si bongkok tanjung puteri sinopsis ringkas

3
SI BONGKOK TANJUNG PUTERI Sinopsis Kisah Si Bongkok Tanjung Puteri menjadi sebutan dan sanjungan orang-orang Johor terutama mereka yang tinggal di sekitar Kuala Sungai Johor, Pengerang, Pulau Ubin, Kukub, Pantai Changi dan Selat Tebrau. Si Bongkok merupakan pengisahan lagenda dan dimartabatkan sebagai wira sebagai pejuang menentang penjajahan Inggeris. Fizikalnya menurut riwayat merupakan seorang yang cacat. Badannya bongkok arah ke kanan. Tangan kirinya cengkong dan mukanya herot bengkak sebelah kanan. Walaupun cacat tetapi semangatnya kuat dan tidak mahu tunduk kepada penjajah. Dia juga sanggup menentang adik kandungnya sendiri kerana mereka berlainan ideologi. Kisah bermula pada sekitar tahun 1850an apabila Sultan Ali iaitu putera Sultan Hussain Muhammad Shah menuntut takhta pemerintahan Johor yang dulunya dikenali dengan nama Tanjung Puteri daripada Temenggong Ibrahim. Penyerahan kuasa pemerintahan Sultan Husain kepada pemegang amanah (caretaker) Temenggong Ibrahim untuk memerintah Tanjung Puteri semasa usia Sultan Ali masih kecil dan tindakan

Upload: mfaeez-fiz

Post on 11-Dec-2014

250 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ada yg ada fakta dan maklumat lengkap nak share tak. Interesting story

TRANSCRIPT

Page 1: Si Bongkok Tanjung Puteri Sinopsis Ringkas

SI BONGKOK TANJUNG PUTERI

Sinopsis

Kisah Si Bongkok Tanjung Puteri menjadi sebutan dan sanjungan orang-orang Johor terutama mereka yang tinggal di sekitar Kuala Sungai Johor, Pengerang, Pulau Ubin, Kukub, Pantai Changi dan Selat Tebrau.

Si Bongkok merupakan pengisahan lagenda dan dimartabatkan sebagai wira sebagai pejuang menentang penjajahan Inggeris. Fizikalnya menurut riwayat merupakan seorang yang cacat. Badannya bongkok arah ke kanan. Tangan kirinya cengkong dan mukanya herot bengkak sebelah kanan. Walaupun cacat tetapi semangatnya kuat dan tidak mahu tunduk kepada penjajah. Dia juga sanggup menentang adik kandungnya sendiri kerana mereka berlainan ideologi.

Kisah bermula pada sekitar tahun 1850an apabila Sultan Ali iaitu putera Sultan Hussain Muhammad Shah menuntut takhta pemerintahan Johor yang dulunya dikenali dengan nama Tanjung Puteri daripada Temenggong Ibrahim.

Penyerahan kuasa pemerintahan Sultan Husain kepada pemegang amanah (caretaker) Temenggong Ibrahim untuk memerintah Tanjung Puteri semasa usia Sultan Ali masih kecil dan tindakan Temenggong Ibrahim dalam menafikan hak Sultan Ali ketika dewasa menyebabkan permulaan pengkisahan.

Penafian hak sebagai doktrin utama pengkisahan Temenggong Ibrahim menganggap Sultan Ali tidak layak memerintah Tanjung Puteri kerana baginda seorang yang boros dan suka bermain Judi. Tambahan pula Temenggong bersengkokol dengan Inggeris untuk memerintah membangkitkan semangat rakyat menentang perjanjian tersebut.

Page 2: Si Bongkok Tanjung Puteri Sinopsis Ringkas

Si Bongkok tidak setuju dengan tindakan Temenggong Ibrahim mengenepikan hak Sultan Ali dan beliau bertambah marah bila mendapat tahu pihak Britis telah dipelawa untuk campur tangan di Tanjung Puteri.

Pemberontakan Si Bongkok pun berusaha untuk mengembalikan kekuasaan Sultan Ali dengan cara menyerang kapal-kapal dagang kepunyaan British yang menuju ke Singapura. Tindakan Si Bongkok ini mendapat persetujuan daripada Sultan Ali. Beliau di bantu oleh Mat Derus seorang pahlawan yang terkenal ketika itu. Mat Derus menyerang kapal dagang Inggeris yang melalui Mersing dan Kuala Sedili manakala Si Bongkok pula di Selat Tebrau dan kawasan sekitarnya.

Akibatnya ekonomi Inggeris di Singapura hampir lumpuh kerana para pedagang takut kerana banyak kapal yang di bakar dan para pedagang di tangkap atau di bunuh kerana dianggap bersubahat dengan Inggeris.

Bila merasakan ekonominya mula tergugat maka British mengadakan perjanjian dengan Temenggong Ibrahim dan dalam perjanjian itu Temenggong Ibrahim mesti menghapuskan kegiatan lanun di perairan Johor dan kawasan sekitarnya.