sistem bahasa.ppt

18
SISTEM BAHASA

Upload: harizanmohamad

Post on 01-Nov-2015

27 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • SISTEM BAHASA

  • Fokus Sistem BahasaTatabahasaSistem EjaanSebutanIntonasiKosa KataPeribahasa

  • TATABAHASATatabahasa terbahagi kepada dua, iaitu - aspek morfologi - aspek sintaksis

  • Aspek MorfologiSecara mudah, aspek morfologi ialah kajian tentang perkataan dan pembentukannya. Secara khusus, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR (2003) menerangkan morfologi sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur kata, bentuk kata, dan golongan kata.

  • Struktur KataSusun atur bentuk bunyi sesuatu perkataan apabila diujarkan. Dalam konteks ini ialah bagaimana membunyikan setiap huruf dalam perkataan berkenaan hingga menghasilkan bunyi yang betul, atau susunan huruf yang betul apabila dibunyikan dan ada makna. Contohnya, huruf vokal (v), huruf konsonan (k), dan pola suku kata.

  • Huruf vokal bahasa Melayu : [a], [e], [i], [o], dan [u]Huruf konsonan bahasa Melayu : [b], [c], [d], [f], [g], [h], [j], [k], [l], [m], [n], [p], [q], [r], [s], [t], [v], [w], [x], [y] dan [z]Pola suku kata :suku kata asli bahasa Melayu, pola suku kata pinjaman bahasa Melayu

  • Bentuk KataRupa unit tatabahasa (perkataan / gabungan huruf) yang bermakna. Bentuk kata boleh terdiri daripada:Kata tunggalKata terbitanKata gandaKata majmuk

  • Golongan KataProses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi perkataan berkenaan. Terdapat empat jenis golongan kata dalam bahasa Melayu iaitu:Kata NamaKata KerjaKata AdjektifKata Tugas

  • Aspek SintaksisBidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan pembentukan ayat.Aspek sintaksis yang dikaji ialah:

  • komponen ayat, iaitu unsur-unsur utama yang terdiri daripada kata, rangkai kata, frasa, klausa, subjek, dan predikat ayat;jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan;ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif;susunan ayat, iaitu susunan biasa dan susunan songsang;

  • binaan ayat, iaitu ayat dasar, ayat tunggal, ayat terbitan atau ayat majmuk;proses penerbitan ayat, iaitu konsep ayat terbitan, proses pengguguran, proses penyusunan semula, proses peluasan; danaspek tanda baca dalam ayat.

  • Tanda BacaTanda baca penting dikuasai dalam komunikasi tulisan untuk memastikan keselarasan dan juga makna yang tepat. Misalnya, koma dan tanda noktah mewakili hentian dalam pertuturan.Penggunaan tanda baca yang betul dapat mewakili intonasi dalam bacaan dan penulisan.

  • SISTEM EJAANPerkataan yang diberikan penekanan ialah (a) pola keselarasan huruf vokal, (b) ejaan kata pinjaman, dan (c) ejaan kata dasar dan kata terbitan. Sistem ejaan rumi bahasa Melayu terdiri daripada keselarasan vokal, kata pinjaman, kata terbitan, kata ganti singkat, kata sendi / kata sendi nama, kata majmuk, kata nama, kata pertikel dan kata ganda. Sistem ejaan diajar agar murid dapat mengeja sesuatu perkataan dengan betul supaya makna perkataan bersamaan dengan maksud ujaran.

  • SEBUTAN DAN INTONASITekanan nada ketika membunyikan huruf atau perkataan (sebutan) dan intonasi nada adalah mempunyai maksud atau makna berlainan. Oleh sebab itu, murid wajar diajar cara-cara menyebut (membunyikan huruf atau perkataan) dan tekanan atau intonasi nadanya dengan cara yang betul. Kemahiran yang diperlukan ialah membezakan bunyi huruf atau suku kata dan tekanan nada dalam situasi yang berbeza supaya murid dapat menyampaikan maksud dengan tepat.

  • Pengajaran sebutan hendaklah dalam bahasa Melayu baku. Manakala, pengajaran intonasi ayat hendaklah mengikut pola ayat yang betul berdasarkan jenis-jenis ayat. Di samping itu, pola intonasi bagi ayat panjang juga hendaklah diajar agar murid dapat menyampaikan maksud dengan jelas. Sebaik-baiknya, guru hendaklah memulakan pengajaran menggunakan ayat tunggal mudah.

  • KOSA KATASukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR (2003) menjelaskan bahawa kosa kata terdiri daripada kata-kata umum dan kata-kata khusus atau disebut istilah khusus. Setiap bidang ilmu mempunyai kata-kata khusus dengan ilmu dalam bidangnya. Murid hendaklah diajar mengenali dan membezakan istilah khusus setiap bidang ilmu.

  • Guru hendaklah selalu mendedahkan kosa kata kepada pelajar agar pembendaharaan katanya bertambah dan pelbagai. Galakkan murid menggunakan istilah-istilah yang sesuai dengan bidang ilmu yang berkenaan. Salah satu aktiviti memperkayakan kosa kata ialah mencari makna seerti, makna berlawanan, atau menjawab teka silang kata.

  • PERIBAHASAYang dimaksudkan dengan peribahasa ialah rangkai kata yang mempunyai yang mempunyai makna tertentu.Peribahasa merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan, dan kata-kata hikmah.