siapa taliban

8
8/14/2019 Siapa Taliban http://slidepdf.com/reader/full/siapa-taliban 1/8 INFORMATION of ELAKSAMANA Siapa Taliban  Terjemahan dari artikel "The Invisible Afghanistan". 1. Penderitaan Afghanistan 2. Taliban Sebagai Penyelamat 3. Pembaharuan Oleh Taliban 4. Hak Wanita Dipertahankan 5. Pendidikan di Afghanistan 6. Siapa Osama Bin Laden 7. Pengganas Sebenar 8. Antara Patung dan Anak Kecil 9. Siapa Kofi Annan? Terjemahan artikal "The Invisible Afghanistan" Oleh Sayyid Rahmatullah Hashemi [ Catatan: Sayyid Rahmatullah Hashemi, Duta bagi Afghanistan telah melawat US awal tahun 2001 ini. Berikut adalah cebisan dari transkrip ceramah beliau di Universiti Southern California di Los Angeles, pada March 10, 2001] Telah difirmankan dalam Al Quran, "Hai orang-orang yang beriman, jika datang kapadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu nanti menyesal atas perbuatanmu itu." [Al-Hujurat 49:6] " Saya baru sahaja berbincang dengan sekumpulan cerdik pandai (di Universiti Southern California), dan mereka memulakan perbualan dengan topik patung- patung (Buddha yang dimusnahkan). Sangat dikesalkan kerana begitu sedikit yang mereka ketahui (mengenai Afghanistan). Tidak seorang (dari cerdik pandai tersebut) mengetahui akan bermacam masalah yang dihadapi oleh Afghanistan. Dan hanya tentang patung-patung tersebut sahaja yang mereka ketahui mengenai Afghanistan. Afghanistan dipanggil "Crossroads of Asia". Kami telah menderita kerana kedudukan negara kami yang strategik ini. Penderitaan Afghanistan Kami telah menderita dalam abad ke-18, abad ke-19, dan kami masih menderita dalam abad ini. Kami tidak menyerang British. Kami tidak menyerang Russia. Mereka yang menyerang kami. Oleh itu masalah-masalah yang timbul di Afghanistan bukan dari perbuatan kami sendiri. Pencerobohan Soviet Masalah yang dihadapi sekarang ini di Afghanistan bermula pada 1979. Afghanistan adalah negara yang sukakan keamanan. Tetapi pihak Russia dengan tentera seramai 140,000 anggota telah menyerang Afghanistan pada bulan Disember 1979, iaitu lebih kurang 21 tahun dahulu, dan telah menjajah selama satu dekad, membunuh 1.5 juta rakyat Afghanistan, melumpuhkan sejuta orang, dan 6 juta orang dari jumlah rakyat seramai 18 juta telah melarikan diri dari kekejaman 1 PaRaDoX / [email protected] © All Right Reserved Presented 2006

Upload: akhi-mohamad-aiyad

Post on 30-May-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Siapa Taliban

8/14/2019 Siapa Taliban

http://slidepdf.com/reader/full/siapa-taliban 1/8

INFORMATION of ELAKSAMANA

Siapa Taliban Terjemahan dari artikel "The Invisible Afghanistan".

1. Penderitaan Afghanistan

2. Taliban Sebagai Penyelamat3. Pembaharuan Oleh Taliban4. Hak Wanita Dipertahankan5. Pendidikan di Afghanistan6. Siapa Osama Bin Laden7. Pengganas Sebenar 8. Antara Patung dan Anak Kecil9. Siapa Kofi Annan?

Terjemahan artikal "The Invisible Afghanistan" Oleh Sayyid RahmatullahHashemi [ Catatan: Sayyid Rahmatullah Hashemi, Duta bagi Afghanistan telah

melawat US awal tahun 2001 ini. Berikut adalah cebisan dari transkrip ceramahbeliau di Universiti Southern California di Los Angeles, padaMarch 10, 2001]

Telah difirmankan dalam Al Quran, "Hai orang-orang yang beriman, jika datangkapadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti,agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpamengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu nanti menyesal atasperbuatanmu itu." [Al-Hujurat 49:6] "

Saya baru sahaja berbincang dengan sekumpulan cerdik pandai (di Universiti

Southern California), dan mereka memulakan perbualan dengan topik patung-patung (Buddha yang dimusnahkan). Sangat dikesalkan kerana begitu sedikityang mereka ketahui (mengenai Afghanistan). Tidak seorang (dari cerdik pandaitersebut) mengetahui akan bermacam masalah yang dihadapi oleh Afghanistan.Dan hanya tentang patung-patung tersebut sahaja yang mereka ketahuimengenai Afghanistan. Afghanistan dipanggil "Crossroads of Asia". Kami telahmenderita kerana kedudukan negara kami yang strategik ini.Penderitaan Afghanistan

Kami telah menderita dalam abad ke-18, abad ke-19, dan kami masih menderitadalam abad ini. Kami tidak menyerang British. Kami tidak menyerang Russia.

Mereka yang menyerang kami. Oleh itu masalah-masalah yang timbul diAfghanistan bukan dari perbuatan kami sendiri. Pencerobohan Soviet Masalahyang dihadapi sekarang ini di Afghanistan bermula pada 1979. Afghanistanadalah negara yang sukakan keamanan. Tetapi pihak Russia dengan tenteraseramai 140,000 anggota telah menyerang Afghanistan pada bulan Disember 1979, iaitu lebih kurang 21 tahun dahulu, dan telah menjajah selama satu dekad,membunuh 1.5 juta rakyat Afghanistan, melumpuhkan sejuta orang, dan 6 jutaorang dari jumlah rakyat seramai 18 juta telah melarikan diri dari kekejaman

1 PaRaDoX / [email protected]© All Right Reserved Presented 2006

Page 2: Siapa Taliban

8/14/2019 Siapa Taliban

http://slidepdf.com/reader/full/siapa-taliban 2/8

INFORMATION of ELAKSAMANA

Russia dan bermastautin dinegara-negara lain. Di masa ini pun anak-anak kamimati kerana bahana periuk api (land mines) yang ditanam oleh pihak Russia.Dan tidak siapa di dunia luar mempedulikan hal ini.

Selepas Russia dikalahkan masa penjajahan Russia, pihak kerajaan US, Britain,

Perancis dan China membantu kumpulan pembebasan yang dipanggilMujahideen. Hanya 7 kumpulan Mujahideen beroperasi dari Pakistan sementara8 kumpulan yang lain bertindak dari Iran dalam memerangi pihak Russia.Selepas Russia kalah, kesemua kumpulan-kumpulan Mujahideen ini kembali keAfghanistan dengan fahaman yang berlainan dan senjata yang banyak. Merekatidak bersatu dibawah satu pemerintahan tetapi telah bertelingkah sesamasendiri di Afghanistan. Kemusnahan akibat dari pertempuran sesama sendiri itulebih teruk dari kemusnahan yang dialami semasa penjajahan Russia. Seramai63,000 orang telah terbunuh di Kabul. Seramai sejuta rakyat lagi melarikan diridari situasi huru hara tersebut ke negara-negara lain.

Taliban Sebagai Penyelamat

Melihat kepada huru hara dan kemusnahan yang berlaku itu, sekumpulanpelajar-pelajar yang dipanggil Taliban (Taliban maknanya pelajar-pelajar) telahmenubuhkan gerakan pelajar pelajar. Taliban bermula di sebuah perkampungandi Kandahar yang terletak di wilayah selatan Afghanistan. Taliban mula wujudsebagai sebuah gerakan apabila seorang `warlord' (ketua kumpulan bersenjata -penyamun) telah menculik dan memperkosa dua kanak-kanak perempuan. Ibubapa kanak-kanak perempuan tersebut telah pergi ke sebuah `sekolah agamapondok' dan meminta guru di sekolah tersebut menolong mereka.

Guru tersebut bersama-sama 53 orang murid beliau, dengan bersenjatakanhanya 16 senapang, telah pergi menyerang pengkalan komander tersebut.Selepas membebaskan kedua kanak-kanak perempuan yang diculik itu, merekatelah mengantung mati komander. Ramai orang-orang komander tersebut turutdigantung. Kisah ini tersebar luas. BBC telah juga melaporkannya. Mendengar kisah ini, ramai lagi pelajar-pelajar telah menyertai gerakan (Taliban) tersebut,dan mereka mula bertindak dengan merampas senjata-senjata dari semua puak-puak penyamun. Gerakan pelajar ini - Taliban - kini menguasai 95% Afghanistantermasuk ibu negara di Kabul. Hanya segelintir dari puak-puak penyamun terusbermaharajalela di secebis bahagian utara Afghanistan (mereka ini adalahNorthern Alliance).

Pembaharuan Oleh Taliban

Kejayaan Taliban Kami (Taliban) baru memerintah selama 5 tahun, dan berikutadalah kejayaan kami yang tidak diketahui oleh dunia:

2 PaRaDoX / [email protected]© All Right Reserved Presented 2006

Page 3: Siapa Taliban

8/14/2019 Siapa Taliban

http://slidepdf.com/reader/full/siapa-taliban 3/8

INFORMATION of ELAKSAMANA

1.) Pertamanya kami telah menyatukan negara yang berpecah-belah.Afghanistan sebelum ini berpecah kepada lima kawasan-kawasan. Kamimenyatukannya, sesuatu yang gagal dilakukan oleh lain-lain pihak.

2.) Perkara Kedua yang telah kami lakukan, yang gagal dilihat, adalah

melucutkan senjata yang dimilikki rakyat. Selepas peperangan dengan Russia,hampir setiap orang Afghan memilikki Kalshnikov , dan juga senjata canggihseperti stinger missiles, dan ada yang memiliki pesawat dan helicopter pejuang.Melucutkan senjata mereka kelihatan mustahil. Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)menawarkan US$3 billion untuk membeli balik senjata-senjata itu. Dan keranaianya tidak praktikal maka rancangan PBB tersebut tidak diteruskan, dan duniapun melupakan Afghanistan. Tetapi kami telah berjaya melucutkan senjata di95% kawasan negara Afghanistan.

3.) Kejayaan kami yang ketiga adalah membawa Afghanistan di bawah satupentadbiran, sesuatu yang tidak wujud selama 10 tahun sebelum kami ambil alih.

4.) Kejayaan kami yang keempat, yang mengkagumkan ramai orang, adalahmemusnahkan sebanyak 75% tanaman candu dunia. Sebelum kamimenghapuskannya, 75% bekalan candu dunia dihasilkan di Afghanistan. Danpada tahun lepas kami mengeluarkan perintah mengharamkan penanamancandu, dan pada tahun ini 2001, ketua Program Kawalan Dadah PBB di bawahnaungan UNDCP, Encik Barnard F. dengan bangganya mengistiharkanAfghanistan bebas sepenuhnya dari tanaman candu - 0% of opium cultivation.Zero, zilch, kosong - langsung tak ada lagi. Malangnya seramai 700 pakar UNDCP yang memantau tanaman candu telah kehilangan kerja. Pakar-pakar PBB itu tidak menyukai bila kami mengeluarkan perintah mengharamkantanaman candu. Dan tahun ini mereka kehilangan kerja.

5.) Kejayaan kami yang kelima adalah memulihkan hak-hak asasi manusia diAfghanistan. Memangnya ramai yang telah menuduh kami melanggar hak-hakasasi manusia. Realitinya adalah kami sebenarnya telah memulihkan hak-hakasasi manusia. Antara hak-hak asasi bagi seseorang manusia adalah hak untukhidup dengan selamat.

Sebelum Taliban memerintah, tidak seorang pun di Afghanistan boleh hidupdengan selamat. Malah perkara pertama yang kami lakukan adalah mewujudkankeadaan yang selamat dan aman. Keutamaan kami yang kedua adalahmemulihkan sistem kehakiman yang bebas dan adil. Rakyat Afghanistan tidakperlu membayar untuk mendapat pengadilan seperti yang berlaku di AmerikaSyarikat.

3 PaRaDoX / [email protected]© All Right Reserved Presented 2006

Page 4: Siapa Taliban

8/14/2019 Siapa Taliban

http://slidepdf.com/reader/full/siapa-taliban 4/8

INFORMATION of ELAKSAMANA

Di Afghanistan anda tidak perlu membeli keadilan. Di Afghanistan pengadilanadalah percuma dan mudah diperolehi. Hak-hak Kaum Wanita Kami (Taliban)telah dikritik kononnya kami melanggar hak-hak wanita. Adakah anda (diAmerika) ketahui apa yang berlaku sebelum kami memerintah? Saya lihat dalamdewan ini ada beberapa orang Afghan yang bermastautin di sini, dan mereka

pasti akan bersetuju dengan saya bahawa sebelum Taliban memerintah, kaumwanita di kawasan luar bandar diperlakukan sebagai binatang. Mereka dijual.Kami (Taliban) menghapuskan amalan yang sangat keji ini. Kaum wanita tidakberhak bersuara dalam pemilihan suami bagi mereka.Hak Wanita Dipertahankan

Antara perkara yang pertama Taliban lakukan adalah memberi wanita hak untukmemilih bakal suami masing-masing. Suatu lagi perkara buruk yang berlaku keatas kaum wanita di Afghanistan adalah mereka ditukar-tukar sebagai hadiah.Sememangnya amalan ini bercanggah dengan agama. Ia sebenarnyamerupakan budaya. Adalah menjadi tradisi bila dua puak yang bertempur ingin

berdamai, maka mereka akan bertukar-tukar wanita. Dan amalan keji ini sudahdihentikan oleh Taliban. Berlainan sekali dengan tuduhan-tuduhan yangdilemparkan, kaum wanita di Afghanistan sebenarnya diizinkan bekerja.

Kami akui sebelum 1996, iaitu sebelum kami menakluki ibu negara, Kabul, kamitelah meminta kaum wanita supaya tinggal di rumah. Tetapi kami tidak sekali-kaliberniat untuk menyuruh mereka tinggal di rumah buat selama-lamanya. Kamimenerangkan kepada kaum wanita bahawa mereka perlu tinggal rumah keranapada masa itu keadaan huru hara tanpa penguatkuasaan undang dan oleh itutidak selamat bagi wanita keluar rumah. Kini kamisudah melucutkan senjata-senjata hak persendirian, kami sudahmenguatkuasakan undang-undang, maka dengan keamanan tersebut wanitasudah dibenarkan bekerja semula. Kami akui wanita-wanita kami tidakdibenarkan berkhidmat di Kementerian Pertahanan seperti di Amerika ini. Kamitidak mahu wanita kami jadi pemandu jet pejuang, atau diperalatkan sebagaiobjek-objek menghiasi iklan-iklan.

Tetapi wanita kami memang dibenarkan berkerja. Mereka bekerja diKementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri, pendidikan, kebajikanawam dan seterusnya. Kami juga tidak menghalang kaum wanita untukmendapat pendidikan. Kami telah menyatakan kami mahu wanita diberipelajaran, dan kalau pun tidak ada tekanan dari pihak luar kami tetap akanmemberi pelajaran kepada kaum wanita kami, ini adalah pegangan kami. Kamidiperintah (oleh Allah) untuk memberi pelajaran kepada kaum wanita. Bila kamimenetapkan sekolah-sekolah berasingan untuk lelaki dan wanita, ianya tidakbermakna kami tidak ingin wanitadiberi pendidikan.

4 PaRaDoX / [email protected]© All Right Reserved Presented 2006

Page 5: Siapa Taliban

8/14/2019 Siapa Taliban

http://slidepdf.com/reader/full/siapa-taliban 5/8

INFORMATION of ELAKSAMANA

Pendidikan di Afghanistan

Memang benar kami menentang `co-education' (sekolah campuran lelaki-perempuan), tetapi tidaklah benar sama sekali untuk menuduh kami menyekatkaum wanita dari mendapat pendidikan. Kami ada sekolah-sekolah, tetapi

masalahnya adalah sumber-sumber pembiayaan. Sebelum kami mengambil alihpemerintahan terdapat bermacam sukatan pelajaran - kurikulum yang mendidiktaat setia kepada keluarga di raja, sukatan pelajaran ala komunis, dan kurrikulumyang diperkenalkan oleh bermacam pihak. Oleh demikian, pelajar-pelajar menjadi bingung. Kami sudah pun dapat menyatukan semua kurikulum yangbercanggah-canggah itu.

Baru-baru ini kami membuka semula Fakulti Perubatan di Kandahar dan lain-lainbandar utama di Afghanistan. Terdapat lebih pelajar wanita dari lelaki yangmengikuti kursus perubatan tersebut. Tetapi mereka diasingkan. Dan pihakSweden telah membantu mendirikan sekolah-sekolah perempuan. Memangnya

masih tidak mencukupi, tetapi ini sahaja yang kami mampu buat masa ini.

Siapa Osama Bin Laden

Osama bin Laden Kami juga dituduh membiayai keganasan. Dan nampaknyabagi orang Amerika keganasan itu hanyalah Osama bin Ladin. Sekarang sayaingin memberitahu anda semua bahawa Osama bin Laden sudah menetap diAfghanistan selama 17 tahun, iaitu sebelum Taliban wujud. Bin Laden sudahlama berada di Afghanistan untuk memerangi Soviet Union, dan Ronald Reagan,presiden Amerika ketika itu, juga Dick Chenney, telah memberi sanjungankepada Osama bin Laden dan kumpulannya sebagai pejuang-pejuangpembebasan (freedom fighters) atau wira-wira yang memperjuangkankemerdekaan (Heroes of Independence), sebab perjuangan Bin Laden dankumpulannya ketika itu sejajar dengan dasar 

Amerika menentang Soviet Union.Tetapi sekarang ini bila Soviet Union sudah runtuh dan berpecah, orang-orangseperti Bin Ladin tidak lagi diperlukan oleh Amerika, dan Amerika melabelmereka sebagai pengganas dan diburu. Dari disanjung sebagai wira-wira kepadadiburu sebagai pengganas-pengganas Islam. Kaedahnya agak sama denganYasser Arafat yang dulunya pengganas tetapi sekarang di anggap wira (bonekabarat). Sebenarnya tidak ada beza antara keganasan yang Osama bin Ladendituduh melakukan dengan kekejaman serangan missiles berpandu pada 1998ke atas Afghanistan. Kedua-duanya tidak diisytiharkan terlebih dahulu, dankedua-duanya membunuh orang awam. Jika tindakan keganasan yang BinLaden dituduh melakukan itu sesutau yang sangat kejam, maka seranganmissiles Amerika keatas Afghanistan juga sesuatu tindakan yang sangat kejamkerana orang-orang awam telah terbunuh.

5 PaRaDoX / [email protected]© All Right Reserved Presented 2006

Page 6: Siapa Taliban

8/14/2019 Siapa Taliban

http://slidepdf.com/reader/full/siapa-taliban 6/8

INFORMATION of ELAKSAMANA

Kerajaan United States cuba membunuh Osama bin Laden tanpa memberibeliau terlebih dahulu pengadilan. Pada tahun 1998 pihak US menyerangAfghanistan dengan missiles, dan pihak US dengan selamba mengumumkanmereka cuba hendak membunuh Osama bin Laden. Pada ketika itu Osama binLaden tidak dikenali oleh orang-orang Afghanistan. Saya sendiri tidak kenal

padanya. Oleh demikian kami semua terperanjat. Saya antara ramai yangberada di rumah pada malam tersebut. Saya dipanggil hadhir mesyuarattergempar dan kami diberitahu bahawa United States telah menyerangAfghanistan. Dengan 75 cruise missiles Amerika cuba membunuh satu orang.Dan mereka gagal menemui sasaran, dan yang dibunuh adalah 19 orang kanak-kanak sekolah, dan Amerika tidak pernah meminta maaf atas pembunuhantersebut. Syor-Syor Taliban Berhubung Osama Bin Laden tidak diterima.

Kami bersikap terbuka dalam isu Osama bin Laden. Kami telah menyatakan jikaOsama bin laden benar-benar terlibat dalam serangan keatas kepentingan US diKenya/Tanzania, jika boleh diberi kami buktinya bahawa Osama bin Laden

memang terlibat, kami pasti akan menghukum beliau. Tidak sesiapa dapatmemberi kami bukti tersebut. Kami membawa beliau ke pengadilan selama 45hari dan tidak sesiapa pun memberi kami sebarang apa bukti. United Statesmemberitahu kami bahawa mereka tidak percayakan sistem kehakiman kami.

Kami hairan apakah sistem kehakiman yang mereka amalkan. Bukankah merekabaru sahaja cuba membunuh seorang tanpa terlebih dahulu memberi orang itupengadilan yang saksama. Kami di Afghanistan, jika seseorang itu dianggappenjenayah, pihak polis kami tidak akan pergi memusnahkan rumah orang itu,beliau akan diheret terlebih dahulu ke mahkamah. Syor kami yang pertama telahditolak. US berkata mereka tidak percaya dengan sistem kehakiman kami, olehitu kami kena serahkan Osama bin Laden. Kami mencadangkan pula dihantar keAfghanistan satu pasukan pemantau antarabangsa untuk mengesan aktivitiOsama bin Laden, supaya beliau tidak boleh lakukan apa-apa. Kami telah punmerampas segala alat komunikasi kepunyaannya. Syor kami ini juga ditolak.Syor kami yang ketiga pada 6 bulan yang lepas adalah kami bersedia menerima

 jika Osama bin Laden dibawa ke pengadilan di negara Islam ketiga. Ini juga telahturut ditolak oleh US. Afghanistan bukan negara terrorist. Kami tidak punberupaya membuat jarum oleh itu bagaimanakah kami boleh menjadi ancamankepada dunia ini?

6 PaRaDoX / [email protected]© All Right Reserved Presented 2006

Page 7: Siapa Taliban

8/14/2019 Siapa Taliban

http://slidepdf.com/reader/full/siapa-taliban 7/8

INFORMATION of ELAKSAMANA

Pengganas Sebenar 

Sebenarnya negara yang membuat senjata nuklear yang boleh membunuhberjuta manusia yang patut dipanggil negara terrorist. Dan bukannya kami.Sekatan Ekonomi

Kini kami dikenakan sekatan ekonomi yang menimbulkan banyak masalah. Kamitelah menderita begitu lama - 23 tahun berperang, infrastruktur kami habismusnah, masalah orang pelarian, dan masalah periuk api yang sengaja ditanamoleh Russia di ladang-ladang kami --- tetapi tiba-tiba Bangsa-bangsa Bersatudengan hasutan Russia mengenakan sekatan ekonomi keatas Afghanistan. Dansekatan ekonomi itu dikuatkuasakan. Beratus kanak-kanak mati setiap bulankerana kekurangan makanan dalam keadaan iklim yang sejuk.Antara Patung dan Anak Kecil

Dunia buat tidak peduli. Tetapi dunia mengambil berat tentang patung-patung

yang dimusnahkan. Pemulihan patung, tetapi manusia dibiarkan mati Keranadunia memusnahkan masa depan kami dengan sekatan ekonomi, maka duniatiada hak merasa bimbang terhadap warisan kami. Kami memusnahkan patung-patung Buddha tersebut ekoran dari langkah UNESCO dan sebuah NGO dariScandinavia yang datang dengan projek untuk memulihkan muka-muka patung-patung tersebut yang sudah dihakis oleh hujan. Majlis Rakyat Afghanistanmemohon agar duit untuk memulihkan patung-patung tersebut digunakan untukmenyelamatkan nyawa kanak- kanak Afghanistan yang kebuluran akibat sekatanekonomi PBB. Tetapi UNESCO dan NGO tersebut menjawab,"Tidak boleh, duitini hanya untuk patung-patung." Rakyat Afghanistan berasa terlalu marah keranapihak UNESCO dan NGO yang berkenaan menganggap orang Afghanistansebagai sampah. Dan orang Afghanistan pun berkata, kalau kamu tidaklangsung pedulikan anak- anak kami yang kebuluran itu, kami akan musnahkanpatung-patung tersebut. Kalau kamu berada dalam keadaan sedemikian apakahyang akan kamu lakukan? Anak-anak kamu hendak mati di depan mata kamu,kamu dibawah sekatan ekonomi, dan orang-orang yang mengenakan sekatanekonomi keatas kamu itu telah datang untuk membaik pulih patung-patung. Apayang akan kamu lakukan?

Siapa Kofi Annan

Kofi Annan, Setiausaha Agong Bangsa-Bangsa Bersatu. Dia pergi ke Pakistandan berjanji untuk menemui wakil Afghanistan di sana. Tetapi orang bernamaKofi Annan ini tidak langsung mahu ambil peduli penderitaan anak-anak kamiakibat sekatan ekonomi PBB. Kofi Annan juga tidak langsung mahu bercakaptentang penderitaan 6 juta rakyat kami yang tinggal di perkhemahan-perkhemahan pelarian. Kofi Annan enggan sama sekali untuk membincangkanmasalah kemiskinan di Afghanistan. Kofi Annan hanya mahu membincangkanpasal patung-patung Buddha yang ingin dibaik pulih itu.

7 PaRaDoX / [email protected]© All Right Reserved Presented 2006

Page 8: Siapa Taliban

8/14/2019 Siapa Taliban

http://slidepdf.com/reader/full/siapa-taliban 8/8

INFORMATION of ELAKSAMANA

Ini benar-benar tidak patut. Mereka ini tidak langsung ambil peduli penderitaananak-anak kami atau orang-orang Afghanistan kami yang hampir mati keranakebuluran dan tidak cukup ubatan akibat sekatan ekonomi mereka. Yang merekapentingkan adalah patung-patung. Maka kami memusnahkan patung-patungtersebut. Dan saya percaya sekatan ekonomi yang dikenakan keatas negara

kami, Afghanistan, tidak akan diubah selagi kami tidak mengubah pengangan(agama Islam) kami, dan sememangnya kami tidak akan sekali-kali berganjak,kerana bagi kami pegangan (agama Islam) kami adalah segala- galanya.Sesiapa yang cuba memaksa kami mengubah pegangan agama kami dengansekatan eknomi tidak akan berjaya.

Mungkin cara ini boleh berjaya di Amerika, sebab di Amerika ekonomi dan duititu adalah segala-galanya. Tetapi bagi kami agama Islam kami adalahsegala-galanya. Dan kami berpegang teguh kepada kepercayaan adalah lebihbaik mati kerana agama kami daripada hidup yang sia-sia.."

8 PaRaDoX / [email protected]© All Right Reserved Presented 2006