sistem pentaksiran berasaskan sekolah-mok.docx

3

Click here to load reader

Upload: mokhzani-cheabdullah

Post on 25-Dec-2015

14 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah-MOK.docx

sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

SPPBS mula dilaksanakan pada 2011 bermula dengan murid di tingkatan satu.

Sebahagian daripada usaha kerajaan melahirkan murid cemerlang pelbagai segi berbanding berorientasikan peperiksaan.

Tiada peperiksaan akhir tahun di bawah PBS.

Setiap hari guru menilai pelajar berdasarkan enam tahap bermula dari aras pemahaman sehingga tahap tauladan. Data direkodkan ke dalam sistem komputer berpusat.

Isu SPPBS (PBS) 2014 Yang Berbangkit oleh Guru-guru

1. Guru kecewa dengan komputer yang tidak cukup bagi memasukkan data SPPBS 2014 sehingga mengakibatkan masalah sistem.

2. Guru terpaksa bangun seawal jam 3 pagi sewaktu trafik internet lancar bagi memasukkan data SBA ke dalam sistem pelayan kementerian.

3. Guru-guru mendakwa Data SPPBS 2014 yang lepas tidak akan digunakan untuk menilai prestasi pelajar tingkatan tiga tahun ini ekoran arahan kementerian yang berbeza kepada guru untuk memasukkan markah pelajar tingkatan satu bermula 2012

4. Nisbah pelajar dan guru tidak seimbang dan sistem penilaian pelajar yang masih belum jelas

TINDAKAN

PBS ditangguh, teliti kesan bebanan guru

KUALA LUMPUR 23 Feb. - Guru-guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sehingga perkara itu diputuskan oleh Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yuso berkata, Kementerian Pendidikan mengambil serius mengenai isu pelaksanaan PBS yang dibangkitkan oleh guru-guru di samping pandangan tentang kesannya terhadap murid.

l Di samping memastikan kajian dan penelitian tersebut dilaksana secara berkesan, KPM juga telah mengambil langkah-langkah segera bagi menanganinya seperti berikut;

l. Menangguhkan taklimat PBS di peringkat sekolah rendah dan menengah seluruh negara bermula pada 17 Februari 2014 bagi mengelakkan kekeliruan terhadap pelaksanaannya.

2. Mengadakan perbengkelan yang melibatkan guru-guru termasuk kesatuan-kesatuan guru dalam usaha penelitian dan kajian semula terhadap pelaksanaan PBS. Bengkel tersebut telah dilaksanakan

Page 2: sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah-MOK.docx

pada awal dan pertengahan bulan Februari 2014 dan hasilnya akan dibentangkan semula kepada KPM dalam tempoh terdekat.

3. Menubuhkan Jawatankuasa Task Force PBS di peringkat KPM yang mengadakan mesyuarat setiap minggu bagi meneliti dan menilai perkembangan setiap tindakan terhadap penelitian PBS.

4. Mewujudkan War Room PBS di peringkat KPM untuk menangani isu-isu berbangkit berkaitan pelaksanaan PBS dengan segera dan berkesan termasuk membuat maklumbalas segera mengenainya dari semasa ke semasa; dan

5. usaha-usaha penambahbaikan terhadap capaian Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) juga sedang dilaksanakan di peringkat KPM bagi memastikan guru-guru boleh mengakses sistem tersebut secara lebih mudah dan berkesan.

l Kesemua tindakan tersebut diambil adalah bagi memastikan setiap elemen pelaksanaan PBS dapat memberikan taksiran secara holistik terhadap murid dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan bebanan tugas guru yang melaksanakannya. KPM akan memaklumkan hasil penelitian dan kajian semula berkaitan hal ini termasuk tindakan selanjutnya terhadap pelaksanaan PBS setelah Menteri Pendidikan berpuas hati dengan penambahbaikan yang dicadangkan dengan mengambilkira dapatan kajian terbaru KPM, rungutan para guru dan pandangan masyarakat termasuk oleh Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).

l Buat masa ini guru-guru tidak perlu meneruskan perlaksanaan PBS sehingga satu kenyataan mengenainya dibuat oleh KPM dalam masa yang terdekat.

KEPUTUSAN

SISTEM OFFLINE

Penggunaan Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid

Pengisian Maklumat – Borang Perekodan

Penandaan Prestasi Murid – Borang Perekodan

Rumusan Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid – Borang Prestasi

Prestasi Ujian Penggal

Cetakan Pelaporan Perkembangan Pembelajaran Murid