harta- zakat menurut islam

Upload: muhaimin-hussin

Post on 06-Jan-2016

279 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pengurusan dalam Islam

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

Harta-harta Yang Dikenakan Zakat Menurut IslamPendahuluanZakat bukan menyentuh ibadat semata-mata malah berkait rapat langsung dengan kehartaan dan ekonomi.

Benda-benda yang dizakatkan mestilah bernilai dan boleh mendatangkan kekayaan kepada manusia.

Sehubungan dengan itu Islam sangat teliti dalam melihat apa jua benda yang dianggap harta perlu dikeluarkan zakat.Justeru, amat perlu bagi umat Islam mengetahui dengan jelas apakah kritirea benda-benda yang dikategorikan sebagai harta. Definisi Harta Kamus Dewan menjelaskan bahawa harta ialah barang-barang berharga seperti rumah, tanah, barang kemas dan sebagainya yang dipunyai oleh seseorang, syarikat, pertubuhan dan sebagainya (Kamus Dewan, 2000). Harta Menurut Bahasa ArabOrang-orang Arab menyebut harta sebagai al-mal sebagai segala sesuatu yang dimiliki seseorang. Menurut al-Mujam al-Wasit, al-mal ialah segala sesuatu yang dimiliki oleh seseorang atau sekumpulan individu yang berupa barangan berharga, barang perniagaan, aset tetap, wang dan haiwan Namun kemudian diperluaskan maksudnya kepada apa sahaja yang dimiliki sama ada berbentuk fizikal atau material.

Samb.Daripada pelbagai definisi yang diutarakan di atas, dapatlah difahami bahawa harta berkait rapat dengan pemilikan. Sesuatu yang belum dimiliki dan dikuasai belum lagi dianggap sebagai harta. Harta Dalam IslamApa-apa sahaja yang bernilai dan boleh dimiliki dan dikawal oleh seseorang.Islam mengiktirafnya sebagai harta dan Islam memeliharanya ketuanpunyaannya.

Kategori HartaHarta Fizikal HutangManfaat atau hasil dari harta fizikalHak tertentu ( copyright)Harta Intelektual

Penjelasan al-Quran dan HadithMengenai Harta Yang Wajib Dikeluarkan ZakatAl-Quran menyebut harta-harta yang dikenakan zakat melalui 2 pendekatan:Pendekatan Umum Pendekatan KhususPendekatan UmumAyat 19 surah al-Dzariyyat dan ayat 103 surah al-Taubah.Dalam kedua-dua ayat harta yang diwajibkan zakat disebut sebagai amwal (harta) kerana ia hak orang miskin dengan tujuan pembersihan diri dan membersihkan harta itu sendiri daripada kekotoran.Kepentingan Ayat Umum ini Dr. Yusuf al-Qaradhawi berpendapat ayat yang bersifat umum ini membuka ruang yang luas untuk mewajibkan zakat ke atas semua kekayaan yang dianggap sebagai harta menurut Islam.Oleh itu, jika bentuk kekayaan itu memenuhi syarat-syarat wajib zakat maka pemiliknya wajib mengeluarkan zakat.Ayat-ayat Khusus Tentang Harta Yang diwajibkan ZakatTerdapat 4 jenis harta yang disebut secara khusus dalam al-Quran yang mewajibkan zakat:1. Emas dan perak melalui ayat 34 surah al-Taubah yang bermaksud: Orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya ke jalan Allah maka khabarkanlah dengan azab yang pedih . Para ulama sependapat mengatakan ayat ini dengan jelas mewajibkan zakat emas dan perak.

2. Tanaman dan buah-buahan Melalui ayat 141 surah al-Anam yang bermaksud: Makanlah buah-buahan apabila berbuah dan tunaikanlah haknya pada hari tuaian . Menurut ulama, ayat ini adalah satu bukti menunjukkan kewajipan zakat tumbuhan dan buah-buahan, sekalipun wujudnya perbezaan pendapat tentang bentuk-bentuk tanaman dan buah-buahan yang tersebut.3. Pendapatan daripada perniagaanMelalui ayat 276 surah al-Baqarah yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah perolehan/pendapatan ( yang halal ) daripada apa yang kamu usahakan. Sebahagian besar ulama (jumhur) telah menjadikan ayat ini sebagai bukti mewajibkan zakat perniagaan.4. Hasil-hasil galian dan lain-lainHarta-harta yang dimaksudkan ialah harta-harta karun (rikaz). Ayat 276 surah al-Baqarah yang bermaksud: Belanjakanlahapa-apa yang kamu keluarkan dari perut bumi . Ayat ini menjadi bukti kewajipan zakat hasil-hasil yang dikeluarkan dari perut bumi.