silibus silat cekak 2011

24
1. Budaya Bangsa Melayu 1.1 Definisi Secara amnya, budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan “budaya” yang bermaksud ” budi + daya “; yakni budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Maka pada kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain. Ciri-ciri Budaya * Budaya merupakan pengkongsian suatu masyarakat * Budaya tidak dapat berpisah dengan bahasa. * Budaya diperolehi melalui proses pembelajaran. 1.2 Budaya membentuk jati diri. Konsep kemuliaan insane dan ketinggian taraf sebagai nadi utama masyarakat bertamadun perlu diterpkan dalam rangka pembinaan tamadun Malaysia. Istilah peradapan yang diperjuangkan oleh masyrakat Melayu merangkumi ketinggian akhlak dan budi pekerti perlu mengatasi nilai-nilai material yang diamalkan oleh sebahagian besar masyrakat hari ini. Justeru, dalam usaha membina jati diri manusia Melayu ini ia memerlukan kebudayaan bangsa yang selari dengan prinsip-prinsip Islam. Apa yang jelas mutahir ini ialah nilai-nilai kemuliaan insane ini semakin terhakis akibat gelombang modenisasi dan globalisasi yang melanda umat Melayu Islam di negara kita khususnya. Ia juga dapat diperincikan menerusi: i. Pengaruh nilai individualistik. Fahaman ini tidak memberi penekanan kepada kehidupan bermasyarakat. Maka unsur-unsur ketingian tamadun seperti saling menghormati, saling menolong dan toleransi akan terkikis dari jiwa manusia.

Upload: allyis1504

Post on 27-Jun-2015

661 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: Silibus Silat Cekak 2011

1. Budaya Bangsa Melayu 1.1 Definisi

Secara amnya, budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses

perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat

dilihat melalui etimologi perkataan “budaya” yang bermaksud ” budi + daya “; yakni budi sebagai aspek

dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang

meliputi usaha dan hasilan. Maka pada kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala

penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep

budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu

masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain.

Ciri-ciri Budaya

* Budaya merupakan pengkongsian suatu masyarakat

* Budaya tidak dapat berpisah dengan bahasa.

* Budaya diperolehi melalui proses pembelajaran.

1.2 Budaya membentuk jati diri.

Konsep kemuliaan insane dan ketinggian taraf sebagai nadi utama masyarakat bertamadun

perlu diterpkan dalam rangka pembinaan tamadun Malaysia. Istilah peradapan yang diperjuangkan oleh

masyrakat Melayu merangkumi ketinggian akhlak dan budi pekerti perlu mengatasi nilai-nilai material

yang diamalkan oleh sebahagian besar masyrakat hari ini.

Justeru, dalam usaha membina jati diri manusia Melayu ini ia memerlukan kebudayaan bangsa

yang selari dengan prinsip-prinsip Islam. Apa yang jelas mutahir ini ialah nilai-nilai kemuliaan insane ini

semakin terhakis akibat gelombang modenisasi dan globalisasi yang melanda umat Melayu Islam di

negara kita khususnya. Ia juga dapat diperincikan menerusi:

i. Pengaruh nilai individualistik. Fahaman ini tidak memberi penekanan kepada kehidupan

bermasyarakat. Maka unsur-unsur ketingian tamadun seperti saling menghormati, saling

menolong dan toleransi akan terkikis dari jiwa manusia.

ii. Meluaskan fahaman meteralisme. Fahaman yang bersifat kebendaan yang menjadikan

kekayaan sebagai ukuran dalam kehidupan. Hubungan antara manusia dilihat kepada nilai

benda yang diberi dan diterima dan hubungan sesama manusia tidak lagi bersifat

sacral(Zulkiflee & Mohd Nasir, 2005:89).

Page 2: Silibus Silat Cekak 2011

Tegasnya, dalam usaha membentuk identiti dan jati diri insan Melayu ini, sewajarnya umat Melayu hari ini

kembali semula menghayati apa yang telah diterap oleh umat Melayu zaman kegemilangan iaitu

penghayatan sepenuhnya terhadap ajaran Islam yang syamul yang tentunya akan melahirkan watak

insane Melayu yang beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.

1.3 Ilmu mempertahankan Diri sebagai budaya bangsa melayu.

Akhir-akhir ini kita sering diperdengarkan dengan permasalahan kelunturan semangat sayang akan

diri anak muda kita, lantaran ramai dalam kalangan anak muda yang terjebak dengan pelbagai bentuk

gejala sosial dan keruntuhan akhlak. Bermacam-macam lagi budaya negatif yang merosakkan nilai

ketimuran dan agama telah menjangkiti anak muda kita. Apa sahaja yang datang dari barat dan luar

negara dianggap kemajuan dan perlu ditiru dan yang ada pada diri kita semuanya mundur, ketinggalan

zaman, tiada bernilai dan perlu dibuang. Keadaan rendah diri tidak bertempat seperti ini merupakan satu

bentuk penjajahan baru dan perlu dikaji puncanya agar kaedah pencegahan dapat dicari. Punca kepada

keadaan ini memang banyak sekali, namun ketiadaan konsep sayang akan diri inilah merupakan punca

utamanya. Kertas ini membincangkan tentang konsep dan elemen jati diri dan ketahanan diri yang ada di

dalam Seni Silat Cekak Malaysia. Seni Silat Cekak sebagai wasilah yang telah sedia memiliki elemen jati

dan ketahanan diri sekiranya dihayati oleh pengamalnya akan dapat membendung diri daripada dirasuk

oleh elemen luaran yang negatif dan sebaliknya menerima elemen positif yang selari dengan kehendak

agama Islam dan budaya Melayu kita. Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia sebagai sebuah badan

bukan kerajaan yang selama ini bergerak mempertahankan budaya asli yang positif juga mempunyai

peranan penting membantu kerajaan menangani kelunturan jati diri bangsa Melayu.

2.1 Takrif dan Konsep

Untuk mengupas tajuk yang diberikan, konsep-konsep asas ini perlu ditakrifkan secara lebih mendalam.

Saya berpendapat perkataan jati diri perlu lanjutan ungkapan seterusnya iaitu ketahanan diri. Hal ini

sesuai dengan maksud asal makna perkataan dan matlamat seminar ini. Jati bermaksud asli atau tulen

[1], sementara tahan pula bermaksud tidak berubah keadaannya atau tidak lekas rosak (luntur berubah

dll.) [1]. Oleh itu, kita perlu tahu yang asli atau asal pada diri kita agar ia tetap kekal dan tidak rosak oleh

sebarang anasir. Skop makna "diri" juga perlu difahami agar ia jelas. Konsep diri sekiranya diperluas

skopnya merangkumi semua yang berkait dengan fizikal diri (zahir), iaitu keluarga kita, kampung kita,

negara kita dan juga agama kita. Sekiranya dikaitkan pula dengan yang bukan fizikal diri (batin), ia

merangkumi, maruah, harga diri dan pegangan hati kita. Orang yang memiliki ketahanan diri akan

berupaya mengekalkan keaslian atau kejatian dirinya dalam sebarang situasi. Rajah 1.0 menggambarkan

konsep jati diri dan pertahanan diri berdasarkan pendidikan menerusi Seni Silat Cekak Malaysia. Sistem

pertahanan diri ini bertindak sebagai perisai yang dapat mengekal jati diri daripada di rosakkan oleh

Page 3: Silibus Silat Cekak 2011

anasir luar di samping menapis dan membenar masuk pengaruh luar yang baik untuk diserap tetapi

menangkis pengaruh luar yang buruk daripada meresap masuk.

Ilmu bela diri merupakan satu cabang ilmu (jasmani dan rohani) yang digunakan untuk menjaga diri

secara bersistem. Kepada orang Melayu, ilmu bela diri dikenali sebagai silat atau gayung. Berdasarkan

takrifan oleh Silat Cekak, silat bermaksud gerak bela diri orang Melayu. Gerak ini pada hakikatnya bukan

kita punya tetapi dikurniai oleh Allah kepada hambanya. Oleh itu silat sebenarnya merangkumi kedua-dua

aspek iaitu gerak zahir dan batin. Zahirnya perlu mahir dan batinnya pula kuat mentauhidkan Allah.

Sejarah lampau telah membuktikan betapa silat Melayu telah menjadi wasilah di dalam menjaga agama,

bangsa dan negara dari berbagai bentuk ancaman luar dan dalam. Sekiranya konsep dan falsafah asal

silat ini dikekalkan dan diterapkan menggunakan kaedah moden, ia akan dapat menambat hati anak

muda yang sememangnya dahagakan ilmu mempertahankan diri dan mengalami ketandusan aktiviti

pengisian masa senggang mereka. Saya yakin pendidikan yang diterapkan menerusi Seni Silat Cekak

Malaysia mampu menjadi salah satu elemen utama ketahanan diri dan seterusnya mengekalkan jati diri

pengamalnya.

Page 4: Silibus Silat Cekak 2011

3.0 Pendekatan Silat Cekak

Konsep sayang akan diri dan nyawa (roh) serta penerapan semula nilai positif perlu kaedah yang

bersesuaian dengan jiwa para remaja dan tidak pula menyinggung jiwa orang dewasa. Kaedah atau

pendekatan yang kurang sesuai akan menyebabkan segala input akan ditolak atau ia tidak dapat

menembusi benteng hawa nafsu. Sayang akan diri pula perlu kefahaman terhadap konsep kejatian dan

ketahanan diri. Berdasarkan pengalaman saya berkecimpung dengan Silat Cekak selama hampir 25

tahun, terdapat banyak elemen pendidikan diri yang amat tinggi nilainya dalam silat ini. Elemen-elemen

ini ada yang telah tersurat seperti mana termaktub di dalam pantang larang dan adat istiadat persilatan,

perlembagaan PSSCM dan peraturan-peraturan bertulis Lembaga Pelajaran & Tatatertib PSSCM.

Terdapat juga elemen yang tersirat yang diterapkan secara tidak langsung menerusi kaedah pengajaran

dan pembelajaran, pergaulan guru dan murid, contoh dan teladan para pemimpin dan bimbingan serta

didikan guru-gurunya. Pendekatan yang dikemukakan oleh Silat Cekak ini berupaya mendidik kita

mengenali jati diri yang sebenarnya dan seterusnya menjadikan kita menghargai dan bertanggungjawab

untuk menjaga kurniaan Allah yang ada pada diri kita.

3.1 Silat Cekak dan Konsep Jati Diri

Silat Cekak menjelaskan secara mendalam tentang konsep diri dan mengenal diri untuk mengenal

pencipta-Nya. Kata Guru "Kenalilah dirimu rata-rata, baru kita kenal Tuhanmu yang nyata" [2]. Kata-kata

ini selalu ditekankan agar kita tidak lupa diri dan sentiasa mensyukuri segala nikmat yang Tuhan

kurniakan kepada kita serta dapat menghilangkan sifat ego. Para pemimpin silat ini juga sering

menekankan bahawa mempelajari silat ini bukan untuk bermegah-megah tetapi semata-mata untuk

menjaga diri. Dengan kata lain silat ini bertunjangkan akidah seperti mana jelas ternyata dalam dua

daripada matlamat perjuangannya iaitu:

"Memberi pengertian tentang tujuan dan matlamat bersilat juga tujuan dan mengapa hidup serta

matlamat sebenar hidup" [3 ]. 

"Menanam semangat dan roh Islam sebagai pegangan dalam menghadapi sebarang keadaan"[3 ].

Matlamat sebenar hidup seperti yang dijelaskan oleh Almarhum Ustaz Hanafi (pengasas PSSCM) selaras

dengan yang dijelaskan dalam Al Quran: 

"Tidak Aku jadikan jin dan manusia, semata-mata untuk menjadi hambaKu".[Adz-Dzaariyat:56] 

Page 5: Silibus Silat Cekak 2011

Tujuan utama Seni Silat Cekak menekankan konsep menjadi hamba Tuhan ialah agar kita sentiasa ikhlas

dalam menjalankan tugas hidup kita. Sebagai panduan, Guru Utama PSSCM Y.M Tuan Haji Ishak Itam

sentiasa menjelaskan tujuan bersilat seperti di dalam rangkap kata berikut:

"Kita bersilat bukan kerana silat, kita bersilat kerana agama.

Kita bersilat bukan kerana silat, kita bersilat kerana Allah" [4 ]. 

Di samping penjelasan tentang diri, Silat Cekak juga menjelaskan tentang komponen diri. Diri kita terdiri

daripada dua komponen asas iaitu yang zahir dan yang batin, kedua-duanya perlu dididik agar ia

seimbang. Tulisan "Muhammad-Ahmad" yang ditulis secara timbal balik pada lambang Seni Silat Cekak

menggambarkan penekanan terhadap asuhan jasmani dan rohani seperti yang dimatlamatkan [13].

Perkara ini juga dijelaskan menerusi Pantun Cekak seperti berikut:

Silat Cekak Pada Lahirnya

Pengertian Gerak Pada Batinnya

Hendaklah Mahir Seluruh Anggotanya

Hendaklah Jujur Pada Jiwanya [6 ]

Di samping itu Silat Cekak juga menekankan agar kita menghargai nyawa yang Tuhan kurniakan kepada

kita. Nyawa merupakan amanah Tuhan yang perlu dijaga. Ciri-ciri pendidikan diri ini dirangkumkan dalam

sukatan pelajaran kelas teori dan amali Silat Cekak agar ia dapat difahami dan seterusnya diamalkan

oleh ahli-ahlinya [7, 8].

Adat istiadat Melayu yang tidak bercanggah dengan akidah Islam dikekalkan dan dimajukan dalam

perjuangan Seni Silat Cekak Malaysia. Perkara ini jelas dinyatakan dalam perlembagaan PSSCM iaitu:

"Memperkenalkan Seni Silat Cekak sebagai salah satu daripada kebudayaan warisan bangsa Melayu"

[5].

Secara praktikal, tatasusila Melayu kekal dalam amali Seni Silat Cekak, misalnya tidak ada kaedah

sepak-menyepak melebihi had atas pinggang digunakan. Orang Melayu menganggap menyepak ke arah

kepala orang adalah "kurang sopan" Begitu juga menunjuk ajar menggunakan kaki juga tidak sesuai

dengan budaya orang Melayu dan ia tidak digunakan dalam Seni Silat Cekak. Gerak-geri Seni Silat

Cekak amat bersopan, tertib, tidak gelojoh, menggunakan tangan di tempat tangan, dan menggunakan

kaki di tempat kaki; tidak menggunakan tangan di tempat kaki atau sebaliknya [9].

Page 6: Silibus Silat Cekak 2011

Pendekatan menerusi pantang-larang juga berupaya membantu ahli Silat Cekak mengenali jati diri dan

mempertahankannya. Sebagai contoh, pantang larang Seni Silat Cekak yang kelima iaitu "Tidak boleh

mencaci segala rupa Seni Silat Melayu asli yang lain", menjelaskan bahawa semua hak Melayu perlu

dihormati. Mencaci silat dan budaya Melayu yang lain walaupun rendah mutunya bererti mencaci diri

sendiri. Mencaci dan memfitnah merupakan tabiat buruk dan terlarang dalam agama kita yang perlu

dihakis dan dihindari. Di samping penerapan secara amali tentang konsep sayang akan hak sendiri,

penekanan terhadap kepentingan penggunaan bahasa dan peristilahan Melayu dan pengertiannya amat

ditekankan. Perkara ini tergambar dengan jelas menerusi ungkapan pantun Seni Silat Cekak, kertas kerja

dan ceramah pengasas Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, Almarhum Ustaz Hanafi Hj. Ahmad.

Penekanan terhadap penggunaan istilah dan pengertian bahasa yang betul dan tepat amat penting agar

kita mewarisi budaya ilmiah dalam ilmu persilatan [10]. Sebagai contoh, penggunaan nama "kelas

latihan" bukannya "gelanggang" untuk tempat bersilat adalah bersesuaian dengan proses pengajaran

dan pembelajaran yang terdapat dalam Silat Cekak bukan bertarung atau bermain yang bersesuaian

dengan penggunaan istilah gelanggang.

Satu lagi perkara yang tidak kurang pentingnya ialah bagaimanakah kita hendak mengembalikan

semangat dan keyakinan bahawa bangsa kita juga memiliki khazanah budaya yang amat bernilai tinggi

yang dapat membina tamadun ummah. Aspek budaya ini merangkumi juga aspek seni bela diri atau silat.

Usaha dalam bentuk penerangan dan penjelasan tentang kebaikan dan kelebihan Silat Cekak memang

kerap diadakan agar kita sayangkan warisan sendiri yang tinggi mutunya. Keyakinan terhadap mutu Seni

Silat Cekak lahir menerusi kupasan secara ilmiah atau saintifik dan muzakarah ilmiah yang kerap

diadakan. Konsep sayang akan diri akan membiak menjadi sayangkan budaya warisan sendiri

seterusnya akan melahirkan jiwa patriotik yang sayang akan bangsa dan negara.

Oleh itu menerusi penjelasan di atas komponen jati diri dalam konteks perbincangan ini dapat

disimpulkan menjadi dua perkara pokok iaitu:

1. Agama Islam (pegangan hati)

2. Adat-istiadat atau budaya bangsa (Melayu)

Kedua-dua aspek jati diri yang perlu diterapkan dan dipelihara dalam diri kita telah jelas diterapkan dalam

Seni Silat Cekak. Untuk mengekalkan jati diri, kita perlu alat dan elemen untuk menerap dan

mempertahankannya agar ia tetap kekal dalam diri walau apa jua suasana luarannya. Dalam hal ini, Seni

Silat Cekak sekali lagi merupakan alat yang sedia memiliki elemen-elemen yang berupaya menjana

ketahanan diri.

Page 7: Silibus Silat Cekak 2011

Komponen Ketahanan Diri Seni Silat Cekak

Banyak sekali elemen-elemen positif dalam Seni Silat Cekak yang berupaya menjadi benteng yang kukuh

untuk mempertahankan jati diri. Sifat berani yang ditanamkan secara langsung menerusi sistem pelajaran

Seni Silat Cekak adalah salah satu aspek penting dalam hal ini. Silat Cekak tidak mengelak ke kiri atau

ke kanan tetapi mara ke hadapan menangkis serangan musuh dengan menggunakan 4 kaedah

pelajarannya walau apa sahaja jenis serangan yang datang [11]. 

Silat Cekak juga menunggu serangan dengan tangan kosong walaupun musuh bersenjata, yang juga

merupakan satu lagi latihan dan pendidikan diri untuk menjadi berani. Konsep berani ini amat penting

sehingga ia dianggap sepenuh Iman [4, 12]. Kita tidak boleh takut selain Allah, malahan hantu sekalipun

kita tidak boleh takut, kerana hantu juga makhluk Allah yang kena jadi. Menerusi penerapan konsep dan

latihan ini, lahirlah ahli yang cekal hatinya dalam menghadapi musuh-musuh Allah yang nyata dan tidak

nyata, sama ada dalam suasana aman atau tidak aman sekalipun.

Prinsip berdiri lurus ketika menunggu serangan musuh menggambarkan pendirian yang tetap atau tegas

pendirian (pegangan hati). Berdiri lurus ialah pendirian asal manusia juga pendirian yang disuruh oleh

agama Islam [4]. Berdasarkan kajian ilmu silat, kebanyakan ilmu bela diri sepakat memperakui bahawa

berdiri lurus merupakan pendirian tertinggi atau pendirian peringkat guru. Kelebihan berdiri lurus daripada

berkuda-kuda (gaya berdiri kebanyakan silat) semasa menghadapi serangan boleh dibuktikan secara

ilmiah [13]. Pendirian betul ini amat penting khususnya apabila kita menghadapi suasana luar yang amat

mencabar dan tidak menentu dewasa ini. Almarhum Ustaz Hanafi pernah mengungkapkan supaya kita

mencontohi ikan dalam lautan: 

"Ikan yang lahir dan tinggal di lautan tidak menjadi masin, perlu digaramkan juga apabila hendak

digoreng".

Seterusnya Ustaz Hanafi pernah berpesan kepada penuntut-penuntutnya: 

"Walau di mana sekalipun kita berada Tuhan itu tetap sama, Ia tetap melihat kita sama ada kita

melakukan perbuatan baik atau sebaliknya".

Pegangan hati atau iman yang kukuh kurniaan Allah dan yakin bahawa kita ini sentiasa diawasi oleh yang

empunya hak amat perlu kepada kita tidak kira di mana kita berada dan pada bila-bila masa. Penerapan

konsep berdiri lurus dan kaedah tangkisan serta berpegang teguh terhadap falsafah "ikan di lautan" dan

"Tuhan yang sa" merupakan pertahanan terkuat yang dapat mengekalkan jati diri kita.

Pantang-larang utama Seni Silat Cekak telah menggariskan beberapa prinsip utama yang dapat

Page 8: Silibus Silat Cekak 2011

memperteguh kekuatan dalaman diri (roh) kita. Tiga pantang larang utama Seni Silat Cekak, iaitu tidak

boleh derhaka kepada guru, ibu dan bapa ialah perintis kepada konsep mengenang jasa dan tatatertib

dalam menuntut ilmu. Di samping itu, Roh kita perlu dicuci dengan mengingati dan memohon keampunan

Allah di atas semua kesalahan seperti mana kita mencuci anggota lahiriah kita menerusi mandi dan

bersabun. Konsep suci dan bersih adalah tuntutan agama, iaitu apabila roh kita bersih baharulah segala

ilmu yang baik mudah diterima. Konsep menuntut ilmu dalam Islam pula perlu landasan seperti berikut:

"Tidak berilmu kalau tidak berguru. Berguru pula perlukan guru yang Mursyid lagi Sidik".

Oleh itu, inti sari taat kepada Guru ini ialah konsep "berkat" seperti mana ternyata dalam pantun Cekak

berikut:

"Taat kepada Guru membawa berkat

Sedikit belajar banyak yang dapat

Jika menderhaka menjadi mudarat

Semua ilmu tiada yang lekat" [6]

Dengan berkat dan didikan guru, kita akan terhindar daripada melakukan kerja-kerja mungkar dan sifat

buruk seperti khianat, rasuah, ego, berbohong dan sebagainya. Melalui gurulah kita akan dididik untuk

mentaati Rasulullah dan Allah. Gurulah yang kita dapat lihat secara lahiriah untuk mendidik kita mentaati

yang ghaib dan tidak terlihat menerusi mata kasar. Sementara kesan "keramat" dan "hikmat" kedua ibu

bapa pula akan kita perolehi menerusi ketaatan kita kepada kedua-duanya. Penekanan terhadap perkara

ini terkandung dalam rangkap Pantun Cekak yang berikut:

"Dua ibu bapa tak boleh derhaka

Besar jasanya kepada kita

Kalau derhaka bahaya menimpa

Di akhirat kita masuk neraka" [6]

Guru, ibu dan bapa merupakan tiga orang yang tidak memiliki sifat dengki dan senentiasa mengharapkan

atau mendoakan kejayaan murid dan anak-anaknya. 

Gerak silat merupakan pertahanan fizikal dan pendidikan yang diterapkan bersamanya merupakan

elemen penting yang akan menjadi benteng pertahanan kuat pengekalan jati diri. Sekiranya prinsip ini

dapat diikuti sepenuhnya, selamatlah semua generasi bangsa daripada segala masalah dunia dan

akhirat.

Page 9: Silibus Silat Cekak 2011

Kesimpulan

Kupasan ringkas berkenaan konsep jati diri sebenar dan komponen utamanya iaitu agama Islam atau

pegangan hati dan budaya Melayu yang positif perlu kepada pertahanan diri agar ia tidak pupus oleh

pengaruh luar. Seni Silat Cekak Malaysia sebagai salah satu bidang ilmu dapat menjelaskan secara tepat

komponen jati diri yang perlu ada dalam diri kita dan perlu dipertahankan. Seni Silat Cekak Malaysia yang

telah dijelaskan juga memiliki elemen-elemen pendidikan yang khusus dalam sistem pelajarannya dan

berupaya berperanan menjadi benteng atau pertahanan diri. Pendidikan dalam Seni Silat Cekak juga

berupaya melahirkan anggota masyarakat yang sayang akan diri, agama, bangsa dan negara dan

seterusnya menjadikan pengamalnya selamat di dunia dan di akhirat. Sebagai sebuah badan bukan

kerajaan (NGO), Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia berperanan membantu membentuk ahli

masyarakat yang mengenali jati dirinya serta berkeupayaan mempertahan jati diri ini. Oleh itu, kerjasama

erat di antara badan-badan NGO dan agensi pemerintah yang dipertanggungjawabkan amat penting

untuk menjamin keberkesanan pencapaian matlamat untuk membentuk bangsa Malaysia yang berjiwa

patriotik.

Page 10: Silibus Silat Cekak 2011

2. Ilmu mempertahankan diri.

2.1 Ilmu mempertahankan diri di dunia

a. Korea – Tae-kwondob. China – Kungfuc. Indonesia – Pancak silatd. Thailand – Muay Thaie. Jepun – Karatef. Jepun – Judog. Filipina – Kalih. Prancis – Savate i. Russia – Samboj. India – Silambamk. Israel – Krav Maga l. Mesir – Sebek kha

Page 11: Silibus Silat Cekak 2011

Seni silat cekak

Asal-usul silat cekak

Silat Cekak berasal dari Kedah. Pernah diamalkan oleh panglima-panglima kerajaan Kedah di zaman Kesultanan Sultan Ahmad Tajuddin II.

Panglima Ismail, salah seorang panglima kanan kerajaan Kedah yang pernah menewaskan seorang batak bernama Tuah (bukan Hang Tuah) telah menurunkan ilmu silat ini kepada Panglima Tok Rashid. Manakala Panglima Tok Rashid pula telah mengamanahkan Silat Cekak ini kepada Yahya Said yang berasal dari Batu Kurau, Taiping sebagai 'pemegang amanah'.

Panglima Tok Rashid meninggalkan wasiat kepada Yahya Said yang ketika itu berumur 20 tahun:

"Jika ada anak cucuku di Kedah hendak belajar silat ini, hendaklah kau pulangkan kembali".

Silat ini telah terpendam selama 40 tahun sehinggalah Y.M. Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad yang berasal dari Kedah, telah bertemu dengan Yahya Said.

Oleh kerana minatnya yang amat mendalam terhadap silat ini, Y.M. Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad telah dapat mewarisi kembali seni pusaka bangsa ini daripada Yahya Said. Pada 5 Ramadhan 1385 Hijrah, bersamaan 28 Disember 1965, bertempat di rumah Shafie Darus, Batu 4 3/4, Jalan Gunung Alor Setar, Kedah; Silat Cekak berjaya dilahirkan kembali menerusi Perkumpolan Seni Sari Budaya Sri Kedah yang ditubuhkan pada Februari 1964.

Kemudian pada 19 Ogos 1971, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia didaftarkan dan diasaskan oleh YM Al-Marhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad Pada tahun 1975, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah menyaksikan logo baru baginya yang mana ianya juga telah diasaskan oleh Y.M. Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad, Guru Utama merangkap Presiden PSSCM.

Beliau telah meninggal dunia pada 13 Ogos, 1986 setelah menerajui PSSCM dan mengembangkan silat ini ke seluruh negara selama 21 tahun.

Tanggungjawab ini diteruskan pula oleh Y.M. Haji Ishak bin Itam selaku Guru Utama merangkap Presiden PSSCM pada 21 September, 1986. Majlis pengijazahan penuntut baru pertama kali dilakukan oleh beliau di Universiti Pertanian Malaysia pada 13 Oktober, 1986. Seterusnya hingga sekarang cawangan-cawangan PSSCM telah berkembang diseluruh Semenanjung Malaysia.

Page 12: Silibus Silat Cekak 2011

Sejarah penubuhan

Pada 5 Ramadhan 1385 Hijrah, bersamaan 28 Disember 1965, bertempat di rumah Shafie Darus, Batu 4 3/4, Jalan Gunung Alor Setar, Kedah; Silat Cekak berjaya dilahirkan kembali menerusi Perkumpolan Seni Sari Budaya Sri Kedah yang ditubuhkan pada Februari 1964. 

Pada akhir tahun 1970, Seni Silat Cekak telah berhijrah ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, ia berkembang dari satu sudut yang kecil di kedai makan milik En. Hussain b. Ahmad, Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur. Seterusnya, beberapa kelas telah dibuka, antaranya di Kampung Baru. Kegiatannya di Kuala Lumpur telah berjalan di bawah naungan seksi Seni Silat, Persatuan Bawean Putra, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. 

Pada 19 Ogos 1971, Silat Cekak telah diperkenalkan dan dikembangkan oleh YM AlMarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad melalui Persatuan Seni Silat Cekak Kedah Malaysia dan pada tahun 1975 pula, melalui Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Pada tahun yang sama, buat pertama kalinya lambang rasmi Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah diperkenalkan dan telah digunakan sehingga kini. 

Perkembangan awal Seni Silat Cekak Malaysia telah diterajui oleh YM AlMarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad sehinggalah beliau kembali ke Rahmatullah pada 13 Ogos 1986 selepas 21 tahun mengembangkan Seni Silat Cekak Malaysia ke seluruh negara. 

Bak kata pepatah Melayu 'patah tumbuh hilang berganti', tanggungjawab tersebut telah diteruskan oleh YM Tuan Haji Ishak bin Itam selaku Guru Utama dan Presiden PSSCM pada 21 September 1986 sehingga 3 Jun 2009 dan seterusnya oleh Y.Bhg. Datuk Haji Maideen Kadir Shah sehingga kini.

Page 13: Silibus Silat Cekak 2011

Carta organisasi

Ahli Jawatankuasa Pusat PSSCMSesi 2008-2011

 

Pemangku PresidenDatuk Hj. Maideen Bin Kadir Shah

Setiausaha AgongEn. Roslin Bin Ali OmarBendahari AgongEn. Anuar Aziz @ Abd AzizKetua PeneranganEn. Rosman Bin Mat Deli

Pen. S/U Agung IEn. Mohd Hafiz bin JamilPen. Bend. AgungEn. Suradi Bin Abdul RahmanPen. K.PeneranganEn. Shahrem bin Md Ramli

Pen. S/U Agung IIEn. Khaharuddin bin Abd. Rahman

Ahli J/Kuasa

En. Safaran bin AhmadProf. Madya Dr. Hj. Abdul Majid bin IsmailEn. Sazarin Bin SardomoTn. Hj. Kassim bin HusinTn. Haji Fizol Mohd SaadEn. Faizal bin Mohd YusofEn. Mohd Zaini Bin MarzukiEn. Mustafa bin AbdullahEn. Abdul Rahman bin Abdul HamidEn. Mohmad Anuar bin AhmadEn. Mohd Adanan bin Mohd Dom

JuruauditEn. Isma Amri bin Abdul Manan

Penasihat Undang-UndangEn. Riza Makhzan Bin Arifin

JuruauditEn. Malek Rizal bin Hizat

Page 14: Silibus Silat Cekak 2011

Matlamat  

1. Menghidupkan, memperkenalkan serta mempersebatikan pusaka bangsa yang merupakan seni kebudayaan keturunan yang hampir dilupakan.

2. Menanamkan perasaan cinta dan kasih akan hak dan warisan mutlak bangsa Melayu.3. Menanamkan semangat bahawa kitalah yang bertanggungjawab menjaga diri sendiri, tanpa

bergantung kepada orang lain.4. Memberi pengertian tujuan dan matlamat bersilat, juga tujuan dan mengapa hidup serta matlamat

sebenar hidup itu.5. Membasmi dan menentang tahyul dan khurafat yang tidak sesuai dengan iktikad Islam.6. Menanamkan semangat dan roh Islam sebagai pegangan bagi menghadapi apa jua keadaan.

Perguruan

Salasilah guru

Panglima Ismail Panglima Kanan Negeri Kedah di zaman Kesultanan Ahmad Tajuddin II.

Panglima Tok Rashid Panglima Kanan Negeri Kedah telah menerima Silat Cekak dari wasilah Panglima Ismail.

Yahya Said (Pemegang Amanah)

Menerima Silat Cekak dari Panglima Tok Rashid sebagai "Pemegang Amanah" selama 40 tahun dari 1925 hingga 1965.

Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad

Pengasas PSSCM dan sebagai Guru Utama merangkap Presiden selama 21 tahun dari 1965 hingga 13 Ogos 1986.

Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad

Pengasas PSSCM dan sebagai Guru Utama merangkap Presiden selama 21 tahun dari 1965 hingga 13 Ogos 1986.

Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah

Guru Utama merangkap Pemangku Presiden PSSCM mulai dari 3 Jun 2009 hingga sekarang.

Page 15: Silibus Silat Cekak 2011

Biodata pengasas

YM Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad Pengasas Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia

Walaupun Ustaz Hanafi dilahirkan dari keluarga petani, namun kepentingan pada pelajaran amat diutamakan oleh bapanya dan beliau telah dihantar ke Sekolah Melayu Gunung bagi mendapatkan pendidikan awal sehingga darjah empat. Kemudian beliau dihantar pula ke sekolah agama iaitu di Pondok Alor Gonchah dan Guar Chempedak. 

Ketika berusia 18 tahun, Ustaz Hanafi telah memulakan penghidupannya sebagai perantau sambil menjual ubat-ubatan bersama-sama dengan Pak Ngah Sharif yang bukan sahaja sebagai guru kepadanya tetapi juga bapa angkatnya. Pak Ngah Sharif yang berasal dari Tokai, Kedah telah membimbing beliau mengenali dunia manusia yang bermacam ragam. Ustaz Hanafi semasa hayatnya juga pernah menjadi guru agama dan penyelia zakat. 

Ustaz Hanafi yang berjiwa besar, telah membabitkan dirinya dalam memperjuangkan semangat kebangsaan Melayu. Beliau sebagai seorang aktivis dalam Pertubuhan Seberkas Kedah, pernah berjuang bersama-sama rakan seangkatannya termasuk Tan Sri Khir Johari, Tan Sri Datuk Senu Abd. Rahman serta Mashor Mohammad (abang kepada Datuk Seri Dr. Mahathir). 

Setelah hampir dua dekad beliau berkecimpung di arena politik, akhirnya beliau mengambil keputusan untuk tidak aktif dalam politik tanah air memandangkan beberapa perubahan telah melanda suasana politik ketika itu. Memadailah beliau menimba pengalaman bersama dengan politik tanah air ketika itu. Menyingkap semula zaman mudanya, Hanafi banyak menghabiskan masanya bagi menyelidiki dua bidang yang digemarinya iaitu mencari silat Melayu yang benar-benar asli dan boleh dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan diri dan mendalami bidang kerohanian Islam khasnya ilmu tauhid. Keadaan ini telah memberi peluang kepadanya bagi mempelajari pelbagai jenis silat Melayu dan menemui beberapa tokoh agama termasuk Kiai Fathulah Suhaimi dan Tuan Haji Abdullah Fahim. 

Setelah mengkaji dan meneliti secara mendalam segala ilmu yang ditimba, Ustaz Hanafi akhirnya membuat keputusan mahu mengembangkan Silat Cekak kepada masyarakat Melayu. Menerusi gerakan silat inilah Ustaz Hanafi berhasrat mendidik anak-anak bangsa agar cintakan kebudayaan warisan dan menyalurkan segala pengalaman serta ilmunya di bidang kemasyarakatan. 

Di dalam silat, Ustaz Hanafi telah berjasa dengan melahirkan semula Silat Cekak, jika bukan dengan inisiatifnya, mungkin Silat Cekak akan luput dan tidak dikenali. Dalam usahanya mengembangkan silat Melayu, Ustaz Hanafi sedar bahawa beberapa sikap dan tradisi yang perlu diubahsuai bagi menyesuaikan dengan keadaan semasa. Perkara pokok yang diberi perhatian ialah mengubah corak hubungan antara guru dan penuntut. 

Ustaz Hanafi Yakin kepada hubungan dua hala dan sebab itu rasa hormat dari penuntut bukan hanya sekadar kerana ia guru, tetapi kerana sifat dan tindak tanduknya yang boleh memenangi hati murid. Ustaz Hanafi beranggapan, sikap takut kepada guru dan mengikut apa sahaja kehendak guru di kalangan penuntut akan merugikan sesuatu pergerakkan silat itu. Cara penyampaian silat kepada masyarakat umum turut diubahsuai. Ustaz Hanafi berjaya mengatur sistem pelajaran dan corak pengajaran Silat Cekak secara saintifik dengan menggunakan kebijaksanaan mental dan kaedah yang bersistematik. Setiap mata pelajaran diajar secara tertib dan teratur dengan menerangkan matlamat dan sebab-sebab sesuatu pelajaran Silat Cekak. 

Ustaz Hanafi juga tidak ketinggalan untuk melakukan pengubahsuaian dalam majlis-majlis penerangan. Penekanan yang diberikan kepada sesuatu majlis penerangan ialah memberitahu masyarakat betapa silat masih sesuai untuk diamalkan dan cara bagaimana konsep Silat Cekak dilakukan. Bagi memastikan kelicinan setiap perubahan dilakukan itu, beliau telah mewujudkan satu sistem pentadbiran yang cekap.

Page 16: Silibus Silat Cekak 2011

 Biodata guru utama

YM Tuan Haji Ishak bin Itam Guru Utama Seni Silat Cekak Malaysia (1986 - 2009)

 YM Tuan Haji Ishak bin Itam sejak dari kecil lagi telah meminati seni silat Melayu, iaitu bermula dari umur 9 tahun sehingga ke umur 18 tahun beliau telah mempelajari Silat Gayung Fatani melalui bapa saudaranya En. Bakar dan En. Shafie b. Din. Seterusnya beliau mempelajari Silat Kuntau Jawa dari En. Hassan Jawa selama 2 tahun dan kemudiannya telah mempelajari Silat Sendeng dan Silat Minangkabau. 

Kemudian beliau mempelajari pula Tomoi Siam dari En. Osman b. Ahmad (Man Balak) sehingga beliau menjadi Guru Tomoi selama 2 tahun. Semasa menjadi Guru Tomoi, beliau begitu yakin bahawa tiada satu silat Melayu boleh mengalahkan Tomoi Siam. 

Selain daripada ilmu persilatan, beliau telah mempelajari ilmu kebatinan melalui Ustaz Azizan (Izan). Di samping itu, beliau telah mempelajari cara-cara membuat ubat tradisional merawat penyakit kencing manis. Tuan Haji Ishak b. Itam juga pernah mendapat pendidikan agama secara formal di Pondok Tuan Haji Mat Salleh Mesir, Tanah Liat yang pada masa ini menempatkan Maktab Adabi. Kemudian belajar pula di Pondok Pokok Sena (tafsir) dengan Tuan Guru Haji Ahmad b. Tuan Haji Hussein. 

Pada tahun 1969, YM Ustaz Haji Hanafi b. Haji Ahmad telah dapat membuka kelas di Bukit Mertajam bertempat di Kubang Semang iaitu terletak lebih kurang 2 batu dari Cawangan PSSCM Seberang Perai pada masa sekarang ini. Kelas ini adalah merupakan kelas pertama yang diwujudkan di Bukit Mertajam, dimana pada masa tersebut bergerak di bawah Perkumpolan Seni Sari Budaya Sri Kedah. 

Kelas ini telah diasaskan oleh Encik Abdullah b. Mohamad Zain dengan penyertaan seramai 16 orang penuntut. Dalam masa yang sama seorang tukang gunting rambut Encik Wan Omar telah berjaya mengajak YM Tuan Haji Ishak b. Itam untuk mempelajari Silat Cekak ini.

YM Tuan Hj Ishak bin Itam telah berjaya belajar silat ini selama 30 hari latihan sahaja. Setiap kali latihan, beliau sering dipukul oleh YM Ustaz Haji Hanafi dengan pokok teh pagar yang bertujuan hendak mengajar beliau supaya bersabar dan menerima ilmu silat ini dengan ikhlas hati dari tangan gurunya sendiri disamping menerima berbagai ujian dari gurunya. 

YM Ustaz Hanafi b. Haji Ahmad kemudiannya telah melantik beliau menjadi jurulatih. Sepanjang penglibatan beliau sebagai jurulatih, banyak tempat dan Cawangan serta Kelas Latihan telah disertainya termasuklah di TUDM Butterworth (1977), Kepala Batas (1978), Cheruk Tok Kun (1975) dan di Kulim (1982). Beliau seringkali berulang alik mengajar silat ini di S. Perai dan P. Pinang. 

Apabila YM Ustaz Haji Hanafi kembali ke Rahmatullah pada 13 Ogos 1986, YM Tuan Haji Ishak bin Itam telah diisytiharkan sebagai YM Guru Utama pada 21 September 1986. Kelas pertama diijazahkan oleh beliau sebagai Guru Utama adalah di UPM pada 13 Oktober 1986 seramai 27 orang. YM Tuan Haji Ishak b. Itam terus menerajui PSSCM sehingga 3 Jun 2009.

Page 17: Silibus Silat Cekak 2011

Y.Bhg. Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah Guru Utama Seni Silat Cekak Malaysia

Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah dilahirkan di Sg. Besi, Kuala Lumpur pada 18 Julai 1957 bersamaan 20 Z ulhijjah 1376H (Khamis).  Bapanya Kadir Shah bin Syed Maidin dan ibunya Julaiha bte Mohd Ibrahim. Beliau anak yang keenam daripada sembilan beradik. Mendirikan rumah tangga dengan Datin Hajjah Roznida bte Ali Omar pada 16 September 1984 bersamaan 20 Zulhijjah 1404H (Ahad).

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Pasar Road, Jalan Pudu (darjah 1 - 2).  Kemudian Sekolah Rendah Kebangsaan Ulu Klang (darjah 3 - 6).  Melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Lelaki Ampang (Ampang Boy School), Kuala Lumpur sehingga tingkatan tiga.  Dalam usia tersebut beliau lebih cenderung dalam bidang perniagaan bermula secara kecil-kecilan sehingga berjaya bergelar Tokoh Usahawan. Beliau juga dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Wisma Yakin, Kuala Lumpur (PPWY).

Dari kecil lagi beliau amat meminati seni silat.  Beliau pernah mempelajari Silat Gayung Malaysia ketika berusia 13 tahun.  Pada tahun 1974 semasa usia 17 tahun beliau belajar Seni Silat Cekak Malaysia dengan al-marhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad, Guru Utama dan Presiden PSSCM di Jalan Haji Sirat, Kg. Baru, Kuala Lumpur.  Datuk Haji Maideen telah berguru secara peribadi dalam bidang keagamaan dan persilatan dengan Ustaz Hanafi selama 10 tahun.  Kemudian berterusan dengan YM Tuan Haji Ishak bin Itam. Semasa remaja, beliau berguru dengan Tuan Syed Harun secara formal dalam bidang al-Quran.  Pada tahun 1997 semasa usia 40 tahun, beliau telah mendalami ilmu al-Quran dengan Tuan Syed Mustaffa bin Syed Othman, Imam Masjid Damai Datuk Keramat selama 2 tahun sehingga khatam.

Pada tahun 1975 beliau telah mengambil Ujian Sijil Rendah Silat Cekak dan Ujian Sijil Menengah pada tahun 1980. Al-marhum Ustaz Hanafi telah melantik beliau sebagai Jurulatih pada tahun 1977. Ahli LPT dan AJK Pusat PSSCM pada tahun 1981. Beliau juga pernah mewakili PSSCM dalam Kejohanan Silat Olahraga Kebangsaan di Kuala Lumpur pada tahun 1984 dan mewakili negara dalam Kejohanan Silat Olahraga Sedunia pada tahun 1981 di Singapura serta 1982 di Jakarta Indonesia. Atas pengalaman beliau selama 19 tahun dalam PSSCM, beliau dilantik sebagai Naib Presiden PSSCM oleh YM Tuan Haji Ishak bin Itam pada tahun 1993.  Semasa “Krisis 1993 dan 1994”, beliau telah bersama-sama berjuang mempertahankan PSSCM sehingga berjaya. Selaku orang kepercayaan Presiden dan Guru Utama, beliau seringkali diberi mandat mewakili Guru Utama dan Presiden dalam urusan yang melibatkan PSSCM, agensi kerajaan dan swasta. Ketokohan beliau sebagai seorang pemimpin, terbukti selama 35 tahun semasa khidmatnya dalam PSSCM.

YM Tuan Haji Ishak bin Itam telah menyerahkan Jawatan Guru Utama dan Presiden kepada Datuk Haji Maideen pada hari Rabu, 03 Jun 2009 bersamaan 09 Jamadil-Akhir 1430H di kediamannya dan secara beradat pada hari Khamis 23 Jun 2009 bersamaan 29 Jamadil-Akhir 1430H jam 1.00 pagi. Penyerahan ini telah di terima oleh semua pentadbir PSSCM dan Ketua Cawangan Negeri.  Kelas pertama diijazahkan oleh beliau sebagai Guru Utama adalah di Pusat Latihan Kuang pada hari Rabu 22 Julai 2009 bersamaan 29 Rejab 1430H seramai 116 orang.

Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah telah diisytiharkan sebagai Guru Utama PSSCM dan Pemangku Presiden PSSCM pada hari Sabtu 31 Oktober 2009 bersamaan 12 Zulkaedah 1430H semasa Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa PSSCM yang berlangsung di Hotel DePalma, Ampang.

Atas jasa-jasa beliau dalam sumbangan kepada masyarakat, DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung telah berkenan mengurniakan Pingat “Darjah Panglima Mahkota Wilayah” membawa gelaran DATUK pada 02 Februari 2009 bersamaan 06 Safar 1430H.  Beliau juga merupakan Ahli Dewan Perguruan Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) mulai 29 Disember 2009.

Page 18: Silibus Silat Cekak 2011

Pantang-larang

1. Tidak boleh derhaka kepada guru2. Tidak boleh derhaka kepada ibu3. Tidak boleh derhaka kepada bapa4. Tidak boleh bergaduh sesama ahli5. Tidak boleh mencaci silat Melayu yang asli

Struktur persilatan

Pelajaran Seni Silat Cekak Malaysia

a. Mempunyai kaedah A, B, C dan D. 4 pergerakan di tangan kiri dan 4 pergerakan di tangan kanan (kaki tidak bergerak), berdiri lurus seperti berdiri waktu sembahyang (tidak berdiri kuda-kuda). 

b. Buah-buah dasar (basic) sambungan daripada kaedah A, B, C dan D; dilatih bergerak sekali tangan dan kaki. c. Buah-buah pecahan atau buah-buah anak sambungan daripada buahbuah dasar pelajaran yang kedua. Dengan buah-buah pecahan inilah untuk mempertahankan keselamatan daripada segala rupa serangan. 

c. Buah-buah dasar dan pecahan-pecahan ini adalah buah-buah segala ilmu keputusan seluruh silat Melayu di dalam alam Melayu seperti Keputusan Sendeng, Keputusan Gayung Fatani, Keputusan Silat Harimau dan lain-lain seperti yang disebutkan pada bahagian awal tadi. 

Nama-nama buah Seni Silat Cekak antara lain ialah:

Buah Pertama Buah Keputusan Gayung Fatani Buah Keputusan Sendeng Atas Buah Kilas Belakang Buah Kilas Hadapan Buah Kidong Kiri Buah Kuntau Jatuh Buah Kuntau Kiri & Kuntau Kiri Gantung Buah Kuntau Kanan Gantung Buah Hentak (Keputusan Silat Harimau) Buah Ali Patah Atas Buah Ali Patah Sudah Buah Selendang Buah Gari & Gari Gunting Buah Paras Buah Keputusan Pasung Kemanga Buah Keputusan Terlak Buah Keputusan Lintau Buah Hempok Buah Luncur

Pantun

Page 19: Silibus Silat Cekak 2011

Lahirnya Cekak kerana kesedaranbukan bermusuh sebagai tujuan

untuk mendaulatkan seni kebangsaanmensesuaikan dengan makna kemerdekaan 

Silat Cekak benar-benar aslitidak bercampur hak luar negeri

hendaklah belajar bersungguh hatiuntuk menjaga diri sendiri 

Silat Cekak tersangatlah mudahbagi mereka yang mendapat hidayahsungguhpun begitu hendaklah tabah

InsyaAllah mendapat faedah 

Silat Cekak pada lahirnyapengertian gerak pada batinnya

hendaklah mahir seluruh anggotahendaklah jujur pada jiwanya 

Taat ke guru membawa berkatsedikit belajar banyak yang dapatjika menderhaka menjadi mudarat

semua ilmu tiada yang lekat 

Sebenar guru ada hakikatdikuat pula amalan syariat

ditambah pula ilmu makrifatberpakaian pula dengan isyarat 

Dua ibu bapa tak boleh derhakabesar jasanya kepada kita

kalau menderhaka bahaya menimpadi akhirat kita masuk neraka 

Wajiblah menjaga diri sendirimenerima amanah Tuhan Rabbisupaya menjadi mukmin sejati

demi menegak Islam yang suci. 

Pantun Silat Cekak ini telah dicipta oleh YM AlMarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad dengan bertujuan untuk memberi gambaran kepada penuntut-penuntut Silat

Cekak bahawa Silat Cekak lebih menekankan kepada pendidikan rohani dan jasmani yang tidak terkeluar dari landasan Islam. Pantun di atas telah diterbitkan

oleh PSSCM secara rasmi melalui Majalah Suara Cekak 1 (1975) dan Suara Cekak 2 (1976).