siasah al-syariah -ahlul ahli wa al-aqdi-

21
ISI KANDUNGAN 1 PENGHARGAAN 2 PENGENALAN 3 PENGERTIAN AHLUL HALLI WA AL-’AQDI 4 JENIS PERLEMBAGAAN 6 SEJARAH AHLUL HALLI WA AL’AQDI 6 1

Upload: azlan-yusof-punding

Post on 05-Jul-2015

180 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Siasah Al-syariah -Ahlul Ahli Wa al-Aqdi-

ISI KANDUNGAN 1

PENGHARGAAN 2

PENGENALAN 3

PENGERTIAN AHLUL HALLI WA AL-’AQDI 4

JENIS PERLEMBAGAAN 6

SEJARAH AHLUL HALLI WA AL’AQDI 6

CARA PEMILIHAN AHLUL HALLI WA AL-’AQDI 8

MASYRU’IAH AHLUL HALLI WA AL-’AQDI 9

ORANG YANG MENJADI AHLUL HALLI WA AL-’AQDI 10

SYARAT-SYARAT AHLUL HALLI WA AL-’AQDI 10

BILANGAN AHLUL HALLI WA AL-’AQDI 11

TUGAS-TUGAS AHLUL HALLI WA AL-’AQDI 12

KESIMPULAN 13

1

Page 2: Siasah Al-syariah -Ahlul Ahli Wa al-Aqdi-

1.0.PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Semesta Alam yang menguasai hari pembalasan,

selawat dan salam keatas semulia-mulia utusan, Nabi Muhammad S.A.W hamba Allah

dan utusan-Nya dan ke atas semua keluarganya dan para sahabatnya. Juga orang-orang

yang mengikut mereka sehinggalah Hari Pembalasan. Semoga pemeliharaan Allah S.W.T

diberikan kepada orang-orang yang berpegang teguh terhadap islam dan memberkati saya

yang sentiasa mencari ilmu Allah S.W.T.

Bersyukur ke Hadrat Illahi kerana dengan berakah dan keizinan-Nya, penulis dapat

menyiapkan kerja tugasan, Siasah al-Syariah dalam tajuk Ahlul Halli Wa al-Aqdi tanpa

sebarang konflikasi dan masalah dari segi pembiayaan, rujukan, masa dan kesihatan.

Penulis gembira dan berlapang dada setelah berhempas-pulas bagi menjayakan kerja

kursus ini.

Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada pensyarah yang penulis

sanjungi iaitu Ustaz Mujahid Bin Abdullah. Penulis amat menghargai bantuan beliau

yang memberi penulis input berkenaan kerja kursus kerana penulis masih setahun jagung

dalam pembabitan kerja kursus ini. Akhirnya dengan bantuan beliau penulis dapat

menyiapkan dengan jayanya.

Selain itu jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan famili yang penulis sayangi yang

sentiasa memberikan penulis sokongan dari belakang dan menyediakan pelbagai

kemudahan seperti pembiayaan kos kerja kursus penulis ini. Hal ini menyuntik semangat

penulis dalam melangsungkan dan merealisasikan kerja kursus ini mahupun

pembelajaran penulis untuk berjuang dengan bersungguh-sungguh dalam mencari

kebenaran ilmu Allah S.W.T.

Akhirnya, penulis berharap usaha yang penulis lakukan dalam menyiapkan kerja

kursus ini dapat meningkatkan keimanan penulis terhadap Allah S.W.T dan agama-Nya

dan menjadi insan yang dapat membantu orang lain dalam merealisasikan impian mereka

selagi penulis termampu.

2

Page 3: Siasah Al-syariah -Ahlul Ahli Wa al-Aqdi-

2.0.PENGENALAN AHLUL HALLI WA AL-‘AQDI

Ahlul Halli Wa al-‘Aqdi adalah satu istilah perbendaharaan kata bidang politik dalam

kajian fikah Islam yang jarang disentuh perbahasannya. Banyak kajiannya dalam fikah

Islam adalah istilah khalifah dan khilafah, imam dan imamah, amir dan imarah, ra'i

(pemimpin) dan ra'iyyah (rakyat). Satu lagi istilah yang senasib dengan ahl al'halli wa

al-’aqdi ialah bai'ah (janji taat setia). Oleh kerana kurang kajian mengenainya, maka

sebagai contoh, dalam Kamus Dewan pun kita tidak mendapat maklumatnya. Kita hanya

menemui "ahli II, ahlil, ahlu, ahlul kaum; ... bait; ... kitab; ... kubur; ... nujum; ... suluk;

dan ... sunnah (waljamaah). Ini berlainan dengan perkataan khalifah, khilafah, imam,

amir dan ra'iyyah (raiat) yang dengan mudah kita temui maklumatnya kerana ia sudah

menjadi kata-kata yang digunakan sehari-hari. Perwakilan dalam tulisan ini adalah seperti

yang ditakrifkan Kamus Dewan dalam maklumat 'perwakilan' nombor 3 yakni "wakil,

majlis wakil-wakil, tempat wakil-wakil: dewan (majlis) perwakilan rakyat," termasuk di

dalamnya perwakilan parti politik yang menghadiri mana-mana mesyuarat agungnya.

Ahlul Halli Wa al-‘Aqdi merupakan salah satu komponen yang sangat penting dalam

pembentukan sesebuah Negara dan kerajaan. Ianya kerana mereka adalah golongan yang

memegang tampuk pemerintahan dalam sesebuah Negara. Kemahiran yang mereka miliki

juga adalah sebagai panduan dalam menentukan hala tuju sesebuah kerajaan yang mereka

pimpin. Namun hakikat pada hari ini, sistem ini tidak lagi dipraktikkan dalam kuasa

pemerintahan di Negara-negara Islam berbanding pada zaman Rasulullah, sab\habat dan

tabi’in pada masa dahulu. Hari ini sistem tersebut digantikan dengan sistem legislatif

yang terdiri daripada barisan pemerintah Negara seperti parlimen dan dewan rakyat.

Peranan Ahlul Halli Wa al-‘Aqdi adalah juga dianggap sebagai imam iaitu ketua atau

menyerupai sistem khalifah. Sistem Ahlul Halli Wa al-‘Aqdi sangat memainkan peranan

penting dalam pelaksanaan sistem politik dalam Islam.

3

Page 4: Siasah Al-syariah -Ahlul Ahli Wa al-Aqdi-

3.0.PENGERTIAN AHLUL HALLI WA AL-‘AQDI

Dari segi bahasa, ahl al'halli wa al-'aqdi mempunyai pengertian 'orang yang mempunyai

kuasa untuk melonggarkan dan mengikat. Ahlul Halli Wa al-‘Aqd diertikan dengan orang

–orang yang bertindak sebagai wakil umat untuk menyuarakan hati nurani mereka. Ahlul

Halli Wa al-‘Aqdi juga disebut oleh al-Mawardi sebagai ahl al-ikhtiyar (golongan yang

berhak memilih). Paradigma pemikiran ulama fikih merumuskan istilah Ahlul Halli Wa

al-‘Aqdi didasarkan pada sistem pemilihan empat khalifah pertama atau utama yang

dilaksanakan oleh para tokoh sahabat yang mewakili dua golongan iaitu, Ansar dan

Muhajirin. Mereka ini (khalifah) dikatakan sebagai wakil umat oleh ulama fikih. Dalam

hubungan ini tepat definisi yang dikemukakan oleh Dr.Abdul Karim Zaidan bahawa

Ahlul Halli Wa al-‘Aqdi ialah orang-orang yang berkecimpung langsung dengan rakyat

yang telah memberikan kepercayaan kepada mereka. Mereka menyetujui pendapat wakil-

wakil itu kerana ikhlas, konsekuen, takwa, adil, dan kecemerlangan pemikiran serta

kegigihan mereka di dalam memperjuangkan kepentingan rakyatnya. Ahlul Halli Wa

al-‘Aqdi merupakan suatu lembaga pemilih. Orang-orangnya berkedudukan sebagai

wakil-wakil rakyat , dan salah satu tugasnya memilih khalifah atau ketua negara. Ini

menunjukkan bahawa sistem pemilihan khalifah dalam perspektif pemikiran ulama fiqih,

dan kecenderungan umat Islam generasi pertama dalam sejarah. Pengertian lain juga

mengenai Ahlul Halli Wa al’Aqdi adalah orang-orang yang mendapat kepercayaan

sebagai wakil rakyat. Tapi pernyataan di atas masih abstrak. Belum disebut secara konkrit

kelompok-kelompok sosial yang mana saja yang dapat dikategorikan sebagai Ahlul Halli

Wa al-‘Aqdi. Menurut Al-Nawawi dalam Al-Minhaj, Ahlul Halli Wa al-‘Aqdi adalah

para ulama, para ketua, para wakil masyarakat atau rakyat sebagai unsur-unsur

masyarakat yang berusaha mewujudkan kemaslahatan rakyat.1

Muhammad Abduh menyamakan Ahlul Halli Wa al-‘Aqdi dengan ulil amri yang disebut

dalam al-Quran surah al-Nisa’ ayat 59 yang menyatakan :

1)http://www.siasahsyariyah.com.my

4

Page 5: Siasah Al-syariah -Ahlul Ahli Wa al-Aqdi-

59. Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu

kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan

kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara,

maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan

(Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang

demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

Dengan demikian Ahlul Halli Wa al-‘Aqdi terdiri dari pelbagai kelompok sosial yang

memiliki kemahiran dan kepakaran yang berbeza-beza, baik dari barisan pemerintahan

mahupun rakyat biasa yang lazim disebut sebagai pemimpin formal dan informal (tidak

formal). Abu A’la al-Maududi, di samping menyebutnya dengan Ahlul Halli Wa

al-‘Aqdi, ahli syura, juga menyebutnya dengan “dewan penasihat” (consultative

assembly). Daripada huraian para ulama tentang Ahlul Halli Wa al-‘Aqdi ini, dapatlah

disimpulkan bahawa, sebagai pemegang kekuasaan tertinggi yang mempunyai kuasa

untuk memilih dan membaiat imam yang mempunyai kuasa mengarahkan kehidupan

masyarakat kepada kemaslahatan. Mereka mempunyai kuasa membuat undang-undang

yang mengikat seluruh umat di dalam hal-hal yang tidak diatur secara tegas oleh Al-

Quran dan Hadis.2

4.0.JENIS PERLEMBAGAAN

Abdul Kadir Audah menyebut ada lima jenis perlembagaan, iaitu:

Al-Sultah al-Tanfidhiyah (eksekutif).

Al-Sultah al-Tasyri’iyah (legislatif).

2)Sistem Politik Islam, Khalid Ali Muhammad Al-Anbariy, Telaga Biru SDN.BHD., Digipress SDN.BHD.,

Cetakan Pertama Mei 2008, Halaman 57.

5

Page 6: Siasah Al-syariah -Ahlul Ahli Wa al-Aqdi-

Al-Sultah al-Qadha’yah (yudikatif).

Al-Sultah Maaliyah (bank sentral).

Al-Sultah al-Mu’raqabah (lembaga pengawasan).

Lembaga yang pertama dipimpin oleh imam, lembaga kedua dipegang oleh ulil amri,

lembaga ketiga dipegang oleh para hakim, lembaga keempat dipegang oleh imam, dan

lembaga kelima iaitu pengawasan dipegang oleh ahli syura, ulama dan fuqaha. Demikian

itulah semua perkara diletakkan pada Ahlul Halli Wa al-‘Aqdi iaitu orang-orang yang

merupakan tokoh-tokoh terpenting dalam masyarakat, tanpa perubahan dan pemalsuan.

Mereka mengetahui segala-galanya sesuai dengan hakikat yang sebenarnya. Dasar utama

untuk memecahkan atau memutuskan perkara-perkara yang dihadapkan kepada mereka

ialah argumentasi (persetujuan) dan dalil yang benar, bukan perasaan takut dari

seseorang, pengaruh seseorang atau demi mempertahankan kepentingan seseorang atau

berdasarkan kecenderungan kelas ataupun kelompok tertentu.

5.0.SEJARAH AHLUL HALLI WA AL-AQDI

Dalam sejarah pemerintahan Islam klasik sejak zaman Nabi Muhammad SAW hingga

jatuhnya Khilafah Uthmaniyyah, kita tidak memerhatikan dengan saksama dan teliti

peranan Ahlul Halli Wa al-'Aqdi dalam perjalanan roda pemerintahan masing-masing.

Dalam pemerintahan Islam moden dan pascamoden, kita tidak menyedari peranan Ahlul

Halli Wa al-'Aqdi dalam perjalanan roda pemerintahannya.3

Kerajaan Islam dengan pelbagai sistem pemerintahannya boleh kita lihat dalam sketsa

sejarah berikut:

Pemerintahan Nabi Muhammad SAW di Madinah (1-10 Hijrah).

Pemerintahan Khulafa al-Rasyidin (11-39 Hijrah) di Madinah dan Kufah dengan

empat orang khalifah.

Pemerintahan Khilafah Umayyah (40-132 H/661-750M) di Damsyik dengan 14

orang khalifah.

3)http://www.ahlulhalliwaalaqdi.com.my

6

Page 7: Siasah Al-syariah -Ahlul Ahli Wa al-Aqdi-

Pemerintahan Khilafah Umayyah di Sepanyol (750-1492M) dengan 57 orang

khalifah.

Pemerintahan Khilafah Abbasiyyah (132-656H/750-1258M) di Baghdad dengan

37 orang khalifah.

Pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah (1299-1922M) di Istanbul dengan 37 orang

khalifah.

Pada zaman nabi, Ahlul Halli Wa al-'Aqdi adalah sahabat yang diserahkan tugas untuk

menjaga keamanan, pertahanan serta tugas-tugas lain yang berkaitan dengan

kemaslahatan awam, tokoh sahabat yang sering diminta nasihatnya, orang yang pertama

memeluk Islam, mereka yang memiliki kecerdasan dan pandangan luas serta

menunjukkan pengorbanan dan kesetiaan yang tinggi terhadap Islam dan mereka yang

berjaya dalam melaksanakan tugasnya sama ada daripada kaum Ansar mahupun

Muhajirin. Dalam kisah Ratu Balqis yang menyerahkan diri kepada Nabi Sulaiman AS

kita mengetahui bagaimana Ahlul Halli Wa al-'Aqdi mempunyai peranan penting dalam

mempertahankan negara dan keutuhan rakyat. Al-Quran mengisahkan maksudnya: "Raja

perempuan itu berkata: "Wahai ketua-ketua kaum, berilah penjelasan kepadaku mengenai

perkara yang aku hadapi ini. Aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum

kamu hadir memberi pendapat dan mempersetujuinya." Mereka menjawab: "Kita adalah

orang yang kuat gagah, dan amat berani menghadapi peperangan dan perkara itu

(bagaimanapun) terserah kepadamu.4

Oleh itu, fikirkan apa yang engkau hendak perintahkan.” (Surah al-Naml: 32-33). Nabi

Sulaiman kemudian merujuk Ahlul Halli Wa al-'Aqdi ketika Baginda ingin membawa

singgahsana Ratu Balqis. Al-Quran menyatakan maksudnya: "Nabi Sulaiman berkata

pula (kepada golongan bijak pandainya): "Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara

kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsana sebelum mereka datang menghadapku

dalam keadaan berserah diri memeluk Islam." (Surah al-Naml: 38). Bahkan Allah SWT,

Yang Maha Pencipta pun memberikan pengajaran kepada kita mengenai golongan Ahlul

Halli Wa al-'Aqdi ini di langit. Al-Quran menjelaskan maksudnya: "Dan (ingatlah) ketika

Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang

4)http://www.ahlulhalliwaalaqdi.com.my

7

Page 8: Siasah Al-syariah -Ahlul Ahli Wa al-Aqdi-

khalifah di bumi". Mereka bertanya (mengenai hikmat ketetapan Tuhan itu dengan

berkata: "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang

akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami

sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?" Tuhan berfirman:

"Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahui." (Surah al-

Baqarah: 30).

6.0.CARA PEMILIHAN AHLUL HALLI WA AL-AQDI

Dalam konteks pemerintahan Islam moden, institusi Ahlul Halli Wa al-'Aqdi dengan

pelbagai corak ragamnya sememangnya wujud dalam semua peringkat kepemimpinan

dan organisasi demi melaksanakan prinsip musyawarah yang diperintahkan al-Quran dan

dianjurkan Rasulullah SAW. Sistem ini berjalan dengan baik dan terbukti mewujudkan

kestabilan dalam negara. Dalam hal ini Islam tidak menentukan metod atau cara tertentu

bagi memilih pemimpin. Menjadi dasar utamanya ialah adanya unsur pemilihan dan

musyawarah dan seorang pemimpin itu bukan saja perlu dipilih, tetapi juga dipertimbang

dari segi kualiti dan kelayakan kepemimpinannya.5

Menurut ajaran Islam seorang pemimpin mempunyai dua fungsi utama iaitu bagi

memelihara agama Islam dan mengurus dengan bijak urusan keduniaan. Pada hakikatnya

dalam sistem Ahlul Halli Wa al-'Aqdi, pemimpin dan perwakilan mempunyai persamaan.

Pemimpin adalah wakil dan wakil adalah pemimpin. Kehebatan pemimpin boleh dilihat

daripada kehebatan kedua-duanya. Dengan kehebatan kedua-duanya maka akan hebat

pula bangsa, negara dan umat.6

7.0.MASYRU’IAH IKTIBAR AHLUL HALLI WA AL-‘AQDI (HUJAH SYARAK)

5)http://www.ahlulhalliwaalaqdi.com.my

6)http://www.sistempolitikislam.com.my

8

Page 9: Siasah Al-syariah -Ahlul Ahli Wa al-Aqdi-

Terdapat beberapa sumber dalil pensyariatan Ahlul Halli Wa al-‘Aqdi. Antaranya

daripada al-Quran dan Sunnah.

Dalil Quran:

59. Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu

kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan

kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara,

maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan

(Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang

demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.7

Sunnah:

Sabda rasulullah (s.a.w.): “Keluarkanlah kepadaku daripada kamu 12 orang

naqib supaya melaksanakan kepada kaumnya apa yang diperintahkan kepada

mereka.” (kepada al-Ansor dalam bai’ah Aqobah kedua).8

8.0.ORANG YANG MENJADI AHLUL HALLI WA AL-‘AQDI

Diantara pihak yang layak menjadi Ahlul Halli Wa al-‘Aqdi adalah sebagaimana yang

berikut :

7)Sistem Politik Islam, Khalid Ali Muhammad Al-Anbariy, Telaga Biru SDN.BHD., Digipress SDN.BHD.,

Cetakan Pertama Mei 2008, Halaman 60.

8)Sistem Politik Islam, Khalid Ali Muhammad Al-Anbariy, Telaga Biru SDN.BHD., Digipress SDN.BHD.,

CetakanPertamaMei2008, Halaman57.

9

Page 10: Siasah Al-syariah -Ahlul Ahli Wa al-Aqdi-

Pakar ulama yang mujtahidin.

Ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin yang mewakili ummah dalam membuat

pemilihan Imam. Jika terdapat beberapa kumpulan yang wujud, maka diambil

salah satu daripada kumpulan yang mana ramai pengikutnya.

Pakar dalam sesuatu bidang.9

 

9.0.SYARAT-SYARAT AHLUL HALLI WA AL-‘AQDI

Syarat-syarat umum pada seluruh wilayah dalam daulah Islam.

Islam.

Berakal.

Lelaki.

Merdeka.10

Adil.

Berilmu.

Bijaksana dan hikmah.11

Al-Mawardi dan Rasyid Redha merumuskan beberapa syarat iaitu :

Berlaku adil dalam segala sikap dan tindakan. Sifat adil ialah keupayaan

seseorang untuk tekun dengan taqwa dan bermoral. Taqwa ialah menunaikan

perintah-perintah syara’ dan meninggalkan segala larangannya.

Berilmu pengetahuan yang membolehkan seseorang itu mengenali orang yang

berhak menjadi Imam berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

9)Fiqh Perundangan Islam Jild VI, Wahbah Al-Zuhaili, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Perpustakaan Negara Malaysia,

Cetakan Pertama 1997, Halaman 764-765.

10)http://www.ahlulhalliwaalaqdi.com.my

11)http://www.ahlulhalliwaalaqdi.com.my

10

Page 11: Siasah Al-syariah -Ahlul Ahli Wa al-Aqdi-

Memiliki wawasan dan kearifan yang menyebabkan dia mampu memilih imam

yang paling banyak mendatangkan maslahat dan paling mampu serta paling tahu

tentang kebijakan-kebijakan yang membawa kemaslahatan bagi umat.12

10.0.BILANGAN AHLUL HALLI WA AL-‘AQDI

Bilangan Ahlul Halli Wa al-‘Aqdi tidak dapat ditentukan dan dikenal pasti bilangan yang

telah ditetapkan ekoran kerana yang dipegang ialah kepercayaan ummah terhadap mereka.

Oleh kerana mereka mewakili ummah dalam semua perkara yang diingini dan

dikehendaki dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan maka tidak dapat

ditentukan bilangan mereka. Sebagai pengetahuan dan penyelidikan semata-mata, maka

dinyatakan apa yang diperkatakan oleh ahli-ahli fiqih dalam perkara ini dan al-Mawardi

telah membentangkan pendapat mereka dengan katanya bahawa ulama’ berbeza pendapat

dalam menentukan hal tersebut.13

Antaranya ialah :

Satu golongan menyatakan bahawa tidak terlantik Imam kecuali dengan bai’ah

seluruh Ahlul Halli Wa al-‘Aqdi daripada semua negeri supaya persetujuan

terhadapnya menjadi persetujuan umum dan penerimaan kepimpinannya sebulta

suara. Pendapat golongan ini tertolak dengan perlantikan Abu Bakar sebagai

khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW kerana perlantikan tersebut

tidak diiringi dengan bai’ah.

Golongan lain pula menyatakan bahawa jumlah Ahlul Halli Wa al-‘Aqdi untuk

melantik Imam yang paling sedikit adalah seramai lima orang. Mereka adalah

12)Fiqh Perundangan Islam Jild VI, Wahbah Al-Zuhaili, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Perpustakaan Negara Malaysia,

Cetakan Pertama 1997, Halaman 765.

13)Fiqh Perundangan Islam Jild VI, Wahbah Al-Zuhaili, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Perpustakaan Negara Malaysia,

Cetakan Pertama 1997, Halaman 765-766.

11

Page 12: Siasah Al-syariah -Ahlul Ahli Wa al-Aqdi-

sepakat melakukan bai’ah ataupun salah seorang mewakili empat orang yang lain

dalam melakukan bai’ah.14

11.0.TUGAS-TUGAS AHLUL HALLI WA AL-‘AQDI

Memilih khalifah dan berbai’ah untuknya.

Membezakan antara dua orang yang dicalonkan sebagai khalifah.

Berbai’ah kepada yang lebih memberi manfaat.

Memecat khalifah.

Pemegang kekuasaan pembahas dan penyimpul masalah. Pendapat ini jelas

menghimpunkan unsur-unsur ketua, pemimpin dan tokoh-tokoh yang memiliki

keahlian khusus yang relevan dengan kehidupan umat.15

12.0.KESIMPULAN

Kesimpulannya, Ahlul Halli Wa al-‘Aqdi merupakan satu komponen terpenting dalam

melaksanakan sistem politik dalam Islam. Peranan yang dimainkan oleh Ahlul Halli Wa

al-‘Aqdi sangat penting dalam melaksanakan pentadbiran yang cemerlang dan secara

tidak langsung melicinkan lagi sistem pemerintahan sesebuah negara. Lembaga Ahlul

Halli Wa al-‘Aqdi ini dilaksanakan semenjak zaman dahulu lagi. Ahlul Halli Wa al-‘Aqdi

empunyai peranan tersendiri dalam sistem legislatif. Marcapada kini sistem Ahlul Halli

Wa al-‘Aqdi lebih dikenali sebagai legislatif disebabkan oleh peranan yang dimainkan

oleh lembaga atau pihak tersebut. Ahlul Halli Wa al-‘Aqdi ialah orang-orang yang

14)Fiqh Perundangan Islam Jild VI, Wahbah Al-Zuhaili, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Perpustakaan Negara Malaysia,

Cetakan Pertama 1997, Halaman 766.

15)http://www.siasahsyariah.com.my

12

Page 13: Siasah Al-syariah -Ahlul Ahli Wa al-Aqdi-

berkecimpung langsung dengan rakyat yang telah memberikan kepercayaan kepada

mereka. Mereka menyetujui pendapat wakil-wakil itu kerana ikhlas, konsekuen, takwa,

adil, dan kecemerlangan pemikiran serta kegigihan mereka di dalam memperjuangkan

kepentingan rakyatnya. Ahlul Halli Wa al-‘Aqdi merupakan suatu lembaga pemilih.

Orang-orangnya berkedudukan sebagai wakil-wakil rakyat , dan salah satu tugasnya

memilih khalifah atau ketua negara. Ini menunjukkan bahawa sistem pemilihan khalifah

dalam perspektif pemikiran ulama fiqih, dan kecenderungan umat Islam generasi pertama

dalam sejarah. Pengertian lain juga mengenai Ahlul Halli Wa al-‘Aqdi yang mana

golongan tersebut digelar sebagai golongan pemerintah yang bersifat kompleks.

Kompleks yang dimaksudkan ialah pemerintah yang mempunyai kemahiran yang tinggi

dalam pelbagai bidang seperti ilmu pengetahuan, skop pentadbiran Negara, sikap

ketokohan, sikap mulia dan lain-lain lagi. Menurut Abdul Kadir Audah menyebut ada

lima jenis perlembagaan yang merangkumi Ahlul Halli Wa al-‘Aqdi iaitu, Al-Sultah al-

Tanfidhiyah (eksekutif), Al-Sultah al-Tasyri’iyah (legislatif), Al-Sultah al-Qadha’yah

(yudikatif), Al-Sultah Maaliyah (bank sentral) dan Al-Sultah al-Mu’raqabah (lembaga

pengawasan). Hal ini menunjukkan bahawa Ahlul Halli Wa al-‘Aqdi sangat penting

dalam pembentukan sesebuah negara dan kerajaan.

13.0.BIBLIOGRAFI

1. Fiqh Perundangan Islam Jild VI, Wahbah Al-Zuhaili, Dewan Bahasa Dan

Pustaka, Perpustakaan Negara Malaysia, Cetakan Pertama 1997.

13

Page 14: Siasah Al-syariah -Ahlul Ahli Wa al-Aqdi-

2. Sistem Politik Islam, Khalid Ali Muhammad Al-Anbariy, Telaga Biru

SDN.BHD., Digipress SDN.BHD., Cetakan Pertama Mei 2008.

3. http://www.siasahsyariah.com.my

4. http://www.sistempolitikislam.com.my

5. http://www.ahlulhalliwaalaqdi.com.my

14