setiakah kita, wahai khalifah bumi

3
Tajuk : Setiakah kita, Wahai khalifah Bumi” Tema “ Alam Sekitar” Penulis : Lam Pui Yee Oh tanah rimba yang subur ini, Pusaka milik kita, Kehijauan yang sejuk memandang, Unggas-unggas berkicauan pada waktu senja, Begitu indah Anugerah Maha Berkuasa, Begitu unggual, Tiada tara, Tersimpan sejuta rahsia. Rebah di pagar bumi, Hijau padi menguning, Bumi kesayanganku ini tak pernah mungkiri, Hasilnya memenuhi dan kini berganti, Titis keringatnya mengalir seumpama baja, Sumber kesuburan dan khazanah tanah bonda.

Upload: pui-yee-lam

Post on 09-Nov-2015

25 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

jdtjmdhnjdhtnntth

TRANSCRIPT

Tajuk : Setiakah kita, Wahai khalifah BumiTema Alam Sekitar

Penulis : Lam Pui Yee

Oh tanah rimba yang subur ini, Pusaka milik kita, Kehijauan yang sejuk memandang, Unggas-unggas berkicauan pada waktu senja, Begitu indah Anugerah Maha Berkuasa, Begitu unggual, Tiada tara,Tersimpan sejuta rahsia.

Rebah di pagar bumi, Hijau padi menguning, Bumi kesayanganku ini tak pernah mungkiri, Hasilnya memenuhi dan kini berganti, Titis keringatnya mengalir seumpama baja, Sumber kesuburan dan khazanah tanah bonda.

Namun, alam bumi ini kian tenat, Hutan rimba yang pada suatu ketika dahulu, Begitu istimewa, Telah musnah dan binasa lantaran sikap manusiaYang rakus bah tamak haloba, Lupakah kita kepada tugas dan tanggungjawab sebagai khalifah?Lupakah kita bahawa tempat inilah jasad kita akan dikebumikan? Lupakah kita kepada petunjuk Maha Pencipta sebagai pengurus alam? Lupakah wahai manusia?

Maka, ayuh khalifah-khalifah bumi, Marilah kita menunaikan tanggungjawab menjaga alam, Marilah kita urus, pelihara dan gunakan sumber alam sebaik mungkin, Marilah kita menanam cinta yang tidak berbelah bahagi,Kepada tanah pusaka tercinta kita sebelum terlambat, Kerana sesal dahulu jadi pendapatan, Sesal kemudian tiada guna.