si camar yang berjasa

3
Si Camar yang Berjasa Di dalam sebuah lautan, ada dua ekor ikan yang bernama Cik Kembung dan Cik Tamban sedang mencari makanan. Kedua- dua ekor ikan ini memakan alga dan organisma kecil lain. Sewaktu makan, Cik Tamban terlihat seekor burung camar berlegar-legar di angkasa. Cik Kembung! Cik Kembung! Lihat burung camar itu berlegar-legar di angkasa sambil memerhatikan kita berdua, kata Cik Tamban. Lebih baik kita berenang ke dasar laut. Jika tidak, kita pasti menjadi mangsa Si Camar, kata Cik Kembung. Di mana kita nak makan? Hendak makan pun susah kalau ada Si Camar, rungut Cik Tamban. Cik Kembung, bagaimana jika kita bunuh kesemua burung camar itu supaya tiada sesiapa lagiyang mengganggu kita mencari makan, Cik Tamban memberi cadangan kepada Cik Kembung. Bagus juga cadangan itu, Cik Tamban, sokong Cik Kembung sambil mengangguk-angguk. Perbualan mereka didengari oleh Sang Penyu yang kebetulan berenang berhampiran mereka berdua. Siapa yang awak hendak bunuh, Cik Tamban? Kenapa marah sangat? tanya Sang Penyu. Oh, Sang Penyu. Terkejut saya tiba-tiba sahaja awak muncul, kata Cik Tamban. Kami sedang berbincang bagaimana hendak membunuh haiwan yang mengganggu kami mencari makanan, Cik Kembung pula bersuara. Si Camar sering berada di tempat kami mencari makanan. Bagaimana kami hendak makan kerana takutkan Si Camar menangkap kami pula? terang Cik Kembung. Jadi awak hendak bunuh Si Camar? tanya Sang Penyu. Cara paling mudah ialah memberi racun kepada kaum camar, jawab Cik Tamban. Jika awak memberi racun kepada Si Camar, awak akan turut terkena racun. Racun itu akan mengalir ke dalam ekosistem laut kita. Kita juga yang susah, kata Sang Penyu. Mungkin kita akan sakit atau lebih teruk lagi kita mungkin mati, sambung Sang Penyu lagi. Cik Tamban dan Cik Kembung terdiam mendengar kata- kata Sang Penyu. Mereka tahu apa yang dikatakan oleh Sang Penyu adalah benar. Adakah awak tahu Si Camar yang membolehkan kamu mendapat makanan? tanya Sang Penyu pula. Kami makan alga. Apa kaitan alga dengan Si Camar? kata Cik Kembung. Burung camar tinggal di kawasan berbatu di tepi laut. Mereka makan, membuang najis dan tinggal di kawasan tersebut. Maka najis burung camar yang membolehkan alga-alga itu membiak dan subur, terang Sang Penyu.

Upload: ping-lik-ling

Post on 30-Nov-2015

282 views

Category:

Documents


23 download

DESCRIPTION

cerita kanak-kanak

TRANSCRIPT

Page 1: Si Camar Yang Berjasa

Si Camar yang Berjasa

Di dalam sebuah lautan, ada dua ekor ikan yang bernama Cik

Kembung dan Cik Tamban sedang mencari makanan. Kedua-dua ekor

ikan ini memakan alga dan organisma kecil lain.

Sewaktu makan, Cik Tamban terlihat seekor burung camar

berlegar-legar di angkasa.

“Cik Kembung! Cik Kembung! Lihat burung camar itu berlegar-legar

di angkasa sambil memerhatikan kita berdua,” kata Cik Tamban.

“Lebih baik kita berenang ke dasar laut. Jika tidak, kita pasti menjadi

mangsa Si Camar,” kata Cik Kembung.

“Di mana kita nak makan? Hendak makan pun susah kalau ada Si

Camar,” rungut Cik Tamban.

“Cik Kembung, bagaimana jika kita bunuh kesemua burung camar

itu supaya tiada sesiapa lagiyang mengganggu kita mencari makan,” Cik

Tamban memberi cadangan kepada Cik Kembung.

“Bagus juga cadangan itu, Cik Tamban,” sokong Cik Kembung

sambil mengangguk-angguk.

Perbualan mereka didengari oleh Sang Penyu yang kebetulan

berenang berhampiran mereka berdua.

“Siapa yang awak hendak bunuh, Cik Tamban? Kenapa marah

sangat?” tanya Sang Penyu.

“Oh, Sang Penyu. Terkejut saya tiba-tiba sahaja awak muncul,” kata

Cik Tamban.

“Kami sedang berbincang bagaimana hendak membunuh haiwan

yang mengganggu kami mencari makanan,” Cik Kembung pula bersuara.

“Si Camar sering berada di tempat kami mencari makanan.

Bagaimana kami hendak makan kerana takutkan Si Camar menangkap

kami pula?” terang Cik Kembung.

“Jadi awak hendak bunuh Si Camar?” tanya Sang Penyu.

“Cara paling mudah ialah memberi racun kepada kaum camar,”

jawab Cik Tamban.

“Jika awak memberi racun kepada Si Camar, awak akan turut

terkena racun. Racun itu akan mengalir ke dalam ekosistem laut kita. Kita

juga yang susah,” kata Sang Penyu.

“Mungkin kita akan sakit atau lebih teruk lagi kita mungkin mati,”

sambung Sang Penyu lagi.

Cik Tamban dan Cik Kembung terdiam mendengar kata-kata Sang

Penyu. Mereka tahu apa yang dikatakan oleh Sang Penyu adalah benar.

“Adakah awak tahu Si Camar yang membolehkan kamu mendapat

makanan?” tanya Sang Penyu pula.

“Kami makan alga. Apa kaitan alga dengan Si Camar?” kata Cik

Kembung.

Page 2: Si Camar Yang Berjasa

“Burung camar tinggal di kawasan berbatu di tepi laut. Mereka

makan, membuang najis dan tinggal di kawasan tersebut. Maka najis

burung camar yang membolehkan alga-alga itu membiak dan subur,”

terang Sang Penyu.

“Kalau begitu, tanpa najis burung camar mungkin alga sukar hidup?”

Cik Kembung bertanya lagi.

“Tiada burung camar maka tiadalah alga. Tiada alga kita juga tidak

akan mendapat makanan,” tambah Cik Tamban pula.

“Bijaknya Sang Penyu. Nasib baik awak mendengar perbualan

kami. Jika tidak, kami semua akan mati kelaparan,” puji Cik Kembung.

“Bukan awak berdua sahaja, saya juga akan mati. Penyu juga

bergantung kepada alga untuk terus hidup dan membesar,” balas Sang

Penyu.

Cik Kembung dan Cik Tamban sedar bahawa setiap organisma

yang dijadikan Tuhan mempunyai peranan masing-masing. Mereka tidak

boleh pentingkan diri sendiri.

Mereka hidup di dalam sebuah ekosistem yang sama dan

mempunyai kaitan dalam rantaian makanan. Kepupusan salah satu sistem

rantaian makanan akan menyebabkan organisma lain turut terjejas.

Page 3: Si Camar Yang Berjasa

a

c

b