porfolio pandu puteri

30
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN 27200 KUALA LIPIS PAHANG DARUL MAKMUR UNIT BERUNIFORM WAJ 3110 PORTFOLIO PERSATUAN PANDU PUTERI KADET NAMA PELAJAR : CLARA BEATRICE ANAK LOGIE NO K.P : 900812-13-6688 KUMPULAN/UNIT : PISMP TESL 1 (SK) SEMESTER III NAMA PENSYARAH : CIK HAJAR NURSYIDA

Upload: claire-bl

Post on 09-Dec-2014

1.371 views

Category:

Documents


91 download

DESCRIPTION

portfolio pandu puteri untuk unit beruniform

TRANSCRIPT

Page 1: Porfolio Pandu Puteri

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

27200 KUALA LIPISPAHANG DARUL MAKMUR

UNIT BERUNIFORMWAJ 3110

PORTFOLIO PERSATUAN PANDU PUTERI KADET

NAMA PELAJAR : CLARA BEATRICE ANAK LOGIE

NO K.P : 900812-13-6688

KUMPULAN/UNIT : PISMP TESL 1 (SK) SEMESTER III

NAMA PENSYARAH : CIK HAJAR NURSYIDA

TARIKH SERAHAN : APR 2013

Page 2: Porfolio Pandu Puteri

KANDUNGAN FAIL

1. Sejarah Unit Beruniform Riwayat hidup pengasas

Sejarah & perkembangan kepanduan WAGGGS, PPPM, Negeri/BPG,

Daerah & Sekolah.

2. Struktur dan organisasi pertubuhan Struktur & organisasi peringkat antarabangsa (WAGGGS)

Struktur dan organisasi peringkat kebangsaan (PPPM)/ negeri/BPG,

daerah/IPG.

Struktur dan organisasi peringkat sekolah dan kumpulan.

Fungsi majlis tertinggi

3. Perlembagaan Pertubuhan Prinsip-Prinsip Asas Pertubuhan

Perlembagaan Pertubuhan

Lambang, cogan kata, lagu dan bendera Pertubuhan

4. Pengurusan dan Pentadbiran Struktur Unit

Laporan Aktiviti

Pakaian Seragam Ahli & Pemimpin

Takwim & Rancangan Aktiviti

Anugerah & Penilaian

5. Disiplin dan Kerohanian Persetiaan dan Undang- Undang Pertubuhan

Lagu-lagu Patrioktik & Pertubuhan

6. Asas Pertolongan Cemas Tujuan & Prinsip PC

Anduh & Balutan

Merawat luka, gigitan

Melecur, pitam, patah

Keracunan, terseliuh

Pemulihan pernafasan

7. Asas Kawad Kaki Kawad kaki

Page 3: Porfolio Pandu Puteri

Bahasa Hukuman

Pergerakan dan Formasi Kawad

8. Istiadat Istiadat Perhimpunan

Istiadat Melantik

Istiadat Meningkat Naik

Istiadat Penyampaian Lencana

Istiadat Bendera

Page 4: Porfolio Pandu Puteri

Sejarah Bermulanya Kepanduan Di Malaysia 

1917

Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballard di Perempuan Methodist, Kuala Lumpur, dibantu oleh tiga orang pemimin berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford, Cik King dan Cik Pykett. Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri India dan dikelolakan di bawah YWCA. Lady Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya

1919 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang

1921 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Perak

1920an Pek Tunas Puteri yang pertama pula ditubuhkan di Sekolah Perempuan Kampung Baru, Kuala Lumpur

1923 Penubuhan Pasukan Kadet Pandu Puteri Pulau Pinang

1924 Pasukan Pandu Puteri Negeri Sembilan ditubuhkan pada tahun 1924

1925 Pasukan Pandu Puteri Melaka ditubuhkan

1925Penubuhan Unit Renjer Puteri Pulau Pinang.

Puan P.M. Robinson dilantik sebagai Ketua Unit Renjer Puteri Malaya.

1928

Kepanduan mula mendapat perhatian pihak kerajaan yang berkuasa pada masa ini. Kerajaan Negeri-Negeri Selat serta Kerajaan Persekutuan telah memberi pengiktirafan rasmi dalam bentuk sokongan dan kerjasama seterusnya memberi sumbangan dan peruntukan tahunan sebanyak dua ribu ringgit.

Page 5: Porfolio Pandu Puteri

1932Pasukan Pandu Puteri Johor dan Pasukan Pandu Puteri Kedah ditubuhkan dan merupakan Pasukan Pandu Puteri yang pertama mengadakan kegiatan dalam bahasa Melayu.

1934 Ketua Pengakap Lord Baden Powell Dan Ketua Olave, Lady Baden Powell telah mengadakan lawatan ke Malaya.

1937-1946Kegiatan kepanduan di Malaya tergendala disebabkan perubahan takhta pemerintahan kerajaan yang mana Malaya mula diperintah oleh kerajaan Jepun.

1947

Kegiatan kepanduan yang tergendala telah dihidupkan semula dengan usaha-usaha menggalakkan lebih ramai lagi penyertaan gadis-gadis remaja apabila penubuhan Pasukan Pandu Puteri dilancarkan di semua negeri Persekutuan Tanah Melayu. 

Beberapa orang ahli pandu puteri dan pemimpin dari PPPM telah mengambil bahagian dalam perhimpunan antarabangsa buat pertama kalinya.

1948-1960 Sekali lagi kegiatan kepanduan tergendala akibat pengisytiharan darurat di seluruh negara.

1957

Persatuan Pandu Puteri Malaya diterima bergabung dengan WAGGGS (Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia). Perjanjian Pandu Puteri yang diubahsuai untuk memenuhi keperluan negara mula digunakan.

1960 PPPM telah diterima sebagai Ahli Tenderfoot WAGGGS, dalam Persidangan Dunia ke-17 di Athens, Greece.

1962PPPM telah diberi penghormatan menjadi penganjur dan tuan rumah Persidangan Pemimpin Pandu Puteri Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Disember.

1964

Dame Leslie Whateley, Pengarah Biro Dunia telah memberi Pengiktirafan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, gabungan Persatuan Pandu Puteri Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) hasil dari pembentukan negara Malaysia pada 1963.

1967-1976 Sambutan Tahun Jubli Emas 50 Tahun disambut meriah dengan aktiviti – aktiviti Perkhemahan Jubli Emas.

1969

Perletakkan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat, Wisma Pandu Puteri oleh DYMM Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Intan Zaharah Ibni Almarhum Tengku Seri Setia Raja Terengganu.

Page 6: Porfolio Pandu Puteri

1977-1986

Sambutan Tahun Jubli Intan disambut dengan Jambori Jubli Intan, Penubuhan Guild Trefoil Malaysia, Bengkel Penyediaan Buku Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang (DPU) Perkhemahan dan Perkhemahan Antarabangsa KEMMAS. Majlis Kebangsaan bersetuju menukarkan BROWNIE kepada TUNAS PUTERI. Pakaian seragam baru untuk Pandu Puteri, Tunas Puteri dan Pemimpin mula digunakan di seluruh negara.

1986 PPP Selangor dipecahkan untuk membentuk PPP Wilayah Persekutuan dan PPP Selangor.

1987-1996

Merupakan tahun-tahun Kepanduan sebagai satu cabaran yang dimulakan dengan sambutan 70 Tahun Kepanduan di Malaysia secara besar-besaran di seluruh negara. PPPM telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Jawatankuasa Asia Pasifik, Persidangan Ketua Pesuruhjaya Komanwel dan Jambori pandu Puteri Kebangsaan. Satu lagi detik sejarah PPPM ialah penubuhan Majlis Kadet Pandu Puteri Maktab Perguruan Malaysia di mana semua urusan latihan dan program kepanduan guru-guru pelatih dipertanggungjawabkan kepada Pesuruhjaya Kadet Pandu Puteri yang setaraf dengan Pesuruhjaya Negeri. Pelbagai Projek seperti Our Water Our World, Cleanathon, Round Robin, Kem Cabaran 96 telah dilaksanakan.

1997 Sambutan 80 Tahun PPPM dengan Semangat Keamanan dan Harmoni bermula.

1998 Sempena SUKOM ’98 di Malaysia, PPPM telah menganjurkan Perkhemahan Komanwel ’98.

1999Bagi menyahut cabaran perkembangan era ICT, Laman Web PPPM telah mula dilancarkan dengan peningkatan maklumat dari semasa ke semasa.

2000 8 – 15 Febuari – Laporan Kemajuan WAGGGS ke atas Persatuan Pandu Puteri Malaysia oleh Jan Mac Intyre.Lawatan ke Selangor, Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Melancarkan Projek Biskut dan Penyerahan Jalur Gemilang – Ketua Kontinjen Bilateral Exchange Programme with China.

Majlis Menandatangani Laman Web Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Pesta Tunas Puteri Antarabangsa 2000 / International Brownies Festival 2000. di UITM Shah Alam Selangor. Tema Kerjasama Sejagat Ke Arah Kesejahteraan Sedunia’ (Global Cooperation For A Better World) 11

Page 7: Porfolio Pandu Puteri

negara mengambil bahagian.

20 – 26 November – Aktiviti Antarabangsa;‘Bilaterial Exchange Programme Between Girl Guides Association Malaysia with The Chinese Young Pioneers’ (Program Pertukaran Malaysia – China)

2001

7-12 September – Kem Integrasi 2001:Kem ini yang disertai oleh peserta dari dalam dan luar negara dari Maldives, Korea dan Pakistan telah diadakan di Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ, Sekakap, Mersing, Johor.

Projek Asia Pasifik: PPPM – Fiji GGA: Lend A Hand

2002

April – Majlis Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah, Bekas Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Sambutan menyambut sempena 85 tahun Kepanduan di Malaysia.

2003

Projek Khidmat Hospital Majlis Renjer Puteri Kebangsaan telah dilancarkan di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Projek berterusan ini akan diadakan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bulan Oktober sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Tema yang ditetapkan ialah "Kami Membawa Keriangan". Ahli Pandu Puteri Renjer akan berkhidmat di wad kanak-kanak (pediatrik).

Projek "Lids for Limbs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Projek Bungkusan Kasih atau "Peace Packs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

2004 Seramai 55 orang ahli Renjer Puteri dan Pemimpin mencipta sejarah mendaki Gunung Kinabalu dengan menyertai Ekspedisi Kinabalu Rakan Muda yang bertemakan "Menuju ke Puncak". Seramai 49 ahli berjaya ke Puncak.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia dipilih sebagai salah satu organisasi ahli WAGGGS untuk projek International Signature Programme (ISP), satu kerjasama antara The UPS Foundation, WAGGGS dan PPPM. Melalui projek ini, PPPM menerima geran daripada The UPS Foundation selama tiga tahun untuk mencapai beberapa matlamat.

Page 8: Porfolio Pandu Puteri

Cycleton Puteri Terengganu (Ogos 2004) - 290 ahli Pandu Puteri dan Renjer Puteri berbasikal 300 km merentasi negeri Terengganu bagi menjana dana untuk kanak-kanak kurang upaya dan sakit kronik. Hasil kutipan dana telah dimasukkan ke Tabung Amal Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu.

Ekspedisi Berbasikal Pulau Pinang (Oktober 2004) berjaya memasuki Malaysian Book of Records sebagai "Ekspedisi Berbasikal Wanita yang Terbesar di Malaysia".

2005

21 - 23 Februari - Pada pertama kalinya "GirlGuides' Summit" diadakan di Hotel Kuala Lumpur International untuk ahli-ahli kepanduan lepasan sekolah. Seramai 105 orang peserta mengambil bahagian. Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Kebangsaan dengan tema "Makanan" turut diadakan di acara ini.

Sebanyak 4,581 "Peace Packs" telah dihantar ke Iraq. Pengurusan penghantaran dibuat oleh Kementerian Luar Negeri dan kos penghantaran dibiayai oleh Kementerian Pertahanan.

16 - 17 April - Kursus Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS WAGGGS diadakan di Wisma Pandu Puteri dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia. Seramai 23 orang Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS berjaya dihasilkan.

16-19 Ogos - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Perhimpunan Agung Pertama Sahabat Asia Pasifik WAGGGS (Friends of Asia Pacific WAGGGS) yang diadakan di Kuantan, Pahang dan disertai oleh 190 orang peserta dari 12 negara.

17 Ogos - Majlis Pelantikan KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, D.K.; D.K. (Johor); S.P.M.J. sebagai Penaung Di Raja Sahabat Rantau Asia Pasifik WAGGGS di Kuantan, Pahang September - Mesyuarat Meja Bulat di Sungai Petani, Kedah bagi membincangkan Perlembagaan baru PPPM 20 Oktober - YABhg Datin Paduka Seri Endon Mahmood, Yang Di Pertua PPPM kembali ke Rahmatullah.

2006 Januari - Perubahan nama bahagian dalam PPPM berkuatkuasa:

Nama Lama Nama Baru

Tunas Puteri Pandu Puteri Tunas

Page 9: Porfolio Pandu Puteri

Pandu Puteri Pandu Puteri Remaja

Renjer Puteri Pandu Puteri Renjer

Kadet Puteri Pandu Puteri Kadet

Pek Tunas Puteri / Pasukan Pandu Puteri / Unit Renjer Puteri diubah kepada Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja dan Pasukan Pandu Puteri Renjer.

13-17 Mac - Perkhemahan Pandu Puteri Remaja Peringkat Kebangsaan diadakan di Kem Bina Negara, Kaki Bukit, Perlis dan dihadiri oleh 600 orang peserta.

1 - 6 April - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Seminar Penilaian Signature Programme Volunteerism yang dihadiri 27 peserta dari Malaysia, Hong Kong, Mexico, Afrika Selatan serta pegawai dari Biro Dunia WAGGGS, APCO Worldwide dan Points of Lights Foundation. Ketua Eksekutif WAGGGS, Lesley Bulman-Lever dan Pengarah Global Projek, Brenda Fitzpatrick bersama dengan rombongan PPPM mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan YB Puan Komala Devi, Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Malaysia. Para peserta juga menghadiri Majlis Santapan bersama SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah, Penaung Di Raja PPPM.

26 April - 1 Mei -Ekspedisi Berakit Menyusuri Sungai Pahang. Ekspedisi 5 hari 4 malam sejauh 180 km disertai 140 orang ahli dan sukarelawan Pandu Puteri. PPPM mendapat hadiah Penyertaaan Terbanyak.

9 Jun - Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibentang dan diluluskan oleh Majlis Kebangsaan, berkuat kuasa serta-merta.

9 Jun - Pelancaran projek khidmat masyarakat yang baru "Program Etika Bendera: Kesedaran dan Penjagaan" telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan di Hotel Sutera Harbour, Kota Kinabalu.

Julai - Modul Program Pandu Puteri Siswi dimantapkan Oktober - Projek Perintis Kempen Pendaftaran Pasukan dan Ahli dijalankan di kesemua 9 daerah di negeri Selangor.

Page 10: Porfolio Pandu Puteri

2007

Januari - Pelaksanaan Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 

Januari & Februari - Siri Bengkel Berfikir secara Kreatif "Scientific Creative Thinking"diadakan untuk ahli lepasan sekolah dengan kerjasama Empowering Potential Consultancy.

19 Januari - Majlis Persembahan Selepang kepada SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah sebagai Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Istana Negara

1 April - PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang ke-9

3 - 9 Jun - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada "9th Asia Pacific Regional Conference and 3rd Friends of Asia Pacific WAGGGS Gathering". Kedua-dua acara ini diadakan di Sunway Resort dan dihadiri oleh 200 orang dari 22 negara di Rantau Asia Pasifik. Seramai 50 orang ahli dan sukarelawan PPPM berkhidmat sebagai sukarelawan di acara ini. Delegasi Malaysia ke Persidangan Rantau Asia Pasifik dianggotai oleh enam orang, termasuk dua orang Pemimpin Muda.

6 Jun - Forum Belia bertajuk "Voice of Girls and Young Women" diadakan sempena Persidangan Rantau Asia Pasifik. 100 orang ahli Pandu Puteri Remaja dari Malaysia dan Singapura mengambil bahagian.

7 Jun - Perjumpaan Ketua Eksekutif WAGGGS, Mary McPhail dengan ahli PPPM

6 September - Kunjungan Hormat kepada YABhg Datin Seri Jeanne Abdullah, Yang Di Pertua baru PPPM

9 Oktober - Lawatan Mesra YB Dato' Seri Azalina binti Dato' Othman Said, Menteri Belia dan Sukan bersama rombongan Kementerian Belia dan Sukan ke Wisma Pandu Puteri

25 November - Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-90 Persatuan Pandu Puteri Malaysia

2008 19 Januari - Pelancaran "Kempen Mega Pendaftaran Keahlian Peringkat Kebangsaan" di Sungai Petani, Kedah

Page 11: Porfolio Pandu Puteri

6 - 12 Julai - Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghadiri Persidangan Dunia WAGGGS Ke-33 di Afrika Selatan dan membentangkan pembidaan untuk Persidangan Dunia Ke-34, tahun 2011 

17 - 22 Ogos - Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja diadakan di Kem Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Perkhemahan ini dihadiri oleh 500 peserta dari Malaysia, Maldives, Singapura, Sri Lanka, Hong Kong dan United Kingdom

TUJUAN PERSATUAN PANDU PUTERI

MALAYSIA

Page 12: Porfolio Pandu Puteri

PPPM mempunyai tujuan mendidik, melatih dan mengembangkan potensi semua ahli persatuan ini supaya menjadi warga negara yang peka, berwibawa, berketerampilan dan berdisiplin.

Harapan PPPM adalah untuk menghasilkan insan yang taat dan setia, berguna, cekap dan amanah, bertimbang rasa, mempunyai inisiatif, berdaya kreatif, dan selalu sedia memberi khidmat untuk membantu orang lain. Untuk mencapai tujuan murni tersebut, pendidikan dan latihan melalui program Pandu Puteri mengutamakan sistem berkumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama dalam pergerakan Pandu Puteri seluruh dunia.

PIAGRAM

Page 13: Porfolio Pandu Puteri

Persatuan Pandu Puteri Malaysia sentiasa:

Menyediakan latihan Pandu Puteri yang berkualiti

Menerapkan sifat-sifat kepemimpinan yang tulin melalui Program Pandu Puteri

Melahirkan ahli yang berkaliber

Menonjolkan ahli yang mempunyai nilai-nilai murni

Menampilkan ahli sebagai warga negara yang sihat dan berguna

Menggalakkan ahli berbakti secara sukarela tanpa apa-apa ganjaran

NILAI-NILAI TERAS

Page 14: Porfolio Pandu Puteri
Page 15: Porfolio Pandu Puteri

PERSETIAAN PANDU PUTERI

Bahawa Dengan Sesungguhnya

Saya Berjanji Dan Bersetia

Dengan Sedaya Upaya Menunaikan Kewajipan Saya

Kepada Tuhan

Raja Dan Negara Saya Malaysia

Menolong Orang Setiap Masa, dan

Mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri

UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI

Seorang pandu puteri boleh dipercayai

Page 16: Porfolio Pandu Puteri

LAMBANG PANDU PUTERI

Page 17: Porfolio Pandu Puteri

L LEMAH LEMBUT

A AMANAH

M MESRA

B BIJAKSANA

A ALIM

N NAIF

G GIGIH

P PINTAR

A ABADI

N NAIF

D DINAMIK

U UNTUNG

P PEKA

U ULUNG

T TULUS

E EMOSIONAL

R RAMAH

I IKHLAS

Page 18: Porfolio Pandu Puteri

 LENCANA PANDU PUTERI MALAYSIA

Lencana Pandu Puteri Malaysia hampir sama bentuknya dengan lencana Pandu Puteri Sedunia

Reka bentuk Lencana Pandu Puteri Malaysia ini diperkenalkan dan digunakan dalam bulan Januari 1962 .

Lencana dicipta oleh Cik Mary Bowers , Pesuruhjaya Latihan di IbuPejabat Pandu Puteri Malaysia .

Lencana ini mempunyai lambang daun atau cabang trefoil yang melambangkan tiga bahagian dalam ikrar Pandu Puteri .

Bintang pecah empat belas melambangkan 13 buah negeri di Malaysia dan satu pecahan lagi menghala keatas melambangkan jarum kompasyang boleh dianggapkan sebagai petunjuk ke jalan yang sebenar .

“ Pandu Puteri “ ialah “ Girl Guides “ .

Lencana ini dipinkan di tali leher ahli Pandu Puteri dan kadet semasa upacara perlantikan .

Page 19: Porfolio Pandu Puteri

Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia

• Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri.

• Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia.

• Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia.

BENDERA PANDU PUTERI

Page 20: Porfolio Pandu Puteri

WORLD SONGOur Way Is Clear as We March OnAnd See Our Flag On HighIs Never Furled Throughout The WorldFor Hope Shall Never DieWe Must Unite For What Is RightIn Friendship True And StrongUntil The Earth In Its RebirthShall Sing Our Song (2x)

All Those Who Loved The True And GoodWhose Promises Were KeptWith Humble Mind, Whose Acts Were KindWhose Honour Never SleptThese Were The FreeAnd We Must Be,Prepare Like Them To LiveTo Give To All, Both Great And SmallAll We Can Give(2x)

LAGU DUNIAArah kita jelas ke depanBendera berkibarTidak berlipat di duniaHarapan abadiBersatu untuk kebenaranPersahabatan kukuhSelagi dunia masih ada Akan Nyanyi, lagu ini

Yang cintakan kebenaranMenetapkan janjiDengan rela berjaya, setia abadiKebenaran kita tepatiBersedia samaUntuk semua miskin, kayaKita beri, yang terdaya

EDELWEISS

Edelweiss, EdelweissEvery morning you greet meSmall and white clean and brightYou look happy to meet meBlossom of snow may you bloom and growBloom and grow foreverEdelweiss,EdelweissBless my homeland forever.

MANDOLO

Mandolo, mandolo hepapale pale (X4)Alaf tanda (X8)

THINKING DAY SONG

Hey, hey, hey        It’s thinking day        2xAll over the worldIt’s thinking day

In Malaysia, it’s thinking dayIn Singapore, it’s thinking dayIn Philippines, it’s thinking day

In Mexico, it’s thinking dayIn Switzerland, it’s thinking dayIn Canada, it’s thinking dayAll over the world it’s thinking day

TAPS     ( MALAM )

Day  is  done,gone  the  sunFrom  the  sea, from  the hills,  from  the  skyAll   is  well,  safely  restGod  is  nigh

Malam  datang,siang  hilangDari  laut, dari  gunung,  dari langitSemua  selamat,  sihat  rehatBerkat  Tuhan

Page 21: Porfolio Pandu Puteri

TAPS ( SIANG     )

Thanks  and  praise, for our days‘Neath  the sun, ‘neath the stars, ‘neath the skyAs  we  go,  this  we  knowGod  is  nigh

Kami  puji,  nikmat  diberiMatahari, bintang-bintang, langit biruMana  pergi  hidup  kamiTuhan  saksi

LAGU MANITO

Chorus  :Love my manito, yes I do   ( 3x )Love my manito but I won’t  tell who

I’ve got a feeling warm and  gayAs she cast her eyes my wayI will reveal her name  somedayBut who she is I will not say

Ulang Chorus

Manito, manito, manito (2x)I wonder who you areIt’s time to say goodbyeManito, manito mine

WE ARE GIRL GUIDES

We are Girl Guides ( 2x )We are Girl Guides through and throughKeep our promise, wear our badgesKeep the law in front of you

On to guiding, here’s to guidingIf there’s danger never mindKeep on trying, keep on smilingThat’s the spirit sister guides

NONA NONA ZAMAN SEKARANG

C/O:Nona, nona, zaman sekarangTak boleh ditegur, tak boleh dilarangBajunya pendek, bertambahlah jarangItu menjadi hatiku riangNonalah jangan bikin keliruTidaklah dikenal Cina MelayuPipinya merah pulak disapuSekarang sudah jadi tak tentu( Ulang Chorus )Dalam dunia banyak rusuhanJangan dibuat perkara tak sopanDalam dunia banyak penggodaBanyak yang jadi rosak binasa( Ulang Chorus )

TREK TEK TEK

Kalau tidak kerana sayang,trek, tek tekTakkan bulan terbit pagi, trek, tek tekKalau tidak kerana abangTakkan saya datang ke mari,Trek, tek tekKalau roboh kota Melaka,trek, tek tekPapan di Jawa saya dirikanTrek, tek tekKalau sungguh bagai dikataBadan dan nyawa saya serahkan,Trek tek tekPohon sena dahannya sena,trek, tek tekSena patah menimpa perigitrek tek tekTahun mana bulan yang manaBoleh kita berjumpa lagi, trek tek tek

DI SINI KITA BERKUMPUL

Di sini di sini kita berkumpul                 ( 2x )Salam ( 5x ) hoiHere we are, here we arehere we are again( 2x )Hello ( 5x ) hoiCai celi cai celi woh men cai celi ( 2x )How ma ( 5x ) hoiEnggeye, enggeye, engeli porengeh( 2x )Vanikam ( 5x ) hoiNengkene, nengkene ketemu mering( 2x )Kabare ( 5x ) hoi

Page 22: Porfolio Pandu Puteri

APUSE

Apuse ko kon daoYarabe soron doveveiOf lenso, beni nemo, beni faseiOf lenso, beni nemo, beni faseiArafabeAuswa rak waArafabeAuswa rak wa

Selamat tinggal kawanKitakan berjumpa lagiSelamat ku doakan engkau pergiSelamat ku doakan engkau pergiSelamat jalanJumpa lagiSelamat jalanJumpa lagi

SAYONARA

Sayonara, sayonaraSampai berjumpa lagi( 2x )Buat apa susah, buat apa susahSusah itu tak ada gunanya( 2x )

Sayonara, sayonaraSampai berjumpa lagiSayonara, sayonaraSampai berjumpa lagi

PERPISAHAN

Takkan dapat ku lupakanTakkan dapat ku gambarkanTakkan dapat ku lukiskan Hanya dapat ku kenangkan

IT’S A SMALL WORLD

It’s a world of laughter, a world of tearsIt’s a world of hopes and a world of fearsThere’s so much that we share that it’s timeWe’re awareIt’s a small world after all

           Chorus  :It’s a small world after all ( 3x )It’s a small, small world

LAGU KUMPULAN

Tunas puteri bersediaMenolong setiap masa

( Teratai )Teratai nama kami

Berkerja setiap masa

(Cempaka)Cempaka bersuka riaMenolong orang duka

(Saitan)Saitan datang berkawanBerlari macam pahlawan

(Melur)Melur taat dan setia

Berusaha setiap masa

Page 23: Porfolio Pandu Puteri

Kategori Keahlian

(Mengikut Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada 9 Jun 2006)

Kategori Keahlian setiap Pasukan

/ Guild

Umur Bahagian Tempat Penubuhan /

Nota

Ahli

Aktif /

Tidak

Aktif

Minimum Maksimum

Pasukan 12 36 Di

bawah

6 tahun

Pandu Puteri

Kelip-Kelip

Pra-sekolah Ahli

Aktif

12 36 6 – 12 Pandu Puteri

Tunas

Sekolah Rendah

16 36 12 – 15 Pandu Puteri

Remaja

Sekolah Menengah

Rendah

08 36 15 – 18 Pandu Puteri

Renjer

Sekolah Menengah Atas

08 50 18 ke

atas

Pandu Puteri

Kadet

Institut Perguruan

08 50 18 ke

atas

Pandu Puteri

Siswi

Institut Pengajian Tinggi

08 50 18 ke

atas

Pandu Puteri

Dewasa

Taman Perumahan,

Tempat Kerja, Daerah,

Negeri, Kebangsaan 18 ke

atas

Penolong

Pemimpin

21 ke

atas

Pemimpin

24 ke

atas

Bakal Jurulatih

24 ke

atas

Jurulatih

24 ke

atas

Pesuruhjaya

Guild Bebas 18 ke Guild Trefoil Bekas ahli Pandu Puteri

Page 24: Porfolio Pandu Puteri

atas

Bebas 18 ke

atas

Pandu Puteri

Raja

Untuk Pandu Puteri Raja

Bebas 18 ke

atas

Mantan Ketua

Pesuruhjaya

Untuk mantan Ketua

Pesuruhjaya, Ahli

Lembaga Eksekutif

Kebangsaan, Ketua

Pesuruhjaya Cawangan

Pasukan 08 50 18 ke

atas

Sahabat

Pandu Puteri

Wanita berumur 18

tahun ke atas

Ahli

Tidak

Aktif08 50 18 ke

atas

Sukarelawan

Pandu Puteri

Lelaki & wanita

berumur 18 tahun ke

atas