sistem penyejukan amali

12
KENDALIAN SISTEM PENYEJUKAN A. Semasa Termostat Tertutup Rapat Apabila enjin dihidupkan, air akan dipanaskan oleh pam air dan mengalir masuk dari radiator melalui hos bawah ke dalam selubung enjin dan air akan hanya berkisar dalam selubung enjin sahaja semasa suhu kerja enjin belum bermula. Air yang panas akan mempercepatkan suhu kerja enjin. B. Semasa Termostat Terbuka Apabila enjin telah mencapai suhu kerja 80C - 90C termostat akan terbuka. Air yang berkisar di sekeliling selubung air akan mula masuk ke

Upload: miera-wahib

Post on 01-Dec-2015

571 views

Category:

Documents


22 download

TRANSCRIPT

KENDALIAN SISTEM PENYEJUKAN

A. Semasa Termostat Tertutup Rapat Apabila enjin dihidupkan, air akan dipanaskan oleh pam air dan mengalir masuk dari radiator melalui hos bawah ke dalam selubung enjin dan air akan hanya berkisar dalam selubung enjin sahaja semasa suhu kerja enjin belum bermula. Air yang panas akan mempercepatkan suhu kerja enjin.

B. Semasa Termostat Terbuka Apabila enjin telah mencapai suhu kerja 80C - 90C termostat akan terbuka. Air yang berkisar di sekeliling selubung air akan mula masuk ke radiator melalui hos atas. Seterusnya, air akan disejukkan dengan bantuan angin yang disedut oleh kipas ketika berada dalam radiator

Proses A dan B akan berterusan sehinggalah enjin dimatikan.

LANGKAH MENSERVIS

BAHAGIAN ALATAN LANGKAH KERJA CATATAN

Servis Radiator

a. Sepana gabung bersaiz 10mm

b. Hos pencucic. Playar gabungd. Takung/ bekas mencucie. Corong

Keselamatan:a. Letakkan bekas takungan di

bawah radiator semasa nat dibuka.

b. Jangan membuka penutup radiator semasa enjin dalam keadaan panas

1. Buka tudung radiator (Rajah 1)2. Tanggalkan nat di bawah radiator3. Dengan menggunakan playar

gabung, buka ikatan keluli pada hos atas dan hos bawah.

4. Cabutkan hos atas dan hos bawah menggunakan tangan. (Rajah 2)

5. Tanggalkan skru pada besi yang menyokong radiator (Rajah 3)

6. Alirkan air bersih melalui hos atas dan biarkan ia mengalir keluar melalui hos bawah

7. Akhir sekali pasang semula radiator (Rajah 4)

2.1. gunakan sepana gabung bersaiz 10mm

5.1. gunakan sepana gabung bersaiz 10mm6.1. Bertujuan mengelakkan radiator tersumbat

1 2

3 4

BAHAGIAN ALATAN LANGKAH KERJA CATATAN

Servis Pam Air

1. Sepana gabung 12 mm @ Sepana Soket 12mm2. Hulu Ratchet

Keselamatan:1. Tali sawat yang telah keras

hendaklah ditukar dengan yang baru

1. Longgarkan nat pada alternator. (Rajah 1)2. Tolak alternator ke hadapan untuk melonggarkan tali sawat3. Tanggalkan tali sawat tersebut (Rajah 2)4. buka nat pada pam air dengan menggunakan sepana gabung 12 mm (Rajah 3)5. Kemudian keluarkan pam air dan periksa pam air tersebut6. Selepas itu bukakan nat termostat dengan menggunakan soket 12 mm bersama hulu ratchet (Rajah 4)7. Keluarkan termostat dan periksa gasket di dalamnya

1.1. guna soket 12mm bersama hulu ratchet

5.1. kesan aliran air berwarna perang menunjukkan adanya kebocoran pada pam air

7.1. Jika gasket pada termostat telah haus, gantikan dengan yang baru

3

1

4

2

BAHAGIAN ALATAN LANGKAH KERJA CATATAN

Membuat Gasket dan Memasang Termostat, Pam Air dan Alternator

1. Kertas asbestos2. Sedikit minyak pelincir3. Ballpen / Pensil4. Gunting kecil5. Sepana gabung 12mm6. Soket 12mm dan Hulu

Ratchet7. Batang paip

Keselamatan:1. Pastikan kesan gasket lama

pada termostat dibersihkandengan bersih sebelum memasang gasket yang baru untuk mengelakkan kebocoran

2. Pastikan semua peralatan dibersih dan disimpan di tempat asal selepas selesai amali

3. Laporkan sebarang kerosakan atau kehilangan

1. Cara membuat gasket:a. ambil sedikit minyak pelincir kemdian sapukan pada permukaan bukaan termostat.

b. Terapkan bentuk tersebut pada kertas gasket ( kertas gasket )c. Gunting ikut kesan terapan.d. Langkah menekap terus menggunakan gasket sedia ada juga boleh dilakukan ( Rajah 1 )

2. Selepas gasket siap, letakkan pada bukaan termostat

3. Pasang semula termostat tersebut ( Rajah 2 )

4. Pasang semula pam air ( Rajah 3 )5. Pasang alternater dan masukkan

tali sawat (Rajah 4)6. Gunakan paip untuk

menegangkan tali sawat pada kelegaan 5mm ( Rajah 5 )

7. Ikat kuat nat pada alternator

Penggunaan minyak yang terlalu banyak akan menghilangkan tanda sebenar muka termostat

3.1 gunakan sepana 12 mm4.1 gunakan soket dan

hulu ratchet5.1 Gunakan sepana

12 mm6.1. a. Talisawat longgar

menyebabkan ia akan kerap tertanggalb. Talisawat ketatmenyebabkan ia cepat putus

54

32

1

KEROSAKAN YANG SERING BERLAKU DALAM SISTEM PENYEJUKAN

KEROSAKAN PUNCA CARA MENGATASI

A. Enjin terlalu panas

1. Cecair terpaksa ditambah setiap hari disebabkan gasket pam air bocor atau haus (Rajah 1)

2. Hos aliran cecair rosak disebabkan:a. hos mengembangb. hos lembutc. hos berselaput

d. hos keras (Rajah 2)

3. Termostat tidak beroperasi walaupun pada suhu tinggi

a. injap tidak mula terbuka selepas suhu meningkat sehingga 26C atau 79 -80C bagi termostat bertanda 82C (Rajah 3)

4. Jeriji radiator tersumbat atau mengempis kerana kotoran melekat pada jeriji radiator

keluarkan pam air daripada enjinPeriksa kesan cecair yang menitik dari injap semak pamJika bocor, buka komponen pam air dan gantikan penebatnya.Pasang semula dan uji kebocoran

Periksa hos dari radiator ke pan air dan dari blok enjin ke radiator

Gantikan dengan yang baru jika perlu

3.1. Keluarkan termostat dari enjin3.2. Periksa samada injap dapat terbuka atau tertutup3.3. Masukkan termostat dalam balang berisi air dan

masukkan meter suhu ke dalam balang tersebut3.4. Panaskan air dan perhatikan pergerakan injap termostat3.5. Jika pada suhu 82C injap masih tidak terbuka tukarkan

dengan termostat yang baru

4.1. Keluarkan radiator dari enjin4.2. lakukan pancutan bertentangan pada radiator 4.3. Pasang semula radiator apabila telah bersih

1

3

2

KEROSAKAN PUNCA CARA MENGATASI

B. Air dalam radiator sentiasa berkurangan

C. Terdapat kesan minyak pelincir dalam cecair radiator

1. disebabkan oleh dinding silinder yang retak dan cecair memasuki silinder sedikit demi sedikit semasa lejang kuasa

1. Gasket kepala silinder bocor atau bolt pengikat kepala silinder longgar

Uji tekanan dalam sistem penyejukan dengan alat penguji tekanan ( Rajah 4):

a. bacaan tekanan adalah antara 10 – 15 barb. Jika tekanan berkurangan semasa alat penguji

ditekan sedangkan tiada sebarang kebocoran pada sambungan hos air atau pam air, maka disahkan kebocoran berlaku pada dinding silinder

Keluarkan semua air dari enjin Gantikan pelapik silinder yang bocor atau retak dengan

saiz yang sama atau Enjin kereta tersebut perlu ditukar dengan yang baru.

1.1. Keluarkan cecair daripada enjin blok dan radiator1.2. Lakukan kerja baik pulih bahagian atas silinder enjin

Keselamatan: Letakkan takung semasa mengeluarkan air dari radiator ( Rajah 5)

Ciri-ciri Sistem penyejukan yang baik1. Suhu enjin stabil semasa beroperasi2. Tidak terdapat sebarang titisan atau lelehan cecair

daripada enjin3. Tali sawat dalam keadaan tegang mengikut spesifikasi

( antara 12 – 19mm )4. Enjin dapat dihidupkan dengan segera walaupun

5

4

dalam keadaan cuaca sejuk

KESIMPULAN

Berdasarkan teori yang dipelajari dapatlah dirumuskan bahawa SISTEM PENYEJUKAN merupakan salah

satu dari lima sistem yang amat penting bagi membolehkan sesuatu enjin berfungsi dengan baik, sistematik dan

selamat.

Dari amali yang dijalankan menerusi nasihat dan bimbingan En Adnan Bin Ahmad selaku Pensyarah

Teknologi Outomotif dapatlah dikenalpasti dengan lebih jelas fungsi, kendalian, ciri-ciri keselamatan, peralatan

terlibat dan cara kerja yang sistematik dalam SISTEM PENYEJUKAN enjin 4 lejang sebuah kereta disamping

berpeluang membuat gasket pam air dan laras suhu dengan menggunakan kertas.

Secara umumnya subjek dan tajuk ini telah banyak memberikan input berbentuk teori dan amali bagi

mengenal dengan lebih dekat sistem-sistem sebuah enjin kereta. Di samping itu semangat kerja berpasukan dapat

menambahkan keyakinan dan motivasi bqagi menguasai topik ini.

LAMPIRAN

SISTEM PENYEJUKAN

Jika enjin beroperasi secara berterusan, komponen yang bergesel akan mengeluarkan suhu yang tinggi. Jika suhu berkenaan tidak dikurangkan ia akan merosakkan komponen yang sering beroperasi, maka suatu sistem amat diperlukan untuk menyejukkan enjin ketahap yang maksimum supaya enjin dapat beroperasi dengan stabil dan sempurna. Sistem ini dikenali sebagai sistem penyejukan.

Sistem penyejukan dibahagikan kepada dua jenis:a. Sistem Penyejukan Cecairb. Sistem Penyejukan Udara

Sistem Penyejukan cecair menggunakan

bahan penyejukan khas iaitu etil glikol,

manakala sistem penyejukan udara

menggunakan angin yang ditarik melalui kipas

ke arah tangki pengalih haba dan bahagian lain