pengaruh ruangan pelajari matematik dan … · 2.2 motivasi pelajar terhadap matematik 18 2.3...

27

Upload: hanguyet

Post on 11-Aug-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGARUH RUANGAN PELAJARI MATEMATIK DAN … · 2.2 Motivasi pelajar terhadap Matematik 18 2.3 Hubungan antara motivasi pelajar 20 dengan pencapaian dalam Matematik 2.4 Hubungan antara
Page 2: PENGARUH RUANGAN PELAJARI MATEMATIK DAN … · 2.2 Motivasi pelajar terhadap Matematik 18 2.3 Hubungan antara motivasi pelajar 20 dengan pencapaian dalam Matematik 2.4 Hubungan antara
Page 3: PENGARUH RUANGAN PELAJARI MATEMATIK DAN … · 2.2 Motivasi pelajar terhadap Matematik 18 2.3 Hubungan antara motivasi pelajar 20 dengan pencapaian dalam Matematik 2.4 Hubungan antara

PENGARUH RUANGAN PELAJARI MATEMATIK DAN PERMAINAN

MAJALAH WEB DUNIA MATEMATIK TERHADAP MOTIVASI

PELAJAR TINGKATAN EMPAT

NURUL NAZIHAH BINTI BAKERI

Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian

daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(MATEMATIK)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI, 2011

Page 4: PENGARUH RUANGAN PELAJARI MATEMATIK DAN … · 2.2 Motivasi pelajar terhadap Matematik 18 2.3 Hubungan antara motivasi pelajar 20 dengan pencapaian dalam Matematik 2.4 Hubungan antara

ii

Page 5: PENGARUH RUANGAN PELAJARI MATEMATIK DAN … · 2.2 Motivasi pelajar terhadap Matematik 18 2.3 Hubungan antara motivasi pelajar 20 dengan pencapaian dalam Matematik 2.4 Hubungan antara

iii

DEDIKASI

Alhamdulillah….

Segala kesyukuran ku panjatkan ke hadrat ALLAH s.w.t

kerana diberikan kekuatan untuk menjalankan kajian

dan menyiapkan laporan kajian ini ,

Buat ayahanda, bonda, dan adindaku yang dikasihi ,

Terima kasih tak terhingga di atas sokongan dan doa yang diberikan..

Untuk pensyarah yang dihormati dan disegani,

PM Dr Zaleha Binti Ismail,

Terima kasih di atas segala ilmu dan pandangan yang diberikan..

Semoga Allah membalas segala jasa dan bakti yang dicurahkan..

Ribuan terima kasih juga kepada teman-teman seperjuangan

yang sentiasa memberi

sokongan dan dorongan yang padu,

Pahit manis yang kita harungi bersama

akan menjadi pengalaman hidup yang bermakna bagiku..

Semoga kejayaan itu milik kita bersama..

Page 6: PENGARUH RUANGAN PELAJARI MATEMATIK DAN … · 2.2 Motivasi pelajar terhadap Matematik 18 2.3 Hubungan antara motivasi pelajar 20 dengan pencapaian dalam Matematik 2.4 Hubungan antara

iv

PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin melahirkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t di

atas segala petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, kajian ini telah berjaya

disiapkan dengan kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya. Seinfiniti

penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada PM Dr Zaleha

Binti Ismail selaku penyelia Projek Sarjana Muda saya yang terlalu banyak

membimbing dan memberikan idea serta pendapat sepanjang proses menyiapkan

projek ini. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu daripada beliau, mana mungkin saya

dapat menghasilkan kajian sebegini.

Tidak lupa juga sekalung penghargaan kepada rakan-rakan seperjuangan

yang banyak memberi sokongan dan dorongan sewaktu menyiapkan laporan kajian

ini. Terima kasih di atas segala pertolongan mereka dan saya amat hargainya.

Penghargaan khas ini juga ditujukan khas buat Abah dan Mama tercinta, Bakeri Bin

Misdi dan Noriani Binti Abdullah kerana telah mendidik dan mengasuh saya dari

kecil hinggalah ke hari ini dalam ketaatan kepada Allah s.w.t. Buat mereka juga,

terima kasih yang tidak terhingga di atas segala nasihat dan kasih sayang yang

dicurahkan dengan penuh keikhlasan. Kepada guru-guru yang turut membantu

dalam melancarkan proses kajian ini, jasa baik mereka tidak akan dilupakan.

Akhir sekali, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada

semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak kerana sanggup

membantu meluangkan masa untuk bekerjasama dalam menyiapkan kajian ini.

Page 7: PENGARUH RUANGAN PELAJARI MATEMATIK DAN … · 2.2 Motivasi pelajar terhadap Matematik 18 2.3 Hubungan antara motivasi pelajar 20 dengan pencapaian dalam Matematik 2.4 Hubungan antara

v

ABSTRAK

Motivasi merupakan proses yang membangkitkan keghairahan yang akhirnya

mendorong seseorang untuk mencapai apa yang diimpikan. Kajian ini telah

dijalankan untuk mengenalpasti motivasi pelajar tingkatan 4 dalam membina

pengetahuan matematik melalui Model Motivasi ARCS iaitu Perhatian (Attention),

Relevan (Relevance), Keyakinan (Confidence) dan Kepuasan (Satisfiction) yang

telah diintegrasikan di dalam ruangan Pelajari Matematik dan Permainan Majalah

Web Dunia Matematik. Majalah web Dunia Matematik telah dibangunkan lebih dari

tiga tahun menjadi platform bagi memotivasikan pelajar terhadap pembelajaran

matematik. Pembelajaran Matematik yang menjangkaui luar bilik darjah telah

dimuatkan dalam setiap artikel dan aktiviti dalam majalah web tersebut. 37 orang

pelajar tingkatan 4 dari sebuah sekolah menengah di kawasan Johor dijadikan

sampel bagi kajian ini. Alat kajian yang digunakan bagi kajian ini adalah borang

soal selidik. Statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratus dan min digunakan dalam

kajian ini. Hasil kajian menunjukkan ruangan Pelajari Matematik dan Permainan

Majalah Web Dunia Matematik dapat memotivasikan pelajar dari aspek ARCS

terhadap pembelajaran Matematik. Motivasi aspek Releven (Relevance)

menunjukkan tahap motivasi yang sangat tinggi terhadap pembelajaran matematik

melalui ruangan Pelajari Matematik. Manakala ruangan Permainan Majalah Web

Dunia Matematik memberikan Motivasi aspek Perhatian (Attention) yang sangat

tinggi terhadap pembelajaran Matematik. Implikasi kajian ini antaranya ialah

keperluan bagi krew Majalah Web Dunia Matematik untuk menyesuai-padankan

kandungan ruangan Pelajari Matematik dan Permainan dengan pengalaman atau

pengetahuan sedia ada pelajar kerana Motivasi ARCS dipengaruhi oleh isi

kandungan yang disampaikan. Selain itu, Keperluan bagi guru untuk menggunakan

Majalah Web Dunia Matematik sebagai bahan bantu mengajar ketika di dalam bilik

darjah, supaya pelajar dapat melihat perkaitan antara subjek matematik yang diajar

terhadap dunia luar. Yang terakhir, keperluan bagi pelajar untuk melibatkan diri

secara aktif dan konsisten sebagai pengguna Majalah Web Dunia Matematik dengan

melibatkan diri dalam aktiviti yang disediakan kerana dapat memotivasikan mereka

terhadap pembelajaran matematik.

Page 8: PENGARUH RUANGAN PELAJARI MATEMATIK DAN … · 2.2 Motivasi pelajar terhadap Matematik 18 2.3 Hubungan antara motivasi pelajar 20 dengan pencapaian dalam Matematik 2.4 Hubungan antara

vi

ABSTRACT

Motivation is a process that drives any individual to achieve the dreams in

life. This study have done to identify the motivation of students Form 4 in building

their understanding of mathematics through Model Motivation ARCS which are

Attention (Perhatian), Relevance (Perkaitan), Confidence (Keyakinan) dan

Satisfication (Kepuasan). All this have integrated in the sections of Pelajari

Matematik and Permainan in Dunia Matematik web magazine. Dunia Matematik

web Magazine had been developed more than three years old as the platform to help

students to achieve mathematics learning process. In Dunia Matematik web

magazine, students are exposed to the concept of mathematics beyond the classroom

through the articles and activities. 37 students have selected from one of secondary

school in area Johor were chosen as the sample in this research. The instrument of

this research is questionnaire. Statistic descriptive which are frequencies,

percentages and mean have used in this study. The results shows that the section

Pelajari Matematik and Permainan gives motivation with aspect Attention

(Perhatian), Relevance (Perkaitan), Confidence (Keyakinan) dan Satisfication

(Kepuasan) in learning Mathematics. Motivation aspect Relevance (Relevan)

shows the highest motivation that influence learning mathematics among students

through the section Pelajari Matematik. While for section Permainan gives highest

motivation in aspect Attention (Perhatian) to the learning mathematics among

students. There are some of implication from this study. Firstly, crew Majalah Web

Dunia Matematik need to make sure that the topic in the section Pelajari Matematik

and Permainan must be relating with the students knowledge. Besides that, teachers

need to use Majalah Web Dunia Matematik as a tool in teaching and learning in

classroom. This is way to shows students the relating of subjects mathematics with

real life. Last but not least, students must be contribute in active through the learning

using Majalah Web Dunia Mathematik because it can initiate the motivation aspect

ARCS in learning mathematics.

Page 9: PENGARUH RUANGAN PELAJARI MATEMATIK DAN … · 2.2 Motivasi pelajar terhadap Matematik 18 2.3 Hubungan antara motivasi pelajar 20 dengan pencapaian dalam Matematik 2.4 Hubungan antara

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

KELULUSAN PENYELIA

JUDUL i

PERAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

SENARAI SINGKATAN xvi

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kerangka Teori Kajian 9

1.7 Skop Kajian 11

1.8 Batasan Kajian 12

1.9 Kepentingan Kajian 12

1.9.1 Krew Majalah Web Dunia Matematik 12

1.9.2 Pelajar 13

Page 10: PENGARUH RUANGAN PELAJARI MATEMATIK DAN … · 2.2 Motivasi pelajar terhadap Matematik 18 2.3 Hubungan antara motivasi pelajar 20 dengan pencapaian dalam Matematik 2.4 Hubungan antara

viii

1.9.3 Guru 13

1.9.4 Ibubapa dan masyarakat 14

1.10 Definisi Istilah 14

1.10.1 E-pembelajaran 14

1.10.2 Majalah Web Dunia Matematik 14

1.10.3 Pengaruh 15

1.10.4 Motivasi 15

1.10.5 Pembelajaran Matematik 15

1.10.6 Ruangan Pelajari Matematik 16

1.10.7 Ruangan Permainan 16

1.11 Penutup 16

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 17

2.2 Motivasi pelajar terhadap Matematik 18

2.3 Hubungan antara motivasi pelajar 20

dengan pencapaian dalam Matematik

2.4 Hubungan antara perubahan motivasi 22

terhadap Matematik dengan kepelbagaian

pendekatan pembelajaran berasakan komputer

2.5 Hubungan permainan dalam Matematik 25

terhadap motivasi pelajar

2.6 Penutup 26

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 27

3.2 Reka bentuk Kajian 27

3.3 Sampel kajian 28

3.4 Instrumen Kajian 28

3.4.1 Borang soal Selidik 28

3.4.2 Data Sokongan 36

Page 11: PENGARUH RUANGAN PELAJARI MATEMATIK DAN … · 2.2 Motivasi pelajar terhadap Matematik 18 2.3 Hubungan antara motivasi pelajar 20 dengan pencapaian dalam Matematik 2.4 Hubungan antara

ix

3.5 Prosedur Kajian 36

3.6 Kajian Rintis 37

3.7 Kaedah Analisis Data 38

3.8 Penutup 39

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 40

4.2 Analisis Data Kuantitatif 41

4.2.1 Bahagian A 41

4.2.1.1 Taburan responden mengikut jantina 41

4.2.1.2 Taburan responden mengikut 42

keputusan subjek matematik

pertengahan tahun

4.2.2 Bahagian B 43

4.2.2.1 Analisis Persoalan Kajian 1 45

4.2.2.2 Analisis Persoalan Kajian 2 49

4.2.2.3 Analisis Persoalan Kajian 3 54

4.2.2.4 Analisis Persoalan Kajian 4 59

4.2.3 Analisis Purata Min setiap aspek 65

Dalam Model Motivasi ARCS

4.3 Analisis Data Sokongan 67

4.3.1 Data Kualitatif 67

4.3.2 Kuiz Online 70

4.4 Penutup 71

5 PERBINCANGAN, CADANGAN, IMPLIKASI

DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 72

5.2 Perbincangan 72

5.2.1 Ruangan Pelajari Matematik 73

5.2.1.1 Motivasi aspek Perhatian 74

Page 12: PENGARUH RUANGAN PELAJARI MATEMATIK DAN … · 2.2 Motivasi pelajar terhadap Matematik 18 2.3 Hubungan antara motivasi pelajar 20 dengan pencapaian dalam Matematik 2.4 Hubungan antara

x

5.2.1.2 Motivasi aspek Relevan 76

5.2.1.3 Motivasi aspek Keyakinan 77

5.2.1.4 Motivasi aspek Kepuasan 79

5.2.2 Ruangan Permainan 80

5.2.2.1 Motivasi aspek Perhatian 81

5.2.2.2 Motivasi aspek Relevan 82

5.2.2.3 Motivasi aspek Keyakinan 83

5.2.2.4 Motivasi aspek Kepuasan 84

5.3 Masalah sewaktu kajian dan cadangan 85

penambahbaikkan

5.4 Implikasi Kajian 87

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 88

5.6 Kesimpulan 89

RUJUKAN 91

LAMPIRAN

Page 13: PENGARUH RUANGAN PELAJARI MATEMATIK DAN … · 2.2 Motivasi pelajar terhadap Matematik 18 2.3 Hubungan antara motivasi pelajar 20 dengan pencapaian dalam Matematik 2.4 Hubungan antara

xi

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK M MUKA SURAT

1.1

Model Motivasi ARCS

9

3.1 Strategi Pembinaan Item-item Bahagian A 29

3.2 Pembahagian item-item berdasarkan Model

Motivasi ARCS

30

3.3 Skala Likert 32

3.4 Model ARCS yang dirujuk bagi membangunkan

ruangan Pelajari Matematik majalah web Dunia

Matematik Edisi Ogos 2010

36 32

3.5 Model ARCS yang dirujuk bagi membangunkan

ruangan Permainan majalah web Dunia Matematik

Edisi Ogos 2010

34

3.6 Jadual indeks kebolehpercayaan item 38

3.7 Petunjuk Min untuk mengukur tahap penilaian

responden

39

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 42

4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratus Bagi Keputusan

Peperiksaan Subjek Matematik Pertengahan Tahun

42

4.3 Taburan kekerapan dan min bagi pendapat

responden mengenai motivasi dari aspek Attention

(perhatian) terhadap ruangan Pelajari Matematik

Majalah Web Dunia Matematik.

44

Page 14: PENGARUH RUANGAN PELAJARI MATEMATIK DAN … · 2.2 Motivasi pelajar terhadap Matematik 18 2.3 Hubungan antara motivasi pelajar 20 dengan pencapaian dalam Matematik 2.4 Hubungan antara

xii

4.4 Taburan kekerapan dan min bagi pendapat

responden mengenai motivasi dari aspek Attention

(perhatian) terhadap ruangan Permainan Majalah

Web Dunia Matematik.

47

4.5 Taburan kekerapan dan min bagi pendapat

responden mengenai motivasi dari aspek Relevance

(perkaitan) terhadap ruangan Pelajari Matematik

Majalah Web Dunia Matematik.

50

4.6 Taburan kekerapan dan min bagi pendapat

responden mengenai motivasi dari aspek Relevance

(perkaitan) terhadap ruangan Permainan Majalah

Web Dunia Matematik.

53

4.7 Taburan kekerapan dan min bagi pendapat

responden mengenai motivasi dari aspek

Confidence (keyakinan) terhadap ruangan Pelajari

Matematik Majalah Web Dunia Matematik.

56

4.8 Taburan kekerapan dan min bagi pendapat

responden mengenai motivasi dari aspek

Confidence (keyakinan) terhadap ruangan

Permainan Majalah Web Dunia Matematik.

57

4.9 Taburan kekerapan dan min bagi pendapat

responden mengenai motivasi dari aspek

Satisfication (kepuasan) terhadap ruangan Pelajari

Matematik Majalah Web Dunia Matematik.

60

4.10 Taburan kekerapan dan min bagi pendapat

responden mengenai motivasi dari aspek

Satisfication (kepuasan) terhadap ruangan

Permainan Majalah Web Dunia Matematik.

63

Page 15: PENGARUH RUANGAN PELAJARI MATEMATIK DAN … · 2.2 Motivasi pelajar terhadap Matematik 18 2.3 Hubungan antara motivasi pelajar 20 dengan pencapaian dalam Matematik 2.4 Hubungan antara

xiii

4.11 Taburan Purata Min Motivasi ARCS terhadap

ruangan Pelajari Matematik Majalah Web Dunia

Matematik

65

4.12 Taburan Purata Min Motivasi ARCS terhadap

ruangan Permainan Majalah Web Dunia Matematik

66

4.13 Komen Responden terhadap ruangan Pelajari

Matematik Majalah Web Dunia Matematik Edisi

Ogos 2010

68

4.14 Komen Responden terhadap ruangan Permainan

Majalah Web Dunia Matematik Edisi Ogos 2010

69

Page 16: PENGARUH RUANGAN PELAJARI MATEMATIK DAN … · 2.2 Motivasi pelajar terhadap Matematik 18 2.3 Hubungan antara motivasi pelajar 20 dengan pencapaian dalam Matematik 2.4 Hubungan antara

xiv

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK M MUKA SURAT

1.1

Kerangka teori projek kajian pengaruh ruangan

‘Pelajari Matematik’ dan ‘Permainan’ dalam

majalah web Dunia Matematik

10

3.1 Carta alir prosedur kajian 36

4.1 Taburan Purata Min bagi setiap aspek Motivasi

ARCS terhadap ruangan Pelajari Matematik

65

4.2 Taburan Purata Min bagi setiap aspek Motivasi

ARCS terhadap ruangan Permainan

66

4.3 Markah Kuiz Online 71

Page 17: PENGARUH RUANGAN PELAJARI MATEMATIK DAN … · 2.2 Motivasi pelajar terhadap Matematik 18 2.3 Hubungan antara motivasi pelajar 20 dengan pencapaian dalam Matematik 2.4 Hubungan antara

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Soal Selidik

B Data untuk Ruangan Pelajari Matematik Web Dunia

Matematik

C Data untuk Ruangan Permainan Majalah Web Dunia

Matematik

D Jadual Purata Min Skor Komponen ARCS bagi ruangan

Pelajari Matematik

E Jadual Purata Min Skor Komponen ARCS bagi ruangan

Permainan

F Ruangan Pelajari Matematik Edisi Ogos 2010 Majalah Web

Dunia Matematik

G Ruangan Permainan Edisi Ogos 2010 Majalah Web Dunia

Matematik

H Surat Kebenaran Menjalankan Kajian dari KPM

I Surat Kebenaran Pengesahan Fakulti Pendidikan UTM

J Surat Kebenaran Penyelidikkan Jabatan Pelajaran Johor

Page 18: PENGARUH RUANGAN PELAJARI MATEMATIK DAN … · 2.2 Motivasi pelajar terhadap Matematik 18 2.3 Hubungan antara motivasi pelajar 20 dengan pencapaian dalam Matematik 2.4 Hubungan antara

xvi

SENARAI SINGKATAN

ICT - Information and communication technologies

TIMSS - Trends in International Mathematics and Science Study

PISA - Programme for International Student Assessment

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

SPSS - Statistical Package for the Social Science

ARCS - Motivasi aspek Perhatian (Attention), Relevan (Relevance),

Keyakinan (Confidence) dan Keyakinan (Satisfication)

Page 19: PENGARUH RUANGAN PELAJARI MATEMATIK DAN … · 2.2 Motivasi pelajar terhadap Matematik 18 2.3 Hubungan antara motivasi pelajar 20 dengan pencapaian dalam Matematik 2.4 Hubungan antara

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sistem pendidikan memainkan peranan yang penting dalam usaha

membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berkeperibadian

mulia, berketerampilan, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi

keperluan negara maju 2020. Jesteru itu, didalam buku Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan ada dinyatakan, tugas Kementerian Pendidikan adalah untuk menyediakan

generasi muda Malaysia dengan seluas-luasnya peluang bagi memperkembangkan

potensi diri dengan melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan membentuk ciri-

ciri keperibadian dan perspektif hidup yang membolehkan mereka berjaya dalam

kehidupan dan mampu memajukan lagi negara di mata dunia.

Melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan, jelas menunujukkan kita bukan sahaja

mahu melahirkan individu yang cemerlang dari segi intelek, tetapi juga cemerlang dari

segi pembentukkan sahsiah diri. Untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi

jasmani, emosi, rohani, jasmani dan sosial, seseorang itu haruslah sentiasa mempunyai

motivasi diri yang positif.

Mengikut Model Dun dan Dun, motivasi boleh dibahagikan kepada dua

bahagian iaitu motivasi intrinsik (dalaman) dan motivasi ekstrinsik (luaran). Motivasi

Page 20: PENGARUH RUANGAN PELAJARI MATEMATIK DAN … · 2.2 Motivasi pelajar terhadap Matematik 18 2.3 Hubungan antara motivasi pelajar 20 dengan pencapaian dalam Matematik 2.4 Hubungan antara

2

intrinsik diwujudkan secara semula jadi daripada rangsangan dalaman yang terdiri

daripada dorongan dan minat individu bagi melakukan aktiviti tanpa mengharap

ataupun meminta ganjaran (Ee Ah Meng, 2003). Bruner (2004) mengaitkan motivasi

instrinsik ini dengan naluri ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan bagi pelajar

yang baru masuk sekolah.

Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi motivasi instrinsik pelajar dalam

proses pembelajaran mereka, iaitu persepsi kebolehan, persepsi kawalan, dan perasaan

dalam pembelajaran. Persepsi terhadap kebolehan diri mempengaruhi bagaimana

individu itu rasa berkenaan dirinya (Baharom dan Iliyas, 2009). Ini bermaksud,

sekiranya seseorang pelajar itu mempunyai pencapaian yang tinggi, besar kemungkinan

pelajar itu menilai dirinya sebagai berkebolehan. Menurut Burzi (2004), sebab-sebab

kejayaan dan kegagalan pelajar adalah bergantung pada persepsi kawalan. Kajian yang

dijalankan Weiner (1984) menunujukkan kejayaan dan kegagalan pelajar di sekolah

disebabkan oleh punca-punca dalaman yang dapat dikawal seperti usaha sendiri.

Perasaan dalam pembelajaran, merangkumi sikap, nilai, minat dan pilihan yang

ditujukan oleh individu pada sesuatu mata pelajaran (Baharom dan Iliyas, 2009).

Jadinya, dapat disimpulkan perasaan pelajar pada sesuatu matapelajaran akan

mempengaruhi pencapaianya dan pencapaian ini akan mempengaruhi motivasinya.

Manakala motivasi ekstrinsik pula adalah jenis motivasi yang timbul sebagai

akibat pengaruh dari luar individu seperti adanya ajakan, suruhan, pujukan atau paksaan

dari orang lain sehingga menyebabkan individu tersebut mahu melakukan sesuatu

tindakan. Contoh yang terdekat bagi setiap manusia adalah belajar. Jika motivasi

intrinsik seseorang dalam keadaan yang lemah, maka motivasi ekstrinsik perlu

diberikan kerana perasaan kurang rasa ingin tahunya akan dapat diatasi. Motivasi jenis

ekstrinsik ini diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan

orang bagi melakukan aktiviti yang membawa manfaat atau faedah kepadanya

(Baharom dan Iliyas, 2009).

Page 21: PENGARUH RUANGAN PELAJARI MATEMATIK DAN … · 2.2 Motivasi pelajar terhadap Matematik 18 2.3 Hubungan antara motivasi pelajar 20 dengan pencapaian dalam Matematik 2.4 Hubungan antara

3

Motivasi dalam diri boleh dipupuk melalui proses pembelajaran. Melalui proses

pembelajaran, seseorang dapat memahami sesuatu konsep yang baru, dan atau

mengalami perubahan tingkah laku, sikap, dan ketrampilan. Seperti juga yang

dikemukakan oleh Ahmadi dan Supriono (1991) bahawa belajar adalah suatu proses

usaha yang dilakukan individu untuk memperoleh suatu perubahan tingkah laku yang

baru secara keseluruhan sebagai hasil pengalaman individu itu sendiri dalam

berinteraksi dengan lingkungannya.

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi berlaku dengan sangat

pantas pada masa kini. Komputer yang telah dihubungkan dengan jaringan internet

membolehkan maklumat dapat diperoleh dengan cepat. Inovasi dalam teknologi

maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat kepada pelbagai lapisan masyarakat

(Nik Azis,1996). Ini secara tidak langsung, akan melahirkan masyarakat yang berilmu

dan berdaya maju.

Arus perubahan ICT (Information and communication technologies) yang

berlaku dalam dunia ini, menjadikan sistem pendidikan di Malaysia tidak terkecuali dari

merasainya. Seperti kata Jamalludin dan Zaidatun (2003), perkembangan pesat dalam

teknologi multimedia dan juga teknologi internet sedikit sebanyak telah berjaya

membawa nafas baru dalam dunia pendidikan dengan mengenengahkan pengajaran dan

pembelajaran berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi.

Pembelajaran yang menyeronokkan adalah pembelajaran yang berkesan. Jesteru

itu, E-pembelajaran telah diperkenalkan dalam dunia pendidikan kerana ianya selari

dengan keghairahan pelajar dalam penggunaan ICT. Melalui analisis beberapa kajian

mengenai kesan teknologi terhadap pelajar, didapati pelajar yang menggunakan

teknologi dalam pembelajaran adalah sederhana, tetapi memberikan kesan yang positif

dalam memahami pelajaran berbanding mereka yang belajar tanpa menggunakan

teknologi (Kadek, 2005 dan Waxman, 2002).

Page 22: PENGARUH RUANGAN PELAJARI MATEMATIK DAN … · 2.2 Motivasi pelajar terhadap Matematik 18 2.3 Hubungan antara motivasi pelajar 20 dengan pencapaian dalam Matematik 2.4 Hubungan antara

4

Melihat kepada banyaknya keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran

berasaskan web atau E-pempelajaran, pelbagai pihak sama ada individu, agensi kerajaan

ataupun swasta telah banyak membina laman web berbentuk pendidikan untuk

memudahkan pelajar-pelajar mengikuti pembelajaran secara atas talian. Kjeldsen,

Krogsdal dan Gomme (2003) menggambarkan pembelajaran berasakan Web sebagai

apa-apa pembelajaran yang menggunakan asas web atau komunikasi melalui internet.

Sankaran dan Bui (2001), dalam kajian mereka menemui bahawa motivasi berkait rapat

dengan pencapaian dalam pembelajaran berasakan web. Disebabkan itu, Majalah Web

Dunia Matematik telah dibangunkan sebagai salah satu kaedah atau pendekatan proses

pembelajaran matematik yang memberi peluang kepada pelajar meneroka matematik

dengan lebih meluas.

1.2 Latar Belakang Masalah

Matematik didefinisikan sebagai pembelajaran atau kajian mengenai kuantiti,

corak struktur, perubahan dan ruang, atau dalam erti kata lain kajian mengenai nombor

dan gambar rajah (Wikipedia). Daripada definisi matematik tersebut, jelas menunjukkan

matematik merupakan subjek sains yang sangat berkait rapat dengan kehidupan

seharian kita. Setiap hari kita akan mengalami persekitaran dan pengalaman matematik.

Malangnya, kebanyakkan pelajar pada masa sekarang tidak ramai yang

berminat untuk mempelajari subjek matematik. Alasan mereka, matematik adalah

subjek yang susah. Janata (2005) dalam penulisannya mengatakan, jika kita tahu

bagaimana matematik itu dibentuk dengan sendirinya, kita akan jatuh cinta dengan

matematik. Kepuasan dalam pembelajaran matematik dapat dirasakan jika kita

memperolehi jawapan bagi setiap persoalan matematik.

Page 23: PENGARUH RUANGAN PELAJARI MATEMATIK DAN … · 2.2 Motivasi pelajar terhadap Matematik 18 2.3 Hubungan antara motivasi pelajar 20 dengan pencapaian dalam Matematik 2.4 Hubungan antara

5

Kurangnya kemahiran dalam bidang matematik menjadi salah satu faktor

penyebab pelajar lemah dalam mata pelajaran sains (Tamby Subahan dan Rushdi,

1986). Ini membuktikan, pihak sekolah perlu memberi perhatian yang lebih terhadap

permasalahan pelajar yang tidak minat akan subjek matematik. Jika tidak, ini akan

mempengaruhi pencapaian pelajar dalam akademik mereka. Hal ini kerana hubungan

antara sikap terhadap subjek matematik mempengaruhi pencapaian terhadap subjek

matematik (Hamzah Muhammad, 1994).

Kebanyakkan pelajar mempunyai sikap yang negatif terhadap matematik adalah

berpunca dari cara matematik itu sendiri disampaikan. Keindahan matematik tidak

dapat diterokai pelajar jika penyampaiannya tidak menyeronokkan. Gaya pengajaran

dan pembelajaran di sekolah yang berpusatkan peperiksaan (exam oriented) menjadikan

proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas membosankan.

Selain itu, isi pelajaran yang tidak mendorong pelajar menyelidik dan meneroka

merupakan salah satu penyebab tidak membantu pelajar memperoleh aras motivasi yang

lebih tinggi bagi meneruskan aktiviti pembelajaran. Sekiranya ini dapat diatasi, aras

motivasi yang tinggi akan menyebabkan pelajar memberi lebih perhatian ketika guru

mengajar (Baharom dan Iliyas, 2009).

Tambahan lagi, teknik pengajaran guru setiap hari kadangkala tidak berubah,

menyebabkan pelajar yang lemah akan terus hilang minat untuk mempelajari subjek ini

(Sharif, 2001). Donna Walker Tilston dalam bukunya yang bertajuk ‘What Every

Teacher Should Know About Student Motivation’, ada menerangkan, antara faktor yang

menyebabkan pelajar kurang berprestasi adalah disebabkan oleh pengajaran guru yang

kurang menarik perhatian pelajar. Beliau menyatakan pengajaran guru yang kurang

menarik perhatian pelajar menyebabkan kesukaran pelajar menerima pegajaran yang

disampaikan guru.

Page 24: PENGARUH RUANGAN PELAJARI MATEMATIK DAN … · 2.2 Motivasi pelajar terhadap Matematik 18 2.3 Hubungan antara motivasi pelajar 20 dengan pencapaian dalam Matematik 2.4 Hubungan antara

6

Menurut Sobel (1988), Kreativiti guru dan motivasi pelajar adalah elemen

penting dalam menentukan keseronokkan dan kejayaan dalam pembelajaran matematik.

Oleh itu, Guru perlu bijak dalam menentukan bahan atau sumber yang dapat

memberikan keseronokan dan kejayaan pelajar dalam subjek matematik. Janata (2005)

sekali lagi dalam penulisan beliau mengenai ‘Matematik ; satu matapelajaran yang

sukar’ mengatakan, bagi para guru, penyampaian pengajaran matematik hendaklah

disulami dengan penggunaan teknologi sejajar dengan perkembangan arus pemikiran

para pelajar kearah zaman maklumat ICT (Information and communication

technologies). Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru dapat menarik minat

pelajar ke arah idea dengan menjadikan pelajar sentiasa peka kepada bunyi,

penglihatan, sentuhan dan sebagainya (Kamaruddin, 1993).

E-pembelajaran dan Majalah Web merupakan contoh talian yang

mengaplikasikan ICT. Dengan adanya audio, grafik, gambar, video dan sebagainya

dalam E-pembelajaran atau Majalah Web, telah memberikan satu inovasi dalam sistem

pendidikan. Persembahan matematik dengan menggunakan multimedia dapat

membantu pelajar untuk berfikir, menganalisis, meningkatkan perasaan ingin tahu,

belajar untuk membuat penerangan dan pembentangan (Martha, 2004).

Menurut Azman (2002), sikap seseorang pelajar terhadap sesuatu pelajaran

dipengaruhi oleh minat. Jika seseorang pelajar mempunyai minat yang mendalam

terhadap sesuatu matapelajaran, ianya akan mendorong pelajar tersebut untuk berusaha

dengan lebih gigih untuk mencapai hasratnya. Jesteru itu, minat seseorang boleh

dimotivasikan dengan memberi nasihat atau cuba merangsangkan kaedah pengajaran

untuk menarik perhatian pelajar.

Kaedah pengajaran yang dapat menarik perhatian pelajar pada masa sekarang

adalah pembelajaran berasaskan web, sama ada melalui E-pembelajaran atau Majalah

Web. Motivasi yang diharapkan wujud hasil daripada menggunakan E-pembelajaran

Page 25: PENGARUH RUANGAN PELAJARI MATEMATIK DAN … · 2.2 Motivasi pelajar terhadap Matematik 18 2.3 Hubungan antara motivasi pelajar 20 dengan pencapaian dalam Matematik 2.4 Hubungan antara

7

atau Majalah Web, dapat membantu pelajar untuk meminati subjek matematik dan

seterusnya berjaya dengan cemerlang dalam bidang sains mahupun matematik.

1.3 Pernyataan Masalah

Memandangkan ramai pelajar kurang bermotivasi terhadap matematik,

menjadikan penguasaan matematik mereka menjadi lemah. Sistem pendidikan di negara

kita telah memanfaatkan sebaik-baiknya kemajuan dalam bidang teknologi maklumat

dan internet sebagai salah satu usaha untuk memotivasikan pelajar terhadap

pembelajaran matematik melalui kepelbagaian aktiviti menggunakan multimedia.

Majalah Web Dunia Matematik merupakan salah satu usaha tempatan bagi

membuka minda pelajar mengenai keindahan dalam matematik. Majalah Web yang

telah dibangunkan lebih dari tiga tahun ini, mengandungi 13 ruangan dimana Model

Motivasi ARCS telah diterapkan dalam pembangunan setiap ruangan Majalah Web

Dunia Matematik tersebut. Model motivasi ini digunakan bertujuan memotivasikan

pembaca tehadap pembelajaran matematik. Dunia Matematik memaparkan matematik

menjangkau bilik darjah dalam menyajikan pelbagai maklumat dan aktiviti matematik

dalam setiap ruangan. Ini bersesuaian dengan matlamat Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM), yang mana pembelajaran matematik hendaklah melahirkan pelajar

yang dapat menghargai kepentingan matematik dan keindahan matematik.

Sebelum ini, kajian keatas Majalah Web Dunia Matematik pernah dijalankan

oleh Norulhuda (2010) kepada pelajar bagi mengetahui perubahan sikap terhadap

matematik setelah mengalami pengalaman matematik melalui Majalah Web. Hasil

kajian beliau menunjukkan keputusan yang positif diterima apabila pelajar mengakui

Majalah Web dapat menambah baik kepercayaan mereka tentang matematik, emosi

terhadap matematik dan sikap mereka terhadap matematik.

Page 26: PENGARUH RUANGAN PELAJARI MATEMATIK DAN … · 2.2 Motivasi pelajar terhadap Matematik 18 2.3 Hubungan antara motivasi pelajar 20 dengan pencapaian dalam Matematik 2.4 Hubungan antara

8

Bagaimanapun, kajian Norulhuda tidak dapat menggambarkan pengaruh setiap

ruangan dalam Majalah Web Dunia Matematik terhadap motivasi pelajar terhadap

pembelajaran matematik. Oleh sebab itu, kajian keatas setiap ruangan dalam Majalah

Web Dunia Matematik khususnya ruangan Pelajari Matematik dan Permainan perlu

dijalankan untuk mengetahui motivasi pelajar dari aspek ARCS terhadap pembelajaran

matematik.

1.4 Objektif Kajian

Majalah Web Dunia matematik telah dibangunkan berdasarkan Model Motivasi

ARCS yang merangkumi aspek Perhatian (Attention), Relevan (Relevance), Keyakinan

(Confidence) dan Kepuasan (Satisfication). Objektif kajian ini ialah untuk menentukan

dua ruangan Majalah Web Dunia Matematik iaitu Pelajari Matematik dan Permainan ke

atas empat aspek motivasi dalam pembelajaran matematik di kalangan pelajar

Tingkatan Empat.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini bertujuan mengenalpasti pengaruh ruangan Pelajari Matematik dan

ruangan Permainan Majalah Web Dunia Matematik terhadap motivasi pelajar dari aspek

Perhatian (Attention), Relevan (Relevance), Keyakinan (Confidence) dan Kepuasan

(Satisfication). Empat persoalan yang timbul ialah:

i. Adakah ruangan Pelajari Matematik dan Permainan Majalah Web Dunia

Matematik, mempengaruhi motivasi pelajar terhadap matematik dari aspek

Perhatian (Attention) ?

Page 27: PENGARUH RUANGAN PELAJARI MATEMATIK DAN … · 2.2 Motivasi pelajar terhadap Matematik 18 2.3 Hubungan antara motivasi pelajar 20 dengan pencapaian dalam Matematik 2.4 Hubungan antara

9

ii. Adakah ruangan Pelajari Matematik dan Permainan Majalah Web Dunia

Matematik, mempengaruhi motivasi pelajar terhadap matematik dari aspek

Relevan (Relevance)?

iii. Adakah ruangan Pelajari Matematik dan Permainan Majalah Web Dunia

Matematik, mempengaruhi motivasi pelajar terhadap matematik dari aspek

Keyakinan (Confidence)?

iv. Adakah ruangan Pelajari Matematik dan Permainan dalam Majalah Web Dunia

Matematik mempengaruhi motivasi pelajar terhadap matematik dari aspek

Kepuasan (Satisfication)?