana

memerlukan pelbagai strategi dan perancangan dengan penuh teliti. Membawa perubahan

unutk kemudahan orang ramai juga perlu diteliti agar dapat memenuhi kehendak dan

keperluan masyarakat dapat dicapai. Pusat Perdagangan Pontian, pada mulanya hanya

tertumpu dengan aktivit-aktiviti perniagaan dan banyak menumpukan pengumpulan

keuntungan bagi pihak tertentu seperti usahawan dan ahli perniagaan. Apabila, migrasi

masyarakat dan membuatkan Pusat Perdagangan Pontian menjadi suatu kawasan

tertumpunya masyarakat, pihak kerajaan tempatan telah membuka jalan dan ruang untuk

membina kemudahan perkhidmatan pengangkutan awam.11

Pada ketika dahulu, perkhidmatan

pengangkutan awam beroperasi di tempat lain tetapi kawasan tersebut tidak sesuai untuk

dijadikan kawasan paerkhidmatan pengangkuan awam kerana keadaan jalan raa di kawasan

tersebut agak sibuk dengan lalu lintas dan kenderaan yang padat. Oleh itu, pihak kerajaan

tempatan telah membuat perpindahan stesen bas dan teksi di Pusat Perdagangan Pontian

dengan lebih strategi dan teratur. Tambahan pula, keadaan bangunan yang djadikan sebagai

tempat stesen bas dan teksi lebih kondusif dan baru untuk memberi keselesaan kepada orang

ramai yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Namun begitu, pelbagai

kemudahan yang disediakan oleh kerajaan tempatan untuk member yang terbaik kepada

orang ramai. Sebagai pengguna haruslah menggunakan setiap kemudahan yang terdapat di

Pusat Perdagangan Pontian dengan baik agar sentiasa menjadi tempat yang bersih dan selesa.

11

Pengangkutan awam - sistem pengangkutan bermotor spt teksi, bas, dan kereta api yg boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dgn kadar tambang yg telah ditetapkan.

Page 14: SITI NORSAHLIZA WAGIAH

13

Selain itu, keadaan jalan raya yang baik juga dititikberatkan di Pusat Perdagangan

Pontian. Kemudahan jalan raya juga disediakan unutk masyarakat berhubung dan

memudahkan orang ramai untuk bergerak berurusan di kaasan Pusat Perdagangan Pontian

kerana kawasan tersebut telah menjadi kawasan yang terpenting untuk masyarakat berurusan.

Oleh it, pihak kerajaan tempatan telah membuat satu strategi untuk memberi kemudahan

laluan yang sesuai untuk kenderaan-kenderaan bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Selain itu, keadaan jalan raya di Pusat perdagangan Pontian adalah baik dan terdapat

peraturan-peraturan jalan raya di kawasan tersebut bagi mengelakkan kesesakan12

jalan raya

dan berlakunya kemalangan di Pusat Perdagangan Pontian. Namun begitu, walaupun keadaan

jalan di kawasan tersebut adalah baik, tetapi orang ramai yang menggunakan jalan berkenaan

haruslah bertanggungjawab dengan menggunakan jalan raya di kawasan tersebut dengan

penuh bertanggungjawab dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain khususnya

antara pengguna-pengguna jalan di kawasan Pusat perdagangan Pontian. Akan tetapi,

terdapat kelemahan yang berlaku apabila keadaan jalan raya yang kondusif dan teratur telah

menyebabkan segelintir masyarakat khususnya remaja yang menggunakan jalan berkenaan

sebagai tempat untuk berlumba antara satu sama lain. Namun, gejala sosial seperti ini telah

dapa sedikit sebanyak ditangani oleh pihak polis daerah Pontian dengan teratur kerana

terdapat pengawasan dari pihak polis di Pusat Perdagangan Pontian, telah menyebabkan

remaja yang inigin melakukan perlumbaan tidak dapat dilakukan kerana takut akan undang-

undang dan tindakan sewajarnya di kawasan tersebut.

12

Kesesakan - menyebabkan tidak dpt dilalui (ttg jalan, sungai dll); menghalang: Polis telah ~ jalan itu utk mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Page 15: SITI NORSAHLIZA WAGIAH

14

5.0 Keputusan kajian kawasan :

5.1 Membuka minat dan tarikan terhadap perniagaan Francais

Pusat perdagangan Pontian telah mengalami proses perbandaran yang begitu pesat

walaupun kawasan tersebut merupakan sebahagian kecil dalam daerah Pontian. Pembinaan

bangunan-bangunan yang dapat meyakinkan pihak yang ingin menjalankan perniagaan secara

francais13

telah dapat diwujudkan kerana pihak yang ingin membuka perniagaan secara

francais yakin bahawa Pusat Perdagangan Pontian adalah sebagai kawasan yang strategi yang

mampu member keuntungan dan menarik perhatian orang ramai yang datang berkunjung di

Pontian. Perniagaan francais yang telah wujud di Pusat perdaganagan Pontian adlah seperti

Mc Donalds, KFC, Marry Brown, A&W, 7 Eleven, Snogurt, Season dan Ice Blog.

Keuntungan bukan sahaja dapat dinikmati oleh pihak yang membuka perniagaan francais

tersebut, malah dapat menjana pendapatan pihak kerajaan kerana dari sgi pembayaran cukai

yang merupakan sebahagian daripada peraturan pembayaran cukai makanan yang dicukaikan

kepada perniagaan francais. Kemudahan yang disediakan dapat menarik perhatian kepada

orang ramai terhadap kawasan Pusat Perdagangan Pontian. Akan tetapi, perniagaan francais

di kawasan tersebut telah menyebabkan perniagaan-perniagaan tempatan menjadi tinggi

persaingannya sebagai cabaran untuk mencari pelbagai strategi meningkatkan perniagaan

masing-masing. Walau bagaimanapun, keseimbangan perlu dilakukan di kawasan Pusat

Perdagangan Pontian dengan menumpukan kepentingan perniagaan tempatan yang berniaga

secara kecil-kecilan berbanding dengan perniagaan francais yang terdapat di kawasan

tersebut.

13

Francais - hak atau kebenaran yg diberikan oleh pengeluar atau sesebuah syarikat kpd pengusaha utk memasarkan barangannya atau perkhidmatan yg diasaskannya. memfrancaiskan memberikan hak atau kebenaran terhadap barangan keluaran atau perkhidmatan yg diasaskan oleh pengeluar atau syarikat asal kpd pengusaha utk dipasarkan: Syarikat itu ~ hasil pengeluarannya kpd individu yg berminat.

Page 16: SITI NORSAHLIZA WAGIAH

15

6.0 Kesimpulan

Proses perbandaran yang berlaku di Pusat Perdagangan Pontian berlaku dengan segala

usaha kerajaan tempatan untuk menarik kedatangan orang ramai. Setelah kajian dilakukan di

dapati bahawa Pusat Perdagangan Pontian mengalami proses perbandaran kerana aktiviti-

aktiviti yang didapati adalah semakin berubah dengan menuju perbandaran. Proses

perbandaran yang dicapai telah membawa perubahan kepada memenuhi kehendak dan

keperluan masayarakat dari segi kemudahan yang di sediakan dan terdapat di Pusat

Perdagangan Pontian. Pelbagai aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan di Pusat Perdagangan

Pontian yang menjurus kegiatan ekonomi menjana pendapatan masyarakat setempat yang

berkhidmat dan bekerja di kawasan berkenaan. Setelah berlakunya pembangunan, Pusat

Perdagangan Pontian telah menjadi kawasan tumpuan orang ramai yang datang berurusan

seharian untuk berjalan dengan lancar. Jelaslah, bahawa perbandaran memberi perubahan

kepada sesuatu kawasan yang dahulunya hanya mempunyai aktiviti yang terhad kini

berkembang pesat dengan aktiviti-aktiviti yang khususnya melibatkan aktiviti ekonomi.

Namun begitu, usaha kerajaan tempatan terhadap membangunkan sesuatu kawasan perlu

mempunyai penilaian dan strategi yang baik untuk mencapai pembangunan yang berjaya.

Selain itu, perancangan yang baik dapat memberi kesan yang positif kepada pembangunan

yang dijalankan kepada kerajaan tempatan itu sendiri dan juga masyarakat. Apabila kawasan

Pusat Perdagangan Pontian menjadi kawasan bandar, aspek-aspek menjaga kebersihan

sekitarnya perlu dititikberatkan. Hal ini disebabkan, bandar yang bersih adalah suatu nilai

yang menunjukkan bahawa masyarakatnya mempunyai nilai-nilai positif untuk bersama-sama

menjaga kebersihan alam sekitar dengan bertanggungjawab tidak membuang sampah merata-

rata dan membuang sampah ditempat yang disediakan. Oleh itu, Pusat Perdagangan Pontian

menjadi suatu contoh sebagai kawasan yang mengalami proses perbandaran yang berjaya.

Page 17: SITI NORSAHLIZA WAGIAH

16

BIBLIOGRAFI

Chan Kok Eng. (1987) : Current and Prospective Urbanization in Malaysia, Malaysia Journal

of Tropical Geography, vol.15

Hj Wan Rozali Hj Wan Husin. (2000 May 12). ‘Kualiti hidup sosial dan proses perbandaran

di Malaysia.

Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Pontian. (2012 November 5) MPD. Retrived from

http://www.mdpontian.gov.my/web/guest/kawasan_pentadbiran-mdp (diperolehi 20/11/2012,

5.00 petang)

Majlis Derah Pontian. (2012 November 12). Proses kemajuan bandar. Retrieved from

http://www.mdpontian.gov.my

Pontian district. (2012 November 5) Wikipedia. Retrived from http

://en.wikipedia.org/wiki/Pontian_District

Page 18: SITI NORSAHLIZA WAGIAH

17

LAMPIRAN

Gambar 1: Menunjukkan kedudukan Pusat Perdagangan Pontian yang terletak dengan

berhampiran laut.

Gambar 2: Menunjukkan kawasan nelayan menjalankan aktiviti perikanan. Gambar ini

sebelum Pusat Perdagangan Pontian di bangunkan sebagai bandar.

Page 19: SITI NORSAHLIZA WAGIAH

18

Gambar 3 : Menunjukkan kawasan Pusat Perdagangan Pontian telah mengalami proses

perbandaran dengan wujudnya pelbagai aspek-aspek pembangunan.

Gambar 4 : Menunjukkan kemudah-kemudahan yang terdapat di Pusat Perdagangan Pontian

seperti kemudahan Perkhidmatan Pengangkutan Awam yang membuktikan kawasan tersebut

telah menjadi kawasan tumpuan orang ramai.

Page 20: SITI NORSAHLIZA WAGIAH

19

Gambar 5 : Menunjukkan bangunan Hotel Pontian yang menjadi salah satu tempat

penginapan bagi orang ramai yang datang ke Pusat Perdagangan Pontian dan juga daerah

Pontian.

Gambar 6 : Menunjukan Kawasan Pusat Perdagangan menjadi tempat tumpuan kepada

perniagaan-perniagaan Francais sebagai contoh Mc Donalds.