akta paten 1983 dan peraturan paten … · web view... pendedahan secara lisan, melalui penggunaan...

33
AKTA PATEN 1983 DAN PERATURAN PATEN 1986 : SEJAUHMANA HALANGAN KANDUNGANNYA KEPADA PEMBANGUNAN TEKNOLOGI NEGARA KANDUNGAN MUKA SURAT --------------------------------------------------- ----------------------------------------- MUQADDIMAH 1 PINDAAN TERBARU AKTA PATEN 1993 & PERATURAN PERATURAN PATEN 1995 5 TUJUAN 9 OBJEKTIF 10 METODOLOGI 11 KAEDAH PENYELIDIKAN 11 RINGKASAN OPERASI INSTITUSI PATEN 14 DI MALAYSIA PROSIDUR PEMBERIAN PATEN DAN PERAKUAN 17 PERBAHARUAN UTILITI HALANGAN KANDUNGAN AKTA PATEN 1983 DAN 21 PERATURAN PATEN 1986 SEKSYEN 11 24 SEKSYEN 13 25 SEKSYEN 16 28 SEKSYEN 17 28 SEKSYEN 20 31 SEKSYEN 30A 33 SEKSYEN 31(2) 34 SEKSYEN 35 35 KELEMAHAN INSTITUSI PATEN 35 FEE 36 1

Upload: dotram

Post on 07-May-2019

278 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: AKTA PATEN 1983 DAN PERATURAN PATEN … · Web view... pendedahan secara lisan, melalui penggunaan atau apa-apa cara yang lain, sebelum daripada tarikh keutamaan bagi permohonan paten

AKTA PATEN 1983 DAN PERATURAN PATEN 1986 : SEJAUHMANA HALANGAN KANDUNGANNYA KEPADA

PEMBANGUNAN TEKNOLOGI NEGARA

KANDUNGAN MUKA SURAT--------------------------------------------------------------------------------------------

MUQADDIMAH 1

PINDAAN TERBARU AKTA PATEN 1993 & PERATURAN

PERATURAN PATEN 1995 5

TUJUAN 9

OBJEKTIF 10

METODOLOGI 11

o KAEDAH PENYELIDIKAN 11o RINGKASAN OPERASI INSTITUSI PATEN 14

DI MALAYSIAo PROSIDUR PEMBERIAN PATEN DAN PERAKUAN 17

PERBAHARUAN UTILITI

HALANGAN KANDUNGAN AKTA PATEN 1983 DAN 21 PERATURAN PATEN 1986

o SEKSYEN 11 24o SEKSYEN 13 25o SEKSYEN 16 28o SEKSYEN 17 28o SEKSYEN 20 31o SEKSYEN 30A 33o SEKSYEN 31(2) 34o SEKSYEN 35 35o KELEMAHAN INSTITUSI PATEN 35o FEE 36

RUMUSAN DAN CADANGAN 38

NOTA HUJUNG 42

RUJUKAN 43

1

Page 2: AKTA PATEN 1983 DAN PERATURAN PATEN … · Web view... pendedahan secara lisan, melalui penggunaan atau apa-apa cara yang lain, sebelum daripada tarikh keutamaan bagi permohonan paten

LAMPIRAN I, II, III, IV

ABSTRAKTugasan ini cuba meneliti isu berkenaan Akta Paten 1983 dan Peraturan Paten 1986 dan persoalan sejauhmana kandungannya memberi halangan dan hambatan kepada pembangunan teknologi negara. Fokus perbincangan akan menjurus kepada penilaian teknikal seksyen-seksyen di dalam Akta Paten 1983 yang didapati menghambat atau ada kebarangkalian mengekang pembangunan negara dengan disokong oleh fakta dan bukti 1prima facie daripada maklumat primier yang diceduk daripada undang-undang statute, kes-kes duluan (precedent) dan 2obiter dicta (legal opinion) yang relevan dan munasabah. Kupasan ini juga akan merujuk kepada isu– isu mutakhir yang menyokong pernyataan tersebut, sekaligus membuat perbandingan pengurusan perundangan paten di negara maju. Artikel ini cuba memberikan saranan dan stimulasi yang terbaik dalam menguatkuasakan Akta Paten 1983 dan Peraturan Paten 1986 tanpa menjejaskan kerancakan pembangunan teknologi negara.

1.0 MUQADDIMAHSesungguhnya, undang-undang paten adalah suatu undang-undang yang direkabentuk bagi memberikan hak monopoli kepada perekacipta yang berjaya menghasilkan ciptaan baru. Bahagian ini akan membincangkan perkembangan Dasar Teknologi Paten di Malaysia. Dasar Teknologi Paten bersandarkan kepada undang-undang paten yang memberikan hak perlindungan eksklusif iaitu status monopoli kepada pereka cipta yag berjaya menghasilkan ciptaan terbaru berasaskan kepada teknologi paten. Menurut seksyen 12 Akta Paten 1983, rekacipta merupakan satu idea daripada perekacipta di mana dapat memberikan satu penyelesaian praktikal kepada satu masalah tertentu di dalam bidang teknologi. Akta Paten 1983 (Akta 291) mulai berkuatkuasa di Malaysia pada 1 Oktober 1986. Sebelum itu, perlindungan paten adalah di bawah peraturan-peraturan berikut :-

The Registration of United Kingdom Patents Ordinance 1951. The Patent Ordinance Of Sarawak. The Registration Of United Kingdom Patents Ordinance Of Sabah. The Patents (Rights of Government) Act 1967.

Pada ketika itu, undang-undang paten Malaysia adalah tertakluk kepada Akta Paten United Kingdom 1951(Akta 215) dan cara untuk mendapatkan perlindungan paten di Malaysia dengan memperolehi kelulusan paten di UK dan kemudiannya mendaftarkannya semula di Malaysia. Oleh itu, undang-undang yang terpakai bagai kes paten di Malaysia adalah tertakluk kepada Akta Paten 1951 dan undang-undang paten United Kingdom dianggap 3mutatis mutandis. Bagi mendapatkan perlindungan paten di Malaysia, permohonan berasingan perlu difailkan bagi Malaya, Sabah dan Sarawak, dalam tempoh 3 tahun dari tarikh pemberian paten di United Kingdom. Suatu paten yang didaftarkan di bawah Ordinan tersebut hendaklah masih sah di United Kingdom. Akta paten

2

Page 3: AKTA PATEN 1983 DAN PERATURAN PATEN … · Web view... pendedahan secara lisan, melalui penggunaan atau apa-apa cara yang lain, sebelum daripada tarikh keutamaan bagi permohonan paten

ditubuhkan di Malaysia pada 1983 dan telah melalui pindaan pada 1986 yang kemudiannya disebut sebagai Akta Paten (Pindaan) 1986. Seterusnya, melalui peruntukan seksyen 87 Akta Paten 1983, membenarkan Peraturan-Peraturan Paten 1986 ditubuhkan dan berkuatkuasa pada 1 Oktober 1986.

Malaysia telah menjadi ahli kepada Konvensyen Paris (1883) yang bertujuan bagi memelihara harta intelek perindustrian(Industrial Intellectual Property) pada 1 Januari 1989 dan Konvensyen Berne bagi memelihara kerja-kerja sastera dan artistik serta turut telah menandatangani perjanjian di bawah Trade Related Aspects of Intellectual Property Rights (TRIPS). Selanjutnya Akta Paten 1983 dipinda lagi oleh Akta Paten (Pindaan) 1993 (Akta A863) dan berkuatkuasa pada 1 Ogos 1995 tujuannya dikategorikan seperti berikut :-

Memperbaiki pemprosesan dalam kelulusan permohonan paten. Bagi menyelaraskan Akta Paten supaya selaras dengan Konvensyen

Paris. Bagi memudahkan pentadbiran sistem paten. Memperkenalkan hak-hak baru yang bersangkutan dengan hal-hal

paten.

Manakala Peraturan Paten 1986 dipinda pula oleh Peraturan Paten (Pindaan) 1995 yang dikuatkuasakan pada 1 Ogos 1995. Status terkini Akta Paten 1983, pindaan terbaru telah dibuat bagi menyesuaikan kandungannya supaya selaras dengan Perjanjian TRIPS dan telah pun diluluskan di Parlimen tetapi belum terpakai(applicable) dan diwartakan lagi di negara ini. Selain dari itu, akta paten ini juga memperkenalkan suatu perlindungan yang dikenali sebagai perakuan perbaharuan utiliti seperti tercatat di bawah seksyen 17 menurut akta ini. Pemberian paten dan perakuan utiliti ini hanya diberi perlindungan di Malaysia sahaja.

GAMBARAJAH KRONOLOGI AKTA PATEN DI MALAYSIABIL AKTA PATEN TAHUN PERATURAN PATEN TAHUN

SEBELUM 1 OKTOBER 19861. Akta Paten United Kingdom

(Akta 215) 1951 The Registration of UK

Patents Ordinance The Patent Ordinance

of Sarawak The Registration of UK

Patents Ordinance of Sabah

The Patents (rights of Government) Act

1951

1967

SELEPAS 1 OKTOBER 19862. Akta Paten (Akta 291) 1983 Peraturan Paten 19863. Akta Paten (Pindaan) 1986 Peraturan Paten 19864. Akta Paten (Pindaan) (Akta

A863)1993 Peraturan Paten (Pindaan) 1995

5. Akta Paten terbaru (telah diluluskan di Parlimen tetapi belum diwartakan)

3

Page 4: AKTA PATEN 1983 DAN PERATURAN PATEN … · Web view... pendedahan secara lisan, melalui penggunaan atau apa-apa cara yang lain, sebelum daripada tarikh keutamaan bagi permohonan paten

Di dalam Akta Paten (Pindaan) 1993 dan Peraturan Paten(Pindaan) 1995 (cetakan terkini pada 15 Julai 2000), terdapat 48 peruntukan yang telah dipinda4. Tetapi di dalam kajian ini akan memfokus kepada pindaan-pindaan utama yang dianggap mempengaruhi perubahan perundangan paten di negara ini. Pindaan-pindaan tersebut adalah seperti berikut :-

Seksyen 3 di dalam Akta Paten ini telah dipinda dengan mengetengahkan beberapa definisi terbaru. Definisi “filing date”, “owner of the patent”, “prescribed”, “priority date”, “process”, dan “product” telah diperkenalkan bagi mengelakkan ambiguiti pada masa akan datang.

Seksyen 14(2) telah dipinda bagi mendefinisikan semula perkataan “prior art” senicipta terdahulu. Pindaan ini hendaklah merujuk kepada apa-apa sahaja yang didedahkan kepada umum, di mana-mana sahaja di seluruh dunia, sama ada secara penerbitan bertulis, pendedahan secara lisan, melalui penggunaan atau apa-apa cara yang lain, sebelum daripada tarikh keutamaan bagi permohonan paten yang dirujuk kepada rekacipta tersebut. Sebelum ini, pendedahan yang dibuat secara lisan hanya akan dianggap sebagai senicipta terdahulu(prior art) jika ianya diperbuat di dalam Malaysia.

Bagi menggalakkan lebih banyak rekacipta dilindungi di bawah Akta Paten ini, di samping memberi galakan kepada perkembangan teknologi di negara ini, definisi perbaharuan utiliti telah diperluaskan maknanya. Rekacipta juga dimasukkan di dalam definisi terbaru ini di mana beberapa perekacipta mungkin memilih untuk memohon sijil bagi perbaharuan utiliti daripada memilih paten. Ini kerana, di dalam seksyen 17B telah diperkenalkan kebenaran menukar permohonan paten kepada permohonan sijil perbaharuan utiliti dan begitu juga sebaliknya. Tetapi, seksyen terbaru 17C telah diperkenalkan larangan kelulusan bagi kedua-dua paten dan sijil perbaharuan utiliti di dalam rekacipta yang sama. Tujuan seksyen ini diperkenalkan bagi memastikan perekacipta tidak menikmati monopoli terlalu berlebihan bagi sesuatu rekaciptaannya.

Seksyen terbaru 29 dan 29A diperkenalkan yang bertujuan bagi mempercepatkan proses permohonan pemeriksaan paten. Pindaan tersebut menyediakan pemeriksaan awal(preliminary examination) yang lebih mudah di samping pemohon dibenarkan memohon untuk mengubah pemeriksaan substantif sekiranya hak paten atau sebarang bentuk perlindungan yang telah diluluskan di sesebuah negara tertentu di luar Malaysia yang dikaitkan dengan sesuatu rekacipta di mana hak paten diaplikasikan. Bagi mengelakkan komplikasi di dalam prosidur carian(search procedure), seksyen 25 telah dipinda bagi memastikan

4

Page 5: AKTA PATEN 1983 DAN PERATURAN PATEN … · Web view... pendedahan secara lisan, melalui penggunaan atau apa-apa cara yang lain, sebelum daripada tarikh keutamaan bagi permohonan paten

permohonan yang ditarik balik perlu dibuat secara bertulis dan pembatalan kepada sebarang bentuk tarik balik tersebut adalah dilarang.

Pindaan yang selari dengan Konvensyen Paris adalah seperti berikut:-

Seksyen 27 telah dipinda bagi memastikan bahawa tuntutan utama(priority claim) yang telah dibuat, dihadkan kepada permohonan yang telah difailkan dalam tempoh 12 bulan, sebaik sahaja tarikh permohonan tersebut difailkan, dimana tuntutan tersebut dibuat.

Seksyen 27A yang baru diperkenalkan bagi menjelaskan maksud sebenar permohonan tarikh utama(priority date).

Seksyen 35 dipinda bagi menjelaskan bahawa sekiranya yuran tahunan tidak dibayar, paten tersebut hendaklah dianggap gagal dan kegagalan paten tersebut akan diberitahu melalui penerbitannya sendiri di dalam warta. Dengan pindaan seksyen 35A, sekarang pendaftar tersebut diberi kuasa untuk mengubah kembali paten yang telah gagal dengan mematuhi syarat-syarat tertentu.

Pindaan bagi memudahkan pentadbiran :-

o Pindaan yang dibuat di dalam seksyen 32 menyatakan, sekiranya terdapat sebarang pindaan yang telah direkodkan di dalam “Register”, ia harus mengikut peraturan di bawah Akta Paten. Walau bagaimanapun pada masa ini, sekiranya terdapat sebarang perubahan yang diperlukan, maka ianya mudah dibuat. Pindaan ini juga menyediakan pembuatan peraturan ditetapkan dalam sebarang bentuk mengikut “register” disimpan. Ini bermakna, “register” boleh disimpan dalam pelbagai bentuk(medium) termasuk dalam bentuk elektronik(electronic medium).

o A new section 33A is intoduced to make the Register prima facie evidence of all matters required or authorised by the Act to be entered therein and to make copies or extracts from, inter alia, the Register admissible as evidence in court without further proof or production of the original, on conditions that such copies or extracts are certified by the Registrar in writing under his hand.

o Pengenalan baru seksyen 33B dan 33C membolehkan pindaan dibuat oleh Pendaftar ke atas borang ”Register” pada bila-bila masa diperlukan oleh pemilik paten bagi tujuan membetulkan kesalahan atau mengubah nama atau alamat oleh pemiliknya. Ia

5

Page 6: AKTA PATEN 1983 DAN PERATURAN PATEN … · Web view... pendedahan secara lisan, melalui penggunaan atau apa-apa cara yang lain, sebelum daripada tarikh keutamaan bagi permohonan paten

juga membolehkan mahkamah membuat pengesahan pedaftaran ke atas mana-mana “aggrieved person”.

o With the amendment to section 56, a neww ground for the invalidation of a patent is introduced. Under new paragraph (2)(e) if a person or his agent deliberately provides or causes to be provided incomplete or incorrect information to the Registrar under the new subsection 29A (4) and a patent is subsequently granted to such person, any aggrieved person may apply to the Court for the invalidation of the patent.

o Finally, the introduction of new section 79A will allow amendments after a patent is granted, to the specification of a patent or to any other document associated with the patent for the purpose of correcting a clerical error or an obvious mistake.

2.0 TUJUANKajian ini berkonsepkan menilai dan menganalisa sejauhmana kebenaran kandungan-kandungan Akta Paten 1983 dan Peraturan Paten 1986 berupaya mengekang pembangunan teknologi negara. Analisis ini akan cuba meneliti kandungan perundangan paten dengan memilih seksyen-seksyen yang didapati ambiguiti, dan ada kebarangkalian menghambat pembangunan teknologi negara dengan disertakan dengan hujah-hujah dan fakta-fakta yang munasabah di samping merujuk kepada statute, kes-kes duluan(precedent) dan perbandingan aktiviti perundangan paten di negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom. Asas panduan kajian ini akan bersandar kepada pindaan terkini Akta Paten (Pindaan) 1993 dan Peraturan Paten (Pindaan) 1995(15 Julai 2000). Di akhir kajian, rumusan dan saranan akan diutarakan, bagi memperbaiki dan memperindah kandungannya dalam menyusun strategi tuntas bagi mendepani era globalisasi dan pasca modenisme di alaf baru ini. 3.0 OBJEKTIF KAJIANKajian ini disandarkan hasil daripada beberapa objektif-objektif utama iaitu :-

Memahami maksud kandungan Akta Paten 1983 dan Peraturan Paten 1986 termasuk pindaan terkini yang terpakai(applicable) di Malaysia.

Mengetahui secara ringkas bagaimana institusi paten di Malaysia beroperasi dan dikendalikan.

Mendalami dan menganalisa secara konkrit sejauhmana kandungan Akta Paten dan Peraturan Paten 1986 boleh memberi halangan kepada pembangunan teknologi negara.

Penegasan penelitian ini akan cuba menganalisis secara saintifik dan impartial terhadap kondisi sebenar perundangan paten di Malaysia dan

6

Page 7: AKTA PATEN 1983 DAN PERATURAN PATEN … · Web view... pendedahan secara lisan, melalui penggunaan atau apa-apa cara yang lain, sebelum daripada tarikh keutamaan bagi permohonan paten

mencadangkan idea yang bernas bagi memperbaiki dan mengukuhkan kedudukan Akta Paten 1983 dan Peraturan Paten 1986 di Malaysia termasuk pindaan terbaru iaitu Akta Paten (Pindaan) 1993 dan Peraturan Paten 1995.

4.0 METODOLOGI

4.1 KAEDAH PENYELIDIKANPenyelidikan ini banyak bersumberkan koleksi maklumat dari bahan primier dan bahan sekunder. Ini kerana, kajian mengenai halangan kandungan Akta Paten 1983 dan Peraturan Paten 1986 masih baru untuk diterokai dan diperbahaskan di negara ini. Sehingga kajian ini dibuat, tiada lagi usaha sebegini dilakukan oleh sesiapa termasuk pengamal undang-undang, saintis, sosiologis dan seumpamanya. Justeru itu, koleksi maklumat ini banyak menggunakan bahan primier daripada sekunder dan dicoretkan dalam bentuk penghujahan yang relevan dan munasabah.

Wawancara eksklusif diperlukan bagi mendapatkan maklumat dalaman dan luaran yang bersifat sulit, sensitif dan rahsia mengenai kandungan perundangan paten dan pengoperasiannya di negara ini. Bahan rujukan asas adalah Akta Paten 1983 dan Peraturan Paten 1986 termasuk pindaan terkini Akta Paten 1993 dan Peraturan Paten 1995. Mereka yang terlibat dalam wawancara terbuka ini merupakan sumber bahan primier yang utama dakam kajian ini. Wawancara terbuka ini diperolehi daripada responden-responden berikut :-

Encik Kamal Kormin, Timbalan Pendaftar di Unit Paten, Bahagian Harta Intelek, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna. Melalui wawancara ini, pengetahuan tentang bagaimana operasi institusi-institusi paten dikendalikan telah berjaya diperolehi.

Puan Wan Siti Noor Wan Abdul Halim, Eksekutif Kanan di Perkhidmatan Harta Intelek SIRIM, Shah Alam. Kejayaan utama di dalam temujanji ini, Akta Paten (Pindaan) 1993 dan Peraturan Paten (Pindaan) 1995 yang terkini telah diperolehi.

Temujanji juga telah diadakan dengan Dr. Megat Izani dari Tetuan Zaid Ibrahim & Co. tetapi keputusannya adalah separuh gagal kerana kegagalan berjumpa dengan pakarnya disebabkan ketiadaan waktu lapang.

Pembantu Profesor Dr. Ida Madeha dari Universiti Islam Antarabangsa merupakan seorang pensyarah yang berlulusan ijazah sarjana muda kelas pertama di dalam bidang undang-undang, sarjana di Cambridge dan kedoktoran di Universiti Harvard. Bidang kepakaran adalah di dalam bidang Harta Intelek. Beliau telah memberi beberapa analisis, kupasan dan kritikan melalui pengalamannya di dalam bidang harta intelek di

7

Page 8: AKTA PATEN 1983 DAN PERATURAN PATEN … · Web view... pendedahan secara lisan, melalui penggunaan atau apa-apa cara yang lain, sebelum daripada tarikh keutamaan bagi permohonan paten

samping telah cuba menjawab persoalan sejauhmana perundangan paten boleh menghalang pembangunan negara.

Encik Bustaman dari Tetuan Bustaman & Co.(agen paten bumiputera yang terkenal) - gagal mendapat kerjasama apabila dihubungi.

Manakala bahan sekunder pula didapati daripada beberapa buah buku rujukan utama seperti karangan Burton A. Amernick yang bertajuk Undang-Undang Paten Untuk Bukan Peguam dan buku David Bainbridge bertajuk Harta Intelek yang menganalisa kajian perundangan paten di Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Bahan sekunder yang lain seperti internet, Malaysian Law Journal(MLJ), Civil Law Journal(CLJ), beberapa artikel dan makalah terpilih telah dijadikan sumber rujukan seperti Laporan SIRIM tentang kemajuan Harta Intelek di Malaysia, Dato’ V. L. Kandan dan sebagainya.

GAMBARAJAH KAJIAN SUMBER BAHAN PRIMIER DAN BAHAN SEKUNDERBIL ORGANISASI RESPONDEN JAWATAN STATUS1. Kementerian Perdagangan

Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Encik Kamal Kormin

Timbalan Pendaftar

Berjaya

2. Perkhidmatan Harta Intelek, SIRIM

Pn. Wan Siti Noor Wan Abdul Halim

Eksekutif Kanan Berjaya

2. Universiti Islam Antarabangsa Dr. Ida Madeha Pembantu Profesor

Berjaya

3. Zaid Ibrahim & Co. Dr. Megat Izani Ketua Jabatan Knowledge Management

Separuh gagal

4. Bustaman & Co. Encik Bustmanan

Peguam Gagal

5. Internet, Buku, artikel, jurnal dan makalah

-Burton A. Amernick-Cavid Bainbridge-Dato’ V. L. Kandan

Peguam, Pensyarah, Penganalisis dan sebagainya

Berjaya

Kesemua ini bertujuan bagi mendapatkan maklumat primier dalam menganalisis kandungan Akta Paten 1983 dan Peraturan Paten 1986 melalui pindaannya yang terkini yang didapati menghambat pembangunan negara.

4.2 RINGKASAN OPERASI INSTITUSI-INSTITUSI PATEN DI MALAYSIADi Malaysia sekarang ini, terdapat tiga unit utama pemprosesan dokumen dan utiliti bersumberkan paten iaitu unit paten atau disebut juga Pejabat Pendaftaran Paten(PRO) di Bahagian Harta Intelek, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Perkhidmatan Harta Intelek di SIRIM dan Lembaga Paten.

8

Page 9: AKTA PATEN 1983 DAN PERATURAN PATEN … · Web view... pendedahan secara lisan, melalui penggunaan atau apa-apa cara yang lain, sebelum daripada tarikh keutamaan bagi permohonan paten

Objektif utama Pejabat Pendaftaran Paten ialah menyediakan satu mekanisma dengan memberi galakan dan perlindungan rekacipta serta menyebarkan maklumat teknologi melalui dokumentasi paten. Ini secara tidak langsung dapat mempertingkatkan lagi pembangunan perindustrian dan pemindahan teknologi di Malaysia.

Perkhidmatan Harta Intelek di SIRIM mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Ia ditubuhkan pada April 1984 dengan fungsi utama ialah menyediakan perkhidmatan kontrak basis berkenaan hal-hal carian dokumen dan peperiksaan teknikal tentang permohonan paten dengan Kementerian Perdagangan dan Industri. Dalam waktu yang sama, ia juga membekalkan maklumat tentang perkhidmatan informasi paten. Pada waktu itu, ia dikenali dengan Informasi Paten dan Pusat Dokumentasi (PICD). Kemudian pada bulan Oktober 1990, PICD telah bertukar nama dan dikenali dengan sebutan Unit Informasi Paten(PIU). Sekarang ini, Unit Informasi Paten dikenali dengan Perkhidmatan Harta Intelek SIRIM(PHI). Objektif utama Perkhidmatan Harta Intelek(PHI) adalah bagi memenuhi keperluan industri dalam pemeliharaan harta intelek seperti pemfailan bagi permohonan paten, perdagangan, tanda perkhidmatan dan rekabentuk industri. Peranan lain termasuk merangka spesifikasi paten, membantu industri kepada sumber, lesen dan teknologi komersil. Di samping itu juga PHI menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat berkenaan penilaian paten bagi kebaharuan(novelty), Kebolehpatenan (patentability), Kesahihan (validity) dan Perlanggaran(infringement). Setakat ini Perkhidmatan Harta Intelek SIRIM dikendalikan oleh tenaga profesional yang berkelulusan dari dalam dan luar negara yang terdiri dari seorang pemegang ijazah kedoktoran, lima ijazah sarjana dan tiga ijazah sarjana muda. Ia juga dibantu oleh dua orang penasihat undang-undang dari UKM dan UiTM. Butiran lanjut adalah seperti dalam gambarajah berikut :-

GAMBARAJAH TENAGA PROFESIONAL DI SIRIM 2001BIL NAMA PENDIDIKAN JAWATAN1. Ong Chui Koon B.Sc(Biochemistry)

Sarjana (Harta Intelek) (UK)

Pengurus Besar

2. Mohamad Nawawi Hussin B.Sc (Biology)Sarjana(Harta Intelek) (USA)

Pengurus Kanan

3. Sahani Ahmad Sarjana Muda KejuruteraanSarjana Harta Intelek (USA)

Perunding Kanan

4. Margaret Chai Sook Yin B.Sc(Biokimia)Phd(biokimia neutral)

Perunding Kanan

5. A. Rahman Zuhri B.Sc(Kejuruteraan Elektrik)

Perunding Kanan

6. Titi Dolai Ab. Kahar B.Sc (Kejuruteraan Kimia)

Perunding

7. Norhayati Hassan B.Sc (Fizik) Perunding8. Mary Anne Thoo Siat Lim B.Sc Perunding

9

Page 10: AKTA PATEN 1983 DAN PERATURAN PATEN … · Web view... pendedahan secara lisan, melalui penggunaan atau apa-apa cara yang lain, sebelum daripada tarikh keutamaan bagi permohonan paten

M.Sc(Sains Pencemaran Alam Sekitar

9. Wan Siti Noor Wan Abdul Halim Sarjana Muda KejuruteraanM.Sc (Kejuruteraan)

Perunding

10. Nor Azila Mat Khan LL.B (Hons) Penasihat Undang-Undang

11. Noor Mala Allaudin LL.B (Hons) Penasihat Undang-Undang

4.3 PROSIDUR PEMBERIAN PATEN DAN PERAKUAN PERBAHARUAN UTILITIAbiguiti lazim timbul dalam memahami perbezaan Paten dan Perakuan Perbaharuan Utiliti. Takrifan Paten ialah suatu pemberian yang memberi hak eksklusif kepada perekacipta untuk membuat, mengguna atau menjual rekaciptanya di Malaysia untuk tempoh 15 tahun dari tarikh pemberian paten.(Seksyen 35). Manakala yang dimaksudkan dengan Perakuan Perbaharuan Utiliti diberi ke atas rekacipta yang ‘minor’ yang tidak perlu menepati ujian langkah merekacipta seperti paten. Perakuan ini adalah selama 5 tahun dari tarikh pemberian dan boleh dilanjutkan untuk tempoh 5 + 5 tahun lagi, tertakluk kepada penggunaannya.(Seksyen 17).

Permohonan untuk paten seperti disebut dalam Jadual dan Peraturan 29 Peraturan Paten 1986 (borang 1) atau perbaharuan utiliti (borang 14) hendaklah dikemukakan di Pejabat Pendaftaran Paten yang mengandungi :-

Nama dan alamat pemohon Nama dan alamat perekacipta Suatu perihalan Suatu tuntutan (atau tuntutan-tuntutan) Disertakan bersama fee yang ditetapkan

Apabila permohonan ini diterima, satu tarikh pemfailan diberi dan pemohon hendaklah mengemukakan permintaan bagi pemeriksaan permulaan dan carian (borang 3) dalam tempoh 6 bulan; dan permintaan bagi pemeriksaan substantif (borang 5) dalam tempoh 18 bulan dari tarikh pemfailan permohonan tersebut. Apabila permintaan bagi pemeriksaan permulaan/carian dan pemeriksaan substantif diterima, maka pemeriksa paten akan menjalankan pemeriksaan bagi menentukan sama ada permohonan tersebut mematuhi Akta dan Peraturan Paten. Satu laporan pemeriksaan akan dikeluarkan kepada pemohon. Jika pemberian paten dikeluarkan, ia akan diumumkan dalam Warta Kerajaan dan pemberian tersebut juga berkuatkuasa selama mana pembayaran fee tahunan diperbaharui pada setiap tahun. Tempoh bagi suatu paten adalah selama 5 tahun dan boleh dilanjutkan lagi 5 + 5 tahun tertakluk kepada kemampuan serta permintaan untuk perdagangan atau perindustrian. Pemberian paten dikeluarkan oleh Pendaftar, manakala perbaharuan utiliti dikeluarkan oleh Lembaga Paten.

10

Page 11: AKTA PATEN 1983 DAN PERATURAN PATEN … · Web view... pendedahan secara lisan, melalui penggunaan atau apa-apa cara yang lain, sebelum daripada tarikh keutamaan bagi permohonan paten

Prosidur bagi permohonan paten dan perbaharuan utiliti adalah kebanyakannya sama, cuma berbeza dari segi tempoh iaitu 15 tahun bagi paten dan 5 tahun bagi perbaharuan utiliti dengan tempoh lanjutan diberi 5 + 5 tahun. Kita boleh lihat prosidur kelulusan paten dan sijil bagi perbaharuan utiliti seperti yang terdapat di dalam dua Carta Aliran disediakan bagi memudahkan tujuan pemahaman kepada penerangan di atas.

CARTA ALIRAN 1PROSIDUR KELULUSAN PATEN & SIJIL PERBAHARUAN UTILITI

Permohonan yang mesti dikemukakanBorang 1 dikehendaki (paten) or Borang 14 dikehendaki (Perbaharuan utiliti), Yuran tahunan, Deskripsi, Tuntutan perseorangan bagi perbaharuan utiliti; tuntutan-tuntutan bagi paten, dan abstrak

Permohonan yang mesti dikehendakiBorang 5 atau 5A rdikehendaki, dan Yuran tahunan, dalamtempoh 2 tahun daripada tarikh pemfailan(Kebarangkalian untukdeferment) Apabila diluluskan, penerima paten atau pemegang sijil mempunyai hak untuk membuat tuntutan mahkamah terhadap sesiapa yang menggunaRekaciptaan atau perbaharuan utiliti tanpa kebenarannya

Mengikut pembaharuan pembayaran yuran tahunan oleh penerima paten atau pemilik sijil

11

PERMOHONAN YANG DIKEHENDAKIPemeriksaan permohonan ditentukan

menurut tarikh pemfailanSeksyen 29

PEMERIKSAAN AWALStaf pentadbir melaporkan tentang

permintaan rasmi.Seksyen 29A

SUBSTANTIF ATAU DIPERKENANKAN MENGUBAH PEMERIKSAAN SUBSTANTIF

Pemeriksa mengendalikan darian dan pemeriksaan

Seksyen 31

KELULUSAN ATAU PENOLAKANKelulusan paten atau perbaharuan

utiliti diterbitkanSeksyen 35

TEMPOHPaten tamat selepas 15 tahun dari

tarikh diluluskan.Perbaharuan utiliti tamat tempoh 5

tahun selepas tarikh diluluskan( dengan kebarangkalian

untuk diperbaharui 5 + 5 tahun menurut bukti bekerja

Page 12: AKTA PATEN 1983 DAN PERATURAN PATEN … · Web view... pendedahan secara lisan, melalui penggunaan atau apa-apa cara yang lain, sebelum daripada tarikh keutamaan bagi permohonan paten

5.0 SEJAUHMANA HALANGAN KANDUNGANNYA KEPADA PEMBANGUNAN NEGARAUsaha meneliti persoalan sejauhmana kandungan Akta dan Peraturan Paten 1986 boleh memberi halangan kepada pembangunan negara merupakan satu perkara yang agak rumit tetapi tidak terlalu mustahil untuk dikaji. Ini adalah kerana persoalan ini memerlukan penelitian yang mendalam, cermat, teliti dan pengalaman yang luas dalam bidang perundangan paten. Tidak semua pengamal undang-undang termasuk para legislator mampu memberikan jawapan yang terbaik bagi persoalan di atas. Kebiasaannya lompangan ataupun loopse-hole dalam sesuatu akta berjaya dikesan melalui kes-kes mahkamah yang berlaku, penghujahan peguam dan kebestarian hakim (common sense) dalam memutuskan sesuatu kes berpandukan kepada bukti dan fakta yang sedia ada. Adalah mendatangkan sedikit kerumitan dalam kita cuba mengkaji persoalan ini apabila kita melihat sumber bagi kes-kes mahkamah paten agak terhad. Berbanding dengan bidang perundangan yang lain, litigasi harta intelek sangat sedikit jumlahnya.

Sehingga tahun 1993, hanya terdapat tiga kes yang dilaporkan oleh Jurnal Undang-Undang Malaysia (MLJ) yang diadili di Malaysia tetapi di bawah undang-undang paten United Kingdom 1951 iaitu kes Rhone Poulenc AG Co & Anor v. Dikloride Herbicides (1988) 2 MLJ 323, Smith Kline & French Laboratories v. Salim (M) Sdn Bhd (1989) 2 CLJ 228, (1989) 2 MLJ 380, Sime Darby Singapore Ltd v. Beecham Group Ltd (1986) 2 MLJ 16 dan tiada kes dilaporkan di bawah Akta Paten 1983. Perlu diingat, walaupun Akta Paten 1983 dikuatkuasakan pada 1 Oktober 1986, tetapi kes-kes mahkamah di atas telah berlangsung sebelum dari tarikh Akta Paten 1983 dikuatkuasakan, tetapi diputuskan pada tarikh yang tercatat di sebelah kes-kes mahkamah tersebut. Ini menunjukkan bahawa bidang perundangan harta intelek khususnya paten ini amat baru di Malaysia dan memerlukan banyak penerangan dan pendedahan tentang kepentingannya kepada negara. Jika kita lihat dari perspektif undang-undang, sesuatu perundangan khususnya perundangan paten dianggap akan terbina dan berkembang melalui kes-kes duluan(precedent), kebestarian hakim dan penghujahan peguam yang bijaksana. Dari situ kita akan dapat menilai keberkesanan dan kelemahan yang terdapat di dalam perundangan paten di Malaysia.

Di dalam kes Rhone Poulenc AG Co & Anor v. Dikloride Herbicides (1988) 2 MLJ 323, yang merupakan kes paten pertama diadili di Malaysia. Di dalam kes ini, pihak plaintif merupakan pemegang 4 hak paten yang merujuk kepada kaedah-kaedah pertanian tertentu. Pihak plaintif adalah syarikat asing mendakwa bahawa pihak defendan yang merupakan syarikat tempatan telah melanggar hak paten kepunyaan mereka dengan mengilangkan dan menjual barangan produk mereka yang dipanggil Latex 100E, atau lebih dikenali dengan L-100-E dan Produk E. Pihak defendan mengatakan bahawa mereka adalah pengedar produk E kerana telah dikilang dan dijual sendiri oleh mereka. Pihak Defendan juga mencabar pihak plaintif di bawah peruntukan kekurangan

12

Page 13: AKTA PATEN 1983 DAN PERATURAN PATEN … · Web view... pendedahan secara lisan, melalui penggunaan atau apa-apa cara yang lain, sebelum daripada tarikh keutamaan bagi permohonan paten

kebaharuan(lack of novelty) terhadap produk keluaran plantif. Mahkamah memutuskan pihak defendan telah melanggar hak paten kepunyaan plaintif kerana kegagalan pembuktian defendan dalam isu kebaharuan(novelty) dan plaintif dibenarkan untuk menuntut gantirugi ke atas defendan.

Di dalam kes Smith Kline & French Laboratories v. Salim (M) Sdn Bhd (1989) 2 CLJ 228, (1989) 2 MLJ 380, pula, isu yang ditimbulkan ialah sama ada perlanggaran akta paten telah berlaku apabila dadah yang dipatenkan telah diimpot ke Malaysia oleh defendan tanpa kebenaran yang jelas(express consent) daripada pihak plaintif. Mahkamah Malaysia telah mangambil pendekatan yang wajar, pragmatik dan konservatif di dalam kes ini. Diputuskan bahawa impot terhadap produk paten yang telah secara sah dibawa ke pasaran oleh pihak plaintif tersebut, didapati tidak melanggar hak paten kepunyaan pihak plaintif. Ini kerana, sesuatu barangan yang telah dipasarkan tidak perlu lagi mendapatkan kebenaran impot daripada pihak plaintif.

Sehingga tahun 1998, didapati satu kes yang menggunakan Akta paten 1983 iaitu kes Primier Products Co Ltd & Anor v. Zamrud Fibre Industries (M) Sdn. Bhd. & Anor (1994) AIPR, 255, di mana isu yang dibangkitkan berkenaan rekacipta baru. Diputuskan sesuatu rekacipta yang terdapat di sewage system telah diketahui umum sebelum hak paten difailkan. Ia bukan lagi dianggap sebagai kebaharuan rekacipta(novelty in invention) yang boleh dipatenkan. Permohonan plaintif telah ditolak oleh mahkamah. SEKSYEN 11(KEBOLEHPATENAN REKACIPTA)Isu di dalam seksyen 11 berkenaan kebolehpatenan(patentability) dan kaitan dengan isu pembangunan teknologi negara. Tetapi di dalam seksyen ini terdapat beberapa garis panduan yang tidak jelas dan samar. Seksyen ini menyatakan suatu rekacipta yang berkaitan dengan suatu keluaran atau proses boleh dipaten sekiranya ia terbaru, melibatkan langkah merekacipta dan boleh digunakan untuk perindustrian. Di sini, suatu rekacipta dikatakan baru iaitu ciptaan tersebut tidak pernah dizahirkan sebelum tarikh pemfailan, sama ada di Malaysia mahupun di lain-lain negara di dunia ini. Kebolehpatenan ini merupakan bidang pentakrifan yang sedang berkembang tanpa garis panduan yang jelas. Oleh itu persoalan ini harus ditafsirkan menurut kes-kes mahkamah yang muncul. Bagaimanapun agar wujud persoalan, tidak perlu ada kes prima facie ketidakbolehanpatenan. Khususnya, pemeriksa tidak diperlukan untuk menolak dakwaan ke atas seni terdahulu untuk membuktikan persoalan baru yang penting tentang kebolehpatenan. Bagaimanapun sekiranya dapat dibuktikan oleh pembuat permintaan bahawa kes prima facie boleh ditimbulkan tentang ketakbolehanpatenan, maka persoalan baru yang penting berkenaan kebolehpatenan dianggap jelas dibuktikan dan pemeriksaan semula pun diperintahkan. SEKSYEN 13(REKACIPTA YANG TIDAK BOLEH DIPATENKAN)

13

Page 14: AKTA PATEN 1983 DAN PERATURAN PATEN … · Web view... pendedahan secara lisan, melalui penggunaan atau apa-apa cara yang lain, sebelum daripada tarikh keutamaan bagi permohonan paten

Jika kita merujuk kepada seksyen 13 Akta Paten 1983 menyebut beberapa perkara rekacipta tidak boleh dipatenkan seperti berikut :-

Penemuan-penemuan, teori saintifik dan kaedah-kaedah matematik; Jenis-jenis tumbuhan atau binatang atau proses-proses yang pada

dasarnya adalah proses-proses biologi bagi pengeluaran tumbuhan atau binatang, selain daripada mikro organisma hidup buatan manusia, proses mikro-biologi dan keluaran-keluaran proses mikro organisma itu;

Skim aturan atau kaedah bagi menjalankan perniagaan, melakukan perbuatan-perbuatan mental semata-mata atau bermain apa-apa permainan;

Kaedah-kaedah merawat tubuh manusia atau binatang melalui pembedahan atau terapi, kaedah-kaedah diagnosis yang dilakukan kepada tubuh manusia atau binatangMelainkan bagi keluaran-keluaran yang digunakan dalam mana-mana kaedah sedemikian.

Melalui peruntukan seksyen 13, sesuatu penemuan baru di dalam bidang saintifik tidak boleh dipatenkan. Oleh itu, sebarang penemuan baru yang merujuk kepada spesis baru atau fauna tidak boleh dipatenkan di Malaysia. Ini bermaksud sebarang bentuk penemuan baru saintifik tidak dibenarkan untuk dipatenkan. Ini termasuk material hidup seperti binatang dan tumbuhan. Saya berhujah seksyen ini secara tidak sedar boleh menghalang usaha pengembangan teknologi dalam isu penemuan baru saintifik sama ada berasaskan binatang atau tumbuhan. Apabila ini berlaku, para saintis tempatan atau anak watan yang telah berjaya membuat penemuan baru saintifik tidak mempunyai hak eksklusif atau monopoli terhadap sesuatu penemuan baru saintifik yang dikaji oleh mereka. Ini akan mendedahkan sesuatu penemuan saintifik itu kepada sebarang bentuk peniruan, ciplak atau rompakan teori atau kaedah tersebut. Pembudayaan sains dan teknologi di dalam masyarakat kita masih di tahap yang rendah menyebabkan penemuan teori-teori atau kaedah-kaedah yang bersifat saintifik kurang berlaku di negara ini. Tetapi di kebanyakan negara maju perkara ini amat dititikberat dan diambil perhatian.

Di negara maju seperti Amerika Syarikat mempunyai persepsi berbeza dalam menangani masalah penemuan baru teori atau kaedah saintifik dan material binatang atau tumbuhan. Mereka telah membenarkan material haiwan dipatenkan di dalam kes mahkamah Harvard Onco-Mouse OJ EPO 11/1989, 451; (1990) 1 EPOR 4, OJ EPO 12/1990, 476; (1990) 7 EPOR 501; (1991) 1 EPOR 525. Pejabat Paten Eropah yang pada mulanya mengkritik hebat perkara ini berlaku kerana menganggapnya sebagai tidak beretika(unethical)6 akhirnya secara perlahan-lahan menerima dan meraikan kebenaran paten tersebut akibat dari kes di atas. Di dalam kes Harvard Onco-Mouse ini sekumpulan tikus transgenik telah dimasukkan kuman kanser yang selalu dihinggapi oleh manusia sewaktu masih di peringkat embrio lagi. Akibatnya sekumpulan tikus transgenik berupaya membiakkan lebih banyak benih-benih tikus tersebut. Hujahan

14

Page 15: AKTA PATEN 1983 DAN PERATURAN PATEN … · Web view... pendedahan secara lisan, melalui penggunaan atau apa-apa cara yang lain, sebelum daripada tarikh keutamaan bagi permohonan paten

timbulkan di mahkamah di antara risiko dan faedah kejuruteraan genetik ini kepada manusia. Mahkamah mempersoalkan sama ada sengsara kepada sekumpulan tikus itu diimbangi prospek faedah kepada manusia. Akhirnya mahkamah memutuskan untuk membenarkan haiwan transgenik itu dipatenkan bagi mengurangkan kesakitan dan penderitaan binatang tersebut dengan cara mengurangkan bilangannya hanya bagi kegunaan penyelidikan di makmal. Isu Oncomouse ini termasuk di dalam perkara yang tidak boleh dipatenkan di Malaysia melalui seksyen 13.

Selain itu kita boleh juga saksikan di Amerika Syarikat pengecualian paten tidak diberi di dalam isu material biologi. Misalnya di dalam pengecualian sel manusia tertentu yang ada nilai farmasitikal dan berpotensi untuk dipatenkan. Ini boleh kita lihat di dalam pendaftaran Paten di Amerika Syarikat 5,397,696 adalah ilustrasi daripada prinsip di atas dengan merujuk kepada T-cell line(PNG-1) manusia (yang datang dari satu sampel puak orang Hagahai) yang dihinggapi kuman sel darah putih. Dokumen ini mencadangkan bahawa rekacipta mungkin berguna di dalam mengembangkan vaksin atau penciptaan teknik skrin untuk T-cell leukemia. Di dalam kes US Diamond v. Chakrabarty 477 U.S. 303; 206 USPQ 193 (1980) pula merupakan kes pertama pertimbangan mikro-organisma untuk dipatenkan. Mahkamah Agung Amerika Syarikat menyatakan bahawa mikro-organisma hidup dibentuk oleh kaedah kejuruteraan genetik merupakan perkara yang boleh dipatenkan. Rekacipta dalam kes ini ialah bacterium buatan manusia menerusi kaedah kejuruteraan genetik yang berupaya menghuraikan berbilang komponen minyak mentah dan berpotensi dalam mengawal tumpahan minyak. Di dalam kes ini paten kepada mikro organisma tidak boleh dianggap tidak etika kerana perkara pokok bukan isu betul atau salah tetapi dikategorikan sebagai etika yang tidak berpihak (ethically neutral). Perkara yang sama di atas disebut juga dalam kes GENENTECH INC’S PATENT (1989) RPC 147.

SEKSYEN 16(APLIKASI INDUSTRI)Seksyen 16 menyatakan sesuatu rekacipta hendaklah dianggap sebagai industri yang digunapakai jika ia boleh dibuat atau diguna di dalam sebarang bentuk industri. Hujahan saya perkataan industri ini tidak jelas maknanya sama ada industri tersebut termasuk pertanian, misalannya sama ada kaedah baru dalam menjaga benih-benih boleh dipatenkan. Ini akan menimbulkan ambiguiti dan kesukaran dalam memahamkan bentuk industri yang digunapakai dan kerana ia akan mengundang penafsiran industri yang luas ruanglingkupnya termasuk industri yang bersifat negatif sifatnya.

SEKSYEN 17(PERBAHARUAN UTILITI)Seksyen 17 ini menyebut tentang perbaharuan utiliti. Seksyen ini amat penting bagi sesebuah negara membangun seperti Malaysia yang sering mengeluarkan rekacipta yang sederhana dan tidak memenuhi syarat untuk pemberian paten tetapi baru dan memberi faedah kepada negara. Tempoh bagi perbaharuan utiliti adalah selama 5 tahun dan boleh dilanjutkan lagi 5 + 5 tahun tertakluk kepada kesan perdagangan serta permintaan untuk dagangan atau

15

Page 16: AKTA PATEN 1983 DAN PERATURAN PATEN … · Web view... pendedahan secara lisan, melalui penggunaan atau apa-apa cara yang lain, sebelum daripada tarikh keutamaan bagi permohonan paten

perindustrian. Berbanding dengan tempoh eksklusif yang dibenarkan bagi paten adalah 15 tahun(seksyen 35). Perbezaan tempoh diantara paten dan perbaharuan utiliti banyak memberikan kesan yang negatif kepada pembangunan teknologi negara. Ini adalah kerana kebanyakan geran paten ini lebih daripada 60% pendaftarannya di Malaysia dimiliki oleh pelabur luar negara atau syarikat gergasi asing seperti Amerika Syarikat dan Jepun manakala perbaharuan utiliti yang kebanyakan dipelopori ataupun dikuasai oleh anak syarikat tempatan yang bermodal kecil dan sederhana. Dari segi jangka panjang, perbezaan tempoh ini kurang menguntungkan Malaysia dari sudut pembangunan teknologi kerana kurang menjaga kepentingan syarikat-syarikat tempatan yang kebanyakannya terlibat dalam saiz modal kecil dan sederhana. Impaknya kurang baik jika perkara ini berterusan. Sepatutnya bagi perbaharuan utiliti dibenarkan berkuatkuatkuasa sama atau lebih dengan tempoh paten. Kita boleh melihat laporan terkini pemberian geran paten dan perbaharuan utiliti yang dikeluarkan oleh Bahagian Harta Intelek, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, peratusan keseluruhan pendaftaran geran paten dan perbaharuan utiliti bermula dari 1 Oktober 1986 hingga 30 Mei 2000 hanya sebanyak 2,097 daripada 51,117 atau mewakili 4.10% daripada keseluruhan jumlah pendaftaran paten di negara ini. Manakala data terkini dari tahun 1996 hingga 30 Mei 2000 memperlihatkan perbezaan yang cukup ketara di antara syarikat tempatan dengan syarikat asing. Ini membuktikan pembangunan teknologi Malaysia masih banyak lagi bergantung kepada pelaburan dari syarikat asing dalam usaha memindahkan teknologi tinggi ke negara ini.

GAMBARAJAH PATEN MILIK DAN BUKAN MILIK MALAYSIA

Sumber : Unit Paten, Bahagian Harta Intelek, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

SEKSYEN 20(REKACIPTA YANG DIBUAT OLEH PEKERJA DALAM MELAKSANAKAN TUGASNYA)Seksyen 20 adalah berkenaan dengan hak ke atas suatu paten iaitu rekacipta yang dibuat oleh pekerja atau dalam usaha melaksanakan tugas kepada majikannya. Dalam seksyen ini, sesiapa boleh membuat permohonan bagi

16

B IL A N G A N P A T E N M IL IK M A L A Y S IA D A N B U K A N M IL IK M A L A Y S IA 1 9 9 6 -2 0 0 0

0

1000

2000

3000

4000

5000

6000

7000

1996 1997 1998 1999 2000

BUKAN MILIKMALAYSIAMILIK MALAYSIA

Page 17: AKTA PATEN 1983 DAN PERATURAN PATEN … · Web view... pendedahan secara lisan, melalui penggunaan atau apa-apa cara yang lain, sebelum daripada tarikh keutamaan bagi permohonan paten

mendapatkan paten sama ada secara persendirian ataupun bersama dengan orang lain. Rekacipta yang dibuat semasa pelaksanaan kontrak pekerjaan adalah bersifat terakru kepada majikan. Walau bagaimanapun, jika rekacipta itu memperolehi nilai economy(economic value) yang besar daripada yang boleh diramalkan dengan munasabah, maka perekacipta adalah berhak mendapat saraan saksama (equitable remuneration) yang ditetapkan oleh mahkamah jika tiada perjanjian dibuat di antara pihak pekerja dengan majikan.

Seksyen ini mengandungi dua isu utama :- Sekiranya rekacipta baru berlaku di dalam menjalankan pekerjaan ia

adalah kepunyaan majikan tersebut. Sekiranya rekacipta itu mempunyai nilai ekonomi yang besar daripada

yang boleh diramalkan munsabah, maka barulah perekacipta berhak mendapat saraan saksama. Tetapi saraan saksama itu bergantung kepada ketetapan mahkamah “jika tiada perjanjian dibuat”.

Saya berhujah, perekacipta mempunyai hak ke atas rekaciptaannya(seksyen 36) untuk mengeksploitasi rekaciptanya, menyerahkan atau memindahkan paten dan membuat kontrak lesen, walaupun sesuatu rekaciptaan itu berlaku sewaktu tempoh pekerjaan tetapi tetap kepunyaannya dan perlu dibayar royalti atau mendapatkan kebenaran daripada perekacipta sekiranya rekacipta itu ingin diekploitasikan. Eksploitasi merupakan perkara yang terlarang di bawah Akta Buruh dan majikan boleh dianggap melanggar akta tersebut sekiranya bukti eksploitasi dikemukakan. Pandangan saya perekacipta sepatutnya dibayar royalti, skim, pampasan atau seumpamanya terhadap perekaciptaannya dan tidak terus menjadi hak milik majikan tersebut. Di Malaysia kebanyakan anak watan tempatan menjadi pekerja dengan syarikat multinasional asing dan kadangkala mampu menghasilkan rekacipta baru bagi faedah syarikat atau majikan tersebut. Jika perkara tidak dilakukan banyak rekacipta yang dihasilkan anak tempatan barangkali akan menjadi milik syarikat gergasi tersebut yang juga majikan mereka.

Kedua, tidak perlu kita membeza atau meletakkan kayu ukur nilai ekonomi besar atau kecil, perekacipta seharus berhak mendapat saraan saksama atau seumpama dengannya bagi produk penciptaannya. Jika tidak akan wujud double standard dalam membayar saraan saksama tersebut. Langkah ini juga secara

1 NOTA HUJUNG

1 Bukti-bukti kukuh atau nyata.

2 Pandangan hakim di dalam persoalan undang-undang terhadap kes yang sedang diadili olehnya, tetapi ia bukannya satu keputusan dan tidak semestinya bersifat mengikat(binding).

3 Digunapakai, dengan beberapa perubahan perlu dibuat.

4 Laporan daripada Bahagian Harta Intelek, Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna.6

17

Page 18: AKTA PATEN 1983 DAN PERATURAN PATEN … · Web view... pendedahan secara lisan, melalui penggunaan atau apa-apa cara yang lain, sebelum daripada tarikh keutamaan bagi permohonan paten

tidak langsung akan merangsang perekacipta khususnya anak tempatan untuk mencipta produk baru. Ini juga akan meningkatkan pencapaian negara dalam sudut pengembangan teknologi muasir.

Ketiga, definisi ‘’Saraan Saksama” masih lagi kabur dan perlukan penjelasan dan penerangan berkenaan dengan kadar patut penerimaan yang setimpal. Perkara ini perlu dijelaskan awal bagi mengelakkan sebarang bentuk keraguan tentang nilai dan maksudnya.

SEKSYEN 30A (LARANGAN PENERBITAN MAKLUMAT YANG BOLEH MENCURIGAKAN NEGARA) Seksyen ini berkenaan larangan menerbitkan maklumat yang boleh mendatangkan prejudis kepada ‘’kepentingan’’ dan ‘’keselamatan’’ negara. Tetapi saya berhujah bahawa seksyen larangan ini tiada garis panduan yang lengkap dalam mentafsirkan maksud prejudis kepada kepentingan dan keselamatan negara. Ini boleh mengakibatkan maksud prejudis kepada kepentingan dan keselamatan negara boleh ditafsirkan dalam pelbagai tafsiran yang akan membawa kepada ketidaktentuan(uncertainty). Garis panduan tersebut sepatutnya ditafsir oleh badan kehakiman, tetapi kebiasaannya di Malaysia badan pelaksana(eksekutif) yang memberi takrifan memandangkan badan eksekutif di negara ini amat berkuasa dan berpengaruh dalam banyak perkara. Ini boleh dibuktikan dalam kes kontroversi kes Tribunal Tun Salleh Abbas.

Larangan ini juga boleh juga disifatkan sebagai terlalu mutlak(obsolute) sehingga tiada pengecualian-pengecualian yang dianggap munasabah terhadap seksyen 30A tersebut. Misalnya, Maksud prejudis kepada kepentingan dan keselamatan negara itu harus diperjelaskan dengan lengkap melalui pindaan akta atau klausa-klausa(clauses) tertentu seperti penerbitan maklumat tentang senjata nuklear, peralatan peperangan berbahaya adalah dianggap mengancam keselamatan negara.

Manakala penerbitan bagi tujuan kajian pendidikan, eksperimen, jurnal dan peningkatan ilmu pengetahuan tidak sepatutnya jatuh di dalam kategori mengancam kepentingan dan keselamatan negara. Akibatnya seksyen ini dianggap masih exhaustive(bersifat longgar) dan hanya pemeriksa yang akan menafsirkan seksyen ini mengikut pemahamannya tentang seksyen ini dan bukan petunjuk-petunjuk yang sesuai seperti klausa bagi membantunya menafsir sesuatu keadaan yang berlaku yang berkait rapat dengan kepentingan dan keselamatan negara.

SEKSYEN 31(KELULUSAN PATEN)Seksyen memperkatakan tentang kelulusan paten. Lazimnya proses kelulusan paten mengambil masa yang agak lama iaitu dari tempoh tiga hingga empat

18

Page 19: AKTA PATEN 1983 DAN PERATURAN PATEN … · Web view... pendedahan secara lisan, melalui penggunaan atau apa-apa cara yang lain, sebelum daripada tarikh keutamaan bagi permohonan paten

tahun. Memandangkan kekurangan data mengenai syarikat tempatan, kita boleh mengambil contoh ke atas kes paten milik MASAO SUETSUGU dari negara Jepun. Beliau telah memfailkan permohonan paten di bawah seksyen 31 (2)Akta Paten 1983 di negara ini pada 25 April 1990 dan hanya mendapat kelulusan pada 30 November 1994 iaitu setelah empat tahun menunggu.(Lihat lampiran II). Ini mengakibatkan sepanjang tempoh menunggu kelulusan tersebut tidak mustahil produk patennya akan dicerobohi atau diciplak oleh pihak ketiga. Ini secara tidak langsung boleh melambatkan proses pembangunan teknologi negara khususnya dalam paten.

SEKSYEN 35(TEMPOH) Seksyen ini menyebut bahawa masa yang dibenarkan untuk pemilik paten memperolehi hak eksklusif terhadap produk yang boleh dipatenkan adalah 15 tahun. Jangka waktu 15 tahun dianggap agak singkat untuk syarikat tempatan mengeksploitasi produk atau rekaciptanya. Rungutan banyak diterima daripada pemohon paten berkenaan tempoh paten tersebut yang dikatakan agak singkat. Perkara ini diakui sendiri oleh Eksekutif Kanan SIRIM di Shah Alam. Perundangan paten di Amerika Syarikat membenarkan tempoh paten adalah 17 tahun dan Uk 21 tahun. Saya berpandangan tempoh 21 tahun adalah wajar dan munasabah kerana tempoh tersebut boleh dianggap sebagai tempoh yang sudah matang bagi sesebuah syarikat. Tempoh 21 ini sebenarnya selaras dengan Akta Paten di United Kingdom 1951. Implikasi pada hak paten milik syarikat tempatan vs. syarikat milik asing adalah terlalu jauh. Syarikat tempatan akan terus mundur dan kurang berdaya saing dengan syarikat asing apabila tempoh paten yang diberi terlalu pendek dan singkat.

KELEMAHAN INSTITUSI PATENSistem pengurusan operasi paten masih terdapat kelemahan yang perlu tindakan segeran antaranya :-

Sistem pengurusan manual SIRIM perlu ditukarkan kepada sistem pengurusan yang berteknologi tinggi seperti electronic governance dan berkonsepkan teknologi maklumat. Walaupun sudah terdapat peralatan terkini tetapi hanya segelintir staf sahaja yang tahu mengendali dan menggunakan mesin atau peralatan moden tersebut. Contohnya di SIRIM terdapat 2 reader-printer mikrofilem telah dibeli. Sekarang pejabat Perkhidmatan Harta Intelek mempunyai 4 reader-printer mikrofilem dan 7 komputer peribadi(PC). Peralatan ini masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan tenaga profesional yang berjumlah 11 orang.

Tenaga kerja terlatih dan berpengalaman masih kurang. Umpamanya di SIRIM hanya terdapat 10 orang tenaga pakar dan amatur sahaja bagi mengendalikan isu-isu perundangan paten di seluruh negara. Oleh itu tindakan melantik lebih ramai para pegawai dan staf di dalam organisasi pengurusan paten di samping mempertingkatkan kualiti dan mutu kerja mereka dengan menghantar mereka ke program jangka pendek seperti

19

Page 20: AKTA PATEN 1983 DAN PERATURAN PATEN … · Web view... pendedahan secara lisan, melalui penggunaan atau apa-apa cara yang lain, sebelum daripada tarikh keutamaan bagi permohonan paten

kursus Harta Intelek bagi meningkatkan kecekapan mereka dalam pengurusan paten dan pendedahan berkesan kepada maklumat terkini.

Pertambahan permohonan menyebabkan operasi memproses paten kurang efisien dan terdapatnya back log.

FEEReaksi kebanyakan perekacipta khususnya perekacipta tempatan mengatakan bayaran pemprosesan paten agak mahal, berbelit-belit dan agak susah difahami. Bagi mendapatkan kelulusan paten, beberapa kerenah mengisi borang dan pelbagai jenis yuran telah dikenakan yang jika dicampurkan kesemuanya boleh dikatakan agak mahal kosnya. Misalannya permohonan paten atau perbaharuan utiliti boleh dibuat di Pejabat Pendaftaran Paten dengan mengisi borang bagi fee pemfailannya sebanyak RM200.00. Kemudian ditambah lagi sebanyak RM200.00 bagi paten atau RM100.00 bagi perakuan perbaharuan utiliti sebagai bayaran yuran bagi mendapatkan perlindungan tersebut. Seterusnya, yuran bagi pemeriksaan substantif ialah RM700.00 atau RM450.00 bagi pemeriksaan substantif yang diubahsuai. Perbelanjaan keseluruhannya menjangkau RM1,000.00. Bayaran tersebut tidak termasuk bayaran perbelanjaan perkhidmatan profesional agen paten kepada seseorang perekacipta. Di samping itu juga pelbagai jenis borang yang banyak perlu diisi oleh perekacipta bagi tujuan pempatenan tersebut. Anggaran lebih daripada 18 borang yang perlu diisi dengan disertakan 29 jenis yuran yang perlu dibayar oleh pemohon sewaktu permohonan paten. Bayaran yang dikenakan oleh agen paten pada kebiasaannya agak tinggi dan mahal. Walaupun tiada data yang kukuh untuk menyokong pernyataan ini disebabkan masalah sulit dan kerahsiaan daripada agen paten, melalui maklumat sekunder yang sahih melalui rakan pengamal undang-undang yang bekerja dengan firma agen paten, bayaran anggarannya di antara RM5,000.00 hingga boleh mencecah RM1 juta bergantung kepada produk yang hendak dipatenkan, reputasi syarikat dan reputasi agen paten.

Ini secara tidak langsung boleh membebani perekacipta tempatan atau syarikat tempatan yang juga terpaksa membayar perkhidmatan profesional agen paten dengan harga yang agak tinggi. Tambahan pula setakat ini tiada garis panduan mengenai kadar bayaran perkhidmatan profesional agen paten. Kos tahunan memperbaharui paten masih tinggi terutama bagi syarikat tempatan yang berintensifkan modal kecil atau sederhana. Kondisi sebegini boleh mematahkan semangat dan peluang untuk perekacipta tempatan atau syarikat tempatan mengembangkan bakat dan potensi mereka dalam konteks pembangunan teknologi negara.

6.0 RUMUSAN DAN CADANGANKewujudan Akta Paten 1983 dan Peraturan Paten 1986 seharusnya dilihat sebagai satu petanda positif dalam memacu pembangunan negara khususnya dalam sistem perundangan paten. Menguatkuasakan perundangan paten tidak bermakna kita cuba mengongkong atau menghalang pembangunan teknologi

20

Page 21: AKTA PATEN 1983 DAN PERATURAN PATEN … · Web view... pendedahan secara lisan, melalui penggunaan atau apa-apa cara yang lain, sebelum daripada tarikh keutamaan bagi permohonan paten

negara. Teknologi negara dijangka akan terus berkembang baik jika sekiranya isu perundangan paten dipantau dengan baik dan efisien.

Namun, analisis yang dibuat terhadap kandungan akta paten bukan bertujuan untuk meremeh atau merendahkan martabat perundangan paten di negara ini. Tetapi ia adalah langkah proaktif dan berani supaya perundangan paten diperkemaskini dan dimajukan sejajar dengan peredaran zaman moden. Analisis ini akan menzahirkan bahawa perundangan paten di negara ini tidak statik, jumud dan beku sifatnya atau lebih dipengaruhi oleh pengaruh luar perundangan paten dari negara luar. Usaha mengkaji kelemahan kandungan perundangan paten sebegini memang amat perlu diteruskan supaya menatijahkan satu bentuk perundangan paten yang orentasinya bermodelkan unsur atau budaya tempatan dan bukan lagi berkiblatkan camca barat. Ringkasnya, beberapa langkah dan tindakan segera dalam memastikan bahawa kemajuan perundangan paten di negara ini tidak menghalang teknologi dibangunkan.

Pindaan baru terhadap Akta Paten (Pindaan 1993) dan Peraturan Paten (Pindaan 1995) perlu dilakukan segera bagi mengelakkan halangan kandungannya kepada pembangunan negara(telah diluluskan di parlimen tetapi belum diwartakan).

Pengurusan institusi dan organisasi paten perlu dimantapkan dengan pengambilan tenaga kerja yang terlatih, mahir dan berpengalaman di samping dibekalkan dengan pengurusan teknologi terkini.

Bidang kehakiman memainkan peranan besar dalam menghasilkan sistem perundangan paten yang baik dan mantap di negara

5 Alasan penghakiman atau dasar keputusan penghakiman. Keputusan tersebut akan menjadi duluan pada masa hadapan.

6 Article 53 of the European Convention reads :European patents shall not be granted in respect of : (a) inventions the publication or exploitation of which would

be contrary to ‘order public’ or morality, provided that the exploitation sahll not be deemed to be so contrary merely because it is prohibited by las as registration in some or all of the Contracting States.

(b) Plant or animal varieties or essentially biological processes for the production of plants or animals; this provision does not apply to processes microbiological or the products thereof.

21

Page 22: AKTA PATEN 1983 DAN PERATURAN PATEN … · Web view... pendedahan secara lisan, melalui penggunaan atau apa-apa cara yang lain, sebelum daripada tarikh keutamaan bagi permohonan paten

ini melalui penghakiman yang berkesan, obiter dictum(legal opinion), 5ratio decidendi supaya akhirnya perundangan paten di negara ini benar-benar bercitarasa tempatan dan bukan hanya bergantung kepada negara barat semata-mata.

Akta Paten 1983 paten perlu menekankan soal penjagaan dan kepentingan barangan atau rekacipta tempatan seperti ubat-ubatan tradisional dan rekacipta di bidang pertanian yang cukup berpotensi untuk dimaju dan berkembang di pasaran antarabangsa. Usaha pempatenan rekaciptaan yang berkaitan dengan produk tersebut perlu dilakukan segera bagi mengelakkan sebarang bentuk peniruan dan eksploitasi yang boleh menggagalkan usaha pembangunan teknologi negara.

Promosi di kalangan rakyat perlu dipertingkatkan dan mendedahkan mereka tentang kepentingan Harta Intelek di samping memberi galakkan supaya mereka mempelajari dan menceburinya terutamanya dalam bidang perundangan paten.

Konsep penggabungan ataupun smart partnership di kalangan syarikat tempatan perlu diperkenal bagi mengatasi masalah industri berintensifkan modal besar. Dengan cara ini syarikat-syarikat tempatan ada daya konpetitif dan berdaya saing dengan syarikat pelabur asing.

Perkukuhkan keupayaan syarikat tempatan dengan will power sendiri, sokongan kerajaan berupa skim galakan, insentif dan seumpamanya dan kompetitif dalam persaingan antarabangsa.

Matlamat akhir pelaksanaan Akta Paten 1983 dan Peraturan Paten 1986 mesti berpaksi kepada persoalan menjaga maslahat dan keistimewaan perekacipta

22

Page 23: AKTA PATEN 1983 DAN PERATURAN PATEN … · Web view... pendedahan secara lisan, melalui penggunaan atau apa-apa cara yang lain, sebelum daripada tarikh keutamaan bagi permohonan paten

tempatan atau syarikat tempatan daripada syarikat asing supaya mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan syarikat gergasi asing yang datang ke negara ini. Potensi perundangan paten berkembang di negara ini cukup besar memandangkan lokasinya cukup strategik kerana terletak di tengah-tengah pusat perkembangan ekonomi rantau Asia Tenggara. Mana tahu satu hari nanti perundangan paten kita dijadikan asas dan pembangunan teknologi serantau. Sama-sama kita doakan.

23

Page 24: AKTA PATEN 1983 DAN PERATURAN PATEN … · Web view... pendedahan secara lisan, melalui penggunaan atau apa-apa cara yang lain, sebelum daripada tarikh keutamaan bagi permohonan paten

RUJUKAN

1. AKTA PATEN 1983 DAN PERATURAN PATEN 1986(15 JULY 2000)

2. INTELLECTUAL PROPERTY, PUBLISHED BY PITMAN PUBLISHING, WRITTEN BY DAVID BAINBRIDGE

3. UNDANG-UNDANG PATEN BUKAN PEGUAM – BURTON A. AMERNICK, TERBITAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, 1996

4. ARTIKEL ‘BIOTECHNOLOGICAL PATENTS AND BIODIVERSITY : THE IRRECONCILABLE PARADOX, MLJ SEPTEMBER, 2000

5. ARTICLE BACKGROUND READING MATERIAL ON THE INTELLECTUAL PROPERTY SYSTEM OF MALAYSIA WRITTEN BY DATO V. L. KANDAN, 1993.

6. PROGRESS REPORT ON PATENT BY ONG CHUI KOON, SIRIM, 1993.

7. WORKSHOP : PATENT : A LEADING SOURCE OF TECHNICAL INFORMATION WRITTEN BY PATENT INFORMATION UNIT, SIRIM.

8. ARTICLE ON INTELLECTUAL PROPERTY SYSTEM ON MALAYSIAN BUSINESS COMMUNITY, WRITTEN BY MINISTRY OF DOMESTIC TRADE AND CONSUMER AFFAIRS.

24

Page 25: AKTA PATEN 1983 DAN PERATURAN PATEN … · Web view... pendedahan secara lisan, melalui penggunaan atau apa-apa cara yang lain, sebelum daripada tarikh keutamaan bagi permohonan paten

9. GUIDE FOR DEVELOPING COUNTRIES ON THE EXAMINATION OF PATENT APPLICATIONS BY WIPO GENEVA.

10.THE PATENT COOPERATION TREATY (PCT) AND ITS IMPORTANCE TO DEVELOPING COUNTRIES

11. INTRODUCTION TO INTELLECTUAL PROPERTY RIGHTS

12.WIPO WORLD INTELLECTUAL PROPERTY ORGANIZATION, GENERAL INFORMATION

13.OSBORN’S CONCISE LAW DICTIONARY BY ROGER BIRD, PUBLISHED BU LONDON, SWEET & MAXWELL; 1983

14.KES-KES PATEN DI MALAYSIAo RHONE-POULENC AG COMPANY & ANOR V. DIKLORIDE

SDN. BHD. & ANOR, 2 MLJ (1988) 323o SMITH KLINE & FRENCH LABORATORIES LTD. V. SALIM

(MALAYSIA) SDN. BHD. 2 CLJ (1989) 228o PREMIER PRODUCTS CO. LTD & ANOR V. ZAMRUD

FIBRE INDUSTRIES (M) SDN BHD & ANOR AIPR (1994) LATEST CASE.

15.KES-KES LUAR NEGARA DIAMOND V. CHAKRABARTY 206 USPQ 193-202 (1980) GENENTECH INC’S PATENT (1989) RPC 147 HARVARD ONCO MOUSE OJ EPO 11/1989, 451; (1990) 1

EPOR 4, OJ EPO 12/1990, 476; (1990) 7 EPOR 501; (1991) 1 EPOR 525

25