sistem pemerintahan dan pentadbiran mesir

14
SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN MESIR

Upload: malar-muthiah

Post on 23-Jun-2015

4.528 views

Category:

Technology


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem pemerintahan dan pentadbiran mesir

SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN MESIR

Page 2: Sistem pemerintahan dan pentadbiran mesir

PENGENALAN:Tamadun Mesir terletak di tebing Sungai Nil yang terdiri daripada dua batang Sungai Nil Biru dan Sungai Nil Putih.Limpahan air dari Sungai Nil membentuk satu dataran lanar yang subur dan sesuai untuk aktiviti pertanian dan petempatan.Tamadun Mesir berkembang daripada petempatan awal neolitik iaitu antara 10000 s.m hingga 5000s.m.

Page 3: Sistem pemerintahan dan pentadbiran mesir

©Bandar merupakan tempat kediaman raja Mesir yang dikenali sebagai Firaun.Di bandar terdapat kediaman Firaun ,pusat pentadbiran,pusat keagamaan,pelabuhan dan pusat tumpuan penduduk.©Pembentukan bandar bermula apabila Firaun Menes (3200s.m) berjaya menyatukan semua nome menjadi sebuah kerajaan dan mengasaskan pusat pentadbirannya di bandar Thinis.©Pusat pentadbiran berpindah ke bandar Memphis dan pada Zaman Kerajaan Pertengahan,pusat pentadbiran ini telah berpindah ke bandar Thebes.

Page 4: Sistem pemerintahan dan pentadbiran mesir

PROSES PEMBENTUKAN TAMADUN PURBA

Manusia yang mendiami Lembah Nil telah pun mencapai tahap-tahap kebudayaan gangsa pada Zaman Logam sejak tahun 5000s.m.Penggunaan alat logam membolehkan mereka membina sistem perparitan dan pengairan yang baik untuk pertanian.

Page 5: Sistem pemerintahan dan pentadbiran mesir

Daya cipta ini membolehkan manusia yang mendiami lembah ini membina peralatan kawalan air dan terusan untuk meninggikan kesuburan tanah. Ini dilakukan untuk mendirikan petempatan tetap yang berteruskan pertanian.Petempatan tetap di sepanjang Lembah Nil ini berkembang menjadi perkampungan.

Page 6: Sistem pemerintahan dan pentadbiran mesir

Gabungan kampung-kampung ini telah mewujudkan beberapa buah bandar yang kemudiannya bergabung dan membentuk sebuah nome dan daerah.Kesemua nome ini kemudian telah disatukan dengan salah satu bandarnya menjadi pusat pentadbiran.Contohnya,Thinis,Memphis,dan Thebes.

Page 7: Sistem pemerintahan dan pentadbiran mesir

SISTEM PEMERINTAHAN TAMADUN MESIR

Firaun

Pembesar,Bangsawan,Rahib,Jurulatih,Tuan Tanah,Wazir

Rakyat bebas (petani,pedagang,artisan)

HambahHa

Page 8: Sistem pemerintahan dan pentadbiran mesir

Jenis,Ciri dan Bentuk Pentadbiran

Pada asalnya Mesir dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Mesir Utara dan Mesir Selatan.Pada tahun 3100s.m,Raja Menes telah menyatukan Mesir Utara dan Mesir Selatan.Dinasti pertama di Mesir ialah Dinasti Thinite.Baginda telah mewujudkan sistem pemerintahan beraja atau Monarki di Mesir.

Page 9: Sistem pemerintahan dan pentadbiran mesir

Pemerintah Mesir atau raja-raja Mesir digelar “Firaun”.Firaun dianggap sebagai anak kepada Amon-Re(Tuhan Matahari).Baginda memerintah secara mutlak dan menguasai semua tanah air di Mesir.¥Kuasa multak:memerintah dengan kukuh besi dan berhak sepenuhnya dalam bidang pentadbiran,perundangan dan kehakiman.

Page 10: Sistem pemerintahan dan pentadbiran mesir

Rakyat Mesir sangat menghormati dan mentaati Firaun.Mereka sanggup menyerahkan cukai dalam bentuk gandum,lembu,arak dan kayu-kayuan atas arahan Firaun.Dalam urusan pentadbiran,baginda dibantu oleh wazir,golongan bangsawan,gabenor(pegawai kerajaan)dan paderi. Kedudukan mereka kekal turun-temurun.Kerajaan Mesir dibahagikan kepada beberapa daerah dan ditadbir oleh pegawai kerajaan.

Page 11: Sistem pemerintahan dan pentadbiran mesir

Setiap daerah diketuai oleh seorang gabenor yang terdiri daripada golongan bangsawan yang bertugas sebagai pengutip cukai dan menjadi hakim.Kedudukan wanita dalam tamadun ini dipandang tinggi dan diiktirafkan.Contohnya,Firaun Hatshepsut dilantik sebagai Firaun pada 1501 s.m-1479s.m.Baginda telah mengusahakan pembahuruan seperti membina terusan dan menukar kawasan padang pasir menjadi tanah pertanian yang subur.

Page 12: Sistem pemerintahan dan pentadbiran mesir

PROSES PERKEMBANGAN TAMADUN MESIR

Tamadun Mesir berkembang dari dua buah kerajaan di utara dan selatan Sungai Nil(sebelum 3100 s.m).Bermula daripada perkampungan kecil,Mesir telah disatukan oleh Raja Menes dan baginda membina ibu kotanya di bandar Memphis.Bandar Thebes menggantikan peranan bandar Memphis sebagai pusat politik dan keagamaan yang penting.

Page 13: Sistem pemerintahan dan pentadbiran mesir

Mesir banyak bergantung kepada Sungai Nil kerana sebahagian besar bentuk muka buminya adalah padang pasir yang tidak produktif dari segi pertanian.Penduduk tertumpu di sekitar Lembah Sungai Nil yang subur.Antara tanaman bijirin yang menjadi tanaman utama ialah gandum dan barli.Keadaan ini menyebabkan kepesatan pertanian dan perternakan berjaya menampung bilangan penduduk yang ramai.

Page 14: Sistem pemerintahan dan pentadbiran mesir

Kawasan yang subur telah ditebus guna,manakala kawasan yang terletak jauh daripada Sungai Nil dibinakan empangan untuk pengairan kawasan pertanian.