pengaruh british di mesir & kesan

72
1.0 PENDAHULUAN Mesir mula ditakluk oleh Turki Uthmaniyah pada tahun 1517. Pentadbiran Uthmaniyah memiliki fungsi utama iaitu menjaga kebajikan wilayah Mesir kerana ia mempunyai banyak kepentingan. Keistimewaan geopolitiknya dalam pengendalian wilayah Laut Merah dan tempat suci di Jazirah Arab adalah penting kerana betul-betul berada di kawasan strategik iaitu laluan perdagangan antarabangsa yang menghubungkan wilayah timur dan barat. Hal ini telah menyebabkan ramai kuasa-kuasa barat ingin menguasai Mesir bagi menjaga dan menguasai jalan-jalan yang penting untuk perdagangan. Kedudukan Mesir yang terletak disebelah Laut Mediterranean membolehkan banyak manfaat dapat diambil daripadanya terutama dari sudut peluang ekonomi yang menjadi rebutan kuasa barat. Perancis adalah kuasa barat yang mula menceroboh Mesir di bawah pimpinan Jeneralnya yang hebat iaitu Nepoleon Bonarparte. Pada tahun 1801, kekuatan Perancis di Mesir dikalahkan oleh British yang kemudian mengembalikan kekuasaan Turki Uthmaniayah 1 . Pengusiran tentera Perancis ini dibantu oleh Mehmet Ali, seorang Jeneral tentera yang dihantar Sultan 1 Dr. Syafiq A Mughni. (1997). Sejarah Kebudayaan Islam di Kawasan Turki . Logos Wacana Ilmu: Pamulang Timur, Ciputat. Hlm 114. 1

Upload: muhamad-hashir-mat-zain

Post on 31-Oct-2015

441 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUAN

Mesir mula ditakluk oleh Turki Uthmaniyah pada tahun 1517. Pentadbiran

Uthmaniyah memiliki fungsi utama iaitu menjaga kebajikan wilayah Mesir kerana ia

mempunyai banyak kepentingan. Keistimewaan geopolitiknya dalam pengendalian

wilayah Laut Merah dan tempat suci di Jazirah Arab adalah penting kerana betul-betul

berada di kawasan strategik iaitu laluan perdagangan antarabangsa yang menghubungkan

wilayah timur dan barat. Hal ini telah menyebabkan ramai kuasa-kuasa barat ingin

menguasai Mesir bagi menjaga dan menguasai jalan-jalan yang penting untuk

perdagangan. Kedudukan Mesir yang terletak disebelah Laut Mediterranean

membolehkan banyak manfaat dapat diambil daripadanya terutama dari sudut peluang

ekonomi yang menjadi rebutan kuasa barat. Perancis adalah kuasa barat yang mula

menceroboh Mesir di bawah pimpinan Jeneralnya yang hebat iaitu Nepoleon Bonarparte.

Pada tahun 1801, kekuatan Perancis di Mesir dikalahkan oleh British yang kemudian

mengembalikan kekuasaan Turki Uthmaniayah1. Pengusiran tentera Perancis ini dibantu

oleh Mehmet Ali, seorang Jeneral tentera yang dihantar Sultan Daulah Uthmaniyah.

Penulisan ilmiah ini dibuat untuk menghuraikan pengaruh British di Mesir. Pada masa

yang sama penulisan ini turut membincangkan impak yang berlaku keatas Daulah

Uthmaniayah sepanjang pendudukan British di Mesir. Rangka waktu perbincangan

mengenai persoalan ini adalah dalam lingkungan abad ke 19 sehingga awal ke 20 iaitu

dimulai dengan pemerintahan rejim turun temurun Muhamad Ali di Mesir. Peranan

British di Mesir amatlah luas dari pelbagai aspek, ini dapat dilihat apabila British terlibat

dalam memberikan kemerdekaan kepada Mesir.

1 Dr. Syafiq A Mughni. (1997). Sejarah Kebudayaan Islam di Kawasan Turki. Logos Wacana Ilmu: Pamulang Timur, Ciputat. Hlm 114.

1

2.0 PENGARUH BRITISH DI MESIR (JASMI BIN JOHARI D20112052046)

Secara ringkasnya, apabila kita menyingkap kembali sejarah polisi British di Arabia

secara umum dan barat daya Arabia sebelum meletusnya Perang Dunia Pertama, hubungan

persahabatan dengan pemimpin Arab tempatan telah diadakan tetapi tujuannya hanyalah

untuk keselamatan. Ini mencetuskan perjanjian persahabatan dengan pemimpin tempatan

seperti dengan qabilah-qabilah al-Abdali, al-Aqrabi, al-Subayhi, al-Yafa’i, al-Fadli, al-

Hawshabi, al-Amiri, al-Alawi dan al-Awlaqi telah bertukar menjadi perjanjian perlindungan

(Protestorate Treaties ) sejak tahun 1880-an.2

Perkembangan terbaru ini ialah ekoran dari munculnya kembali pengaruh Empayar

Uthmaniyah di Yaman setelah menduduki semula Sana’a pada tahun 1872, juga disebabkan

oleh bertambahnya minat kuasa asing di Arabia selepas pembukaan Terusan Suez pada tahun

1869. Oleh itu, sejak 1880-an British telah memilih polisi campurtangan di dalam urusan hal-

ehwal negeri jiran di Arabia. Hubungan persahabatan antara kerajaan Uthmaniyah dengan

Britain terus kekal sehinggalah apabila Uthmaniyah menyebelahi German pada 31 Oktober

1914. Sehingga ke tarikh tersebut Britain masih berpegang kepada polisi menyokong

keutuhan Empayar Uthmaniyah walaupun mereka telah menduduki Cyprus dalam tahun 1878

dan Mesir 1882. Misalnya sejak 1882 hingga 1914 Mesir masih lagi diiktiraf sebagai salah

sebuah wilayah dalam Empayar Uthmaniyah. Mesir dikuasai kerana dorongan untuk

menyelesaikan kekusutan ekonominya serta kepentingan British di Terusan Suez dan sekali

gus bagi membendung mana-mana kuasa lain dari bertapak di Laut Merah yang menjadi jalan

keluar dari Barat ke Timur.

Walaupun kerajaan Uthmaniyah masih mengambil sikap berkecuali setelah

meletusnya Perang Dunia Pertama pada Julai 1914, namun Britain sejak awal Ogos 1914 lagi

2 C.U.Aitchison(1909). A Collection of Treaties, Engagements and Sanads Relating to India and Neighbouring Countries, Calcutta,hlm.46,52,99,129.

2

telah menduga kemungkinan keterlibatan Empayar Uthmaniyah ke kancah peperangan

dengan memihak kepada German dan sekutunya. Kementerian Hal-Ehwal India dan

kementerian Luar Negeri di London telah menerima laporan daripada pegawai-pegawai

mereka di India, Mesir dan Istanbul mengenai persediaan tentera Uthmaniyah untuk

memasuki perang.

Reaksi terhadap laporan di atas berbagai-bagai, Gabenor General di India

mencadangkan supaya kerajaan British mengistiharkan perlindungan ke atas Tanah suci di

Mekah dan Madinah dari sebarang serangan.3 Lord Kitchener, bekas Pesuruhjaya Tinggi

British di Mesir ketika itu menjawat jawatan sebagai menteri Perang, telah mencadangkan

supaya diajukan pertanyaan kepada Sharif Husayn mengenai apa reaksi beliau dan orang-

orang Arab sekiranya Empayar Uthmaniyah berperang menentang British.4 Kementerian

Luar Negeri juga mempunyai cadangannya sendiri. Duta British di Istanbul diarahkan supaya

menyampaikan mesej kepada Sultan Uthmaniyah supaya berkecuali, jika tidak akan buruk

padahnya nanti kepada empayar Uthmaniyah iaitu pihak British akan menuntut dan

mengistiharkan Mesir merdeka dan dipisahkan dari menjadi wilayah empayar Uthmaniyah.5

Terdapat satu persamaan antara kementerian Hal-ehwal India dengan kementerian

Luar Negeri di London iaitu mereka hanya bersetuju pada dasarnya tentang bagaimana

mereka harus menggunakan orang-orang Arab bagi menentang Uthmaniyah. Di Mesir, usaha

memujuk Sharif Husayn dimulakan oleh Lord Kitchener berasaskan adanya hubungan

persahabatan yang telah wujud sejak Februari 1914 lagi, apabila Abdullah yang mewakili

ayahnya Sharif Husayn iaitu telah menemui Kitchener di Kaherah, bertanyakan sama ada

Britain sanggup atau tidak memberikan bantuan kepada Sharif sekiranya beliau menghadapi

masalah dengan Istanbul. Tetapi pada tahap ini usaha Sharif Husayn tidak diberi perhatian

3 Viceroy kpd.Kementerian Hal Ehwal Luar, 1 September 1914, FO 371/2139.4 Kitchener kpd.Grey, 24 September 1914, FO 371/2139.5 Grey kpd. Mallet, Duta British di Istanbul, 29 Ogos 1914, FO 371/2138.

3

yang wajar berdasarkan adanya hubungan baik antara London dengan Istanbul, tetapi apabila

ada tanda-tanda yang menunjukkan kecenderungan Uthmaniyah untuk menyebelahi German

maka Kitchener telah mengambil peluang ini untuk memulakan hubungan dengan Sharif.

Pada bulan September 1914 mesej beliau telah disampaikan kepada Abdullah melalui Milne

Cheetham pemangku Pesuruhjaya Tinggi di Mesir.

Mesej kedua Kitchener telah disampaikan kepada Abdullah menjanjikan sekiranya

bangsa Arab membantu British dalam perang, British akan memastikan Arabia tidak akan

terancam Kitchener menambah,

“it may be that the Arab of true race will assume the khalifate at Mecca or Medina and so good may come by the help of God out of all the evil that is now occurring”.6

Mesej Kitchener tentang khalifah Islam sekali lagi telah dirujuk oleh Mc Mohan kepada

Sharif pada 30 Ogos 1915 berserta janji-janji kemerdekaan Arab yang terdapat dalam

hubungan Mc Mohan-Sharif Husayn yang telah membuka jalan kepada sokongan Sharif

menentang Empayar Uthmaniyah pada bulan Jun 1916. Walaupun Sharif Husayn masih

yakin tentang masa depan gagasannya, tetapi beliau mulai ragu-ragu apabila mendapati

Britain secara rahsia telah mengadakan kemerdekaan yang sama seperti Ibn Sa’ud dan Sayyid

Idrisi. Kewujudan berbagai-bagai komitmen British dengan beberapa pemimpin Arab di

Arabia merupakan halangan yang besar dalam penyelesaian British selepas perang di Arabia.

British dan India mempunyai hubungan yang baik dari segi politik. Oleh sebab itu,

apabila berlakunya perang antara Perancis dan India pada 1756-1763 hubungan ini bertambah

baik setelah India menang dan menyebabkan British mendapat Kanada dan India. Ini

6 Elie Kedouries (1978). England and the Middle East : The Destruction of the Ottoman Empire,1914-1921. London,hlm.52

4

menyebabkan Perancis bertambah marah kepada British.7 Mesir dilihat sebagai wilayah yang

berharga berbanding wilayah-wilayah lain berikutan kemampuannya memberi keuntungan

dan faedah yang banyak kerana potensinya yang tinggi sama ada dari segi politik mahupun

ekonomi. Ekoran inilah Mesir menjadi rebutan antara kuasa Perancis dan British.

British juga mempunyai pengaruh ke atas Tanjung Harapan ( Cape of God Hope)

yang menyebabkan perdagangan British di Timur dan India bertambah lancar.8 Bagi

memastikan hubungan British dengan jajahannya di India selamat ketika melalui Timur

Tengah, British telah menjalinkan hubungan dengan pemimpin Mamluk yang memerintah

Mesir pada 1798 dan secara langsung berjaya menguasai laluan perdagangan di Laut Merah.9

Mesir dijadikan sebagai pangkalan untuk berhubung dengan pusat-pusat perdagangannya di

India dan Timur.

British juga sentiasa berminat untuk menguasai wilayah-wilayah Uthmaaniyah selain

Mesir. British berminat untuk menguasai wilayah-wilayah di Afrika Utara dan Levant.

British sedar akan potensi ekonomi dan kekayaan bumi Mesir. Justeru, British telah

mengambil peluang untuk berbaik-baik dengan pihak Uthmaniyah bagi mengusir Perancis

dari bumi tersebut dan juga bertindak menghantar bantuan tentera ke situ bagi membantu

Uthmaniyah merebut kembali haknya. Hebatnya pengaruh British di Mesir ini sehinggakan

setelah British terpaksa berundur selaras dengan tuntutan dalam Perjanjian Amiens10 telah

menimbulkan masalah perebutan kuasa yang serius antara pihak Uthmaniyah dan golongan

Mamluk. Pihak Uthmaniyah telah melantik Khusraw Pasha sebagai gabenor di Mesir tetapi

7 Goldschmidt, A(1990). Modern The Formation of a Nation-State. Kaherah : The American University Press,hlm.148 Silvera, Alian(1974). The Origin of The French Expedition to Eygpt in 1798. The Islamic Quarterly 18:21-30,hlm.49 Armajani,Yahya & Ricks,T.M(1970). Middle East Past and Present. N.J : Prentice-Hall, Engle Cliff,hlm.21010 Heywoth-Dume, J(1968). An Introduction to the History of Education in Modern Egypt. London : Frank Cass & Company Limited,hlm.162

5

tidak kekal lama. British cuba menguasai Mesir kembali pada 1807 melalui hubungan yang

dijalinkan antara British dengan Alfi Bey sekitar tahun 1806.

Hasil hubungan tersebut, pihak British sanggup membantu Alfi Bey untuk menguasai

Mesir dengan syarat selepas beliau berjaya pihak British perlu diberi peluang menguasai

pantai-pantai negara Mesir. British telah mengambil peluang untuk menguasai Mesir dengan

hubungan tersebut . Walaupun mengetahui Alfi Bey telah meninggal dunia pada Januari

1807, namun mereka tetap juga meneruskan hasrat tersebut.

Bukan itu saja, apabila berlakunya perang Dunia pertama dalam empayar

uthmaniyyah, kerajaan British telah menukar Abbas Hilmi II kepada Husayn Kamil yang

dianggap senang untuk dipengaruhi. Bersama perlantikan ini ialah Pengisytiharan dasar

perlindungan pada 18 Disember 1914. Disamping itu, kerajaan British juga telah menukar

gelaran Khedif yang diguna pakai sewaktu empayar Uthmaniyyah kepada Sultan.11 Pihak

British telah banyak mengambil bangunan awam untuk menempatkan tenteranya dan juga

sebagai hospital.12

Dengan pengisytiharan dasar perlindungan, pihak British telah berjaya menyekat

kegiatan pergerakan kebangsaan melalui penapisan-penapisan maklumat. Selain itu, pihak

British juga memberikan hak perwakilan (wafd) kepada penduduk Mesir ke persidangan

damai. Hal ini adalah selari dengan empat belas perkara Wilson dan bagi memenuhi harapan

rakyat Mesir. Kerajaan British melalui Perjanjian Versailles yang turut disertai oleh kuasa

besar Eropah lain telah disahkan sebagai pelindung bagi negara Mesir. Amerika Syarikat juga

telah memberikan pengakuan formal tentang hal ini pada bulan April 1919.13

11 Lois A.Arion & Richard P.Mitchell (1991). Timur Tengah dan Afrika Utara Moden (Terjemahan oleh Mohammad Redzuan Othman). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,hlm.19012Ibid,hlm.191

13

Fadhlullah Jamil (2007). Islam di Asia Barat Moden Penjajahan dan Pergolakan. Shah Alam : Karisma Publications Sdn.Bhd,hlm.285

6

Pada 1922, British telah mengisytiharkan Mesir merdeka dengan bersyarat. Selaras

dengan pengisytiharan tersebut, sebuah perlembagaan Mesir diumumkan pada 1923. Akan

tetapi, terdapat banyak gerakan anti-British dan hal ini telah menimbulkan masalah kepada

British. Sir Lee Stack, yang merupakan Gabenor Sudan dan juga Panglima Angkatan

Tertinggi Tentera di Mesir  telah dibunuh di Kaherah. Hal ini telah menimbulkan kemarahan

British yang menyebabkan British menuntut ganti rugi. Antaranya ialah meminta Mesir

mengalirkan air di sungai Nil untuk kawasan ladang di Sudan.14

MESIR DI ZAMAN PENJAJAHAN INGGERIS

( MOHD HAKIMI BIN HASSAN D20112052057)

Dalam zaman penjajahan British di Mesir, umat Islam di negara itu amatlah mundur

dan lemah akibat dilayan dengan buruk oleh penjajah, malah mereka dilayan seperti hamba

abdi walaupun mereka sebenarnya peribumi negara itu. Mereka menggalakkan rakyat Mesir,

khususnya umat Islam hidup bergelumang dengan maksiat, fasik dan bebas lepas tanpa

sebarang ikatan, seperti haiwan-haiwan yang hidup melata di permukaan bumi. Dengan itu

bererti mereka dengan sewenang-wenangnya melanggar segala peraturan yang telah ditetap

oleh Islam. Seperti biasa, penjajah berusaha keras untuk melenyapkan akar umbi Islam yang

sudah sekian lama bertunjang dalam masyarakat Mesir, terutama selepas kejatuhan

pemerintahan sistem berkhalifah daah dalam Empayar Islam Turki yang ranap pada tahun

1924, akibat permainan jahat penjajah yang mendapat kerjasama sang Yahudi15. Tindakan

jahat penjajah itu menyebabkan sebilangan besar rakyat Mesir tersingkir dari agama mereka,

agama Islam yang suci dan murni yang menjadi pegangan rohani mereka sejak sekian lama.

Penyelewengan umat Islam dari akidah Islam yang sebenarnya itu dapat dilihat dengan jelas

14 Ibid,hlm.28615 Mohd zain salleh,(2011). http://pondokrahmat.blogspot.com/2011/03/normal-0-false-false-false.html

7

dalam kehidupan penduduk-penduduk yang tinggal di bandar-bandar besar khususnya di

Khaerah, malah mereka telah menjual agama mereka dengan harga yang amat murah, dan

mereka bersedia melakukan berbagai-bagai perkara yang amat bertentangan dengan ajaran

Islam yang sebenarnya.

PERGERAKAN MAHDI DI SUDAN DAN PENAKLUKAN INGGERIS MESIR

Pergerakan Mahdi di Sudan biasanya dipersalahkan kerana menyebabkan penidasan

Turki-Mesir yang berlaku serentak dengan kemerosotan kepimpinan di Mesir dan Sudan

menjelang penggulingan Isma’il dari tahkta kerajaan16. Pergerakan ini bermula di Kordafan

dan merebak ke bahagian lain di Sudan. Mahdi iaitu Muhammad Ahmad ibn Abdullah,

dengan sepenuhnya mempercayai (seperti pergerakkan Wahhabi di semenanjung Tanah Arab

sebelum dan selepas kemunculannnya) bahawa tugasnya adalah untuk menubuhkan sebuah

pemerintahan islamyang adil seperti pada zaman Nabi Muhammad (S.A.W.). walaupun

Nampaknya beliau memusnahkan kemerdekaan Sudan, namun komponen teologi dalam

peruntusannya adalah yang teragung, terutamanya sejak beliau mendakwa dirinya sebagai

khalifah dan imam. Penyokong Mahdi termasuklah, mereka yang warak mempercayai

utusanya, pedagang hamba abdi dan kaum normad yang tidak menyukai pemerintah pada

waktu itu. Oleh itu tidak hairanlah jika mesir bimbang dengan kenaikan Mahdi pada bulan

Jun 1881. Tentera Mahdi telah bergabung dengan tentera sukarela Berjaya menewaskan

angkatan tentera Mesir yang kecil yang diperburukkan lagi kekacauan yang meletus di Mesir.

Selepas Inggeris menjajah Mesir, Inggeris menghantar sepasukan tentera yang dibiayai oleh

Mesir ke selatan tetapi di bawah arahan pegawai Inggeris, William Hicks. Tentera Mahdi

menghancurkan tentera itu pada tahun 1883. Bekas ketua gabenor , Jeneral Charles Gordon

yang tiba pada tahun 1884 mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang

16 Mohammad Redzuan Othman (1991). Timur Tengah dan Afrika Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal 133

8

kuat di Khartum dan enggan menarik keluar tenteranya. Pada bulan Januari 1885 tentera

Mahdi masuk ke Bandar itu dan membunuh Gordon. Tentera bantuan hanya tiba dua hari

kemudian. Menjelang bulan Jun, Mahdi meninggal dunia dan digantikan oleh Khalifahnya

yang paling rapat, iaitu Abdullahi. Kekalahan belanja perang membawa kepada perjanjian

Inggeris-Uthmaniyah untuk pengunduran dari Mesir17. Perjanjian itu dirundingi oleh Sir

Henry Drummond-Wolff dan sultan Abdul Hamid II. Satu perjanjian sementara yang

ditandatangani pada bulan Oktober 1885 menetapkan bahawa British terus mengiktiraf

Empayar Uthmaniyah dan membayar ufti. Wakil kedua-dua belah pihak, Uthmaniyah dan

Inggeris akan menyelia kerajaan Mesir. Britain akan mengumumkan jadual penarikan dirinya

kemudian. Menurut syarat-syarat dalam persetujuan terakhir yang dicadangkan pada tahun

1887, Inggeris akan meninggalkan kawasan itu pada tahun 1890.sementara itu, sultan Abdul

Hamid II merumuskan bahawa pihak Inggeris akan menanggung bebanan kewangan Mesir

dan ini memberikan hak kepada Inggeris untuk campur tangan pada masa hadapan. Kerajaan

Uthmaniyah mengekalkan dan memperluaskan pengaruhnya di kalangan orang Turki-

Circassia dan penduduk elit tempatan Mesir yang seing pergi ke Istanbul untuk melanjutkan

pelajaran atau bercuti. Di sudan, Negara yang yang di warisi oleh Abdullah cuba untuk

memperluaskan jajahannya pada bulan April 1887, Abdullah menyeru supaya Kedif Tawfiq

tunduk kepadanya tetapi dua tahun kemudian, tenteranya dikalahkan oleh tentera Inggeris-

Mesir di Tushki. Beliau juga menjalankan penaklukan yang tidak berkeputusan di Ethiopia.

Dengan berakhir perluasan di utara dan bermulanya kebuluran dalam Negara Mahdi,

Abdullah suku kaumnya ke Khartum. Apabila berhadapan dengan tentangan, beliau mula

berjauhan diri daripada pengikutnya. Disebabkan oleh desakan diplomatic, kerajaan Inggeris

pada tahun 1896 mengambil keputusan untuk menghantar semula satu pasukan tentera Mesir

ke Sudan. Pada bulan Mac 1896, pemerintah Ethiopia, Menelik II mengalahkan

pencerobohan Itali. Oleh itu, dengan hasrat untuk menjaga keselamatan suku Italinya

17 Ibid

9

daripada serangan tentera Mahdi dan mengekalkan hubungan baik dengan Jerman, Cromer

dengan bersusah payah melancarkan satu peperangan yang menelan belanja yang besar yang

diketuai oleh Herbert Kitchener, ketua Gabenor Inggeris di Mesir yang berikutnya.

Menjelang akhir tahun 1896, Dongola ditawan semula dan sebuah landasan kereta api timur-

barat dibina antara Dongola dan Abu Hamad untuk menggantikan jalan melalui sungai Nil

yang lebih panjang. Pada bulan Julai 1897, Abu Hamad jatuh ke tangan angkatan InggeriS-

Mesir. Dengan perlahan-lahan, pernaklukan ini tiba di kawasan Barbar. Dalam satu

peperangan berhampiran engan Sungai Atabara pada 8 April 1898, tentera Inggeris-Mesir

dilengkapi dengan kelengkapan yang lebih moden menimpakan pukulan yang lebih teruk

terhadap pengikut Mahdi dan kemudiannya mara pula ke Omdurman dengan menyeberangi

Khartum. Sementara itu, di Kharari, enam di utara Bandar itu, pengikut Mahdi bertahan buat

kali terakhir yang mengakibatkan kira-kira 27000 terbunuh berbanding beberapa ratus sahaja

di pihak Inggeris dan Mesir. Abdullahi melarikan diri ke selatan tetapi terbunuh di satu

pertempuran di Umm Diwaykarat pada November 1899. Tentera Inggeris menghapuskan

beliau demi untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang boleh membawa kepada

pembentukan semula pergerakan itu.

PERSIDANGAN INGGERIS – MESIR PADA 1899

Persidangan Inggeris-Mesir pada tahun 1899 menetapkan syarat-syarat pemerintahan

bersama ke atas Sudan dan menjamin mengelakkan persaingan di kalangan Negara-negara

eropah yang terdapat di Mesir. Kedif memerintah secara sampingan sahaja kerana Inggerislah

yang melantik Gabenor. Bendera kedua-dua Negara dikibarkan tetapi peruntukan yang lain

mengecualikan hak rakyat Mesir. Sudan akan menggubal undang-undangnya sendiri kecuali

10

jika dibenarkan bertindak sebaliknya oleh ketua gabenor Inggeris. Mahkamah campuran

Mesir tidak mempunyai hak perundangan di Sudan dan peruntukan perundangan diambil atau

disesuaikan daripada undang-undang di India18. Britain bertindak seolah-olah Mesir tidak

memainkan sebarang peranan dalam pernaklukan semula itu. Malah Inggeris tidak pernah

berlagak untuk mengiktiraf kekuasaan Mesir yang sepatutnya wujud dalam semua jajahan

yang dijajah oleh Mesir. Orang Eropah menjawab jawatan utama, sementara jawatan pegawai

yang pada mulanya dijawat oleh orang Mesir beransur ansur diganti oleh orang Sudan. Orang

Lubnan juga dilantik sementara kehidupan rakyat Mesir di korbankan atas kepentingan orang

Inggeris dengan tiada apa-apa faedah yang diberikan kepada mereka. Selepas kurang kurang

dari setahun menjadi gabenor di Sudan, Kitchener diganti oleh Sir Reginald Wingate yang

mengetuai angkatan tentera dalam penaklukan semula. Diantara tahun 1899-1916. Sebelum

beliau menggariskan dasar untuk sebuah kerajaan Sudan. Pada tahun 1902, beliau

menubuhkan Kolej Peringatan Gordon, tetapi kolej itu hanya melatih segelintir rakyat Sudan.

Rancangan penanaman kapas Isma’il diteruskan dan diperluaskan, sementara perdagangan

hamba abdi dihapuskan sama sekali. Walaupun Britain melihat pemerintah itu suatu yang

kosong, namun orang Mesir sedaya upaya untuk menjadikannya sebagai satu kenyataan.

EKONOMI MESIR SEMASA PENJAJAHAN INGGERIS

Perkembangan ini mungkin mencerminkan dasar-dasar Inggeris, tetapi ia tidak

semestinya mewakili kemajuan atau usaha untuk memperbaiki kebajikan rakyat Mesir.

Tuan-tuan tanah mempunyai banyak kuasa untuk mengawal petani. Tanah yang subur

daripada beberapa lading yang besar yang dibahagikan, diberikan daripada golongan atasan

dan bukan kepada petani yang miskin. Menjelang 1860 dan 1870-an, cirri-ciri ekonomi Mesir

18 Mohammad Redzuan Othman (1991). Timur Tengah dan Afrika Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal 135

11

yang ketara ialah jualan kapas yang melambung apabila perang saudara Amerika menutup

bekalan kapas dari Amerika ke kilang Eropah19. Dengan memperluaskan penggunaan tanah

untuk penanaman kapas, Mesir untuk pertama kalinya perlu mengimport makanan.

Perkembangan sistem pengairan sepanjang tahun menyebabkan siput bilharzias membiak dan

menyebarkan penyakit schistosomiasis, sejenis penyakit yang melumpuhkan mangsanya.

Jarak landasan kereta api yang berganda juga menyebabkan kemerosotan perdagangan

melalui sungai dan mengakibatkan kesesakan jalan bukan disebabkan oleh kemalangan tetapi

oleh pendekatan yang bertujuan mengembangkan kepentingan perdagangan Inggeris.

Tambahan pula. Landasan itu tidak menghubungkan Negara Mesir dengan Negara lain.

Perdagangan persinggahan melalui darat yang merentangi Sudan ke Mesir dipesongkan dan

Iskandariah ke pelabuhan Sudan yang baru dibina. Hal ini akan mengancam perdagangan

Mesir. Dasar-dasar Inggeris menghalang pembangunan perindustrian bagi mengelakkan

meningkatnya saingan untuk mendapat bahan mentah daripada dieksport ke kilang-kilang di

Britain.

PENDIDIKAN PADA ZAMAN BRITISH

Pada masa pendudukan Inggeris, dasar-dasar digubal dengan sengaja untuk

menghalang rancangan pendidikan yang di mulakan oleh Isma’il. Inggeris lebih suka

memberikan pendidikan kuttab dan pendidikan khusus kepada penduduk tempatan untuk

memenuhi keperluan asas birokrasi tetapi ia tidak akan menyebabkan penentangan

kebangsaan seperti apa yang berlaku di India. Segelintir guru terlatih akan dihantar ke

England dengan andaian bahawa mereka yang akan pulang ke tanah air akan menyanjung

tamadun Inggeris. Walau bagaimanapun, rancangan seperti ini hanya melibatkan sebahagian

19 Edward W. Said (1993). Budaya dan Imperialisme, Kuala Lumpur : Institusi Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Hal 154

12

kecil sahaja rakyat dan gagal mencapai kesan seperti yang diharapkan. Pengabaian

pendidikan oleh Inggeris menimbulkan kesan yang bertentangan dengan apa yang

dirancangkan. Rakyat Mesir dengan perbelanjaan mereka sendiri menghantar penuntut bukan

ke England tetapi ke Perancis ( sebuah Negara yang manyokong nasionalis Mesir sehngga

diwujudkan kembali persefahaman Inggeris-Perancis pada tahun 1904)20. Pengabaian

terhadap pendidikan menengah dan tinggi oleh kerajaan juga meningkatkan pendidikan

swasta. Cromer dan rakan-rakannya tidak mempedulikan hakikat bahawa pendidikan tajaan

kerajaan merupakan satu-satunya peluang orang islam yang miskin bagi memperbaiki taraf

hidup mereka kerana sekolah-sekolah asing dan swasta kebanyakannya masih disediakan

untuk orang Kristian dan Yahudi. Dengan ketiadaan satu rancangan pendidikan menengah

dan tinggi, perkembangan pendidikan kuttab tidak akan memajukan kerjaya mereka yang

miskin, penduduk peribumi dan orang islam di luar Bandar. Kemudiannya Cromer

mendakwa bahawa peraturan kewangan antarabangsa telah mengehadkan kebebasanya untuk

membelanjakan lebih daripada 1.5-3 peratus bagi peruntukan pendidikan sejak penjajahan21.

Bukti menunjukkan bahawa adalah keputusannya sendiri untuk tidak berbelanja lebih banyak

dalam bidang itu. Orang Qibti dan orang Kristian mengambil kesempatan daripada

pendidikan swasta untuk mengisi jawatan pengkeranian kerajaan dan mempertingkatkan

ketegangan kaum. Ini menimbulkan kemarahan rakyat Mesir dengan mengisi jawatan

kerajaan dengan lebih ramai penasihat Inggeris yang dibayar gaji yang lebih tinggi walaupun

kurang berkelayakan. Pera penasihatnya mengeringkan peruntukan pentadbir Mesir. Rakyat

Mesir yang berkelayakan tinggi termasuk mereka yang mempunyai ijazah luar negeri

diletakkan jawatan yang rendah, sementara orang Inggeris dengan berpendidikan rendah

menyelia pekerjaan mereka. Cromer meninggalkan Mesir dalam keadaan yang meragukan.

Dalam peristiwa kontroversi dan mendapat publisiti yang terjadi di kampung Delta,

20 Mohammad Redzuan Othman (1991). Timur Tengah dan Afrika Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal 13621 ibid

13

Dinshaway pada bulan Jun1906, iaitu peristiwa yang mana pegawai inggeris pergi memburu

burung merpati. Mereka kemudiannya mendapat tentangan penduduk kampung yang tidak

mahu kehilangan merpati mereka. Akibatnya, seorang petani wanita tercedera. Pegawai

tentera bersenjata membunuh seorang lelaki yang ingin membantu seorang pegawai yang

jatuh pengsan kerana terik Matahari. Akibatnya, penduduk kampung lain bertindak

menyerang pegawai itu. Walaupun peristiwa itu berlaku semasa cuti dan kabur dengan apa

yang terjadi, namun Cromer mengambil keputusan untuk memberi satu teladan kepada

penduduk kampung dengan mengadili mereka di mahkamah tentera. Empat penduduk

kampung didapati bersalah kerana membunuh akan menerima hukuman gantung. Sementara

yang lain akan dihukum penjara untuk satu masa yang panjang atau disebat.

TINDAK BALAS NASIONALIS

Konsep nasionalisme arab secara konkrit dapat di semak dari dari sejarah Mesir.

Gerakan nasionalisme Mesir merupakan salah satu gerakan responsive dari keadaan social-

politik di Mesir22. Walaupun mereka membuat beberapa kemajuan dalam mengurangkan

hutang Mesir, kehadiran warga asing dalam kerajaan Mesir memburukkan nasionalis.

Perjuangan mereka terus disusuli oleh banjir luar biasa yang berlaku Sungai Nil pada tahun

1876 dan 1877 yang menyebabkan kekurangan makanan dan kebuluran di Mesir. Ketika

kerajaan bergelumang dengan hutang yang melampau sehingga melebihi 6 juta pound23, ia

mengalami kesukaran untuk membayar gaji kepada tentera. Pemberontakan tentera yang

pertama berlaku pada Feb 1879 dan Ismail telah digulingkan semasa pemberontakan kedua

pada Jun 1879. Anaknya, Taufik Pasha mengambil alih pemerintahan. Hal ini, membolehkan

Eropah melakukan perubahan kerana mereka percaya Taufik merupakan pemerintah yang

22 Ali Maschan Moesa (2007). Nasionalisme kiai. Yogyakarta: LKiS Yogyakarta. Hal 4923 Khairul Anam che Mentri, Ammar Gazali.( 2006). ‘ Al- ustadh al-imam’ Muhammad Abduh: Riwayat Hidup dan Pemikiran. Kuala Lumpur: Middle- Eastern Graduates Centre Sdn. Bdh. Hal 17

14

lemah dan boleh dipengaruhi dengan lebih mudah. Taufik terbukti terlalu lemah untuk

mengawal nasionalis Mesir, namun, pemerintahannya ternyata menjadi bencana bagi semua

pihak. Pegawai tentera Mesir meningkat terhadap kerajaan Taufik pada bulan Februari 1881

dan sekali lagi pada bulan September, kedua-dua kali di bawah pimpinan Kolonel Ahmed

Arabi Pasha. Taufik bertindak balas dengan menolak pro-Eropah Perdana Menteri Cherif

Pasha dan menggantikan dia dengan Mahmoud Pasha Sami, pemimpin nasionalis. Sami

kemudiannya diambil Arabi Pasha untuk menjaga satu kementerian kerajaan. Takut bahawa

nasionalis telah menjadi terlalu kuat, Perancis dan Britain cuba untuk mengukuhkan Taufik

dengan menandatangani rahsia "Anglo-Perancis Nota Bersama" pada 8 Januari 1882, berikrar

untuk menyokong Taufik terhadap sesiapa yang mengganggu ketenteraman. Langkah itu

memakan diri sendiri, walau bagaimanapun, apabila nasionalis Mesir ditafsirkan ini sebagai

isyarat bahawa Eropah akan menyerang untuk melindungi Tewfik. Pada Mei 1882, Perancis

dan Britain masing-masing menghantar skuadron tentera laut kecil untuk melindungi

"kepentingan Eropah," dan pada hari Ahad, 11 Jun, Mesir merusuh di Alexandria dan

membunuh kira-kira 50 Eropah termasuk tiga anggota tentera British. Pihak British bertindak

balas dengan membedil Alexandria pada 11 Julai, dan sebagai tindak balas, pengepungan

tentera set Arabi ke Alexandria dan memotong bekalan air.

1.0 British muncul sabagai Imperialisme Terulung Barat dalam Daulah Uthmaniyyah.

( MUHAMMAD HAFIZ BIN DAUD D20112056401)

Peristiwa menandatangani Konvensyen Anglo-Uthmaniyyah Commercial pada tahun

1838 menandakan bermula ketuanan imperialis British di Daulah Uthmaniyyah.

Walaupun Rusia dan Perancis kekal aktif dalam hal ehwal Uthmaniyyah, namun British

15

lebih berpotensi sebagai kuasa imperial yang berpengaruh dalam Daulah Uthmaniyyah

sehingga sekurang-kurangnya tahun 1880. Pada abad keenam belas dan pertengahan abad

kelapan belas telah memperlihatkan kebangkitan kuasa Eropah khususnya negara Britain.

Keadaan ini memperlihatkan sebanyak 40 peratus peningkatan rakyat Eropah iaitu dua

kali ganda dan menjadikan jumlahnya 100 juta orang,24 sekaligus dapat mengimbangi

kuasa antara Eropah dan Daulah Uthmaniyyah. Hasil penemuan wilayah-wilayah baru,

dasar import hasil galian serta permintaan bekalan makanan yang bertambah telah

memberi kesan kepada Eropah, Asia Barat dan Afrika Utara.25 Sejak pendudukan British

di Aden dari tahun 1839 hingga 1880 polisi British adalah berkecuali atau tidak campur

tangan dalam hal-ehwal dalam negeri di persekitaran Aden. Ini disebabkan oleh peranan

Aden tidak lebih daripada tempat persinggahan kapal British dalam perjalanan ke India.

Perjanjian persahabatan dengan pemimpin arab tempatan telah diadakan, tatapi tujuannya

untuk keselamatan Aden.26 Perjanjian persahabatan dengan pemimpin tempatan seperti

dengan qabilah-qabilah al- Abdali, al-Aqrabi, al-Subayhi, al-Yafa’I, al-Fadli, al-

Hawshabi, al- Amiri, al-Alawi dan al-Awlaqi telah bertukar menjadi perjanjian

perlindungan (Protectorate Treaties) sejak tahun 1880.27

Selain itu, kedudukan dan keadaan tanah subur yang di miliki oleh Eropah

memberikannya kelebihan dalam pembangunan industri dan perdagangan. Kebangkitan

British pada awal abad kelapan belas telah memberi pengaruh yang kuat keatas Daulah

Uthmaniyyah yang mana merupakan pemegang kunci perdagangan pada waktu itu.

Keadaan ini berlaku akibat dari kekalahan Daulah Uthmaniyyah dalam menghadapi

24Lois A.Aroian dan Richard P. Mitchell terjemahan Mohammad Redzuan Othman. (1991).Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 73.25Ibid. hlm 7326Abdul Raub Yaacob. (1993). Kemelut Dunia Islam Moden 1 :sejarah campur Tangan Inggeris Di Arabia Dalam Perang Dunia Pertama. Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi. Hlm 3 27C.U.Aitchison, (1909). A Collaction of Treaties, Engagements and Sanads Relating to India Neighbouring Countries, Calcutta. Hlm 129.

16

Eropah khasnya Austria pada akhir abad ketujuh belas dalam perperangan bagi

menduduki kota Vienna pada tahun 1683. Hal ini merupakan titik tolak kepada sejarah

kebangkitan kuasa Eropah khususnya Britain. Kebangkitan kuasa Eropah keatas Daulah

Uthmaniyyah tidaklah berlaku secara mendadak setelah mereka berjaya menyekat

kemaraan tentera Uthmaniyyah dari menguasai Vienna, hasil kombinasi Austria dan

Poland. Namun sejak dari tempoh itu,telah berlaku perubahan baru dalam Daulah

Uthmaniyyah sehingga berhasil satu perjanjian diantara Daulah Uthmaniyyah dan

kerajaan Austria pada tahun 1699 iaitu Perjanjian Carlowitz. Perjanjian ini, telah memberi

kelebihan yang memihak kepada Negara Eropah dan peristiwa ini sangat penting kepada

Eropah kerana buat pertama kali mereka mampu mempertahankan diri dari ancaman

kekuasaan Uthmaniyyah di Eropah sejak ekspedisi penjelajahan oleh Daulah

Uthmaniyyah. Sejak itu, Daulah Uthmaniyyah telah bertukar wajah dari Negara

‘offensive’ kepada Negara ‘defensive’ dan Eropah pula mula bertindak mengancam

Daulah Uthmaniyah.

Dalam Perjanjian Carlowitz, Daulah Uthmaniyyah buat pertama kali akur dan

terpaksa menyerahkan wilayahnya, Hungary serta sebahagian Slovenia dan Crotia kepada

Austria, sementara sebahagian Ukraine dan Podolia kepada Poland.28 Perjanjian ini telah

membuka mata Eropah khususnya Britain yang mana telah memulakan kebangkitannya

pada awal abad kelapan belas bagi mempertahankan diri sendiri dari Daulah

Uthmaniyyah seterusnya menjalankan aktiviti peluasan tanah jajahannya. Jelaslah bahawa

pada abad ketujuh belas dan lapan belas Eropah sentiasa memberikan tekanan yang

meletakkan Daulah Uthmaniyyah dalam keadaan perang atau ancaman perang.29 Hal ini

28Lenczowski, George.(1982). The Middle East in World Affairs. Ithaca and London: Cornell University Press. hlm 82.5Lois A.Aroian dan Richard P. Mitchell terjemahan Mohammad Redzuan Othman. (1991).Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 7329

17

kerana kekuatan yang dimiliki oleh Daulah Uthmaniyyah semakin goyah akibat

peperangan dengan Perancis, disamping itu Daulah Uthmaniyyah perlu menyelesai

masalah konfik dalaman yang berlaku di dalam wilayah taklukannya sebelum ini. Jika

dilihat dari aspek ini, kerajaan Britain mula menguasai kawasan-kawasan yang sesuai

bagi menjayakan hasyrat mereka terutamanya kawasan taklukan Daulah Uthmaniyyah

yang berada di laluan perdagangan British. Antara cara yang telah digunakan oleh pihak

British adalah dengan menguasai jalan-jalan perdangangan yang di miliki oleh Daulah

Uthmaniyyah melalui campur tangan dalam kepentingan Daulah Uthmaniyyah seperti

yang berlaku dalam kerajaan Mesir. Pada abad kelapan belas Mesir merupakan

sebahagian daripada Daulah Uthamaniyyah selepas berlakunya penaklukan oleh Sultan

Salim I keatas Dinasti Mamluk di Mesir. Selain itu, Dinasti Mamluk ini juga merupakan

kerajaan taklukan Daulah Uthmaniyyah yang mengekalkan autonominya dari segi

pentadbiran.30 Hal ini, kerana Mesir merupakan Negara yang di perintah oleh golongan

Mamluk yang mengamalkan pemerintahan secara zalim dan menindas rakyat. Dinasti

Mamluk juga telah mengadakan hubungan Perdagangan dengan Eropah sejak abad

kelapan belas lagi, ini kerana bagi penguasa Dinasti Mamluk hubungan perdagangan yang

dijalankan dengan Eropah dianggap sebagai suatu pekara yang menguntungkan.31 Hal ini

kerana bagi pemimpin Mamluk dasar ekonomi kapitalis yang diperkenalkan oleh

Imperialis Barat akan mengukuhkan lagi ekonomi sesebuah Negara.

Namun begitu, konflik tiga segi yang berlaku di dunia Eropah dan krisis kebangkitan

Negara Perancis khususnya yang telah berjaya menundukkan sebahagian daripada

306Robert O.Collins and Robert L. Tignor. (1967). Egypt and the Sudan, A Spectrum Book, Prentice Hall, Inc.Englewood Cliffs.N.J . hlm.37.7Lois A.Aroian dan Richard P. Mitchell terjemahan Mohammad Redzuan Othman. (1991).Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 788B.A. Mojuetan. ( 1977). “Egypt from Muhammad Ali to Ahmad ‘Urabi’ “,Tarikh,vol.5, no. 2, Histofical Society of Nigeria, longman Group ltd.,London. hlm. 26.

31

18

kerajaan beraja di Britain dalam revolusi yang amat agresif telah memberi kesan kepada

wilayah taklukan Daulah Uthmaniyyah terutamanya Mesir. Hal ini kerana jeneral tentera

Perancis iaitu Napoleon Bonarparte berasa belum berpuas hati selagi musuh utama

Perancis, iaitu Britain yang juga beraliran monarki, masih bebas menentang segala cita-

citanya. Lantaran itu, Nepoleon Bonarpate telah mengambil langkah untuk melanggar dan

menakluki Mesir, yang terletak di tengah-tengah jalan perdagangan dan pelayaran bagi

melemahkan ekonomi Britain. Ekpedisi Perancis ke Mesir merupakan hasil dari

perancangan yang sudah lama di pertimbangkan oleh Perancis semasa pemerintahan

Louis XIV bagi menghubungkan Laut Merah Dan Laut Tengah supaya dapat meluaskan

pengaruhnya dan menyekat kemaraan British. Hasil dari perang yang dilancarkan oleh

Perancis ini, telah menyebabkan Mesir mengalami kekalahan dalam pencerobohan tentera

Perancis ke atas wilayah Mesir pada tahun 1798 Masihi, melalui angkatan perang yang di

ketuai oleh Napoleon Bonarparte setelah tercetusnya Revolusi Perancis.32 Napoleon

Bonarparte beranggapan dengan tindakan ini, dia akan berjaya menundukkan Britain.

Namun begitu, cita-cita Napoleon Bonarparte telah hancur selepas Sultan Daulah

Uthmaniyyah meminta bantuan British yang diketuai oleh Duke of Wollington, seorang

panglima tentera Inggeris dan menghantar pasukannya yang di ketuai oleh Mehmet Ali

untuk mengalahkan pihak Perancis di Mesir. Mehmet Ali bersama-sama 300 orang

anggota tentera termasuk beliau telah dikirim ke Albania atas permintaan Sultan Daulah

Uthmaniyyah untuk mengusir Perancis.33 Akhirnya Perancis telah berjaya dikalahkan dah

diusir keluar oleh Mehmet Ali pada 21 Mac 1801 dengan bantuan British selepas

bertapak di Mesir selama tiga tahun. Kedatangan gabungan tentera Inggeris dan

Uthamaniyyah ke wilayah Mesir yang tidak stabil pada bulan Ogos 1801 telah memberi

peluang kepada Mehmat Ali bersama tentera Uthmaniyyah untuk berkuasa di Mesir

32

33Siti Maryam .(2002). Sejarah Peradaban Islam dari Masa Klasik hingga Moden. Yogyakarta : LESFI .Hlm 302.

19

kerana Mehmet Ali telah datang lebih awal pada tahun 1799 untuk mengambil alih kuasa

dan memerintah Mesir.34 Perperangan ini membuka peluang bagi campurtangan British

dalam hal ehwal Daulah Uthmaniyyah kerana menyedari kelemahan yang berlaku dalam

pemerintahan Daulah Uthmaniyyah semasa menghadapi serangan Perancis keatas

wilayah taklukan Daulah Uthmaniyyah.

Dengan kemenangan ini, Mehammad Ali telah dilantik sebagai Wizurai Uthmaniyyah

di Mesir dan diberi gelaran Pahsa setelah menumbangkan dan menghapuskan saki-baki

pihak Mamluk yang merupakan musuh Daulah Uthmaniyyah, melalui perlantikan oleh

sultan Salim III pada tahun 1805. Namun begitu, hubungan yang dijalinkan oleh Daulah

Uthmaniyyah dengan dunia Eropah semakin kabur selepas konflik peperangan dengan

Perancis dan masalah dalaman yang melanda Daulah Uthmaniyyah memberi peluang

kepada Britain untuk memanipulasikan keadaan ini bagi menjalankan pengaruhnya

terutamanya di Mesir. Peristiwa penting ini membolehkan British menjalinkan hubungan

dengan pemimpin yang memerintah Mesir dan pada masa yang sama mengadakan

hubungan dengan Daulah Uthmaniyyah. Walaubagaimanapun, kesan penaklukan

Perancis oleh Nepoleon selama tiga tahun di Mesir telah berjaya membawa pengaruh

ilmiah yang sangat penting kerana berbagai kaedah Eropah telah berkembang.

Diantaranya ialah penubuhan Dewan Penasihat di Kaherah iaitu ibu negeri Mesir, dan

kawasan-kawasan luar Bandar, membina sebuah kilang senjata, dan peluru untuk

keperluan tentera-tentera Perancis, mengadakan perkhidmatan percetakan bagi

menerbitkan dua buah akhbar, dan arahan-arahan kerajaan, dan menggalakkan pengkajian

melalui sekumpulan sarjana serta ahli-ahli sains yang didatangkan khas dari Perancis.35

Kesan dari perubahan yang dilakukan oleh Nepoleon sewaktu penaklukannya di Mesir

34Lois A.Aroian dan Richard P. Mitchell terjemahan Mohammad Redzuan Othman. (1991).Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 8135 B.A. Mojuetan, “Egypt from Muhammad Ali to Ahmad ‘Urabi’ “,Tarikh,vol.5, no. 2, Histofical Society of Nigeria, longman Group ltd.,London, 1977,hlm. 26.

20

mula menyedarkan rakyat Mesir, terutama para elitnya untuk berkerja dan

membangunkan negara sendiri. Keadaan ini, telah memberikan impak yang besar kepada

Mehmat Ali Pasha selaku pemerintah Mesir yang di lantik oleh Sultan Daulah

Uthmaniyyah setelah berjaya mengusir Nepoleon untuk membuat pemodenan dalam

kerajaan Mesir.

2.0 Dasar Buka Pintu oleh Mehmat Ali Pahsa

Mehmet Ali Pahsa mula menjalinkan hubungan dengan negera Eropah terutamanya

Perancis dan Britain walaupun beliau berada dibawah penguasaan Daulah Utmnaiyyah.

Mehmat Ali Pahsa juga, telah mengamalkan dasar buka pintu kepada pedagan-pedagan

barat khususnya pedagan dari Perancis dan Britain untuk berdagan di Mesir, selain

sentiasa menjaga hubungannya dengan Sultan Daulah Uthmaniyyah. Hasil kemenangan

di pihak Mehmet Ali Pasha, telah mengukuhkan lagi kedudukan British di Mesir secara

tidak langsung kerana dasar pemerintahan yang dijalankan oleh Mehmat Ali Pasha lebih

berorientasikan Barat khususnya British. Namun begitu, atas kesedaran yang timbul

Mehmat Ali mulai cenderung untuk mempelajari selok-belok kebangkitan negara Eropah

keatas Daulah Uthmaniyyah telah memyebabkan secara tidak langsung British telah

berjaya menguasai laluan perdagangan di Laut Merah hasil dari pengaruh itu. Hal ini

kerana British ingin memastikan hubungannya dengan tanah jajahannya di India selamat

ketika melalui kawasan Timur Tengah. Atas kehendak Mehmat Ali Pasha kemasukan

pedagan dari Barat terutamanya pedagan-pedagan British ke Mesir telah mempercepatkan

lagi proses penguasaan Imperialisme British di Mesir. Mehmet Ali Pasha yakin sekiranya

pedangan-pedagan barat khususnya Syarikat-syarikat barat datang berdagang di Mesir

kemajuan kerajaan Mesir dapat dicapai. Semasa Mesir di bawah pemerintahan Sa’id telah

21

berlaku kemasukan ahli perniagaan asing dalam tempoh yang singkat melebihi pendidik

asing.36 Pedagan-pedagan Eropah ini telah ditempatkan di bahagian-bahagian tertentu

bagi memudahkan pedagan dari British mereka diberi konsesi untuk menjalankan

kegiatan perdagangan di sepanjang Sungai Nil. Manakala bagi pedagang Perancis pula

diberi konsesi di kawasan Terusan Suez. Kepesatan pembangunan ekonomi di Mesir telah

menjadikan Mesir sebuah kerajaan yang kaya. Mehmat Ali Pasha juga telah memonopoli

sumber negara yang produktif, membentuk satu dasar kapitalis negara yang mana beliau

sendiri memegang terajunya.37 Perdagangan, perindustrian, dan pertanian, kesemuanya

adalah dibawah arahan beliau. Hal ini kerana Mehmat Ali Pahsa ini mewujudkan kerajaan

Mesir sebagai sebuah Negara yang kuat di rantau Afrika khususnya Timur Tengah

setanding dengan Daulah Uthmaniyyah dan Eropah bagi mencapai matlamatnya menjadi

penguasa kelak. Hasil pemodenan yang telah dilakukan oleh Mehmet Ali Pasha telah

melahirkan Negara Mesir yang kuat dah akhirnya telah mencetuskan kebangkitan Mesir

untuk bebas dari penguasaan Daulah Uthmaniyyah. Kecenderungan Mehammah Ali

Pasha untuk memodenkan Mesir mengikut acuan Barat tidak disenangi oleh sultan

Daulah Uthmaniyyah kerana bimbang akan kehilangan kuasanya di Mesir. Keadaan ini

telah mencetuskan satu peperangan diantara Mesir dan Daulah Uthmaniyyah setelah

berlaku satu kebangkitan untuk keluar dari pengaruh Daulah Uthmaniyyah dalam

kerajaan Mesir. Peperangan ini tercetus apabila Mehmat Ali Pasha cuba menakluki

kawasan Syria yang berada dibawah kekuasaan Daulah Uhmaniyyah semasa aktiviti

peluasan kuasa oleh kerajaan Mesir. Dengan kelemahan pentadbiran dan kemunduran

teknologi ketenteraan yang ada pada Daulah Uthmaniyyah, Sultan daulah Uthmaniyyah

36Lois A.Aroian dan Richard P. Mitchell terjemahan Mohammad Redzuan Othman. (1991).Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 11137Lois A.Aroian dan Richard P. Mitchell terjemahan Mohammad Redzuan Othman. (1991).Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 84.

22

terpaksa meminta bantuan British bagi mengekang kemaraan Mehmat Ali Pasha dalam

ekpedisi peluasan kuasanya ke Syria. Kesan perang ini telah memberi impak yang besar

kepada Daulah Uthmaniyyah yang mana terpaksa menerima dan mengiktiraf Mehmat Ali

Pahsa sebagai pemerintah di Mesir atas desakan pihak British. Dunia Islam khususnya

Mesir, memilih untuk melaksanakan program pembaharuan dengan mencontohi

kemajuan Barat dalam semua bidang iaitu kemajuan dalam bidang ketenteraan,

pendidikan, pentadbiran dan ekonomi selepas berakhiranya perang Mesir dan Daulah

Uthmaniyyah. Gerakan reformasi ala Barat bukan sahaja mengimport budaya dan cara

hidup Barat seperti sekularisma, bahkan mengundang kuasa Barat untuk campurtangan

dalam urusan negara Islam khususnya di Mesir.

3.0 Dasar British di Mesir

Selain itu, tindakan British menukar dasar tidak campur tangan sebelum ini, kepada

dasar campur tangan adalah disebabkan kemunculan semula kuasa Daulah Uthmaniyyah

di Mesir setelah Daulah Uthmaniyyah berjaya menduduki Sana’a pada tahun 1872. Selain

itu faktor lain yang mendorong British menukar dasarnya disebabkan oleh kuasa asing

yang berminat keatas Mesir setelah pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869. Semua

faktor ini ini telah menimbulkan kebimbangan kepada British terhadap kedudukan dan

kekuasaan mereka di Mesir. Oleh hal yang demikian, British telah mengambil langkah

untuk menukar dasar mereka bagi melindungi kepentingan mereka di perairan Timur

Tengah. Secara tidak langsung, perubahan dasar ini telah membolehkan British

berhadapan dengan Daulah Uthmaniyyah dan membuat tuntutan keatas wilayah-wilayah

di Arabia. Tuntutan yang meraka buat adalah berdasarkan sejarah awal penguasaan

British di Arabia iaitu ketika krisis tuntutan kawasan teluk Aden yang berakhir buat

sementara waktu di meja rundingan di London. Ini disebabkan oleh hubungan baik antara

Daulah Uthmaniyyah dengan British telah terjalin sejak dulu lagi. Namun begitu krisis

23

dalaman Daulah Uthmaniayyah masih belum berakhir, pada tahun 1881 Sultan Abdul

Hamid telah menubuhkan Majlis Pentadbiran Hutang Rakyat Uthmaniyyah.38 Keadaan ini

telah mengumpulkan ahli-ahli dari Perancis, Jerman, Austria, Itali, England, dan Belanda

mewakili setiap negara sebagai pemegan “bond”. Bank Uthmaniyyah yang dikuasai oleh

orang Eropah dan pemegang bond Uthmaniyyah juga menjadi ahli-ahli majlis itu. Bagai

melangsaikan hutang-hutang Uthmaniyyah, majlis akan mempunyai kuasa keatas jumlah

pendapatan tahunan negara yang dipilih. Hal ini telah memberi peluang ke British untuk

menguasai Daulah Uthmaniyyah kerana mempunyai hubungan pemodalan yang banyak

di Mesir. Menjelang tahun 1875, Ismail semakin terdesak untuk mendapatkan bantuan

wang hinggalah beliau menawarkan penjualan kesemua 44% saham biasa Syarikat

Terusan Suez yang di milikinya.39 Benjamin Disraeli membeli saham itu bagi pihak

British. Penjualan saham itu menyebabkan Ismail kehilangan sahamnya dan hanya

mampu meraih 15% keuntungan tahuanan sahaja dari Syarikat Terusan Suez. Pada tahun

1879 Kedif mengakui bahawa beliau tidak lagi mampu membayar gaji pegawainya.40

Keadaan ini menyebabkan satu suruhanjaya antarabagsa mengenai hutang di tubuhkan di

Mesir. Masalah dalaman yang turut melanda Mesir menambahkan lagi tekanan kepada

Daualah Uthmaniyyah yang mana sebelum ini memperolehi sumber kewangan yang

banyak daripada Mesir. Isu hutang yang di hadapi oleh Daulah Uthmaniyyah dan hutang

Mesir dengan Kuasa Eropah ini telah memulakan campur tangan British khususnya,

melaluai sistem dwikawalan yang turut melibatkan Perancis dangan prinsip bahasanya

penghutang hendaklah berkorban bagi pihak mereka yang telah memberi hutang. Sekitar

dua pertiga daripada pendapatan Mesir telah digunakan bagi pembayaran hutang dan

38Lois A.Aroian dan Richard P. Mitchell terjemahan Mohammad Redzuan Othman. (1991).Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 110.39Lois A.Aroian dan Richard P. Mitchell terjemahan Mohammad Redzuan Othman. (1991).Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 114.40Ibid. Hlm 115

24

keadaan ini telah memberi tekanan kepada sumber Mesir di bawah pentadbiran baru.

Keadaan ini telah memaksa Ismail menubuhkan kabinet baru yang membezakan

pendapatan peribadinya dan pendapatan negara Mesir. Kabinet ini termasuklah seorang

Perancis sebagai Menteri Kerja Raya dan seorang Inggeris sebagai Menteri Kewangan.41

Undang-undang Penyelesaian 1880 telah menjadikan Mesir tidak mendapat sebarang

keuntungan daripada Terusan Suez selama 56 tahun berikutnya. Jelaslah bahawa

kemajuan yang cuba dicapai oleh Mesir mengikut acuan barat akhirnya menyebabkan

Mesir terpaksa menanggung hutang akibat kesilapan dalam mengatur strategi

perdagangannya. Hal ini telah membolehkan kuasa British memonopoli sumber ekonomi

dan seterusnya mempengaruhi sistem pentadbiran di Mesir dan memberi kesan negetif

kepada Daulah Uthmaniyyah. Walaubagaimanapun, semasa Mesir di bawah

pemerintahan Ismail proses perkembangan yang pesat telah berlaku dengan cepat dan

menyentuh hampit segenap kehidupan rakyat Mesir. Kesinambungan perjuangan Ismail

di teruskan oleh pengantinya Tawfiq. Dasar Tawfiq yang lebih berwaspada dengan

British akhirnya telah membangkitkan penentangan dikalangan pemerintah Mesir dan

telah mencutuskan pemberontakan Urabi bagi menentang British. Dengan bermotifkan

persoalan kewangan Britain dan Perancis memutuskan untuk menghantar satu armada

bersama ke Iskandariah. Keadaan ini telah disedari oleh Sultan Abdul Hamid II dan

beliau telah menghantar wakilnya sendiri untuk berunding dengan kedua-dua belah pihak,

Tawfiq dan golongan nasionalis bagi mengelakkan campurtangan kuasa Eropah. Namun

tindakan Sultan Daulah Uthmaniyyah ini gagal menemui jalan penyelesaian dah telah

menyebabkan Urabi mengambil jalan untuk berkubu di Iskandariah bagi melindungi

pelabuhanya. Hal ini telah menyebabkan British membedil pelabuhan Iskandariah dah

menyebabkan kebakaran keatas pelabuhan itu. Kesan peristiwa membolehkan hasrat

41Ibid. Hlm 115

25

penjajah British menempatkan tenteranya kekel di Mesir sehingga tahun 1956. Kekuasan

Daulah Uthmaniyyah di Mesir semakin merosot akibat campurtangan kuasa Barat

khususnya British telah menyebabkan Daulah Uthmaniyyah kehilangan sepenuhnya

penguasaan di Mesir menjelang abad ke 20.

Kesan British kepada Uthmaniyyah.

(MUHAMAD HASHIR BIN MAT ZAIN D20112052063)

Pada abad ke-19, satu perubahan penting telah berlaku di Timur Tengah Empayar Turki

Uthmaniyyah, sebuah empayar Islam yang besar ketika itu mengalami zaman kemerosotan.

Banyak negara di bawah kekuasaannya telah ditakluki oleh kuasa-kuasa Barat seperti

Perancis, British, Yunani dan Rusia. Keadaan itu juga memberi peluang kepada kuasa-kuasa

Barat, khususnya British dan Perancis meluaskan pengaruhnya ke wilayah-wilayah di Timur

Tengah melalui kemajuan mereka dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, sains dan

teknologi. Perkembangan tersebut menimbulkan ancaman dari segi politik, ketenteraan dan

ekonomi kepada Empayar Uthmaniyyah dan lain-lain kerajaan Islam yang kecil. Ini

disebabkan seiring dengan perkembangan tersebut, idea-idea baru dari Barat mula tersebar.

Antaranya, idea nasionalisme yang menyemai perasaan kebanggaan kepada kaum dan mula

mengenepikan soal-soal keagamaan. Idea-idea dan pengaruh nasionalisme dari Barat

kemudiannya tersebar dengan meluas dan meresapi pemikiran bangsa Arab. Pengaruh ini

dapat dilihat dalam bidang kesusasteraan, terutamanya di kalangan Arab Kristian dan Syria.

Ini diikuti dengan seruan-seruan betapa pentingnya perpaduan, keadilan dan semangat

cintakan tanah air yang disebarkan melalui akhbar-akhbar. Mesej yang ingin disampaikan

ialah ketaatan kini harus ditumpukan kepada negara dan bukan lagi kepada agama. (Hourani,

1970:263).

Kemerosotan Empayar Turki Uthmaniyyah

26

Kemerosotan Empayar Turki Uthmaniyyah telah meninggalkan kesan kepada rakyat Turki

yang sebahagian besarnya beragama Islam. Ada antara mereka percaya bahawa kemerosotan

Empayar Uthmaniyyah disebabkan sikap umat Islam di negara itu yang tidak mengambil

berat soal-soal agama. Perkembangan tersebut mendorong kemunculan satu gerakan

pembaharuan yang kuat pada akhir abad ke-19. Gerakan ini bertujuan memulihkan

kepentingan agama Islam di Turki dengan mengembalikan semula zaman kegemilangan

dunia Islam. Gerakan yang dikenali sebagai Fahaman Jamiah Islam menyeru orang Islam di

seluruh dunia bersatu padu menentang ancaman imperialis Barat. Gerakan ini mendapat

sokongan kuat daripada Sultan Turki ketika itu, iaitu Sultan Abdul Hamid II (1876-1909).42

Pada asalnya, dasar British di Mesir sekitar perang dunia pertama didasarkan oleh

‘national interest’ iaitu dari aspek politik, ekonomi dan sosial dari segi agama. Seperti yang

diketahui, negara Mesir merupakan antara negara di Timur Tengah yang kaya dengan hasil

minyak. Kekayaan dari segi ekonomi ini jugalah telah menarik minat British untuk

meluaskan kuasa di Tanah Mesir. Pada awalnya, British menjalankan dasar tidak campur

tangan di Mesir. Dasar ini lebih kepada dasar persahabatan antara kedua-dua pihak. Walau

bagaimanapun, dasar tidak campur tangan yang ditandatangani antara kedua-dua pihak ini

tidak kekal lama apabila British bertindak menukar dasar tersebut kepada dasar perlindungan

iaitu Protectorate Treaties. Sebenarnya perjanjian persahabatan yang telah ditandatangani

dengan para qabilah Arab ini telah bertukar menjadi perjanjian perlindungan sejak tahun

1880-an lagi.43 Tindakan British menukar dasar tersebut adalah disebabkan kemunculan

semula kuasa Empayar Uthmaniyyah di Mesir setelah Empayar Uthmaniyyah menduduki

semula Sana’a pada tahun 1872. Selain daripada itu, faktor lain yang mendorong British

42 Gabor Agoston. Bruce Alan Masters. (2009). Encyclopedia of The Ottoman Empire. Infobase Publishing. Hlm 8.43 C.U. Atchison. (1991). A Collection of Treaties: Engagement and Sanads Relating to India and Neighbouring Countries. Calcutta : Government of India Central Publication Branch. Hlm 129.

27

menukar dasarnya juga adalah disebabkan oleh kuasa asing yang berminat ke atas Mesir

setelah pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869.

Hasil daripada perkembangan imperialisme British telah menggugat kedudukan

Daulat Uthmaniyyah di negara bawah naungannya. British telah mengambil langkah dengan

menukar dasar mereka untuk melindungi kepentingan mereka. Secara tidak langsung,

perubahan dasar yang dilakukan oleh British ini telah membawa British untuk berhadapan

dengan Empayar Uthmaniyyah yang pada yang sama, mereka mempunyai tuntutan terhadap

wilayah-wilayah di Mesir. Tuntutan yang mereka buat adalah berdasarkan sejarah awal

penguasaan mereka di Mesir. Walau bagaimanapun, krisis tuntutan dan kes Aden ini dapat

diselesaikan buat sementara waktu di meja rundingan di London.44 Ini disebabkan hubungan

baik antara Turki dan Istanbul telah terjalin sejak sekian lama. Untuk sementara waktu,

Suruhanjaya Turki-British berhasil menyelesaikan hal yang timbul tentang sempadan.

Perubahan dasar ini juga boleh dikatakan sebagai dasar penguasaan secara langsung tehadap

Mesir. Sehinggalah Perang Dunia Pertama meletus, dasar British di Mesir adalah dasar

berkecuali iaitu sejak tahun 1906 lagi.

Setelah British menguasai Tanah Arab para pemimpin tempatan memberontak dan

tidak menerima sepenuhnya kemunculan semula Empayar Uthmaniyyah. Terdapat beberapa

pemimpin tempatan yang Empayar Uthmaniyyah ingin tundukkan iaitu Imam Syiah

Zaydiyah dan Sayyid Idrisi. Sekitar tahun 1911, Empayar Uthmaniyyah telah

menandatangani satu perjanjian dengan Imam Syiah Zaydiah iaitu Perjanjian Da’an. Melalui

perjanjian ini, kuasa Imam Syiah Zaydiyah diiktiraf oleh Empayar Uthmaniyyah seterusnya

menamatkan sengketa dan permusuhan yang wujud antara kedua-dua pihak.45 Walaupun

44 Abdul Rauh Yaacob. (1993). Kemelut Dunia Islam Moden 1 : sejarah Campur Tangan Inggeris di Arabia Dalam Perang Dunia Pertama. Selangor : Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi. Hlm 4.45 Ibid. Hlm. 5

28

begitu, keadaan berbeza dengan Sayyid Idrisi apabila Uthmaniyyah gagal membuat

perjanjian dengan beliau.

Sebelum ini, British mengamalkan dasar tidak campur tangan di Arabia namun dasar

ini telah berubah apabila pegawai British di Mesir, India dan Istanbul mendapat khabar dan

mengesahkan bahawa Uthmaniyyah akan menyertai perang dengan menyokong Jerman.

Pelbagai reaksi muncul dan Lord Kitchener yang ketika itu memegang jawatan Menteri

Perang telah membuka semula perjanjian dengan Sharif Hussein. Akhirnya, pada September

1914, Lord Kitchener telah membantu Sharif Hussein untuk melepaskan diri dan seterusnya

membantu menundukkan Uthmaniyyah. Empayar Uthmaniyyah telah tergugat akibat

daripada pihak lain yang tidak berpuas hati dengan pemerintahannya dan berniat untuk

menjatuhkannya. Mr. Ronald Stoor juga berjaya memujuk Sharif Hussein untuk berpihak

kepada British namun dengan syarat British melantik beliau sebagai Raja Arab di kawasan

yang dimintanya. Perbincangan berkaitan dengan pembentukan negara Arab seperti yang

diminta Syarif Hussein mengambil masa yang panjang. Kedua-dua pihak ini saling berutus

surat mengenai hal tersebut. Perhubungan surat menyurat ini dikenali sebagai Surat Menyurat

Husayn-MacMahon di mana perjanjian ini, British akan memberikan kemerdekaan kepada

orang Arab sebagai balasan kepada mereka yang membantu British menentang

Uthmaniyyah.46

Kawasan taklukan Uthmaniyyah telah tergugat disebabkan oleh gerakan

pemberontakan Sharif Hussein. Sharif Hussein telah melancarkan gerakan pemberontakan

sebagai tanda sokongan beliau kepada usaha British dalam memerangi Uthmaniyyah pada

tahun 1916.47 Pada tahun 1915, Sharif Hussein telah mendapat persetujuan perwakilan Al-

Ahd dan Al-Fatat di Syria berkaitan dengan hal tersebut dan melantik beliau menjadi wakil 46 Karen Amstrong. (2003). Perang Suci: dari Perang Salib hingga Perang Teluk. Jakarta : Penerbit Serambi. Hlm 160.47 Lois A. Aroian & Richard P.Mitchel. (1991). Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 169.

29

iaitu Raja Arab. Dalam masa yang sama juga, British dan Perancis telah mengadakan

perjanjian sulit yang dikenali sebagai Sykes-Picot Agreements untuk membahagikan kawasan

Uthmaniyyah.48

British hanya mengadakan perjanjian dengan pemimpin Arab bertujuan untuk

melindungi kepentingan mereka di kawasan Aden. Perubahan dasar yang dibuat oleh British

bertujuan untuk menguasai kawasan Arabia agar ia tidak jatuh ke tangan Empayar

Uthmaniyyah. Bukan itu sahaja, British turut melakukan hal sedemikian bagi mengelakkan

penguasaan kuasa Barat yang lain. Ini dapat dilihat daripada perjanjian yang dilakukan

British dengan kuasa Barat lain seperti Perancis dan Russia. British telah mempergunakan

orang Arab dan orang Arab telah tertipu dengan perjanjian yang dibuat antara orang Arab

dengan British. Pelbagai cara telah dilakukan British untuk mendapat sokongan orang Arab

terutama sekali pemimpin Arab dan seterusnya membantu mereka dalam menghadapi

Uthmaniyyah. Semua perjanjian yang dibuat British hanyalah gimik dan taktik British dalam

menaungi hati pemimpin Arab. Walaupun pihak British membuat perjanjian dengan

menjanjikan pelbagai perkara kepada pemimpin Arab, namun mereka sebenarnya belum

bersedia lagi untuk memenuhi permintaan para pemimpin yang diajukan kepada mereka.

British menunjukkan minat mereka untuk campur tangan dalam pentadbiran Uthmaniyyah,

pemimpin dunia umat Islam. Tambahan pula negara Islam sendiri mulai cenderung untuk

mempelajari selok belok kebangkitan negara Eropah dan kejayaan mereka. Dunia Islam

memilih untuk melaksanakan program pembaharuan dengan mencontohi kemajuan Barat

dalam semua bidang iaitu bidang ketenteraan, pendidikan, pentadbiran dan ekonomi.

Gerakan reformasi ala Barat bukan sahaja mengimport budaya dan cara hidup Barat

seperti sekularisme, bahkan mengundang kuasa Barat untuk campur tangan dalam urusan

negara Islam. Mempraktis sistem ekonomi kapitalis Barat bererti menyerah badan dan nyawa

48 Ibid. Hlm 171.

30

negara Islam kepada negara Barat apabila berlakunya kesulitan. Pengalaman Mesir jelas

membuktikannya. Pembabitan dalam sistem kapitalis membawa golongan pemodal Barat

menguasai ekonomi Mesir. Pinjaman bank asing digunakan secara berleluasa dalam

mengendalikan projek prasarana termasuk pembinaan Terusan Suez. Apabila faedah gagal

dibayar oleh kerajaan Mesir, bukan sahaja terpaksa diisytiharkan bankrap bahkan British

mengambil peluang ini untuk menjajah Mesir demi menjaga kepentingan golongan kapitalis

Barat dan saham British dalam Terusan Suez.

Rampasan kuasa oleh Cromer

British telah mengawal dan menguasai dari pelbagai aspek seperti menyeliakan ketenteraan,

pertanian, pentadbiran dan perundingan dasar luar Mesir. Ia memberi kuasa kepada British

untuk mengawal aspek kesihatan, pendidikan, komunikasi dan percukaian. Cukai ke atas

tembakau, landasan kereta api, import melalui laut dan juga ke atas cukai tanah baru dan

kecekapan mengutip hasil menyumbang kepada peningkatan keuntungan. Cromer

mempunyai niat untuk memansuhkan penyalahangunaan kuasa oleh tuan-tuan tanah di luar

bandar dan untuk memperbaiki keadaan hidup ramai petani di Mesir. Beliau mengambil

contoh pemansuhan perbuatan merotan dan buruh kerahan sebagai dua kejayaannya yang

paling bermakna.49

Di bawah Cromer, penanaman kapas diperluaskan untuk mengeluarkan lebih banyak

bahan mentah tersebut untuk kilang Inggeris dan membawa wang tunai ke Mesir. Penyiapan

Empangan Aswan (1902) membolehkan lebih banyak tanah digunakan untuk pertanian

dengan sistem pengairan sepanjang tahun. Seperti yang dihasratkan oleh British, Cromer

menguruskan kewangan Mesir dengan cekap sehingga berupaya mengurangkan hutang

negara, malah menghasilkan lebihan pendapatan.50 Perkhidmatan kesihatan menjadi semakin

49 Evelyn Baring. (1908). Modern Egypt, Vol II. London : Macmillan. Hlm 250.50 Hibba Abugideiri. (2010). Gender and The Making Of Modern Medicine In Colonial Egypt. Farnham : Ashgate Publishing, Ltd. Hlm 55.

31

baik dan jumlah penduduk bertambah. Di samping empangan, British juga membina

penampan air sungai dan keperluan-keperluan awam lain. Landasan kereta api dipanjangkan

dua kali ganda pada masa zaman penjajahan. Dasar-dasar British menggalakkan

pembahagian hak milik ladang-ladang yang besar. Sejarawan menganggapnya sebagai salah

satu kejayaan penjajah.

Kesan Ekonomi

Perkembangan ini mungkin mencerminkan dasar-dasar British, tetapi ia tidak semestinya

mewakili kemajuan atau usaha untuk memperbaiki kebajikan rakyat Mesir. Tuan-tuan tanah

terus mempunyai banyak kuasa untuk mengawal petani. Tanah yang subur daripada beberapa

ladang besar yang dibahagikan diberikan kepada golongan atasan dan bukan kepada petani

yang miskin. Dengan memperluaskan penggunaan tanah untuk penanaman kapas, Mesir

untuk pertama kalinya perlu mengimport makanan. Jarak landasan kereta api yang berganda

juga menyebabkan kemerosotan perdagangan melalui sungai dan mengakibatkan kesesakan

jalan bukan disebabkan oleh kemalangan tetapi oleh pendekatan yang bertujuan

mengembangkan kepentingan perdagangan British. Tambahan pula landasan itu tidak

menghubungkan negara Mesir dengan negara lain. Perdagangan persinggahan melalui darat

yang merintangi Sudan ke Mesir dipesongkan dari Iskandariah ke Pelabuhan Sudan yang

baru dibina.51 Ini mengancam pedagang Mesir. Dasar-dasar British menghalang

pembangunan perindustrian bagi mengelakkan meningkatnya saingan untuk mendapatkan

bahan mentah daripada dieksport ke kilang-kilang di British.

Pengabaian Pendidikan

Pada masa pendudukan British di Mesir, dasar-dasar digubal dengan sengaja untuk

menghalang rancangan pendidikan yang dimulakan oleh Isma’il. British lebih suka

51 Don Peretz. (1994). The Middle East Today: Sixth Edition. United States : Greenwood Publishing Group. Hlm 217.

32

memberikan pendidikan kuttab dan pendidikan khusus kepada penduduk tempatan untuk

memenuhi keperluan asas birokrasi tetapi ia tidak akan menyebabkan penentangan

kebangsaan seperti apa yang berlaku di India.52 Segelintir guru yang terlatih dihantar ke

England dengan andaian bahawa mereka akan pulang ke tanah air sebagai penyanjung

tamadun British. Walaubagaimanapun, rancangan seperti ini hanya melibatkan sebilangan

kecil sahaja rakyat dan gagal mencapai kesan yang diharapkan.

Pengabaian pendidikan oleh British menimbulkan kesan yang bertentangan dengan

apa yang dijangkakan. Rakyat Mesir dengan perbelanjaan mereka sendiri menghantar

penuntut bukan ke England tetapi ke Perancis (sebuah negara yang menyokong nasionalis

Mesir sehingga diwujudkan kembali persefahaman Inggeris-Perancis pada tahun 1904).

Pengabaian terhadap pendidikan menengah dan tinggi oleh kerajaan juga meningkatkan

pendidikan swasta. Cromer dan rakan-rakannya tidak mempedulikan hakikat bahawa

pendidikan tajaan kerajaan merupakan satu-satunya peluang orang Islam yang miskin bagi

memperbaiki taraf hidup mereka kerana sekolah-sekolah asing dan swasta kebanyakannya

masih disediakan untuk orang Kristian dan Yahudi.53

Dengan ketiadaan satu rancangan pendidikan menengah dan tinggi, perkembangan

pendidikan kuttab tidak akan memajukan kerjaya mereka yang miskin, penduduk pribumi dan

orang Islam di luar bandar. Mereka boleh melanjutkan pelajaran ke Al-Azhar jika bernasib

baik atau mungkin mendapat jaminan untuk meningkatkan taraf hidup selepas menamatkan

pendidikan dari Darul Ulum, tetapi Cromer membiarkan Darul Ulum terus tidak berkembang

kerana hanya terdapat sedikit sahaja sekolah kebangsaan yang boleh diajar oleh para

siswazahnya.

52 Jakob Skovgaard-Petersen. (1997). Defining Islam for the Egyptian State : Muftis and Fatwas of the Dar Al-Ifta. New York : Brill. Hlm 39.53 Mohammad Redzuan Othman. 1991. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 137.

33

KHAIRIN BIN SHAREP (D20112052048)

KABURNYA KUASA UTHMANIYAH TERHADAP MESIR

Kes Terusan Suez

Tahun-tahun berikutnya apabila Muhammad Ali melaksanakan pelbagai pembaharuan

di Mesir serta meluaskan kuasanya di daerah Levant iaitu di pesisir pantai Syria dan Lubnan,

British mula menekan Sultan Turki Uthmaniyah agar tentera Muhammad Ali pulang ke Mesir

dan mengembalikan Syria kepada Sultan pada tahun 1840. Pada 1841, Rusia dan British

bersepakat untuk memperbolehkan Muhammad Ali mendirikan regim turun-temurun di

Mesir. Pada abad ke 19, kerjasama Eropah bersetuju dari segi ideologi utk mengekalkan

kuasa elit sah (legitimist elit) pada peringkat dalam negeri disamping bersetuju berhubung

keperluan untuk keamanan dan kestabilan antarabangsa.54 Mereka melemahkan pengaruh

Muhammad Ali di Mesir dalam pemberontakannya terhadap Empayar Uthmaniyah pada

tahun 1839 hingga 1841, ditambah penggantinya yang lemah Abbas Hilmi I dan Muhammad

Said. Bermula pada lewat 1840 an, perusahaan kapitalis Eropah semakin rancak ditubuhkan

dengan perkembangan kapasiti dan lingkungan pengaruhnya.55 Minat British terhadap Mesir

mula meluap lanjutan pencarian bahan mentah dan pasaran baru di Mediterrenean khususnya

di Mesir bagi menampung keperluan kapasiti industri British yang semakin bertambah.

Hingga tahun 1878, Inggeris dan Rusia saling berebut pengaruh.56 Rusia bercita-cita untuk

menakluk wilayah kekuasaan Turki Uthmaniyah yang terdapat di semenanjung Balkan serta

berkeinginan untuk mewujudkan kawalan terhadap Mediterranean. Hal ini mendorong British

54 Richard Rosecrance. 2009. Kebangkitan Negara Maya: Kekayaan dan Kuasa pada Abad Mendatang. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Hlm 107.55 M.W.Daly. 1998. The Cambridge History Of Egypt, Volume 2. United Kingdom: Cambridge Universiity Press. Hlm 181.56Dr. Syafiq A Mughni. 1997. Sejarah Kebudayaan Islam di Kawasan Turki. Pamulang Timur, Ciputat: Logos Wacana Ilmu. Hlm 115.

34

mula mainkan peranannya di Mesir dengan melibatkan diri dalam masalah pentadbiran yang

dihadapi Ismail Pasha iaitu penguasa keturunan Muhammad Ali.

Ismail Pasha bergelut dengan krisis hutang yang melambung apabila dia berusaha

untuk membuat pembaharuan dan pemodenan di Mesir menerusi projek-projek mega seperti

pembinaan landasan keretapi dan membeli kilang memproses gula. Menurut Robert Hunter

dalam Egypt Under The Khedives, pada 11 Jun 1873, kerajaan Mesir telah membuat

pinjaman paling besar iaitu 32 Juta Pound Sterling. Perolehan cukai melalui sistem pinjaman

Muqabala dan Ruznameh belum cukup untuk membayar balik hutang-piutang kerajaan Mesir

terhadap bank-bank milik Eropah. Sehubungan dengan itu, Ismail memutuskan untuk

menjual sahamnya dalam Terusan Suez. Benjamin Disraeli yang merupakan Perdana Menteri

Britain ketika itu telah membeli saham dalam terusan Suez demi memelihara peranannya

menguasai jalan perdagangan utama dunia. Ferdinand de Lesseps (jurutera Perancis) dan

Perancis membina Terusan Suez berdasrkan objektif British yang mana kawalan trafiknya

adalah 80% dibawah kelolaan British.57

Apakah tindakan Kerajaan Turki di Istanbul terhadap situasi ini? Sungguhpun Mesir

masih lagi dianggap sebagai wilayah dalam Uthmaniyah, secara rasminya pada tahun 1860 ia

berfungsi bebas sepenuhnya.58 Pada 30 Januari, 1863, Ismail Pasha mengeluarkan firman,

melarang penggunaan buruh paksa di terusan. Kerajaan Turki telah menghantar nota, di mana

ia dibuat pengesahan konsesi tertakluk kepada pengharaman penggunaan buruh paksa di

terusan dan menuntut pulangan tanah beri hakmilik bagi manfaat syarikat. Kerajaan Turki

beranggapan pembinaan Terusan Suez ini akan memanfaatkan Daulah Uthmaniyah dari segi

perkongsian dalam bidang ekonomi, namun campur tangan British dalam pentadbiran Mesir

memunahkan harapan itu, apabila British menjadi pemegang saham tunggal terbesar Terusan 57 M.W.Daly. (1998). The Cambridge History Of Egypt, Volume 2. United Kingdom: Cambridge Universiity Press. Hlm 219.58 Stefan Illich. (2007). Dissertation of German Imperialisme In The Ottoman Empire Ottomen Empire: A Comparative Study. Hlm 90.

35

Suez. Tidak cukup dengan itu, masalah lain juga timbul ke atas Daulah Uthmaniyah apabila

berlaku krisis pemberontakan di Bosnia Herzegovina 1876 menentang kekuasaan Turki

Uthmaniyah di sana dan tuntutan kemerdekaan oleh masyarakat Balkan. Tekanan yang begitu

hebat ini tidak memungkinkan Kerajaan Turki Uthmaniyah membantu Mesir malah terpaksa

akur tindakan pihak British yang menyuruh status international diakui pada tahun 1888 oleh

Konvension Konstantinople, sebuah perjanjian ditandatangani oleh negara besar Eropah dan

Daulah Uthmaniyah.

Kes Kebankrapan Ismail

Detik kebankrapan Mesir bermula sejurus British menguasai saham terbesar Suez.

Pada 8 April 1875, Ismail Pasha membuat penangguhan bayaran pinjaman dan

mengumumkan Mesir telah bankrap. Hutang terbesar kerajaan Mesir adalah pada Fruhling &

Goshen milik British. Pada 1876 masalah bankrup telah memaksa Kedif Ismail menerima

caisse de la dette publique (public debt commision).59 Suruhanjaya tersebut dijawat oleh dua

pengawal kewangan (Dual Control) yang terdiri dari orang British dan Perancis dalam

kerajaan. Suruhanjaya ini berperanan mengendalikan hutang-hutang Mesir yang dibuat oleh

Ismail khususnya terhadap bank-bank Eropah. Pada masa sama, Kerajaan Turki Uthmaniyah

pula bergelut dengan hutang dalam Imperial Ottomen Bank kepunyaan Sultan Uthmaniyah

dan Eropah. Pegawai tertinggi kerajaaan Uthmaniyah sebelum itu melahirkan rasa tidak puas

hati terhadap Sultan kerana pelaburan yang dibuat oleh sebuah bank Eropah ke dalam

Imperial Ottomen Bank telah menjadikan mereka (pihak Eropah) berkuasa mengawal semua

pendapatan Daulah Uthmaniyah. Bantahan tersebut menyebabkan Sultan terpaksa membuat

penyemakan hubungan antara Daulah Uthmaniyah dengan bank itu. Eropah pula tidak

59Paula Sanders. (2008). Creating Medieval Cairo: Empire, Religion, and Architectural Preservation in Nineteenth-Century Egypt. Cairo: The American University in Cairo. Hlm 9.

36

melayani tuntutan Sultan yang mahu pengaruh bank luar dikurangkan, sebaliknya terus

mengembangkan matlamat imperialis kewangan mereka selepas Sultan gagal menjelaskan

hutang dalam Imperialis Ottomen Bank pada tahun 1875. Lantaran itu kuasa Eropah

menubuhkan Ottoman Public Debt Administration kononnya bagi menguruskan bebanan

hutang yang dibuat kerajaan Daulah Uthmaniyah, rupa-rupanya matlamat sebenar mereka

adalah untuk memanjangkan kuasa imperialisnya dalam bank tersebut seperti yang

dinyatakan oleh Niles Stefan Illich (2007).

Penerimaaan Public Debt Commision oleh Ismail adalah disebabkan kegagalannya

mengurus kewangan Mesir dengan baik. Justeru British mengambil peluang melalui

penubuhan badan tersebut sebagai satu cara untuk membolot ekonomi Mesir, manakala

Kerajaan Daulah Uthmaniyah di Istanbul turut menerima kesan dengan tertubuhnya Ottomen

Public Debt Administration. Jadi, adalah mustahil untuk Kerajaan Sultan di Istanbul

menawarkan bantuan kepada Ismail kerana Sultan sendiri menghadapi masalah hutang

dengan kuasa Eropah. Dual Control di Mesir turut berjaya mendesak Sultan Uthmaniyah

memecat Ismail kerana beliau cuba melawan arahan mereka. England dan Perancis cuba

untuk memanfaatkan pengaruh mereka ke atas Mesir untuk mencekik Empayar

Uthmaniyah.60 Mereka merancang untuk menawarkan pinjaman bagi mengurangkan bebanan

hutang Mesir menerusi Persidangan Antarabangsa yang diadakan di Istanbul dengan syarat

Sultan Uthmaniyah sanggup untuk menanggung kesemua liabiliti terhadap tawaran tersebut.

Sultan Abdul Hamid (1876-1908) menolak tawaran tersebut kerana menurutnya, taktik itu

adalah salah satu cara untuk memerangkap Daulah Uthmaniyah dibawah pimpinannya untuk

terus jatuh dengan mempergunakan Mesir sebagai subjek mereka. Tindakan Sultan ini harus

dipuji, sekiranya Sultan menerima tawaran tersebut tidak mustahil bagi kuasa Eropah

60 http://historyofislam.com/contents/onset-of-the-colonial-age/egypt-and-the-suez-canal/ Diperoleh pada 25 Oktober 2012.

37

mencengkam pentadbiran kerajaan Turki di Istanbul sekaligus mengawal wilayah Daulah

Uthmaniyah.

Kabinet Eropah, Produk British

Selepas pengumuman Mesir muflis, Ismail Pasha hilang kawalan ke atas hartanah

keluarga dan kabinetnya sendiri kerana Bogos Nubar menubuhkan kabinet Eropah dengan

menempatkan orang Inggeris di bahagian kewangan dan Perancis dalam pentadbiran awam.61

Sir Evelyn Baring (lebih dikenali sebagai Lord Cromer) merupakan seorang pegawai British

yang memulakan dominasi pentadbiran secara langsung di Mesir sebagai consul jeneral.

Dalam satu akaunnya mengenai persoalan Why Britain Acquired Egypt in 1882, Cromer

menyatakan ia adalah satu contoh baik dalam political imperialisme, kita memang tidak

mahu tempat yang teruk, tetapi jika kita tidak mengambilnya, orang lain akan mengambilnya

dan seluruh saki baki kuasa dalam kawasan tersebut akan dipunahkan. Penguasaan British

dalam pentadbiran Mesir sememangnya merugikan Daulah Uthmaniyah. Sebelum Mesir

dikuasai British, kerajaan Turki Uthmaniyah memperkuat Mesir dengan tentera Janissari dan

menempatkan komanden tentera dan gabenor disana untuk mensentralisasikan kekuasaan.62

Tindakan tersebut membolehkan kerajaan Turki Istanbul mengumpul dana dalam

pembendaharaan bagi membantu wilayah Daulah Uthmaniyah lain yang memerlukan

peruntukan pembangunan.

Kuasa kerajaan Turki untuk mempertahankan empayarnya kian lemah apabila kuasa

Eropah tidak henti-henti menceroboh Daulah Uthmaniyah yang lain seperti Mesir.

Terputusnya pemberian dana dan penglibatan British dalam kabinet Mesir menyebabkan

kerajaan Turki terpaksa memberi kemerdekaan kepada bangsa Bulgaria, Serbia, Rumania,

61M.W.Daly. (1998). The Cambridge History Of Egypt, Volume 2. United Kingdom: Cambridge Universiity Press. Hlm 219.62 Dr. Syafiq A Mughni. (1997). Sejarah Kebudayaan Islam di Kawasan Turki. Logos Wacana Ilmu: Pamulang Timur, Ciputat. Hlm 76.

38

dan Montenegro melalui perjanjian San Stefano yang dibuat bersama Rusia pada tahun

1877.Walaupun Kedif/khedwi (gelaran gabenor Turki di Mesir) tetap merupakan pemerintah

rasmi Mesir, namun Cromer dan penggantinya bertindak seolah-olah merekalah yang

berkuasa.63 Dalam bidang pertanian, Cromer menyekat penyalahgunaan kuasa oleh tuan tanah

diluar bandar dengan cara memansuhkan perbuatan merotan dan kerahan buruh bagi

memperbaiki kehidupan petani. British turut menghantar tentera Mesir ke Sudan dibawah

arahan pegawai Inggeris William Hicks untuk menakluk wilayah itu kerana melakukan

penindasan ke atas Turki-Mesir serentak dengan kemerosotan Mesir di akhir pemerintahan

Ismail Pasha. Kekalahan dan perbelanjaan peperangan yang besar menyebabkan Kerajaan

Turki Uthmaniyah meminta Inggeris berundur dari Mesir menerusi perjanjian. Perjanjian itu

dirundingi oleh oleh Sir Henry Drummond dan Sultan Abdul Hamid II.64 British mengiktiraf

kedaulatan Uthmaniyah ke atas Mesir dan perlu membayar ufti kepada Sultan selepas

perjanjian sementara Oktober 1885 ditandatangani. Walaupun British masih lagi diberi ruang

waktu menduduki Mesir, ketuanan Uthmaniyah keatas daulahnya itu tetap perlu diakui

British melalui perluasan pengaruh oleh Uthmaniyah ke atas Mesir dan masyarakatnya

terutama dalam kalangan orang Turki-Circassia dan penduduk elit tempatan yang sering pergi

ke Istanbul.

Lindungan British (British Protectorate) 1882, Membangkitkan Arab

Tahun 1880-an merupakan episod rancak berlaku dalam masyarakat Mesir apabila

British Protectorate telah ditubuhkan. Nasionalis Mesir dan pejuang islam menyalahkan

Britain untuk kemiskinan dan kekurangan pembangunan negara. Mereka beranggapan

pemerintah kedif gagal menyelesaikan masalah dalaman Mesir apabila melibatkan British

secara langsung soal pentadbiran. Antara Februari dan September 1881, Urabi dengan cepat 63 Mohamad Redzuan Othman. (1991). Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka. Hlm 133.64 Mohamad Redzua Othman. (1991). Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka. Hlm 134.

39

muncul daripada seorang kolonel kepada ahli politik kebangsaan.65. Slogan Mesir untuk

Mesir menjadi tunjang kepada perjalanan Pemberontakan Urabi. Menurut M.W.Daly (1998)

ia disebut pemberontakan atau revolusi kerana melibatkan orang awam dalam pergerakan

yang meluas. Urabi dan pejuang kebangsaan yang lain cuba untuk merombak entiti kewangan

Anglo-French dan penguasaan politik yang dimonopoli Turki-Circassia ke atas kepegawaian

tertinggi ketenteraan serta autoriti Kedif Taufik. Pada masa sama, Taufik Pasha sendiri

berada dalam bahaya. Nasionalis membawa rusuhan di Alexandria dan pelabuhan bandar-

bandar lain. Ini bukan sahaja mengancam Taufik Pasha, malah orang Eropah yang tinggal di

sana.66 Lantaran itu beberapa kumpulan membuat keputusan bercerai daripada gabungan

revolusioner. Britain dan Perancis menghantar kapal perang bagi menyekat Alexandria.

Tentera British mendarat dan membedil bandar-bandar besar di pelabuhan sekaligus

mengalahkan serangan pemberontakan Urabi yang akhirnya mengisytiharkan Mesir sebagai

wilayah lindungan British pada tahun 1882. Kolonel Ahmad Urabi memberi namanya untuk

sebuah pemberontakan yang mencabar dinasti Muhammad Ali dan Kuasa Eropah. Tetapi

pemberontakan tersebut gagal dengan pendudukan British, dan pengurangan kuasa Kedif

sebagai boneka.67 Jauh disudut hati Kedif Mesir, mereka memang mendambakan bumi

mereka aman walaupun dipayung Khalifah Uthmaniyah sebagai satu waris Empayar Islam

yang agung. Namun kekurangan ditonjolkan oleh para kedif terutamanya yang tidak bersedia

memegang tampuk pemerintahan seperti Kedif Taufik dan bebanan masalah tinggalan kedif

sebelumnya memburukkan lagi keadaan. Pertumbuhan kuasa British di Mesir adalah satu hal

yang rumit. Satu faktor di sini adalah disebabkan hubungan diplomatik antara Sultan di

Constantinople dan kuasa Eropah yang lain. Kemunculan pemikir Islam Mesir seperti Sayyid

65 M.W.Daly. (1998). The Cambridge History Of Egypt, Volume 2. United Kingdom: Cambridge Universiity Press. Hlm 225.66 http://histclo.com/country/other/egypt/ceh-prot.html . Diperoleh pada 27 Oktober 2012.

67M.W.Daly. (1998). The Cambridge History Of Egypt, Volume 2. United Kingdom: Cambridge Universiity Press Hlm 217.

40

Jamaludin Al-Afghani yang memperjuangkan kebebasan bangsa dari pengaruh barat seperti

British membawa kesan besar terhadap Daulah Uthmaniyah. Pengembaraanya ke Istanbul

dan menyuarakan pandangan mengenai pan-islam telah menarik minat pemerintah Turki.

Sultan Abdul Hamid II menjadi simbol rasmi pan-Islamisme, satu pergerakan yang bertujuan

untuk menyatukan semula dunia Islam dibawah dibawah seorang khalifah.68 Afghani

menghabiskan 8 tahun berdakwah dan mengajar di Mesir menyebarkan idea-idea beliau dan

pan-Islamisme dengan meluas sekali. Hal ini menimbulkan satu tempias positif kepada Sultan

Abdul Hamid II bagi menambahkan kekuasaan serta mengekalkan Daulah Uthmaniyah.

Konsep Khalifah yang dijulang Sultan Turki mendapat tempat dalam hati masyarakat Islam

dibawah empayarnya. Menerusi usaha Sultan Abdul Hamid II membina landasan kereta api

di Hijaz menimbulkan reaksi baik masyarakat Islam khususnya dalam Daulah Uthmaniyah

sendiri kerana memudahkan perjalanan para jemaah haji kerana ke tanah haram M

68 Mohamad Redzua Othman. (1991). Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka. Hlm 124.

41

42

ekah dan Madinah serta penghantaran perisik ke kawasan Islam yang jauh. Keadaan

Mesir yang pada ketika itu dipenuhi dengan cambahan idea perjuangan Islam oleh para ulama

bermula dengan Jamaludin Al-Afghani, kemudian bersambung pula dengan pemikir Islam

seperti Muhammad Abduh dan Sayyid Redha, membuka mata masyarakat Daulah

Uthmaniyah untuk sama-sama bangkit menentang kuasa luar seperti British daripada terus

menyebarluaskan ideologi dan dakyah sekular barat yang menjadi isu hangat dalam kalangan

ulama pelbagai mazhab. Dikalangan penulis Islam pula, Abdul Rahman al-Kawakibi (1849-

1903) adalah perintis nasionalisme Arab kerana beliau menggalakkan pemulihan semula

sistem khalifah Arab yang bertentangan sistem khalifah orang Turki Uthmaniyah.69Tetapi

beliau merungsingkan Sultan Abdul Samad II kerana dia mengagungkan bangsa Arab

daripada Turki meyebabkannya melindung diri ke Mesir.

KESIMPULAN

Pengaruh British keatas Mesir telah memberi kesan yang amat besar ke atas kerajaan Daulah

Uthmaniyyah. Demi menjaga kepentingannya British telah campurtangan dalam pentadbiran

Mesir. Hal ini bagi memastikan kuasa kolonial barat lain seperti Rusia dan Perancis tidak

dapat menguasai Mesir. Pada ambang kedatangan British secara umumnya Mesir dilaporkan

berada dalam keadaan yang tidak stabil serta berlaku kemerosotan dalam aspek

politik,ekonomi dan sosial. British juga terlibat secara langsung dalam kemerdekaan Mesir

iaitu dengan menetapkan beberapa syarat. Hal ini menunjukkan kuasa imperialisme British

keatas Mesir seperti kuasa-kuasa Eropah yang lain.

Ekoran penglibatan kuasa imperialisme British ke atas Mesir,banyak peristiwa yang

telah berlaku yang menyebabkan kerugian kepada kerajaan kerajaan Daulah Uthmaniyyah

dan kuasa Islam. Daulah Uthmaniyyah telah kehilangan banyak tempat yang penting dan

kehilangan kuasanya ke atas Mesir. Hal ini dapat dilihat apabila kuasa-kuasa barat seperti 69 Ibid 131.

43

British, Rusia dan Perancis bersetuju melantik Mehmet Ali sebagai sebagai pemerintah di

Mesir. Keadaan ini sebenarnya telah menguntungkan pihak barat bagi menjaga kegiatan

ekonomi dan dapat menguasai jalan-jalan penting perdagangan Laut Mediteranium.

BIBLIOGRAFI

44

Dr. Syafiq A Mughni. (1997). Sejarah Kebudayaan Islam di Kawasan Turki. Logos Wacana Ilmu: Pamulang Timur, Ciputat

Grey kpd. Mallet, Duta British di Istanbul, 29 Ogos 1914, FO 371/2138.

Jakob Skovgaard-Petersen. (1997). Defining Islam for the Egyptian State : Muftis and Fatwas of the Dar Al-Ifta. New York : Brill

Kitchener kpd.Grey, 24 September 1914, FO 371/2139.

M.W.Daly. (1998). The Cambridge History Of Egypt, Volume 2. United Kingdom: Cambridge Universiity Press

Mohamad Redzua Othman. (1991). Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Stefan Illich. (2007). Dissertation of German Imperialisme In The Ottoman Empire Ottomen Empire: A Comparative Study.

Viceroy kpd.Kementerian Hal Ehwal Luar, 1 September 1914, FO 371/2139.

http://histclo.com/country/other/egypt/ceh-prot.html . Diperoleh pada 27 Oktober 2012

http://historyofislam.com/contents/onset-of-the-colonial-age/egypt-and-the-suez-canal/ Diperoleh pada 25 Oktober 2012

45

KURSUS:

HSI 3023 – ISLAM DI ASIA BARAT ABAD KE-19 HINGGA 20

PENSYARAH: DR. NAZIRAH LEE

SOALAN: 02

TAJUK TUGASAN KUMPULAN:

NILAIKAN PENGARUH BRITISH DI MESIR DAN KESANNYA KEPADA UTHMANIYAH

GROUP: A

AHLI KUMPULAN:

MOHD HAKIMI BIN HASSAN :D20112052057 KHAIRIN BIN SHAREP :D20112052048 MUHAMAD HASHIR BIN MAT ZAIN :D20112052063 MUHAMMAD HAFIZ BIN DAUD :D20112056401 MOHD JASMI BIN JOHARI :D20112052046

Jabatan Sejarah Fakulti Sains Kemanusiaan

46