jenis ayat terbaru

11
BAHASA MELAYU: JENIS-JENIS AYAT & JENIS-JENIS AYAT PERINTAH TAHUN 7 DIHASILKAN OLEH : Norsanani Binti Hassan (06B0037) Dk.Noramalina Binti Pg.Rakawi (06B0228) Noor Afinah Binti Abu (06B0804) Siti Rabeah Binti Abdul Jalil (06B0837) Rosnani@ ‘Alya Sofiyya Binti Mohd Salleh (06B0842)

Upload: musnan

Post on 13-Jun-2015

1.494 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jenis Ayat terbaru

BAHASA MELAYU: JENIS-JENIS AYAT & JENIS-JENIS AYAT

PERINTAH TAHUN 7

DIHASILKAN OLEH :

Norsanani Binti Hassan (06B0037) Dk.Noramalina Binti Pg.Rakawi (06B0228)

Noor Afinah Binti Abu (06B0804) Siti Rabeah Binti Abdul Jalil (06B0837)

Rosnani@ ‘Alya Sofiyya Binti Mohd Salleh (06B0842)

Page 2: Jenis Ayat terbaru

JENIS -JENIS AYAT

1. Ayat Penyata.

2. Ayat Seruan

.

3. Ayat Tanya.

4. Ayat Perintah.

Page 3: Jenis Ayat terbaru

1. AYAT PENYATA

Pengertian:

Ayat penyata merupakan ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan iaitu sesuatu yang menceritakan keadaan atau ayat berita untuk menerangkan sesuatu hal.

Contoh ayat:

Dia berada di hospital selama seminggu.

Page 4: Jenis Ayat terbaru

2. AYAT SERUAN Pengertian:

Ayat yang bertujuan melahirkan suatu keadaan perasaan, seperti marah, hairan, takut, sakit dan sebagainya. Ayat seruan mempunyai kata-kata seperti oh, amboi, aduh, dan syabas dan tanda seru (!) pada akhir ayat.

Contoh ayat: Syabas, pasukan kamu telah berjaya!

Page 5: Jenis Ayat terbaru

3. AYAT TANYA

Pengertian:

Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu dan dihadirkan dengan tanda tanya (?) pada akhir ayat. Kata tanya biasanya disertai dengan partikel -kah

Contoh ayat:

Berapakah harga ikan ini?

Page 6: Jenis Ayat terbaru

4. AYAT PERINTAH Pengertian:

Ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan suatu tindakan atau untuk mengarahkan seseorang supaya melakukan sesuatu.

Ayat ini terbahagi kepada 4 jenis:

1. Ayat suruhan

2. Ayat permintaan

3. Ayat silaan

4. Ayat larangan

Contoh ayat:

Makanlah kuih yang terhidang ini.

Page 7: Jenis Ayat terbaru

JENIS-JENIS AYAT

PERINTAH

1. Ayat Suruhan

2. Ayat Permintaan

3. Ayat Silaan

4. Ayat Larangan

Page 8: Jenis Ayat terbaru

1. Ayat Suruhan

Contoh Ayat:

A. Tolong tinggalkan tempat ini segera.

B. Bawa buku kamu pada halaman 25.

C. Bawalah dua pasang kasut.

D. Berjalanlah cepat-cepat.

Page 9: Jenis Ayat terbaru

2. Ayat Permintaan

Contoh Ayat:

A. Harap selesaikan tugas itu segera.

B. Tolong belikan saya kuih itu.

C. Minta bertenang sekejap.

D. Tolong sampaikan salam kepada ibu kamu.

Page 10: Jenis Ayat terbaru

3. Ayat Silaan

Contoh Ayat:

A. Silakan masuk.

B. Sila jawab surat ini dengan segera.

C. Sila duduk di sebelah kiri dewan ini.

D. Jemput makan.

Page 11: Jenis Ayat terbaru

4. Ayat Larangan Contoh Ayat:

A. Jangan merokok di sini.

B. Jangan mengambil harta orang.

C. Jangan melengah-lengahkan kerja.

D. Usah percaya kepada cerita-cerita karut itu.