sistem perakunan

49
Dwi Cemerlang Enterprise ------------------------------------------------------------------------------------ -------------------------------------------------------------------- Enterprise PG0113119-U 1 SISTEM PERAKAUNAN PERNIAGAAN Perakaunan adalah suatu proses merekod, mencatit dan meringkaskan semua urusniaga perniagaan secara sistematik. Dahulu ianya dikenali sebagai Simpankira. Tujuan utama dan kebaikan kita mencatit segala urusniaga adalah kerana : Daya ingatan manuasia yang terhad ataupun dengan bahasa lain kita mudah terlupa dengan apa yang berlaku semasa kita menguruskan transaksi perniagaan. Catitan yang lengkap dan sempurna memudahkan penyediaan Penyata Kewangan yang terdiri dari Buku Tunai/Bank, Lejar Am, Buku Penghutang, Buku Pemiutang dan Buku Belian Aset. Semua catatan yang dibuat adalah merupakan sejarah dan bukti lengkap perniagaan. Ini amat penting sebagai petunjuk untuk peniaga mengetahui pada bulan berapakah jumlah Jualan atau Belian kedai beliau meningkat akibat permintaan yang tinggi dari pelanggan. Ini membolehkan peniaga bersedia lebih awal bagi mengatasi pusingan bulan tersebut. Memudahkan peniaga untuk memohon bantuan pembiayaan atau geran dari Institusi Kewangan atau Agensi Kerajaan. Rekod perakaunan yang disediakan menjadi alat pengukur kemajuan sesuatu perniagaan yang akan memudahkan sesuatu permohonan pembiayaan itu diluluskan oleh pihak tertentu. Penyata kewangan yang disediakan dapat membantu kita menilai kemajuan kewangan perniagaan kita pada masa tertentu. Segala hutang piutang perniagaan dapat di kawal dan di kutip. Penyata kewangan juga membolehkan peniaga tersebut mengetahui jumlah harta dan nilai tanggungan perniagaan beliau.

Upload: ninaamirahm

Post on 11-Nov-2015

18 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

refferences

TRANSCRIPT

Microsoft Word - Sistem Perakaunan Perniagaan.doc

SISTEM PERAKAUNAN PERNIAGAANPerakaunan adalah suatu proses merekod, mencatit dan meringkaskan semua urusniaga perniagaan secara sistematik. Dahulu ianya dikenali sebagai Simpankira. Tujuan utama dan kebaikan kita mencatit segala urusniaga adalah kerana :

Daya ingatan manuasia yang terhad ataupun dengan bahasa lain kita mudah terlupa dengan apa yang berlaku semasa kita menguruskan transaksi perniagaan.

Catitan yang lengkap dan sempurna memudahkan penyediaan Penyata Kewangan yang terdiri dari

Buku Tunai/Bank, Lejar Am, Buku Penghutang, Buku Pemiutang dan Buku Belian Aset.

Semua catatan yang dibuat adalah merupakan sejarah dan bukti lengkap perniagaan. Ini amat penting sebagai petunjuk untuk peniaga mengetahui pada bulan berapakah jumlah Jualan atau Belian kedai beliau meningkat akibat permintaan yang tinggi dari pelanggan. Ini membolehkan peniaga bersedia lebih awal bagi mengatasi pusingan bulan tersebut.

Memudahkan peniaga untuk memohon bantuan pembiayaan atau geran dari Institusi Kewangan atau Agensi Kerajaan. Rekod perakaunan yang disediakan menjadi alat pengukur kemajuan sesuatu perniagaan yang akan memudahkan sesuatu permohonan pembiayaan itu diluluskan oleh pihak tertentu.

Penyata kewangan yang disediakan dapat membantu kita menilai kemajuan kewangan perniagaan kita pada masa tertentu.

Segala hutang piutang perniagaan dapat di kawal dan di kutip.

Penyata kewangan juga membolehkan peniaga tersebut mengetahui jumlah harta dan nilai tanggungan perniagaan beliau.

5 KUMPULAN AKAUNSecara asasnya seseorang peniaga mestilah mengetahui 5 kumpulan akaun bagi memudahkan beliau membuat catitan urusniaga. 5 kumpulan tersebut adalah:

Aset (Harta)

Liabiliti (Tanggungan)

Modal atau Ekuiti

Hasil atau Pendapatan

Belanja atau Belian

Tip nak ingat 5 kumpulan akaun ni:A kuA untuk Aset

L ebihL untuk Liabiliti M emahamiM untuk Modal H atiH untuk Hasil

B udimuB untuk Belanja

Cuba baca:

Aku Lebih Memahami Hati Budimu

ASETAset adalah sesuatu yang dimiliki oleh perniagaan yang mempunyai nilai wang. Ianya boleh dikatogerikan kepada 2:

Aset Tetap : Merupakan Aset yang dimiliki atau di beli oleh perniagaan dengan tujuan memperolehi hasil atau pendapatan tetapi bukan untuk di jual serta mempunyai hayat yang tertentu. Contohnya seperti Kenderaan, Bagunan(Premis), Perabot/Peralatan Pejabat, Mesin dll.

Aset Semasa : Merupakan harta yang tidak jelas dari segi bentuk, mudah berubah dan tidak mempunyai nilai tetap, di mana nilai pegangan padsa suatu masa senantiasa berubah mengikut keadaan. Contohnya seperti wang tunai, stok barangan niaga, penghutang, deposit dll

LIABILITI (Tanggungan)Liabiliti adalah tuntutan atau hak pihak ketiga yang mesti dijelaskan oleh perniagaan pada masa yang telah ditetapkan. Ianya terbahagi kepada 2:

Liabiliti Jangka Panjang : Merupakan tanggungan yang mesti dijelaskan dalam tempoh yang lama yakni melebihi setahun seperti Pinjaman sewa beli, pinjaman bangunan, pinjaman MARA dll.

Liabiliti Semasa : Merupakan tanggungan yang mesti dijelaskan dalam masa yang singkat atau pendek seperti Pemiutang perniagaan, overdraf dll.

MODAL (Ekuiti)Sesuatu yang dilaburkan oleh pemilik atau peniaga di dalam memulakan perniagaannya seperti wang tunai atau aset tetap. Modal peniaga akan bertambah sekiranya perniagaan beliau mendapat keuntungan tetapi Modal peniaga akan berkurangan jika sekiranya perniagaan beliau mengalami kerugian atau peniaga itu mengambil wang tunai atau barang perniagaan untuk kegunaan sendiri. Ini dikenali sebagai Ambilan.

HASILHasil atau pendapatan bagi sesebuah perniagaan diperolehi melalui jualan atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Semua jualan secara tunai atau hutang akan dikira sebagai hasil.

BELANJAPerbelanjaan adalah semua jumlah wang yang dibelanjakan untuk menjana hasil atau pendapatan bagi sesautu perniagaan. Ianya terbahagi kepada 2:

Perbelanjaan Modal : Semua perbelanjaan untuk pembelian Aset bagi kegunaan perniagaan seperti pembelian kenderaan, pembelian perabot dll.

Perbelanjaan Hasil: Seperti Belanja pengeluaran, belanja pemasaran, belanja pentadbiran, belanja

untuk membeli stok dll.Urusniaga PerniagaanDokumen PerniagaanT Mencatat & MerekodInvoiceAResitBilBuku Cek ABaucer CABuku Lejar / DairiMengkelaskan 5 Kump.AkaunAku Lebih Memahami

Hati Budimu Aset Liabiliti Modal

E HasilBelanjaRA

K Imbangan DugaA

U N

Penyata KewanganAPenyata PendapatanN(Untung & Rugi)Kunci Kira-Kira

Buku Tunai/BankLejar Am

Buku PenghutangBuku PemiutangSenaraikan Baki Akaun:Item Aset disebelah Debit

Item Liabiliti disebelah Kredit Item Modal disebelah Kredit Item Hasil disebelah Kredit Item Belanja disebelah Debit Jumlah Debit = Jumlah KreditItem Hasil & BelanjaItem Aset, Liabiliti & Modal

CARA MEREKOD CATITAN URUSNIAGA BUKU TUNAISemua transaksi perniagaan yang melibat tunai perlu direkodkan di dalam buku ini. Catitan Debit(DT)

dan Kredit(KT) untuk buku tunai adalah seperti berikut:

DtAdalah semua jenis transaksi penambahan atau penerimaan wang tunai sahaja

KtAdalah semua jenis pengurangan atau pembayaran wang tunai sahaja

Sebagai contoh:

1. Jualan barang secara tunai - Item Debit

2. Modal tunai memulakan perniagaan - Item Debit

3. Terima bayaran hutang secara tunai Item Debit

4. Bayar gaji pekerja secara tunai Item Kredit

5. Belian barangan secara tunai Item Kredit

6. Bayar hutang secara tunai Item Kredit

BUKU BANKSemua transaksi perniagaan yang melibatkan penggunaan Cek sesebuah Bank akan direkodkan di dalam buku ini.Catitan Debit & Kredit adalah sama seperti buku tunai tetapi yang membezakannya ialah semua urusniaga hanya melibatkan bayaran atau penerimaan cek sahaja.

BUKU PENGHUTANGSudah menjadi kebiasaan di dalam dunia perniagaan ini untuk berurusniaga secara kredit atau hutang. Penghutang merupakan pelanggan yang berhutang dengan perniagaan kita. Buku ini diwujudkan adalah untuk mencatatkan butir-butir urusniaga pelanggan yang berhutang. Apa yang terpenting sekali ialah seseorang peniaga itu dapat mengetahui BAKI hutang bagi setiap pelanggannya. Walaubagaimanapun semua peniaga adalah dinasihatkan agar cuba mengelak daripada memberi hutang kepada para pelanggan. Catatan Debit & Kredit adalah seperti berikut:

DtPenghutangKtJualan

Di dalam urusniaga kredit(hutang) hanya 2 akaun sahaja yanag akan terlibat iaitu Akaun Penghutang dan

Akaun Jualan sahaja.

BUKU PEMIUTANGKadangkala seseorang peniaga mendapat kemudahan kredit (hutang) daripada pembekal atau vendor. Tempoh kredit bergantung kepada persetujuan antara pembekal dan peniaga. Kebanyakkannya memberi tempoh 30 hari hingga 45 hari dari tempoh penerimaan oleh peniaga. Buku pemiutang dapat menunjukkan jumlah BAKI hutang seseorang peniaga dengan para pembekal. Catatan Debit & Kredit adalah seperti berikut:

DtBelian StokKtPemiutangDi dalam urusniaga ini hanya 2 akau sahaja yang terlibat iaitu Akaun Pemiutang dan akaun Belian Stok.

LEJAR AMLejar am juga dikenali sebagai buku catatan rojak kerana semua jenis transaksi urusniaga selain daripada Buku Tunai, Buku Bank, Buku Penghutang dan Buku Pemiutang akan dicatatkan di dalam buku Lejar Am. Catatan Debit & Kredit bagi lejar am adalah berlawanan dengan 4 buku yang disebut tadi. Sebagai contohnya ialah Akaun Gaji Pekerja, Akaun Jualan, Akaun Belian, Akaun Bil Telefon, Akaun sewa kedai dll. Kesimpulan bagi transaksi Debit & Kredit di dalam Lejar Am dapat dihuraikan seperti gambarajah di

bawah:Buku Tunai dan Buku BankDEBIT Penambahan atau Penerimaan

KREDIT Pengurangan atau Pembayaran

Buku Pemiutang (belian Hutang) Kredit

DebitKredit

Buku Penghutang (jualan Hutang) Debit

Lejar AmPenerangan

Anak Panah Merah menunjukkan pemindahan butir butir penerimaan (Dt) dari buku tunai/bank ke bahaigian kredit lejar am.

Dt Buku Tunai/Bank

Kt Lejar Am

Anak Panah Pink menunjukkan pemindahan butir butir pembayaraan (Kt) dari buku tunai/bank ke bahagian debit lejar am.

Dt Lejar Am

Kt Buku Tunai/Bank

Anak Panah Biru menunjukkan butir butir belian stok secara kredit dari buku pemiutang ke bahagian debit lejar am

Dt Lejar Am (Akaun Belian Stok) Kt Buku Pemiutang

Anak Panah Hitam menunjukkan butir butir jualan secara kredit dari buku penghutang ke bahagian kredit lejar am

Dt Buku Penghutang

Kt Lejar Am (Akaun Jualan stok)

Contoh Catatan bergu (Debit & Kredit) :Encik Majid memulakan perniagaan kedai barangan elektrik pada 10hb Mei 2005 dengan modal permulaan sebanyak RM10,000 tunai. Berikut adalah urusniaga-urusniaga yang berlaku sehingga 31hb Julai 2005.

TarikhKeterangan

10/5Modal Tunai Awal RM10,000Sebelum sesuatu urusniaga itu di buat catatan bergu, seseorang peniaga itu perlu

mengetahui apakah akaun yang terlibat pada sesuatu urusniaga. Jadi pada contoh ini selepas dicongak didapati hanya Akaun Modal & Akaun Tunai sahaja yang terlibat. Selepas itu peniaga itu perlu memastikan akaun mana di sebelah debit & kredit. En. Majid telah melabur RM10,000, ini bermakna perniagaan tersebut memiliki wang tunai RM10,000. Setiap pertambahan Tunai kita akan debitkan Akaun Tunai. Catatan bergu adalah seperti berikut:

Dt Tunai 10,000

Kt Modal 10,000 (Buku Lejar Am)

15/5Membeli perkakas kedai (Kerusi Meja dll) RM3,000Seseorang peniaga harus terus mencongak akaun apakah yang terlibat. Akaun yang

akan terlibat ialah Akaun Perkakas Pejabat dan Akaun Tunai. Maka catatan bergunya adalah:

Dt Perkakas Perabot 3,000 (Buku Lejar Am) Kt Tunai 3,000

20/5Membeli Barang-barang jualan tunai RM5,000Terus sahaja mencongak akaun apa yang terlibat

Dt Akaun Jualan 5,000 (Buku Lejar Am) Kt Tunai 5,000

25/5Bayar Tambang kereta secara tunai RM100Dari conggakan pembayaran telah berlaku jadi

Dt Akaun Tambang 100 (Buku Lejar Am) Kt Tunai 100

28/5Jualan tunai RM200Dari conggakan penerimaan tunai telah berlaku jadi

Dt Tunai 200

Kt Buku Jualan 200

30/5Jualan hutang kepada En. Hassan RM1,000Apabila transaksi jualan hutang berlaku, secara automatik hanya ada 2 akaun sahaja

yang terlibat iaitu Akaun penghutang dan akaun jualan. Untuk memudahkan kita,

Akaun Jualan hanya berada di sebelah Kredit sahaja, jadi akaun penghutang mestilah di sebelah Debit.

Dt Penghutang Hassan 1,000

Kt Akaun Jualan 1,000

30/5Bayar gaji pekerja secara tunai RM300Apabila ada pembayaran berlaku.

Dt Akaun Gaji 300

Kt Tunai 300

1/6Bayar sewa secara tunai RM400Apabila ada pembayaran berlaku.

Dt Akaun Sewa 400

Kt Tunai 400

7/6Bayar kursus Perakaunan secara tunai RM250Apabila ada pembayaran berlaku.

Dt Akaun Kursus 250

Kt Tunai 250

10/6Jualan tunai RM5,500Dari conggakan penerimaan tunai telah berlaku jadi

Dt Tunai 5,500

Kt Jualan 5,500

20/6Beli barang jualan secara hutang dengan Ah Seng RM7,000Apabila berlaku belian secara hutang, hanya ada 2 akaun sahaja yang terlibat iaitu

akaun belian dan akaun pemiutang. Untuk makluman, akaun belian semestinya dicatitkan hanya di sebelah Debit sahaja. Jadi catitannya ialah:

Dt Belian 7,000

Kt Pemiutang Ah Seng 7,000

21/6Beli perabot kedai secara tunai RM1,200Tunai dah keluar dari poket peniaga jadi

Dt Pekakas perabot 1,200

Kt Tunai 1,200

22/6Hassan bayar hutang secara tunai RM400Ada penghutang dah bayar hutang pada peniaga, jadi tunai dah diterima

Dt Tunai 400

Kt Penghutang Hassan 400

25/6Bayar lesen perniagaan secara tunai RM200Duit tunai dah keluar jadi

Dt Akaun Lesen 200

Kt Tunai 200

27/6Bayar iklan secara tunai RM250Duit tunai dah berkurang lagi.

Dt Akaun Belanja Iklan 250

Kt Tunai 250

30/6Jualan hutang kepada Salmah RM2,500Apabila ada sahaja jualan hutang terus dapat dicongak bahawa hanya akaun

penghutang dan akaun jualan yang terlibat. Sebagaimana telah diterangkan di atas

akaun jualan semestinya di sebelah kredit.

Dt Akaun Penghutang Salmah 2,500

Kt Jualan 2,500

2/7Bayar Bil elektrik, air dan telefon secara tunai RM320Duit keluar lagi..

Dt Akaun Utiliti 320

Kt Tunai 320

3/7Beli barang jualan secara hutang dengan Sykt Raju RM2,000Seperti yang berlaku pada 20/6 maka catitannya seperti berikut

Dt Pemiutang Sykt Raju 2,000

Kt Belian 2,000

5/7Jualan tunai RM1,500Duit masuk lagi.

Dt Tunai 1,500

Kt Jualan 1,500

8/7Membuka akaun di BCB RM2,000Di sini akaun bank telah di buka dengan mengambil wang tunai sebagai deposit

permulaan membuka akaun bank. Jdi tunai berkurang tetapi akaun bank bertambah.

Dt Bank 2,000

Kt Tunai 2,000

10/7Menerima pinjaman bank daripada Maybank Berhad RM50,000. Ansuransebulan RM1,000 selama 60bulan.Di sini bank yang memberi pinjaman dikategorikan sebagai Liabiliti jangka panjang.

Akaun bank bertambah jadi

Dt Akaun Bank 50,000

Kt Akaun pinjaman Maybank 50,000

20/7Membeli kenderaan untuk kegunaan perniagaan dengan cek RM15,000En Majid telah membeli aset dengan mengurangkan baki di akaun bank jadi.

Dt Akaun Kenderaan 15,000

Kt Akaun Bank 15,000

21/7Bayar hutang kepada Sykt Raju dengan cek RM1,500En. Majid membayar hutangnya kepada Sykt Raju dan ini mengurangkan baki akaun bank.

Dt Pemiutang Sykt Raju 1,500

Kt Akaun Bank 1,500

22/7Bayar hutang kepada Ah Seng dengan cek RM5,000En. Majid mengurangkann lagi baki akaun bank beliau

Dt Pemiutang Sykt Hassan 5,000

Kt Akaun Bank 5,000

30/7Salmah bayar hutang tunai Rm 2,000

Duit tunai bertambah bila ada penghutang yang membayar hutangnya..

Dt Tunai 2,000

Kt Penghutang Salmah RM 2,000

31/7Bayar gaji pekerja secara tunai RM500Apabila ada pembayaran berlaku.

Dt Akaun Gaji 2,000

Kt Tunai 2,000

31/7Masukkan wang tunai ke dalam bank RM2,500Duit tunai berkurang tetapi baki akaun bank bertambah.

Dt Bank 2,500

Kt Tunai 2,500

31/7Bayar Sewa secara tunai RM400Apabila ada pembayaran berlaku.

Dt Akaun Sewa 400

Kt Tunai 400

31/7Bayar Ansuran Pinjaman di Maybank Finance RM1,000 secara cek.Bagi pembayaran ansuran pinjaman ada tiga lejar yang akan terlibat.

1. Akaun Pinjaman (pokok Pinjaman)

2. Akaun Faedah di Bayar

3. Akaun Bank atau Tunai

Bagaimana cara merekod catatan beregu ini, Kita perlu mengira berapakah bayaran pokok dan faedah pinjaman untuk sebulan dahulu:

Ansuran sebulan RM1,000 X 60 bulan = RM60,000 jumlah kena bayar kepada Bank. Jumlah keseluruhan RM60,000 RM50,000 pokok pinjaman = RM10,000 faedah pinjaman. Jadi;

RM50,000 / 60 bulan = RM834 pokok pinjaman sebulan dan

RM10,000 / 60 bulan = RM166 faedah pinjaman sebulan. Jadi, catatan beregunya adalah seperti berikut:

Dt Akaun Pinjaman Maybank Finance 834

Dt Akaun Faedah Pinjaman 166

Kt Akaun Bank 1,000

31/7Stok Akhir RM 9,000

Pengiraan stok akhir kebiasaanya dilakukan setahun 2 kali sahaja, tetapi oleh kerana

kesibukan peniaga ianya dilakukan sekali setahun iaitu pada 31hb Disember setiap tahun. Cara mengira jumlah nilai RM stok tersebut adalah secara anggaran kuantiti produk dan di darab dengan harga kos terakhir yang diperolehi dari pembekal barangan tersebut.

Nota: Pengiraan belanja susutnilai bagi perkakasas perabot 10% dan kenderaan 20% Sila sediakan Imbangan Duga, Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira

Tip:Untuk memudahkan akaun yang mana berada di debit atau di kredit, kita hanya berpandukan kepada akaun tunai atau bank sahaja. Jika penerimaan wang atau cek kita debitkan sahaja Akaun Tunai/Bank dan secara automatik akaun yang satu lagi kita kreditkan. Samalah juga jika sesautu pembayaran tunai atau cek dibuat, kita terus sahaja mengkreditkan akaun tunai/bank dan mendebitkan akau yang satu lagi.IMBANGAN DUGAImbangan duga adalah senarai semua baki-baki akaun sesebuah perniagaan bagi membuktikan kejituan pengiraan dan pemindahan akaun yang sempurna. Ia digunakan sebagi alat pengukur samada kemasukan debit dan kredit didalam buku tunai/bank, buku penghutang, buku pemiutang dan lejar am adalah betul. Imbangan duga tidak dianggap sebagai salah satu dari keluarga penyata kewangan. Untuk mengetahui samada akaun-akaun yang dibuat itu adalah betul, jumlah bahagian debit dan kredit mestilah sama. Bagi penentuan baki akaun mana yang akan diletakkan di bahagian debit atau kredit, sila rujuk gambarajah

dibawah:Senaraikan Baki Akaun:Item Aset disebelah Debit

Item Liabiliti disebelah Kredit Item Modal disebelah Kredit Item Hasil disebelah Kredit Item Belanja disebelah Debit

Jumlah Debit = Jumlah KreditAku Lebih Memahami Hati BudimuPENYATA PENDAPATANPenyata pendapatan merupakan penyata yang menunjukkan segala ringkasan hasil dan belanja bagi sesuatu tempoh perakaunan. Ianya juga dikenali sebagai Penyata Untung Rugi. Kepentingan penyata ini adalah :

Mengetahui keuntungan atau kerugian sesuatu perniagaan.

Sebagai kayu pengukur mengkaji prestasi atau kemajuan sesebuah perniagaan.

Memberitahu pemegang syer atau rakan kogsi mengenai keupayaan dan keuntungan perniagaan.

Memudahkan pengiraan Zakat atau Cukai Pendapatn sesebuah perniagaan.

Di dalam penyata ini kita akan dapat melihat 2 daripada 5 kumpulan akaun bergabung untung pengiraan Untung Bersih sesuatu perniagaan. 2 kumpulan itu ialah Hasil dan Belanja. Semua jumlah Hasil atau jumlah jualan tunai atau kredit digabungkan dan di tolak dengan Kos Barang Dijual yang akan menghasilkan Untung Kasar. Selepas itu Untung Kasar akan ditolak dengan semua perbelanjaan operasi, pentadbiran dan kendalian, maka akan menghasilkan Untung atau Rugi Bersih.

TipSalah satu item perbelanjaan yang selalu dilupakan ialah belanja Susutnilai. Apakah Susunilai?

Susutnilai adalah disebabkan keusangan dan kehausan sesuatu aset yang digunakan bagi memudahkan urusan perniagaan. Selain darip aspek keusangan, ciptaan-ciptaan teknologi baru juga adalah antara punca sesuatu aset itu tidak praktikal lagi untuk digunakan. Contohnya seperti komputer yang dianggap tidak ada nilai lagi selepas 2 tahun digunakan kerana kepantasan teknologi mencipta perisian yang baru. Peratus pengiraan susutnilai adalah mengikut jenias aset tersebut. Contoh peratus susutnilai yang digunakan dalam Sistem Perakaunan di Malaysia adalah seperti berikut:

1. Kenderaan 20% atau 5 tahun

2. Bangunan Kekal 2% atau 50 tahun

3. Komputer dan Pencetak 50% atau 2 tahun

4. Perabot dan Perkakasan Pejabat 15% atau 6 tahun

Kaedah pengiraan yang paling kerap digunakan ialah Kaedah Garis Lurus. Kaedah ini menunjukkan belanja susutnilai adalah sama setiap tahun mengikut ketahanan harta. Contoh Kiraan. En. Ahmad membeli kereta untuk kegunaan perniagaan pada bulan Julai 2005 dengan harga RM40,000, sila kira susutnilai degan kaedah Garis Lurus. Peratus sustnilai 20% setahun:

TahunHarga KosSusutnilaiSusutnilai TerkumpulNilai Aset Bersih

140,0008,0008,00032,000

240,0008,00016,00024,000

340,0008,00024,00016,000

440,0008,00032,0008,000

540,0007,99939,9991

Mengikut kaedah garis lurus, belanja susutnilai adalah sama setiap tahun dan pengiraan nilai aset bersih adalah dengan formula berikut:

Nilai Aset Bersih = Harga Kos Aset Susutnilai Terkumpul

Pada tahun kelima nilai bersih aset menunjukkan baki sebanyak RM1.00. Ini menunjukkan aset tersebut masih digunakan untuk kegunaan perniagaan. Jika pada tahun kelima aset tersebut telah di jual maka barulah boleh untuk kita meletakkan nilai sifar.

KUNCI KIRA-KIRAKunci Kira-Kira merupakan satu penyata yang menunjukkan jumlah 3 kumpulan akaun iaitu Aset, Liabiliti dan Modal/Ekuiti Pemilik yang telah pun diterangkan sebelum ini pada mukasurat 2.

Semua format penyata seperti Imbangan Duga, Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira boleh dirujuk pada file excel Penyata Kewangan Kewangan Perniagaan.

PENUTUPHasrat kami agar tuan puan telah pun mendapat sedikt maklumat mengenai bagaimana satu set penuh penyata kewangan dapat disediakan. Penyata yang terpenting adalah Penyata Pendapatan. Harapan kami agar pihak tuan puan dapat menyiapkan penyata kewangan ini pada setiap tahun agar memudahkan kita membuat kiraan membayar zakat dan cukai.

Tuan puan juga adalah dinasihatkan membuat rujukan tambahan daripada buku perakaunan dan juga tunjuk ajar dari mereka yang terlatih dalam bidang perakaunan untuk mendapat gambaran yang lebih jelas di dalam penyediaan sistem perakaunan ini.

Tahniah! diucapkan kepada tuan puan kerana berani untuk mengubah cara pentadbiran dan pengurusan perniagaan kepada yang lebih sistematik.

PANDUAN MENGGUNAKAN FILE PEYATA PERAKAUNAN KEWANGAN (MICROSOFT EXCEL)Klik dua kali pada ikon di bawah di dalam CD-Rom yang anda perlolehi.

Tip

Sebelum anda memasukkan data urusniaga anda sila patikan anda menyimpan (save) dahulu file Penyata Kewanagn Perakaunan ini di desktop komputer anda. Selepas anda membuka file tersebut savekan dulu dengan menukar nama file dengan menggunakan menu Save as:

Anda pelu membuat salinan master agar ianya boleh digunakan untuk perniagaan lain anda. Kemasukan data transaksi perniagaan anda adalah seperti contoh di bawah:

TarikhKeterangan

10/5Modal Tunai Awal RM10,000

15/5Membeli perkakas kedai (Kerusi Meja dll) RM3,000

20/5Membeli Barang-barang jualan secara tunai RM5,000

25/5Bayar Tambang kereta secara tunai RM100

28/5Jualan tunai RM200

30/5Jualan hutang kepada En. Hassan RM1,000

30/5Bayar gaji pekerja secara tunai RM300

1/6Bayar sewa secara tunai RM400

7/6Bayar kursus Perakaunan secara tunai RM250

10/6Jualan tunai RM5,500

20/6Beli barang jualan secara hutang dengan Ah Seng RM7,000

21/6Beli perabot kedai secara tunai RM1,200

22/6Hassan bayar hutang secara tunai RM400

25/6Bayar lesen perniagaan secara tunai RM200

27/6Bayar iklan secara tunai RM250

30/6Jualan hutang kepada Salmah RM2,500

2/7Bayar Bil elektrik, air dan telefon secara tunai RM320

3/7Beli barang jualan secara hutang dengan Sykt Raju RM2,000

5/7Jualan tunai RM1,500

8/7Membuka akaun di BCB RM2,000

10/7Menerima pinjaman bank daripada Maybank Berhad RM50,000. Ansuransebulan RM1,000 selama 60bulan.

20/7Membeli kenderaan untuk kegunaan perniagaan dengan cek RM15,000

22/7Bayar hutang kepada Sykt Raju dengan cek RM1,500

21/7Bayar hutang kepada Ah Seng dengan cek RM5,000

30/7Salmah bayar hutang tunai Rm 2,000

31/7Bayar gaji pekerja secara tunai RM500

31/7Masukkan wang tunai ke dalam bank RM2,500

31/7Bayar Sewa secara tunai RM400

31/7Bayar Ansuran Pinjaman di Maybank Finance RM1,000 secara cek.

31/7Stok Akhir RM 9,000

Nota: Pengiraan belanja susutnilai bagi perkakasas perabot 10% dan kenderaan 20% Sila sediakan Imbangan Duga, Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira

CONTOH KEMASUKAN DATA:Kemasukan transaksi PENERIMAAN TUNAI.10/5Modal Tunai Awal RM10,000Pastikan jumlah yang anda masukkan pada column Tunai SAMA dengan column Modal Tunai. Sila praktikkan perkara ini untuk semua transaksi.28/5Jualan tunai RM200Kemasukan transaksi PEMBAYARAN TUNAI15/5Membeli perkakas kedai (Kerusi Meja dll) RM3,00020/5Membeli Barang-barang jualan secara tunai RM5,00025/5Bayar Tambang kereta secara tunai RM10030/5Bayar gaji pekerja secara tunai RM300Kemasukan transaksi PENERIMAAN BANK8/7Membuka akaun di BCB RM2,000

Jika hanya melibatkan pemindahan tunai untuk di simpan di akaun bank perniagaan sendiri, kemasukan transaksi hanya di column Bank sahaja. Begitulah juga jika pengeluaran tunai dari bank untuk kegunaan perniagaan.

10/7Menerima pinjaman bank daripada Maybank Berhad RM50,000. Ansuran sebulan RM1,000 selama 60bulan.Kemasukan transaksi PEMBAYARAN BANKSila catitkan nombor cek anda di sini. Di tunggul cek (Cek butt) juga anda dikehendaki mencatitkan jumlah dan kepada siapa ianya di bayar.

20/7Membeli kenderaan untuk kegunaan perniagaan dengan cek RM15,000Bagi pembayaran hutang kepada PEMIUTANG secara tunai atau cek, dalam Buku pembayaran Bank atau

Tunai sila catatkan seperti di atas. Dan yang selebihnya sila catatkan pada buku pemiutang seperti di bawah.20/6Beli barang jualan secara hutang dengan Ah Seng RM7,00021/7Bayar hutang kepada Ah Seng dengan cek RM5,0003/7Beli barang jualan secara hutang dengan Sykt Raju RM2,00022/7Bayar hutang kepada Sykt Raju dengan cek RM1,500Setiap kali ada pembelian hutang dari pembekal, anda dikehendaki memasukkan data di dalam Buku

Pemiutang seperti diatas. Jika ada pembelian hutang yang baru sila masukkan data pada ruangan Item

dan Harga Belian. Jika ada bayaran hutang sila masukkan data pada ruangan Item, Tarikh Bayaran

dan Tunai atau Cek.

Bayaran Pinjaman pula ada dua lejar yang terlibat iaitu Buku Pembayaran Bank dan Penyata pembayar

Pinjaman :31/7Bayar Ansuran Pinjaman di Maybank Finance RM1,000 secara cek.10/7Menerima pinjaman bank daripada Maybank Berhad RM50,000. Ansuran sebulan RM1,000 selama 60bulan.Catatan Merekod Penghutang Perniagaan30/5Jualan hutang kepada En. Hassan RM1,00022/6Hassan bayar hutang secara tunai RM400Setiap kali ada Jualan hutang dari pelanggan, anda dikehendaki memasukkan data di dalam Buku

Penghutang seperti diatas. Andai terdapat ulangan jualan hutang yang baru sila masukkan data pada ruangan

Item dan Harga Jual. Jika ada bayaran hutang sila masukkan data pada ruangan Item, Tarikh Bayaran

dan Tunai atau Cek.

Pengiraan Belanja Susutnilai.

Anda perlu memasukkan jumlah urusniaga pada ruangan Kos Aset dan % Susutnilai Setahun sahaja. Yang lainnya akan dikira secara automatik oleh komputer.

Penerangan mengenai Penyata Kewangan. Klik 2 kali pada ikon ini dan satu lembaran kerja Excel akan muncul seperti di bawah:Penyata Kewangan : Pendapatan & Kunci Kira KiraBuku TunaiBuku BankBuku PenghutangBuku PemiutangLejar Bayaran Lejar

PinjamanSusutnilai

Contoh Penuh Kemasukan Data Urusniaga:TarikhKeterangan

10/5Modal Tunai Awal RM10,000

15/5Membeli perkakas kedai (Kerusi Meja dll) RM3,000

20/5Membeli Barang-barang jualan secara tunai RM5,000

25/5Bayar Tambang kereta secara tunai RM100

28/5Jualan tunai RM200

30/5Jualan hutang kepada En. Hassan RM1,000

30/5Bayar gaji pekerja secara tunai RM300

1/6Bayar sewa secara tunai RM400

7/6Bayar kursus Perakaunan secara tunai RM250

10/6Jualan tunai RM5,500

20/6Beli barang jualan secara hutang dengan Ah Seng RM7,000

21/6Beli perabot kedai secara tunai RM1,200

22/6Hassan bayar hutang secara tunai RM400

25/6Bayar lesen perniagaan secara tunai RM200

27/6Bayar iklan secara tunai RM250

30/6Jualan hutang kepada Salmah RM2,500

2/7Bayar Bil elektrik, air dan telefon secara tunai RM320

3/7Beli barang jualan secara hutang dengan Sykt Raju RM2,000

5/7Jualan tunai RM1,500

8/7Membuka akaun di BCB RM2,000

10/7Menerima pinjaman bank daripada Maybank Berhad RM50,000. Ansuransebulan RM1,000 selama 60bulan.

20/7Membeli kenderaan untuk kegunaan perniagaan dengan cek RM15,000

22/7Bayar hutang kepada Sykt Raju dengan cek RM1,500

21/7Bayar hutang kepada Ah Seng dengan cek RM5,000

30/7Salmah bayar hutang tunai Rm 2,000

31/7Bayar gaji pekerja secara tunai RM500

31/7Masukkan wang tunai ke dalam bank RM2,500

31/7Bayar Sewa secara tunai RM400

31/7Bayar Ansuran Pinjaman di Maybank Finance RM1,000 secara cek.

31/7Stok Akhir RM 9,000

Nota: Pengiraan belanja susutnilai bagi perkakasas perabot 10% dan kenderaan 20% Sila sediakan Imbangan Duga, Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira

Catatan dalam Penerimaan Buku Tunai

Catatan dalam Penerimaan Buku Bank

Catatan dalam Pembayaran Buku Tunai

Catatan dalam Pembayaran Buku Bank

Catatan dalam Buku Pemiutang

Catatan dalam Buku Penghutang

Catatan pada Lejar Pembayaran Pinjaman

Catatan pada Imbangan Duga.Anda tidak perlu memasukkan data pada Penyata ini. Kemasukan data akan dibuat secara automatik oleh

komputer.

Catatan pada Penyata Pendapatan.Anda tidak perlu memasukkan data pada Penyata ini. Kemasukan data akan dibuat secara automatik oleh komputer. HANYA PERLU MEMASUKKAN JUMLAH STOK AKHIR SECARA MANUAL KERANA IANYA PERLU DITENTUKAN OLEH TUAN/PUAN PADA SETIAP HUJUNG BULAN DENGAN MEMBUAT KIRAAN PADA HARGA KOS BARANG AN ITU DIBELI.Jumlah Stok Akhir pada 31 Julai ialah

RM9,000.00Catatan pada Kunci Kira-KiraAnda tidak perlu memasukkan data pada Penyata ini. Kemasukan data akan dibuat secara automatik oleh komputer. HANYA JUMLAH BERSIH NILAI ASET TETAP PERLU DIMASUKKAN SECARA MANUAL PADA KUNCI-KIRA-KIRA TERSEBUT.Jumlah kedua-dua nilai bersih asset tetap ini diambil daripada lejar pengiraan susutnilai atau sheet Beli Aset pada mukasurat 21.

T

A

R

P