sistem khalifah

26
SISTEM KHALIFAH Alya Ameera Azizul M10e 2010/2012

Upload: m10ehebat

Post on 22-Jun-2015

4.164 views

Category:

Entertainment & Humor


4 download

DESCRIPTION

Sistem KhalifahOleh: Alya Ameera Azizul

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem Khalifah

SISTEM KHALIFAH

Alya Ameera AzizulM10e 2010/2012

Page 2: Sistem Khalifah

TUJUAN HIDUP MANUSIA

KHALIFAH IBADAH

Firman Allah

Firman Allah

Khusus Umum

Page 3: Sistem Khalifah

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka

berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami

senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”

(Al-Baqarah:30)

Page 4: Sistem Khalifah

KONSEP KHALIFAH

Menurut Afzalur Rahman dalam bukunya, Ensiklopedia Sirah, perkataan khalifah terdiri daripada tiga maksud yang berbeza.

1) Tanggungjawab terhadap kuasa yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Dalam hal ini seluruh keturunan nabi Adam a.s. merupakan khalifah di muka bumi.

2) Kedua, ia merujuk kepada orang yang mengetuai kerajaan Allah s.w.t. dan menggunakan segala kuasa khalifah di bawah syariat yang diturunkan oleh Allah s.w.t. melalui RasulNya.Dalam hubungan ini hanya orang yang benar-benar beriman yang dapat dipanggil sebagai khalifah Allah di bumi ini.

3) Ketiga, makna khalifah merujuk kepada penggantian seseorang atau umat yang mempunyai kuasa oleh seseorang atau umat lain.

Page 5: Sistem Khalifah

• Dua makna yang pertama berasal daripada perkataan khalifah yang bererti wakil, manakala yang ketiga adalah digunakan dalam erti kata mengambil alih atau mewarisi daripada seseorang atau satu-satu umat. Tegasnya, pengertian khalifah yang dinyatakan di dalam ayat yang telah dicatatkan di atas merujuk kepada kekuasaan kerajaan yang ikhlas dan benar-benar percaya kepada kerajaan Allah s.w.t. serta mengendalikan urusan Negara selaras dengan syariat yang ditentukan oleh Allah s.w.t.

• Prinsip khalifah seperti yang dijelaskan ini sebenarnya telah dijelaskan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran yang bermaksud;

“Allah s.w.t. menjanjikan orang yang beriman dan beramal salih daripada kalangan kamu (wahai umat Nabi Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan

mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah

yang berkuasa...” (Al-Nur. 24 :55)

Page 6: Sistem Khalifah

Ayat di atas menjelaskan tentang TIGA ASAS UTAMA khalifah dalam Islam;

a. Negara Islam diketuai oleh orang yang bergelar Khalifah.

b. Gelaran khalifah diberi kepada seluruh masyarakat Islam bukan kepada mana-mana individu, kumpulan atau keluarga.

c. Prinsip khalifah hanyalah untuk orang yang beriman kepada Allah s.w.t. dan mengerjakan amalan kebajikan. Dalam perkataan yang lain orang yang benar-benar baik dan bertakwa. Golongan ini benar-benar bebas daripada tuhan-tuhan yang lain serta mengabdikan diri kepada Allah

s.w.t. dengan penuh keikhlasan dan mengakuiNya sebagai Tuan, Raja dan

Pemilik kerajaan.

Page 7: Sistem Khalifah

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

(Adz zariyat: 56)

Konsep Ibadah Dalam Islam Ibadah ertinya tunduk, patuh, setia, menyembah, menghina diri

dan memperhambakan diri kepada sesuatu. Sebagai hamba Allah, kita

tidak mengabdikan diri kepada selain daripada Allah sepertimana ikrar kita dalam solat (maksudnya):

" Hanya kepada Mu kami menyembah dan hanya kepada Mu kami memohon pertolongan“

(Al Fatihah : 5)

Page 8: Sistem Khalifah

Pendahuluan Tajuk Manusia Sebagai Khalifah

Apabila kita melihat keliling, kita akan dapati terlalu banyak makhluk ciptaan Allah sama ada yang berbentuk gas, cecair atau pepejal. Tumbuh-Tumbuhan , binatang, air, laut bukit-bakau , gunung-ganang, bulan , matahari dan sebagainya adalah makhluk yang berada di sekeliling kita.

Manusia Makhluk Paling Unik Manusia adalah makhluk paling unik berbanding dengan seluruh makhluk

yang lain . Firman Allah bermaksud:

"Sesungguh Aku telah menciptakan manusia itu dalam bentuk sebaik-baiknya."

(At-Tin: 4)

Page 9: Sistem Khalifah

Keunikan manusa itu dapat dilihat sama ada dari aspek zahir mahupun aspek batin. Dari aspek zahirnya, manusia dikurniakan anggota tubuh badan yang lengkap dan sangat cantik serta bertambah cantik bila dilitupi dengan pakaian dan perhiasan yang sewajarnya. Dari aspek batin pula , manusia dikurniakan Allah dengan akal fikiran yang boleh memikir, mengingat, merekacipta dan lain-lain. Disamping itu manusia juga dikurniakan hati yang dapat merasa suka-duka, riang-gembira dan sebagainya juga roh yang dapat berhubung dengan Allah.

KEISTIMEWAAN MANUSIA

IMAN DAN ISLAM

HARTA

AKAL

KESIHATAN

Page 10: Sistem Khalifah

Manusia Sebagai Khalifah Allah

• Semua makhluk Allah mempunyai tugas masing-masing dan semuanya patuh menjalankan tugas yang telah ditetapkan . Bumi yang jaraknya kira-kira 93,000,500 batu daripada matahari sentiasa patuh kepada perintah Allah agar berpusing selama 24 jam satu pusingan dengan kelajuan kira-kira 1,000 batu sejam. Begitu juga bumi mentaati perintah Allah mengelilingi matahari dengan kelajuan kira-kira 65,000 batu sejam untuk mengelilingi matahari dalam masa 365 hari 5jam 49 minit, 12 detik.

• Sebagai makhluk paling unik, manusia mempunyai tugas besar, tugas yang lebih besar daripada tugas seluruh makhluk ciptaan Allah, tugas yang tidak dapat dilaksanakan oleh makhluk-makhluk yang lebih besar seperti gunung-ganang, langit dan sebagainya seperti firman Allah bermaksud:

Page 11: Sistem Khalifah

Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat[1233] kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk

memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat

zalim dan amat bodoh, (Al-Ahzab: 72)

*[1233]. Yang dimaksud dengan amanat di sini ialah tugas-tugas keagamaan.

Page 12: Sistem Khalifah

MAKSUD KHALIFAH MERANGKUMI 2 BIDANG.

KHALIFAH

KEPIMPINAN MANUSIA

PEMBANGUNAN ALAM DUNIA

(pembangunan & ekonomi)

1) WAJIB untuk setiap individu memproses sumber ekonomi dunia.2) Apa yang dihasilkan sebagai pengeluaran anggaplah merupakan anugerah Allah dan sewajarnya digunakan untuk keperluan manusia & kebaikannya.3) Semua harta benda di alam dunia tunduk di bawah kepentingan khidmat manusia & masalahnya.

Page 13: Sistem Khalifah

Allah-lah yang menundukkan lautan untukmu supaya kapal-kapal dapat berlayar padanya dengan seizin-Nya dan supaya kamu dapat mencari karunia -Nya dan mudah-mudahan

kamu bersyukur (Al-Jasiyah:12)

Dan Dia telah menundukkan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar

terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir. (Al-Jasiyah:13)

Page 14: Sistem Khalifah

MASALAH EKONOMI ADALAH MASALAH MANUSIA

Dalam ekonomi Islam mengawal pasti “Bahawa bahan-bahan ekonomi tidak terbatas berbanding dengan kehendak manusia”

Allah telah menyediakan bahan-bahan keperluan manusia yang amat banyak, tetapi masihkah ia TIDAK MENCUKUPI?

Firman Allah;

Timbul masalah ekonomi dunia sehingga bahan-bahan ekonomi terbatas adalah akibat angkara manusia yang bersikap negatif.

Firman Allah;

Page 15: Sistem Khalifah

Allah menghuraikan mengenai banyaknya nikmat kurniaan Allah kepada manusia yang pasti tidak mampu dihitung. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha

Pengampun lagi Maha Penyayang.“ (An-Nahl: 18)

Page 16: Sistem Khalifah

Allah meminta supaya manusia yang banyak menerima nikmat dan kurniaan Allah supaya bersyukur, seperti firman-Nya yang bermaksud:

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran,

penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.“ (An-Nahl:78)

Page 17: Sistem Khalifah

Dalam ayat lain, Allah berfirman yang bermaksud:

"Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya,

dan supaya kamu bersyukur.” (Al-Baqarah: 185)

Banyak lagi ayat al-Quran yang diakhiri dengan kalimah yang bermakna, "agar kamu bersyukur." Beberapa firman Allah

(sekadar beberapa ayat) dalam al-Quran menyatakan bahawa kebanyakan manusia tidak bersyukur atau sedikit sekali yang berterima kasih kepada Allah, seperti firman-Nya bermaksud:

“……Dan sedikit sekali daripada hamba-Ku yang tahu berterima kasih [bersyukur]."

(Saba': 13)

Page 18: Sistem Khalifah

“Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung

nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu,

sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).”(Ibrahim:34)

Page 19: Sistem Khalifah

Diceritakan bahawa ada seorang pemuda pada zaman Saidina Umar al-Khattab yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: "Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit." Doa pemuda ini didengar oleh Saidina Umar ketika beliau (Umar) sedang bertawaf di Kaabah. Umar berasa hairan, iaitu kenapa pemuda berkenaan memohon doa sedemikian rupa.

Selepas selesai melakukan tawaf, Saidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: "Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?"

Pemuda berkenaan menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A'raaf ayat 10 . Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah, jelas pemuda berkenaan.

Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu." Memanglah teramat sedikit yang tahu dan mahu bersyukur dan semoga kita termasuk dalam golongan yang sedikit berkenaan (yang bersyukur).

MARI KEMBALI KE SIRAH

Page 20: Sistem Khalifah

Yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur."

Page 21: Sistem Khalifah

MENGAPA KITA SERINGKALI RASA TIDAK LAYAK DIGELAR SEBAGAI KHALIFAH???

• 1) TIDAK BERSYUKUR DENGAN NIKMAT ALLAH

• 2) BERGELUMANG DENGAN PENYAKT MALAS

Page 22: Sistem Khalifah

3) Mengumpul harta kekayaan dan menguasainya untuk kepentingan individu.

4) Tidak menyalurkan kepada pihak yang sewajarnya demi kepentingan bersama.

Page 23: Sistem Khalifah

• Dibimbing dan dididik hingga akhlak dan keperibadian yang tinggi.

Dididik Mendidik

• Memberikan keutamaan dan menyusun rangka program yang sejajar dengan pembentukan nilai akhlak yang tinggi dan keperibadian yang mulia.

JADI, APA YANG PERLU KITA LAKUKAN WAHAI RAKAN-RAKAN???

Page 24: Sistem Khalifah

AKHIR KATA

Page 25: Sistem Khalifah

RUJUKAN

1) http://cetusanmindadaie.blogspot.com2) http://ms.wikipedia.org/wiki/khalifah

3) http://hbis.wordpress.com/2008/12/03/manusia-sebagai-khalifah

Page 26: Sistem Khalifah

SESSI SOAL JAWAB