penggunaan stunning menurut pandangan islam

29
ا ب ي ط لا ل ح رض لا ا ي ف ما م وا ل ك اس ب ل ا ها ي أ ي وا ع ب# ت# ت ولا ن ي ب م م عدو لك ه ن ا ن’ ط ي4 ش ل ا6 وت ط خ168 . Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu.

Upload: abdul-azim-b-mohd-nasri

Post on 12-Jun-2015

1.279 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Penggunaan stunning byk digunakan oleh negara-negara pengeluar daging di seluruh dunia..banyak pendapat dan pandangan tertentu dalam hal ini..adakah Muslim boleh menerima kaedah ini???

TRANSCRIPT

Page 1: Penggunaan Stunning Menurut Pandangan Islam

األرضحلال في مما الناسكلوا يأيهاوالتتبعوا طيبا

مبين عدو لكم انه الشيطن خطوت

168 . Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah

kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu.

Page 2: Penggunaan Stunning Menurut Pandangan Islam

PENGGUNAAN STUNNING MENURUT PANDANGAN ISLAMOleh :Abdul Azim b. Mohd Nasri

D20082033782

Page 3: Penggunaan Stunning Menurut Pandangan Islam

Syarat-syarat sembelihan ialah :

i. Sembelihan hendaklah dilakukan pada binatang yang bernyawa dalam hayat mustariqah (nyawa tetap), ia dilakukan dengan memutuskan halkum dan urat mari’nya.

ii. Penyembelih terdiri daripada orang Islam atau ahli kitab. Sembelihan kanak-kanak islam dan anak-anak kafir kitabi yang mumayyiz (berakal) adalah halal. Bagi penyembelihan yang dilakukan oleh kanak-kanak yang tidak mumayyiz, orang gila dan orang mabuk adalah halal tetapi makruh.

iii. Binatang yang disembelih adalah binatang yang halal. Ia terdiri dari binatang yang diternak seperti lembu, kambing, biri-biri, kerbau dan lain-lain dan binatang buruan seperti rusa, kijang dan lain-lain.

iv. Alat penyembelihan hendaklah tajam. Ianya boleh diperbuat daripada besi, emas tembaga, batu, kaca, buluh dan lain-lain. Kuku, gigi, taring, dan tulang tidak boleh dijadikan alat untuk penyembelihan.

Page 4: Penggunaan Stunning Menurut Pandangan Islam

1.0 Pengenalan•Malaysia perlu mengimport sebanyak 80% keperluan negara sebanyak 95,000 tan metrik daging lembu dengan 70% dari india, 20% Australia dan 10% lain-lain negara setiap tahun.

• Kebanyakkan negara utama pembekal daging ke Malaysia adalah negara bukan Islam seperti India, Australia dan NZ. Ini menyebabkan isu halal menjadi perhatian utama kerajaan bagi memastikan piawaian yg ditetapkan.

Page 5: Penggunaan Stunning Menurut Pandangan Islam

• Stunning digunakan sebagai salah satu cara untuk menjadikan binatang yang hendak disembelih tidak sedar untuk beberapa saat bagi mengurangkan kesakitan

• Stunning ialah kaedah memengsankan haiwan terlebih dahulu sebelum disembelih supaya haiwan tersebut tidak merasa sakit ketika penyembelihan dilakukan

Page 6: Penggunaan Stunning Menurut Pandangan Islam

JENIS-JENIS STUNNING Electrical

StunningCaptive Bolt

Penetrative Captive Bolt

Non-Penetrative Captive Bolt Electrical Shock Waterbath

stunning

Page 7: Penggunaan Stunning Menurut Pandangan Islam

Penetrative Captive Bolt Menggunakan Pistol captive bolt yang mengandungi sebiji besi keluli yang tajam dihujungnya dan apabila tembakan dilakukan ia akan menembusi otak melalui impak yang sangat kuat. Tembakan biasanya dilakukan pada dahi dan menyebabkan kerosakan pada bahagian-bahagian tertentu pada otak dan menyebabkan haiwan tersebut pengsan kesan dari kerosakan itu.Manakala jika tidak disembelih haiwan tersebut akan mati.

Page 8: Penggunaan Stunning Menurut Pandangan Islam

• Non-Penetrative Captive Bolt ( Moshroom-Head Stunner)

Ianya sama juga seperti Penetrative Captive Bolt tetapi ia menggunakan captive bolt yang berbentuk cembung. Kaedah ini mengetuk dan atau mengenakan tekanan kepada tempurung kepala tanpa menembusi tengkorak. Kejutan alat pemukul ini datang dari tembakan katrij kosong atau tekanan angin yang memantulkan kepada pemukul jenis mushroom-head dan mengetuk di kepala haiwan.

Kejutan ini akan mewujudkan satu gelombang tekanan dalam rongga otak apabila ketukan berlaku dan akan menyebabkan haiwan tersebut pengsan.

kajian yang dilakukan oleh Dr Mohamed Lutfi dari University Of Queensland, Australia di lapan buah pusat penyembelihan dalam masa 20 bulan pada tahun 2003 hingga 2004 mendapati bahawa 80% - 95% haiwan yang dikaji mengalami keretakan dan pecah tengkorak dan 5% - 20 % mengalami lekukan di tengkorak.

Page 9: Penggunaan Stunning Menurut Pandangan Islam

Electrical Shock•

Kejutan elektrik di kepala sahaja digunakan untuk memengsankan lembu, kambing dan biri-biri. Kaedahnya ialah dengan meletakkan sepasang penyepit di kedua-dua belah kepala haiwan dan mengalirkan aliran elektrik ke otak.

• Aliran elektrik dialirkan dengan kadar yang sesuai dan tempoh masa yang sesuai mengikut jenis haiwan, saiz dan jantina. Ini adalah begi mengelakkan aliran elektrik mengalir ke seluruh badan yang akan menyebabkan jantung berhenti dan boleh membawa kepada kematian haiwan tersebut.

Kajian yang dilakukan bersama antara Muslim World League dan WHO pada 1986 mendapati bahawa pelaksanaan electrical stunning head sahaja yang tidak menyebabkan kematian haiwan. Sekiranya tidak disembelih, ia akan sedar sepenuhnya tetapi berpandukan beberapa syarat.

Page 10: Penggunaan Stunning Menurut Pandangan Islam

• Syarat-syarat tersebut ialah:Arus elektrik dialirkan atas kepala haiwan bagi kambing dan biri-biri manakala di bahagian hidung bagi lembu.

Arus aliran elektrik tidak boleh melebihi had yang ditetapkan, 0.75 ampere bagi kambing dan 2.0 ampere bagi lembu

Page 11: Penggunaan Stunning Menurut Pandangan Islam

Waterbath stunning

Sejenis alat elektrik yang menggunakan medium air untuk kejutan haiwan sebelum disembelih. Kaedah ini digunakan untuk haiwan beburung seperti ayam, itik dan angsa. Haiwan akan digantung kaki ke atas pada besi yang bergerak ke satu takungan air yang mempunyai aliran elektrik. Juruteknik yang bertauliah akan mengawal kekuatan arus elektrik bagi memastikan aliran tidak terlalu tinggi.

Bagaimanapun daripada hasil kajian yang dilakukan oleh ahli Jawatankuasa Mengkaji Bahan Makanan dan Barangan Gunaan Orang Islam mendapati bahawa daripada sampel 50 ekor ayam yang menggunakan kaedah ini didapati 4 ekor tidak bergerak dan kemungkinan mati sebelum disembelih

Page 12: Penggunaan Stunning Menurut Pandangan Islam

PANDANGAN ULAMA DAN BADAN ISLAM MENGENAI ISU PENGGUNAAN STUNNING

Ketetapan Majma’ al-Fiqh al-Islami (Islamic Fiqh Academy)

Haiwan yang disembelih secara syarak selepas dikenakan kejutan adalah harus dimakan sekiranya haiwan itu masih hidup sebelum disembelih.

Penggunaan stunning hendaklah mengikut syarat-syarat berikut iaitu kedua-dua elektrok perlu dikenakan di kedua-dua belah kepala di antara mata dan telinga atau di tengah-tengah dahi. Voltage hendaklah antara 100-400 volt. Kekuatan arus elektrik ialah antara 0.75 dan 1.0 bagi kambing, antara 2.0 dan 2.5 bagi lembu. Arus elektrik hendaklah dialirkan dalam tempoh 3 hingga 6 saat.

Page 13: Penggunaan Stunning Menurut Pandangan Islam

• Penggunaan Penetrative Capative Bolt dan Pneumatic Captive Bolt Gun adalah tidak harus.

• Electrical stunning (waterbath) adalah tidak harus kerana kadar kematian sebelum sembelihan dilakukan adalah tinggi.

• Menggunakan kejutan gas karbon dioksida atau Mushroom Head Gun tidak haram kerana tidak membawa kematian sebelum disembelih

Page 14: Penggunaan Stunning Menurut Pandangan Islam

• Fatwa Syeikh Jadul Haq Ali Jadul Haq

Beliau menegaskan bahawa ia bergantung kepada beberapa syarat sekiranya cara itu dapat menenangkan haiwan sebelum disembelih serta melemahkan tendangannya semasa disembelih dan kejutan elektrik tidak memberi kesan kepada haiwan

Kejutan elektrik atau dadah tidak memberi kesan kpd haiwan. Maknanya haiwan itu masih hidup seperti biasa sekiranya dilepaskan iaitu tidak disembelih selepas melalui proses berkenaan. Jika haiwan itu diandaikan mati juga walaupun tidak disembelih selepas dikenakan kejutan maka kematian selepas sembelihan adalah diragui. Dalam keadaan ini, daging sembelihan tersebut haram dimakan atas andaian kematiannya dikenakan kejutan letrik atau penyuntikan dadah sebelum disembelih. Ini kerana, nas-nas fiqh menetapkan bhwa dging haiwan sembelihan yang berkongsi sebab kematian antara sebab haram dan halal adalah haram hukumnya.

Page 15: Penggunaan Stunning Menurut Pandangan Islam

Fatwa al-Azhar• Universiti al-Azhar telah melantik jawatankuasa khas untuk

membuat keputusan tentang kaedah ini .Keputusannya ialah:

• “ Negara Islam yang melaksanakan kaedah moden dalam sembelihan tiada larangan dalam agama. Ianya halal selagi kaedah baru itu bersih dan menyebabkan pendarahan. Sekiranya cara ini lebih cepat dan tepat kaedah tersebut adalah bertepatan dengan ihsan yang di anjurkan oleh Rasulullah”. (The History of azhar, Cairo; 1964;pp. 361-363)

Page 16: Penggunaan Stunning Menurut Pandangan Islam

Ketetapan Arab Gulf Cooperation Council’s (GCC)• GCC telah mengeluarkan standard halal yang digunakan untuk

negara Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar dan UAE.Standard tersebut ialah:

• Tidak dibenarkan memukul kepala haiwan atau menggunakan kaedah lain yang seumpamanya.

• Binatang hendaklah masih dalam keadaan hidup ketika dikenakan electrical stunning bagi memenuhi syarat sah sembelihan. Sekiranya ia mati sebelum disembelih ia dikira dalam golongan “al-mauquzah” dan tidak halal dimakan.

Page 17: Penggunaan Stunning Menurut Pandangan Islam

• Pendapat Dr. Wahbah al-Zuhayli

Tidak ada larangan menggunakan apa-apa cara untuk melemahkan haiwan ketika hendak disembelih tetapi dengan syarat tidak menyeksanya.Islam membenarkan pengunaan dadah sebelum disembelih sekiranya ia tidak mematikan haiwan tersebut. Penggunaan karbon dioksida juga dibolehkan asalkan tidak menyakiti haiwan tersebut. Penggunaan CBP, benda berat, aliran elektrik dan sebagainya tidak dibenarkan kerana menyeksa haiwan tersebut. Tetapi haiwan tersebut boleh dimakan selepas disembelih jika ia masih mempunyai hayat mustaqirrah

Page 18: Penggunaan Stunning Menurut Pandangan Islam

Kesimpulan dari Pendapat Badan Islam dan Fuqaha yang membincangkan isu ini ialah:

• Kaedah stunning jenis Penetrative Captive Bolt dan Non Penetrative Captive Bolt (Mushroom Head Gun) adalah haram dan tidak dibenarkan kerana ia boleh menyebabkan kematian haiwan. Hanya kaedah Kejutan Elektrik (Electrical Stunning) sahaja dibenarkan tertakluk kepada syarat-syarat berikut :

Stunner yang digunakan adalah jenis kejutan di kepala sahaja (head only stunner)Kekuatan arus elektrik hendaklah dikawal (tidak boleh melebihi had yang ditetapkan) iaitu antara 0.75 ampere untuk kambing, 2.0 ampere untuk lembu dan tempoh masa aliran elektrik ialah antara 3-6 saat;Perlu dikawal selia oleh petugas muslim yang bertauliah.

Page 19: Penggunaan Stunning Menurut Pandangan Islam

• Kaedah Waterbath Stunning untuk ayam dan itik (poultry) adalah diharuskan dengan syarat;

Kekuatan arus elektrik adalah dikawal supaya tidak mematikan haiwanPerlu dikawalselia oleh petugas muslim yang bertauliah.Penggunaan dadah dan karbon dioksida dalam prosedur sembelihan adalah diharuskan dengan syarat tidak menyeksa atau mematikan haiwan tersebut.

Page 20: Penggunaan Stunning Menurut Pandangan Islam

Hujah dan Dalil.Antara dalil yang di gunakan dalam menangani isu ini ialah melalui firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 3 :-

والموقودة والمنخنقة به ألله لغير احل وما الخنزير ولحم والدم الميتة عليكم حرمتوالنطيحة والمتردية

ذلكمفسۗق , باالزالم تستقسموا وأن النصب على ذبح وما ذكيتم ما اال السبع اكل ۗقۗقۗقۗقۗقۗقۗقۗقۗقۗقۗقۗقۗقۗقوماالذين يئس اليوم

فمناضطرفيمخمصةغيرمتجانف ۗا�كفروامندينكمواتممتعليكمنعمتيورضيتلكماالسالمدينارحيم غفور الله فان الثم

Terjemahannya:Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. pada hari ini,orang-orang kafir Telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. pada hari Ini Telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan Telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan Telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa. Karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Page 21: Penggunaan Stunning Menurut Pandangan Islam

•Hadith yang digunakan adalah seperti berikut:

مDدCى : Eا مEعEن FتEسF Eي وEل غEدCا GوDدEعF ال قDو Eال Hا Iن ِإ IهH الل EوَلDس Eر Eا ي قDلFت LيٍجIدEَخ IنF ب IعIاف Eر FنEعDلFننننن نننننن ننننننن نننننننن ننننننننن نننننننن نننن ننننن فEك IهH الل Dم Fاس EرI وEذDك EمHالد EرEَهF ن

E نماِ أ FرE وFأE أ FلIجFع

E أ EمH ل EسEوIهF Eي HهDعEل قEاَلEَصEلHىالل Iة EَشE ب EحF ال فEمDدEى DرDفSالُّظ مHا

E وEأ UمFُّظEعEف Sن Gالس مHاE أ EَكD حEدGث

D ُأ EسEو EرDفSالُّظEو Hن Gالس EسF Eي ل EاَلEقEف Dه EسE ب EحEف L َهFم EسI ب UلDُج Eر DاُهEم EرEف UيرIعE ب FَهEا مIن HدE فEن L Eم وEغEن LلI Iب ِإ EبFَهE ن Eا Fن َصEب

E وEأ EاَلEقIذEا فEِإ IِشFحEوF ال IدI وEاب

E Eُأ ك EدI وEابE أ IلI Iب Fاِإْل IُهIذEَهI ل HنI ِإ EمH ل EسEو IهF Eي عEل DهH الل َصEلHى IهH الل DوَلDس Eر

EذEا َهEك IهI ب EعDوا فEاَصFن UٌءFي Eَش FَهEا مIن FمD Eك Eب غEل

• Maksudnya:Hadis Rafi' bin Khadij r.a katanya: Aku berkata: Wahai Rasulullah, kami akan menemui musuh esok sedangkan kami tidak mempunyai pisau. Rasulullah s.a.w bersabda: Segerakanlah atau sembelihlah dengan apa saja yang boleh menumpahkan darah dengan menyebut nama Allah, engkau boleh memakannya asalkan alat tersebut bukan gigi dan kuku. Aku akan nyatakan kepada kamu. Adapun gigi, ia adalah tulang manakala kuku pula adalah pisau orang Habsyah iaitu Ethiopia. Rafi' berkata: Kemudian kami mendapatkan rampasan perang berupa unta dan kambing. Ada seekor unta cuba melarikan diri. Seseorang melepaskan panah ke arahnya dan lalu ia ditangkap. Rasulullah s.a.w bersabda: Memang unta itu ada yang liar seperti binatang liar lain. Apabila kamu mengalami keadaan demikian maka bertindaklah seperti tadi.

Page 22: Penggunaan Stunning Menurut Pandangan Islam

Rasulullah Bersabda :ذبحتم واذا القتلة فُأحسنوا قتلتم فاذا َشئ كل علي االحسان كتب الله ان

أحدكم وليحد الذبيحة فُأحسنواذبيحته وليرح َشفرته

MaksudnyaSesungguhnya Allah swt memerintahkan supaya berbuat baik atas sesuatu maka,apabila kamu membunuh maka bunuhlah dengan baik. Apabila kamu menyembelih haiwan, sembelihlah dengan cara yang baik,maka hendaklah kamu menajamkan pisaunya dan merehatkan sembelihannya(dengan mempercepatkan sembelihan).

Page 23: Penggunaan Stunning Menurut Pandangan Islam

KAEDAH FIQHIYYAH YANG DIGUNAKAN DALAM MENENTUKAN HUKUM

Antara kaedah-kaedah fiqhiyyah yang digunakan dalam menentukan hukum ialah :

i. Pengharaman sesuai dengan segi keburukan dan bahaya.Apabila dikaji tentang prinsip yang keempat dapatlah dirumuskan bahawa pengharaman penggunaan stunning captive bolt adalah sesuai dengan keburukan dan bahayanya kerana penggunaan alat tersebut boleh menyakitkan haiwan yang akan menyebabkan gegaran otak dan kerosakan pada bahagian otak.

ii. Yang Menarik kepada Haram hukumnya haram.Mengikut prinsip yang keenam ini, dapatlah kami rumuskan bahawa penggunaan stunning jenis captive bolt adalah haram kerana keadah yang digunakan seolah-olah menyeksa binatang dan boleh menyebabkan binatang tersebut mati, maka perkara ini telah menarik kepada melakukan perkara haram dan hukumnya ialah haram.

Page 24: Penggunaan Stunning Menurut Pandangan Islam

iii. Niat baik tidak boleh membersihkan haram.Islam sentiasa menghargai setiap dorongan yang mulia,maksud yang baik serta niat yang bersih dalam perundangan-perundangannya dan tujuannya secara keseluruhannya. Dalam hal ini niat penggunaaan stunning ini adalah untuk maningkatkan produktiviti, menjana ekonomi dan meningkatkan hasil pengeluaran tetapi jika kaedah yang digunakan adalah bertentangan dengan al-Quran dan al-sunnah maka ianya tetap haram. Ini kerana penggunaan stunning akan memberi kesan sampingan dan memudharatkan haiwan tersebut

Page 25: Penggunaan Stunning Menurut Pandangan Islam

Kekuatan

• Lengkap dgn pandangan fuqaha dan pertubuhan Islam

• Mudah difahami bahasanya• Ada perbandingan pendapat• Terkini dan isu semasa.

Page 26: Penggunaan Stunning Menurut Pandangan Islam

Kelemahan

• Tiada bibliografi• Tiada Gambarajah

Page 27: Penggunaan Stunning Menurut Pandangan Islam

Cadangan

• Jika boleh tolong nyatakan kesan memakan perkara haram (bagi timbul kesedaran)

• Cara-cara ulama mengeluarkan hukum dgn lebih mendalam.

Page 28: Penggunaan Stunning Menurut Pandangan Islam

Rumusan• Penggunaan stunning diharuskan tetapi mengikut syarat-

syarat yang telah ditetapkan• Penggunaan teknologi moden pada hari ini juga perlulah

selari dengan tuntutan syarak• seorang muslim perlulah mencari makanan dan segala

keperluan hidup berasaskan sumber-sumber yang halal• Sekadar melantik pertubuhan Islam yang hanya memantau

dan mengeluarkan pensijilan halal terhadap proses penyembelihan adalah tidak mencukupi. Negara Islam perlu bersatu untuk mewujudkan untuk mewujudkan pusat penyembelihan sebagai joint-venture dan yakinlah bahawa tindakan sebegitu akan membawa keberkatan dan kita akan mendapat kepastian tentang status halal daging yang diimport itu.

Page 29: Penggunaan Stunning Menurut Pandangan Islam

Sekian Terima Kasih… he,he..Bye!!! Kami nak gi

jalan2…He,he….

bek,eeek…