sistem pengurusan masjid al-azhar kolej universiti islam...

14
Proceeding of ICITS 2020 e-ISSN: 2716-6732 6th International Conference on Information Technology & Society November 11 th , 2020, Selangor, MALAYSIA 1 Sistem Pengurusan Masjid Al-Azhar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS): Modul Hebahan Aktiviti Che Wan Shamsul Bahri CW Ahmad, Khirulnizam Abd Rahman, Saifulah Samsudin, Mohd Shahrul Nizam Mohd Danuri and Nur Muizz Mohammed Salleh Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat (FSTM) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) {cwshamsul, khirulnizam, msnizam, saifulah, muizz}@kuis.edu.my Abstrak. Dalam perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) pada hari ini, organisasi seperti masjid seharusnya boleh memanfaatkannya untuk meningkatkan lagi pentadbiran dan pengurusan sesebuah masjid agar menjadi lebih berkesan dan berkualiti. Kertas ini lebih memberi tumpuan kepada sistem pengurusan masjid yang memfokuskan kepada modul hebahan aktiviti masjid. Terdapat modul lain lagi seperti sistem kewangan, sistem pengurusan rekod, sistem waqaf dan infak, sistem keahlian jemaah masjid (anak kariah), pengurusan khairat kematian dan pelbagai lagi. Dalam konteks Masjid Al-Azhar KUIS (MAA), selain daripada menjalankan program utama iaitu solat berjemaah lima waktu dan solat Jumaat terdapat banyak lagi aktiviti-aktiviti lain yang berbentuk dakwah memerlukan hebahan seperti Kuliah Maghrib, Kuliah Subuh, Ceramah Perdana, Kuliah Dhuha, Kuliah Muslimah, Program Talaqqi/Daurah Kitab, Usrah Pelajar/Staf, Program Qorban, Ihya Ramadan, Qiyamulail dan pelbagai lagi. Di sinilah pentingnya setiap aktiviti-aktiviti ini perlu dihebahkan kepada semua warga kampus dan masyarakat sekitar MAA. Katakunci: pengurusan masjid, program masjid, sistem hebahan PENDAHULUAN Masjid adalah satu tempat umat Islam berkumpul untuk beribadah, perkongsian ilmu dan khidmat masyarakat untuk mendapatkan barakah dan pahala yang berlipat ganda daripada Allah swt. Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Solat berjemaah adalah lebih utama (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 darjat. (Bukhari, 2001:645; Muslim, 1999:650) Peranan masjid bukan sahaja berfungsi sebagai tempat mengerjakan ibadah tertentu sahaja seperti solat, membaca Al-Quran, berzikir bahkan masjid juga menjadi pusat

Upload: others

Post on 12-Aug-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem Pengurusan Masjid Al-Azhar Kolej Universiti Islam ...fstm.kuis.edu.my/icits/2020/eproceeding/assets/files/ITS...Terdapat modul lain lagi seperti sistem kewangan, sistem pengurusan

Proceeding of ICITS 2020 e-ISSN: 2716-6732

6th International Conference on Information Technology & Society

November 11th, 2020, Selangor, MALAYSIA

1

Sistem Pengurusan Masjid Al-Azhar

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS):

Modul Hebahan Aktiviti

Che Wan Shamsul Bahri CW Ahmad, Khirulnizam Abd Rahman,

Saifulah Samsudin, Mohd Shahrul Nizam Mohd Danuri and

Nur Muizz Mohammed Salleh

Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat (FSTM)

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

{cwshamsul, khirulnizam, msnizam, saifulah, muizz}@kuis.edu.my

Abstrak. Dalam perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) pada

hari ini, organisasi seperti masjid seharusnya boleh memanfaatkannya untuk

meningkatkan lagi pentadbiran dan pengurusan sesebuah masjid agar menjadi lebih

berkesan dan berkualiti. Kertas ini lebih memberi tumpuan kepada sistem pengurusan

masjid yang memfokuskan kepada modul hebahan aktiviti masjid. Terdapat modul

lain lagi seperti sistem kewangan, sistem pengurusan rekod, sistem waqaf dan infak,

sistem keahlian jemaah masjid (anak kariah), pengurusan khairat kematian dan

pelbagai lagi. Dalam konteks Masjid Al-Azhar KUIS (MAA), selain daripada

menjalankan program utama iaitu solat berjemaah lima waktu dan solat Jumaat

terdapat banyak lagi aktiviti-aktiviti lain yang berbentuk dakwah memerlukan hebahan

seperti Kuliah Maghrib, Kuliah Subuh, Ceramah Perdana, Kuliah Dhuha, Kuliah

Muslimah, Program Talaqqi/Daurah Kitab, Usrah Pelajar/Staf, Program Qorban, Ihya

Ramadan, Qiyamulail dan pelbagai lagi. Di sinilah pentingnya setiap aktiviti-aktiviti

ini perlu dihebahkan kepada semua warga kampus dan masyarakat sekitar MAA.

Katakunci: pengurusan masjid, program masjid, sistem hebahan

PENDAHULUAN

Masjid adalah satu tempat umat Islam berkumpul untuk beribadah, perkongsian ilmu

dan khidmat masyarakat untuk mendapatkan barakah dan pahala yang berlipat ganda

daripada Allah swt. Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar, Rasulullah SAW bersabda yang

bermaksud:

Solat berjemaah adalah lebih utama (baik) daripada solat

bersendirian dengan 27 darjat.

(Bukhari, 2001:645; Muslim, 1999:650)

Peranan masjid bukan sahaja berfungsi sebagai tempat mengerjakan ibadah tertentu

sahaja seperti solat, membaca Al-Quran, berzikir bahkan masjid juga menjadi pusat

Page 2: Sistem Pengurusan Masjid Al-Azhar Kolej Universiti Islam ...fstm.kuis.edu.my/icits/2020/eproceeding/assets/files/ITS...Terdapat modul lain lagi seperti sistem kewangan, sistem pengurusan

Proceeding of ICITS 2020 e-ISSN: 2716-6732

6th International Conference on Information Technology & Society

November 11th, 2020, Selangor, MALAYSIA

2

pembangunan masyarakat Islam. Oleh itu, pihak pengurusan masjid perlu mempunyai

keazaman, pengetahuan dan pengalaman untuk menganjurkan pelbagai program dan

aktiviti yang berjaya menarik minat masyarakat untuk mengambil bahagian dengan

menyertai program dan aktiviti tersebut (Rosmawati & Syafiqah, 2016).

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk mengimarahkan masjid

serta mengekalkan fungsi masjid sebagaimana firman Allah SWT:

Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu

ialah yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan

sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada

Allah. Maka adalah diharapkan mereka menjadi golongan yang mendapat

petunjuk.

(Al-Taubah, 9:18).

Selain daripada fungsi utama masjid sebagai pusat ibadah, ia juga berfungsi sebagai

pusat aktiviti untuk kemakmuran masyarakat. Antaranya berniaga, pendidikan, tempat

musyawarah, tempat penjagaan sosial dan sebagainya (Basiron et al., 2017) (Mohd Ismail

Mustari & Kamarul Azmi Jasmi, 2008). Ini boleh dirujuk di dalam firman Allah SWT

dalam Al-Quran yang bermaksud:

Bertasbih kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk

dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya, pada waktu pagi dan

waktu petang. Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak

(pula) oleh jual beli dari mengingat Allah, dan (dari) membayarkan zakat.

Mereka takutkan hari kiamat yang padanya berbolak balik hati dan

pandangan.

(An-Nur: 36-37)

Masjid bukan sahaja terdiri daripada sebuah bangunan, namun terdiri daripada

pelbagai aktivti sama ada berbentuk ibadah khusus seperti solat, membaca al-Quran dan

berzikir atau aktiviti berbentuk umum seperti kuliah, ceramah agama, usrah dan

sebagainya

Untuk menjadikan sesebuah masjid itu berperanan sepenuh, terdapat satu kumpulan

yang diberi tanggungjawab untuk mentadbir dan menguruskan masjid yang terdiri

daripada pegawai-pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid (AJK).

Pada masa kini, kerja-kerja pengurusan dan pentadbiran masjid adalah berbeza dengan

pengurusan masjid pada masa dahulu. Terdapat banyak cabaran dalam pengurusan masjid

pada hari ini terutamanya berkaitan pengurusan kewangan, pentadbiran, aktiviti-aktiviti

yang dijalankan dan pelbagai lagi (Siraj et al., 2007).

Untuk mewujudkan pengurusan dan pentadbiran masjid yang terbaik, cekap dan

menjadi contoh kepada organisasi-organisasi lain, kami mencadangkan satu sistem

pengurusan masjid bersepadu yang mana dapat membantu masjid dalam melicinkan

tugas-tugas yang dilaksanakan secara manual dan secara terasing sebelum ini.

Justeru itu, kami mencadangkan satu sistem dibangunkan agar dapat membantu tugas

pegawai-pegawai masjid dalam merekod secara sistematik berkaitan kewangan,

Page 3: Sistem Pengurusan Masjid Al-Azhar Kolej Universiti Islam ...fstm.kuis.edu.my/icits/2020/eproceeding/assets/files/ITS...Terdapat modul lain lagi seperti sistem kewangan, sistem pengurusan

Proceeding of ICITS 2020 e-ISSN: 2716-6732

6th International Conference on Information Technology & Society

November 11th, 2020, Selangor, MALAYSIA

3

pentadbiran, aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan pelbagai lagi dan berkemampuan untuk

menjana laporan secara automatik sebagaimana yang diperlukan. Projek yang

dicadangkan ini mengandungi beberapa modul. Namun, kertas ini hanya memfokuskan

kepada pembangunan modul hebahan aktiviti masjid sahaja.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Antara cabaran utama pihak masjid adalah mempromosikan aktiviti masjid. Kehadiran

jemaah yang menyertai aktiviti dan program masjid masih rendah iaitu sekitar 5 hingga

10% sahaja (Ashaari & Mokhtar, 2018). Dalam konteks masjid Al-Azhar KUIS,

kehadiran pelajar ke masjid amat menyedihkan, iaitu tidak sampai 5% daripada populasi

pelajar KUIS keseluruhan.

Dalam usaha memperkasakan fungsi masjid, sokongan TMK perlu digunakan secara

optimum untuk meningkatkan penyebaran maklumat aktiviti dan peranan masjid kepada

ahli kariah (Wahab et al., 2017). Satu daripada dorongan utama ahli qariah mengakses

sistem/web masjid adalah ingin mengetahui aktiviti keagamaan yang dijalankan, kelas

agama, dan mengajukan pertanyaan berkaitan Islam (Baig et al., 2012)(Bushral Huda

Abd Manan & Muhamad Faisal Ashaari, 2014).

Penggunaan platfom media sosial sepeti Facebook, Instagram, Whatsapp, Telegram

dan sebagainya didapati merupakan kaedah yang berkesan dalam menyampaikan

maklumat berkaitan pelbagai aktiviti dan program yang dianjurkan oleh pihak masjid.

Rajah 1 di bawah menunjukkan penggunaan media sosial berdasarkan platform yang

berbeza-beza. Didapati Facebook, Youtube dan Whatsapp menduduki tiga ranking paling

tinggi berbanding platfom-platfom yang lain.

.

RAJAH 1. Ranking penggunaan platfom media sosial di dunia pada Julai 2020

Page 4: Sistem Pengurusan Masjid Al-Azhar Kolej Universiti Islam ...fstm.kuis.edu.my/icits/2020/eproceeding/assets/files/ITS...Terdapat modul lain lagi seperti sistem kewangan, sistem pengurusan

Proceeding of ICITS 2020 e-ISSN: 2716-6732

6th International Conference on Information Technology & Society

November 11th, 2020, Selangor, MALAYSIA

4

Sumber : https://www.smartinsights.com/social-media-marketing/social-media-strategy/new-global-

social-media-research/

PENGGUNAAN PELBAGAI SALURAN MEDIA SOSIAL

MAA mempunyai fb rasmi. Sebelum sesuatu program diadakan, biasanya hebahan di

lakukan 2-3 hari sebelum sesuatu program. Namun begitu, jadual kuliah bulanan program

masjid untuk sebulan sebagaimana Rajah 2 di bawah biasanya dikongsikan lebih awal di

platfom media sosial MAA seperti Facebook masjid, WhatsApp, Telegram dan laman

web masjid. Ini untuk memudahkan warga maya, ahli kariah dan warga kampus serta

masyarakat sekitar mengikuti dan mengambil bahagian dalam aktiviti dan program-

program yang dianjurkan oleh MAA.

RAJAH 2. Jadual Kuliah Atas Talian (Online) Masjid Al-Azhar KUIS Nov 2020 semasa PKPB di Lembah

Klang (Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur) serta beberapa kawasan lain lagi di Sabah kerana

gelombang ke 2 Covid-19. Jadual ini dikongsi di dalam pelbagai platfom media sosial secara bulanan.

Rajah 3 di bawah menunjukkan kadar tontonan laman fb live Masjid Al-Azhar KUIS

daripada 5 Oktober hingga 4 November 2020 untuk tempoh masa sebulan. Terdapat

sesetengah hari yang mempunyai bilangan view 0 kerana tiada kuliah di atas talian

menggunakan fb life pada hari tersebut.

Page 5: Sistem Pengurusan Masjid Al-Azhar Kolej Universiti Islam ...fstm.kuis.edu.my/icits/2020/eproceeding/assets/files/ITS...Terdapat modul lain lagi seperti sistem kewangan, sistem pengurusan

Proceeding of ICITS 2020 e-ISSN: 2716-6732

6th International Conference on Information Technology & Society

November 11th, 2020, Selangor, MALAYSIA

5

RAJAH 3. Kadar tonton (view) laman fb Masjid Al-Azhar KUIS daripada 5 Okt - 6 Nov 2020

Berdasarkan Rajah 3 di atas, kita dapati bahawa kadar tontonan paling tinggi adalah

sebanyak 694 untuk Kuliah Zohor pada 4 Nov 2020 manakala kadar tontonan paling

rendah pula adalah sebanyak 106 sahaja iaitu untuk Kuliah Zohor pada 16 Oktober 2020.

Kadar tonton kuliah Maghrib paling tinggi pula ialah pada 21 Oktober 2020 dengan

jumlah tontonan sebanyak 487 tontonan. Manakala kadar tontonan paling rendah pula

adalah sebanyak 99 tontonan sahaja iaitu Kuliah Maghrib pada 8 Oktober 2020.

Rajah 4 di bawah menunjukkan graf kadar tontonan tertinggi fb live Masjid Al-Azhar

KUIS daripada April hingga September 2020. Jadual 1 di bawah adalah statistik lengkap

berdasarkan program. Di sini kita dapati bahawa program Kuliah Dhuha Muslimat

mencatatkan tontonan yang paling tinggi iaitu sehingga 56 ribu tontonan.

0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0

483

173

0 0 0

647

230

134

0 0 0 0

533

0

214

0

106

0 0

324

0

184

0

477

0 0 0 0

152

0

295

0

176133

365

694

0 0

99

0

140

0

223218302

196

0 0 0 0

179

0

487

0

278

0 0 0 0 0 0 0 0

146

422

185

444

0

100

200

300

400

500

600

700

800

5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 1 2 3 4

Kadar Tonton (View) Laman fb live Kuliah Masjid Al-Azhar 5 Okt hingga 6 Nov 2020

Kuliah Subuh Kuliah Zohor Kuliah Maghrib

0

10000

20000

30000

40000

50000

60000

26/4/2020 26/5/2020 26/6/2020 26/7/2020 26/8/2020

Kadar Tontonan Tertinggi di fb live fb live Masjid Al-Azhar

Page 6: Sistem Pengurusan Masjid Al-Azhar Kolej Universiti Islam ...fstm.kuis.edu.my/icits/2020/eproceeding/assets/files/ITS...Terdapat modul lain lagi seperti sistem kewangan, sistem pengurusan

Proceeding of ICITS 2020 e-ISSN: 2716-6732

6th International Conference on Information Technology & Society

November 11th, 2020, Selangor, MALAYSIA

6

RAJAH 4. Kadar tonton (view) tertinggi di laman fb Masjid Al-Azhar KUIS April – September 2020

Data diambil pada 9 Nov 2020

Kebanyakan program yang mempunyai ranking tontonan yang tinggi adalah disebabkan

oleh penceramah jemputan yang terkenal. Namun begitu, ada juga ranking yang tinggi di

sebabkan oleh program wajib usrah. Pelajar-pelajar yang terlibat dengan usrah, wajib

mengikuti kuliah tersebut dan gagal jika tidak mengikutinya kerana kehadirannya adalah

wajib. Namun begitu, ada juga tontonan yang tinggi dalam kalangan pensyarah dalaman

KUIS dan tidak juga melibatkan kehadiran usrah yang wajib.

JADUAL 1. Kadar tontonan (view) tertinggi di laman fb Masjid Al-Azhar KUIS April – September 2020

Data diambil pada 9 Nov 2020

Tarikh Tontonan Program

26/4/2020 1,300 Kuliah Dhuha

28/4/2020 7,800 Kuliah Zohor

10/5/2020 56,000 Kuliah Dhuha (Muslimat)

11/5/2020 1,700 Kuliah Zohor (Muslimat)

8/6/2020 1,800 Kuliah Zohor (Muslimat)

28/6/2020 1,100 Kuliah Zohor

23/7/2020 10,000 Kuliah Maghrib

10/8/2020 1,100 Kuliah Zohor (Muslimat)

13/8/2020 12,400 Ceramah Bandar Ilmu

16/8/2020 1,400 Kuliah Subuh

16/8/2020 8,400 Kuliah Dhuha (Usrah Perdana)

2/9/2020 1,400 Kuliah Subuh

5/9/2020 1,400 Kuliah Dhuha

6/9/2020 7,600 Kulah Dhuha

15/9/2020 1,500 Seminar IMAM

Justeru itu, kami mendapati bahawa dengan penggunaan pelbagai saluran media sosial

secara optimum dan menggunakan strategi hebahan yang berkesan. Kadar tontonan akan

dapat ditingkatkan dengan lebih tinggi lagi.

Oleh itu, kami mencadangkan satu projek yang akan membangunkan satu sistem

pengurusan masjid dengan fungsi unik (niche) modul hebahan aktiviti masjid kepada

ahli-ahli melalui integrasi dengan media sosial utama. Maksudnya di sini, hanya dengan

satu butang pada aplikasi hebahan aktiviti yang akan dibangunkan, aplikasi ini akan

berfungsi untuk meviralkan dengan menyebarkan maklumat berkaitan aktiviti masjid

kepada orang ramai dengan pelbagai platfom media sosial. Bukan itu sahaja, ahli group

yang bukan pentadbir sistem (system Admin) juga boleh mencadangkan hebahan aktiviti

mereka yang melibatkan masjid menggunakan aplikasi ini setelah disokong atau

diluluskan oleh pentadbir sistem.

Page 7: Sistem Pengurusan Masjid Al-Azhar Kolej Universiti Islam ...fstm.kuis.edu.my/icits/2020/eproceeding/assets/files/ITS...Terdapat modul lain lagi seperti sistem kewangan, sistem pengurusan

Proceeding of ICITS 2020 e-ISSN: 2716-6732

6th International Conference on Information Technology & Society

November 11th, 2020, Selangor, MALAYSIA

7

OBJEKTIF KAJIAN

Berikut adalah beberapa objektif yang telah dikenalpasti untuk menjayakan kajian ini

iaitu:

• Menentukan permasalahan dan keperluan hebahan aktiviti masjid yang boleh

diselesaikan dengan modul hebahan aktiviti sistem pengurusan masjid integratif.

• Membangunkan modul hebahan aktiviti sistem pengurusan masjid integratif yang

boleh digunakan oleh Masjid.

• Membuat pengujian modul hebahan sistem pengurusan integratif masjid yang

dibangunkan.

FUNGSI AM SISTEM MASJID

Dalam pentadbiran dan pengurusan Masjid secara umunya terdapat beberapa sistem iaitu

Pengurusan kewangan (Abd Razak et al., 2019)

• Rekod pembayaran gaji/elaun staf dan AJK masjid.

• Rekod derma mingguan Masjid

• Rekod penerimaan wakaf/sumbangan pembangunan infrastruktur masjid.

• Pembayaran yuran atau khairat Masjid.

• Laporan pendapatan dan perbelanjaan masjid mengikut mingguan, bulanan dan

tahunan.

Pengurusan Rekod Am

• Surat Keluar

• Surat Masuk

• Sebut Harga projek berkaitan masjid

• Senarai Asnaf

• Senarai Anak Kariah

• Senarai Penceramah dalaman dan luar

• Senarai AJK masjid

• Minit Mesyuarat

• Senarai Aktiviti/program

• Laporan Aktiviti

Fungsian niche (Pengurusan Ahli)

Interaksi group

Salurkan cadangan aktiviti.

Memohon sumbangan dari Masjid.

Mencadangkan bantuan kepada ahli qariah dalam kesusahan.

Hebahan aktiviti + integrasi dengan Media Sosial utama (Rujuk Rajah 5)

Notifikasi hebahan acara kepada ahli qariah.

Page 8: Sistem Pengurusan Masjid Al-Azhar Kolej Universiti Islam ...fstm.kuis.edu.my/icits/2020/eproceeding/assets/files/ITS...Terdapat modul lain lagi seperti sistem kewangan, sistem pengurusan

Proceeding of ICITS 2020 e-ISSN: 2716-6732

6th International Conference on Information Technology & Society

November 11th, 2020, Selangor, MALAYSIA

8

Pengguna ahli qariah lain juga boleh subscribe notifikasi dari masjid.

RAJAH 5. Fungsi Hebahan

METODOLOGI KAJIAN

Projek modul hebahan aktiviti masjid ini menggunakan metodologi Pembangunan

Aplikasi Pantas atau dalam bahasa Inggerisnya disebut sebagai Rapid Application

Development (RAD) (Synopsys Editorial Team, 2017). RAD adalah proses

pembangunan yang ringkas yang menghasilkan sistem berkualiti tinggi dengan kos yang

rendah sebagaimana Rajah 6 di bawah.

Manfaat utama pendekatan RAD adalah tempoh masa projek yang pendek,

menjadikannya pilihan yang menarik bagi pembangun perisian yang bekerja dalam

persekitaran pantas. Ini sesuai dengna kekangan masa pihak yang terlibat bersama dengan

komitmen-komitmen lain lagi. Kajian ini mengambil masa lebih kurang 9 – 12 bulan

untuk disiapkan. Langkah cepat ini menjadi fokus RAD untuk meminimumkan tahap

perancangan dan memaksimumkan pengembangan prototaip.

Dengan mengurangkan masa perancangan dan menekankan iterasi prototaip, RAD

membolehkan pengurus projek dan pihak berkepentingan untuk mengukur kemajuan dan

berkomunikasi secara tepat pada masa nyata mengenai isu atau perubahan yang sedang

dalam kemajuan (progress). Ini menghasilkan kecekapan yang lebih tinggi,

pengembangan yang lebih cepat, dan komunikasi yang berkesan.

Page 9: Sistem Pengurusan Masjid Al-Azhar Kolej Universiti Islam ...fstm.kuis.edu.my/icits/2020/eproceeding/assets/files/ITS...Terdapat modul lain lagi seperti sistem kewangan, sistem pengurusan

Proceeding of ICITS 2020 e-ISSN: 2716-6732

6th International Conference on Information Technology & Society

November 11th, 2020, Selangor, MALAYSIA

9

RAJAH 6. Metodologi Pembangunan RAD

Sumber : (Lucidchart Content Team, 2020)

Secara umum, RAD mempunyai empat fasa utama seperti berikut.

Fasa 1: perancangan keperluan

Fasa ini bersamaan dengan mesyuarat skop projek. Walaupun fasa perancangan

dipadatkan berbanding dengan metodologi pengurusan projek yang lain, ini adalah

langkah penting untuk kejayaan sesuatu projek.

Pada tahap ini, pembangun perisian, klien (pengguna perisian) dan team

berkomunikasi untuk menentukan tujuan dan jangkaan untuk projek ini serta isu-isu

semasa dan isu-isu yang mungkin berlaku untuk ditangani semasa proses pembangunan.

Kami mengadakan perbincangan bersama pihak MAA selaku pengguna utama dan kami

di pihak pembangun sistem. Pecahan asas fasa ini melibatkan:

• Mengkaji masalah semasa

• Menentukan keperluan untuk projek

• Menyelesaikan syarat dengan persetujuan setiap pihak berkepentingan

Adalah penting bahawa setiap ahli yang berkepentingan mempunyai peluang untuk

menilai matlamat dan jangkaan untuk projek tersebut dan mempertimbangkannya dengan

mendapat persetujuan semua supaya masalah komunikasi dapat dielakkan.

Fasa 2: Reka bentuk pengguna

Setelah skop projek ditetapkan, maka tiba masanya untuk pembangun membangun reka

bentuk pengguna melalui pelbagai lelaran prototaip.

Sepanjang fasa ini, pihak MAA bekerjasama dengan pembangun sistem untuk

memastikan keperluan mereka dipenuhi pada setiap langkah dalam proses reka bentuk.

Ini penting agar pihak MAA selaku pengguna dapat menguji setiap prototaip produk,

pada setiap peringkat, untuk memastikannya memenuhi harapan mereka.

Page 10: Sistem Pengurusan Masjid Al-Azhar Kolej Universiti Islam ...fstm.kuis.edu.my/icits/2020/eproceeding/assets/files/ITS...Terdapat modul lain lagi seperti sistem kewangan, sistem pengurusan

Proceeding of ICITS 2020 e-ISSN: 2716-6732

6th International Conference on Information Technology & Society

November 11th, 2020, Selangor, MALAYSIA

10

Semua pepijat dan permasalahan diselesaikan dalam proses berulang. Pembangun

merancang prototaip, MAA (pengguna) mengujinya, dan kemudian kami semua

berkumpul untuk berkomunikasi mengenai apa yang berjaya dan yang tidak. Kaedah ini

memberi peluang kepada pembangun untuk mengubah model dalam fasa ini sehingga

ianya mencapai reka bentuk yang memuaskan.

Fasa 3: Pembangunan pantas

Fasa 3 menggunakan prototaip dan sistem beta dari fasa reka bentuk dan mengubahnya

menjadi model berfungsi.

Sebahagian besar masalah dan perubahan diselesaikan semasa fasa reka bentuk secara

berulang membolehkan pembangun dapat membuat model kerja akhir dengan lebih cepat

daripada yang mereka dapat dengan mengikuti pendekatan pengurusan projek tradisional.

Fasa ini terbahagi kepada beberapa langkah yang lebih kecil:

• Persiapan untuk pembangunan yang cepat

• Pembangunan program dan aplikasi

• Pengekodan

• Unit, integrasi, dan pengujian sistem

Pasukan pembangunan perisian terdiri daripada pengaturcara, pengekod, penguji, dan

pembangun bekerjasama dalam peringkat ini untuk memastikan semuanya berjalan lancar

dan hasil akhirnya memenuhi harapan dan objektif yang pelanggan kehendaki.

Fasa ketiga ini penting kerana pihak MAA masih dapat memberi input sepanjang

proses. Mereka dapat mencadangkan perubahan, penambahbaikan, atau bahkan idea baru

yang dapat menyelesaikan masalah yang mungkin timbul.

Fasa 4: Pemotongan (Tamat)

Ini adalah fasa pelaksanaan di mana produk siap untuk dilancarkan. Ini termasuk

penukaran data, pengujian, dan peralihan ke sistem baru, serta latihan untuk pengguna.

Semua perubahan akhir dibuat semasa pembangun sistem dan pihak MAA selaku

terus mencari bug dalam sistem.

Page 11: Sistem Pengurusan Masjid Al-Azhar Kolej Universiti Islam ...fstm.kuis.edu.my/icits/2020/eproceeding/assets/files/ITS...Terdapat modul lain lagi seperti sistem kewangan, sistem pengurusan

Proceeding of ICITS 2020 e-ISSN: 2716-6732

6th International Conference on Information Technology & Society

November 11th, 2020, Selangor, MALAYSIA

11

CADANGAN REKABENTUK APPS

Rekabentuk aplikasi hebahan aktiviti MAA yang dicadangkan mestilah mempunyai ciri-

ciri berikut iaitu:

Skrin depan + paparan/carian awam

Antaramuka admin

+ tambah aktiviti

+ kemaskini, & carian

Antaramuka rakan masjid sharer

+ skrin gemilang

+ carian aktiviti

+ cadangan aktiviti baharu

+ perkongsian

Rajah 7 menunjukkan skrin pengguna aplikasi ini. Sebelum pengguna dapat

menggunakan sistem ini, pengguna perlulah mendaftar terlebih dahulu bagi pertama

penggunaannya. Selepas itu, pengguna akan dapat login ke sistem setelah mendaftar kali

pertama.

RAJAH 7. Skrin utama (Perkongsian awam, login)

Page 12: Sistem Pengurusan Masjid Al-Azhar Kolej Universiti Islam ...fstm.kuis.edu.my/icits/2020/eproceeding/assets/files/ITS...Terdapat modul lain lagi seperti sistem kewangan, sistem pengurusan

Proceeding of ICITS 2020 e-ISSN: 2716-6732

6th International Conference on Information Technology & Society

November 11th, 2020, Selangor, MALAYSIA

12

Rajah8 di bawah menunjukkan skrin papan pemuka (dashboard) pentadbir sistem.

Pentadbir sistem boleh menambah aktiviti baru, kemaskini dan meluluskan cadangan

aktiviti oleh ahli atau Al-Azhar member (ALAM)

Sebelum pengguna dapat menggunakan sistem ini, pengguna perlulah mendaftar

terlebih dahulu bagi pertama penggunaannya. Selepas itu, pengguna akan dapat login ke

sistem setelah mendaftar kali pertama.

RAJAH 8. Papan Pemuka Pentadbir Sistem

Rajah 9 di bawah di bawah pula menunjukkan skrin papan pemuka (dashboard) Papan

Pemuka Rakan Masjid - Al Azhar Member (ALAM).

RAJAH 9. Papan Pemuka Rakan Masjid - Al Azhar Member (ALAM)

Page 13: Sistem Pengurusan Masjid Al-Azhar Kolej Universiti Islam ...fstm.kuis.edu.my/icits/2020/eproceeding/assets/files/ITS...Terdapat modul lain lagi seperti sistem kewangan, sistem pengurusan

Proceeding of ICITS 2020 e-ISSN: 2716-6732

6th International Conference on Information Technology & Society

November 11th, 2020, Selangor, MALAYSIA

13

KESIMPULAN

Hasil dapatan kajian masih awal untuk disimpulkan kerana proses pembangunan

masih sedang berjalan. Dijangka sistem hebahan ini akan mula diguna pakai selewat-

lewatnya awal Mac 2021. Namun, apa yang dijangka berdasarkan penggunaan media

sosial sebelum ini dalam keadaaan wabak covid-19 sepanjang April – Jun 2020 dan

pertengahan Oktober 2020 hingga kini, penggunaan media sosial akan meningkat di

dalam masyarakat Malaysia pada hari ini untuk mendapatkan ilmu sebagai alternatif

kepada kaedah tradisional sebelum ini. Tambahan pula, kerajaan Malaysia telah

menyediakan pakej data percuma melalui penyedia perkhidmatan internet (telco)

sebanyak 1GB satu hari persamaan 30GB/bulan sepanjang tempoh Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP).

PENGHARGAAN

Penghargaan kepada pihak Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

kerana penganugerahan Geran Penyelidikan KUIS (GPIK 2020) di bawah kategori Geran

Penyelidikan Sekunder (GPS) Kluster Teknologi & Inovasi dengan nombor kod

KUIS/2019/GPIK-28/GPS/02.

RUJUKAN

1. Abd Razak, S. N. A., Yusoff, R., Wan Mohamad, W. N. B., & Abdul Rahman, S.

A. (2019). Al-Falah: sistem pengurusan rekod masjid. Kelantan International

Learning & Innovation Exhibition (KILIEx) 2019, 17–19.

2. Ashaari, M. F., & Mokhtar, F. (2018). Pandangan Imam dan Pentadbir Masjid

tentang kehadiran masyarakat ke Masjid. Jurnal Hadhari, 10(2), 205–224.

3. Baig, B., Kumar, M., Das, S., & Scholar, M. T. (2012). Rule Based Hindi to Urdu

Transliteration System. 3(8), 1200–1204.

4. Basiron, M. I., Bushrah, M., Jasmi, K. A., & Ajmain@Jimain Safar, A. M. (2017).

Membangun Potensi Masjid Sebagai Sebuah Institusi Pendidikan Islam &

Masyarakat. Tinta Artikulasi Membina Ummah, 3(2), 46–58.

5. Bushral Huda Abd Manan, & Muhamad Faisal Ashaari. (2014). Konsep Nilai Guna

dalam Penilaian E-Masjid : Tinjauan Awal. Jurnal Islamiyyat, 36(2), 15–26.

6. Lucidchart Content Team. (2020). 4 Phases of Rapid Application. Lucid Software

Inc. https://www.lucidchart.com/blog/rapid-application-development-methodology

7. Mohd Ismail Mustari, & Kamarul Azmi Jasmi. (2008). Fungsi dan Peranan Masjid

dalam Masyarakat Hadhari. Johor Bahru: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

8. Siraj, S. A., Ibrahim, S. H. M., & Sulaiman, M. (2007). PENGURUSAN

KEWANGAN: MEMPAMERKAN AKAUNTABILITI MASJID. In Pengurusan

berkualiti memacu kecemerlangan pengurusan masjid (pp. 67–79).

9. Synopsys Editorial Team. (2017). Top 4 software development methodologies.

https://www.synopsys.com/blogs/software-security/top-4-software-development-

methodologies/

Page 14: Sistem Pengurusan Masjid Al-Azhar Kolej Universiti Islam ...fstm.kuis.edu.my/icits/2020/eproceeding/assets/files/ITS...Terdapat modul lain lagi seperti sistem kewangan, sistem pengurusan

Proceeding of ICITS 2020 e-ISSN: 2716-6732

6th International Conference on Information Technology & Society

November 11th, 2020, Selangor, MALAYSIA

14

10. Wahab, N. A. A., Hamid, N. A., & Man, N. C. (2017). Pemerkasaan peranan

masjid di Malaysia era kontemporari. E-Academia Journal, 5(2).

11. Abd Razak, S. N. A., Yusoff, R., Wan Mohamad, W. N. B., & Abdul Rahman, S.

A. (2019). Al-Falah: sistem pengurusan rekod masjid. Kelantan International

Learning & Innovation Exhibition (KILIEx) 2019, 17–19.

12. Ashaari, M. F., & Mokhtar, F. (2018). Pandangan Imam dan Pentadbir Masjid

tentang kehadiran masyarakat ke Masjid. Jurnal Hadhari, 10(2), 205–224.

13. Baig, B., Kumar, M., Das, S., & Scholar, M. T. (2012). Rule Based Hindi to Urdu

Transliteration System. 3(8), 1200–1204.

14. Basiron, M. I., Bushrah, M., Jasmi, K. A., & Ajmain@Jimain Safar, A. M. (2017).

Membangun Potensi Masjid Sebagai Sebuah Institusi Pendidikan Islam &

Masyarakat. Tinta Artikulasi Membina Ummah, 3(2), 46–58.

15. Bushral Huda Abd Manan, & Muhamad Faisal Ashaari. (2014). Konsep Nilai Guna

dalam Penilaian E-Masjid : Tinjauan Awal. Jurnal Islamiyyat, 36(2), 15–26.

16. Lucidchart Content Team. (2020). 4 Phases of Rapid Application. Lucid Software

Inc. https://www.lucidchart.com/blog/rapid-application-development-methodology

17. Mohd Ismail Mustari, & Kamarul Azmi Jasmi. (2008). Fungsi dan Peranan Masjid

dalam Masyarakat Hadhari. Johor Bahru: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

18. Siraj, S. A., Ibrahim, S. H. M., & Sulaiman, M. (2007). PENGURUSAN

KEWANGAN: MEMPAMERKAN AKAUNTABILITI MASJID. In Pengurusan

berkualiti memacu kecemerlangan pengurusan masjid (pp. 67–79).

19. Synopsys Editorial Team. (2017). Top 4 software development methodologies.

https://www.synopsys.com/blogs/software-security/top-4-software-development-

methodologies/

20. Wahab, N. A. A., Hamid, N. A., & Man, N. C. (2017). Pemerkasaan peranan

masjid di Malaysia era kontemporari. E-Academia Journal, 5(2).