info silat

35
Isi Kandungan Buku Silat Bismillahi Rahmani Rahim Syukur kepada Allah, selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sekaian sahabatt beliau. Dengan izin Allah serta dengan limpah kurniaNya dapatlah saya meneruskan usaha menulis dan menterjemahkan ilmu silat untuk semua. Pendahuluan kata sebagai peringatan kepada diriku, sekelian ahli dan keluarga perguruan silat Seni Gayung Fatani Malaysia selaku pengamal silat Melayu agar dapat menggunakan ilmu, masa dan hayat membuat perkara yang mendatangkan manfaat dan kebajikan. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud, ‘Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian. Kecuali kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh yang nasihat-menasihatkan supaya mentaati kebenaran dan nasihat- menasihati supata menepati kesabara’ (Al-Ashr. Surat 103). Inilah mestika di dalam pestaka perbendaharaan perguruan silat Seni Gayung Fatani yang ku ambil daripada guru-guruku untuk tatapan para guru, jurulatih, pesilat dan pencinta silat Melayu. Semoga silat Malaysia dapat melangkah ke tahun 2000 dengan jaya dengan persiapan yang baik bagi keperluan melaksanakan perkhidmatan pendidikan silat yang telus dan setara. Tidak semua ilmu, amalan dan kemahiran silat dapat diperturunkan secara

Upload: shra-amethyst

Post on 10-Apr-2016

447 views

Category:

Documents


26 download

TRANSCRIPT

Page 1: Info Silat

Isi Kandungan   Buku   Silat

Bismillahi Rahmani RahimSyukur kepada Allah, selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW,keluarga dan sekaian sahabatt beliau. Dengan izin Allah serta dengan limpahkurniaNya dapatlah saya meneruskan usaha menulis dan menterjemahkan ilmu silatuntuk semua.

Pendahuluan kata sebagai peringatan kepada diriku, sekelian ahli dankeluarga perguruan silat Seni Gayung Fatani Malaysia selaku pengamal silatMelayu agar dapat menggunakan ilmu, masa dan hayat membuat perkara yangmendatangkan manfaat dan kebajikan. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud,‘Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian.Kecuali kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh yangnasihat-menasihatkan supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supatamenepati kesabara’ (Al-Ashr. Surat 103).Inilah mestika di dalam pestaka perbendaharaan perguruan silat SeniGayung Fatani yang ku ambil daripada guru-guruku untuk tatapan para guru,jurulatih, pesilat dan pencinta silat Melayu. Semoga silat Malaysia dapat melangkahke tahun 2000 dengan jaya dengan persiapan yang baik bagi keperluanmelaksanakan perkhidmatan pendidikan silat yang telus dan setara. Tidak semuailmu, amalan dan kemahiran silat dapat diperturunkan secara bertulis, makadiharapkan belajarlah melalui guru-guru dari aliran silat Melayu dari yang serumpundan yang sebenih dengannya.

Page 2: Info Silat

Perguruan Silat Seni Gayung Fatani merupakan aliran silat Melayu yakni silatasli tempatan versi Malaysia atau seni silat Melayu tradisi Semenanjung TanahMelayu yang diamalkan dalam masyarakat Melayu di desa-desa di SemenanjungTanah Melayu dan daerah yang bersempadanan dengannya yang dikenali sebagaisilat pulut atau gayung pulut.

Perguruan silat Seni Gayung Fatani antara aliran silatgayung pulut. Perguruan silat Seni Gayung Fatani Malaysia antara aliran silatbertaraf anggota badan pendiri Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKAMalaysia).

Maka menjadi tanggung jawab kepada perguruan ini berusahamembangunkan silat Melayu sebagai memartabatkan silat sebagai seni bela dirirasmi Malaysia. Bagi tujuan tersebut dan dalam pada itu perguruan ini berupayamengekalkan keaslian silat Melayu, yakni kandungan pelajaran silat yang bebasdari paduan, campuran atau gabungan daripada mana-mana aliran pencak silat,seni bela diri atau seni mempertahankan diri bukan silat. PSGFM telah berjayamengembangkan silat ke seluruh Negara dan beberapa negara di peringkat antarabangsa.

Bagi mengukuhkan ilmu, kefahaman dan amalan silat, maka diterjemahkanisi kandungan pelajaran silat Melayu keoada satu kurikulum silat yang telus dabsetara yang dapat digunakan secara bersama.

Page 3: Info Silat

Sikap Pendekar

Falsafah Pendidikan Silat atau Sikap Pendekar‘Pendekar ialah insan yang berilmu, beramal dan berkemahiran dalamilmu persilatan pada zahir dan batin berteraskan adat seni budayaMelayu bersendikan syarak, menggunakan ilmu di tempat yang betuldemi kebenaran dan keamanan dengan jiwa yang tenang sertaberketerampilan berlandaskan semangat kesatriaan yang luhur.’

Anuar Abdul Wahab AMNSilat merupakan ilmu mempertahankan diri bangsa Malaysia. Ilmu ini diwarisisecara turun-temurun selari dengan kewujudan manusia yang digelar sebagai‘orang-orang Melayu’ di dunia ini.

Proses pembelajaran, pengamalan sama ada dari segi fizikal, mental dankerohanian melalui gerak-gerak silat mahupun falsafah-falsafah silat mestiditeruskan oleh generasi hari ini bagi membuktikan bahawa masyarakatMalaysia mempunyai jatidiri yang tersendiri khususnya melalui persilatan.

Oleh itu dalam usaha memelihara dan mengembangkan Silat, prosespembelajaran seharusnya bermula sejak kanak-kanak lagi agar masyarakatMalaysia mengetahui bahawa Silat adalah hak dan kepunyaan mereka.

Justeru itu, tidaklah menjadi suatu bebanan dan kesalahan jika Silat diajar disekolah, universiti, kolej, dewan orang ramai, pusat latihan tidak kira samaada di dalam ataupun di luar negara supaya Silat mampu bersaing samahebatnya dengan seni mempertahankan diri yang ada di dunia ini.

Page 4: Info Silat

Namun begitu dalam kita mengejar dan mencapai matlamat bersama perlulahkita ingat terdapat beberapa perkara yang perlu kita semai dalam diri setiappesilat supaya mereka tahu dan faham tanggungjawab mereka sebagaiseorang pesilat dalam mempraktikkan ilmu seni mempertahankan diri Silatpada masa, waktu, ketika dan tempat yang betul.

Di sini diperturunkan ‘Sikap Pendekar’ supaya setiap pesilat sedar mengenaitanggungjawab masing-masing dalam menjadi seorang pesilat yang terbilangtidak kira walau di mana sahaja anda berada.

Di atas terdapat 20 perkataan yang perlu dihayati untuk membentuk nilaimurni Sikap Pendekar. Pendekar merupakan insan yang bijaksana atau‘dekar’ dapat memanfaatkan akal dengan budi bicara untuk melakukantindakan.

Pendekar sebagai pewaris atau tenaga utama pembangunan danpengembangan Seni Silat. Mereka berkewajipan dan bertindak sebagaipendidik, pemimpin, pakar, pengurus, pentadbir, pelatih, perancang, penilai,pembimbing, penasihat dan sebagainya.

Silat Satu Produk   Berdaya   Saing

Kadang-kadang teragak-agak juga nak berbicara mengenai silat melalui ruangan Majalah SB kerana ramai telah berbicara mengenai silat, sudah ratusan perguruan silat ditampilkan yang setengahnya sudah pupus atau bercerai berai. Tetapi bagaikan sudah tergigit lidah berbicara tentang silat, namun silat tak ke mana juga, malah semakin sepi kian terpinggir macam `rumpun di tepi jalan’ di negaranya sendiri. Apa yang dibuat kerana silat serba tak kena.

Page 5: Info Silat

Sejak penulis terlibat secara langsung dalam arus perkembangan silat, baik dalam membangunkan program silat olahraga, silat seni, senam silat, muzik silat baku Malaysia dan kurikulum seni silat Malaysia, begitulah halnya berkesudahan dengan kegagalan. Sejajar dengan kaji selidik penerbit SB Azlan Ghani, bahawa Silat Melayu di negara ini diumpamakan berada di hujung tanduk, menunggu masa sahaja pupus tanpa berkubur. Demikian pandangan seorang yang berpengalaman luas dalam bidang kewartawanan khususnya di bidang silat.

Perkara di atas mengingatkan saya kepada Pak Long Aji Batu Kurau katanya, `hari ini budak kampung tak mahu belajar bersilat, dia kata saya reka’. Beliau seorang guru tua yang pernah mengembangkan silat lebih dari setengah abad. Mungkin ada sebab yang munasabah hingga anak kampung mengambil tindakkan demikian. Mereka melihat sistem pelajaran dan pendekatan silat kepada generasi muda masih ketinggal berbanding dengan seni bela diri bukan silat.

Sedia diketahui bahawa silat ialah pakaian dan amalan pahlawan Melayu yang pernah digunakan dalam peperangan mempertahankan kedaulatan kerajaan Melayu tradisi.  Keampuhan silat telah teruji. Hal tersebut tidak pernah diragukan. Tetapi  dalam menyajikan silat kepada generasi moden perlukan satu sistem perkhidmatan pendidikan yang telus dan setara. .

Pengamal silat perlu bertindak pantas menyusun ilmu silat agar menjadikan silat sebagai satu produk yang berdaya siang. Amalan pemasaran silat bersaing sesama sendiri akan melemahkan dan tidak menguntungkan masa depan  silat. Sistem perkhidmatan pendidikan silat masih tidak selaras dan rencam yang melemahkan silat untuk bersaing. Kelemahan dari aspek tersebut menjadi sebab mengapa geberasi muda hilang kepercayaan dan keyakinan kepada silat.  Itulah menjadi pokok bicara kali ini iaitu mencadangkan agar  silat menjadi satu produk yang berdaya saing untuk kepentingan bersama.

Page 6: Info Silat

Langkah merealisasi tujuan tersebut memerlukan kerjasama bukan seperti `enau dalam belukar yang lepaskan pucuk masing-masing’. Selagi tiada kesepakatan selagi itulah silat `melukut di tepi gantang’ di negaranya sendiri. Selama ini pun, kedudukan silat dalam sistem pendidikan negara tidak seperti nasib ilmu seni bela diri di negara lain. Institusi pendidikan masih tidak dapat menerima atau mengembangkan silat kerana belum menampilkan satu kurikulum silat yang seragam. Ada benarnya.  Katalah kalau semua dari empat ratus perguruan silat diberi peluang mengajarkan silat di sekolah atau di pusat pengajian tinggi, apa yang akan berlaku kepada perkhidmatan pendidikan yang selama memakai kurikulum seragam.Malaysia harus berbangga kerana diwariskan silat yang merupakan antara ilmu seni bela diri dunia yang terbaik dan sempurna.  Silat diakui sebagai warisan pahlawan yang pernah berjuang mempertahankan banga dan negara Boleh dikatakan dalam karya sastera Melayu tradisi kebanyakan ceritanya mengenai pahlawan. Pendek kata kalaulah tiada pahlawan, orang Melayu pun tiadalah cerita dan tiadalah sejarah  Melayu yang hendak diceritakan.

Walaupun ilmu pahlawan dan peranan silat dalam tamadun Melayu tidak pernah ditulis, tetapi pahlawan yang mahir bersilat  tercatat dalam sejarah dan kesusasteraan Melayu antaranya seperti Hang Tuah lima saudara, Megat panji Alam, Tun Perak, Mat Kilau, Dato’ Bahaman, Mat Salleh, Tok Janggut, Dol Said dan lain-lain disanjung sebagai pahlawan negara.

Sebelum silat tenggelam di depan mata oleh arus ilmu seni bela diri dari luar di Malaysia, maka pengamal silat harus bersikap proaktif memperkasakan silat. Jauhkan sikap tunggu dan lihat. Ilmu seni bela diri dari luar negara sentiasa bersikap agresif bagi mengenepikan saingannya untuk mendapatkan tempat di mana sahaja mereka berada. Istemewanya mereka mendapat kerjasama dari orang Melayu untuk membangunkan ilmu seni bela diri mereka di Malaysia.

Page 7: Info Silat

Semangat Silat Dan Padi   Pulut

Dalam lembaran Majalah SB: Bil.35 Nov. 2008 ada persoalan yang menarik minat saya bersama-sama berbicara mengenai, bolehkah orang silat bersatu sesudah dulunya cabar-mencabar dan mengaibkan perguruan lain berlaku sekitar tahun 60an hingga 90an dalam persembahan perguruan tertentu? Guru Azlan Ghanie berpendapat; “Boleh”. Lagipun, tidak semua orang silat begitu.  Perkara tersebut hanya dilakukan oleh segelintir orang guru silat yang berusaha mempromosi perguruannya. Selaku orang baru dalam dunia persilatan Melayu, mereka terlalu emosi melihat kemampuannya yang baru kenal silat lalu berani mencabar bangsanya sendiri dan sampai hati mengaibkan silat Melayu yakni silat asli tempatan yang dikenali sebagai silat pulut diikatanya sebagai sudah ketinggalan zaman,  jumut,  dan tak ada buah pukul. Kata-kata itu ditelan saja oleh para guru silat Melayu tradisi demi menjaga semangat setia kawan dan nama baik silat.

Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana tiba-tiba sahaja muncul menulis dan diharapkan kesempatan ini tidak disalah dianggap.  Hanya senya menyahut seruan Guru Azlan Ghani `tulis jangan tak tulis’ atau seperti kata orang silat `kalau gayung bersambut dan kalau kata bersahut’.

Sepengalaman saya melibatkan diri dalam dunia persilatan Melayu sejak awal tahun 50an, guru silat tidak begitu amalannya, tidak pernah mempersoalkan ilmu dan amalan sesuatu perguruan. Mereka arif mana yang asli dan mana yang baru, mana silat zahir dan silat batin. Silat zahir ada `buah laman’ dan `buah rahsia’.  Buah laman ialah jenis buah pukul yang boleh dipertontonkan seperti yang dimainkan dalam silat pulut. Buah rahsia tidak dipermainkan atau dipertontonkan kecuali pada ahli atau terdesak. Mengenai silat batin terbahagi kepada dua iaitu seni

Page 8: Info Silat

kebatinan dan rahsia kebatinan. Seni kebatinan ialah jenis silat yang tidak bersentuan atau memadai beberapa gerak jurus tertentu yang dapat dipertontonkan bagi mengesahkan wujudnya ilmu kebatinan silat. Manakala silat rahsia kebatinan ialah bahagian ilmu kerohanian silat bertujuan untuk mempertahankan diri zahir dan batin daripada serangan di luar keupayaan fizikal atau pancaindera sama dari kejahatan dan tipu daya manusia, binatang, iblis, jin dan syaitan, kecuali qada` dan qadar Allah.  Oleh sebab itu dikatakan silat merupakan rahsia perbendaharaan ilmu bangsa Melayu yang hanya boleh dituntut boleh, tetapi dijual tidak.

Ketika itu, saya tinggal di Kg. Sg. Keli, Hutan Melintang, Perak bersempadan dengan Sabak Bernam, Selangor yang dipisahkan oleh Sungai Bernam. Menurut cerita orang-orang tua nama Kg. Kota berasal dari kota pertahanan dalam peristiwa perang saudara di Selangor di mana Raja Hitam berkota di seberang Perak dan Tengku Kudin di tebing Sabak Bernam. Dulu saya dapat menyaksikan kesan kota dan beberapa laras meriam besi di tebing sungai Kg Kota. Kini telah tenggelam dalam lumpur. Tidak hairan di kampung itu ramai guru dan pendekar perang terus yang menetap di situ.  Silat sudah sebati menjalar dalam darah daging keturunan mereka. Pada tahun  57an terdapat guru dan kumpulan silat yang bernama dan tidak bernama antaranya seperti En.Jamil (silat Harimau), En.Samsi (Kuntau Jawa), Wak Sarbini (Cemande), En.Abd.Rahman, En.Jidin, En. Jaafar, Tn.Hj. Sohor, En.Mat Lazim, EnJohan (Sendeng), Hj.Osman (Minangkabau), Tn.Hj.Juah (Lintau), En.Tapap (Cekak), En.Amran (Sewah/ kuntau Betawi)), En.Embung Abdullah (Fatani) dan seperti Hj.Nasir, En.Mat Yasin, En. Hj.Mat Akib, En. Rusa, Tok Aki Misai, En.Jamal, En.Hassan dan lain-lain. Mereka sepakat tidak cabar-mencabar dan mengaibkan sesamanya. Masa itu bukan tiada pergaduhan, tetapi bukanlah kerana silat. Kalau salah seorang membuka gelanggang, bertamat atau jemputan rasmi kenduri kendera misalnya mereka datang dan bermain silat pulut.

Silat merupakan antara ilmu seni bela diri manusia yang tertua yang diciptakan dan diamalkan oleh nenek moyang bangsa Melayu seiring dengan bahasa, kesenian, rumah, perahu, senjata, pakaian, permainan, kepercayaan, pantang larang dan adat istiadat berteraskan sosio budaya

Page 9: Info Silat

Melayu. Kemudian silat berkembang berhamburan bersama penghijrahan rumpun bangsa Melayu ke seluruh pelosok alam Melayu. Sejak itulah orang Melayu celik silat, setiap suku kaum Melayu menggubah rupa dan bentuk silat sesuai dengan keperluan, budaya dan kepercayaan mereka. Walaupun hingga ke hari ini wujud ribuan kumpulan silat dengan pelbagai nama, namun masih mengekalkan ciri-ciri silat.

Memperkasa   Silat   Melayu

Sebelum mardeka, boleh dikatakan setiap kampung ada bangsal silat. Masih ramai pendekar dan guru silat yang sedia memperturunkan ilmu silat, ketika itu pelbagai  cara  dan gaya orang bergayung dan bersilat. Meriahnya bukan main, mereka tahu mana yang silat dan bukan silat. Di akhir abad ke20 silat Melayu tradisi semakin malap, gelanggang bangsal menjadi sepi dan gendang silat lama tergantung di paran.  Silat pulut pun tinggal nama sahaja.

Penulisan ini mengambil skop atau ruang yang lebih kecil iaitu silat yang diamalkan oleh orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, tidaklah menyentuh perihal jenis seni bela diri rumpun Melayu seperti yang diamalkan oleh orang Melayu di Pattani, Kamboja, Campa, Minangkabau, di Jawa, Brunei, Bugis dan lain-lain daerah di alam Melayu.. Terkadang kala terlupalah orang, membezakan antara silat Melayu dengan seni bela diri rumpun Melayu yang berasal-usul dan mempunyai badan induk di negara jiran misalnya pencak silat diiktiraf sebagai seni bela diri asli bangsa Indonesia. Lupa kerana sejak sekian lama aliran seni bela diri rumpum Melayu telah berkembang secara seiring dengan silat Melayu di Malaysia  Justeru apabila bicara memperkasakan silat,  persoalan

Page 10: Info Silat

ditumpukan kepada silat Melayu yakni silat asli tempatan versi Malaysia di Malaysia.

Usaha memperkasakan silat berlaku secara tanpa disedari atau secara  sedar. Usaha memperkasakan secara tanpa sedar atau tanpa terancang berlaku kerana silat merupakan salah satu keperluan membentuk jati diri bagi membina  insan `berisi’ yang memiliki ilmu zahir batin dan sebagai ilmu mempertahankan diri. Perkembangan secara sedar dan terancang berlaku apabila silat boleh menyumbang kepada sosio budaya dan negara.

Sejarah memperkasakan silat telah bermula sejak silat mempunyai hubungan dengan pembentukan tamadun kerajaan Melayu. Ketika itu silat dinaungi oleh istana. Sejak kejatuhan kerajaan Melayu tradisi, istana tidak lagi melindungi silat dan orang perang yang mempertahankan institusi raja terpinggir ke desa meneruskan perjuangan memupuk jati diri bangsa yang cintakan bangsa, agama dan tanah airnya.

Selepas merdeka, langkah memperkasakan silat ialah menyusun kumpulan atau perguruan silat menjadi organisasi yang berdaftar. Pada tahun 70an, semua kumpulan silat dan seni bela diri wajib didaftarkan. Antara kumpulan silat Melayu tradisi yang berdaftar dan paling berjaya ialah Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM 14.9.1976). Selain diiktiraf sebagai ahli bertaraf badan pendiri Pesaka Malaysia, PSGFM berjaya mengekalkan keaslian silat Melayu  dan mengembangkannya di Malaysia dan beberapa negeri di peringkat antarabangsa. Kejayaan PSGFM menjadi sinonim dengan silat Melayu.

Peringkat kedua ialah mewujudkan badan induk yang menerajui silat peringkat kebangsaan. Usaha tersebut dilakukan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia dengan mengadakan beberapa pertemuan, kerjasama, seminar, bantuan dana dan teknikal. Kemuncaknya pada tahun 1079 ialah menubuhkan Majlis Silat Malaysia. .  Antara hasrat Majlis Silat Malaysia yang dinyatakan ialah `dinilai kembali tradisi kita untuk menemukan unsur-unsur yang

Page 11: Info Silat

menonjolkan  identi nasional dan perpaduan negara’. Pemikiran ketika itu salah satu unsur teras sosio budaya Melayu yang kukuh ialah silat.Kemudiannya Majlis Silat Malaysia diketepikan atas beberapa sebab tertentu. Salah satu sebab ialah pengiktirafan  Persekutuan Pencak Silat Antarbangsa (Persilat) kepada Malaysia sebagai anggota pendiri Persilat kerana di Malaysia terdapat banyak kumpulan dan perguruan pencak silat yang berasal usul dan berdaftar menjadi ahli Ikatan Pencak Silat Indonesia (IPSI).  Oleh sebab itu Malaysia layak menjadi cawangan negara pencak silat.  Sehubungan dengan itu jawatankuasa baru telah menamakan organisasi baru iatu Persekutuan silat Kebangsaaan Malaysia (Pesaka Malaysia). Sejak itu tumpuan Pesaka ialah pembangunan dan perkembangan pencak silat.

Masa depan silat   asli   tempatan

Memupuk keyakinan terhadap silat sebagai seni bela diri rasmi tersenarai dalam Akta Warisan Negara masih kabur dan terumbang-ambing. Masih di persimpangan pemikiran, `apakah Malaysia mempunyai silat asli tempatan yakni silat versi Malaysia yang boleh dianggap seni bela diri rasmi warisan Malaysia?  Sepatutnya dikenal pasti terlebih dahulu nama, rupa, bentuk dan asal usul silat yang dimaksudkan sebelum diistiharkan sebagai seni bela diri negara dan dicatatkan dalam Akta Warisan Negara Tertanya-tanyalah orang,`apakah semua jenis silat yang berada di Malaysia diiktiraf sebagai seni bela diri rasmi danWarisan negara?

Mungkin persoalan yang ditimbulkan di atas tidak penting kepada sesetengah orang. Seperti biasalah, tak kisah ataupun pihak KeKKWa memang telah mengenal pasti jenis silat yang dimaksudkan.  Diingatkan agar usaha murni tersebut tidak terjadi `rumah siap pahat berbunyi’.  Seperti yang telah berlaku pada beberapa lagu dan tarian rumpun bangsa Melayu yang diamalkan  di Malaysia mendatangkan fitnah.  Di Malaysia semakin ramai pengkaji dan orang pandai. Tak semena-mena, ada yang berpendapat silat bukan seni bela diri bangsa Melayu. Ada pendapat mengatakan Hang Tuah bukan bangsa Melayu. Sehingga ini tiada yang menyangkal secara ilmiah pendapat tersebut.  Sebabnya, tek kisah.

Page 12: Info Silat

Di Malaysia memang terdapat ratusan kumpulan silat atau seni bela diri rumpun

Melayu sama ada jenis silat asli tempatan atau  jenis seni bela diri dari negara jiran. Dalam kumpulan tersebut terdapat perguruan jenis pencak silat yang mempunyai badan induk yang berdaftar secara sah di bawah naungan Ikatan Pencak Silat Indonesia (IPSI) dan mempunyai organisasi peringkat antarabangsa iaitu Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT). Maka Malaysia perlu menentukan perbezaan antara silat dengan pencak silat. Diistiharkan bahwa mana-mana jenis seni bela diri berada atau berasal dari wilayah Indonesia disebut  pencak silat dan diiktiraf sebagai seni bela diri asli bangsa Indonesia.

Penentuan silat sebagai seni bela diri rasmi warisan negara perlu dilakukan seumpama `menarik `rambut dalam tepung’ kerana seni bela diri rumpun Melayu telah berkembang di alam Melayu sebelum wujud persempadanan negara seperti hari ini. Sebaiknya, elakkan perebutan dan pertindihan hak ke atas man-mana jenis silat, pencak silat atau seni bela diri bukan silat yang boleh merenggangkan persahabatan antara rumpun bangsa dan negara.

Malaysia merupakan sebuah negara yang berdaulat sewajarnya mengistiharkan seni bela rasmi dan disenaraikan dalam Akta Warisan Negara  Pengiktirafan tersebut sebagai langkah kukuh untuk membangunkan dan melindungi silat sebagai seni warisan negara  Pada sejarahnya, silat merupakan institusi pendidikan kepahlawanan Melayu tradisi yang mendapat lindungan istana. Para pendekar dan hulubalang secara langsung menganggotai angkatan perang diraja. Dari sebab itu wajarlah silat diiktiraf sebagai seni bela diri rasmi dan dilindungi sebagai seni warisan bangsa Malaysia. Pengiktirafan ini tidak menghalang mana-mana aliran pencak silat dan bukan silat terus berkembang di Malaysia sepetti adanya.

Sepertimana beberapa negara maju sebelah timur telah mengkiktiraf, melindungi dan membangunkan jenis seni bela diri mereka di peringkat negara dan antarabangsa misalnya  Korea dengan Taekwondo, Cina dengan Wushyu, Thailand dengan Tomoi dan Jepun dengan Karatedo, Aikedo, Sumo serta Judo. Menakala Indonesia telah  mengambil langkah

Page 13: Info Silat

membangunkan pencak silat dengan mengiktiraf beberapa negara  sebagai anggota pendiri PERSILAT kerana di negara tersebut telah  terdapat kumpulan atau perguruan dari aliran pencak silat yang mempunyai badan induk di Indonesia. Langkah yang berkesan untuk membangunkan pencak silat ialah atas nama sukan iaitu pertandingan pencak silat.  Sukan pencak silat secara beransur-ansur kembali kepada tujuan asalnya membangunkan pencak silat Indonesia dimulakan dengan,menggunakan istilah kategori yang dipertandingkan dalam pencak silat iaitu kategori Tunggal, Ganda, Regu dan Tanding serta pengisian  pada gerak, kaedah, rupa dan bentuk berdasarkan pencak silat.  .

Persoalan pertama, `apakah Malaysia mempunyai silat asli tempatan atau silat versi Malaysia? Jawabnya, ada.  Di Malaysia masih terdapat silat asli tempatan atau silat versi Malaysia iaitu silat Melayu tradisi Semenanjung dari yang serumpun dan yang sebenih dengannya.  Silat ini masih diamalkan oleh orang Melayu di desa-desa di Semenanjung Tanah Melayu dan lebih dikenali sebagai silat pulut atau gayung pulut. Silat Melayu tradisi berkembang kepada beberapa kumpulan, antara kumpulan yang yang paling berjaya ialah Pertubuhan Seni Gaung Fatani Malaysia (PSGFM) yang dipimpin oleh Guru Utama Tn.Hj.Anuar Abd.Wahab. PSGFM masih mengamalkan dan mengekalkan keaslian silat Melayu.

Kenal Seni Gayung Fatani Kenallah Silat   Melayu   Tradisi

Sejak sebelum kedatangan pengaruh luar ke alam Melayu, orang Melayu telah mencipta ilmu seni perang yang dikenali pada hari ini sebagai silat. Pada umumnya silat yang diamalkan oleh orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu disebut silat Melayu. Oleh sebab silat ini kerap dipersembahkan di majlis-majlis rasmi, nikah kahwin atau kenduri kendara  makan pulut dimana setiap pesilat dan ahli pergendangan silat yang membuat persembahan dihadiahkan sekepal pulut yang berhiaskan bunga telur, maka masyhorlah silat Melayu tradisi disebut sebagai silat pulut atau gayung pulut.

Page 14: Info Silat

Silat Melayu tradisi telah berkembang kepada beberapa kumpulan. Para guru silat Melayu tradisi masih memperturunkan kandungan pelajaran silat yang sama berdasarkan istilah Bunga Sembah dan Tapak Empat.  Mengekalkan penggunaan muzik silat baku Malaysia pada setiap persembahan atau permainan bersilat.

Bunga silat bermaksud asas gerak bagi mengembangkan kaedah, rupa dan bentuk silat Melayu. Asas gerak silat iaitu langkah, kuda-kuda dan limbai.  Pesilat bergerak dengan langkah dan berhenti menjadi kuda-kuda. Luas, kecil, rendah dan tinggi langkah menentukkan kuda-kuda silat. Langkah yang laju ke sasaran menjadi serangan kaki seperti sepak, terajang, depak atau tendang.  Gerak tangan ialah secara hayun atau lenggang dan berhendi disebut limbai. Gerakan hanyuan tangan boleh membentuk serangan tangan sepetti tumbuk anduh, sadak, rejang, rejuk. Retat, pelantik pacak, baji dan sebagainya. Limbai dilakukan ketika berkuda-kuda atau sikap pasang silat Melayu yang boleh membentuk sambut dan serang bela. Bermakna konsep Bunga membezakan asas gerak silat Melayu tradisi dengan lain-lain jenis seni bela diri bukan silat  yang kebanyakannya berdasarkan gerak haiwan, mergastua atau alam sekitar.

Tapak Empat bermaksud kaedah bersilat atau peraturan permainan silat pulut.  Selepas kedua pesilat melakukan Bunga Sembah masing-masing secara bersama atau bergilir, maka kedua pesilat akan bersalaman di tengah gelanggang dan undur beridiri di bucu Medan Laga secara bersetentangan.  Kedua psilat akan bergerak ke empat bucu gelanggang dan melakukan gerakan tapak empat di setiap bucu tersebut. Pergerakan ialah mengikut arah lawan pusingan jam dan jumlah langkah pada setiap lorong atau tapan ialah antara 3 atau 5 langkah. Apabila sampai pada buca asal, kedua pesilat melakukan tapak empat ke arah tengah Medan Laga.  Kaeah masuk bertemu lawan ialah dengan melakukan langkah Mellilit (melengkar) dan Galah Panjang.  Langkah Melilit maju atau undur memudahkan pesilat merapati lawan dalam Medan Laga yang kecil. Galah Panjang secara sehala atau tidak sehala sebagai kaedah menjaga gerakan lanwan pada garis selari.

Page 15: Info Silat

Buah pukulan silat Melayu berasaskan gerakan senjata tradisi sesuai dengan asal silat sebagai ilmu seni perang yang dijadikan permainan tradisi rakyat di waktu singgang. Tiga kaedah serang seni iaitu tikam, parang dan tetak sama ada dengan senjata atau tanpa senjata. Tujuh kaedah sambut seni berasaskan tangkap senjata iaitu sekat, sentak, kedu, tindih, sisip, sagang dan potong.  Melalui serang dan sambut wujud buah pukul silat Melayu yang tidak pernah dapat diikira dan ditentukan banyaknya.  Penulisan ini tidak berupaya menjelaskan kaedah rahsia menerbitkan buah pukul dalam tapak empat, melainkan berguru.

Isyarat yang diamalkan dalam permainan atau bersilat yang penting ialah ialah simbo dan paras.  Simbo ialah isyarat sebelah tangan kiri gaya tumbuk rejam dan tangan kanan gaya sangga hambat yang membawa maksud tukar serangan tikam atau tumbuk tangan kanan ke tangan kiri. Isyarat Paras bermaksud perenggan atau had untuk sedia memberhentikan permainan atau pertarungan bersilat. Kedua tangan kepal atau sebelah tangan kiri gaya sekat depan dada dan tangan kanan kepal parang di sisi. Apabila kedua tangan pesilat di temukan, maka mereka membuat Bunga Sembah penutup permainan atau pertarungan bersilat.

Masa Depan Silat   Melayu   Tradisi

Silat Melayu tradisi atau siilat Melayu asli  pada umumnya ialah merujuk kepada seni bela diri yang diamalkan oleh orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Silat Melayu telah berkembang kepada beberapa kumpulan silat. Ada yang berjaya, ada yang telah pupus kerana tiada waris yang berupaya menyamjbung tugas meneruskan kumpulan tersebut. Antara kumpulan yang paling berjaya ialah Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM). Kejayaan utama, selama 30 tahun, PSGFM  berjaya menempatkan silat Melayu bertaraf ahli badan pendiri Pesaka Malaysia dan dapat mengembangkan silat Melayu ke seluruh negara dan beberapa negara di peringkat antarabangsa.

Page 16: Info Silat

Menyahut sepatah kata dalam SB, `jangan tak cakap, asalkan jawapan pada isu itu perlu positif’.  Diberanikanlah hati untuk terus menulis. Didahului dengan tersusun jari sepuluh dipohonkan ampun dan maaf kalau tersalah bahasa dan terlancang tutur kata. Dharapkan bersama-sama berlapang dada untuk merenung tentang silat Melayu yakni silat asli tempatan yang boleh dikatakan silat versi Malaysia.Tak kisahlah, kalaupun ada yang berpendapat `buat apalah bersusah payah membangunkan silat Melayu tradisi yang sudah ketinggal zaman, tinggal tari dan buah pulut’. Di kampung gelanggang bangsal telah sepi, anak muda tidak lagi berminat belajar silat.. Katanya,`tidak canggih, tak ada tenaga dalam, tak ada lompat guling pering dan kurang sepak terajang. Mereka nak silat yang macam dalam filem.

Dulu persembahan silat berkonsepkan seni bela diri untuk pergaduhan. Disajikan dengan percikan api sabung parang, pecah batu atas dada, koyak kelapa dengan gigi, layor badan dengan api, jilat besi panas, baring atas kaca, tanam dalam tanah, buah pukul dengan kunci maut, keindahan tari silat Melayu yang diiringi gema tepukan gendang Pak Din Lambong. Kini gelanggang bangsal silat Melayu menjadi sepi kerana pencak silat yang merupakan seni bela dri asli bangsa Indonesia mencanangkan dirinya sebagai sukan. Maka keramatlah pencak silat

Kalau sukan boleh menjadikan sesuatu menjadi keramat, maka apa makna dan kelebihan sukan? Kata orang, sukan berasal dari dua kalimat iaitu suka dan sakan. Dulu-dulu ketika bersantai anak dara suka bermain porok, seremban, congkak atau main pondok-pondok. Anak bujang suka bermain galah panjang, wau, sepak raga, gasing, bersilat dan bergayung Mereka bermain kerana suka-suka untuk bersukaria.. Sakan bermakna keterlaluan, teruk, hebat atau berat. Apabila sesuatu perkara atau kegemaran dilakukan secara keterlaluan disebut sakan. Gabungan perkataan suka dan sakan menjadilah sukan, wallahualam.

Page 17: Info Silat

Sukan lebih menjurus kepada permainan atau olahraga yang mempertandingkan atau mempertarungkan individu atau kumpulan dengan peraturan yang ditetapkan. Bagi memperolehi kemenangan, maka seseorang mestilah berlatih utuk tangkas, kuat, tahan, tepat dan kemahiran tinggi. Peraturan hanya memberi nilai pada sesuatu keupayaan yang boleh diukur. Maknanya sukan tidak memberi nilai secara menyeluruh yang menunjukkan kesempuraan sesuatu perkara atau kebolehan seseorang.  Penilaian ditetapkan secara persetujuan sebagai pengukuran untuk menilai mana yang lebih baik untuk menang. Sukan merangsang naluri manusia untuk mengenali kelebihan dan  kebolehan diri untuk menerima hadiah, dipuji atau pengiktirafan.  Kelebihan sukan dapat membina masyarakat dengan semangat kesukanan, mengamalkan aktiviti sihat, cergas dan cerdas pada fizikal mental sesuai dengan keupayaan.

Zaman ini, sukan telah dijadikan nilai dan marwah kepada seseorang, pasukan atau negara. Ramai yang telah mengukir kejayaan, kemegahan dan kemasyhoran, melalui sukan.  Kalau pencak silat Indonesia boleh berkembang melalui sukan pencak silat.  Apa kurangnya dengan silat Malaysia. Sukan bukan perkara baru dalam silat Melayu. Mungkin melalui sukan, silat dapat berkembang secara lebih berkesan di peringkat negara dan antarabangsa. Soalanya, Apakah Malaysia perlukan negara lain untuk membangunkan silat?

Silat Olahraga   Dalam   Kenangan

Silat olahraga mengimbau kembali kenangan indah bersama rakan seperjuangan penulis Allahyarham Tn. Shah Ali, Penghulu Tn.Hj.Zakaria Kassim dan Tn.Hj.Awang Daud.di sepanjang melaksanakan Kursus Jurulatih dan Wasit Juri Silat Olahraga sejak 1984. dari situlah bermulanya perkembangan sukan yang bercirikan silat di Malaysia. Mereka merupakan guru silat yang amat berdidikasi dalam usaha membangunkan silat. Silat Olahraga menjadi titik tolak berkenal dan bergaul rapat dengan para guru tua Allahyarham Tn.Hj.Sotin, Ustaz Awang, YTM Tengku Nara, Wak Dikon, Tn.Syed Yusuf dan lain-lain yang tidak pernah bercanggah pendapat. Itulah kenangan yang dapat rakamkan.

Page 18: Info Silat

Hampir lima belas tahun saya tidak bercakap mengenai silat olahraga. Sementelah pun nama silat olahraga ditukar kepada Tanding. Tulisan kelolaan saudara Ahmad Fuad Hamdan (SB. Julai 2007) mengingatkan saya kembali kepada nama sukan silat yang saya abadikan pada buku bertajuk Silat Olahraga (DBP.1987) yang dilancarkan bersamaan dengan Kejuaraan Silat Sedunia 1987, Kuala Lumpur. Beliau amat positif untuk melihat peningkatan mutu pesilat dan sukan tersebut. Beliau menekankan pentingnya persiapan dari aspek ilmu persilatan, ilmu kesukanan, peraturan pertandingan, kemahiran bertanding  selain dari pembentukan fizikal, mental dan spiritual.Untuk pengetahuan pesilat generasi baru, sukan silat ini terlebih dahulu dikenali sebagaiolahraga pencak silat iaitu pertandingan yang membolehkan seluruh aliran perguruan pencak silat bertanding menggunakan satu peraturan pertandingan yang dikenali dengan nama Peraturan Pencak Silat (IPSI.1973 dan Persilat 1979). Malaysia diiktiraf sebagai anggota pendiri Persilat kerana pencak silat telah wujud di negara ini sejak sebelum wujud Ikatan Pencak Silat Indonesia (IPSI, Solo. 1948).Mengapa dinamakan silat olahraga? Perkataan silat olahraga diterima pakai (1987) kerana dalam kongres Persilat Singapura (1983) telah bersetuju perkataan  silat, gayung, pencak dan kali adalah semakna. Jadi, nama sukan silat ini boleh diringkaskan kepada olahraga silat atau olahraga pencak. Mengikut kaedah Bahasa Melayu perkataan silat atau pencak menjadi kata nama seni bela diri yang mempunyai aktiviti sukan atau olahraga  Perkataan Silat menjadi pokok dan disebut seperti silat pulut, silat tari, silat bunga, silat jatuh, silat tempur, Silat Melayu, Silat Jawa, Silat Minangkabau, pencak silat ompang dan lain-lain.. Dua pilihan iaitu Silat Olahraga atau Pencak Olaraga. Maka Silat Olahraga adalah lebih sesuai.  Perkataan olahraga dari gabungan dua kalimat iaitu olah dan raga. Olah bermaksud cara membuat, membentuk atau menggubah menggunakan akal dan daya. Raga bermakna badan, lagak, memperlihatkan, menampilkan atau menunjukkan kaedah silat menggunakan tulang empat kerat. Silat olahraga boleh dimaknakan sebagai satu permainan atau sukan bercirikan silat yang mempertarungkan dua pesilat dari pasukan yang berlainan. Pesilat yang dapat mengatasi lawan mengikut nilai-nilai yang ditetapkan akan menang.

Page 19: Info Silat

Akhirnya, atas sebab barangkali untuk memperlihatkan sukan ini benar-benar asli  bercirikan pencak silat yang diiktiraf sebagai seni bela diri bangsa Indonesia, maka Persilat telah mengukuhkan pertandingan ini dengan nama Pertandingan Pencak Silat dan menyusun istilah dalam bahagian pertandingan sesuai dengan bahasa induknya iaitu kategori tunggal, ganda. regu dan tanding. Silat olahraga itu yang dikenali sebagai tanding.  Pada Bahasa Melayu perkataan tanding bermaksud banding, tara atau untuk memilih mana yang lebih baik dan sesuai. Bertanding bermaksud berlawan, beradu kuat atau pandai  dan lain-lain. Kekeliruan makna itulah yang mungkin menjadikan pesilat Malaysia tidak dapat menguasai kaedah bertanding dalam kategori tanding.Boleh dikatakan kebanyakan jenis seni bela diri dunia telah dikembangkan melalui sukan. Dari aspek sukannya seni bela diri tersebut mempunyai disipilin atau tahap kemahiran tertentu yang membolehkan pengamalnya terjun ke gelanggang pertandingan. Setidak-tidaknya terlebih dahulu menjadi ahli yang sah, memiliki ilmu dan kemahiran yang melayakkannya mengikut pertandingan yang berprestasi. Demikian juga atlit silat mestilah menjadi ahli serta mempunyai kemahiran pada peringkat yang tertentu dari perguruan silat yang berdaftar. Ahli yang sah adalah bertujuan mengelakkan timbul masalah kebelakangan seperti insuran kemalangan, pengesahan pertandingan, pengesahan penyertaan, keselamatan, pengesahan kemenangan seperti yang tercatat di dalam syarat-syarat peraturan pelaksanaan pertandingan pencak silat. Pengesahan ilmu silat dan tahap kemahiran menentukan mutu pertandingan kerana silat olahraga ialah sukan silat yang mempnuyai ciri-ciri khusus yang membezakan antara bersilat, bertaekwando, berkarate, bertomoi, berkalaripayat atau berwushyu.

Nilai Adat Dan Perlambangan   Dalam   Silat

Silat Melayu berteraskan adat seni budaya Melayu bersendikan syarak. Adatlah pemangkin menuntut ilmu silat antaranya seperti adat buka gelanggang, adat bertamat, adat berguru, adat pesilat, adat guru, adat perguruan, adat berkawan, adat bersendirian dan lain-lain. Di antara adat penting ialah adat membuka gelanggang dan adat bertamat yang dilakukan dengan istiadat atau upacara yang menggunakan beberapa

Page 20: Info Silat

peralatan yang mempunyai nilai dan pelambangan kehalusan budi budaya kepahlawanan Melayu.

Adat ialah peraturan, hukum atau lembaga yang lazimnya dipakai dan diamalkan sejak zaman duhulu kala melalui persetujuan sesuatu masyarakat sejak orang Melayu belum tahu menulis. Segala amalan dalam adat diingat dan diamalkan dengan yakin bagi menjaga keharmonian masyarakat. Adat juga bermaksud kelaziman, kebiasaan atau lumrah misalnya adat api panas dan membakar, adat malas tidak berjaya dan  orang yang rajin berjaya atau jatuh dari tempat tinggi pada adatnya boleh menyebabkan kematian. Tetapi adat dan akal atas sebab akibat pada kelazimannya tidak semestinya berlaku misalnya Nabi Ibrahim tidak terbakar oleh sebab api dan Sita Dewi yang yakin pada kebenaran dalam hikayat Seri Rama tidak terbakar oleh api ketika ujian kesetiaan cintanya kepada Seri Rama. Misalan lain, pada adatnya orang yang berusaha dan rajin akan berjaya kerana lumrahnya orang yang miskin dan gagal dalam hidup ialah orang yang malas Pengajaran tersebut menunjukkan usaha kadang kala tidak muafakat pada adat dan akal. Maknanya usaha manusia semata-mata tidak memberikan bekas melainkan dengan izin Allah yang menciptakan sekalian alam dan menjadikan segala yang zahir dan batin.  Oleh itu adat menyuruh seseorang itu berusaha sebelum berserah kepada takdir.

Pada kesempatan ini dua dari adat dalam silat yang akan dibicarakan ialah adat `buka gelanggang dan adat bertamat kerana di dalamnya terdapat alatan yang memiliki nilai dan perlambangan yang memperlihatkan kekukuhan falsafah silat dalam sosio budayanya. Di dalam adat tersebut terdapat alatan yang biasanya akan diadakan  atau digunakan pada setiap istiadat atau upacara silat seperti sirih pinang sepiak, sebiji limau, buyung tanah, sepotong kain putih dan pengkeras serta beberapa alatan lain seperti senjata (besi), sintuk dan daun pelepas.Sirih sejenis daun dari tumbuhan menjalar yang dijadikan makanan kudap waktu singgang yang mendatangkan cita rasa yang enak dan berkhasiat. Cara makan sirih secara ringkas iaitu pilih sehelai sirih yang segar, kapur sirih dan sekacip inang. Mulakan dengan mengunyah sekacip pinang sambil jari manis tangan kanan mencalitkan  kapur sirih nipis secukup rasa mengikut tulang atau urat sirih dari pangkal ke

Page 21: Info Silat

hujung.yang terbentang di tapak tangan kiri. Sambil mencalit dibacakan doa atau mantera (jika perlu). Gulung sirih dan masukkan ke dalam mulut serta kunyah dengan cermat sambil merasakan keenakkan sirih apabila `kelat jatuh ke rengkung dan seri naik ke peroman’ menjadikan `sirih sekapur penyeri muka’. Orang zaman dahulu sentiasa membawa sirih yang baik iaitu sirih bertemu urat dalam uncang sirih untuk kudapan sendiri atau bersama rakan.

Silat Satu Nama Dan Satu Ilmu Sebagai Ilmu Seni Bela Diri Yang   Sempurna

Malaysia telahpun mengiktiraf Silat sebagai Seni Bela Diri Rasmi dan tersenarai dalam Akta Warisan Negara (Konvensyen Silat Kebangsaan 2006). Silat telah menjadi satu nama kepada seni bela diri Malaysia dan seterusnya orang silat berusaha menyusun satu ilmu silat yang sempurna. Sudah memang sepatutnya begitu dan ke arah itulah yang patut dilakukan iaitu membentuk silat menjadi satu nama dan satu ilmu bagi seni bela diri bangsa Malaysia. Inilah satu cabaran yang memerlukan pengorbanan kepada perguruan silat di Malaysia. Seperti yang pernah diungkapkan oleh guru-guru tua, `dari yang banyak menjadi satu’, iaitu satu nama dan satu ilmu ilmu bela diri Malaysia yang sempurna.Di antara langkah yang perlu dilakukan antaranya ialah menterjemahkan ilmu silat pada zahir dan batin menjadi satu ilmu yang seragam yang dapat digunakan secara bersama. Penggunaan satu nama dan satu ilmu atau kurikulum standard telah diamalkan oleh beberapa seni bela diri yang berjaya di dunia seperti Karate dari Jepun, Wushu dari Cina dan Taekwondo dari Korea yang di dalamnya terdapat berbagai aliran. Pencak silat merupakan satu nama bagi ribuan ilmu seni bela diri di Indonesia belum mempunyai kurikulum standard, tetapi disatukan melalui pertandingan pencak silat. Eloklah silat membentuk satu ilmu bagi mengelakkan kerencaman makna antara silat dengan pencak silat dan setanding dengan lain-lain seni bela diri..Melalui pengalaman penulis selama lebih kurang 40 tahun (1984-2004) bersama beberapa orang guru silat seperti Tn.Hj.Zakaria Kassim, Tn. Hj. Awang Daud, Tn.Hj. Mohkar Yahya dan lain-lain secara langsung

Page 22: Info Silat

membangunkan silat di gelanggang seperti memberi kursus jurulatih silat, wasit juri silat olahraga, silat seni, muzik silat baku Malaysia, senam silat serta kurikulum seni silat Malaysia kepada guru dari pelbagai perguruan di Malaysia, merasakan silat perlu menyusun satu ilmu bagi  memertabatkan Malaysia sebagai negara silat.

Pada hari ini ilmu silat, khususnya ilmu Silat Melayu yakni silat tempatan versi Malaysia semakin menirus akibat perpecahan dan kepentingan peribadi yang mengancam masa depan silat. Kertas Konsep Pembangunan Silat KKKPM (KeKKWa) 1986 terdapat cadangan untuk mewujudkan Kurikulum Silat bagi membantu pembangunan dan perkembangan silat. Beberapa usaha dilakukan ke arah cadangan tersebut, tetapi semuanya seperti `tanduk diberkas’, ada sahaja aral yang berakhir dengan kegagalan.Zaman dulu lain, mereka belajar silat dari beberapa orang guru atau pelbagai perguruan adalah untuk melengkapkan ilmu, kemahiran dan amalan, tetapi mereka setia pada perguruan asal atau perguruan pilihan. Maknanya ketika itu tidak banyak perguruan, tetapi ramai yang pandai bersilat. Zaman sekarang lain, mereka belajar dari pelbagai aliran perguruan silat, pencak silat atau seni bela diri lebih berminat membuka perguruan silat yang baru. Kini tiada lagi kesetiaan atau kekal pada sesuatu perguruan. Misalnya Majalah Beladiri melaporkan terdapat perguruan silat yang mengandungi atau mengajar sehingga dua puluh jenis silat, sebaliknya terdapat perguruan silat yang hanya tinggal dua puluh buah pukul sahaja. Ada pendapat mengatakan silat merupakan ilmu ada penamat, tetapi tiada penghujungnya; sebaliknya ada perguruan silat yang mengajarkan keputusan segala ilmu silat dalam masa lima minit.  Terdapat jenis silat rahsia yang tidak boleh dipertontonkan dan gurunya tidak pernah nampak bersilat. Semua pendapat dan pendirian tersebut ada kebenarannya, yang belum ada ialah kerjasama dan kesanggupan menyatukan silat  sebagai satu ilmu dan nama silat seperti asalnya untuk dijadikan pusaka pada generasi akan datang.

Silat Dinobatkan Sebagai Seni Beladiri Terbaik   Dunia

Silat ialah seni bela diri asli bangsa Melayu (tuan Ismail Tuan Soh.1991), pada umumnya Silat Melayu ialah aliran silat yang diamalkan oleh orang

Page 23: Info Silat

Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dan daerah yang bersempadan dengannya. Bagi mengelakkan institus ilmu kepahlawanan Melayu dikesan oleh penjajah, maka ilmu seni perang Melayu ini ditampilkan dalam bentuk permainan tradisi rakyat yang menampilkan kemahiran menggunakan kertangkasan menyerang dan mempertahankan diri yang dikenali sebagai Silat.  Permainan ini berkonsepkan sifar kecederaan di samping menjaga adat tatasusila agar persembahan menjadi harmoni.  Bunga Sembah atau Lela Sembah dilakukan sebagai hormat tamu yang diraikan. Permainan secara berpasangan, kedua pesilat akan berhadapan dan melakukan Pecah Langkah atau Belebat Silat mengatur strategi serang bela yang dimulakan dengan Sikap Jual dan Sikap Beli.  Kedua pesilat menggunakan kaedah yang tidak mencederakan, malah dapat menampilkan kaedah yang sulit dalam bentuk yang menghiburkan. Permainan tersebut sesuai dengan perkataan Silat.  Si sebagai gantinama pelaku, elat bermaksud usaha mengelirukan, tipu daya, muslihat dan ilatbermaksud kecelakaan, kemalangan atau kerugian. Silat kerap dipersembahkan di majlis-majlis rasmi, nikah kahwin atau kenduri-kendara makan pulut di mana setiap pesilat yang bermain dihadiahkan sekepal pulut berhias bunga telur, maka dinamakan Silat Pulut atau Gayung Pulut.Pada tahun 70an, diarahkan semua kumpulan silat didaftarkan agar dapat bergerak secara sah, maka wujudlah pelbagai nama perguruan silat dari aliran Silat Melayu, diantaranya ialah Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM). Pada tahun 1983 perguruan ini telah diiktiraf sebagai ahli bertaraf badan pendiri PESAKA Malaysia. Dengan itu silat asli tempatan atau seni silat Melayu tradisi Semananjung yang dikenali sebagai Silat Pulut atau Gayung Pulut mendapat tempat serta bersaing dengan perguruan silat baru yang diciptakan oleh beberapa orang tokoh silat dan aliian perguruan pencak silat.

PSGFM telah membangunkan kaedah pendidikan silat tradisi Gelanggang Bangsal yang asaskan oleh Syeikh Abd.Rahman Tohir (1816-1839), Pendang; Kedah.  kandungan pelajaran silat meliputi aspek seni, beladiri, sukan, muzik silat baku Malaysia dan kerohanian yang berdasarkan seni budaya Melayu bersendikan syarak   Pada 1976 Tn.Hj.Anuar Abd.Wahab telah diangkat sebagai Guru Utama, beliau telah meningkatkan mutu pendidikan silat tradisi Gelanggang bangsal kepada Kurikulum Silat yang tekus dan setara. Berdasarkan Kurikulum Silat

Page 24: Info Silat

tradisi (sebelum 1976-1986) menjadi dasar kepada Kurikulum Baru PSGFM (1986-2004) dan Kurikulum Silat PSGFM moden piawai 2002.

Kurikulum Silat tradisi Gelanggang Bangsal menggunakan dua tajuk iaitu Bunga Sembah dan Tapak Empat (Tempur Silat). Kurikulum Baru PSGFM (1986-2002) mengandungi  empat tajuk iaitu Bunga, Jurus dan Buah Pukul dan Tempur Silat. Kurikulum Silat moden Piawai 2002 (2000 ke hadapan) telah mewujudkan Sukatan Pendidikan Silat tujuh tajuk pada tujuh peringkat. Tujuh tajuk ialah Bunga, Jurus, Belebat, Tapak, Buah Pukul, Tempur Seni dan Tempur Beladiri.  Misalannya Bunga merupakan asas kepada gerak dan kaedah silat iaitu tujuh langkah, tujuh kuda-kuda dan tujuh limbai. Gerak dan kaedah silat berdasarkan gerak manusia, secara fitrah manusia dapat mempertahankan diri dengan akal dan tulang empat kerat.

Kurikulum Silat PSGFM moden piawai 2002 dahulunya dikenali sebagai Kurikulum Seni Silat Malaysia yang pernah diperturunkan kepada kepada lebih daripada 200 orang Guru Silat dan Jurulatih Kanan Silat dari pelbagai aliran perguruan silat di Malaysia.  Kurikulum Seni Silat Malaysia telah dipinggirkan dari program PESAKA Malaysia bagi memberi laluian kepada pembangunan program pencak silat di Malaysia. Kurikulum Silat tersebut telah dikembalikan kepada Tn.Hj.Anuar Abd.Wahab selaku pengasas dan penyusunnya. Beliau selaku Guru Utama PSGFM telah memperturunkan Kurikulum tersebut kepada perguruannya sendiri dan dinamakan Kurikulum Silat PSGFM moden piawai 2002.

Serumpun Tapi Tak   Serupa

Bismillahi Rahmani Rahim, Segala pujian bagi Allah, selawat dan salam kepada junjungan kita nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat. Semoga dilimpahkan Rahmat dan kesejahteraan kepada sekalian guru dan pecinta Silat, khususnya peminat ruangan ini.

Para peminat Silat yang dihormati, setelah membaca beberapa siri yang lalu tentulah pemikiran terhadap ilmu persilatan perguruan Seni Gayung Fatani sedikit sebanyak sudah dimaklumi.

Page 25: Info Silat

Semoga keyakinan terpupuk dan makna sebenar ilmu bergayung terpancar. Rahsia ibu bergayung membentuk jiwa dan rupa silatnya dan menjadi amalan yang dibanggakan. Walaupun silat itu serumpun tetapi tak serupa. Tidak hairanlah yang bukan serumpun mengaku serupa.Apabila dibicarakan tentang rupa Silat Melayu mulalah tak sepakat. Penyakit tidak sepakat dalam masyarakat Silat inilah menjadi pintu yang meruntuhkan nilai dari segi falsafah dan konsep Silat.

Masyarakat Silat harus sedar tentang persaingan antara Silat dengan seni mempertahankan diri lain. Sekarang bukan soal seni beladiri mana yang lebih baik atau bermutu, tetapi seni beladiri mana yang lebih ramai peminat. Dengan ramai peminat bererti seni mempertahankan diri tersebut akan mendapat tempat dalam budaya, sukan dan sosial sesebuah negara.

Ramai rakyat Malaysia, tidak terkecuali dari keturunan pewaris Silat sendiri berkiblat kepada seni mempertahankan diri bukan Silat. Di sini bermulanya percanggahan pendapat tentang nilai Silat. Memandangkan Silat mempunyai masa depan baik di Malaysia mahu pun di peringkat antarabangsa, tidak hairanlah adanya usaha untuk menghancurkan kekuatan Silat. Apa yang nak kata kalau masyarakat Silat sendiri yang sanggup mengadai maruah Silat. Semua bermula kerana tamakkan ringgit yang tak sampai ke mana dan jumlahnya tak dapat membeli setitik peluh peluh guru mengajarkan mereka bersilat.

Kalau sekadar hendak menunjukkan orang Melayu pandai bersilat ke negeri China atau ke Eropah tak perlu buat filem Silat terbang, hambur dari pokok ke pokok, jauh dari adat budaya Melayu kalau pun barangkali zaman tersebut Melayu belum Islam. Kalau pelakon professional barangkali berfikir dua kali untuk menerima watak tersebut. Sekiranya ada kesedaran dari dari semua pihak tidak ada kesilapan yang tidak boleh dibaiki, sesuai dengan slogan Silat Untuk Semua.Untuk pengetahuan pembaca, di Eropah pun sudah ada pandai Silat yang memiliki ijazah sarjana kedoktoran Falsafah (PhD) dalam kajian Silat. Mereka bukan sahaja mempelajari malah mengamal ilmu persilatan. Pendek kata mereka lebih arif tentang Silat dari setengah-setengah

Page 26: Info Silat

masyarakat pewaris Silat. Sesuatu yang dilakukan untuk penampilan Silat haruslah bermutu. Demikian juga dengan sebab dan akibatnya.

Setiap sesuatu yang berlaku ada sebab dan musabab. Begitulah juga dengan nasib yang menimpa Silat. Buruk baik maruah Silat saling bergantungan antara faktor ilmu, manusia dan kemudahan. Semua ini, buat masa sekarang adalah berpunca dari duit.

Ketiadaan duit juga menyebabkan PESAKA (Persekutuan Silat Kebangsaan) atau anggota Silat sendiri tidak berupaya menerbitkan filem Silat. Begitu halnya kalau miskin kerana ‘kefakiran menghampirkan diri kepada kekafiran’. Kemiskinan menyebabkan seseorang hilang keupayaan mengurus diri dan akhirnya ketentuan matlamat hidupnya ditentukan orang lain. Demikianlah malangnya nasib Silat terheret bersama nasib pengamalnya. Barangkali tidak keterlaluan kalau diandaikan bahawa di antara pertubuhan berdaftar dan menganggotai pertubuhan bertaraf antarabangsa paling miskin ialah Silat. Segala aktivitinya mengharapkan ihsan orang lain.

Adalah menjadi harapan agar setiap pihak, khususnya PESAKA memikirkan pembangunan ekonomi untuk Silat difikirkan secara mendalam dan benar-benar bererti kepada anggotanya. Kalau kemiskinan berterusan dan Silat menjadi beban kepada guru Silat tidak hairanlah kalau pada suatu hari ketika nanti Silat akan tinggal kenangan.

Ibu Gayung Dalam Seni Gayung   Fatani

Setinggi kesyukuran kepada Allah, selawat dan salam kepada nabi Muhammad s.a.w, sekelian sahabat dan keluarganya. Selamat dan sejahtera sekelian peminat ruangan ini. Selama lebih 30 tahun, penulis berkecimpung  dalam gelanggang dan perkembangan dunia persilatan, selama itulah minat tertanam rasa cintakan Silat.

Amanat dan petua guru menjadi pedoman-hikmat berguru. Selama tersebut terkumpul pemikiran dan pengalarnan di bidang di Silat, akhirnya diperturunkan khasnya ke dalam pertubuhan Seni Gayung Fitani, amnya kepada peminat Silat diruangan ini. Seperti kata, ‘banyak sama dilapah, sedikit sama dicubit’.

Page 27: Info Silat

Kini aliran perguruan Seni Gayung Fatani merupakan jenis Silat sudah tidak asing dan disedari bahawa merupakan Silat yang berakar umbi dalam masyarakat Melayu-popular di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa. Mengapa Seni Gayung Fatani yang didaftarkan pada 14hb.September 1976 mudah terkenal dan diterima, baik dari kalangan pendekar dan masyarakat pencinta Silat? Di mana kelebihan dan kekuatan Seni Gayung Fatani?

Sebenarnya penerimaan masyarakat terhadap Silat aliran perguruan Seni Gayung Fatani serta kekuatan dan kelebihannya bukanlah rahsia. Silat aliran perguruan ini sebenarnya Silat, kerana boleh dikatakan seluruh aliran Silat tradisi rumpun Melayu ada kesamannya dengan Seni Gayung Fatani. Yang menjadi kebanggaan mereka dan perguruan ini ialah menonjolkan Silat Melayu dalam ertikata yang sebenarnya. Dengan sebab itu masyarakat mudah menerima Silat ini kerana semua pendekar tradisi tahu dan arif benar dengan kaedah Seni Gayung Fatani. Justeru itu, peminat yang mengikut progaram ini bolehlah merujuk mana-mana Pendekar atau Pandai Silat Melayu tradisi serba sedikit mengenai kaedah atau muslihat yang diperturunkan untuk bersamasama berkongsi pengalaman.

Kelebihan secara khusus dalam Seni Gayung Fatani terletak pada Silatnya seperti kata di atas tadi iaitu Silat yang menampilkan erti sebenar rupa dan jiwa amalan ilmu persilatan dari rumpun bangsa Melayu. Kejujuran merupakan perkara penting dalam memperturunkan ilmu. Setiap pesilat bermula dari tidak pandai kepada Pandai Bersilat.

Pengetahuan dan pengalaman akan mengajar manusia mengenal mana yang tulen dan saduran. Perguruan ini masih memiliki Guru-guru Tua, Pandai Silat yang terdiri dari murid-murid Tua yang bersilat sejak tahun 1935, masih segar dan setia aliran perguruan ini.

Pertama, pesilat yang mempelajari Silat ini lebih selesa. Kerana mereka dapat menyaksikan dan galakan dari golongan pendekar tua. MaIah masyarakat Malaysia memang arif tentang yang mana sebenarnya Silat.

Kedua, Silat ini mudah. Pesilat yang mempelajari Silat ini mudah menguasai seni dan beladirinya dengan baik kerana bentuknya tetap.

Page 28: Info Silat

Semua teknik dan taktiknya tetap ali seperti asalnya. Pelajaran diperturunkan secara menyeluruh dengan kesatuan satu rahsia ilmu persilatan. Jauh dari kaedah saduran dan tidak menyentuh dan memperturunkan cara atau rahsia keputusan dari aliran perguruan lain. Seperti kita dengar ada perguruan memperturunkan cara dan ilmu perguruan-perguruan lain di dalam Silatnya atau Silat yang menggabungkan beberapa perguruan lain, khususnya yang paling popular ialah memperturunkan ‘Rahsia Gayung Fatani’. Kalau sudah mengambil petua, pakailah. Kini sesiapa sahaja dapat membezakan mana yang Seni Gayung Fatani atau tidaknya

Ketiga, sejarah perkembangan aliran Silat berhubung rapat dengan bangsa Melayu. Baik semasa senang maupun semasa susah. Walaupun zaman ini serba canggih, namun Silat tetap memberi sumbangan terhadap masyarakat dan negara Lihat sahaja negara Jepun dan Korea dapat menanamkan budaya seni bangsanya melalui seni mempertahankan dirinya. Sekiranya pewaris Silat tidak peka terhadap perkembangan tersebut, akibatnya Silat yang merupakan seni mempertahankan diri Melayu akan lenyap.

Adalah menjadi tugas kita untuk mengembangkan budaya bangsa kita sendiri. Kita juga harus berbangga kerana Silat telah diterima oleh masyarakat antarabangsa, mereka sanggup mengembangkan Silat lebih dari kita. Mereka yakin Silat adalah seni mempertahankan diri yang terbaik yang pernah mereka pelajari. Mereka sanggup mengeluarkan belanja yang besar ke Malaysia semata-mata mahu mempelajari Silat.

Kekuatan Seni Gayung Fatani ialah pada falsafah di sebalik nama perguruannya iaitu Fatani bermakna Bijaksana. Setiap ahli mesti menghayati sifat bijaksana. Malaysia memerlukan masyarakat bijaksana untuk memenuhi wawasan bangsa. Bijaksana membawa seseorang menggunakan akal fikiran, pengalaman dan pengetahuan dalam menghadapi sebarang masalah untuk kesejahteraan dan keamanan. Kerana kelebihan manusia ialah pada akalnya. Oleh itu setiap ahli perguruan wajib menjaga akal dan belajar untuk menambahkan kematangan akal. Laksananakanlah sebarang pekerjaan akal selagi tidak bersalahan pada adat dan syarak. Kebijaksaan adalah senjata yang tajam dan berkesan untuk menyelamatkan diri di dunia dan akhirat.

Page 29: Info Silat

Mudah-mudahan pesilat dan peminat siri ini dapat memahami apa yang tersirat di sebalik nama ‘fatani’. Ruang sekecil ini tidak berupaya untuk menghuraikan maknanya secara mendalam. Tetapi dari kilat ikan di air, tentulah kita sudah memaklumi jantan betinanya. Kita sama-sama berbangga terhadap kehebatan pendekar kita yang mewariskan ilmunya dengan baik untuk mengharumkan nama bangsa dan negara sepanjang zaman.

Langkah Sembah Peringkat   Satu

Selama satu abad di Semenanjung Tanah Melayu, aliran perguruan seni silat yang kini terkenal dengan nama pendaftarannya iaitu Seni Gayung Fatani Malaysia telah memberi sembangan yang tidak ternilai dalam membentuk masyarakat berilmu dan kemahiran bersilat. Aliran perguruan ini diasaskan oleh Syeikh Abdul Rahman Tahir, beliau melahirkan ramai pendekar yang sentiasa bergiat mengembangkan Seni Silat. Tuan Haji Anuar Hj Abdul Wahab merupakan tokoh yang berjaya mengasaskan aliran perguruan ini menjadi satu pertubuhan yang disegani. Dengan pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam perkembangan ilmu persilatan tanah air, beliau berjaya menyatupadukan golongan pendekar lama dan baru. Dengan kekuatan dan sokongan setiap pihak beliau berjaya meningkatkan taraf perguruan Seni Gayung Fatani Malaysia menjadi Anggota Badan Pendiri Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA).

Kehadiran perguruan ini di tengah-tengah arus perkembangan baru seni silat Melayu, mencerminkan pelbagai keistimewaan yang tersendiri. Inilah di antara sebab perguruan ini mempunyai ramai penuntut di Malaysia dan beberapa buah negara lain di seluruh dunia. Setakat ini sumbangan perguruan ini untuk membangunkan dan mengembangkan seni Melayu yang sudah diyakini.

Sejak kewujudan aktiviti berupa pertandingan oleh PESAKA, perguruan ini telah merangkul kejayaan dan menhasilkan juara-juara emas sama ada di kejuaraan silat peringkat kebangsaan, Sukan SEA atau di kejuaraan peringkat antarabangsa. Di peringkat kebangsaan

Page 30: Info Silat

umpamanya, perguruan ini berjaya mempertahankan Piala Juara Silat Seni Keseluruhan. Maknanya Seni Gayung Fatani (SGF) merupakan perguruan yang mempunyai mutu dan pengalaman yang luas dalam bidang seni, beladiri dan olahraga. Sebagai satu contoh, pesilat Eropah dari perguruan ini juga berjaya merangkul juara Sedunia di Austria (1992). Perguruan ini juga melahirkan Wasit Juri, Pengadil Silat Seni, Jurulatih Silat Olahraga, Pegawai Teknik Kejuaraan dan Pakar Silat. Semua kejayaan tersebut ada hubungannya dengan pengamalan ilmu persilatan perguruan ini. Iaitu ilmu persilatan dari perguruan yang mempunyai akar tunjang yang kukuh sebagai satu ilmu. Namun begitu, peserta mereka mempunyai pendirian yang boleh dibanggakan dan dihormati iaitu menerima kemenangan dengan rendah diri dan menerima kekalahan dengan jiwa yang besar, demi mengeratkan tali persaudaraan dan semangat kesatriaan.

Sebagai sebuah aliran perguruan yang berjaya dan mempunyai pengalaman yang luas dalam ilmu persilatan Melayu, eloklah kejayaan ini sama-sama dapat dirasai atau diamalkan khususnya pada masyarakat pewaris seni silat Melayu, ‘sikit sama dicubit, banyak sama dilapah’. Kehadiran perguruan SGFM membuka gelanggang penurunan ilmu persilatan ini dalam program ‘Bersama Seni Gayung Fatani’ semata-mata berhasrat untuk mengkayakan ilmu budaya persilatan. Oleh itu, sekiranya terdapat mana-mana kesilapan keterlaluan terlebih dahulu dihulurkan jari sepuluh. Tiadalah sebarang niat untuk kepentingan memperbandingkan atau seumpamanya, segala huraian tersebut nanti adalah bertujuan kefahaman dan penjelasan ilmu.

Selama satu abad di Semenanjung Tanah Melayu, aliran perguruan seni silat yang kini terkenal dengan nama pendaftarannya iaitu Seni Gayung Fatani Malaysia telah memberi sembangan yang tidak ternilai dalam membentuk masyarakat berilmu dan kemahiran bersilat. Aliran perguruan ini diasaskan oleh Syeikh Abdul Rahman Tahir, beliau melahirkan ramai pendekar yang sentiasa bergiat mengembangkan Seni Silat. Tuan Haji Anuar Hj Abdul Wahab merupakan tokoh yang berjaya mengasaskan aliran perguruan ini menjadi satu pertubuhan yang disegani. Dengan pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam

Page 31: Info Silat

perkembangan ilmu persilatan tanah air, beliau berjaya menyatupadukan golongan pendekar lama dan baru. Dengan kekuatan dan sokongan setiap pihak beliau berjaya meningkatkan taraf perguruan Seni Gayung Fatani Malaysia menjadi Anggota Badan Pendiri Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA). Kehadiran perguruan ini di tengah-tengah arus perkembangan baru seni silat Melayu, mencerminkan pelbagai keistimewaan yang tersendiri. Inilah di antara sebab perguruan ini mempunyai ramai penuntut di Malaysia dan beberapa buah negara lain di seluruh dunia. Setakat ini sumbangan perguruan ini untuk membangunkan dan mengembangkan seni Melayu yang sudah diyakini.

Sejak kewujudan aktiviti berupa pertandingan oleh PESAKA, perguruan ini telah merangkul kejayaan dan menhasilkan juara-juara emas sama ada di kejuaraan silat peringkat kebangsaan, Sukan SEA atau di kejuaraan peringkat antarabangsa. Di peringkat kebangsaan umpamanya, perguruan ini berjaya mempertahankan Piala Juara Silat Seni Keseluruhan. Maknanya Seni Gayung Fatani (SGF) merupakan perguruan yang mempunyai mutu dan pengalaman yang luas dalam bidang seni, beladiri dan olahraga. Sebagai satu contoh, pesilat Eropah dari perguruan ini juga berjaya merangkul juara Sedunia di Austria (1992). Perguruan ini juga melahirkan Wasit Juri, Pengadil Silat Seni, Jurulatih Silat Olahraga, Pegawai Teknik Kejuaraan dan Pakar Silat. Semua kejayaan tersebut ada hubungannya dengan pengamalan ilmu persilatan perguruan ini. Iaitu ilmu persilatan dari perguruan yang mempunyai akar tunjang yang kukuh sebagai satu ilmu. Namun begitu, peserta mereka mempunyai pendirian yang boleh dibanggakan dan dihormati iaitu menerima kemenangan dengan rendah diri dan menerima kekalahan dengan jiwa yang besar, demi mengeratkan tali persaudaraan dan semangat kesatriaan.

Sebagai sebuah aliran perguruan yang berjaya dan mempunyai pengalaman yang luas dalam ilmu persilatan Melayu, eloklah kejayaan ini sama-sama dapat dirasai atau diamalkan khususnya pada masyarakat pewaris seni silat Melayu, ‘sikit sama dicubit, banyak sama dilapah’. Kehadiran perguruan SGFM membuka gelanggang penurunan ilmu persilatan ini dalam program ‘Bersama Seni Gayung Fatani’ semata-mata berhasrat untuk mengkayakan ilmu budaya persilatan. Oleh itu, sekiranya terdapat mana-mana kesilapan keterlaluan terlebih dahulu

Page 32: Info Silat

dihulurkan jari sepuluh. Tiadalah sebarang niat untuk kepentingan memperbandingkan atau seumpamanya, segala huraian tersebut nanti adalah bertujuan kefahaman dan penjelasan ilmu.