upm pupuk minat pelajar ceburi kerjaya dalam teknologi dan...

2
UTAMA | FAKTA & ANGKA | DIREKTORI KAKITANGAN | LOKASI | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | HUBUNGI KAMI . CARI . Khamis, Januari 12, 2017 | A- | A | A+| EN | RU | AR BERITA » UPM pupuk minat pelajar ceburi kerjaya dalam teknologi dan kejuruteraan Oleh: Dr. Mohd Faisal Abdul Hamid KUANTAN Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM), menganjurkan program kerjaya teknologi dan kejuruteraan untuk membangkit dan memupuk minat pelajar SMK Seri Mahkota Kuantan, Pahang, dalam bidang sains roket. Timbalan Pengarah Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (CoSComm) UPM, Prof. Madya Ir. Dr. Abd. Rahim Abu Talib berkata, program itu adalah sebahagian daripada inisiatif pendidikan PUTRA Bakti di mana pakar dari UPM berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka dengan masyarakat. Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa UPM sekali lagi bekerjasama dengan syarikat aeroangkasa, keselamatan dan pertahanan global, BAE Systems dan MiGHT-Meteor Advanced Manufacturing (MMAM), dalam menggalakkan pelajar sekolah untuk mengetahui secara lebih mendalam mengenai kerjaya berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik,katanya. Naib Presiden BAE Systems Asean, Nick Glover pula berkata BAE Systems dan rakan kongsi tempatannya mengambil beribu-ribu tenaga muda sebagai pekerja dalam bidang menarik sains dan teknologi di seluruh dunia, termasuk Malaysia dalam menyokong program outreachsekolah seumpama itu. Kami mahu memberi motivasi dan menggalak generasi muda Malaysia untuk memupuk dan mengembangkan minat dalam sains dan kejuruteraan, dengan harapan dapat memacu minat pelajar-pelajar untuk menjadikan bidang yang menarik ini sebagai kerjaya,katanya. Program outreachsekolah itu dirasmikan oleh Komander Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan, Brigadier-Jeneral DatoYazid Arshad. Program outreachitu yang dilancarkan di Bintulu pada 2012 sebelum diteruskan di Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) pada 2013 dan 2015, adalah kali keempat diadakan bertujuan membantu pelajar untuk memahami peluang dan pilihan kerjaya yang boleh mereka ceburi dengan membawa sains dan teknologi ke dalam kehidupan melalui aktiviti hands-onyang menyeronokan. Aktiviti tahun ini membabitkan water-propelled rocket. MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN ANTARABANGSA KEHIDUPAN KAMPUS PERKHIDMATAN Page 1 of 2 Universiti Putra Malaysia 12/1/2017 http://www.upm.edu.my/berita/details/sainsroketbm

Upload: others

Post on 19-Mar-2021

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UPM pupuk minat pelajar ceburi kerjaya dalam teknologi dan …psasir.upm.edu.my/id/eprint/50363/1/UPM pupuk minat... · 2017. 1. 17. · UPM pupuk minat pelajar ceburi kerjaya dalam

UTAMA | FAKTA & ANGKA | DIREKTORI KAKITANGAN | LOKASI | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | HUBUNGI KAMI

.CARI .

Khamis, Januari 12, 2017

| A- | A | A+| EN | RU | AR

BERITA »

UPM pupuk minat pelajar ceburi kerjaya dalam teknologi dan kejuruteraan

Oleh: Dr. Mohd Faisal Abdul Hamid

KUANTAN – Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM), menganjurkan program kerjaya teknologi dan kejuruteraan untuk membangkit dan memupuk minat pelajar SMK Seri Mahkota Kuantan, Pahang, dalam bidang sains roket.

Timbalan Pengarah Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (CoSComm) UPM, Prof. Madya Ir. Dr. Abd. Rahim Abu Talib berkata, program itu adalah sebahagian daripada inisiatif pendidikan PUTRA Bakti di mana pakar dari UPM berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka dengan masyarakat.

“Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa UPM sekali lagi bekerjasama dengan syarikat aeroangkasa, keselamatan dan pertahanan global, BAE Systems dan MiGHT-Meteor Advanced Manufacturing (MMAM), dalam menggalakkan pelajar sekolah untuk mengetahui secara lebih mendalam mengenai kerjaya berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik,” katanya.

Naib Presiden BAE Systems Asean, Nick Glover pula berkata BAE Systems dan rakan kongsi tempatannya mengambil beribu-ribu tenaga muda sebagai pekerja dalam bidang menarik sains dan teknologi di seluruh dunia, termasuk Malaysia dalam menyokong program ‘outreach’ sekolah seumpama itu.

“Kami mahu memberi motivasi dan menggalak generasi muda Malaysia untuk memupuk dan mengembangkan minat dalam sains dan kejuruteraan, dengan harapan dapat memacu minat pelajar-pelajar untuk menjadikan bidang yang menarik ini sebagai kerjaya,” katanya.

Program ‘outreach’ sekolah itu dirasmikan oleh Komander Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan, Brigadier-Jeneral Dato’ Yazid Arshad.

Program ‘outreach’ itu yang dilancarkan di Bintulu pada 2012 sebelum diteruskan di Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) pada 2013 dan 2015, adalah kali keempat diadakan bertujuan membantu pelajar untuk memahami peluang dan pilihan kerjaya yang boleh mereka ceburi dengan membawa sains dan teknologi ke dalam kehidupan melalui aktiviti ‘hands-on’ yang menyeronokan. Aktiviti tahun ini membabitkan ‘water-propelled rocket’.

MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN ANTARABANGSA KEHIDUPAN KAMPUS PERKHIDMATAN

Page 1 of 2Universiti Putra Malaysia

12/1/2017http://www.upm.edu.my/berita/details/sainsroketbm

Page 2: UPM pupuk minat pelajar ceburi kerjaya dalam teknologi dan …psasir.upm.edu.my/id/eprint/50363/1/UPM pupuk minat... · 2017. 1. 17. · UPM pupuk minat pelajar ceburi kerjaya dalam

Pelajar tingkatan empat SMK Seri Mahkota, Chen De Shen berkata beliau teruja mengenai peluang dalam aeroangkasa selepas mengambil bahagian dalam program itu.

“Saya memang tertarik dengan penerbangan. Cabaran ‘water rocket’ hari ini mendedahkan saya kepada sains yang ada di sebaliknya. Saya berminat dalam kerjaya di bidang kejuruteraan,” katanya.

Acara itu dilangsungkan dengan jayanya dengan bantuan pensyarah kanan Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM - Dr. Mohd. Yazdi Harmin, Dr. Ahmad Salahuddin Ahmad Harithuddin, Dr. Fairuz Izzuddin Romli dan Dr Mohd Faisal Abdul Hamid. – UPM

RSS | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | Bantuan| Jumlah Pelawat : @2013 Universiti Putra MalaysiaPaparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 800 x 600 dan 1024 x 768 (S1) Kemaskini Terakhir : 12 Jan 2017

Page 2 of 2Universiti Putra Malaysia

12/1/2017http://www.upm.edu.my/berita/details/sainsroketbm