preview ebook diagnosis aircond v1€¦ · ada sumbat dalam sistem, kurang penyejukan pada...

19
PREVIEW www.garajmalaya.com

Upload: others

Post on 15-Mar-2021

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Preview eBook Diagnosis Aircond v1€¦ · ada sumbat dalam sistem, kurang penyejukan pada condenser dan sebagainya. Diagnosis Aircond 11 7. Keputusan & Perundingan Setelah 6 langkah

PREVIEW

www.garajmalaya.com

Page 2: Preview eBook Diagnosis Aircond v1€¦ · ada sumbat dalam sistem, kurang penyejukan pada condenser dan sebagainya. Diagnosis Aircond 11 7. Keputusan & Perundingan Setelah 6 langkah

Diagnosis Aircond 1

Mengapa eBook Ini Ditulis? Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi, dapat kami siapkan ebook Diagnosis Aircond Kereta ini dengan jayanya. Sistem aircond sangat penting untuk keselesaan penumpang ketika cuaca panas. Semasa cuaca hujan pula, aircond penting untuk keselamatan pemanduan. Dorongan untuk menghasilkan eBook dan Online Video Training ini adalah kerana kami dapati sangat sukar untuk mendapatkan rujukan khusus untuk kerja diagnosis sistem aircond kereta terutamanya dalam Bahasa Melayu di pasaran. Tujuan kami adalah untuk memperkenalkan kaedah serta peralatan terkini dalam kerja diagnosis sistem

Page 3: Preview eBook Diagnosis Aircond v1€¦ · ada sumbat dalam sistem, kurang penyejukan pada condenser dan sebagainya. Diagnosis Aircond 11 7. Keputusan & Perundingan Setelah 6 langkah

Diagnosis Aircond 2

aircond. Kami juga berhasrat membentuk mindset mekanik untuk sentiasa membuka minda kepada pembaharuan yang mungkin pada awalnya kelihatan menongkah arus amalan konvensional turun-temurun. Dengan ini, amat besar harapan kami agar naskhah eBook Diagnosis Aircond Kereta ini dapat membantu membuat troubleshooting yang lebih tepat serta membawa manfaat kepada perkembangan ilmu teknikal sahabat mekanik sekalian. The Aircond Stazione. Lebih Dari Sekadar Sejuk. Sekian, terima kasih. Farish Hamzah

Page 4: Preview eBook Diagnosis Aircond v1€¦ · ada sumbat dalam sistem, kurang penyejukan pada condenser dan sebagainya. Diagnosis Aircond 11 7. Keputusan & Perundingan Setelah 6 langkah

Diagnosis Aircond 3

7 Langkah Diagnosis Aircond Kereta

1. PRELIMINARY CHECK Pemeriksaan Awal

2. REFRIGERANT RECOVERY Simpan Gas

3. SYSTEM VACUUM Vakum Sistem 4. VACUUM LEAK TEST Ujian Bocor

Vakum 5. REFRIGERANT REFILL Isian Semula

Gas 6. SYSTEM PRESSURE MONITORING

Pemantauan Tekanan Sistem 7. RESULTS + CONSULTATION

Keputusan + Perundingan Ini adalah keseluruhan proses yang kami praktikkan di The Aircond Stazione untuk proses diagnos aircond kereta pelanggan.

Page 5: Preview eBook Diagnosis Aircond v1€¦ · ada sumbat dalam sistem, kurang penyejukan pada condenser dan sebagainya. Diagnosis Aircond 11 7. Keputusan & Perundingan Setelah 6 langkah

Diagnosis Aircond 4

1. Pemeriksaan Awal Langkah ini dibuat apabila sahaja proses bermula. Temubual / pertanyaan kepada pelanggan seperti berkenaan sejarah tukar ganti komponen, bilakah masa masalah berlaku, sudah berapa lama masalah ini berlaku dan sebagainya adalah sebenarnya termasuk di dalam proses diagnosis. Ini penting untuk kita ambil maklum dan seterusnya mendapat gambaran kasar mengenai punca masalah berkenaan. D isini juga kami lakukan Ujian Ketulenan Gas dengan menggunakan alat Refrigerant Identifier. Ini langkah yang amat penting untuk memastikan kandungan gas sedia ada dalam kereta itu tulen atau tercemar (bercampur R134a dengan R12). Ia juga akan menunjukkan sama ada terdapat udara atau tidak di dalam sistem.

Page 6: Preview eBook Diagnosis Aircond v1€¦ · ada sumbat dalam sistem, kurang penyejukan pada condenser dan sebagainya. Diagnosis Aircond 11 7. Keputusan & Perundingan Setelah 6 langkah

Diagnosis Aircond 5

Foto 1 - Refrigerant Identifier

2. Simpan Gas Langkah ini dilakukan untuk 3 tujuan utama: Supaya tidak dilepaskan ke udara sewenang-wenangnya - elak pencemaran. Tidak membazir gas yang sedia ada di dalam kereta. Mendapat data kuantiti gas di dalam kereta - berapa gram yang ada sekarang. Kita perlukan mesin untuk tujuan ini. Biasanya mesin recovery ada fungsi ini. Ia akan recover dan timbang gas yang disedut daripada kereta. Sebagai

Page 7: Preview eBook Diagnosis Aircond v1€¦ · ada sumbat dalam sistem, kurang penyejukan pada condenser dan sebagainya. Diagnosis Aircond 11 7. Keputusan & Perundingan Setelah 6 langkah

Diagnosis Aircond 6

alternatif, boleh juga digunakan tong gas lama yang diletakkan di atas Digital Refrigerant Scale untuk tujuan menyimpan gas ini.

Foto 2 - Digital Refrigerant Scale

Page 8: Preview eBook Diagnosis Aircond v1€¦ · ada sumbat dalam sistem, kurang penyejukan pada condenser dan sebagainya. Diagnosis Aircond 11 7. Keputusan & Perundingan Setelah 6 langkah

Diagnosis Aircond 7

3. Vakum Sistem Setelah sistem kosong daripada gas, lakukan proses vakum sekurang-kurangnya 10 minit. Untuk kereta yang besar sistemnya (ada double blower) boleh dipanjangkan sekurang-kurangnya 15 minit. Sepanjang proses vakum ini, kita sudah boleh jangkakan tahap kebocoran dalam sistem. Jika sistem tiada bocor, dalam masa 2 minit sahaja tekanan vakum (bacaan di bawah 0 bar atau -1 bergantung kepada jenis meter yang digunakan) sudah dicapai. Jika bocornya agak besar, sistem tidak dapat mencapai tahap vakum sepenuhnya walaupun sudah 10 minit pam vakum berjalan.

Page 9: Preview eBook Diagnosis Aircond v1€¦ · ada sumbat dalam sistem, kurang penyejukan pada condenser dan sebagainya. Diagnosis Aircond 11 7. Keputusan & Perundingan Setelah 6 langkah

Diagnosis Aircond 8

4. Ujian Bocor Vakum Ujian ini boleh kita umpamakan seperti kita menahan nafas di dalam air. Setelah tekanan vakum wujud dalam sistem, pam vakum dimatikan. Tekanan vakum ini ditahan selama sekurang-kurangnya 5 minit. Inilah yang dinamakan Ujian Bocor Vakum. Sekiranya dalam masa 5 minit ini tiada perubahan tekanan (bacaan tekanan tidak naik), bermakna sistem tiada bocor. Boleh sahaja ujian ini dilakukan lebih daripada 5 minit, tetapi perlu ditambah masa vakum juga. Masa vakum perlu lebih lama daripada masa ujian bocor.

Page 10: Preview eBook Diagnosis Aircond v1€¦ · ada sumbat dalam sistem, kurang penyejukan pada condenser dan sebagainya. Diagnosis Aircond 11 7. Keputusan & Perundingan Setelah 6 langkah

Diagnosis Aircond 9

5. Isian Semula Gas Pada langkah ini, perlu diberi perhatian bahawa kuantiti gas yang diisi semula mengikut spesifikasi pengeluar. Kuantiti gas adalah dalam gram (berat), bukan tekanan pada manifold gauge. Jika sistem kosong, adalah lebih tepat dengan memasukkan gas dalam bentuk cecair (terbalikkan tong) melalui HP port. Tong gas perlu diletakkan di atas penimbang (refrigerant scale) untuk dapat kuantiti yang diperlukan.

Page 11: Preview eBook Diagnosis Aircond v1€¦ · ada sumbat dalam sistem, kurang penyejukan pada condenser dan sebagainya. Diagnosis Aircond 11 7. Keputusan & Perundingan Setelah 6 langkah

Diagnosis Aircond 10

6. Pemantauan Tekanan Sistem Setelah gas dii si, sistem dihidupkan. Biarkan sistem stabil seketika (sekitar 5 minit) dan perhatikan bacaan tekanan di LP & HP. Dengan cara ini, kita telah pastikan satu perkara - gas memang cukup. Jadi, bacaan tekanan dalam sistem adalah tepat memberitahu keadaan sebenar sistem. Bacaan tekanan ini akan membolehkan kita membuat diagnos samada compressor masih ok atau tidak, ada sumbat dalam sistem, kurang penyejukan pada condenser dan sebagainya.

Page 12: Preview eBook Diagnosis Aircond v1€¦ · ada sumbat dalam sistem, kurang penyejukan pada condenser dan sebagainya. Diagnosis Aircond 11 7. Keputusan & Perundingan Setelah 6 langkah

Diagnosis Aircond 11

7. Keputusan & Perundingan Setelah 6 langkah di atas dilakukan, kita sudah mempunyai data yang cukup untuk melakukan kerja troubleshooting dengan yakin. Kita sudah punya info yang cukup untuk mencadangkan solusi yang tepat kepada pelanggan. Kita sudah boleh memberikan sebut harga kepada pelanggan. Inilah 7 Langkah yang kami pelopori di The Aircond Stazione untuk dikongsi bersama para teman mekanik sekalian sebagai panduan untuk manfaat bersama.

Page 13: Preview eBook Diagnosis Aircond v1€¦ · ada sumbat dalam sistem, kurang penyejukan pada condenser dan sebagainya. Diagnosis Aircond 11 7. Keputusan & Perundingan Setelah 6 langkah

Diagnosis Aircond 12

System Check Dalam topik System Check ini, kita akan lihat bagaimana kaedah untuk melakukan diagnosis yang lebih menepati logik sistem aircond. Dengan mengaplikasikan kaedah yang diperkenalkan ini nanti, sepatutnya proses troubleshooting akan menjadi lebih cepat dan tepat. Ini sudah tentunya akan meningkatkan keyakinan kita untuk menyelesaikan masalah aircond kereta pelanggan yang datang kepada kita. Mari kita mulakan!

Page 14: Preview eBook Diagnosis Aircond v1€¦ · ada sumbat dalam sistem, kurang penyejukan pada condenser dan sebagainya. Diagnosis Aircond 11 7. Keputusan & Perundingan Setelah 6 langkah

Diagnosis Aircond 13

Diagnosis Tanpa Alat

Kaedah Quick Diagnose untuk mendapat gambaran umum keadaan sistem aircond. Gunakan tapak tangan sahaja! Liquid Tube (Condenser - Cooling coil) Pada liquid tube ini, terdapat refrigerant dalam bentuk cecair. Ianya telah disejukkan oleh condenser. Di laluan ini, refrigerant berbentuk cecair bertekanan tinggi. Jadi, suhu paip ini dalam keadaan SUAM. Kita boleh sentuh paip ini. Dalam kiraan 5 detik (atau lebih) menyentuh, baru akan terasa sedikit panasnya.

Page 15: Preview eBook Diagnosis Aircond v1€¦ · ada sumbat dalam sistem, kurang penyejukan pada condenser dan sebagainya. Diagnosis Aircond 11 7. Keputusan & Perundingan Setelah 6 langkah

Diagnosis Aircond 14

Foto 3 - Kedudukan Liquid Tube Pada MyVi

Jika kita sentuh sahaja sudah terasa panasnya, bermakna sistem bermasalah. Condenser tidak dapat menyejukkan refrigerant. Refrigerant tidak bertukar menjadi cecair sepenuhnya. Ini akan membuatkan tekanan meningkat lebih tinggi daripada normal. Discharge Hose (Compressor - Condenser) Pada bahagian ini, refrigerant adalah dalam bentuk gas bertekanan tinggi. Suhu juga tinggi - PANAS.

Page 16: Preview eBook Diagnosis Aircond v1€¦ · ada sumbat dalam sistem, kurang penyejukan pada condenser dan sebagainya. Diagnosis Aircond 11 7. Keputusan & Perundingan Setelah 6 langkah

Diagnosis Aircond 15

Kita boleh sentuh paip ini sekejap sahaja. 1 detik pun sudah terasa panasnya. Ini normal.

Foto 4 - Kedudukan Discharge Hose Pada MyVi

Ada 2 keadaan tidak normal: Terlalu Panas - hinggakan tidak dapat disentuh langsung. Bermakna tekanan & suhu terlalu tinggi di paip ini. Biasanya diakibatkan condenser atau filter drier yang tersumbat. Jika di pasangkan pula meter tekanan di HP port (yang biasanya terletak selepas filter drier), tekanan Hp rendah daripada normal

Page 17: Preview eBook Diagnosis Aircond v1€¦ · ada sumbat dalam sistem, kurang penyejukan pada condenser dan sebagainya. Diagnosis Aircond 11 7. Keputusan & Perundingan Setelah 6 langkah

Diagnosis Aircond 16

Kurang Panas - boleh disentuh dalam kiraan 2-3 detik. Ini menandakan tekanan yang dijana oleh compressor adalah rendah daripada normal. Apabila tekanan rendah, suhu paip ini juga rendah. Ini menandakan compressor sudah rosak atau lemah (loss compression). Suction Hose (Cooling coil - Compressor) Ini adalah paip yang menghubungkan cooling coil dengan compressor. Refrigerant dalam bentuk gas bertekanan rendah disini.

Foto 5 - Pemeriksaan Discharge Hose Pada MyVi

Page 18: Preview eBook Diagnosis Aircond v1€¦ · ada sumbat dalam sistem, kurang penyejukan pada condenser dan sebagainya. Diagnosis Aircond 11 7. Keputusan & Perundingan Setelah 6 langkah

Diagnosis Aircond 17

Secara fizikalnya, pada sistem yang normal - paip ini akan berpeluh-peluh. Apabila disentuh, rasanya seperti kita menggenggam ais batu. Ini indikator yang menunjukkan sistem berfungsi tip-top. Jika paip ini tidak berpeluh atau peluh sedikit sahaja, ini menandakan sistem tidak bekerja dengan sempurna. Ada masalah yang perlu diselesaikan. Jadi, dengan kaedah mudah sebegini, kita sudah boleh membuat agakan samada sistem aircond kereta ini berfungsi sempurna ataupun tidak. Latihan deria rasa seperti ini harus kerap dipraktikkan untuk mendapat “feel” semasa proses diagnosis dilakukan. Kemahiran ini perlu dipertajamkan sentiasa sehingga kita dapat melakukan agakan yang tepat kepada setiap kereta yang datang.

Page 19: Preview eBook Diagnosis Aircond v1€¦ · ada sumbat dalam sistem, kurang penyejukan pada condenser dan sebagainya. Diagnosis Aircond 11 7. Keputusan & Perundingan Setelah 6 langkah

Diagnosis Aircond 18

Mahu Baca Lagi?

Dapatkan di www.garajmalaya.com/ebook