pelaksanaan sistem hudud di malaysia

30
PELAKSANAAN SISTEM HUDUD DI MALAYSIA PENGENALAN: Malaysia merupakan sebuah persekutuan dimana ada sebahagian bidangkuasa terletak dibawah perundangan persekutuan dan ada sebahagiannya terletak dibawah kuasa kerajaan negeri. Dengan kepelbagaian kaum dan agama, Malaysia dilihat sebagai sebuah Negara yang semakin maju dan membangung yang telah merdeka lebih daripada 50 tahun. Seiring dengan pelbagai kejayaan yang dikecapi oleh Malaysia, pembangunan modal insan dan pembentukan masyarakat yang harmonis perlu dipupuk bagi mewujudkan sebuah Negara yang seimbang dari segi ekonomi, politik dan sosial. Sehubungan dengan itu, cadangan pelaksanaan sistem perundang islam yang dicadangkan pelaksanaan oleh kerajaan negeri Kelantan disambut baik oleh masyarakat setempat. Menurut professor Andrew Harding, beliau melihat kepada situasi tarik tali diantara pihak kerajaan dan pembangkang menjurus kepada kepentingan politik semata. Beliau berpendapat bahawa bagi memastikan kesesuaian pelaksanaan hudud di Malaysia, ianya seharusnya diselaraskan dengan realiti masyarakat di Negara tersebut, dan kemampuan

Upload: azwan-shah-bin-aminuddin

Post on 25-Dec-2015

85 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Pelaksanaan Sistem Hudud Di Malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: Pelaksanaan Sistem Hudud Di Malaysia

PELAKSANAAN SISTEM HUDUD DI MALAYSIA

PENGENALAN:

Malaysia merupakan sebuah persekutuan dimana ada sebahagian bidangkuasa terletak

dibawah perundangan persekutuan dan ada sebahagiannya terletak dibawah kuasa kerajaan

negeri. Dengan kepelbagaian kaum dan agama, Malaysia dilihat sebagai sebuah Negara yang

semakin maju dan membangung yang telah merdeka lebih daripada 50 tahun. Seiring dengan

pelbagai kejayaan yang dikecapi oleh Malaysia, pembangunan modal insan dan pembentukan

masyarakat yang harmonis perlu dipupuk bagi mewujudkan sebuah Negara yang seimbang dari

segi ekonomi, politik dan sosial. Sehubungan dengan itu, cadangan pelaksanaan sistem

perundang islam yang dicadangkan pelaksanaan oleh kerajaan negeri Kelantan disambut baik

oleh masyarakat setempat. Menurut professor Andrew Harding, beliau melihat kepada situasi

tarik tali diantara pihak kerajaan dan pembangkang menjurus kepada kepentingan politik semata.

Beliau berpendapat bahawa bagi memastikan kesesuaian pelaksanaan hudud di Malaysia, ianya

seharusnya diselaraskan dengan realiti masyarakat di Negara tersebut, dan kemampuan sesebuah

kerajaan untuk meminda perlembagaan yang sedia ada untuk disesuaikan dengan pelaksanaan

sebuah undang-undang yang baru. Komposisi agama Islam sebagai agama persekutuan bagi

Malaysia menurut Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan tidak memboleh pelaksanaan

perundangan islam dilaksanakan dengan mudah seperti yang dibayangkan. Justeru itu, penulis

telah menetapkan beberapa objektif dalam kajian ini bagi memberi idea dan pendapat berkenaan

situasi Malaysia dan pelaksanaan perundangan islam, terutamanya hudud melalui hasil bacaan

dan kajian penulis.

Page 2: Pelaksanaan Sistem Hudud Di Malaysia

OBJEKTIF KAJIAN:

Penyelidikan yang telah dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan sistem

hudud di Malaysia daripada perspektif umum berhubung kebolehlaksanaan serta keberkesanan

yang akan diperolehi apabila dilaksanakan, disamping hasil yang telah dicapai oleh Negara-

negara yang telah melaksanakan sistem hudud ini. Dalam pada itu, objektif khusus kajian ini

adalah untuk mengenalpasti:

(a) Pengertian hudud dan kesalahan-kesalahan tertakluk dibawah hudud.

(b) Peruntukan undang-undang jenayah islam dan jenayah sivil di Malaysia.

(c) Kesan terhadap kadar jenayah di Negara-negara yang mengamalkan sistem hudud

(d) Kebolehlaksanaan dan keberkesanan sistem hudud di Malaysia daripada perspektif umum.

SOROTAN LITERATUR:

Secara khasnya, tiada penulisan ilmiah yang membincangkan isu ini secara terperinci.

Melalui pembacaan menulis, pelaksanaan perundangan islam, terutamanya sistem hudud ini

menjadi topik hangat sejak kebelakangan ini. Menurut kenyataan yang dilemparkan oleh Perdana

Menteri, iaitu kerajaan tidak akan laksanakan hukum hudud kerana elemen undang-undang islam

telahpun dilaksanakan di Malaysia jelas menunjukkan bahawa pendirian kerajaan yang menolak

pelaksanannya. Kenyataan ini disokong oleh Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri

Pertahanan yang menyatakan Malaysia tidak akan melaksanakan sistem hudud kerana tidak

sesuai dalam masyarakat majmuk di Malaysia ini. Walaubagaimanapun, terdapat juga pihak

yang menyokong pelaksanaan sistem hudud ini yang dirasakan dapat mengurangkan masalah

sosial dalam Negara. Gesaan Menteri Belia dan Sukan agar pindaan dilakukan pada

Perlembagaan Malaysia bagi membolehkan pelaksanaan sistem hudud dilakukan di Kelantan,

dan Mantan Mufti Perlis mengatakan bahawa bagi melaksanakan hukum hudud di Malaysia,

Page 3: Pelaksanaan Sistem Hudud Di Malaysia

ijtihad ataupun tafsiran baru perlu dilakukan dengan mengambil kira aspek perubahan zaman,

tempat dan realiti masyarakat setempat. Isu pelaksanaan sistem hudud telah mewujudkan

pelbagi spekulasi dan tanggapan negatif kepada rakyat berkenaan dengan undang-undang islam.

Bagi membolehkan pelaksanaan sistem hudud ini diterima oleh semua pihak, suatu langkah

proaktif haruslah diambil oleh kerajaan dalam menyebarkan maklumat, memberi pendedahan

disamping menyediakan ruang bagi rakyat menyuarakan pendapat, pertanyaan dan juga bantahan

dalam memastikan pelaksanaan ini diterima oleh segenap masyarakat.

METODOLOGI KAJIAN:

Kajian yang dilakukan ini bergantung sepenuhnya kepada data sekunder, iaitu data yang

diperolehi daripada dapatan bacaan di perpustakaan. Ini merupakan usaha untuk mengumpulkan

maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan, kemudian diolah semua

oleh penulis ke dalam kajian ini. Bagi memudahkan proses mencari dan mencerna maklumat,

penulis telah menetapkan empat objektif bagi kajian ini, dan pencarian maklumat dihadkan

meliputi objektif-objektif yang telah ditetapkan oleh penulis. Disamping bahan-bahan bercetak

dalam simpanan perpustakaan, dokumen penting seperti kertas Kerja dan laporan penyelidikan

juga merupakan sumber maklumat bagi penulisan kajian ini.

PERBINCANGAN:

Pengertian hudud dan kesalahan-kesalahan tertakluk dibawah hudud

Menurut islam, perlakuan jenayah dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu Qisas dan

diyat, Hudud, dan juga Ta’zir. Didalam kajian ini, penyelidik memfokuskan kepada jenayah

hudud. Hudud beerti hukuman yang tidak boleh dipinda, yang telah ditetapkan oleh Allah

didalam Al-Quran dan Sunnah, dan hokum hudud dianggap sebagai hak Allah, dimana ianya

tidak boleh diubah, dipinda, ditambah atau dikurangkan oleh mana-mana pihak sekalipun.

Page 4: Pelaksanaan Sistem Hudud Di Malaysia

Terdapat enam kesalahan hudud yang telah disepakati oleh ulama iaitu (1)zina, (2) qazaf, (3)

mencuri, (4) Hirabah, (5) minum arak dan (6) murtad.

1. Zina

Zina adalah persetubuhan antara seorang lelaki dengan seorang wanita yang bukan pasangan

suami isteri. Semua persetubuhan di luar perkahwinan adalah zina kecuali dalam kes wat’i

syubhah iaitu persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan

yang disangka adalah isterinya yang sah sedangkan perempuan tersebut adalah orang lain.

Wat’i syubhah juga berlaku apabila dia bersetubuh yang seorang perempuan kerana

perkahwinan yang disangkakan sah sedangkan perkahwinan itu adalah tidak sah. Kesalahan

zina boleh disabitkan melalui cara iqrar atau pengakuan yang dibuat oleh penzina itu sendiri.

Selain itu, kesalah zina juga boleh disabitkan dengan kesaksian oleh empat orang saki lelaki

muslim bersama-sama mukallaf dan adil, dimana saksi tersebut juga melihat kejadian zina itu

berlaku. Hukuman bagi kesalahan zina ini juga berbeza bergantung kepada status penzina,

iaitu penzina muhsan ataupun ghairu muhsan.

a. Hukuman bagi penzina bukan muhsan adalah seratus kali sebatan dan bagi wanita

yang mengandung ditangguhkan sehingga tempoh penyusuan amat. Bagi penzina

yang sakit,hukuman ditangguhkan sehingga dia sembuh. Rotan yang digunakan tidak

terlalu besar dan tidak terlalu kecil iaitu lebih kurang satu meter panjang dan satu

sentimeter garis pusat. Sebatan dibuat pada merata-rata tubuh kecuali muka, kepala,

dada dan kemaluan. Sebatan mesti dilakukan secara sederhana iaitu pegawai yang

menjalankan hukuman tidak boleh mengangkat rotan itu tinggi hingga ke paras

kepalanya. Pesalah dihukum dengan memakai pakaian yang nipis menutup aurat. Jika

semasa sebatan dilakukan, pesalah itu didapati tidak mampu menerima sebatan, maka

Page 5: Pelaksanaan Sistem Hudud Di Malaysia

atas pengesahan pegawai perubatan, sebatan itu perlu ditangguhkan sehingga pesalah

itu sembuh kembali.

b. Bagi penzina muhsan, hukumannya adalah rejam dengan batu yang sederhana besar

sehingga mati. Hukuman dilakukan secara terbuka dan disaksikan oleh orang-orang

Islam. Hukuman bagi wanita yang mengandung dan orang sakit juga ditangguhkan

seperti dalam kes penzina bukan muhsan. Pesalah dikenakan pakaian yang menutup

aurat. Hukuman bagi penzina muhsan ini telah ditetapkan seperti didalam sunnah

Nabi. s.a.w yang bermaksud:

”Dari Abi Hurairah r.a.: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w. ketika

baginda sedang berada dalam masjid. Dia memanggil Nabi lalu berkata: Ya

Rasulullah, saya telah berzina. Rasulullah tidak memandangnya, memalingkan

diri daripadanya. Orang itu mengulangi kata-kata itu sehingga empat kali. Maka

setelah ia mengaku sebanyak empat kali, Nabi memanggilnya dan berkata:

Adakah awak gila? Dia menjawab: Tidak. Rasulullah bertanya: Adalah engkau

muhsan? Dia menjawab: Ya. Maka Rasulullah besabda: Bawalah dia dan

rejamkanlah dia, maka kami pun merejamnya.”

2. Qazaf

Qazaf bererti membuat tuduhan zina terhadap seorang muslim yang akil baligh dan

dikenali sebagai seorang yang bersih dari perbuatan zina tanpa dibuktikan dengan empat

orang saksi. Qazaf boleh berlaku dengan membuat kenyataan secara terang-terangan

mengatakan seseorang itu telah berzina. Hukuman keatas pesalah qazaf diterangkan

melalui firman Allah didalam surah An-Nur (ayat 4) yang bermaksud:

Page 6: Pelaksanaan Sistem Hudud Di Malaysia

”Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang muhsanat(baik) dan

kemudian mereka gagal membawa empat orang saksi, maka sebatlah mereka

dengan lapan puluh sebatan.”

3. Mencuri

Mencuri atau juga dikenali sebagai sariqah, membawa maksud perpindahan dengan

tersembunyi harta daripada jagaan ataupun milik tuannya tanpa persetujuan empunya,

dengan niat untuk menghilangkan harta tersebut daripada jagaan atau milikan tuannya itu.

Terdapat beberapa syarat yang harus dipenuhi sebelum sesuatu perlakuan itu

diklasifikasikan sebagai curi, dan hukuman bagi kesalahan ini adalah potong tangan

tangan kanan pada Bahagian sendi yang menyambungkan tapak tangan dengan lengan,

dan bagi kesalahan kedua, hukuman potong kaki kiri dipergelangan buku lali iaitu di

Bahagian tengah kaki dimana tumit kaki masih boleh digunakan untuk berdiri atau

berjalan. Penjelasan tentang hukuman ini dinyatakan didalam firman Allah didalam surah

Al-Ma’idah (ayat 38) yang membawa maksud:

”Pencuri lelaki dan pencuri wanita, maka hendaklah dipotong tangan kedua-

duanya sebagai balasan atas apa yang mereka lakukan dan sebagai pengajaran

yang dapat mencegah dari Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha

Bijaksana”

4. Hirabah

Hirabah membawa maksud merampas harta orang lain dengan paksaan atau ugutan,

dengan menggunakan senjata, ataupun sebarang alatan yang boleh dikategorikan sebagai

senjata. Hukuman yang dikenakan kepada pesalah bagi jenayah ini amatlah berat kerana

Page 7: Pelaksanaan Sistem Hudud Di Malaysia

rompakan dianggap sebagai satu jenayah yang besar dan berbahaya. Hukuman hirabah

dijelaskan berasaskan firman Allah yang bermaksud:

”Sesungguhnya balasan orang-orang yang yang memerangi Allah dan Rasulnya

dan berbuat kerosakan di atas muka bumi ini adalah agar mereka dibunuh atau

disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka secara bersilang atau dibuang

negeri”

5. Meminum arak

Juga dikenali sebagai syurb, yang membawa erti meminum sebarang cecair atau

minuman yang memabukkan. Arak merupakan ibu segala kejahatan dan boleh

mendorong kepada jenayah-jenayah lain, dan oleh kerana itu hukuman bagi kesalahan ini

adalah 40 kali sebatan, dan ada ulama berpendapat bahawa 80 sebatan. Pendapat ini

dijelaskan dengan hadis yang bermaksud:

”Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. bahawa seorang peminum arak

telah dibawa ke hadapan Rasulullah s.a.w. maka baginda memukulnya dengan

pelepah tamar sebanyak 40 kali. Kata Anas: begitulah juga dilakukan oleh

Khalifah Abu Bakar. Apabila zaman Khalifa Umar, beliau bermesyuarat bersama

para sahabat lalu Abdul Rahman bin Auf berkata bahawa, sekurang-kurangnya

hukum hudud itu adalah 80 kali sebatan. Lalu Umar mengarahkan hukuman 80

kali sebatan”

6. Riddah

Riddah, atau irtidad adalah kesalahan yang dilakukan oleh seseorang yang beragama

islam yang mukallaf dengan membatalkan islam dan imannya iaitu keluar dari agama

islam samaada dengan perkataan, ataupun perbuatan, dan mereka ini dikenali sebagai

Page 8: Pelaksanaan Sistem Hudud Di Malaysia

murtad. Jenayah ini merupakan suatu jenayah yang besar terhadap agama dan pesalah

boleh dihukum bunuh sehingga mati, setelah diberi peluang untuk bertaubat. Antara dalil

yang menyebut berkenaan hukum bagi riddah adalah:

”Dari Abu Burdah bahawa Mu’az bin Jabal datang menemui Abu Musa Al-

Asya’ai di Yaman, didapati ada seorang lelaki di sebelahnya. Mu’az bertanya:

Apa ini? Abu Musa menjawab: (Dia) seorang Yahudi memeluk Islam

kemudiannya dia kembali menjadi Yahudi, dan kami menghendaki dia kembali

kepada Islam semenjak- perawi berkata: aku kira – dua bulan. Kata Mu’az: Demi

Allah aku tidak akan duduk sebelum, kamu penggal lehernya, lalu orang itu pun

dipenggal lehernya. Mu’az berkata: Allah dan RasulNya memutuskan bahawa

sesiapa yang murtad dari agamanya hendaklah kamu membunuhnya, atau

baginda bersabda: Sesiapa yang menukar agamanya hendaklah kamu

membunuhnya”

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM DAN JENAYAH SIVIL DI

MALAYSIA

Peruntukan undang-undang bagi jenayah sivil kebanyakannya datang daripada negara barat.

Di Malaysia, peruntukkan jenayah adalah tertakluk dibawah Akta 574 Kanun Keseksaan yang

diambil daripada Kanun Keseksaan India, yang asalkan dirpada kaedah-kaedah perundangan

Common Law England. Selain Kanun Keseksaan, antara undang-undang jenayah lain yang

terdapat di Malaysia adalah Akta Dadah Berbahaya, Akta Kastam 1967, Akta Pencegahan

Rasuah 1997, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1957, Akta Rahsia Rasmi 1983 dan lain-lain.

Sementara prosedur jenayah pula diperuntukkan dalam Kanun Prosedur Jenayah (NMB. Bab 6),

Akta Keterangan dan akta-akta berkaitan mahkamah. Terdapat beberapa perbezaan diantara

Page 9: Pelaksanaan Sistem Hudud Di Malaysia

undang-undang jenayah islam dan undang-undang jenayah sivil, memandangkan sumber kedua-

dua undang-undang ini adalah berbeza, antaranya adalah:

(a) Undang-undang Islam adalah dari Allah sedangkan undang-undang sivil adalah ciptaan

manusia. Allah yang memiliki segala sifat kesempurnaan tentunya membuat undang-

undang yang terbaik dan paling sesuai untuk manusia. Bahkan manusia ini adalah ciptaan

Allah, maka Allah tentu Maha Mengetahui apakah undang-undang jenayah yang sesuai

dengan fitrah manusia. Undang-undang ciptaan manusia terdedah dengan seribu satu

kelemahan kerana ilmu dan kebolehan manusia adalah terhad. Tambahan pula manusia

sentiasa terpengaruh dengan keadaan persekitaran, latar belakang keluarga, pendidikan,

dorongan nafsu dan hasutan syaitan.

(b) Undang-undang jenayah Islam tidak terpisah dengan aspek aqidah iaitu keimanan kepada

perkara ghaib. Beriman dengan kebenaran dan kehebatan undang-undang jenayah Islam

adalah wajib kerana ia termaktub di dalam al-Quran dan Sunnah. Demikian juga undang-

undang Islam tidak memisahkan soal pembalasan di dunia dengan pembalasan di akhirat.

Ini kerana mereka bukan sahaja takut kepada hukuman di dunia bahkan mereka lebih

takut hukuman di akhirat yang lebih dahsyat dan lebih lama. Oleh yang demikian mereka

akan mengelakkan diri dari melakukan jenayah dengan bersungguh-sungguh walau pun

jenayah itu boleh dilakukan di luar pengetahuan penguatkuasa undang-undang. Secara

tidak langsung ia dapat mengurangkan kadar jenayah. Berbeza dengan undang-undang

sivil yang langsung tidak ada hubungan dengan iman atau aqidah. Keberkesanan undang-

undang sivi bergantung sepenuhnya kepada kekerasan undang-undang, penguatkuasaan

dan pengawalan pemerintah.

Page 10: Pelaksanaan Sistem Hudud Di Malaysia

(c) Ruang lingkup jenayah atau kesalahan dalam Islam adalah lebih luas iaitu mencakupi

kesalahan yang bersabit hak Allah, hak manusia serta hak Allah bersama-sama hak

manusia. Ini bermakna ia meliputi berbagai bentuk kesalahan seperti yang berkaitan

dengan kepercayaan atau keimanan, umpamanya hukuman ke atas mereka yang murtad.

Undang-undang Islam juga menyentuh hukuman ke atas kesalahan berkaitan ibadat

seperti mereka yang meninggalkan solat, solat Jumaat, puasa pada bulan Ramadhan dan

haji. Undang-undang jenayah Islam juga amat menitik beratkan soal akhlak seperti

hukuman kepada mereka yang berzina, berkhalwat, berjudi dan minum arak. Berbeza

dengan hukuman jenayah sivil yang tidak menganggap sesetengah jenayah seperti

murtad, zina, meninggalkan solat, minum arak dan judi sebagai satu jenayah. Ini kerana

soal unsur-unsur iman, ibadat dan akhlak tidak menjadi perkiraan yang penting bagi

penggubal undang-undang ini.

(d) Undang-undang jenayah Islam amat berhati-hati dalam soal mensabitkan seseorang

dengan hukuman jenayah. Umpamanya dalam kes hudud, pensabitannya adalah amat

berat. Contohnya, bagi kes kecurian, harta yang dicuri itu mesti disimpan ditempat yang

sesuai, dan tidak berlaku masalah yang mendesak seperti perang, kebuluran dan mala

petaka. Begitu juga dalam kes zina yang disabitkan dengan iqrar atu kesaksian oleh

emapat lelaki yang melihat kejadian secara jelas ibarat melihat timba masuk ke dalam

perigi. Jika gagal membawa empat saksi, orang yang yang membuat tuduhan itu pula

akan didakwa melakukan kesalahan qazaf. Syarat saksi dalam undang-undang Islam pula

amat ketat. Seseorang saksi mestilah adil iaitu tidak fasik. Terdapat proses penapisan

saksi yang disebut sebagai ‘tazkiyah al-syuhud’. Jika didapati saksi itu pernah melakukan

dosa besar selalu melakukan kejahatan mempunyai akhlak yang keji, maka kesaksiannya

Page 11: Pelaksanaan Sistem Hudud Di Malaysia

boleh dipertikai. Dalam undang-undang jenayah sivil, soal akhlak dan perangai saksi

tidak diambil kira dalam menentukan kesahihan keterangannya.

KESAN TERHADAP KADAR JENAYAH DI NEGARA-NEGARA YANG

MENGAMALKAN SISTEM HUDUD

Merujuk kepada hasil pembentangan kertas Kerja bertajuk “Implementaion of Hudud in

Brunei Darussalam: Differences between Brunei Darussalam and Malaysia” oleh Tun Abdul

Hamid Mohamad, beliau menyatakan bahawa kadar jenayah di Negara yang melaksanakan

hudud, seperti Pakistan, Nigeria dan Sudan masih jauh ketinggalan berbanding dengan Negara

yang tidak mengamalkan sistem hudud seperti Norway, Sweden dan Denmark. Menurut Global

Peace Index (GPI) 2011, Negara-negara yang melaksanakan sistem hudud berada di ranking 108

hingga 153 paling tidak selamat di dunia, seperti contoh Pakistan di tangga 146 dan sudan di

tangga 151. Ini jelas membuktikan bahawa pelaksanaan sistem hudud masih belum mampu

mengurangkankan sekaligus membendung jenayah yang berlaku dalam kalangan masyarakat di

sesebuah Negara tersebut.

Menurut The International Herald Tribune (2010), terdapat kes di mana pesalah jenayah

yang dikenakan hukuman potong tangan tidak diberikan apa-apa pertolongan daripada pihak

perubatan, dan ada dalam kalangan mereka yang hampir mati akibat kehilangan banyak darah.

Ini jelaskan membuktikan bahawa pelaksanaan sistem hudud yang tidak holistik menyumbang

kepada satu bentuk jenayah tidak sedar keatas pesalah jenayah oleh pihak perubatan. Selain itu,

terdapat juga kes di Arab Saudi, dimana seorang pemabantu rumah Indonesia dipancung

kepalanya dan mayatnya digantung dari helicopter untuk tontonan umum atas kesalah menikam

majikannya, dimana sistem pengadilan Arab Saudi memihak kepada rakyatnya sedangkan

pembantu rumah terbabit menikam majikannya kerana tidak tahan didera dengan dasyat.

Page 12: Pelaksanaan Sistem Hudud Di Malaysia

Memetik kepada pendapat Ketua Hakim Mahkamah Tinggi, Wilayah Persekutuan,

Abuja, Nigeria mengenai pelaksanaan hukuman syariah di Nigeria, beliau menjawab kepada

soalan yang ditanyakan oleh Mantan Ketua Hakim Negara Malaysia, beliau berkata:

”Memang benar sistem perundangan syariah telah diperkenalkan di lebih kurang 10 buah

negeri di bahagian utara Nigeria. Sebagaimana yang tuan sedia maklum Nigeria adalah

sebuah Persekutuan yang terdiri daripada 36 buah negeri dan sebuah Wilayah

Persekutuan. Sistem itu telah diperkenalkan di negeri-negeri secara tergesa-gesa dan

lebih kerena keuntungan politik daripada kepentingannya dan keperluannya. Tambahan

lagi, idea itu timbul di negeri-negeri itu dan diperkenalkan tanpa rundingan dan

pandangan kerajaan persekutuan. Tanpa ”peralatan” itu, keadilan jenayah tidak boleh

ditadbirkan dengan berkesan. Keadaan ini telah memberi kesan kepada inovasi itu.

Kedua, kegagalan kerajaan untuk melakukan orientasi kepada anggota masyarakat yang

terlibat dan membolehkan masyarakat bukan islam di kawan itu menghargai sistem itu,

hanya terpakai kepada orang islam, dan orang bukan islam menentang sistem ini.

Kebanyakan pengamal undang-undang tidak mahir dalam syariah. Ini juga adalah satu

faktor yang menghalang kejayaan pelaksanannya. Kesimpulannya, pengenalan keadilan

jenayah syariah disebabkan oleh faktor-faktor ini dan lain-lain, tidaklah boleh dikatakan

satu usaha yang berjaya. Malah, kebelakangan ini, kita tidak langsung mendengar

hukuman dikenakan. Kebanyakan, tidak semua hukuman yang telah dijatuhkan telah

dibuat rayuan. Dalam keaddan itu, jawapan saya kepada soalan ini ialah pelaksanaan

hudud tidak atau masih belum boleh diterima sepenuhnya”.

KEBOLEHLAKSANAAN DAN KEBERKESANAN SISTEM HUDUD DI MALAYSIA

DARIPADA PERSPEKTIF UMUM

Page 13: Pelaksanaan Sistem Hudud Di Malaysia

Peruntukan Perlembagaan Persekutuan telah membahagikan bidang kuasa diantara

persekutuan dan negeri mengikut Senarai 1, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan,

undang-undang jenayah terletak dibawah bidangkuasa Persekutuan dan mahkamah sivil,

manakala kesalahan-kesalahan terhadap suruhan agama islam (“offences relating to precepts of

Islam”) tertakluk di bawah senarai II, jadual kesembilan iaitu terletak dibawah bidang kuasa

Kerajaan Negeri dan Mahkamah syariah. Ini dibuktikan dengan tiada halangan daripada Sistem

Perlembagaan Malaysia untuk pelaksanaan sistem pengadilan syariah dan Parliamen boleh

memilih bentuk hukuman yang ingin dilaksanakan. Satu rang undang-undang baru perlu digubal

dan dibentangkan di Parlimen Malaysia, dan akan diluluskan sekiranya mendapat undian

majority daripada ahli dalam Parlimen. Dengan kelulusan ini, penguatkuasaan undang-undang

ini boleh meliputi orang islam dan bukan islam dibawah undang-undang persekutuan. Sekiranya

sistem ini meliputi orang islam sahaja, ia akan bercanggah dengan peruntukan Perkara 8

Persekutuan, kerana diskriminasi atas alasan beragama. Berbeza dengan Brunei, kuasa penuh

diberikan kepada Sultan untuk menggubal dan meminda sistem perundangan Negara tersebut

tanpa memerlukan suara majoriti daripada pemimpin-pemimpin yang lain.

Pelaksanaan sistem hudud di Malaysia memerlukan persediaan yang rapi dan prasarana

yang mencukuup daripda setiap aspek bagi memastikan keboleksanaan dan keberhasilan

diperolehi daripada pelaksanaan ini. Sekiranya tiada persiapan yang lengkap bagi pelaksanaan

ini, seperti apa yang terjadi di Sudan barangkali akan berlaku di Malaysia, dimana para doctor

enggan memotong tangan penjenayah kerana bertentangan dengan etika Kerja mereka, dan

anggota penguatkuasaan keliru dengan peruntukan undang-undang baru yang diamalkan. Sistem

pengadilan terutamanya akan terjejas teruk kerana peruntukan jenayah dan salahlaku akan

berubah-ubah mengikut kepada sistem pengadilan yang baru dan keraguan akan timbul sekiranya

Page 14: Pelaksanaan Sistem Hudud Di Malaysia

kes yang dikendalikan adalah kes yang jarang-jarang berlaku. Selain itu, keberkesanan

pelaksaan hukum hudud dilihat sebagai kondusif dalam menegakkan keadilan, mencegah

berlakunya jenayah yang berulang dan memeliharan masyarakat sekeliling. Pelaksanaan hukum

hudud yang dilihat mencapai objektif maqasid as-syariah iaitu matlamat hukum tersebut

disyariatkan. Terdapat lima tujuan pelaksanaan hukuman hudud yang dikenali sebagai Ad-

Dhoruriyyat Al-Khamsah iaitu menjaga agama, nyawa, keturunan, harta dan juga akal .

Menerusi pelaksanaan sistem hudud, suasana yang adil juga dapat dicapai dimana setiap rakyat

dilayan sama-rata dan tiada diskriminasi keturunan, pangkat, latar belakang dan sebagainya.

Sistem sokongan yang memudahkan tatacara hidup masyarakat juga diperkenalkan seperti

contoh bantuan kewangan bagi mengelakkan masyarakat mencuri, bantuan perkahwinan bagi

mengelakkan zina dan sebagainya. Apabila suasana yang adil dan harmoni diwujudkan, rakyat

dibekalkan dengan kehidupan yang halal, harmoni dan terkawal akan bebas daripada perlakuan

jenayah, dan sekiranya mereka melakukan jenayah, mereka selayaknya dihukum kerana sistem

sokongan telah disediakan untuk mereka bagi mengelakkan mereka daripada melakukan jenayah.

Penerangan dan makluman kepada masyarakat secara meluas seharusnya dilakukan oleh

pemerintah bagi menwar-warkan pelaksanaan sistem ini, secara tidak langsung memberi didikan

dan maklumat kepada masyarakat berkenaan pelaksaan sistem hudud dari perspektif teknikal dan

operasionalnye. Sokongan dan penerimaan daripada masyarakat amatlah penting bagi

memastikan kejayaan pelaksaan sesebuah sistem perundangan yang baru.

Satu tinjauan umum telah dilakukan keatas 10 orang awam berkenaan sistem hukuman

hudud. Mereka telah diminta untuk menjawab lima soalan umum berkenaan sistem perundangan

Islam, termasuk hudud. Berikut adalah hasil daripada tinjauan tersebut:

Page 15: Pelaksanaan Sistem Hudud Di Malaysia

Soalan 1: Apakah yang dimaksudkan dengan sistem perundangan Islam?

Berdasarkan kepada graf pie diatas, 8 daripada 10 responden menjawab A, iaitu sistem

perundangan yang digubal berdasarkan kepada Al-Quran dan Sunnah, manakala 2 responden

menjawab B iaitu sistem perundangan yang digubal berdasarkan perbincangan meja bulat, dan 1

responden menjawab C iaitu, sistem perundangan asing yang diubahsuai mengikut kesesuaian

masyarakat setempat. Berdasarkan daripada respon ini, dapat dirumuskan bahawa pengetahuan

berkenaan sistem perundangan Islam dalam kalangan masyarakat umum masih berada ditahap

yang kritikal kerana mereka tidak memahami dengan jelas apa itu sistem perundangan Islam.

Soalan 2: Tahukah anda pembahagian perlakuan jenayah menurut Islam?

Merujuk kepada soalan ke-2, penyelidik mendapati 8 daripada 10 responden tidak

mengetahui tentang pembahagian perlakuan jenayah menurut Islam, 1 responden tidak pasti

dan hanya 1 responden mengetahui dengan jelas pembahagian perlakuan jenayah menurut

islam. Dapatan ini dapat merumuskan bahawa kurangnya pengetahuan berkaitan

pembahagian jenayah menurut Islam dalam kalangan masyarakat, selain akan menyumbang

kepada bantahan dan protes daripada mereka kerana tidak mengetahui dengan jelas sistem

Page 16: Pelaksanaan Sistem Hudud Di Malaysia

peruntukan jenayah menurut islam dengan jelas sekiranya sistem perundangan islam

dilaksanakan kelak di Malaysia.

Soalan 3: Adakah anda mengetahui dengan jelas perbezaan Qisas, Hudud dan Ta’zir?

Menurut tinjauan yang dilakukan, 8 daripada 10 responden tidak mengetahui dengan jelas

perbezaan diantara Qisas, Hudud dan Ta’zir, manakala 1 responden tidak pasti perbezaan

diantara ketiga-tiga berkenaan, dan hanya 1 responden yang mengetahui dengan jelas perbezaan

diantara ketiga-ketiga perkara diatas. Ini jelas menunjukkan bahawa pengetahuan yang dimiliki

oleh masyarakat setempat berkenaan sistem perundangan Islam berada pada tahap yang kritikal

Page 17: Pelaksanaan Sistem Hudud Di Malaysia

dan pihak yang berkenaan seharusnya memainkan peranan yang sewajarnya dalam memberi

pendidikan dan pendedahan kepada masyarakat berkenaan sistem perundang Islam dalam

memastikan sokongan yang padu diterima daripada masyarakat dalam memastikan kejayaan

pelaksanaanya kelak.

Soalan 4: Pada pendapat anda, adakah sistem hudud boleh dilaksanakan di Malaysia?

Merujuk kepada graf diatas, 7 daripada 10 responden berpendapat bahawa sistem hudud

boleh dilaksanakan di Malaysia, 2 orang responden berpendapat bahawa sistem hudud tidak

boleh dilaksanakan dan 1 responden tidak pasti. Respon daripada soalan ini bercanggah dengan

respon yang pada soalan 1 dan 2, dimana secara purata responden tidak mengetahui dengan jelas

definisi perundangan Islam dan peruntukan jenayah dalam perundangan Islam, tetapi

berpendapat bahawa pelaksanaan cabang sistem perundangan Islam, iaitu hudud boleh

dilaksanakan di Malaysia. Dengan maklumat yang terhad berkenaan sistem perundangan Islam,

responden barangkali terlepas pandang beberapa fakta berkaitan sistem perundangan yang sedia

ada dan juga keadaan masyarakat majmuk yang mungkin merencatkan pelaksaan sistem hudud

di Malaysia. Justeru, pihak berwajib seharusnya mempergiatkan usaha dalam menyalurkan

Page 18: Pelaksanaan Sistem Hudud Di Malaysia

maklumat berkenaan sistem perundangan Islam dan sistem perundangan yang sedia ada, serta

implikasi pelaksanaannya terhadap masyarakat di Malaysia.

Soalan 5: Adakah dengan pelaksanaan sistem hudud dapat mengurangkan kadar jenayah di

Malaysia?

Berdasarkan grap di atas, kesemua 10 responden berpendapat bahawa dengan

pelaksanaan sistem hudud dapat mengurangkan kadar jenayah di Malaysia. Ini jelas

menunjukkan bahawa mereka merasakan bahawa tujuan utama pelaksaan sistem hudud di

Malaysia adalah bagi menurunkan kadar jenayah. Bagi membolehkan sistem hudud

dilaksanakan di Malaysia, beberapa pindaan undang-undang syariah dan undang-undang sivil

perlu dilakukan bagi memastikan pelaksanaan sistem hudud yang holistik dapat dilaksanakan

dan merangkumi semua rakyat di Malaysia. Suatu bentuk perundangan yang adil dan saksama

dipratikkan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

RUMUSAN:

Pelaksanaan undang-undang jenayah Islam amnya, dan hukuman hudud khasnya dilihat sebagai

suatu mekanisme yang sesuai untuk dilaksanakan bagi membendung peningkatan kadar jenayah

Page 19: Pelaksanaan Sistem Hudud Di Malaysia

di Malaysia. Kesesuaian pelaksaan undang-undang islam di Malaysia ketika ini disokong

dengan firman Allah s.w.t didalam surah Al-Maidah (ayat 29):

“Dan hendaklah kamu berhukum antara manusia dengan hukum yang diturunkan oleh

Allah dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kamu, dan berhati-hatilah terhadap

mereka kalau-kalau mereka menggelincirkan kamu daripada sebahagian dari apa yang

telah Allah turukan kepadamu”

Dari sudut perundangan yang sedia ada, beberapa peruntukan bagi kesalah jenayah syariah masih

belum dilaksanakan, dan ketidakseragaman undang-undang juga wujud dibeberapa negeri yang

yang tidak mempunyai peruntukan jenayah syariah bagi kesalahan-kesalahan syariah yang

dilakukan. Objektif hukum yang dikenakan kepada pesalah juga dilihat tidak memberi kesan dan

pengajaran kepada pesalah, dan kebarangkalian untuk mengulang kesalahan juga wujud. Justeru

itu, dengan pelaksanaan undang-undang jenayah islam, ia dapat membantu dalam mengurangkan

perlakuan jenayah amnya, dan khasnya mendidik masyarakat untuk mengamalkan tatacara hidup

yang betul dan mengikut syariat islam, bagi mewujudkan sebuah Negara yang harmoni dan

selamat.

Page 20: Pelaksanaan Sistem Hudud Di Malaysia

RUJUKAN:

Ahmad Atory Husain dan Malike Brahim. (2013). Politik Pentadbiran di Malaysia: Penilaian Pegawai Awam Terhadap dasar Politik dan Kepimpinan Nasional.

Muhammad Fathi Yusof. (2013). Undang-undang Jenayah Islam.

Nik Muhammad Nasri Nik Malek. (2014). Kondusif dalam Melaksanakan Hudud.

Rahimin Affandi Abd. Rahim, Shamsian Mohamad, Paizah Ismail dan Nor Hayati Mohd Dahlal. (2010). Konsep Fiqah Malaysia Dalam Perundangan Islam: Satu Pengenalan. Kajian Malaysia, vol. 28 (2).

Shauqi Othman. (2011). Konsep dan Pembahagian Jenayah dalam Islam.

Tuan Abdul Hamid Mohamad. (2014). Pelaksanaan Hudud di Brunei: Perbezaan diantara Brunei dan Malaysia. Proceedings : International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS).

Zulkifli Hasan. (2010). Isu Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia dan Sejauh Manakah Pelaksanaanya.

Zulkifli Hasan. (2012). Polemik Hudud di Malaysia: Satu Tinjauan Ringkas.