sidang pengarang - ihm.moh.gov.my tahunan 2009.pdf · pegawai kkm dan anggota lain dalam sistem...

43

Upload: nguyenminh

Post on 09-Mar-2019

265 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SIDANG PENGARANG

Penasihat

Dr. Roslan Johari Dato Mohd Ghazali

Ketua Pengarang

Dr. Mohd Azahadi Omar

Pengarang

Siti Zubaidah Ahmad

Yazlinda Abdul Latip

Norzieana Mat Isa

Siti Salwa Hasbullah

KATA-KATA ALUAN PENGARAH

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana

dengan izin dan limpah kurniaNya Laporan Tahunan Institut Pengurusan Kesihatan (IPK) 2009

ini berjaya diterbitkan. Institusi ini telah melaksanakan pelbagai program dan aktiviti sepanjang

tahun 2009 melibatkan kakitangan IPK dan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Institut Pengurusan Kesihatan akan terus berusaha untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam

bidang pengurusan kesihatan melalui latihan, khidmat runding cara dan penyelidikan yang

dijalankan.

Saya berharap agar kejayaan yang telah dicapai oleh Institusi ini dalam melaksanakan semua

program dan aktiviti pada tahun 2009 akan dapat terus dipertingkatkan pada masa hadapan

dengan sokongan dan komitmen yang tinggi dari semua kakitangan.

Sekian, terima kasih.

DR. ROSLAN JOHARI B. DATO’ MOHD GHAZALI

PENGARAH

INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN

1. PENDAHULUAN

Penubuhan Institut Pengurusan Kesihatan (IPK) telah diilhamkan semasa Rancangan Malaysia

Keenam (1991-1995) dengan pembinaan bangunannya telah bermula pada bulan Ogos 1997

dan telah siap sepenuhnya pada tahun 2000. Institut ini telah dirasmikan oleh Menteri

Kesihatan Malaysia, YB Dato‟ Chua Jui Meng pada 11 Ogos 2003. IPK merupakan salah sebuah

institusi yang bernaung di bawah National Institutes of Health (NIH) dan berfungsi sebagai

pusat penyelidikan dan latihan dalam bidang pengurusan kesihatan.

1.1 VISI IPK

Visi IPK adalah untuk menjadi „Pusat Kecemerlangan‟ di dalam bidang pengurusan

kesihatan.

1.2 MISI IPK

Bagi melahirkan pengurus kesihatan yang berketerampilan, responsif dan proaktif serta dapat

menyumbangkan kepada sebuah Sistem Kesihatan yang dapat memenuhi keperluan negara,

IPK akan:

Meneroka melalui penyelidikan dan menerapkan cara-cara yang dijadikan

panduan oleh pemimpin serta pengurusan sesebuah sistem kesihatan melalui

latihan.

Menjadi „learning organization‟ yang menggalakkan sistem pembelajaran aktif

dan berterusan.

Mengguna pakai nilai-nilai kerja yang positif terutama sifat penyayang, kerja

berpasukan dan profesionalisme.

Menjadi pusat rujukan negara dalam bidang Pengurusan Kesihatan agar sektor

kesihatan negara ini menyerlah sebagai sektor yang dipimpin dan diurus dengan

berkesan agar kualiti hidup rakyat Malaysia dapat ditingkatkan

1.3 FUNGSI UTAMA IPK

Fungsi utama IPK adalah memberi latihan, menjalankan penyelidikan dan khidmat runding cara

di dalam bidang Pengurusan Kesihatan. Selaras dengan fungsi utama ini, IPK berhasrat

melahirkan Pengurus Kesihatan yang berketerampilan, responsif dan proaktif serta dapat

menyumbangkan kepada sebuah Sistem Kesihatan yang dapat memenuhi keperluan negara.

Justeru itu, IPK berperanan untuk:

Membangunkan sistem penyelidikan yang kukuh dan berkesan dalam bidang

Pengurusan Kesihatan.

Membangunkan program latihan yang sesuai dan terkini dalam bidang Pengurusan

Kesihatan.

Membangunkan institut ke arah pengiktirafan terhadap kemampuan di dalam

penyelidikan dan latihan di bidang Pengurusan Kesihatan.

Mengukuhkan latihan anggota institut dalam aspek metodologi penyelidikan dan latihan.

Membangunkan sebuah perpustakaan rujukan yang lengkap khususnya bagi bidang

Pengurusan Kesihatan dan bidang yang berkaitan dengan Institut Kesihatan Negara.

Menjalin hubungan dan perkongsian pintar di antara individu, institusi dan organisasi

awam lain serta swasta sebagai usaha untuk meningkatkan kolaborasi.

Meningkatkan kapasiti dan keupayaan untuk memberi input, maklum balas, pandangan

dan cadangan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dalam perancangan strategik

dan penilaian rancangan kesihatan.

1.4 PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji bahawa setiap peserta yang menghadiri kursus di Institut Pengurusan Kesihatan

akan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang dipelajari. Ini boleh

diketahui melalui :

i. Skor purata pencapaian objektif kursus melebihi 5.0 (skala 1.0 hingga 7.0)

ii. Peserta lulus ujian pada sesi akhir kursus (jika berkaitan)

iii. Skor peningkatan kemahiran melebihi 5.0 selepas dua bulan tamat kursus

Setiap peserta yang menghadiri kursus akan dipastikan keselesaannya dalam aspek :

i. Penginapan

ii. Makanan

iii. Fasiliti dan Rekreasi

Kami menjamin setiap permohonan penyelidikan yang telah diluluskan akan memperolehi hasil

kajian dalam tempoh 3 bulan selepas tamat projek.

Setiap permohonan konsultansi yang telah diluluskan akan dilaksanakan dalam tempoh yang

dipersetujui. Maklumbalas daripada pelanggan akan diperoleh setelah tamat sesi konsultansi.

1.5 NILAI/BUDAYA ORGANISASI

Nilai dan budaya yang diterapkan kepada setiap warga IPK adalah :

A. Professionalisme

Warga IPK akan mengamalkan professionalism melalui komitmen yang tinggi,

bertanggungjawab, gigih, berkemahiran, bijaksana, berkemampuan, integrity, kreatif,

inovatif, berkualiti, berbudaya saing, tekun dan tabah dalam menjalankan tugas.

B. Kerja Berpasukan

Warga IPK akan bertindak sebagai satu pasukan ke arah mencapai visi, misi, objektif,

piagam pelanggan serta peningkatan keberkesanan dan imej institusi.

C. Kecemerlangan dan Keunggulan

Warga IPK akan mengutamakan kecemerlangan dan keunggulan melalui prestasi kerja

terbaik, mengutamakan pelanggan, mempelbagaikan kemahiran bagi melaksanakan

tugas dengan penuh dedikasi dan berdisiplin tinggi.

D. Berhemah dan berwibawa

Warga IPK akan mengamalkan sifat-sifat terpuji termasuk menyesuaikan diri dalam

semua keadaan, bersedia menerima kritikan dan teguran serta memelihara ketrampilan

diri serta sentiasa berbudi bahasa.

E. Berilmu Melalui Pembelajaran Berterusan

Warga IPK akan meneruskan pembelajaran melalui pelbagai cara untuk peningkatan diri

termasuk pembelajaran tidak formal dan melalui pengalaman serta menggalakkan

anggota lain untuk turut belajar.

1.6 CARTA ORGANISASI IPK

1.7 PERJAWATAN IPK

Kedudukan perjawatan IPK bagi tahun 2009 adalah sebanyak 74 jawatan.

Walaubagaimanapun sehingga 31 Disember 2009, jumlah jawatan yang diisi adalah

sebanyak 58 jawatan. Peratusan jawatan yang diisi adalah 79.0%.

Jadual 1.1 : Perjawatan IPK 2009

Kategori Bil. Jawatan Bil. Pengisian % Pengisian

Pengurusan & Professional 26 18 70.0

Sokongan I 39 32 82.0

Sokongan II 9 8 89.0

JUMLAH KESELURUHAN 74 58 79.0

Sepanjang Tahun 2009, seramai 15 anggota telah bertukar masuk ke IPK (Jadual 1.2)

manakala seramai 7 anggota telah berpindah keluar dari IPK (Jadual 1.3)

Jadual 1.2 : Anggota yang berpindah masuk ke IPK 2009

Bil Nama Pegawai Jawatan Tarikh

Kemasukan

1. Nor Afifah Zainal Abidin Pembantu Tadbir (N17) 02.03.09

2. Zahareen Ahmad Pembantu Tadbir (N17) 02.03.09

3. Fadhillah Harun Pembantu Tadbir Kewangan (W17) 16.03.09

4. Datin Dr Nur Maziah Omar Pegawai Perubatan (UD54) 24.04.09

5. Mohd Syahrol Faizan Ramly Pembantu Am Rendah (R1) 15.05.09

6. Zuraini Jamil Pembantu Am Rendah (R1) 15.05.09

7. Azril Abu Kasim Pembantu Tadbir (N17) 15.06.09

8. Nina Nirmala Syamsir Pembantu Tadbir (N17) 15.06.09

9. Mohd Hafizuddin Mohd Jaini Juruteknik Komputer (F17) 29.06.09

10. Evi Diana Omar Pegawai Penyelidik (Q41) 01.07.09

11. Idris Omar Pegawai Penyelidik (Q41) 01.07.09

12. Dr Mageswaran Pegawai Perubatan (UD44) 27.07.09

13. Nur Adila Pegawai Teknologi Maklumat (F41) 08.10.09

14. Nurul Hazwani Ahmad Penolong Pegawai Tadbir (N27) 16.10.09

15. Lim Kooi Lang Penyelia Jururawat (U36) 02.11.09

Jadual 1.3 : Anggota yang berpindah keluar dari IPK, 2009

Bil Nama Pegawai Tarikh Keluar Tempat Bertugas Baru

1. Aravalzi a/l Katharayan 01.03.09 JKN Negeri Sembilan

2. Dr Hasnah Bibon 15.04.09 Institut Penyelidikan Perubatan

3. Siti Alifah Shazali 28.04.09 Kolej Sains Kesihatan Bersekutu

4. Look Chai Hong 01.11.09 Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan

5. Kamarulzaman Abu Bakar 01.12.09 Hospital Segamat

6. Siti Yusnita Yaakub 01.12.09 Institut Perubatan Respiratori

7. Fatimah Ibrahim 31.12.09 Hospital Kuala Lumpur

1.8 INFO JABATAN DAN UNIT

1.8.1 JABATAN PEMBANGUNAN PENGURUSAN KESIHATAN

Jabatan Pembangunan Pengurusan Kesihatan bertanggungjawab menjalankan aktiviti-

aktiviti yang tertumpu kepada pembangunan modal insan kesihatan yang terdiri daripada

pelbagai kategori sama ada peringkat pengurusan tertinggi sehinggalah kepada peringkat

penyelia di hospital atau klinik Kesihatan. Sehubungan itu, jabatan ini terlibat dalam

merancang, melaksana dan menilai aktiviti program latihan dan pendidikan, penyelidikan

serta menyediakan khidmat runding cara dalam aspek pembangunan pengurusan kesihatan.

Dalam usaha untuk menjadi organisasi yang dikenali sebagai investor in people, sumber

tenaga manusia akan dibangunkan dengan menggunakan strategi-strategi yang dapat

menyokong objektif-objektif organisasi mereka. Antara strategi jabatan ialah:

Melaksanakan tinjauan di berbagai peringkat pengurusan dan tempat perkhidmatan

untuk mengenal pasti masalah-masalah dari aspek pengurusan.

Menilai keperluan latihan, penyelidikan dan runding cara yang diperlukan dalam

menyelesaikan masalah pengurusan.

Membangunkan modul latihan untuk memenuhi keperluan yang dikenal pasti dan

subjek utama yang terpilih.

Mengenal pasti organisasi pengurusan dan individu terkemuka di mana hubungan

dengan IHM dapat diwujudkan.

Perancangan 2010 :

Jabatan Pembangunan Pengurusan Kesihatan akan menjalankan penyelidikan, latihan dan

konsultansi dalam bidang

1.8.2 JABATAN EKONOMI DAN PEMBIAYAAN KESIHATAN

Jabatan ini bertanggungjawab untuk membangunkan program penyelidikan dan latihan

mengenai Ekonomi Kesihatan dan Pembiayaan Kesihatan. Ia bertujuan meningkatkan

pengetahuan dan kemahiran anggota-anggota KKM bukan sahaja di kalangan pengurus-

pengurus kesihatan tetapi juga anggota teknikal, mengenai isu-isu yang berkaitan dengan

perkara tersebut. Dalam keadaan di mana kos pembiayaan kesihatan telah meningkat

dengan ketara, pengetahuan asas yang secukupnya mengenai Ekonomi Kesihatan dan

Sistem Pembiayaan Kesihatan akan membantu pengurus-pengurus kesihatan dan anggota

klinikal membuat keputusan yang sebaik-baiknya dalam membekalkan perkhidmatan

kesihatan kepada penduduk. Oleh yang demikian jabatan ini akan:

Menilai amalan mengenai keberkesanan kos dan kepuasan pelanggan terhadap

kemudahan kesihatan yang disediakan di sektor awam;

Menilai pengetahuan dan amalan pengurus-pengurus kesihatan mengenai

perkara-perkara yang berkaitan dengan ekonomi kesihatan;

Membangunkan dan melaksanakan bengkel latihan, program pendidikan dan

penyelidikan yang berbentuk „action research‟ di mana pengurus kesihatan

mengenal pasti masalah dan menentukan cara-cara penyelesaiannya melalui

kaedah-kaedah yang sistematik dan realistik;

Memberi kerjasama dan membantu projek „action research‟ anggota lain di

institut terutamanya Bahagian Kajian Polisi Kesihatan dan Analisis yang

mempunyai perkaitan yang rapat dengan bahagian ini;

Memberi input kepakaran kepada persidangan, seminar dan bengkel kepada lain-

lain kumpulan pakar yang berkaitan;

Terlibat secara aktif dalam program kesedaran masyarakat mengenai isu-isu berkaitan

pembiayaan kos penjagaan kesihatan.

Perancangan 2010 :

Jabatan Ekonomi dan Pembiayaan Kesihatan menjalankan latihan, konsultansi &

penyelidikan dalam pembiayaan kesihatan, analisis industri kesihatan dan penilaian

keberkesanan kos.

1.8.3 JABATAN KUALITI DALAM KESIHATAN

Objektif Jabatan Kualiti Dalam Kesihatan adalah untuk menerapkan budaya kualiti di

kalangan anggota Kementerian Kesihatan melalui latihan, penyelidikan dan konsultasi.

Jabatan ini berperanan memastikan peserta-peserta yang telah menjalani latihan akan

memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat khususnya kepada pesakit.

Antara perkara-perkara yang diberi tumpuan adalah:

Kepuasan pesakit

Pengurusan wad

„Hospital Management Strengthening‟

Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM)

ISO 9000

Piagam Pelanggan

Perancangan 2010 :

Jabatan Kualiti Dalam Kesihatan akan menjalankan penyelidikan, latihan dan konsultansi

dalam pengurusan hospital, budaya korporat, indicator kualiti dan penambahbaikan kualiti.

1.8.4 JABATAN POLISI DAN ANALISA KESIHATAN

Jabatan ini bertanggungjawab untuk membuat dokumentasi dan menjalankan penilaian

terhadap teknologi dan metodologi yang digunakan di luar negara dalam membangunkan

polisi kesihatan mereka dan menyebarkan penemuan-penemuanberkenaan kepada pegawai-

pegawai KKM dan anggota lain dalam sistem penjagaan kesihatan. Pengurusan strategik

merupakan salah satu kaedah pengurusan terbaru bagi merealisasikan dokumentasi dan

penilaian dalam membangunkan polisi kesihatan. Selain itu, pengurusan strategik juga

adalah satu konsep baru yang perlu diperkembangkan dalam bidang pengurusan kesihatan

terutamanya dalam bidang pembentukan polisi kesihatan, pengurusan ekonomi dan

penyelidikan. Secara khusus, Jabatan ini akan memberi penumpuan kepada:

i. Menjalankan projek kajian dan analisa polisi, proses penggubalan serta

kandungan polisi kesihatan, untuk menilai metodologi dan teknologi yang

digunakan dalam penggubalan polisi Kesihatan yang dipilih di peringkat

sistem, program, organisasi atau institusi.

ii. Menjalankan projek kajian dan analisa polisi, proses penggubalan serta

kandungan polisi kesihatan, untuk menilai metodologi dan teknologi yang

digunakan dalam perlaksanaan polisi Kesihatan yang dipilih di peringkat

sistem, program, organisasi atau institusi.

iii. Membangun dan melaksanakan bengkel latihan, program pendidikan dan

projek jenis “action research”. Ini akan dapat meluaskan pengetahuan dan

kemahiran anggota di pelbagai peringkat sistem kesihatan mengenai

metodologi kajian dan analisa polisi kesihatan, kepastian kualiti dan

penggunaan kaji semula (utilization review).

iv. Memberikan input kepakaran terhadap projek “action research” yang

dilaksanakan oleh anggota KKM.

v. Memberikan input kepakaran latihan atau konsultasi di dalam seminar dan

bengkel yang dikendalikan oleh lain-lain kumpulan pakar yang berkaitan.

Perancangan 2010 :

Jabatan Polisi dan Analisa Kesihatan akan menjalankan penyelidikan, latihan dan konsultansi

dalam bidang analisis dasar kesihatan dan merangka strategi penambahbaikan.

1.8.5 JABATAN TEKNOLOGI DAN PENGURUSAN ILMU

Objektif Jabatan Teknologi dan Pengurusan Ilmu adalah untuk menggalakkan penggunaan

Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) terkini melalui latihan, penyelidikan dan runding

cara. Selain itu, jabatan ini berperanan sebagai pusat sumber khususnya dalam bidang

pengurusan kesihatan dan memastikan bahan rujukan berkaitan mudah diperoleh sama ada

secara terus atau maya agar dapat dikongsi oleh semua.

Selaku tunjang dalam menyediakan frasarana ICT dan sumber rujukan, jabatan ini

bertanggungjawab mendapatkan peruntukan dari masa ke semasa bagi memastikan sistem

ICT yang disediakan sentiasa dinaiktarafkan mengikut teknologi terkini. Selain itu, berusaha

mendapatkan bahan rujukan sama ada dalam bentuk objek ataupun capaian Internet. Di

bawah jabatan ini terdapat 2 unit yang merupakan tulang belakang kepada institut ini iaitu:

Unit Teknologi Maklumat (IT)

Unit Perpustakaan

A. Unit Teknologi Maklumat

Unit Teknologi maklumat merupakan nadi bagi mempastikan perkhidmatan teknologi

maklumat yang terkini digunakan bagi menyokong penyelidikan, latihan dan khidmat

runding cara di IPK. Di samping itu, unit ini juga berperanan menyediakan keperluan

peralatan ICT dan audio visual bagi semua dewan kuliah, bilik tutorial dan bilik mesyuarat

bagi semua kursus luaran dan dalaman. Unit ini juga ditugaskan untuk menyelenggara

peralatan dan aplikasi ICT bagi setiap pengguna. Unit ini juga akan berusaha untuk :

Memastikan semua staff IPK celik IT

Meningkat kualiti system ICT di IPK

Mempastikan latihan ICT yang dijalankan selaras dengan keperluan terkini.

B. Unit Perpustakaan

Unit ini berperanan menyediakan bahan rujukan dan maklumat berkaitan pengurusan

kesihatan kepada warga IPK, peserta – peserta kursus di IPK dan kakitangan dibawah

institusi NIH. Perpustakaan bertanggungjawab mengumpulkan penerbitan-penerbitan IPK.

Selain itu, beberapa perkhidmatan turut disediakan bagi membantu pengguna untuk

mendapatkan bahan maklumat yang mereka kehendaki. Antara perkidmatan tersebut

adalah:

1. Perkhidmatan rujukan

2. Perkhidmatan pinjaman

3. Perkhidmatan fotostat

4. Pangkalan Data Dalam Talian (O.P.A.C)

5. Perkhidmatan Internet

6. Perkhidmatan mengakses on-line jurnal ( J- gate database)

Selain itu juga,perpustakaan IPK mempunyai sistem pengurusan ilmu yang dikenali sebagai

Knowledge Management System (KMS). KMS dihubungkan melalui jaringan laman web

Institut Pengurusan kesihatan di http://www.ihm.gov.my/kmc. Fungsi utama sistem ini

adalah untuk mewujudkan kemudahan bagi perkongsian ilmu dikalangan warga KKM

khususnya di bawah NIH. Ia juga menyediakan kemudahan capaian ke e-jurnal, sistem

NMRR, Sistem perpustakaan IPK, NIH Klik dan MAMPU.

Perancangan 2010 :

Jabatan Teknologi dan Pengurusan Ilmu akan menjalankan penyelidikan, latihan dan

konsultansi dalam bidang teknologi dan pengurusan ilmu dan memberi sokongan teknikal

dan penyelenggaraan peralatan ICT & rangkaian.

1.8.6 BAHAGIAN PENTADBIRAN & KEWANGAN

A. Unit Pentadbiran

Unit pentadbiran IPK berperanan dalam memberi bantuan khidmat sokongan dan nasihat

dalam bidang pengurusan supaya semua aktiviti di Institut Pengurusan Kesihatan dapat

dilaksanakan dengan lebih lancar dan berkualiti bagi mempertingkatkan mutu penyampaian

sistem kesihatan. Oleh itu bahagian pentadbiran akan :

menyediakan khidmat Pengurusan yang cekap, berkesan dan mesra

pelanggan

menyampaikan perkhidmatan terunggul dalam semua bidang pengurusan

di Institut Pengurusan Kesihatan

Pada tahun 2009, keseluruhan perjawatan bagi adalah sebanyak 76 jawatan. Pertambahan

jawatan dari kategori Pengurusan dan Profesional amat baik untuk tahun ini. Manakala

untuk kumpulan Sokongan dan Gunasama, penambahan seperti biasa. Selain dari

penambahan perjawatan melalui ABM pada setiap tahun, IPK mengambil inisiatif dengan

membuat permohonan penambahan sumber manusia, melalui pengstukturan semula IPK

melalui Kertas Kerja Pengstrukturan yang disediakan dengan kerjasama Ketua-ketua

Jabatan.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh Unit pentadbiran sepanjang tahun 2009, antaranya

Taklimat Pengurusan Cuti yang disampaikan oleh penceramah dari Jabatan Perkhidmatan

Awam, Bengkel Pengurusan Aset Alih, Taklimat-taklimat berkaitan dengan perkhidmatan

selaras dengan pekeliling Perkhidmatan awam yang dikeluarkan oleh JPA.

Perancangan Unit Pentadbiran pada tahun 2010 ialah, berteraskan moto kementerian

Kesihatan Malaysia, Kami Sedia Membantu, perkhidmatan yang baik dan berterusan juga

akan diberikan.

B. Unit Kewangan

Unit Kewangan adalah di bawah Bahagian Pengurusan Institut Pengurusan Kesihatan dan

bertanggungjawab mengurus dan mengawal belanjawan IPK. Unit ini berperanan dalam

menguruskan, memastikan dan mengawal pengurusan perolehan kerajaan, emolumen, aset,

inventori, kutipan hasil dan pembayaran secara cekap dan berkesan agar selaras dengan

prosedur kewangan dan Pekeliling Perbendaharaan. Selain itu, Unit Kewangan juga

berfungsi menguruskan segala hal berhubung emolumen dan elaun anggota, bil-bil syarikat,

perolehan Jabatan, menyediakan permohonan Anggaran Belanja Mengurus (ABM),

menyelenggara semua jenis terimaan awam, menyediakan laporan-laporan yang berkaitan

dengan kewangan, menyelenggara Akaun Vot dan Akaun Amanah serta bertanggungjawab

menguruskan pertanyaan Audit dan Naziran.

Unit Kewangan diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir (N27) dan disokong oleh

seorang Pembantu Tadbir Kanan (W22), lima (5) orang Pembantu Tadbir Kewangan (W17)

dan seorang Pembantu Tadbir (N17). Pada tahun 2009, IPK telah menerima peruntukan

daripada pelbagai sumber. Peruntukan bagi maksud Belanja Mengurus dan Pembangunan

diterima secara terus daripada Kementerian. Manakala peruntukan bagi menjalankan aktiviti

Malaysian Technical Cooperation Programmes (MTCP) diterima daripada Unit Perancang

Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri. Sumbangan daripada UNICEF adalah bagi tiga (3)

Akaun Amanah yang diselenggara oleh IPK untuk tujuan penyelidikan HIV/AIDS dan Child

Abuse. Jumlah peruntukan 2009 adalah sebanyak RM12.1 juta dan merupakan penambahan

sebanyak 8% dari peruntukan tahun 2008 iaitu sebanyak RM11.2 juta. Pecahan agihan

peruntukan 2009 adalah seperti di Jadual 1.4.

Jadual 1.4 : Agihan Peruntukan IPK, 2009

Perkara Jumlah (RM)

Bekalan dan Perkhidmatan 4,805,800

Pembangunan, Ubahsuai, Naiktaraf dan Penyelidikan 2,939,638

Emolumen 2,111,000

Kempen Penerapan Budaya Korporat 795,000

“Harm Reduction Programme” 400,000

Latihan Dalam Perkhidmatan 340,680

Sumber Manusia 284,886

Program MTCP 271,200

Aset 100,000

MS ISO 17,000

JUMLAH 12,065,204

Rajah 1.1 : Pecahan Peruntukan IPK 2009

39.8%

24.4%

17.5%

6.6%

3.3%2.8%

2.4% 2.2% 0.8% 0.1% Bekalan dan Perkhidmatan

Pembangunan, Ubahsuai, Naiktaraf dan Penyelidikan

Emolumen

Kempen Penerapan Budaya Korporat

“Harm Reduction Programme”

Latihan Dalam Perkhidmatan

Sumber Manusia

Program MTCP

Aset

MS ISO

TARGET UNIT KEWANGAN 2010

Bagi tahun 2010, Unit Kewangan IPK akan berusaha untuk :

Memastikan peruntukan mencukupi bagi menjalankan aktiviti teras iaitu latihan,

penyelidikan dan konsultansi.

Memastikan peruntukan yang mencukupi bagi staf IPK yang memohon mengikuti

latihan bagi memperkembangkan kerjaya mereka sama ada di dalam mahupun luar

negara.

Memastikan urusan perolehan dijalankan dengan lebih efisien dan teratur dengan

menggunakan aplikasi ePerolehan.

1.9 KEMUDAHAN DI IPK

Pihak IPK telah menyediakan kemudahan-kemudahan yang sesuai untuk menampung

aktiviti-aktiviti latihan. Antara kemudahan yang ada di IPK adalah seperti di Jadual 1.5.

Jadual 1.5 : Kemudahan Latihan di IPK

Bil Kemudahan Anggaran Kapasiti

1 Auditorium Mutiara 270 peserta

2 Dewan Kuliah Delima 120 peserta

3 Bilik Kuliah Kristal 50 peserta

4 Bilik Mesyuarat Permata Budi 40 peserta

5 Bilik Mesyuarat Permata Hati 30 peserta

6 5 Bilik Tutorial 10 – 20 peserta

7 Makmal Komputer 30 peserta

8 Perpustakaan 200 peserta

9 Bilik Penginapan 60 bilik penginapan

10 Ruang Legar Permata Budi 150 peserta

11 Kafeteria 150 peserta

Kemudahan-kemudahan tersebut bukan hanya digunakan bagi aktiviti-aktiviti IPK semata-

mata tetapi juga digunakan oleh agensi-agensi KKM yang lain dalam menjalankan aktiviti

latihan dan juga persidangan. Antara persidangan yang telah diadakan di IPK bagi tahun

2009 adalah 8th Ministry of Health Academy of Medicine, Malaysia Conference (MOHAMM).

Auditorium Mutiara

Dewan Kuliah Delima

Bilik Kuliah Kristal

Bilik Permata Hati

Ruang Legar Permata Hati

Kafeteria

Perpustakaan

2. PENYELIDIKAN

Berpaksikan kepada salah satu fungsi utamanya iaitu menjalankan penyelidikan, Insitut

Pengurusan Kesihatan telah menjalankan beberapa buah penyelidikan yang berkaitan

dengan pengurusan kesihatan. Penyelidikan yang dijalankan adalah berteraskan kepada

keperluan RMK-9 dan juga atas permintaan pihak pengurusan KKM. Institut Pengurusan

Kesihatan sentiasa memastikan penyelidikan berkualiti dapat dihasilkan dalam masa yang

ditetapkanInstitut Pengurusan Kesihatan telah menjalankan beberapa projek penyelidikan

yang berkaitan dengan pengurusan kesihatan berdasarkan kepada keperluan RMK-9 dan di

atas permintaan pihak pengurusan tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia. Sehubungan

dengan itu sebanyak 12 buah projek penyelidikan telah dijalankan sepanjang tahun 2009.

Diantaranya adalah 5 buah projek penyelidikan baru yang bermula pada tahun 2009 dan 7

buah projek penyelidikan yang berstatus on-going dari tahun 2007 (Jadual 2.1).

Jadual 2.1 : Senarai Penyelidikan Institut Pengurusan Kesihatan Pada Tahun

2009

No Tajuk Penyelidikan Tahun

Mula

Tahun

Tamat

Status

1. Human Resources : Meeting

Services Needs And

Demands

2007 2009 Laporan telah disiapkan dan

dihantar kepada TKPK (P & ST)

dan sedang dalam proses

menyiapkan artikel untuk

diterbitkan

2. Study on Effectiveness of

Knowledge Center

2007 2010 Pengumpulan semua laporan

tahunan di bawah KKM untuk

dimasukkan ke dalam “Data

Base”

3. Planning in Smoking

Cessation Attempts : A

Prospective and Retropective

Study in Malaysia

2007 2010 Dalam proses pengemaskinian

laporan

4. Kajian Amalan Nilai-nilai

Murni di Kalangan Anggota

Klinik Pergigian KKM

2009 2009 Laporan telah disiapkan dan

masih dalam proses semakan

diperingkat IPK

5. To Assess the Supervisory

Skills Among Ward Sisters in

Public Hospitals in Malaysia

2009 2009 Sedang dalam proses

menganalisa data

6. Health Technology

Assessment Impact in

Ministry of Health

2009 2009 Sedang dalam proses kemasukan

data dan analisa data

7. Kajian Kepuasan Pelanggan

Menggunakan kaedah

SERVQUAL Di Hospital

Swasta

2009 2009 Sedang dalam proses kemasukan

data

8. Kajian Penerapan Budaya

Korporat

2009 2009 Analisa data Fasa III kajian

9. Smoking Cessation Plus

DOTS Intervention Project:

The outcomes Of Pulmonary

Tuberculosis (PTB)

Treatment Amongst Tobacco

Smokers

2006 2009 Laporan kajian telah disiapkan

dan diterbitkan

10 Sero-Prevalence Study Of

EV71 In Sarawak , Penang

And Johor States (Survelan

5)

2006 2009 Laporan kajian telah disiapkan

dan diterbitkan dalam artikel

tetapi masih menjalankan proses

penganalisaan semula data (re-

analysis)

11 Social Economic Impact Of

Flu Among High Risk Groups

2006 2009 Sedang dalam proses

penganalisaan semula data (re-

analysis)

12 Quality Improvement

Program In General Practice

In Malaysia

2006 2009 Laporan telah disiapkan dan

dibuat pembentangan

Sebanyak 5 buah hasil laporan telah disiapkan (Jadual 2.2). Hasil kajian tersebut tersebut

dipersembahkan samada melalui penerbitan buku, persembahan poster, penerbitan jurnal

dan pembentangan lisan atau poster. Pada tahun 2009 sebanyak 5 hasil kajian telah

disiapkan. Sebahagiannya masih dalam peringkat membuat draf artikel atau sedang dalam

proses mendapatkan kelulusan bagi menerbitkan artikel di dalam jurnal.

Jadual 2.2 : Senarai laporan hasil kajian yang telah dihantar pada tahun 2009

No. Tajuk Tahun

Tamat

Catatan

1. Human Resources : Meeting

Services Needs And Demands

2009 Laporan hasil kajian telah dihantar

kepada TKPK (P & ST)

2. Kajian Amalan Nilai-nilai Murni

di Kalangan Anggota Klinik

Pergigian Kementerian

Kesihatan Malaysia

2009 Laporan hasil kajian telah disiapkan dan

masih dalam proses semakan di

peringkat IPK

3. Kajian Penerapan Budaya

Korporat

2009 Laporan hasil kajian Fasa II telah

dihantar ke NIH untuk semakan bagi

mendapatkan kelulusan penerbitan

artikel

4. Feasibility Study On

Population-Based Colorectal

Cancer Screening In Malaysia

2008 Laporan hasil kajian telah dihantar ke

NIH untuk semakan bagi mendapatkan

kelulusan penerbitan artikel

5. Measuring Patient Satisfaction

At MOH Hospitals

2008 Laporan telah mendapat kelulusan dari

KPK dan manuskrip telah dihantar ke

Journal of Public Health Medicine untuk

penerbitan

5 hasil kajian telah dibuat pembentangan di sepanjang 2009 yang mana termasuk 2

pembentangan poster penyelidikan semasa berlangsungnya Mesyuarat Saintifik NIH ke 12

(Jadual 2.3).

Jadual 2.3 : Senarai pembentangan hasil kajian Institut Pengurusan Kesihatan

2009

No. Tajuk Penyelidikan Tarikh dan tempat

1. Stress During Housemanship Training 14 Julai 2009 sempena lawatan YB

Menteri Kesihatan ke IPK

2. The Feasibility of Colorectal Cancer

Screening Based in Malaysia

8 September 2009 kepada TKPK

(Kesihatan Awam)

3. Role of Primary Care Providers In

dengue Prevention And Control.

Pembentangan poster pada MOH-AMM

8th/ 12th NIH Scientific Meeting di IPK

pada 17 Ogos 2009

4. The Level of Satisfaction at Outpatients

Clinic in Ministry Of Health Hospitals in

Peninsular Malaysia.

Pembentangan poster pada MOH-AMM

8th/ 12th NIH Scientific Meeting di IPK

pada 17 Ogos 2009

5. Quality Improvement Program In

General Practice In Malaysia

WONCA Asia Pacific Research Conference

pada 5-6 Disember 2009

2 artikel telah diterbitkan pada tahun 2009 didalam IHM jurnal dan 1 artikel dalam jurnal

antarabangsa (The International Journal of Tuberculosis and Lung Disease, Jun 2009)

seperti yang ditunjukkan di dalam jadual 2.4.

Jadual 2.4 : Senarai Artikel kajian IPK yang diterbitkan pada Tahun 2009

No Tajuk Catatan

1. Medical Graduates- Choice of Hospital

for Housemanship Training and

Readiness for District Posting

Journal of Health Management, Ogos 2009

2. Stress During Housemanship Training Journal of Health Management, Ogos 2009

3. Potential Impact of A Pilot Training

Program on Smoking Cessation

Intervention for Tuberculosis DOTS

Providers

The International Journal of Tuberculosis

and Lung Disease, Jun 2009

3. LATIHAN

Dalam usaha meningkatkan kemahiran dan pengetahuan kakitangan Kementerian

Kesihatan, Institut Pengurusan Kesihatan berperanan dan bertanggungjawab merangka

beberapa latihan yang merangkumi pelbagai topik Pengurusan Kesihatan. Tujuannya bagi

meningkatkan keperluan pembangunan modal insan seperti yang termaktub di dalam RMK-

9. Selain itu, terdapat beberapa latihan yang dijalankan khusus bagi menangani beberapa

aduan kerana terdapat berkaitan dengan mutu perkhidmatan pengurusan kesihatan yang

kurang memuaskan seperti perkhidmatan kaunter dan. Sehubungan itu, IPK juga

menganjurkan kursus pengukuhan soft skills bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kaunter

dan meningkatkan layanan terbaik terhadap pesakit. Bagi memantapkan lagi mutu latihan

IPK telah bekerjasama dan berkongsi kepakaran dengan agensi luar untuk meningkatkan

lagi kemahiran dan teknik pengajaran serta pembelajaran.

3.1 LAPORAN PENCAPAIAN KURSUS

Secara keseluruhan pihak IPK telah berjaya melaksanakan 75 kursus bagi tahun 2009 di

mana sebahagian adalah kursus-kursus yang baru dianjurkan bagi tahun 2009. Kebanyakan

peserta kursus-kursus tersebut adalah terdiri dari warga Kementerian Kesihatan Malaysia.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa kursus yang telah berjaya menarik minat warga

kesihatan dari pihak swasta dan juga dari luar negara seperti kursus Nursing Leadership and

Research Workshop dan Epidemiological Intelligence and Management Programme (EIMP).

3.1.1 MALAYSIAN TECHNICAL COOPERATIVE PROGRAMME (MTCP)

Pihak IPK dengan kolaborasi Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia

telah menganjurkan Epidemiological Intelligence and Management Programme (EIMP) yang

merupakan salah satu aktiviti di bawah Malaysian Technical Co-operative Programme

(MTCP). Kursus ini bertujuan untuk mengukuhkan pengamalan aktiviti epidemiologi dan

kawalan penyakit serta meningkatkan kemahiran pengurusan dalam meningkatkan

survelans kesihatan dan kawalan wabak. Tahun 2009 adalah kali ketiga pihak IHM-UNICEF

menganjurkan aktiviti tersebut dan telah diadakan dari 1 hingga 17 Jun 2009. Kursus ini

dihadiri oleh 19 orang peserta dari pelbagai Negara seperti Oman, Sudan, Kuwait, Syria,

Thailand, Singapura, Mongolia, Laos, Timur Timur, Sri Langka, Nigeria, Fij dan Zambia

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan

Awam) Malaysia, Y.Bhg. Dato‟ Dr Ramlee Rahmat. Majlis pembukaan ini juga disertai oleh

beberapa duta dari negara peserta yang terlibat di dalam kursus ini.

Selain itu, peserta kursus juga berpeluang menyertai lawatan sambil belajar ke Makmal

Kesihatan Awam (MKA) di Sungai Buloh dan Klinik Kesihatan Putrajaya. Dalam pada itu,

semua peserta kursus juga telah berpeluang mengunjungi tempat-tempat menarik di sekitar

Kuala Lumpur dan Melaka.

3.1.2 ROLE MODEL UNTUK SISTER

Kursus Role Model For Sisters telah diadakan pada 2 hingga 5 November 2009 melibatkan

seramai 38 Ketua Jururawat yang dicalonkan oleh hospital-hospital KKM. Kursus ini

bertujuan untuk membangunkan kurikulum kursus untuk menguji kompetensi di kalangan

Ketua Jururawat di samping melahirkan Ketua Jururawat yang boleh menjadi Role Model

kepada anggota seliaan mereka. Peserta telah menjalani beberapa aktiviti sepanjang kursus

ini. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah kuliah, Bio Feedback, Ujian Kecergasan Fizikal (Physical

Fitness Test), aktiviti berkumpulan, pembentangan lisan, temuduga dan juga aktiviti-aktiviti

yang melibatkan kreativiti.

Berdasarkan kepada prestasi dan pemarkahan yang telah dinilai oleh semua ketua-ketua

bagi setiap aktiviti, lima orang peserta telah dipilih sebagai Role Model For Sisters bagi tahun

2009 iaitu :

i. KJ Rosma Idrus – Hospital Tg Ampuan Afzan, Pahang

ii. KJ Tan Kia Lan – Hospital Sultan Abdul Halim, Kedah

iii. KJ Justina Lo – Hospital Duchess Of Kent, Sabah

iv. KJ Jalilah Mohamad – Hospital Sungai Buloh, Selangor

v. KJ Ng Yeng Lai – Hospital Tuanku Fauziah, Perlis

Kelima-lima peserta yang berjaya dipilih sebagai Role Model mendapat Trofi Role Model

yang telah disampaikan oleh Matron Puan Hajjah Fathilah Haji Abdul Wahab, Pengarah

Bahagian Kejururawatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Berdasarkan borang penilaian

kursus dan juga borang maklum balas keberkesanan kursus, kebanyakan peserta berpuas

hati dengan kursus ini dan mahu kursus ini diteruskan lagi pada masa akan datang supaya

lebih ramai Role Model dapat dilahirkan.

3.2 PERKEMBANGAN KERJAYA WARGA IPK

Bagi tahun 2009, kesemua anggota tetap IPK telah mengikuti kursus dan latihan sekurang-

kurangnya selama 7 hari manakala seramai 5 anggota IPK telah pun mengikuti latihan luar

Negara bagi tahun 2009 (Jadual 3.1)

Jadual 3.1 Latihan Luar Negara Warga IPK 2009

Bil Anggota Nama Latihan Tempat Latihan Tempoh Latihan

1 Dr Norfilzatun

Borhan

Study Visit on Knowledge &

Health Information

Management

Queensland,

Australia

14 Mac – 28 Mac

2009

2 Dr Mohd Azahadi

Omar

Cancer Survival : Principle,

Method & Analysis

London School of

Hygiene & Tropical

Medicine, UK

22 Jun – 26 Jun

2009

3 Maruthamuthu

Sankar

Computer Forensic &

Incidence Response

New York, USA 21 Julai – 24 Julai

2009

4 Dr Roslan Johari

Dato‟ Mohd Ghazali

Leadership in Hospital

Administration & Medical

Resource Management

London 29 Julai – 9 Ogos

2009

5 Wan Muhamad

Azman Wan Abdullah

Health Impact Assessment

Course

Liverpool, UK 9 – 13 November

2009

4. KONSULTANSI

Institut Pengurusan Kesihatan memberi khidmat konsultansi kepada agensi-agensi yang

berkaitan samada melalui permohonan atau atas arahan. Kebiasaannya, konsultansi melalui

permohonan adalah berkaitan untuk membantu melaksanakan sesuatu aktiviti selepas

mendapat latihan di institut ini seperti Projek Action Research dan Kumpulan Meningkatkan

Mutu Kerja (KMK).

Jadual 4.1 : Senarai Konsultansi IPK 2009

BIL NAMA

KONSULTANSI

PEGAWAI IPK

YANG TERLIBAT

TARIKH TEMPAT

1 Kumpulan

Meningkatkan

Mutu Kerja (KMK)

Dr Nor Filzatun Borhan 11 – 12 Febuari

2009

Hospital Raja

Perempuan Zainab II

2 Projek Action

Research

Dr Noriah Bidin & KJ Look

Chai Hong

14 April 2009 Pejabat Pergigian Johor

Bharu

3 Projek Action

Research

Dr Noriah Bidin & KJ Look

Chai Hong

14 April 2009 Klinik Kesihatan Majidee

4 Projek Action

Research

Dr Noriah Bidin & KJ Look

Chai Hong

14 April 2009 Klinik Kesihatan Ulu

Tiram

5 Projek Action

Research

Dr Noriah Bidin & KJ Look

Chai Hong

19 April 2009 Pejabat Kesihatan

Daerah Tampin

6 Kumpulan

Meningkatkan

Mutu Kerja (KMK)

Dr Nor Filzatun Borhan 29 – 30 April

2009

Hospital Raja

Perempuan Zainab II

7 Budaya Korporat

dan Komunikasi

Berkesan

Dr Nor Filzatun Borhan 25 Mei 2009 Rumah Rehat Pakan,

Sabak Bernam

5. AKTIVITI KORPORAT

5.1 LAWATAN YB MENTERI KESIHATAN

YB Menteri Kesihatan, Dato‟ Sri Liow Tiong Lai telah mengadakan lawatan ke Institut

Pengurusan Kesihatan pada 14 Julai 2009. Pembentangan Kajian Housemenship telah

diadakan semasa lawatan tersebut. YB Menteri Kesihatan juga telah melawat ke bilik-bilik

penginapan di IPK dan diberi penerangan berkaitan aktiviti-aktivit yang diadakan di IHM-

UNICEF Centre.

5.2 ANUGERAH KUALITI IPK

Seramai 4 anggota IPK telah diberikan Anugerah Khidmat Cemerlang untuk tahun

2008 (Jadual 5.1) di mana penganugerahan tersebut telah diadakan bersama-sama

dengan Ibu Pejabat KKM. Selain dari itu, IPK juga telah mewujudkan Anugerah

Pekerja Terbaik (Jadual 5.2) dan Anugerah Pekerti Mulia (Jadual 5.3) di kalangan

warga IPk di mana majlis penganugerahan telah diadakan sempena Hari Keluarga

IPK.

Jadual 5.1 : Penerima Anugerah Khidmat Cemerlang 2008, IPK

Bil Nama Penerima Jawatan

1. Nuriza Zakaria Pegawai Psikologi

2. Yazlinda ab. Lati[ Pegawai Teknologi Maklumat

3. Look Chai Hong Ketua Jururawat

4. Kamalrulzaman Abu Bakar Penyelia Asrama

Jadual 5.2 : Penerima Anugerah Pekerja Terbaik 2008, IPK

Bil Nama Penerima Jawatan

1. Aprina Masrul Pegawai Khidmat Pelanggan

2. Asrinah Bukari Pembantu Tadbir

3. Natrah Esa Pegawai Penyelidik (Sambilan)

4. Nesah Wahab Setiausaha Kewangan UNICEF

5. Nor Azliza Abd Jamil Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan)

6. Siti Nurul Akhyar Rosli Pembantu Tadbir

7. Wan Saifuddin Wan Mohamad Juruteknik Komputer (Sambilan)

Jadual 5.3 : Penerima Anugerah Pekerti Mulia 2008, IPK

Bil Nama Penerima Jawatan

1. Aprina Masrul Pegawai Khidmat Pelanggan

5.2 PERHIMPUNAN PAGI

Perhimpunan Pagi merupakan satu aktiviti bulanan yang telah diadakan oleh pihak IPK

untuk sepanjang tahun 2009 di mana ianya telah diadakan pada minggu terakhir setiap

bulan. Perhimpunan tersebut telah dimulai dengan bacaan doa dan ikrar serta nyanyian koir

oleh kumpulan koir IPK. Ianya diikuti oleh amanat dari Pengarah IPK, Ketua-ketua Jabatan

dan juga sesi Public Speaking oleh warga IPK yang terpilih.

5.3 LAWATAN DELEGASI KEJURURAWATAN HONG KONG

Pada 25 Februari 2009 Institut Pengurusan Kesihatan telah menerima lawatan Jururawat

dari Hong Kong iaitu seramai 6 orang. Mereka telah dibawa ke Bilik Mesyuarat 1 untuk sesi

pembentangan mengenai Institut Pengurusan Kesihatan oleh Matron Hjh.Ramziah

Hj.Ahmad. Selain itu, Pengarah IPK, Dr.Roslan Johari Dato‟ Mohd Ghazali turut sama dalam

sesi pembentangan di Bilik Mesyuarat 1 dan telah bertukar-tukar pendapat serta maklumat

berkaitan dengan kejururawatan di Malaysia dan Hong Kong.

5.4 HARI BERSAMA PELANGGAN

Hari Bersama Pelanggan telah diadakan pada 10 November 2009. Perbincangan berkaitan

aktiviti-aktiviti penyelidikan, latihan dan konsultansi IPK serta maklumbalas dari peserta

yang hadir telah dijalankan. Input semasa perbincangan telah diambil kira dalam

perancangan aktiviti 2010 bagi IPK.

5.5 AUDIT SURVEILANCE ISO

Audit Surveillance ISO oleh pihak MOODY International telah diadakan pada 18 dan 19

Oktober 2009. Untuk 5 tahun berturut-turut, tiada Ketidakakuran yang ditemui semasa audit

surveillance ini.

5.6 LAWATAN DARI LAOS

Pada 29 Oktober 2009, IPK telah menerima kunjungan delegasi dari Laos. Selain dari

perbincangan berkaitan aktiviti-aktiviti IPK, pelawat juga telah dibawa melihat kemudahan

yang ada di IPK.

5.8 LAWATAN DARI VIETNAM

Satu lawatan delegasi dari Vietnam ke IPK dan NIH telah berlangsung pada 10 November

2009. Perbincangan berkaitan aktiviti IPK dan NIH telah berjalan dalam suasana yang begitu

produktif. Delegasi juga telah mencuba Fitness Test menggunakan peralatan yang ada di

Gimnasium IPK.

5.9 LAWATAN DELEGASI KEJURURAWATAN IRAN

Pada 10 Disember 2009 Institut Pengurusan Kesihatan telah menerima lawatan delegasi

Kejururawatan dari Iran dan mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat 1. Matron

Hjh.Ramziah Hj.Ahmad telah membentangkan mengenai Institut Pengurusan Kesihatan

kepada semua pelawat yang hadir.

Delegasi ini terdiri daripada :

Mr.Ghazanfar Mirzabeigi – President of Nursing of I.R.Iran and Adviser to

Health Minister

Mr.Shams el din Shams – Head of High Council of Nursing Organizations of

I.R.Iran

Mrs.Sedigheh Salemi – Deputy of Education and Research of Nursing

Organization of I.R.Iran

Mr.Ahmad Nejatian – Deputy of Cultural and Public Relations of Nursing

Organization of I.R.Iran

Azin Kalantari – Representative from Takvin Basirat Company

6. AKTIVITI SOSIAL

6.1 PERTANDINGAN BOWLING

Satu pertandingan bowling antara kumpulan soft skills IPK telah diadakan pada 10 Oktober

2009 di Pusat Bowling Mines Shopping Centre. Objektif utama pertandingan ini adalah untuk

mengeratkan silaturrahim di antara kakitangan IPK dan secara tidak langsung dapat

mengaplikasikan serta memantapkan lagi nilai-nilai murni, budaya korporat dan „Soft Skills‟

kepada setiap anggota.

6.2 PERTANDINGAN FUTSAL NIH

Pihak IPK telah menghantar satu pasukan lelaki dan satu pasukan wanita untuk menyertai

Pertandingan Futsal NIH yang telah diadakan pada 5 Disember 2009 bertempat di

Gelanggang Futsal Segambut. Objektif utama pertandingan futsal ini adalah untuk

mengeratkan silaturrahim melalui aktiviti kesukanan dan menerapkan elemen budaya sihat

di kalangan warga NIH dan meningkatkan persaingan secara sihat. Pasukan Wanita IPK

telah berjaya menjadi johan bagi kategori wanita.

6.3 FITNESS TEST

Ujian Kecergasan telah dilakukan di kalangan warga IPK, NIH dan juga UNICEF. Ujian ini

dijalankan pada 20 – 24 Julai 2009 bertempat di gymnasium IPK mengikut kumpulan soft

skills yang telah ditetapkan. Seramai 81 daripada 109 pegawai telah melibatkan diri dalam

ujian kecergasan ini. Penilaian merangkumi : Indek Jisim Tubuh (BMI), Truncal Obesity,

Trunk Stiffness dan YMCA.

Obese dan pre-obese adalah di mana nilai BMI melebihi nilai BMI normal. Seramai 17

pegawai telah dikesan mengalami masalah ini bagi kategori masing-masing. „Truncal

Obesity‟ ialah di mana ukurlilit pinggang pegawai melebihi ukurlilit yang telah ditetapkan

iaitu, lelaki tidak boleh melebihi 90 cm dan perempuan tidak boleh melebihi 80 cm. Bagi

kategori ini seramai 13 pegawai telah dikenalpasti mengalami masalah ini. Bagi kategori

„Trunk Stiffness‟ ia diambil berdasarkan kepada sejauh mana seorang pegawai melakukan

aktiviti „Sit & Reach‟. Hanya 40 pegawai telah berjaya mencapai tahap yang terbaik.

Dari jadual YMCA, kita dapat melihat usia jantung kita. Seramai 28 pegawai telah dikesan

mempunyai usia jantung yang melebihi 60 tahun. Hanya 2 pegawai sahaja yang mempunyai

usia jantung yang lebih muda dari usia semasa mereka. Seramai 29 pegawai sahaja yang

mempunyai usia jantung yang sama seperti usia jantung 20-an.

6.4 KUMPULAN SOFTSKILLS

Kumpulan softskills yang baru telah dibentuk dalam tahun 2009 di mana ianya tidak lagi

diketuai oleh Ketua-ketua Jabatan, sebaliknya ketua-ketua pasukan telah dilantik dari

anggota kumpulan Pengurusan dan Professional yang bukan terdiri dari Pegawai Perubatan.

Penubuhan kumpulan softskill adalah bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai murni dan

budaya korporat serta mewujudkan semangat kerja berpasukan dan mengeratkan

hubungan sesame warga IPK, NIH dan IHM_UNICEF walaupun dari berlainan jabatan.

Kumpulan softskill bagi tahun 2009 terdiri dari kumpulan COOL, CTZ, KAMI dan MULAN.

6.5 JAMUAN HARI RAYA

Majlis jamuan hari raya IPK telah diadakan pada 13 Oktober 2009 bersamaan 24 Syawal

1430H di mana anggota IPK telah sama-sama membawa juadah hari raya masing-masing

untuk dikongsikan antara satu sama lain. Majlis tersebut telah dapat mengeratkan lagi

silaturrahim antara anggota IPK.

6.6 SAMBUTAN HARI LAHIR

Satu sambutan hari lahir bagi meraikan anggota IPK yang menyambut ulang tahun kelahiran

pada bulan Januari hingga Jun telah diadakan pada 10 Julai 2009. Sambutan tersebut telah

dianjurkan bersama oleh kesemua kumpulan softskills IPK.

6.7 AKTIVITI STORY TELLING

Sempena Minggu Perkongsian Ilmu di IPK, “Knowledge Sharing Week at IHM”, satu aktiviti

“Story Telling” telah diadakan dari 15hb hingga 19hb Jun 2009, bertempat di Dewan Delima,

IPK. Aktiviti ini telah disertai oleh ahli-ahli dari 4 kumpulan Softskill IPK, iaitu kumpulan

COOL, KAMI, CTZ dan MULAN. Setiap ahli kumpulan dikehendaki membaca sebuah buku

dari koleksi bacaan di Perpustakaan IPK (kecuali Novel) dan hasil bacaan tersebut harus

dibentangkan dalam Bahasa Inggeris. Setiap ahli diberikan tempoh masa selama 10 minit

untuk membuat pembentangan dalam bentuk PowerPoint Presentation. Setiap

pembentangan dinilai oleh para panel dari IPK dan hadiah istimewa telah disediakan untuk

“Best Presenter”.

6.8 HARI KELUARGA IPK

Hari Keluarga IPK merupakan acara yang diadakan setiap 2 tahun sekali. Bagi tahun 2009,

ianya telah diadakan pada 18 hingga 20 Disember 2009 di Teluk Rubiah Beach and Golf

Resort, Perak dan telah dihadiri oleh seramai 130 anggota IPK dan keluarga masing-masing.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti senamrobik, sukaneka, sukan rakyat, pertandingan

berbalas pantun, pertandingan inovasi dan persembahan berkumpulan bagi memupuk

semangan kekeluargaan di kalangan anggota IPK.

7. PERANCANGAN 2010

7.1 PENYELIDIKAN

Bagi tahun 2010, IPK akan meneruskan penyelidikan yang masih berjalan manakala

sebanyak 5 penyelidikan baru telah dipohon untuk dijalankan bagi tahun 2010. Penyelidikan

yang dipohon adalah seperti berikut :

1. Projection of healthcare human resource needs

2. Housemanship training and work stress

3. Use of MOH facilities for training

4. Feasibility study on use of private healthcare facilities for training of healthcare

professionals

5. Accessment of the competency status of healthcare professionals

6. Geographical imbalance in the distribution of healthcare workers

7. Impact of information technology and automation on utilization of human resource in

the hospitals

7.2 LATIHAN

Pihak IPK telah merancang lebih dari 60 kursus dan latihan yang akan diadakan dalam

tahun 2010. Antara kursus-kursus yang akan dijalankan adalah :

1. Epidemiological Intelligence and Management Programme

2. Kursus Kredentialing untuk Pengarah Hospital, Pegawai Kesihatan Daerah dan

Pegawai Pergigian

3. Action Research Workshop

4. Healthcare Financing

5. Senior Executive Leadership

Sila Rujuk Buku Kalendar Kursus Institut Pengurusan Kesihatan 2010 untuk keterangan

lanjut berkaitan kursus-kursus tersebut.

7.3 KONSULTANSI

Pihak IPK akan terus memberikan khidmat konsultansi untuk tahun 2010. Berikut adalah

senarai konsultansi yang akan ditawarkan dalam tahun 2010.

Jadual 7.1 : Bidang konsultansi IPK, 2010

Bil Perkhidmatan Konsultansi Pakar Rujuk

1 Penerapan Budaya Korporat &

Pengukuhan Soft Skills

Dr Roslan Johari Mohd Ghazali

Dr Nor Filzatun Borhan

Pn Nuriza Zakaria

2 MS ISO 9001:2000 Dr Roslan Johari Mohd Ghazali

Datin Dr Nur Maziah Omar

Dr Nor Filzatun Borhan

3 Projek KMK Dr Roslan Johari Mohd Ghazali

Dr Nor Filzatun Borhan

4 Pengurusan Organisasi Datin Dr Ang Kim Teng

5 Ekonomi dan Pembiayaan Kesihatan Dr Noorliza Mohamad Noordin

6 Action Research Datin Dr Nur Maziah Omar

Dr Noriah Bidin

7 Kemahiran Berkomunikasi Dr Nor Filzatun Borhan

8 Pengurusan Ilmu Dr Nor Filzatun Borhan

9 Mathematical Modelling Dr Rohani Ismail

10 Biostatistik Dr Mohd Azahadi Omar

11 Kemahiran Asas Kaunseling Pn Nuriza Zakaria

12 Cataloging Pn Siti Zubaidah Ahmad

13 Office Automation Pn Yazlinda Abdul Latip

14 Nursing Leadership & Supervision Matron Ramziah Ahmad

15 Supervisory Leadership En Wan Muhamad Azman Wan Abdullah