sikapdan minat pelajar terhadap matematik

21
1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Matematik merupakan satu bidang ilmu pengetahuan yang amat penting dan berguna dalam dunia kita hari ini. Ia tidak terasing dari kehidupan seharian. Mata pelajaran Matematik dapat menyumbang kea rah pencapaian hasrat negara. Pengetahuan Matematik amat diperlukan oleh negara kea rah melahirkan warga yang boleh membangunkan negara di masa hadapan. Negara kita memerlukan pakar-pakar dalam pelbagai bidang seperti saintis, perubatan, kejuruteraan melalui satu sistem pendidikan yang mantap. Perkara ini sudah pastinya melibatkan mata pelajaran Matematik dan juga mata pelajaran yang lain. Keperluan inilah yang mengakibatkan ilmu Matematik semakin berkembang dan semakin mendapat perhatian umum. Matematik membekalkan murid-murid dengan ilmu pengetahuan Matematik untuk memperkembangkan kemahiran, penyelesaian masalah, komunikasi dan pemikiran mantik serta bersistem. Walaupun ilmu Matematik semakin mendapat perhatian, namun masih ramai lagi murid yang tidak berminat terhadap mata pelajaran tersebut. Ini akan memberikan kesan buruk kepada negara kita. Ianya boleh diumpamakan sebagai virus yang boleh merosakkan perkembangan negara di masa hadapan.

Upload: puspachacha89

Post on 24-May-2015

7.333 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Matematik merupakan satu bidang ilmu pengetahuan yang amat penting dan berguna

dalam dunia kita hari ini. Ia tidak terasing dari kehidupan seharian. Mata pelajaran Matematik

dapat menyumbang kea rah pencapaian hasrat negara.

Pengetahuan Matematik amat diperlukan oleh negara kea rah melahirkan warga yang

boleh membangunkan negara di masa hadapan. Negara kita memerlukan pakar-pakar dalam

pelbagai bidang seperti saintis, perubatan, kejuruteraan melalui satu sistem pendidikan yang

mantap. Perkara ini sudah pastinya melibatkan mata pelajaran Matematik dan juga mata

pelajaran yang lain.

Keperluan inilah yang mengakibatkan ilmu Matematik semakin berkembang dan semakin

mendapat perhatian umum. Matematik membekalkan murid-murid dengan ilmu pengetahuan

Matematik untuk memperkembangkan kemahiran, penyelesaian masalah, komunikasi dan

pemikiran mantik serta bersistem. Walaupun ilmu Matematik semakin mendapat perhatian,

namun masih ramai lagi murid yang tidak berminat terhadap mata pelajaran tersebut. Ini akan

memberikan kesan buruk kepada negara kita. Ianya boleh diumpamakan sebagai virus yang

boleh merosakkan perkembangan negara di masa hadapan.

Page 2: Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik

2

1.2 Pernyataan Masalah

Mata pelajaran Matematik merupakan mata pelajaran teras baik di sekolah rendah

ataupun sekolah menengah. Mempelajari matematik adalah penting kerana dalam kehidupan

seharian kita tidak boleh mengelak daripada aplikasi matematik contohnya semasa membeli-

belah, pembinaan bangunan, membuat pengukuran, membuat perbandingan dan sebagainya.

Sejak kebelakangan ini, sering didengari bahawa terdapatnya kemerosotan mata pelajaran

matematik di kalangan pelajar kita.

Kemerosotan ini sering dikaitkan dengan sikap mereka seperti tidak berminat untuk

mempelajari mata pelajaran matematik. Pelajar lelaki bersikap sambil lewa dalam memahami

objektif pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Berbeza dengan pelajar perempuan yang

lebih fokus semasa guru sedang mengajar di hadapan.

Perkara ini perlu dilihat secara serius dan satu kajian tentang permasalahan ini haruslah

dijalankan untuk mengenalpasti indikator-indikator masalah yang berkaitan agar langkah

penyelesaian dapat diambil.

1.3 Tujuan Kajian

Secara amnya, tujuan kajian ini dibuat adalah untuk melihat sejauh mana minat pelajar

terhadapa mata pelajaran Matematik dan juga perbezaan jantina pelajar terhadap pencapaian

Matematik. Kajian yang akan dibuat adalah ke atas dua kategori pelajar iaitu pelajar yang baik

dan yang kurang baik pencapaian Matematiknya. Tujuannya adalah untuk mengetahui hubungan

diantara pembolehubah dengan minat mereka terhadap pencapaian Matematik.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk :

1.4.1 Untuk mengetahui sejauh mana faktor minat dan jantina pelajar dapat

mempengaruhi pencapaian mata pelajaran Matematik mereka.

Page 3: Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik

3

1.4.2 Untuk mengkaji sama ada faktor minat dan jantina mempunyai hubungan yang

signifikan di antara satu sama lain atau sebaliknya.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian berikut telah dikenalpasti sebagai faktor utama kajian :

1.5.1 Adakah wujud hubungan yang signifikan di antara minat terhadap mata pelajaran

Matematik dengan pencapaian mata pelajaran Matematik pelajar ?

1.5.2 Adakah wujud hubungan yang signifikan di antara minat terhadap mata pelajaran

Matematik dengan jantina pelajar ?

1.5.3 Adakah wujud hubungan yang signifikan di antara faktor jantina dengan

pencapaian pelajar ?

1.6 Hipotesis Kajian

Berikut adalah hipotesis yang akan dikaji :

Bagi soalan kajian 1.6.1 :

H : Terdapat perbezaan minat terhadap mata pelajaran Matematik di antara pelajar

pencapaian baik dengan pelajar kurang baik dalam mata pelajaran Matematik.

Bagi soalan kajian 1.6.2 :

H : Terdapat perbezaan minat terhadapa mata pelajaran Matematik di antara pelajar

lelaki dengan pelajar perempuan.

Bagi soalan kajian 1.6.3 :

H : Terdapat hubungan di antara faktor jantina dengan pencapaian pelajar.

Page 4: Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik

4

1.7 Definisi Istilah

1.7.1 Minat

Minat selalunya dirujuk sebagai kecenderungan seseorang untuk mendekati sesuatu objek

atau keinginannya untuk melihat diri kepada objek berkenaan. Super (1957, dalam

Muskamal Mohemad Jonan, 1991) telah membahagikan minat kepada 4 jenis;

1. Kecenderungan atau hobi

2. Minat yang dinyatakan dalam bentuk tindak balas melalui penglibatan di dalam

aktiviti.

3. Minat yang berasaskan kepada tindak balas terhadap skop soal selidik yang

berhubung dengan aktiviti.

4. Minat yang diuji.

Minat juga dikatakan sebagai kecenderungan atau tarikan terhadap sesuatu perkara atau

objek. Minat akan wujud apabila individu sedar tentang kecenderungan terhadap objek

itu (Rohani Nasir, 1984, m.s.12). Menurut Liong Kon Thai (1997) dalam latihan

ilmiahnya, beliau menyatakan bahawa minat adalah salah satu dimensi sikap dan sikap

pula adalah lebih bersifat kearah yang kita boleh nampak melalui tingkah laku individu.

Manakala minat pula dikatakan sebagai perasaan keseronokkan semasa melibatkan diri

dalam aktiviti-aktiviti dan berkecederungan untuk menyelesaikan sesuatu tugas yang

diberi. Menurut Crow & Crow ( tahun tidak dinyatakan, dalam Abdul Halim, 1998) minat

boleh dianggap sebagai daya pengerak yang mendorong kita supaya memberi perhatian

kepada seseorang, sesuatu benda, kegiatan atau ia merupakan pengalaman yang

berpengaruh yang telah dirangsang oleh kegiatan itu sendiri. Minat boleh menjadi punca

kepada sesuatu kegiatan dan hasil dari penyertaan dalam kegiatan tersebut. Minat di

dalam kajian ini adalah merujuk sebagai kecenderungan murid-murid untuk memberi

tumpuan kepada mata pelajaran Matematik.

Page 5: Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik

5

1.7.2 Pencapaian

Pencapaian seseorang dikaitkan dengan keputusan peperiksaan sekolah yang mana

kemudiannya di kira sebagai prestasi pelajar. Kerlinger (1973, dalam Muskamal

Mohemad Jonan, 1991, m.s.9) menyatakan bahawa pencapaian akademik secara

operationalnya merujuk kepada skor-skor atau gred-gred yang dicapai oleh murid-murid

di dalam sesuatu ujian atau peperiksaan. Ia juga boleh dinyatakan berdasarkan penilaian

guru terhadap prestasi pelajar di dalam kelas dalam bidang pendidikan formal.

Pencapaian juga adalah merupakan tingkat kecekapan yang dicapai dalam akademik.

Pencapaian boleh juga dirujuk sebagai prestasi akademik seseorang pelajar sekolah dan ia

diperolehi bukan hanya berasaskan kepada kecerdasan tetapi juga bergantung kepada

usaha-usaha keupayaan dan teknik mengulang kaji pelajaran. Allinson (dalam Abdul

Halim Kamaruddin, 1998) menyatakan orientasi pencapaian seseorang individu adalah

hasil daripada dua kecenderungan yang bertentangan untuk mendapatkan kejayaan dan

kecenderungan untuk mengelakkan kegagalan.

Page 6: Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik

6

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Dalam bahagian ini, adalah menerangkan tentang kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji

sebelum ini. Banyak kajian dan penulisan berhubung dengan minat, jantina dan pencapaian

murid dalam pembelajaran telah lama dibuat. Kebanyakkan kajian telah melangkau puluhan

tahun. Kebelakangan ini tidak ramai penyelidik yang gemar membuat kajian tentang perkara ini.

Oleh itu, diharapkan dengan hasil kajian saya ini akan menyumbangkan salah satu kajian terbaru

tentang perkara ini. Kajian-kajian berkenaan adalah melibatkan hubungan ketiga-tiga pemboleh

ubah tersebut.

2.2 Hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah

2.2.1 Hubungan antara minat terhadap matematik dengan pencapaian

dalam matematik

Aiken (1976, dalam Muskamal Mohemad Jonan, 1991, m.s.15) telah mendapati hubungan di

antara minat terhadap matematik dengan pencapaian untuk pelajar rendah, menengah dan kolej,

mempunyai kolerasi yang positif. Keputusan mengesahkan minat positif adalah penting untuk

menjadi cekap dalam matematik. Perkara ini juga telah dibuktikan oleh Boswell dan Katz (1980,

dalam Gooi Ai Wei, 2000, m.s. 9) di mana hasil kajian mereka telah menunjukkan bahawa

perbezaan dalam pencapaian matematik di antara lelaki dan perempuan bukan disebabkan oleh

kebolehan mereka, sebaliknya dipengaruhi oleh minat. Ini bermakna hubungan antara minat

dengan pencapaian adalah wujud.

Selain itu Hussin Abdullah (1988, dalam Rokiah Palil, 1990, m.s. 50) juga mempunyai pendapat

yang sama. Beliau menyatakan selain dari faktor lain seperti pelajaran jasmani, tingkahlaku dan

tanggungjawab di luar sekolah, minat juga boleh mempengaruhi pencapaian murid dalam

pelajaran matematik.

Page 7: Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik

7

Tang Ching Tong (1992) menjalankan satu kajian yang bertujuanuntuk melihat sejauh mana

hubungan minat terhadap pencapaian dalammatematik. Beliau menggunakan 80 orang pelajar

tingkatan 4. Hasil yang diperolehi pelajar jurusan sains lebih berminat terhadap matematik

berbanding pelajar jurusan sastera. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar yang minat

terhadap matematik akan memperolehi pencapaian yang tinggi. Beliau juga menyatakan, minat

adalah salah satu faktor yang mempengaruhi pencapaian kerana terdapat hubungan positif antara

minat terhadap matematik moden dengan pencapaian dalam matematik.

Begitu juga dengan Gooi Ai Wei (2000) di mana beliau mendapati hasil daripada kajiannya ialah

bahawa pelajar yang mempunyai minat yang lebih positif terhadap matematik mempunyai

pencapaian yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang mempunyai minat yang negatif.

Minat juga boleh menentukan kecemerlangan atau kemunduran seseorang pelajar di dalam

matematik (“Minat tentukan", 2002, m.s. 1). Akibat tidak berminat terhadap matematik, sudah

tentulah murid tersebut tidak akan memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap pengajaran

guru

di dalam kelas. Mereka juga tidak akan menyiapkan kerja atau latihan yang diberi oleh guru

untuk disiapkan sama ada di dalam kelas mahu pun di rumah dan sebagainya.

Jadual 2.1

Hubungan antara minat dengan pencapaian

Terdapat Hubungan Tiada Hubungan

Aiken (1976) X

Boswell dan Kaltz (1980) X

Gooi Ai Wei (2000) X

Hussin Abdullah (1988) X

Muskamal Mohamed Jonan

(1991)

X

Tang Ching Tong (1992) X

Page 8: Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik

8

2.2.2 Hubungan antara minat dengan jantina

(Keeves, 1973; Hilton dan Berglund, 1974) (dalam Muskamal Mohemad

Jonan, 1991) menyatakan bahawa kaum perempuan kurang berminat

terhadap matematik berbanding lelaki. Ini telah dibuktikan oleh (Gooi

Ai Wei, 2000, m.s. 14; Muskamal Mohemad Jonan,1992, m.s. 16) di

mana hasil kajian yang dibuat nilai yang diperolehi menunjukkan

terdapatnya perbezaan yang signifikan dengan min. Ini bermakna

terdapat pembezaan minat terhadap matematik dikalangan pelajar

lelaki dengan perempuan.

Menurut Haron Khsim dan Zainal Abidin Daud (1988, dalam Rokiah

Palil, 1990, m.s.51), didapati keputusan hasil kajian masing-masing

adalah sama. Mereka mendapati murid lelaki yang berminat dengan

matematik adalah 40%, manakala murid perempuan pula adalah 60%.

Ini juga menunjukkan bahawa wujudnya hubungan antara minat

dengan jantina.

Begitu juga dengan Hillary dan Schofield (tahun tidak dinyatakan,

dalam Samsudin Husin, 2000, m.s.18) di mana hasil kajian

menunjukkan bahawa hubungan di antara minat dan pencapaian lebih

signifikan bagi pelajar lelaki jika dibandingkan dengan pelajar

perempuan. Beliau juga mendapati bahawa hubungan di antara minat

dan pencapaian lebih signifikan di akhir tahun jika dibandingkan

dengan awal tahun. Ini mungkin kerana pelajar sedar akan pentingnya

peperiksaan yang akan mereka hadapi terhadap kehidupan.

Jadual 2.2

Hubungan antara minat dan jantina

Terdapat Hubungan Tiada Hubungan

Gooi Ai Wei (2000) X

Haron Khasim dan Zainal X

Page 9: Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik

9

Abidin Daud (1988)

Hillary dan Schofield (tidak

dinyatakan)

X

Hilton dan Berglund (1974) X

Keeves (1973) X

Muskamal Mohamed Jonan

(1992)

X

2.2.3 Hubungan antara jantina dengan pencapaian mata

pelajaran Matematik pelajar

Kajian-kajian yang menghubungkaitkan faktor jantina dengan prestasi

murid di dalam matematik telah banyak dijalankan. Cohn (1979, dalam

Tang Ching Tong, 1992, m.s.14) telah menunjukkan bahawa hasil

kajian mereka terdapat perbezaan antara pencapaian dengan jantina

dalam matematik di kalangan murid-murid yang cerdas. Ada juga

pendapat yang menyatakan bahawa, bukan sahaja faktor jantina yang

mempengaruhi pencapaian dan minat terhadap matematik tetapi ia

juga dipengaruhi oleh faktor sosial-budaya (Beckmann dan Stephen,

1982, dalam Muskamal Mohemad Jonan, 1991,m.s. 18).

Hasil kajian Benbow dan Stanley (1980, dalam Gooi Ai Wei, 2000,

m.s.13) yang mengambil masa selama 8 tahun, terhadap murid cerdas

yang terpilih. Keputusan dari kajian mereka juga sama iaitu murid

lelaki yang terbaik menunjukkan pencapaian yang lebih baik daripada

murid perempuan yang terbaik.

Satu kajian telah dijalankan oleh Yaziz Salim (1987, dalam Rokiah Palil,

1990, m.s.50) di mana beliau menyatakan bahawa pencapaian

muridmurid perempuan dalam matematik Kurikulum Lama Sekolah

Rendah (KLSR) melebihi pencapaian murid-murid lelaki. Bagaimanapun

dalam matematik Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) kebolehan

Page 10: Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik

10

murid-murid lelaki melebihi murid-murid perempuan dalam semua

bidang kecuali operasi. Ini menunjukkan bahawa faktor jantina

mempengaruhi pencapaian matematik murid. Namun begitu terdapat

juga kajian yang mengatakan bahawa jantina tidak memberikan apa-

apa pengaruh atau kesan ke atas pencapaian matematik murid.

Foo Siet Chooi (1988) mendapati hasil kajiannya menunjukkan

bahawa, tidak ada pengaruh yang jelas di antara jantina dengan

pencapaian pelajar terhadap matematik. Beliau mendapati keputusan

Anova menunjukkan bahawa pencapaian matematik mengikut jantina

dan tahap penguasaan konsep asas matematik murid perempuan lebih

baik jika dibandingkan dengan murid lelaki. Walau bagaimanapun hasil

dari keputusan ujian statistik pula, beliau mendapati tidak ada

perbezaan yang signifikan di antara jantina dengan pencapaian

matematik bagi kedua-dua buah sekolah yang di kaji. Dengan ini

didapati faktor jantina tidak mempengaruhi pencapaian dalam

matematik. Perkara ini juga telah dibuktikan oleh kajian (Low Yoke

Ken, 1989, Gooi Ai Wei, 2000) yang turut menyatakan perkara yang

sama iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara lelaki

dan perempuan dalam pencapaian matematik.

Jadual 2.3

Hubungan di antara faktor jantina dengan pencapaian mata

pelajaran Matematik

Terdapat Hubungan Tiada Hubungan

Benbow dan Stanley (1978) X

Cohn (1979) X

Foo Siet Chooi (1988) X

Gooi Ai Wei (2000) X

Page 11: Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik

11

Loo Yoke Ken (1987) X

Yaziz Salim (1987) X

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan

Satu kajian adalah merupakan persiapan yang rapi untuk mengumpul maklumat. Ia

menerangkan proses dan prosedur yang digunakan untuk mendapatkan maklumat pelajar.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat minat murid-murid terhadap mata pelajaran

Matematik serta hubungan dengan pencapaian. Satu set soalan soal selidik disediakan untuk di

jawab oleh murid-murid Tahun Lima di Sekolah Kebangsaan Taman Jasmin, Kajang. Dalam

kajian ini seramai 40 orang murid Tahun Lima akan di pilih secara rawak berdasarkan rekod

profil murid yang diperolehi dari guru kelas mereka. Soal selidik diedar kepada responden untuk

mendapatkan maklum balas tentang minat, jantina dan pencapaian mereka.

Page 12: Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik

12

Saya berpendapat adalah sukar untuk mendapat data melalui kaedah yang lain

berdasarkan kekangan masa dan persekitaran yang akan dihadapi oleh penyelidik. Responden

yang terdiri dari kalangan murid Tahun Lima ini diharapkan dapat memberikan data yang sesuai

untuk digunakan dalam kajian ini.

3.3 Lokasi Kajian

Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah rendah di daerah Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Sekolah ini di kategorikan sebagai sekolah yang terletak di kawasan luar bandar dan jaraknya

lebih kurang 10 km dari pecan Kajang iaitu pusat bandar bagi daerah Kajang.

3.4 Persampelan

Seramai lebih kurang 820 orang murid di sekolah ini iaitu dari Tahun Satu hingga Tahun

Enam. Memandangkan bilangan murid yang agak ramai dan kawasan sekolah yang tidak begitu

besar, sekolah ini mengendalikan persekolahan pada sesi pagi dan sesi petang. Kesemua murid

di sekolah ini datangnya dari kawasan perumahan Taman Jasmin dan Taman Kajang Prima yang

terletak sekitar 2 km dari kawasan sekolah dan terdiri dari semua pelajar Melayu. Rata-rata ibu

bapa mereka adalah terdiri dari pekerja kerajaan. Keputusan mata pelajaran Matematik di dalam

peperiksaan Penggal Pertama akan dijadikan asas untuk pemilihan murid di dalam kajian ini.

Berdasarkan keputusan tersebut murid-murid dibezakan kepada dua kategori iaitu murid-

murid yang rendah dan tinggi pencapaiannya di dalam matematik. Pencapaian gagal merujuk

kepada skor yang kurang dari 50% sementara pencapaian lulus pula merujuk kepada skor yang

sama dan lebih dari 50%. Dari 65 orang murid Tahun Lima, 40 orang sahaja yang terlibat

berdasarkan kepada jantina dan pencapaian mereka. Seramai 10 orang murid lelaki dan 10 orang

murid perempuan dipilih untuk setiap kategori iaitu pencapaian lulus dan kategori pencapaian

gagal. Pemilihan murid mengikut kategori ini dibuat secara rawak berdasar.

Page 13: Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik

13

Jadual 3.1

Menunjukkan taburan responden mengikut jantina

Jantina Kekerapan Peratus (%)

Lelaki 20 50

Perempuan 20 50

Jumlah 40 100

Rajah 3.1

Taburan responden

Lelaki Perempuan0

5

10

15

20

25

30

35

40

45

50

Jadual 3.2

Menunjukkan taburan jantina dan pencapaian tinggi dan rendah responden

Page 14: Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik

14

Pencapaian Lelaki Perempuan Jumlah

Lulus 10 10 20

Gagal 10 10 20

Jumlah 20 20 40

Jadual 3.3

Menunjukkan taburan pelajar mengikut pencapaian awal

Pencapaian Awal Kekerapan Jumlah

Lelaki Perempuan

Lulus 10 10 20

Gagal 10 10 20

Jumlah 20 20 40

3.5 Instrumen Kajian

Soal selidik yang menumpukan kepada minat murid terhadap matapelajaran matematik.

Soal selidik ini terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B.

Bahagian A terdiri daripada 2 item iaitu pencapaian matematik dalam penggal pertama

dan jantina. Manakala bahagian B pula terdiri daripada soalansoalan tentang minat murid

terhadap pelajaran matematik. Sebanyak 30 soalan tentang minat terhadap pelajaran matematik

yang berbentuk skala likert akan digunakan dalam kajian ini. Skala ini digunakan kerana ia

senang difahami oleh murid dan sesuai digunakan oleh semua pengkaji dalam membuat analisis.

Jawapan responden adalah jawapan pilihan nilai berdasarkan kepada sangat tidak setuju

(1), tidak setuju (2), setuju (3), dan sangat setuju (4). Murid hanya perlu bulatkan pada jawapan

yang dirasakan munasabah.

3.6 Tatacara Pengumpulan Data

Page 15: Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik

15

Sebelum kajian dijalankan di sekolah, saya terlebih dahulu akan mendapatkan kebenaran

daripada Guru Besar sekolah berkenaan untuk menjalankan kajian. Penerangan diberikan kepada

Guru Besar tentang tujuan kajian ini di buat.

Selepas memberi penerangan dan penjelasan, saya meminta kerja sama dari pihak

sekolah untuk membantu menjayakan kajian ini. Dengan berpandukan keputusan matapelajaran

Matematik dalam Peperiksaan Penggal Pertama, maka saya mengkategorikan responden kepada

dua peringkat pencapaian mereka. Selepas pemilihan dibuat, saya memberikan penerangan

kepada responden yang terpilih tentang kajian dan cara bagaimana borang soal selidik perlu

dilengkapkan. Saya akan memberi penjelasan bagi setiap soalan soal selidik, supaya responden

lebih memahami apa yang dikehendaki oleh soalan. Set soal selidik akan dikumpulkan setelah

murid selesai menjawabnya tanpa menghadkan masa.

3.7 Kaedah Kajian

Data yang diperolehi akan dianalisa dengan melihat hubungan antara pembolehubah.

Proses menganalisa melibatkan dua jenis analisis iaitu analisis deskriptif dan analisis inferensi.

Analisa deskriptif digunakan untuk memerihalkan maklumat tentang profil responden seperti

jantina dan pencapaian awal pelajar. Ia juga digunakan untuk menghuraikan minat murid

terhadap pembelajaran matematik. Statistik yang akan digunakan adalah kekerapan, peratus, min

dan sisishan piawai.

Analisis inferensi pula digunakan untuk menguji hipotesis nul. Analisis inferensi yang

digunakan ialah ujian t. Ia digunakan bagi menguji pembezaan min dua kumpulan dan

menentukan sama ada pembezaan itu berlaku atau sebaliknya. Bagi ujian ini aras signifikan

ditetapkan pada tahap a = 0.05.