siapa rumpun bangsa melayu - ringkasan kertas kerja kolukium no 8

39
SIAPA RUMPUN BANGSA MELAYU? PERKEMBANGAN DAN KEHEBATANNYA PADA ZAMAN SILAM Profesor Dato’ Dr Wan Hashim Haji Wan Teh, Fakulti Pengajian Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur Kertaskerja Kolokium Membina Kedaulatan Melayu Islam di Nusantara anjuran Ikatan Muslimin Malaysia Tarikh: 9hb-10hb November, 2013 Tempat: Puri Pujangga, UKM.

Upload: luqman-afifi

Post on 09-Nov-2015

270 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

Cubaan

TRANSCRIPT

SIAPA RUMPUN BANGSA MELAYU? PERKEMBANGAN DAN KEHEBATANNYA PADA ZAMAN SILAM

SIAPA RUMPUN BANGSA MELAYU?PERKEMBANGAN DAN KEHEBATANNYAPADA ZAMAN SILAMProfesor Dato Dr Wan Hashim Haji Wan Teh,Fakulti Pengajian Pengurusan Pertahanan,Universiti Pertahanan Nasional Malaysia,Sungai Besi, Kuala LumpurKertaskerja Kolokium Membina Kedaulatan Melayu Islam di Nusantaraanjuran Ikatan Muslimin MalaysiaTarikh: 9hb-10hb November, 2013Tempat: Puri Pujangga, UKM.Manusia Kuno Di Alam MelayuDapatan-dapatan dari carigali arkeologi juga telah menunjukkan bahawa sejak sekitar 35,000 tahun dahulu, manusia moden atau homo sapiens sapiens telah pun menjadi penghuni di benua Sunda atau AlamMelayu ini.

Siapakah Orang Melayu?Istilah atau penggunaan perkataan Melayu hari ini mempunyai tiga pengertian dan dalam konteks yang berbeza.Pengertian pertama selalunya digunakan dalam konteks di Indonesia, iaitu Melayu sebagai salah satu daripada beberapa suku bangsa atau etnik seperti orang-orang Jawa, Acheh, Bugis, Makassar, Bali, Mandailing, Batak, Korinchi, Banjar, Rawa, Lampong, Minangkabau, Boyan, Madura,Patani, Manado, Toraja, dan sebagainya.Masih digunapakai di Indonesia yang merujuk kepada mereka yang mendiami di Kepulauan Riau dan pantai timur Sumatera dan bertutur dalam bahasa Melayu riau sebagai bahasa pertama dan bahasa ibunda.Siapakah Orang Melayu?Di Malaysia, gerakan nasionalisme Melayu pada tahun-tahun 30an dan 40an telah meleburkan pemisahan di antara suku-suku bangsa atau etnik ini dengan menjadikan mereka semua sebagai bangsa Melayu atau a Malay nation.Hasilnya, timbul konsepsi Melayu kedua, seperti yang dimaktub di dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai tiga ciri-ciri utama seperti berikut; iaitu seseorang yang bertutur dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pertama, beragama Islam, dan berpegang kepada adat resam yang lazimnya diamalkan oleh orang-orang Melayu. Konsep Melayu kedua ini agak terbuka dengan membolehkan mereka yang asalnya bukan dari keturunan Melayu (Arab, India, China, Eropah) menjadi orang Melayu ataupunmasuk Melayu setelah memenuhi ketiga-tiga ciri-ciri di atas memeluk agama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adat resam Melayu dan kemudiannya mengaku diri mereka sebagai orang Melayu.Siapakah Orang Melayu?Pengertian Melayu ketiga membawa maksud satu kelompok bangsa yang besar atau ras (Inggeris race) atau rumpun bangsa (a racial stock). Ia adalah istilah yang digunapakai oleh penyelidik dalam bidang antropologi dan sosio-linguistik; juga di gunakan oleh UNESCO merujuk kepada penduduk asal di Semenanjung dan Gugusan Pulau-Pulau Melayu yang kini lebih di kenali sebagai Alam Melayu atau the Malay World.Ia adalah konsepsi budaya yang tidak menjadikan agama Islam sebagai salah satu takrifan Melayu sepertimana orang-orang Filipina, etnik Batak atau Bali dan penduduk asal di Pulau Taiwan dikategorikan sebagai rumpun Melayu.*Syarahan kertas kerja ini berkaitan pada penakrifan konsep ketiga bukan penakrifan sebagaimana dalam konsepsi kedua berdasarkan apa yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia sekarang sebabnya ialah pada zaman dan kelompok manusia yang diwacanakan dalam Syarahan ini, agama Islam belum lagi menjadi salah satu ciri jatidiri yang penting kepada orang Melayu ketika itu.Siapakah Orang Melayu?Kumpulan-kumpulan yang yang tergolong dalam ras atau rumpun Melayu itu termasuklah penduduk pribumi Pulau Taiwan yang bukan dari bangsa Han (China), etnik Cham dan beberapa suku bangsa asal-pribumi di Semenanjung Indo-China (Vietnam dan Kemboja), etnik keturunan Melayu Patani di Thailand, seluruh penduduk asal di Malaysia, Filipina, Indonesia, Singapura dan Brunei serta suku bangsa Merina di Pulau Malagasi (Madagascar). Saudara terdekat kepada rumpun atau ras Melayu itu ialah bangsa Polinesia yang tersebar secara meluas di Kepulauan Pasifik sehingga kke Pulau Hawaii, New Zealand, dan lain-lain lagi, dipercayai berasal dari Alam Melayu dan mempunyai akar bahasa yang sama, iaitu Austronesia. Siapakah Orang Melayu?Stamford Raffles menulis; I cannot but consider the Malay Nation as one people, speaking one language though spread over so wide a space, preserving the character and customs , in all the maritime states, lying between Sulu Seas and Southern Oceans (On the Malay Nation, Asiatic Researcher, 1816). Dalam tradisi serta ilmu pelayaran dan sebagai pelaut, apakah benar bangsa Melayu pernah mendahului bangsa-bangsa lain termasuk orang Eropah? Seorang pengkaji Eropah John Tiffany, mempunyai jawapan yang agak dramatik lagi indah terhadap persoalan ini: The Melayu people might reasonably be called the Vikings of the Orient.Magnificient instinctive shipbuilders, renowned among the worlds finest sailors, they take to the water like fish, and conquered a godly portion of the globe before being themselves discovered by Europeans. Indeed, they crossed the Indian Ocean to discover and settle in the island of Madagascar at a time when Europeans, by and large, were still steering fearfully clear of the open ocean. Mighty mariners and master traders, many of these seafaring tribes possess the amazing art of psycho-navigation, finding a sort of sixth sense.Siapakah Orang Melayu?Gambaran yang tepat mengenai perahu atau kapal Melayu dan bangsa Polinesia pada awal Kurun Masehi agak sukar di perolehi.Salah satu daripadanya adalah cacatan seorang sejarahwan Portugis Gasper Correla 1496-1511 yang ikut sama menyertai armada Portugis untuk menawan Melaka pada awal abad ke-16 dengan membuat perbandingan kapal Melayu Melaka dengan kapal Portugis Flor De La Mar; diantara Her sides were so high that no one dared to board her from any of the Portuguese ships, naos, caravellas, and gales, and she remained unscatched by the Portuguese fire because she had four layers of sheating, and the largest Portuguese artillery could only penetrate two. At length, the governor sent out his own nao, the Flor de Lar Mar. In spite of this, the jong managed to fend off the Portuguese attacks for two days and two nights and only succumb when the Portuguese succeeded in removing her rudders which she carried outside as on the barges of Ribatejo.Siapakah Orang Melayu?Harus di ingat bahawa Barbosa jugalah yang membuat gambaran secara kiasan perbandingan antara Melaka dengan kota yang paling makmur di Eropah pada akhir abad ke 15, Venice bahawa (diterjemah secaraharafiah) ,Barangsiapa menguasai Melaka saperti mempunyai kedua belah tangannya di leher kota Venice (Whoever controls Melaka has his hands on the throat of Venice.)Duarte Barbosa menulis pada 1518 KM mengenai orang Melayu menyebut; Mereka ini yang menganuti agama Islam dan mempunyai bahasa sendiri di kenali sebagai Malaios. Mereka amat menjunjung tinggi terhdap al-Quran dari Muhammad. Mereka sentiasa bersih, dari keturunan baik-baik, amat meminati music, amat penyayang serta mudah mesra. (These as I say are Moors with their own distinct language and are called Malaios. These Malaios hold the Alcoran of Mafamede (sic) in great veneration. They are polished and wellbred, fond of music, and given to love) (dipetik oleh Tunku Luckman Sinar Sinar S.H.,1994,9). Siapakah Orang Melayu?Vallentijn menulis pada tahun 1712 menyebut; Orang Melayu sangat cerdik, sangat pintar dan manusia yang sangat sopan di seluruh Asia. Juga sangat baik, sopan santun, lebih pembersih dalam cara hidupnya dan pada umumnya begitu segak-bergaya sehingga tiada manusia lain yang boleh di bandingkan dengan mereka. Pada umumnya mereka penggembira (petikan dari Tengku Luckman Sinar, SH, 1994,10). Asas-asas Teori Melayu Berasal Dari Selatan ChinaTeori asal Usul Rumpun Melayu yang di katakana berasal dari Wilayah Yunan, selatan benua China.Dicipta berasaskan kepada saranan dua orang sarjana etnografi (pengkaji budaya) Sarasin bersaudara (P. & F.) pada tahun 1892-93 kira-kira 100 tahun yang lalu.Tidak dirujuk kerana masih bersifat spekulatif

Percangahan dan Penolakan Teori Migrasi dari Utara ke SelatanThe first domestication of plants was done by people of the Hoabinhian culture, somewhere in South East Asia, probably as early as 15,000 B.C. The Neolithic (Late Stone Age) cultures of North China developed out of the Hoabinhian culture of South East Asian originIt might have been South East Asia rather than West Asia as the cradle of human civilization. (de Silva, A History of Sri Lanka, 1984).Membawa dua implikasi besar tentang kehidupan dan perkembangan tamadun penduduk asal di Benua Sunda atau Alam Melayu:Pertama, Alam Melayu sudah mempunyai penghuninya sebagai penduduk tetap lebih tujuh belas ribu tahun yang lalu.Implikasi kedua ialah tamadun awal kegiatan bercucuk tanam bermula lebih awal di Benua Sunda-Alam Melayu dan kemudiannya mula berkembang ke utara hingga ke benua China dan bukan sebaliknya seperti yang di anjurkan oleh pendokong teori migrasi penduduk dari utara ke selatan itu.Percangahan dan Penolakan Teori Migrasi dari Utara ke SelatanDengan ini dapat dirumuskan bahawa tidak ada bukti secara empirikal dan etnografi bahawa rumpun atau ras Melayu itu berasal dari Wilayah Yunnan, selatan negeri China.Lagipun, telah dibuktikan di atas bahawa tarikh atau zaman migrasi itu di katakana berlaku pada sekitar 3,500 B.C. adalah amat baru di bandingkan dengan dapatan carigali arkeologi bahawa moyang rumpun Melayu sudah tinggal menetap lebih darpada 15,000 tahun yang lalu (dianggarkan diantara 15,000 hingga 35,000 tahun oleh Profesor Nik Hassan Suhaimi, 1994)Adalah di percayai bahawa gendang-gendang dongsong itu di perbuat oleh petukang-petukang mahir rumpun Melayu yang berada di bawah Kerajaan Champa di pesisir pantai Semenanjung Indo-China atau semasa Kerajaan Langkasuka di utara Semenanjung. Ia tersebar secara meluas di seluruh Alam Melayu hingga ke wilayah selatan negeri China menerusi jaringan perdagangan antara wilayah dan benua yang sudah mula berkembang sejak awal Kurun Masehi, pada mulanya melalui jalan-jalan di pedalaman melalui sungai dan kemudiannya semakin meluas melalui jalan laut di antara kota-kota pelabuhan dan negara kota.Migrasi Secari Terus Ke Benua Sunda-Alam Melayu?Mengikut kajian menggunakan kaedah mtDNA juga, terdapat beberapa gelombang migrasi keluar dari benua Afrika menuju ke arah timur dan akhirnya memasuki Benua Sunda yang saiznya pada ketika itu di anggarkan tiga kali ganda saiz benua India sekarang.Kabilah yang pertama di katakana tiba sekitar 74,000-76,000 S.M., iaitu beberapa tahun sebelum keletusnya gunung berapi Toba di Sumatera yang mengegarkan dunia di mana sebahagian muka bumi di kawasan ini tidak dapat menerima cahaya matahari lebih kurang tiga tahun lamanya. Di andaikan semua ahli kabilah migran gelombang pertama itu pupus dan musnah kerana di timbus oleh lahar Gunung Toba atau mengalami kesukaran mendapatkan air dan makanan kerana bumi di tutupi oleh lahar akibat letusan itu.Migrasi Secari Terus Ke Benua Sunda-Alam Melayu?Sesudah itu, barulah tiba kabilah-kabilah yang berbagai warna kulit dari rumpun atau ras yang berbeza memasuki Benua Sunda. Di antaranya termasuklah kabilah yang agak besar menuju ke benua Asia kawasan utara yang kini di kenali sebagai ras Mongoloid atau the yellow raceDi antara beberapa gelombang penghijrahan ini, terdapat kabilah-kabilah yang tiba di Alam Melayu pada sekitar 3,500-4,500 S.M. yang terdiri daripada dua golongan bertaraf bangsawan; pertama ialah anak cucu dari keturunan Raja Khurus atau Cyrus the Great berasal dari Parsi, yang di sebut dalam Surah al-Kaf kitab suci al-Quran sebagai Raja Zulkarnain. Penulis buku Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu telah membuat kesilapan dengan mengaitkan keturunan raja-raja Melayu yang tiba di Bukit Siguntang dengan Raja Iskandar Zulkarmain putera Raja Phillips dari Makaduniah. Beliau sebenarnya adalah Raja Khurus atau Cyrus the Great yang hidup pada zaman Nabi Ibrahim Alaihissallam pada sekitar 5,000 S.M.( lihat Afareez Abd Razak, 2009). Kumpulan kedua berstatus bangsawan juga adalah dari zuriat keturunan Nabi Ibrahim dengan isterinya yang ketiga berasal dari sebuah penempatan bernama Kemboja, wilayah Parsi. Kelompok ini juga berhijrah ke arah timur dan memasuki Alam Melayu ketika sebahagian daripada kawasan dataran Pentas Sunda telah di tenggelami air laut. Mereka ini di beri nama Bani Jawi oleh pengkaji dan penulis Arab, istilah yang paling awal di gunakan merujuk kepada ras atau rumpun bangsa Melayu.

BAHAGIAN KEDUA : MELAYU DIASPORAMELAYU DIASPORAIstilah atau konsep Melayu diaspora mula digunakan oleh penulis ini pada akhir tahun 1980an atau awal 1990anIa merujuk kepada kelompok rumpun Melayu dari rantau Asia Tenggara dan Alam Melayu ini (Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand, Kambodia, Vietnam, Myanmar, dan Filipina) yang telah berhijrah ke luar dari lingkungan Negara-negara di Alam Melayu bermula pada Kurun Masehi ke-5 atau ke-6 sehingga memasuki zaman penjajahan oleh kuasa-kuasa Barat. Ia termasuk penghijrahan yang berlaku pada zaman Kerajaan Sri Wijaya, kerajaan Majapahit sehingga memasuki zaman Kerajaan Melaka dan sesudahnya. MELAYU DIASPORAPada zaman pra-penjajahan, migrasi berlaku kerana mencari atau untuk membuka penempatan baru seperti penghijrahan ke Pulau Madagaskar atau penghijrahan bagi tujuan perdagangan. Kecuali penghijrahan ke Pulau Madagaskar yang relatifnya besar sehingga membolehkan rumpun Melayu yang tiba di sana membina sebuah kerajaan pertama di pulau itu yang di kenali sebagai Merina Kingdom.Penghijrahan ke kawasan-kawasan lainnya seperti ke pantai timur benua Afrika tidak begitu besar bilangannya untuk membolehkan mereka membuka perkampungan atau penempatan dan berjaya mengekalkan jati diri mereka sebagai rumpun Melayu yang berbeza daripada penduduk pribumi yang asal di penempatan baru itu.MELAYU DIASPORABerbeza dengan penghijrahan pada zaman penjajahan kuasa Barat di mana sebahagian besar rumpun Melayu diaspora itu masih dapat mengekal jati diri mereka sebagai orang Melayu walaupun mereka sudah melalui proses asimilasi ke dalam masyarakat majoriti yang dominan.PENJAJAHAN MEWUJUDKAN MELAYU DIASPORAKedatangan Portugis yang berjaya bertapak di Melaka mulai 1511 telah mengakibat berlakunya penghijrahan secara yang agak terhad orang Melayu ke Sri Lanka.Penjajah Belanda yang tiba beberapa puluh tahun kemudian daripada kedatangan Portugis melalui penubuhan Dutch East India Company pada 1602 telah membawa kesan yang lebih besar berkaitan dengan diaspora rumpun Melayu dari negeri-negeri Melayu di Semenanjung dan terutama sekali dari Indonesia ke beberapa buah Negara di luar Alam Melayu. Sebahagian besar orang Melayu yang berjumlah sekitar 60,000 yang kini menetap di Sri Lanka dan kesemua mereka yang berada di negara-negara seperti Afrika Selatan (dianggarkan 600,000), negeri Belanda, dan Surinam di Selatan Amerika adalah di bawa oleh Belanda ke sana sama ada sebagai hamba, buangan politik, banduan, buruh kontrak, atau kaum merdahika.PENJAJAHAN MEWUJUDKAN MELAYU DIASPORASpanyol tertumpu kepada penguasaan di wilayah Kepulauan Filipina dengan berjaya menamatkan pemerintahan Kesultanan Manila di Pulau Luzon serta mengkristiankan majoriti penduduk pribumi di wilayah utara kepulauan itu. Namun, Spanyol tidak berjaya meluaskan penguasaan dan penjajahannya ke wilayah selatan di Pulau Mindanao dan Kepulauan Sulu oleh kerana penentangan yang hebat dari masyarakat Islam di sana. Diaspora rumpun Melayu Filipina juga tidak berlaku kerana penjajah Spanyol tidak berminat untuk membuka negaranya kepada penduduk dari benua Asia. Perancis menumpukan dominasi negaranya ke wilayah Semenanjung Indo-China khususnya di negara Vietnam dan Kembodia . Ia membawa kepada perang pembebasan untuk mencapai kemerdekaan di susuli oleh perang saudara yang amat panjang di antara golongan penganut ideolog komunisme-sosialisme. Dalam masa perang saudara inilah, ramai penduduk rumpun Melayu yang beragama Islam telah terkorban oleh kekejaman regim komunis yang berjaya mengambil aleh kuasa di kedua-dua negara Vietnam dan Kambodia. Sebahagian mereka yang bernasib baik atau mampu membiayai perjalanan ke luar negara telah bermigrasi ke Perancis, Amerika Syarikat, serta sebagai pelarian perang di Malaysia. PENJAJAHAN MEWUJUDKAN MELAYU DIASPORAPenjajahan Inggeris lebih tertumpu kepada membawa masuk buruh asing yang murah dari negeri China dan India untuk membangun ekonomi kolonial dengan menggunakan modal besar dalam pelaburan perlombongan dan perusahaan getah serta hasil galian lain yang amat di perlukan oleh negara-negara Eropah yang sedang melalui proses Revolusi Industri. Oleh itu, diaspora rumpun Melayu ke luar Alam Melayu amatlah terbatas pada era penjajahan Inggeris. Di sebaliknya, Inggeris telah mewujudkan kelompak diaspora (bermigrasi keluar Negara) yang besar bagi kalangan orang-orang China dan India yang berhijrah ke merata dunia terutama ke negara-negara wilayah Alam Melayu.Penghijrahan mereka ke luar dari wilayah Alam Melayu telah bermula pada abad ke 19 secara kecil-kecilan apabila rumpun Melayu dari negeri-negeri Melayu utara Semenanjung atau Selatan Thailand (wilayah Patani, dll) dan juga Melayu dari Semenanjung dan Singapura belayar ke Timur Tengah untuk menuntut ilmu disamping untuk menunaikan fardhu haji. Sebahagian mereka ini akhirnya memilih untuk terus tinggal menetap di sana dengan mewujudkan satu lagi komuniti Melayu diaspora di luar Alam Melayu. Bagi orang-orang Arab, mereka ini di kenali sebagai Orang Jawi manakala negeri atau wilayah asal mereka iaitu Alam Melayu di kenali sebagai Tanah Jawi, satu nama yang sudah di gunakan oleh bangsa Arab sejak ribuan tahun yang lalu.Kajian Perbandingan Rumpun Melayu Di Sri Lanka, Afrika Selatan, Australia, dan Arab SaudiLatarbelakang Sejarah Penghijrahan :Ketika penjajah Portugis dan Belanda mula tiba di Alam Melayu pada awal abad ke-16 dan ke-17 KM, perdangan hamba abdi masih berleluasa dan merupakan salah satu sumber pendapatan para pedagang. Penduduk di Semenanjung dan Kepulauan Melayu juga tidak terkecuali daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia ini. Ada dua tempat perdagangan manusia : 1. Ceylon (ada kawasan diberi nama Slave Island) 2. Pelabuhan Cape Colony di wilayah Western Cape, Afrika Selatan. Kajian Perbandingan Rumpun Melayu Di Sri Lanka, Afrika Selatan, Australia, dan Arab Sauditerdapat golongan pesalah atau banduan yang di buang negeri oleh penjajah Belanda ke Ceylon dan Afrika Selatan. Di antaranya termasuklah putera-putera raja dan alim ulama berwibawa yang bangkit menentang penjajah Belanda yang berjaya di tangkap di seylongkan, satu istilah bermaksud di buang negeri sama ada ke Ceylon atau lebih jauh lagi ke Western Cape di Afrika Selatan. Terdapat juga kaum merdahika yang secara sukarela telah memilih untuk menyertai pasukan tentera upahan semasa Portugis menguasai Melaka untuk selama 129 tahun (1511-1640) dan semasa Belanda menguasai Melaka untuk selama 183 tahun (1641-1824). Terdapat juga mereka dari Kepulauan yang menyertai tentera upahan Belanda.Kajian Perbandingan Rumpun Melayu Di Sri Lanka, Afrika Selatan, Australia, dan Arab Sauditerdapat golongan pelaut terutama sekali para pedagang Melayu yang belayar jauh menyusuri sepanjang pantai benua India untuk membawa barang dagangan sehingga tiba di Timur Tengah serta pantai barat benua Afrika.Sejak Islam bertapak kukuh di Alam Melayu bermula pada abad ke-15 dan ke-16 Kurun Masehi. Ada orang Melayu secara kecil-kecilan merentas Lautan Hindi untuk sampai ke Timur Tengah bagi tujuan menunaikan fardhu haji dan sebilangan mereka datang untuk menuntut ilmu bagi tujuan menyebarkan dakwah Islamiah apabila kembali semula ke Jawi (Alam Melayu) nanti. Bagaimanapun, komuniti Melayu diaspora yang terdapat di kota suci Makkah dan Medinah serta di kota pelabuhan Jeddah hari ini adalah hasil penghijrahan yang berlaku pada abad ke-19 sehingga sepanjang abad ke-20. Walaupun terdapat mereka yang berasal dari Malaysia, Singapura dan Indonesia, sebahagian besar mereka yang sudah puluhan se- hingga seratus tahun lebih menetap di sana adalah dari rumpun Melayu Patani, Selatan Thailand.Kajian Perbandingan Rumpun Melayu Di Sri Lanka, Afrika Selatan, Australia, dan Arab SaudiDi Australia, orang-orang Melayu yang mula tiba di sana secara kecil-kecilan adalah semasa sebelum Perang Dunia Kedua meletus. Di bawa oleh syarikat-syarikat perusahaan industri mutiara yang berpusat di bandar kecil Broome. Penghijrahan secara besar-besaran orang Melayu ke sana bermula pada tahun-tahun 1960an dan 1970an disebabkan oleh kepadatan penduduk Melayu di Pulau Cocos yang di susuli kemudian oleh mereka dari Pulau Kerismas kerana pengecilan serta penutupan kilang-kilang perusahaan fosfat di pulau itu. Ini di ikuti pula oleh penghijrahan golongan professional dan semi-profesional di antara 10 ke 20 tahun lalu yang mempunyai kelulusan serta kepakaran yang sesuai dengan keperluan tenaga kerja di sana.Kajian Perbandingan Rumpun Melayu Di Sri Lanka, Afrika Selatan, Australia, dan Arab SaudiKegiatan Ekonomi dan Pekerjaan :Bagi kumpulan kecil kaum merdahika ini, mereka di Ceylon telah menyertai pasukan bersenjata yang di kenali sebagai Ceylon Rifle Regiment yang wujud di antara 1800-1877 manakala mereka di wilayah Western Cape menyertai pasukan tentera upahan Belanda tetapi kemudiannya di serap ke dalam angkatan tentera Inggeris sebagai Cape Malay Frontier. Hamba terikat dengan hutang tuan-tuan mereka. Banduan sehingga dilepaskan. Sebahagian mereka dan anak-anak mereka kemudiannya menyertai pasaran pekerjaan buruh manakala sekumpulan kecil di antaranya mulai memperolehi kebolehan membuat kerja-kerja. Berubah dengan ketaranya pada abad ke-20. Kemajuan dalam bidang ini lebih menyerlah dalam kalangan rumpun Melayu Cape di Afrika Selatan.Kajian Perbandingan Rumpun Melayu Di Sri Lanka, Afrika Selatan, Australia, dan Arab Saudikedua-dua rumpun Melayu di Arab Saudi dan Australia, usia mereka masih agak muda. Di Arab Saudi, kemajuan yang di capai oleh generasi kedua dan ketiga agak ketara dan menyerlah. Melalui pendidikan yang di beri percuma, mereka berjaya mencapai kemajuan sehingga membolehkan mereka menyertai bidang bidang professional.bagi rumpun Melayu yang kini menetap di Australia Barat, terutama kumpulan mereka yang di kaji yang berasal dari Pulau Cocos dan Pulau Kerismas. generasi kedua yang mendapat pendidikan menengah dan tinggi menampakkan potensi mereka untuk meninggalkan pekerjaan tradisi ibu bapa mereka sebagai pekerja kolar biru. Pun, kejayaan mereka ini masih belum begitu ketara seperti yang telah di capai oleh masyarakat Melayu Cape atau Melayu di Arab Saudi.Kajian Perbandingan Rumpun Melayu Di Sri Lanka, Afrika Selatan, Australia, dan Arab SaudiKegiatan Dalam Urusan Agama dan Pertubuhan Sosial :kelompok Melayu Cape khususnya di banda raya Cape Town dan wilayah Eastern Cape adalah cemerlang dan amat menyerlah dalam kedua-dua dimensi ini. Sheikh Yusuf Makassar sebagai buangan politik pada 1694 bersama-sama 3 orang isteri, lebih 30 orang pembantu dan pengikutnya telah mencipta satu sejarah penting lagi istimewa. Setelah meninggal, murid dan pengikutnya meneruskan usaha murni untuk mengembang serta memperkukuh agama Islam di wilayah Timur Cape. Diperkukuh dan di perkembang secara lebih terbuka oleh seorang lagi tokoh buangan politik dari Kerajaan Tidore di Kepulauan Ternate kira-kira seratus tahun kemudian, Iman Abdullah Kadi Abdussallam, dengan secara gigih telah memulakan pendidikan ilmu Islam dengan secara lebih formal dan terbuka melalui penubuhaan madrasah atau sekolah agama rakyat. Apa yang istimewa, Islam tiba dan dikembangkan di Afrika Selatan oleh para ulama dari Alam Melayu. GERAKAN SOSIO-POLITIK : perkahwinan campuran di antara penghijrah dari Alam Melayu dengan mereka dari keturunan Turki seperti Imam Abu Bakar Effendy yang telah melahirkan Achmat Effendy yang merupakan anak Melayu pertama bertanding dalam Pilihanraya Umum untuk merebut kerusi parlimen bagi wilayah Eastern Cape. seorang lagi anak Melayu hasil kahwin campuran dengan bangsa Scotts. Dr Abdul Rahman merupakan Presiden African Political Organisation (APO) yang pertama yang mendahului Nelson Mandela melalui badan politik yang di tubuhnya, African National Congress untuk membela dan mendesak agar kaum kulit berwarna dan hitam juga di terima untuk terlibat dengan secara aktif dalam gelanggang politik.

Kajian Perbandingan Rumpun Melayu Di Sri Lanka, Afrika Selatan, Australia, dan Arab SaudiArab Saudi, masyarakat Melayu di sana menggunakan institusi masjid dan jaringan ahli keluarga besar dan jiran tetangga untuk sekali sekala berhimpun seperti pada majlis kenduri perkahwinan ataupun ketika menyambut perayaan hari raya Aidil Fitri. Sheikh Abdul Qadir al-Mandailingi murupakan satu-satunya anak Melayu di lantik untuk menduduki Majlis Pentadbiran Masjid al-Haram. Beliau juga merupakan satu-satunya penduduk bukan dari keturunan Arab yang di beri kebenaran mengajar di Masjidil al-Haram.Kajian Perbandingan Rumpun Melayu Di Sri Lanka, Afrika Selatan, Australia, dan Arab SaudiRumpun Melayu di Australia boleh di anggap sebagai sebuah masyarakat baru yang berusia sekadar 40 ke 50 tahun sahaja. Sebahagian besar mereka tiba di tanah besar selepas Perang Dunia Kedua. Agama Islam agak terabai dan dari segi amalan juga tidak begitu di titik berat > berpindah ke tanah besar 90an-70an terdedah kepada pengajaran agama Islam malanngnya melalui gerakan arqam dan tarikat Mufaridia.

Kajian Perbandingan Rumpun Melayu Di Sri Lanka, Afrika Selatan, Australia, dan Arab SaudiPersoalan Budaya dan Jati Dirimenjadi persoalan apabila mengkaji sesuatu kelompok minoriti dalam konteks masyarakat majoriti ialah setakat manakah kelompok minorit i itu berjaya mengekal ciri-ciri identiti mereka yang asal. 1. Latarbelakang Sejarah Asal Usul mereka, 2. bahasa ibunda atau bahasa pertama (Australia, kesemua yang berasal dari Pulau Cocos dan Pulau Kerismas tidak fasih bertutur dalam bahasa Inggeris, bahasa Melayu loghat Indonesia adalah bahasa pertama dan bahasa utama mereka.), 3. Agama, (agama Islam merupakan unsur jati diri yang amat penting untuk memperkenalkan diri mereka sebagai orang Melayu. Malah pada zaman awal ketibaan masyarakat Melayu dan kelompok lain yang bergama Islam di Afrika Selatan,kesemua mereka yang beragama Islam di masukkan ke dalam kelompok dan di takrif sebagai Cape Malay atau orang Melayu Cape walaupun mereka tidak semestinya berketurunan Melayu. Dia tidak di anggap sebagai orang Melayu. Ini bermakna bahawa agama Islam merupakan teras atau ciri utama sebagai jati diri kepada orang Melayu), 4. Kebudayaan. (perkara-perkara tertentu yang asas sahaja iaitu aspek lahiriah seperti pakaian, makanan, dan kesenian serta aspek bukan lahiriah iaitu norma dan nilai.)Kajian Perbandingan Rumpun Melayu Di Sri Lanka, Afrika Selatan, Australia, dan Arab SaudiBerpegang teguh kepada agama Islam, amalan berbudi bahasa serta mudah mesra, serta masih tetap mengaku diri mereka sebagai orang Melayu adalah tiga unsur utama sebagai teras kepada jati diri rumpun Melayu diaspora yang kini berada di luar Alam Melayu.RUMPUN MELAYUKecemerlangan Masa Silam, Kemunduran Masa Kini?

RUMPUN MELAYUKecemerlangan Masa SilamRumpun bangsa Melayu pada suatu ketika dahulu pernah tiba ke satu tahap kecemerlangan, tetapi kedudukan mereka kemudiannya adalah dalam keadaan kemunduran, atau lebih tepat lagi secara relatifnya ketinggalan. Beratus atau beribu tahun Sebelum Masehi, bangsa Melayu telah mula membina perahu-perahu layar atau perahu bersayap (outrigger boat) yang mampu merentas selat dan lautan khususnya Lautan Pasifik dan Atlantik Untuk selama 2,000 tahun sehingga kurun ke-15, rumpun Melayu adalah satu-satunya manusia yang menguasai lautan di dunia sebelah timur ini, bukan sekadar sebagai pelayar dan pelaut tetapi juga menguasai ilmu dan jaringan perdagangan jarak jauh. (Profesor Syed Husin Alatas melalui karya besarnya Myth of the Lazy Native (1975)).Dalam masa 1,500 tahun juga bermula pada awal Kurun Masehi sehingga memasuki abad ke-16, rumpun Melayu dari pelbagai suku bangsa telah membina puluhan kerajaan bermula daripada Kerajaan Funan dengan disusuli oleh Kerajaan Champa yang menguasai seluruh Semenanjung Indo-China menguasai seluruh sempadan utara Alam Melayu benua. Ini di susuli oleh pembukaan negara-negara kota serta pelbagai kerajaan yang meliputi seluruh Semenanjung Melayu dan Alam Melayu kepulauan, termasuk kerajaan pertama di Pulau Madagaskar. Kemuncak kepada perkembangan ini adalah Empayar Sriwijaya di antara abad ke-7 sehingga abad ke-13, Empayar Melaka pada abad ke-15 dan Kerajaan Islam Patani di antara abad ke-16 sehingga awal abad ke-20.RUMPUN MELAYUKemunduran Masa Kini?kedatangan bangsa Eropah sebagai kuasa penjajah yang rakus lagi agresif mulai kurun ke-16 telah berjaya melemahkan kuasa dan kekuatan bangsa Melayu yang secara alamiah lebih besifat akomodatif, tidak agresif , serta lebih mementingkan bekerjasama daripada persaingan . Ini meletakkan bangsa Melayu semakin ketinggalan jauh di belakang. Kerana sifat-sifat atau tabii bangsa Melayu yang tidak agresif dan lebih mementingkan kerjasama dan akomodasi, negara-negara Funan dan Champa di Semenanjung Indo-China berjaya di musnahkan.Melayu di Semenanjung dan seluruh wilayah kepulauan termasuk Filipina, Indonesia dan Brunei, untuk selama lebih 400 tahun penduduknya berada di bawah cengkaman penjajah Portugis, Belanda, Sepanyol, Jepun dan Inggeris secara silih berganti.Amat malang sekali bahawa bangsa Melayu tidak pernah bersatu tenaga untuk membina upaya bagi memerangi kuasa-kuasa penjajah ini. Walaupun sebahagian besar bangsa Melayu bermula pada abad ke-15 sudah menganuti agama Islam, tetapi mereka tidak mempunyai daya tahan, daya saing, dan daya juang yang sama jika di bandingkan dengan bangsa-bangsa lain yang juga telah menganuti agama Islam seperti di India

RUMPUN MELAYUKemunduran Masa Kini?Dan keadaan kemunduran ini masih berada bersama-sama bangsa Melayu sepanjang abad ke-20 yang lalu walaupun negara-negara yang masih di kuasai oleh rumpun bangsa Melayu seperti Filipina, Brunei, Indonesia, dan Malaysia sudah mencapai kemerdekaan . Dalam bidang ekonomi perdagangan dan perniagaan serta dalam bidang pendidikan juga, terutama jurusan profesional, etnik minoriti China secara relatifnya sedang berada jauh di hadapan dalam kesemua negara-negara rumpun Melayu ini.KESIMPULANKESIMPULANTelah di rumuskan bahawa rumpun bangsa Melayu untuk selama kira-kira 1,500 tahun mempunyai pencapaian dan tamadun silam yang cemerlang di bandingkan dengan bangsa-bangsa lain di dunia terutama bangsa Eropah. Tetapi kecemerlangan itu tidak berjaya di pertahankan, malah telah di musnahkan oleh bangsa-bangsa Eropah yang berjaya menguasai negara dan wilayah di Alam Melayu ini. Sehingga ke hari ini, kedudukan rumpun bangsa Melayu dan rumpun bangsa Polinesia di Lautan Pasifik rata-ratanya masih jauh daripada tahap untuk mencapai kecemerlangan.