hubungan antara faktor program motivasi, … · hubungan antara faktor program motivasi, pengajaran...

25
HUBUNGAN ANTARA FAKTOR PROGRAM MOTIVASI, PENGAJARAN GURU, PEMAKANAN, DAN MINAT PELAJAR DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK DI KALANGAN PELAJAR WAN NOR SHAMIMI BINTI WAN HUSSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vuongcong

Post on 30-Mar-2019

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

HUBUNGAN ANTARA FAKTOR PROGRAM MOTIVASI, PENGAJARAN GURU,

PEMAKANAN, DAN MINAT PELAJAR DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK DI

KALANGAN PELAJAR

WAN NOR SHAMIMI BINTI WAN HUSSIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA FAKTOR PROGRAM MOTIVASI, PENGAJARAN GURU,

PEMAKANAN, DAN MINAT PELAJAR DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK DI

KALANGAN PELAJAR

WAN NOR SHAMIMI BINTI WAN HUSSIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

iii

DEDIKASI

Segala puji hanya untukMu,

Allah yang Maha Esa

Buat ayahanda dan bonda yang tercinta,

Wan Hussin Bin Wan Senik dan Siti Munirah Binti Abu Bakar…

Terima kasih yang tidak terhingga atas segala jasa dan pengorbanan

yang dicurahkan selama ini. Restu dari kalian

memudahkan laluan perjuangan ini…

Buat kekanda dan adinda yang tersayang,

Wan Eriani, Wan Nor Syahida, dan Wan Muhammad Faris…

Segala nasihat, sokongan, dan dorongan dari kalian amat kuhargai

dan akan kujadikan sebagai azimat bagi meniti hari mendatang…

Buat sahabat-sahabat yang dikasihi,

Fazliana Othman dan Nur Wahida Zakaria…

Terima kasih atas segala pertolongan yang kalian hulurkan

Semoga Allah jua membalas segala jasa dan budi yang ditaburkan…

Buat sahabat-sahabat seperjuangan,

Terima kasih atas segala tunjuk ajar dan semangat yang diberikan

Semoga kita sama-sama mengecapi kejayaan yang diimpikan…

Kepada semua pihak yang terlibat,

Segala kerjasama dan pertolongan yang dihulurkan

tidak akan kulupakan dan akan kukenang hingga ke akhirnya…

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah S.W.T

kerana dengan izinNya dapat saya menyiapkan kajian ini.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat penyelia yang dihormati, En.

Roslee Bin Ahmad yang telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar serta

teguran yang membina kepada saya dalam menyiapkan kajian ini. Ribuan terima kasih

buat Pn Adibah Bt. Abdul Latif atas segala curahan ilmu serta bantuan yang dihulurkan.

Kepada semua pensyarah dan kakitangan Fakulti Pendidikan Universiti

Teknologi Malaysia dan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung, terima kasih diucapkan atas sokongan dan galakan yang membina di samping

idea-idea bernas dalam menjayakan kajian ini. Semoga kalian diganjari Allah di dunia

dan akhirat.

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat sama ada terdapat hubungan antara faktor

program motivasi, pengajaran guru, pemakanan, dan minat pelajar dengan pencapaian

Matematik. Kajian ini dijalankan di 4 buah sekolah menengah di daerah Kulai, Johor

yang melibatkan sampel seramai 39 orang pelajar tingkatan 5 yang dipilih melalui

persampelan bertujuan. Soal selidik direka sendiri pengkaji dengan dua item diambil

daripada soal selidik Suhaimi (2001). Nilai alpha Cronbach yang diperoleh ialah 0.829.

Bahagian A melibatkan latar belakang responden dan bahagian B melibatkan item faktor

program motivasi, pengajaran guru, pemakanan, dan minat pelajar dalam Matematik.

Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for The

Social Sciences (SPSS) Version 13.0. Analisis kajian secara deskriptif seperti

kekerapan, peratus, min, dan sisihan piawai bagi bahagian A sementara statistik

inferensi iaitu korelasi Pearson digunakan untuk melihat sama ada terdapat hubungan

antara faktor-faktor yang dikaji. Keputusan kajian menunjukkan terdapat hubungan

yang signifikan antara faktor pemakanan dan faktor minat pelajar dengan pencapaian

Matematik. Walau bagaimanapun, tidak wujud hubungan yang signifikan antara faktor

pengajaran guru dan faktor program motivasi dengan pencapaian Matematik. Pengkaji

menyarankan agar pihak sekolah, guru, ibu bapa, dan pelajar mengambil langkah yang

sewajarnya agar pencapaian Matematik di kalangan pelajar dapat ditingkatkan.

vi

ABSTRACT

The main purpose of this research is to state the relationship between the factors

that influence students achievement in Mathematics towards students in 4 secondary

schools in the district of Kulai, Johor. The 4 factors being researched were the

motivation programme, teaching methods, nutrition factor, and their interest towards

Mathematics subject. This survey involved 39 form 5 students who were chosen in

selected samples. Questionaire are designed by researcher with two items which are

selected from Suhaimi (2001) questionaire. Alpha Cronbach value is 0.829. Section A

involved respondent background, while section B involved motivation programme,

teaching methods, nutrition factor, and student’s interest towards Mathematics subject.

Statistical Package for The Social Sciences (SPSS) Version 13.0 for Windows is used to

analyse the data. Data analysis was done descriptively by using the frequencies,

percentages, means, and standard deviation for section A. Besides that, infrential

statistical methods such as the Pearson correlation were used to determine the

relationship between the factors analysed. The results showed that there was a

significant correlation between students’ achievement in Mathematics subject and the

factor of nutrition and the factor of their interest towards Mathematics subject.

Meanwhile, Pearson correlation showed that no significant correlation between the

students’ achievement in Mathematics subject and the factor of teaching methods and

factor of motivation programme. School direction, teachers, parents, and students

should take proper step to rectify the weakness and improve the level of students’

achievement in Mathematics subject.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Hipotesis Kajian 9

1.7 Kepentingan Kajian 10

1.8 Batasan Kajian 10

1.9 Definisi Istilah 11

1.10 Rumusan 14

viii

II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Faktor Program Motivasi 15

2.3 Faktor Pengajaran Guru 18

2.4 Faktor Pemakanan 22

2.5 Faktor Minat Pelajar 26

2.6 Rumusan 28

III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 29

3.2 Reka Bentuk Kajian 29

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 30

3.4 Instrumen Kajian 31

3.5 Kajian Rintis 34

3.6 Prosedur Kajian 35

3.7 Analisis Data 36

3.8 Rumusan 38

IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 39

4.2 Analisis Data Bahagian A 40

4.2.1 Analisis Responden Mengikut Jantina 40

4.2.2 Analisis Responden Mengikut Bangsa 40

4.2.3 Analisis Responden Mengikut Aliran 41

4.2.4 Analisis Keputusan PMR Bagi Mata

Pelajaran Matematik 41

ix

4.2.5 Analisis Keputusan Peperiksaan Akhir

Tahun Tingkatan 4 Bagi Mata Pelajaran

Matematik 42

4.2.6 Analisis Responden Mengikut Sekolah 43

4.3 Analisis Data Bahagian B 43

4.3.1 Analisis Peratus, Min, dan Sisihan Piawai

Mengikut Item Bagi Faktor Program

Motivasi 44

4.3.2 Analisis Peratus, Min, dan Sisihan Piawai

Mengikut Item Bagi Faktor Pengajaran

Guru 47

4.3.3 Analisis Peratus, Min, dan Sisihan Piawai

Mengikut Item Bagi Faktor Pemakanan 50

4.3.4 Analisis Peratus, Min, dan Sisihan Piawai

Mengikut Item Bagi Faktor Minat Pelajar

Dalam Matematik 52

4.4 Analisis Hubungan Antara Pembolehubah-

Pembolehubah 54

4.4.1 Analisis Hubungan Antara Faktor Program

Motivasi Dengan Pencapaian Matematik 54

4.4.2 Analisis Hubungan Antara Faktor Pengajaran

Guru Dengan Pencapaian Matematik 55

4.4.3 Analisis Hubungan Antara Faktor Pemakanan

Dengan Pencapaian Matematik 56

4.4.4 Analisis Hubungan Antara Faktor Minat Pelajar

Dengan Pencapaian Matematik 56

4.5 Rumusan 57

x

V PERBINCANGAN, RUMUSAN, DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 59

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 60

5.2.1 Hubungan Antara Faktor Program Motivasi

Dengan Pencapaian Matematik 60

5.2.2 Hubungan Antara Faktor Pengajaran Guru

Dengan Pencapaian Matematik 62

5.2.3 Hubungan Antara Faktor Pemakanan

Dengan Pencapaian Matematik 65

5.2.4 Hubungan Antara Faktor Minat Pelajar

Dengan Pencapaian Matematik 68

5.3 Rumusan Kajian 71

5.4 Cadangan 72

5.4.1 Cadangan Kepada Fasilitator Program

Motivasi 73

5.4.2 Cadangan Kepada Pihak Sekolah 73

5.4.3 Cadangan Kepada Guru 73

5.4.4 Cadangan Kepada Ibu Bapa 74

5.4.5 Cadangan Kepada Pelajar 74

5.5 Cadangan Atau Saranan Kajian Lanjutan 75

5.6 Penutup 76

BIBLIOGRAFI 77

LAMPIRAN 83

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Taburan Sampel Mengikut Sekolah 31

3.2 Taburan Item Mengikut Pengkelasan Item Positif Dan

Item Negatif 33

3.3 Taburan Kebolehpercayaan Item Soal Selidik 35

3.4 Kekuatan Korelasi Pearson, r 37

3.5 Pemberian Markat Mengikut Bentuk Pilihan Jawapan

Bagi Item Positif dan Item Negatif Soal Selidik 37

4.1 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut

Jantina 40

4.2 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut

Bangsa 40

4.3 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut

Aliran 41

4.4 Taburan Kekerapan dan Peratus Keputusan PMR Bagi

Mata Pelajaran Matematik 41

4.5 Taburan Kekerapan dan Peratus Keputusan Peperiksaan

Akhir Tahun Tingkatan 4 Bagi Mata Pelajaran

Matematik 42

4.6 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut

Sekolah 43

xii

4.7 Peratus, Min, dan Sisihan Piawai Mengikut Item Bagi

Faktor Program Motivasi 44

4.8 Peratus, Min dan Sisihan Piawai Mengikut Item Bagi

Faktor Pengajaran Guru 47

4.9 Peratus, Min dan Sisihan Piawai Mengikut Item Bagi

Faktor Pemakanan 50

4.10 Peratus, Min dan Sisihan Piawai Mengikut Item Bagi

Faktor Minat Pelajar Dalam Matematik 52

4.11 Analisis Hubungan Antara Faktor Program Motivasi Dengan

Pencapaian Matematik 54

4.12 Analisis Hubungan Antara Faktor Pengajaran Guru Dengan

Pencapaian Matematik 55

4.13 Analisis Hubungan Antara Faktor Pemakanan Dengan

Pencapaian Matematik 56

4.14 Analisis Hubungan Antara Faktor Minat Pelajar Dengan

Pencapaian Matematik 57

xiii

SENARAI SINGKATAN

1. BPG - Bahagian Pendidikan Guru

2. FPN - Falsafah Pendidikan Negara

3. HEM - Hal Ehwal Murid

4. KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

5. KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

6. KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

7. PMR - Penilaian Menengah Rendah

8. P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

9. SJKC - Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

10. SK - Sekolah Kebangsaan

11. SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

12. SPSS - Statistical Package for The Social Sciences

13. TIMSS-R - Third International Mathematics and Science Study-

Repeat

14. UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Menurut Saedah dan rakan-rakan dalam Sainah (1996) berdasarkan kurikulum

sekolah, Matematik merupakan mata pelajaran yang penting dan ini terbukti apabila

pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) menjadikan

Matematik sebagai mata pelajaran wajib diambil semua pelajar. Penekanan

Matematik pula bermatlamatkan untuk memperkembangkan pemikiran mantik,

bersistem, kemahiran penyelesaian masalah, dan kebolehan menggunakan ilmu

pengetahuan Matematik dalam kehidupan seharian.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menggubal satu kurikulum

bersepadu yang merangkumi aspek rohani dan jasmani sesuai dengan Falsafah

Pendidikan Negara (FPN). Walau bagaimanapun, masalah pencapaian yang rendah

dalam Matematik masih lagi wujud. Hasil kajian Third International Mathematics

and Science Study- Repeat (TIMSS-R) 1999 di kalangan pelajar tingkatan dua di

sekolah bagi pencapaian Matematik mendapati negara Malaysia hanya menduduki

2

tempat ke 16 daripada 38 buah negara bagi pencapaian Matematik. Kajian Sharifah

Maimunah (2002) mengenai matlamat dan halatuju kurikulum Matematik mendapati

bahawa pelajar Malaysia lemah dalam aspek penaakulan, aspek penjelasan dan

memberi pandangan dalam Matematik. Walau bagaimanapun mereka cemerlang

dengan soalan berbentuk aritmetik.

Menurut Kamaruddin dalam Suhaimi (2001) mendapati bahawa faktor

kelemahan pelajar bumiputera dalam akademik di beberapa buah sekolah menengah

teknik di Johor dan Melaka adalah berpunca daripada kekurangan kemahiran belajar.

Ini merupakan masalah utama kemerosotan pelajar bumiputera dalam peperiksaan.

Menurut Tajul Ariffin dalam Suhaimi (2001) mendapati masalah pembelajaran di

kalangan pelajar yang berpencapaian rendah dan sederhana adalah disebabkan tidak

mengetahui kaedah dan teknik belajar yang paling berkesan. Manakala menurut

Abd. Rahim dalam Suhaimi (2001) kajian di England mendapati ramai pelajar

menyatakan bahawa mereka gagal bukan kerana tidak bijak tetapi disebabkan

kekurangan kemahiran belajar yang betul.

Menurut Abdul Rahman dalam Rasman (2002) pelajar perlu memastikan proses

pembelajaran sentiasa lancar dan mempunyai peningkatan. Perkara ini merupakan

suatu aspek penting kerana pelajar akan sentiasa mengalami perkembangan dan

peningkatan dari segi ilmu pengetahuan, kaedah pembelajaran dan beban halangan.

Bagi mencapai usaha tersebut, aspek motivasi dan pembangunan diri pelajar perlu

ditingkatkan.

Menurut Siti Hamizah (2001) faktor utama kelemahan pelajar dalam Matematik

adalah kerana sikap pelajar yang bergantung kepada kaedah pengajaran dan

pembelajaran (P&P) yang berpusatkan guru dan buku teks tanpa mempelbagaikan

kaedah P&P. Faktor kedua ialah guru kurang inisiatif untuk menambahkan

pengetahuan diri dalam bidang Matematik khususnya melibatkan perkembangan

kurikulum Matematik semasa. Contohnya guru kurang inisiatif untuk mempelajari

kemahiran penyelesaian masalah, pembelajaran koperatif, aktiviti penghayatan

3

dalam Matematik dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga guru dan pelajar yang

kurang arif tentang format, bentuk soalan, strategi menjawab soalan Matematik

Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Terdapat

juga pelajar yang tidak mempunyai asas yang kukuh tentang konsep dan kemahiran

penyelesaian masalah dalam Matematik.

Menurut Siti Hamizah (2001) faktor psikologi pelajar turut mempengaruhi

pencapaian pelajar. Jika pelajar sering mendapat markah yang rendah dalam ujian

dan peperiksaan, mereka akan menjadi kurang yakin terhadap Matematik. Situasi ini

akan menyebabkan pelajar berasa jemu, takut kepada Matematik dan mengakibatkan

halangan pemikiran iaitu tidak dapat menerima Matematik. Oleh yang demikian,

ramai guru merungut terhadap kelemahan pencapaian Matematik di kalangan

pelajar. Permasalahan ini ditambah dengan sikap guru Matematik yang tidak

mengambil langkah bijaksana, sistematik dan konsisten bagi menangani

permasalahan tersebut. Akibatnya, kumpulan pelajar yang dianggap ‘lambat’ ini

akan berasa putus asa untuk terus berusaha bagi meningkatkan pencapaian

Matematik.

Menurut Ungku Aziz (2000) kanak-kanak di negara ini mengalami kadar

tumbesaran yang terganggu disebabkan faktor kekurangan protein. Menurutnya lagi,

di Malaysia faktor pemakanan mempengaruhi saiz badan manusia bukannya

ditentukan oleh faktor genetik. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memberi

perhatian terhadap aspek pemakanan anak-anak. Ini kerana masalah utama orang

Melayu sejak berpuluh tahun yang lampau adalah kerana saiz badan yang kecil.

Menurutnya lagi, 90 peratus tumbesaran saiz badan manusia disebabkan faktor

pemakanan. Oleh itu, bagi menangani masalah ini, beliau menasihatkan supaya

penjagaan aspek pemakanan perlu dilakukan sejak zaman awal kanak-kanak. Tujuh

tahun pertama hidup manusia merupakan tempoh tumbesaran fizikal yang penting.

Jika pada tempoh itu ibu bapa tidak menitikberatkan faktor pemakanan anak-anak,

keadaan ini boleh menjejaskan kadar tumbesaran anak-anak. Menurutnya lagi,

4

pemakanan bukan sahaja mempengaruhi saiz badan manusia bahkan turut membantu

pembinaan otak yang cerdas.

Kecemerlangan dan kemunduran seseorang pelajar dalam Matematik bergantung

kepada minat pelajar tersebut terhadap mata pelajaran itu. Kajian Baharudin dan

rakan-rakan (2002) menunjukkan kurangnya minat pelajar terhadap Matematik

berpunca daripada sikap mereka yang beranggapan Matematik merupakan mata

pelajaran yang susah. Persepsi negatif ini menyebabkan mereka tidak memberi

peluang kepada diri untuk menerima mata pelajaran itu sebagai suatu mata pelajaran

yang mudah untuk difahami. Justeru itu, mereka mempunyai motivasi yang rendah

dalam usaha meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran tersebut.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pencapaian yang lemah dalam Matematik akan menimbulkan pelbagai kesan

negatif. Antaranya ialah seperti keciciran pelajar, sukar melanjutkan pelajaran ke

peringkat yang lebih tinggi dan sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Banyak faktor

yang menjadi punca penyebab pencapaian rendah dari segi kualiti dan kuantiti mata

pelajaran Matematik di peringkat sekolah menengah. Antara faktor yang

mempengaruhi pencapaian pelajar ialah keberkesanan program motivasi yang

disertai, keberkesanan P&P di dalam kelas, peranan ibu bapa, pengaruh rakan

sebaya, persekitaran, pemakanan, dan minat pelajar dalam Matematik.

Sebilangan pelajar yang mempunyai masalah dalam bidang akademik dan

masalah tingkah laku seringkali dikaitkan dengan faktor kurangnya motivasi dalam

diri. Sehubungan dengan itu, pihak KPM memberikan kepercayaan kepada pihak

sekolah melalui unit Bimbingan dan Kaunseling untuk melaksanakan program-

program motivasi untuk kecemerlangan pelajar dalam usaha membantu

5

meningkatkan kembali motivasi diri pelajar. Setiap sekolah diberi peruntukan

kewangan bagi melaksanakan dan menjayakan program-program motivasi. Antara

contoh program motivasi yang dijalankan di sekolah adalah seperti Smart Learning,

Summer Camp, Kem Sains dan Matematik, dan Bengkel Motivasi Matematik.

Menurut Saniah dan rakan-rakan (2000) motivasi memainkan peranan penting

dalam bidang pendidikan kerana mempengaruhi pertumbuhan, perkembangan,

pembelajaran, dan pencapaian pelajar. Guru-guru pada dasarnya bersetuju bahawa

semua jenis tingkah laku disebabkan oleh faktor motivasi. Motivasi diperlukan

untuk membina kembali semangat yang luntur. Motivasi juga menjadi pengisian

penting untuk mengembalikan daya juang dan sifat futuristik seseorang. Menurut

Teori Jangkaan Viktor Vroom dalam Suhaimi (2001) manusia akan terdorong untuk

melakukan sesuatu secara bersungguh-sungguh jika mereka yakin dengan nilai

matlamat yang hendak dicapai dan hasil yang diperoleh akan memberi faedah

kepada diri mereka.

Kajian mendapati guru-guru di Malaysia masih terikat dengan pengajaran

berpusatkan guru, kurang memberi peluang kepada pelajar untuk membina konsep

secara konstruktif, dan membuat penerokaan sendiri. Kajian kualitatif oleh Aida

Suraya (2002) mendapati guru-guru mengajar berorientasikan peperiksaan kurang

memberi tumpuan kepada pemupukan pemikiran Matematik. Kajian daripada Nik

Azis (2002) pula mendapati guru-guru memberi latih tubi untuk meneguhkan

kemahiran penyelesaian, menghabiskan silibus yang padat, kurang memberi

penekanan kepada aspek kognitif, dan pembinaan pengetahuan Matematik secara

konstruktif.

Awang Had (1999) berpendapat bahawa ramai orang Melayu tidak dapat

memberi makanan berkhasiat kepada anak-anak mereka seperti yang dilakukan oleh

orang Cina. Hal ini kemungkinan kerana orang Melayu masih lagi tidak dapat

menganjak paradigma dari segi makanan seharian iaitu apa yang dipentingkan ialah

kenyang tanpa mempedulikan sama ada makanan yang dimakan itu berkhasiat atau

6

tidak. Justeru itu, tidak hairanlah makanan dan minuman orang Melayu terdiri

daripada 85 peratus kandungan karbohidrat manakala kandungan protein cuma 5

peratus atau kurang.

Kajian Aminah (2004) mendapati kekurangan berat badan atau zat pemakanan

menjadi punca kemerosotan pelajar-pelajar sekolah rendah sebahagian besarnya

kaum Melayu. Kajian yang mengambil sampel 10 buah sekolah rendah di luar

bandar Pulau Pinang mencatat prestasi terburuk tidak lulus sebarang mata pelajaran

dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) merekodkan masalah itu berkaitan

tabiat pemakanan berikutan kekurangan pendapatan keluarga. Menurut Aminah

(2004) sebanyak 60 peratus murid tahun empat, lima dan enam yang ditemui

didapati tidak mencapai tahap kesihatan seperti murid normal. Keputusan UPSR

2002 mencatatkan hanya 57 peratus murid Melayu dari sekolah kebangsaan (SK)

lulus semua mata pelajaran dengan memperoleh gred C berbanding 63 peratus di

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

1.3 Pernyataan Masalah

Pihak sekolah banyak menjalankan program motivasi dalam usaha untuk

meningkatkan kesedaran dan pencapaian akademik pelajar. Program-program

berbentuk motivasi ini termasuklah meningkatkan pencapaian Matematik di

kalangan pelajar. Secara amnya, program motivasi yang dilaksanakan menekankan

kepada teknik-teknik belajar yang betul. Para pelajar yang mengikuti program

motivasi dikatakan menunjukkan perubahan dari segi sikap dan pencapaian

akademik secara keseluruhan. Keputusan PMR 2001 menunjukkan pencapaian

Matematik di kalangan pelajar meningkat berbanding tahun sebelumnya iaitu

daripada 32.9 peratus kepada 34.0 peratus.

7

Masih terdapat segelintir pelajar yang pernah mengikuti program motivasi tetapi

masih lemah dalam Matematik. Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar ini

menunjukkan penguasaan yang baik bagi mata pelajaran lain yang berbentuk bacaan

dan pemahaman. Kajian Sperry dalam Tuah Iskandar (2005) menunjukkan pelajar

yang mempunyai otak kanan ini merupakan pelajar aliran sastera yang lebih mudah

memahami pelajaran berbentuk pemahaman teori dan bukannya bersifat pengiraan.

Menurut Shahrir (2002) kelemahan pelajar Melayu dalam Matematik

dipengaruhi oleh kaedah P&P di dalam kelas. Pendekatan P&P yang digunakan

guru-guru di dalam kelas tidak mencerminkan keinginan mereka untuk mengajar

Matematik. Biasanya guru-guru menghabiskan silibus yang padat, kurang memberi

penekanan kepada aspek kognitif dan pembinaan pengetahuan Matematik secara

konstruktif.

Stamina minda pelajar Melayu tidak sekuat pelajar bukan Melayu dan faktor itu

menjadi punca mereka gagal mencapai keputusan yang cemerlang dalam

peperiksaan. Menurut Awang Had (1999) pelajar Melayu tidak mempedulikan soal

pemakanan terutama sumber makanan yang memberi tenaga iaitu protein.

Menurutnya lagi, amalan pemakanan pelajar Cina iaitu makanan seimbang dan

melebihkan sumber protein membantu mereka menjadi lebih cergas dan bertenaga

untuk mengikuti pembelajaran. Jika pemakanan tidak dijaga, maka keseluruhan

kesihatan, tenaga, dan minda akan terjejas ketika menerima ilmu pengetahuan.

Di samping itu, menurut Abdul Jalil (1993) faktor minat dalam diri pelajar turut

akan mempengaruhi proses pembelajaran. Secara langsung, ia akan dapat membina

keazaman yang kuat untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang yang

dilakukan. Pelajar tidak akan belajar Matematik dengan sepenuh hati jika

menganggap mata pelajaran tersebut merupakan satu mata pelajaran yang sukar dan

membosankan. Untuk mengatasinya, pelajar belajar Matematik secara hafalan.

Akibatnya, ramai pelajar hilang minat untuk belajar Matematik dan memperoleh

pencapaian yang tidak memuaskan.

8

Oleh yang demikian, pengkaji ingin mengenalpasti apakah faktor sebenar

permasalahan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ini? Adakah kelemahan mereka

berpunca daripada faktor program motivasi, pengajaran guru, pemakanan, atau minat

pelajar dalam Matematik? Di samping itu, kajian ini turut mengenalpasti apakah

faktor utama yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ini dalam menghadapi Matematik?

Oleh yang demikian, keputusan yang diperoleh kelak dapat membantu mereka

meningkatkan pencapaian Matematik.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk;

(i) Melihat sama ada terdapat hubungan antara faktor program motivasi dengan

pencapaian Matematik

(ii) Melihat sama ada terdapat hubungan antara faktor pengajaran guru dengan

pencapaian Matematik

(iii) Melihat sama ada terdapat hubungan antara faktor pemakanan dengan

pencapaian Matematik

(iv) Melihat sama ada terdapat hubungan antara faktor minat pelajar dengan

pencapaian Matematik

9

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian ini adalah;

(i) Adakah terdapat hubungan antara faktor program motivasi dengan

pencapaian Matematik?

(ii) Adakah terdapat hubungan antara faktor pengajaran guru dengan pencapaian

Matematik?

(iii) Adakah terdapat hubungan antara faktor pemakanan dengan pencapaian

Matematik?

(iv) Adakah terdapat hubungan antara faktor minat pelajar dengan pencapaian

Matematik?

1.6 Hipotesis Kajian

Hipotesis 1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor program motivasi

dengan pencapaian Matematik

Hipotesis 2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor pengajaran guru

dengan pencapaian Matematik

Hipotesis 3: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor pemakanan dengan

pencapaian Matematik

Hipotesis 4: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor minat pelajar

dengan pencapaian Matematik