sains teknologi pelengkap manusia sebagai khalifah

25
Sains Dan Teknologi Pelengkap Manusia Sebagai Khalifah Siti Norfaizah binti Sahari 1 , Norafidah binti Razlan 2 , Raziah binti Esa 3 , Farahwahida Mohd Yusof 4 Megat Mohamad Ghazali Bin Megat Abd Rahman 5 1 Fakulti Geoinformasi Dan Harta Tanah , Universiti Teknologi Malaysia, UTM Johor Bahru, Johor, Malaysia. 2 Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli, Universiti Teknologi Malaysia, UTM Johor Bahru, Johor, Malaysia. 3 Fakulti Biosains Dan Kejuruteraan Perubatan, Universiti Teknologi Malaysia, UTM Johor Bahru, Johor, Malaysia. 4 Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia, UTM Johor Bahru, Johor, Malaysia. 5 Fakulti Geoinformasi Dan Harta Tanah , Universiti Teknologi Malaysia, UTM Johor Bahru, Johor, Malaysia. _____________________________________________________________________________________ ________________________________________ Abstrak Pada abad ini, kehidupan manusia sangat bergantung kepada sains dan teknologi. Sains adalah sesuatu yang boleh dibuktikan kebenarannya melalui ujian empirikal manakala teknologi merupakan sains gunaan di mana ilmu sains itu digunakan bagi mencapai matlamat atau tujuan yang praktikal. Pelbagai ciptaan berdasarkan sains dan teknologi telah diperkenalkan bagi memudahkan aktiviti manusia sekaligus menjadi pelengkap manusia sebagai seorang khalifah Allah. Khalifah didefinisikan sebagai generasi yang dipilih oleh Allah SWT sebagai pengganti-Nya untuk mentadbir dan memakmurkan alam ini mengikut syariat-Nya. Kekhalifahan ini menunjukkan bahawa manusia perlu bertanggungjawab terhadap setiap kajian saintifik dan teknologi yang dicipta. Sains dan teknologi ini meliputi bidang politik, ekonomi, sosial, agama dan pendidikan khalifah. Konseptual dan formulasi dari setiap bidang ini dapat memberi impak bagi mendekatkan diri seorang khalifah dengan penciptanya. Natijah daripada kemajuan sains dan teknologi, apa jua kemajuan yang dicapai perlulah berlandaskan nilai-nilai islam dan mengikut batas- batas penerokaan ilmu yang telah ditetapkan. Barulah kemajuan dan pembangunan yang dicipta tidak terpesong dan tidak mendatangkan keburukan kepada ummah kerana kadangkala keburukan itu sebenarnya manusia juga yang menciptakannya. Khalifah seharusnya perlu membuat transformasi atau anjakan paradigma bagi mengaplikasikan manfaat yang ada dari aspek ruhani dan jasmani dalam kehidupan sehari-hari dalam memperkasakan sains dan teknologi pada masa hadapan. PENGENALAN Islam adalah agama yang menganjurkan pembangunan umat manusia yang merangkumi segenap aspek, meliputi yang bersifat material dan kerohanian. Dalam hubungan ini, pembangunan yang bersifat material harus memenuhi dua ciri. Pertamanya, ia harus selari dengan tuntutan agama ataupun tidak melanggar batasan syarak dari segi maksud dan matlamatnya. Keduanya, ia adalah untuk kemanfaatan manusia samaada dalam konteks mempermudah urusan ataupun mempertingkat mutu hidup mereka. Inilah tuntutan agama. Apabila ciri-ciri ini dipenuhi, dengan sendirinya pembangunan yang bersifat material itu tadi akan bersifat islamik. Dalam konteks pembangunan kerohanian dengan jelas ia menjurus kepada pembangunan umat manusia (insan). Selain daripada keperluannya untuk turut berlandas kepada hukum syarak, ia juga akan menjadikan manusia lebih memahami serta menghayati urusan- urusan yang bersangkutan dengan perhubungan diantara manusia dengan

Upload: syakil-yunus

Post on 08-Feb-2016

131 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

subhanallah

TRANSCRIPT

Page 1: Sains Teknologi Pelengkap Manusia Sebagai Khalifah

Sains Dan Teknologi Pelengkap Manusia Sebagai Khalifah

Siti Norfaizah binti Sahari1, Norafidah binti Razlan2, Raziah binti Esa3, Farahwahida Mohd Yusof4 Megat Mohamad Ghazali Bin Megat Abd Rahman5

1 Fakulti Geoinformasi Dan Harta Tanah, Universiti Teknologi Malaysia, UTM Johor Bahru, Johor, Malaysia.2 Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli, Universiti Teknologi Malaysia, UTM Johor Bahru, Johor, Malaysia.3 Fakulti Biosains Dan Kejuruteraan Perubatan, Universiti Teknologi Malaysia, UTM Johor Bahru, Johor, Malaysia.4 Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia, UTM Johor Bahru, Johor, Malaysia.5 Fakulti Geoinformasi Dan Harta Tanah, Universiti Teknologi Malaysia, UTM Johor Bahru, Johor, Malaysia.

____________________________________________________________________________________________________________________________

_

Abstrak

Pada abad ini, kehidupan manusia sangat bergantung kepada sains dan teknologi. Sains adalah sesuatu yang boleh dibuktikan kebenarannya melalui ujian empirikal manakala teknologi merupakan sains gunaan di mana ilmu sains itu digunakan bagi mencapai matlamat atau tujuan yang praktikal. Pelbagai ciptaan berdasarkan sains dan teknologi telah diperkenalkan bagi memudahkan aktiviti manusia sekaligus menjadi pelengkap manusia sebagai seorang khalifah Allah. Khalifah didefinisikan sebagai generasi yang dipilih oleh Allah SWT sebagai pengganti-Nya untuk mentadbir dan memakmurkan alam ini mengikut syariat-Nya. Kekhalifahan ini menunjukkan bahawa manusia perlu bertanggungjawab terhadap setiap kajian saintifik dan teknologi yang dicipta. Sains dan teknologi ini meliputi bidang politik, ekonomi, sosial, agama dan pendidikan khalifah. Konseptual dan formulasi dari setiap bidang ini dapat memberi impak bagi mendekatkan diri seorang khalifah dengan penciptanya. Natijah daripada kemajuan sains dan teknologi, apa jua kemajuan yang dicapai perlulah berlandaskan nilai-nilai islam dan mengikut batas-batas penerokaan ilmu yang telah ditetapkan. Barulah kemajuan dan pembangunan yang dicipta tidak terpesong dan tidak mendatangkan keburukan kepada ummah kerana kadangkala keburukan itu sebenarnya manusia juga yang menciptakannya. Khalifah seharusnya perlu membuat transformasi atau anjakan paradigma bagi mengaplikasikan manfaat yang ada dari aspek ruhani dan jasmani dalam kehidupan sehari-hari dalam memperkasakan sains dan teknologi pada masa hadapan.

PENGENALAN

Islam adalah agama yang menganjurkan pembangunan umat manusia yang merangkumi segenap aspek, meliputi yang bersifat material dan kerohanian. Dalam hubungan ini, pembangunan yang bersifat material harus memenuhi dua ciri. Pertamanya, ia harus selari dengan tuntutan agama ataupun tidak melanggar batasan syarak dari segi maksud dan matlamatnya. Keduanya, ia adalah untuk kemanfaatan manusia samaada dalam konteks mempermudah urusan ataupun mempertingkat mutu hidup mereka. Inilah tuntutan agama. Apabila ciri-ciri ini dipenuhi,

dengan sendirinya pembangunan yang bersifat material itu tadi akan bersifat islamik.

Dalam konteks pembangunan kerohanian dengan jelas ia menjurus kepada pembangunan umat manusia (insan). Selain daripada keperluannya untuk turut berlandas kepada hukum syarak, ia juga akan menjadikan manusia lebih memahami serta menghayati urusan-urusan yang bersangkutan dengan perhubungan diantara manusia dengan Tuhan dan individu dengan anggota masyarakatnya yang lain. Kedua aspek pembangunan ini apabila terlaksana dengan sempurna mampu membentuk sebuah tamadun yang gemilang.

Page 2: Sains Teknologi Pelengkap Manusia Sebagai Khalifah

Pada abad ini, kehidupan manusia sentiasa dipergantungkan dengan sains dan teknologi. Kepesatan pembangunan sains dan teknologi telah memudahkan kehidupan manusia. Justeru, usaha-usaha mempergiatkan aktiviti sains dan teknologi semakin hari semakin mendapat sambutan di seluruh dunia. Menurut Kamus Za’ba (2000) sains ialah ilmu pengetahuan (fizik, kimia, kajihayat dan lain-lain) yang boleh dibuktikan kebenarannya melalui formula-formula dan bukti-bukti yang dihasilkan dan teknologi pula ialah ilmu pengetahuan tentang kaedah dan cara sistematik dalam pembuatan barang dan perlaksanaan kerja-kerja perindustrian. Secara ringkasnya sains adalah sesuatu yang boleh dibuktikan kebenarannya melalui ujian empirikal dan teknologi adalah sains gunaan di mana ilmu sains itu digunakan bagi mencapai matlamat atau tujuan yang praktikal.

Pelbagai ciptaan berdasarkan sains dan teknologi telah diperkenalkan bagi memudahkan aktiviti manusia sekaligus menjadi pelengkap manusia sebagai seorang khalifah Allah. Tetapi bagaimanakah sains dan teknologi ini berperanan membawa manusia melaksanakan tanggungjawabnya sebagai khalifah yang merangkumi segenap aspek seperti politik, sosial, ekonomi, agama dan pendididkan?.

1.0 TUJUAN PENCIPTAAN MANUSIA

Al-Quran menyatakan bahawa manusia dijadikan untuk menjalankan dua fungsi yang besar. Pertama untuk beribadat dan yang kedua untuk menjadi khalifah di atas muka bumi bagi mendatangkan kemakmuran kepada alam yang merangkumi semua makhluk.

1.1 Sebagai Hamba Allah SWT

Firman Allah SWT :

Terjemahan : “Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku”.

(Az-Zariyat: 56)

Menurut Kamus Za’ba (2000) beribadat atau beribadah membawa maksud berkhidmat kepada Tuhan, perbuatan dan amalan yang dilakukan sebagai bakti kepada atau kerana Tuhan seperti

sembahyang, berdoa, bersedekah, berbuat baik sesama manusia dan lain-lain. Ibadat yang dimaksudkan dalam islam bukanlah apa yang difahami oleh setengah orang iaitu amalan ritual (keagamaan/adat) sahaja, tetapi ianya bermaksud lebih luas daripada itu, iaitu mengembangkan dan melaksanakan potensi-potensi yang sedia ada dalam manusia itu mengikut panduan dan ajaran yang diaturkan oleh Allah SWT1. Sebagai contoh Allah SWT memerintah mendirikan sembahyang terhadapNya dan Allah memerintahkan manusia supaya meneroka ilmu dan berdoa supaya Allah menambah ilmunya. Kerana Allah memiliki semua kekuasaan. Perkataan ibadah menurut pengertian syarak bermaksud melaksanakan tuntutan kehambaan dan pengabdian yang disertai dengan ketaatan sama ada secara lisan, hati (qalb) atau dengan perbuatan sekalipun dilakukan secara terang-terangan mahupun secara bersembunyian dengan hanya bermatlamatkan kerana Allah (sebagai tanda kepatuhan, memohon keredhaan dan mengharapkan ganjaran pahala disisi-Nya). Perkara-perkara yang tergolong dalam ibadah antaranya solat, menunaikan zakat, bercakap benar, berbuat baik kepada orang tua, menjalinkan silaturrahim, menepati janji, menyuruh berbuat baik, melarang perbuatan jahat, lemah lembut terhadap jiran tetangga dan anak yatim, dan membuat kebajikan kepada orang-orang miskin dan fi sabilillah (berjuang di jalan Allah).

1.2 Sebagai Khalifah di Muka Bumi

Firman Allah SWT :

Terjemahan : “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.

1 Profesor Madya Dr Abdul Hamid Othman. ‘Penerapan Nilai-Nilai Islam didalam Pendidikan Formal Dan Informal’. Seminar Kebangsaan, UTM.

Page 3: Sains Teknologi Pelengkap Manusia Sebagai Khalifah

(Al-baqarah: 30)

Ayat ini yang ditujukan kepada malaikat mengenai Nabi Allah Adam (a.s) bapa segala manusia menunjukkan bahawa manusia ini bukan sahaja diberi peluang menguasai bumi ini bahkan ditugaskan untuk menggunakan kurniaan Allah SWT mengikut apa yang dikehendaki. Jadi manusia ini adalah pemegang amanah kepada harta kekayaan Allah SWT dan bertanggungjawab untuk menggunakannya hanya kepada yang berfaedah kepada dirinya.

Menurut Kamus Za’ba (2000) khalifah bermaksud pengganti. Dari segi istilah pula khalifah generasi manusia yang dipilih oleh Allah s.w.t. sebagai pengganti-Nya untuk mentadbir, mengurus dan memakmurkan muka bumi ini dengan menjalankan syariat Allah s.w.t sama ada diperingkat peribadi, keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa2. Khalifah menurut pengertian yang dinyatakan dalam Tafsir Pimpinan al-Rahman pula ialah “Seorang yang dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk mengatur kehidupan manusia di bumi berdasarkan wahyu dan syariat Allah, supaya kehidupan manusia menjadi lebih teratur dan mempunyai tujuan hidup yang suci murni untuk mencapai keredhaan Allah”.

Di dalam al-Quran juga jelas menyatakan bahawa manusia adalah sebaik-baik kejadian, yang terdiri dari komponen-komponen yang mulia. Manusia diberi kuasa di atas muka bumi dan semua makhluk lain dijadikan untuk kepentingan manusia. Manusia diingatkan bahawa segala kejadian itu adalah milik Allah SWT. Hakikatnya, manusia dengan tujuan penciptaannya hanya semata-mata bertanggungjawab menerima, melaksana, dan menyampaikan apa yang diperintahkan oleh Penciptanya. Oleh itu manusia dianggap sebagai khalifah yang bertanggungjawab bagi mendatangkan kemakmuran di atas muka bumi dan mewujudkan perseimbangan dan dengan itu terciptalah keadilan. Pewujudan keadilan dan terciptanya kemakmuran terhasil apabila perkembangan potensi-potensi yang dianugerahkan kepada manusia berjalan dengan baik.

Salah satu contoh potensi yang dianugerahkan Allah SWT kepada manusia ialah

2 Ustaz Abd Aziz bin Harjin. 2008. ‘Pendidikan Asas Islam Manusia Sebagai Khalifah Allah di Muka Bumi’. 17 April 2008 dari laman web http://ctu101.blogspot.com/2008/04/manusia-sebagai-khalifah-allah-di-muka.html

ilmu pengetahuan seperti ilmu dalam bidang sains dan teknologi. Peranan ilmu sangat penting dalam mengurus atur kehidupan manusia. Oleh yang demikian, Islam menjelaskan kewajipan dan kepentingan menuntut ilmu dan perkara ini secara mudahnya dapat difahami menerusi ayat pertama yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. , iaitu ayat 1-5 daripada surah al-Alaq.

Terjemahan : "(1) Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (2) Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (3) Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; (4) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; (5) Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya".

(QS. Al-Alaq: 1-5)

Manusia adalah khalifah iaitu menjalankan tanggungjawabnya dalam menjalankan aktiviti memerintah, mentadbir, mengurus dan seumpamanya terhadap sumber alam yang dijadikan Allah untuk kepentingan umat manusia. Hal ini ada dijelaskan di dalam ayat al-Quran:

Terjemahan: “Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil”.

(Surah al-Hadid 57:7)

Selain itu, tanggungjawab manusia sebagai khalifah adalah untuk membangun dan meneroka alam dunia ini dengan pelbagai corak keilmuan agar mereka menjadi umat yang mampu berdiri sendiri tanpa pergantungan kepada orang lain.

Apabila manusia dipertanggungjawabkan sebagai khalifah di muka bumi ini, kita telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga amanah yang telah diberi seperti alam semesta dan anggota tubuh manusia itu sendiri untuk digunakan kejalan yang diredhai Allah S.W.T Hal ini keranan setiap tiap tanduk manusia itu tidak boleh lari dari aspek hukum Syariah (fiqh) iaitu wajib, haram, makruh, sunat dan harus. Hal ini dibuktikan di dalam terjemahan ayat al-Quran di bawah. Bagi

Page 4: Sains Teknologi Pelengkap Manusia Sebagai Khalifah

melaksanakan tugas-tugas sebagai khalifah, Allah S.W.T membekalkan segala keperluan kepada manusia dan dengan rahmat-Nya manusia turut dikurniakan akal fikiran yang tidak ada pada makhluk lain di muka bumi ini.

Terjemahan: “Dialah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah di muka bumi silih berganti; oleh itu sesiapa yang kufur ingkar maka balasan kufurnya itu menimpa dirinya sendiri”.

(Surah Fatir 35:39)

Terjemahan: “Kemudian Kami jadikan kamu wahai umat Muhammad khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu supaya Kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan”.

(Surah Yunus 10:14)

Khalifah juga ditegah sama sekali daripada melakukan sebarang kerosakan di bumi sama ada menyebar luaskan elemen ketidakadilan atau mencetuskan unsur fasad. Khalifah juga perlu memakmurkan bumi hal ini kerana adalah kewajiban kita untuk tunduk dan patuh kepada Allah S.W.T. 2.0 DEFINISI KHALIFAH, SAINS DAN TEKNOLOGI

Pembangunan dan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi merupakan satu ciri sebuah negara maju. Ilmu sains dan teknologi ini perlu dibangunkan sebagai pemangkin kepada aktiviti ekonomi, politik, agama, pendidikan, sosial dan menjadi penggerak kemajuan khalifah di dalam sesebuah negara. Ajaran Islam tidak menegah manusia daripada melaksanakan kegiatan sains dan teknologi. Perkara ini telah dibincang, dibahas, dan disepakati oleh ulama dan saintis Muslim. Bukti-bukti daripada nas al-Quran juga menunjukkan tiada halangan bagi manusia untuk menimba ilmu pengetahuan dan mengaplikasikan ilmu-ilmu sains dan teknologi, bahkan ia adalah digalakkan. Hukum mengembang dan mengaplikasikan sains dan teknologi untuk kemaslahatan umat manusia adalah fardhu kifayah.

Penguasaan sains dan teknologi juga menjadikan umat Islam (khalifah) lebih dihormati dan mengurangkan pergantungan mereka kepada pihak-pihak luar. Umat Islam tidak boleh ketinggalan seperti dalam bidang persenjataan dan bioteknologi. Usaha gigih kerajaan dan badan-

badan bukan kerajaan hari ini seperti pembanguanan teknologi pembuatan kereta, satelit, dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memperlihatkan kegigihan Negara untuk cemerlang dan menguasai setingginya bidang sains dan teknologi.

Sebagai khaira ummah, satu perencanaan khusus perlu dilaksanakan demi melahirkan golongan ahli sains yang boleh mengkaji dan membuat penemuan-penemuan cemerlang serta dibanggakan oleh masyarakat islam khasnya dan di seluruh dunia amnya3. Sebagaimana tokoh dizaman silam seperti Ibnu Sina dalam bidang perubatan dan al- Khawarizmi dalam bidang fizik dan astronomi. Pencapaian tinggi dalam bidang sains dan teknologi akan menjadikan kita khalifah islam yang disegani serta mampu untuk lebih berdikari.

Pelbagai ciptaan berdasarkan sains dan teknologi telah membantu manusia melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah dalam kehidupan seharian. Dengan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi, pelbagai ciptaan telah diperkenalkan untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja. Sementara itu, taraf kesihatan juga dapat dipertingkatkan. Hal ini demikian kerana kemajuan sains dan teknologi membolehkan pakar-pakar perubatan dapat menghasilkan ubat yang lebih berkesan. Seterusnya mencipta peralatan canggih untuk menyembur pelbagai penyakit berbahaya pada masa kini. Selain itu,perkembangan sains dan teknologi juga telah membantu meningkatkan hasil produktiviti sektor perindustrian dan perladangan. Penciptaan jentera canggih dan robot-robot dapat menggantikan tenaga manusia, selain melakukan kerja dengan lebih pantas.

Menurut perspektif Islam, manusia sebagai khalifah sepatutnya menggunakan ilmu sebagai syarat utama dalam membangun ketamadunan, sains dan teknologi moden. Kelangsungan sains dan teknologi dalam Islam mestilah menjurus kepada asas-asas nilai, konsep dan prinsip-prinsip yang bersifat sejagat, tetap, dan menyeluruh yang terkandung dalam ajaran Islam. Ia merangkumi konsep tauhid, khilafah, ibadah, halal dan haram, adil dan zalim, istislah (kepentingan awam) dan dhiya’ (pembaziran). Kajian sains yang dijalankan dan teknologi moden yang digunakan pada hari ini perlu diolah dan dibangunkan berasaskan

3 Khairul Azmi Mohamad. ‘Konsep Pmbangunan Ummah Dalam Islam Perspektif Malaysia’.

Page 5: Sains Teknologi Pelengkap Manusia Sebagai Khalifah

pematuhan kepada prinsip-prinsip tersebut bagi memastikan kebaikannya dapat dimanfaatkan oleh manusia dan seluruh alam.

Dalam konteks ajaran Islam juga, teknologi dilihat sebagai alat yang perlu dikendalikan oleh manusia untuk menambahkan keimanan kepada Allah. Sebagai contoh, dengan adanya teknologi manusia berupaya mencipta kapal selam yang membolehkan manusia menyelam ke dasar lautan dan meneroka isi lautan ciptaan Allah yang Maha Hebat. Justeru, manusia seharusnya bukan sekadar melihat keindahan lautan dan hidupan di dalamnya bahkan sewajarnya berfikir tentang kehebatan pencipta-Nya yang menciptakan lautan yang sebegitu indah dengan pelbagai jenis ikan dan hidupan laut yang amat menakjubkan. Kesemuanya itu merupakan antara tanda-tanda kewujudan dan keagungan Allah. Oleh itu, teknologi seharusnya berlandaskan tauhid agar hasilnya membuahkan lagi kecintaan dan ketundukan manusia kepada Allah.

Kajian sains dan teknologi dan hasilnya perlu digunakan dengan cara yang baik (makruf) dan bukannya untuk tujuan yang salah (mungkar/maksiat). Setiap alat teknologi yang dihasilkan seharusnya digunakan sebagai alat untuk memakmurkan alam dan bukannya digunakan untuk merosak atau memusnahkan alam. Kerana sebagai khalifah kita telah dipertanggungjawabkan dengan suatu amanah yang besar untuk mengatur kehidupan manusia berdasarkan wahyu dan syariat Allah agar kehidupan manusia teratur serta menuju keredhaan Allah S.W.T. Dalam teknologi, manusia diamanahkan supaya melakukan perkara-perkara yang baik dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Contohnya, seorang programmer komputer perlu memastikan kandungan di dalam program-program komputer haruslah menjurus kepada perkara kebaikan begitu juga dengan gambar-gambar yang dipaparkan haruslah menepati ciri-ciri syarak dan penulisan program haruslah tidak berunsurkan maksiat (perkara-perkara yang dilarang oleh Allah).

3.0 PERANAN SAINS DAN TEKNOLOGI

Dalam era kepesatan bidang sains dan teknologi ini, kemudahan-kemudahan dan kesejahteraan hidup semakin rancak dikaji dan dihasilkan, sekaligus menyempurnakan tujuan asal kejadian manusia iaitu sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya. Ilmu pengetahuan atau sains dan

teknologi adalah salah satu contoh nikmat agung yang dikurniakan Allah SWT bagi umat Nabi Muhammad SAW4. Dengan adanya kedua-dua pendekatan ini, dapatlah dikatakan bahawa Allah telah mengurniakan anugerah kenikmatan kepada manusia iaitu saling melengkapi antara anugerah agama dan kenikmatan sains teknologi. Pembangunan moden dalam ruang lingkuk sains dan teknologi yang lahir sehingga sekarang telah disebatikan dengan kemajuan dan pembangunan. Dengan tercapainya pembangunan ini, sesebuah masyarakat atau bangsa itu akan dianggap sebagai maju dan tidak ketinggalan5. Dalam kepesatan sains dan teknologi ini, umat islam seharusnya mencipta dan membuat pembaharuan selari dengan peranan terciptanya mereka disini adalah untuk menjadi hamba Allah yang taat serta patuh pada perintah-Nya dan kedua adalah untuk menunaikan tugas manusia sebagai seorang khalifah Allah di dunia6.

Ilmu pengetahuan dan teknologi saling bersandar antara satu sama lain. Ilmu adalah sumber kepada teknologi yang mampu mencipta berbagai penemuan, rekaan dan idea-idea yang baru. Ilmu sains ini tidak seharusnya dipisahkan daripada ilmu pengetahuan di dalam al-Quran kerana al-Quran banyak mengupas bekenaan ilmu pengetahuan dan teknologi walaupun kebanyakkannya hanya menerangkan secara umum sahaja. Oleh yang demikian, manusia jelas sekali dituntut untuk mengkaji sesuatu yang baru didalam teknologi bersumberkan kepada al-Quran4.

Pada masa sekarang, peradaban moden diperkenalkan dimana ianya terhasil daripada kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi. Produk-produk teknologi tinggi telah

4 Ahmad Baharuddin Abdullah. ‘Memperkenalkan bidang kejuruteraan : persepsi & sumbangan Islam ’. PTS Publications & Distributors, 2004.  Bentong, Pahang.5

? Ramli Awang. 2003. ‘Falsafah sains dan pembangunan : ke arah dimensi baru / Ramli Awang’. Skudai : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, 2003.

6 Prof. Madya Dr. Saodah Abd Rahman. 2013. ‘Objektif, strategi berpolitik berteraskan keredaan Ilahi’ dalam akhbar Utusan Online dari Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia: © Utusan Melayu (M) Bhd 2013.

Page 6: Sains Teknologi Pelengkap Manusia Sebagai Khalifah

dimasyarakatkan seperti televisyen, video, komputer, internet jalur lebar, alat-alat komunikasi dan barang-barang mewah yang lain telah menawarkan pelbagai kemudahan dan hiburan kepada semua lapisan peringkat umur. Hasil kajian sains dan teknologi ini juga, manusia dapat menemui pelbagai jenis penawar kepada penyakit. Ia dapat dicapai hasil daripada penelitian dan eksperimen yang tepat sejak berabad-abad lamanya. Dengan terhasilnya peradaban moden ini, manusia sepatutnya menggunakan penemuan-penemuan ini bagi menaik tarafkan kehidupannya dari semasa ke semasa. Makanan yang dibuat akan lebih beraneka ragam, bahan pembuatan pakaian akan lebih baik dan halus, rumah kediaman dan kilang akan lebih mewah dan megah serta kecepatan prasarana pengangkutan dan telekomunikasi akan lebih mengagumkan. Segala kemajuan ini akan dinikmati oleh semua masyarakat dan pada masa hadapan, manusia akan mencapai tahap kemakmuran yang lebih tinggi berserta kemudahan-kemudahan yang lebih banyak4.

Terdapat banyak ayat dalam Al-Quran menyeru supaya manusia mengkaji dan meneliti fenomena alam untuk memahami dan mendalami ilmu pengetahuan agar dapat membina suatu tamadun yang sempurna. Berdasarkan ayat di bawah jelas bahawa alam yang dicipta Allah s.w.t. tertaluk kepada hukum-hukum tertentu dan apa yang ada di langit dan di bumi adalah hak Allah s.w.t. untuk kemudahan dan kegunaan manusia. Islam tidak terbatas kepada hubungan manusia dengan Tuhan, bahkan merangkumi semua aspek kehidupan. Allah berfirman dalam surah Luqman.

Terjemahan : “Tidakkah kamu perhatikan bahawa Allah memudahkan untuk kemudahanmu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmat-Nya yang zahir dan batin”.

(Surah Luqman: 20)

Menurut pandangan islam, segala yang dihasilkan daripada berbagai peradaban hukumnya adalah harus. Ini dapat di lihat dalam firman Allah SWT dalam surah al-Hajj ayat 78

Terjemahan : “Dia sekali-kali tidak menjadikan kamu dalam agama suatu kesempitan”.

(Surah al-Hajj)

Ayat ini menegaskan bahawa Islam bukanlah agama yang sempit dimana semua jenis

sains dan teknologi yang wujud dan dihasilkan adalah harus diusahakan dan tidak ada hukum asalnya haram melainkan sekiranya terdapat dalil atau nas-nas yang mengharamkanya.

Dengan adanya pelbagai teknologi canggih ini, manusia berhak berbuat apa sahaja bagi menentukan operasinya. Pelbagai manfaat akan diperolehi sekiranya pengendalian manusia itu dilakukan berlandaskan kepada niat yang baik dan selari dengan akidah islam dan sebaliknya akan mendatangkan dosa dan malapetaka bagi manusia yang menggunakannya semata-mata ingin memuaskan kesenangan dunia dan memuaskan hawa nafsu semata-mata. Dalam kehidupan era globalisasi ini, umat islam perlulah mengambil langkah-langkah strategik bagi meningkatkan pembinaan sumber daya manusia, meningkatkan kualiti iman dan takwa sekaligus meningkatkan ilmu pengetahuan dan teknologi. Semua pembaharuan yang dikecapi haruslah selari dengan syariat Allah, akidah dan moral Islam bagi memakmurkan bumi dan menegakkan keadilan di bumi ini4. Kesilapan dalam mencipta, membuat pembaharuan atau menyalahgunakannya akan mengundang kepada kemusnahan agama, negara sekaligus masyarakat. Segala perkara yang dilakukan di atas bumi ini kelak yang akan dipersoalkan di akhirat.

4.0 SAINS DAN TEKNOLOGI PELENGKAP MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DARI PELBAGAI DIMENSI

4.1 Kesinambungan Sains Dan Teknologi Dalam Agama

Kemajuan Sains dan teknologi juga banyak memainkan peranannya dalam pembangunan agama Islam. Dalam Islam, konsep ketauhidan meletakkan manusia sebagai hamba yang bertanggungjawab melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah S.W.T dengan meyakini sepenuh hati bahawa tiada tuhan selain Allah. Ketauhidan ini semestinya diaplikasikan dalam apa jua ruang lingkup aktiviti manusia termasuklah dalam aktiviti sains dan teknologi. Jika seseorang individu berpegang teguh pada syariat Islam, ia akan menghasilkan suatu perkara atau produk yang menepati syarak

________________________________________________________

4 Ahmad Baharuddin Abdullah. ‘Memperkenalkan bidang kejuruteraan :

Page 7: Sains Teknologi Pelengkap Manusia Sebagai Khalifah

persepsi & sumbangan Islam ’. PTS Publications & Distributors, 2004.  Bentong, Pahang.dan sekaligus mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T. Contohnya para saintis muslim terdahulu telah menjalankan kajian dengan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Oleh itu, hasil kajian yang mereka perolehi adalah bertepatan seperti yang dinyatakan dalam ayat al-Quran itu sendiri.

4.1.1 Dahulu

Kegiatan penyebaran ilmu dan dakwah Islam dikembangkan oleh ahli-ahli tasawuf dan sufi. Ahli tasawuf dan sufi merupakan ulama Islam yang kuat beramal. Kedua-dua golongan ini telah menunjukkan teladan yang baik tentang islam itu sendiri. Mereka berpakaian bersih, bersopan satun dan bertatatertip sehingga tingkah laku dan tutur kata mereka menjadi contoh dan ikutan ramai.

4.1.2 Kini

Revolusi kajian sains dan pengunaan teknologi kini telah memperlihatkan kepelbagaian penemuan baru yang lebih moden dan canggih. Dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi, jalan dakwah terbuka luas untuk menyampaikan sesuatu yang berguna kepada masyarakat. Dalam era globalisasi, seseorang khalifah boleh berdakwah menerusi pelbagai saluran dakwah berasaskan ICT seperti laman sosial Facebook, Twitter, dan blog malah proses dakwah juga boleh dijalankan melalui khidmat pesanan ringkas (sms). Selain daripada itu, media massa seperti radio dan televisyen juga boleh memainkan peranan dalam aktiviti menyampaikan dakwah secara lebih berkesan memandangkan kedua-dua medium dakwah ini mempunyai liputan yang meluas dalam masyarakat khasnya dalam kalangan kanak-kanak, remaja, belia, dewasa mahupun warga emas. Dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi, jalan dakwah terbuka luas untuk menyampaikan sesuatu yang berguna kepada masyarakat.

4.1.3 Harus

Kecanggihan sains dan teknologi yang semakin hari semakin hebat dalam penyebaran ilmu dan dakwah islamiah perlu dikendalikan dengan cara yang baik agar matlamat penciptaan teknologi sebagai alat untuk kemudahan manusia tidak menyebabkan manusia menjadi hamba kepada teknologi. Oleh itu, elemen kerohanian sepatutnya

diperkasakan selaras dengan perkembangan teknologi agar manusia dapat menikmati keseimbangan dalam aspek spiritual dan material. Dalam teknologi, manusia diamanahkan supaya melakukan perkara-perkara yang baik dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Contohnya, seorang programmer komputer perlu memastikan kandungan di dalam program-program komputer haruslah menjurus kepada perkara kebaikan begitu juga dengan gambar-gambar yang dipaparkan haruslah menepati ciri-ciri syarak dan penulisan program haruslah tidak berunsurkan maksiat (perkara-perkara yang dilarang oleh Allah).

4.1.4 Haram

Teknologi maklumat yang berkembang pesat sehingga ke hari ini memungkinkan semua lapisan masyarakat mendapat maklumat dengan begitu mudah. Pelbagai penerokaan maklumat boleh diperolehi tanpa ada batasan (perkara yang halal/haram atau disuruh/dilarang oleh Allah SWT). Namun di sebalik kecanggihan dan kelebihan teknologi tersebut kini, terselit suatu keburukan yang jarang sekali difikirkan kerana ia timbul tanpa disedari. Ramai muda mudi kita terpengaruh dengan kelebihan teknologi maklumat. Kesannya kepada pembangunan generasi di mana mereka leka dengan teknologi tersebut sehingga mengabaikan nilai murni. Contohnya, internet yang merupakan gedung mencari ilmu, tetapi kadangkala muda mudi kita menyalahgunakan kelebihannya dengan melayari laman- laman web yang berunsur lucah dan tidak berakhlak. Ini akan mempengaruhi fikiran golongan tersebut dan akan merosakkan pembangunan nafsu mereka. Selain itu, penyalahgunaan teknologi seperti menyebarkan ajaran sesat lagi menyesatkan adalah sangat dilarang dalam Islam. Kemajuan teknologi maklumat juga mendatangkan kesan buruk apabila kini berlaku pula pencerobohan maklumat yang disebut sebagai "penggodam" di mana maklumat sulit peribadi atau maklumat sulit sesebuah negara boleh diceroboh dengan mudah. Melalui teknologi terkini juga, pengubahsuaian ke atas sesuatu gambar boleh dibuat. Kadangkala ia memberi kesan buruk kerana boleh menyebabkan fitnah.

4.2 Kesinambungan Sains Dan Teknologi Dalam Politik

Page 8: Sains Teknologi Pelengkap Manusia Sebagai Khalifah

Sains dan teknologi sering dikaitkan sebagai pengaruh yang paling penting terhadap masyarakat dalam dunia politik7. Politik ini adalah satu bahagia yang penting dalam Islam kerana ia mempunyai kaitan yang sangat selari dengan peranan dan matlamat kejadian manusia di muka bumi ini. Sebagai individu yang beragama islam, manusia seharusnya memahami peranan penting mengapa manusia di sini iaitu sebagai hamba Allah yang perlu taat dan patuh kepada perintah-Nya dan menunaikan tugas kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Bidang atau aktiviti politik sangat berhubung dengan urusan sebagai seorang khalifah6. Dari perspektif politik, khalifah dalam bahasa arab bererti pengganti, manakala, dari sudut pandangan agama bermaksud tanggungjawab memelihara kemurnian islam dan mengekalkan keharmonian serta kestabilan umat islam. Bagi melantik seseorang menjadi khalifah, banyak ciri-ciri yang perlu dikenalpasti iaitu lelaki merdeka beragama islam, memeliki pengetahuan tentang islam, mematuhi perintah Allah dan melaksanakan hukum Allah, adil dan berakhlak baik, tubuh sihat, sempurna, cergas fikiran dan warak serta mempunyai kebolehan dalam mentadbir kerajaan islam.

4.2.1 Sains Politik

Pada zaman Rasulullah S.A.W, beliau telah berjaya mendirikan kerjaan islam di Madinah setelah penghijrahannya. Baginda telah berjaya menyatukan umat islam dengan golongan bukan islam malahan beliau telah berjaya menjadikan Madinah sebagai pusat penerintahan dan perdagangan utama setelah perlembagaan Madinah yang menjadi asas kepada pemerintahan islam diperkenalkan. Seteleh kewafatan baginda, sistem pemerintahan Khulafah al-Rashidin pula diperkenalkan yang terdiri dari Saidina Abu Bakar bin al-Siddiq, Saidina Umar bin al-Khattab, Saidina Uthman bin al-Affan dan Saidina Ali bin Abi Talib.

Abu Bakar Hamzah telah menghuraikan berkenaan Imam al-Ghazali didalam karyanya berjudul Imam al-Ghazali sebagai Sarjana Sains Politik. Dalam karya ini, Imam al-Ghazali telah memberi perngertian akhlak dalam dunia ‘Sains Politik’ ialah memberi pengajaran bagi membersihkan akhlak serta memberi petunjuk ke arah jalan yang membawa kepada kebaikan dan kebahagiaan. Pengertian yang dihuraikan ini amat

7 Richard West dan Lynn H. Turner. 2008. ‘Pengantar Teori Komunikasi: Salemba Humanika. (edisi 3).

luas dan pada masa sekarang, perkara yang nyata ketara kekurangannya dapat dilihat adalah dalam konteks kerjasama di antara politikus dan para sarjanah sains politik. Hal ini kerana, tidak semua politikus mempunyai pengetahuan dalam sains politik dan sebaliknya pula, tidak semua sarjana sains politik itu melibatkan diri dalam kancah politik secara amalinya. Dalam konteks ini, Imam Ghazali telah menghubungkan kedua-dua golongan ini agar mereka dapat bekerjasama untuk sama-sama membina masyarakat berjiwa murni iaitu saling tolong menolong serta melaksanakan tugas dengan sempurna demi memelihara keutuhan masyarakat dan kestabilannya. Imam al-Ghazali telah meletakkan akhlak pada martabat yang tinggi dalam pengertian sains politiknya, tetapi dalam masa yang sama, beliau tidak pernah membataskan politik kepada akhlak semata. Beliau juga telah mengasaskan satu karya lain yang bersumberkan pengalamnnya yang mengaitkan politik dengan hukum kanun termasuk hukum hudud. Juga dapat dilihat mengenai pengertian ‘Negara Islam’ yang digambarkan Imam al-Ghazali iaitu didalamnya terjalin semua urusan dunia dan urusan akhirat yang sekaligus menaikkan martabat ‘tokoh agama’ pada kedudukan yang tertinggi bergelar khalifah atau fakih. Dalam konteks ini, jelas sekali Imam al-Ghazali telah menyimpulkan bahawa ‘ketua negara’ yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan Ahli Sunnah wal-Jama’ah layak digelar ‘khalifah’ bagi mentadbir dan memakmurkan bumi. Tetapi malangnya sesetengah manusia telah menjalankan tanggungjawapnya mengikut hawa nafsu dan sekaligus menimbulkan permusuhan dan perpecahan dikalangan masyarakat8.

4.2.2 Media Massa dalam Politik

Media massa merupakan salah satu medium yang sangat memainkan peranan dalam bidang politik, di mana ia menjadi perantara utama dalam menyampaikan perkembangan dan situasi semasa yang berlaku di dalam dunia politik dalam negara kita9. Radio, televisyen, surat khabar dan media

8

? Petikan karya Abu Bakar Hamzah,Imam al-Ghazali Sebagai Sarjana Sains Politik.Abu Fateh, 16150 Kubang Kerian dari laman web http://nuruddinzenki.blogspot.com/2010/02/pendidikan-sains-politik-psp-7.html

9

6 Prof. Madya Dr. Saodah Abd Rahman. 2013. ‘Objektif, strategi berpolitik berteraskan

Page 9: Sains Teknologi Pelengkap Manusia Sebagai Khalifah

bercetak merupakan media komunikasi yang digunakan sejak dahulu hingga sekarang, dan kini semakin banyak media komunikasi yang muncul seperti telefon, dan rangkaian internet di dalam dunia politik. Media massa atau juga media komunikasi ini merupakan salah satu agenda kepada proses politik di Malaysia. Penggunaan media massa ini haruslah digunakan dengan bijak oleh parti-parti politik dalam memaparkan isu-isu semasa atau berita supaya ianya selari dengan peranan dan matlamat kejadian manusia di muka bumi ini. Ramai umat islam yang memasuki arena politik tetapi dalam waktu yang sama membelakangi konsep dan prinsip berpolitik mengikut ajaran islam yang sebenar. Tambahan pula, konsep dan prinsip ini seharusnya dijadikan asas yang amat penting kepada strategi dan aktiviti berpolitik pada setiap masa dan keadaan6. Di Malaysia, akhbar, televisyen dan rangkaian internet lebih berperanan dan berpengaruh. Dengan kehadiran media massa ini, penyebaran maklumat akan lebih meluas kepada penerima-penerima yang ramai dan tersebar di merata-rata tempat10.

Surat khabar merupakan media massa yang pertama muncul iaitu sekitar tahun 1807 yang diberi nama Prince of Wales Island Gacette di Pulau Pinang. Kemudian ianya diikuti oleh akhbar bahasa inggeris, bahasa Melayu, bahasa Tamil, bahasa Cina dan sebagainya. Akhbar bahasa cina pertama telah diterbitkan pada tahun 1815 di Melaka dengan nama Chinese Monthly Magazine kemudian diikuti akhbar bahasa melayu iaitu Jawi Peranakan pada tahun 1896 di Singapura. Perkembangan akhbar telah berlaku sejak awal kurun ke-19 dan semakin pesat berkembang sehingga ke ke hari ini.

Sementara media elektronik seperti radio dan televisyen telah mula dieksperimenkan penyiarannya sejak tahun 1923 melalui gelombang sederhana 300 meter di Johor. Pada 1937, urusan

keredaan Ilahi’ dalam akhbar Utusan Online dari Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia: © Utusan Melayu (M) Bhd 2013.

? 1989. Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

10 Mansor Ahmad Saman, Ramli Mohamed, Shawaluddin Aris. 1984. ‘Pengantar Kumunikasi’. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

penyiaran telah dijalankan secara profesional dan menjelang tahun 1996, Jabatan Penyiaran telah pun ditubuhkan. Semenjak itu, media elektronik semakin berkembang pesat sehingga lahirnya siaran televisyen pada tahun 1963 dan pertambah baikan kepada siaran berwarna pada 1978 di Malaysia.

Di luar negara, McLuhan (1964) telah mendasarkan pemikirannya pada mentornya, seorang ekonomi politik iaitu Harold Adams Innis (1951) berkebangsaan Kanada. Innis telah menyatakan bahawa kerjaan-kerajaan besar dalam sejarah seperti Roma, Yunani dan Mesir dibangunkan melalui pengaruh kata-kata yang tertulis. Dia berpendapat bahawa kaum elit Kanada telah menggunakan beberapa teknologi komunikasi untuk membangunkan kerajaan mereka di mana mereka yang berkuasa akan diberikan lebih banyak kekuasaan dengan adanya perkembanga teknologi. Innis menekankan bahawa kekuatan membentuk atau mempengaruhi yang dimiliki oleh teknologi keatas manusia sebagai bias komunikasi (bias of communication). Ini dapat dilihat pada media komunikasi yang memiliki bias yang dijadikan alat untuk mengendalikan atau menyalurkan idea golongan elit ini kepada pemikiran sesebuah masyarakat7.

Setiap ahli politik akan menggunakan media massa dalam melancarkan atau menyuarakan usaha politiknya baik dalam kepentingan politik atau kepentingan lain. Media massa seharusnya digunakan secara adil dan samarata bagi menyalurkan komunikasi politik bagi mempengaruhi masyarakat dan sistem politik negara secara adil dan telus. Hal ini dapat dilihat kerana media massa dan masyarakat saling berinteraksi dan bersifat saling mempengaruhi. Media massa akan dijadikan sumber informasi yang utama kerana rata-rata rakyat di Malaysia mempunyai teknologi ini11.

Media massa terbahagi kepada dua iaitu media cetak dan media elektronik. Surat khabar, majalah, buku, dan jurnal merupakan antara contoh media cetak, manakala media elektronik pula merangkumi radio, televisyen dan komputer atau rangkaian internet. Pepatah Melayu ada menyebut bahawa “Kuasa sebatang pen lebih tajam dari

117 Richard West dan Lynn H. Turner. 2008. ‘Pengantar Teori Komunikasi: Salemba Humanika. (edisi 3)

? Ibnu Hamad. 2004. ‘Kontruksi Realitas Politik dalam Media Massa’.

Page 10: Sains Teknologi Pelengkap Manusia Sebagai Khalifah

sebilah pisau”. Ini menunjukkan bahawa media cetak merupakan media atau bahan yang berpengaruh dalam menyalurkan maklumat kepada semua golongan rakyat. Setiap hari, akhbar akan membawa berita atau isu-isu yang ingin diketengahkan. Media cetak di Malaysia dikawal oleh Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Media cetak secara umumnya di bawah kuasa pihak swasta, tetapi terdapat segelintir pemiliknya mempunyai kaitan dengan parti-parti politik yang berkuasa12. Bagi media elektronik, iainya dimiliki oleh kerajaan dan swasta, tetapi melalui Akta Penyiaran, kerajaan diberi kuasa bagi mengawal media elektronik swasta bagi menjaga keselamatan awam dan kesejahteraan Negara 13.

Pada era ini, dunia politik tidak dapat terlepas dari pemanfaatan media baru, iaitu permanfaatan internet. Dalam konteks permanfaatan internet, ia terbahagi kepada dua iaitu; internet yang berkonvegensi dengan media lama seperti surat khabar, majalah, TV dan radio serta media jejaring sosial seperti facebook, blog, twitter dan lain-lain. Kedua-dua pendekatan ini memiliki dampak yang besar terhadap perkembangan demokrasi dan politik di banyak Negara. Menurut Pramono Anung, perubahan informasi ini tidak lagi memerlukan jangka waktu yang panjang seperti minggu, hari bahkan jam, malahan informasi ini dapat disebarkan dalam jangka masa satu minit dan satu detik. Teknologi informasi (TI) semakin berkembang pesat dan ia telah membawa banyak perubahan dalam kehidupan masyarakat dunia14. Dari sudut positifnya, penggunaan internet ini dapat berfungsi sepenuhnya dalam memberi maklumat secara mudah dan cepat. Teknologi ini dapat dimanfaatkan oleh setiap individu dalam mencari maklumat yang benar berkaitan dengan prinsip dan objektif berpolitik yang dibawa oleh setiap parti politik semasa pilihanraya6.

12 Mohd. Hamdan Adnan. 1986. ‘Komunikasi: Peranan dan pengkhususannya’. dalam Mohd. Rajib dan Mohd. Hamdan Adnan Komunikasi Sebagai Profesion. Kuala Lumpur: Karya Bestari, 1986.

13 Mohd. Hamdan Hj. 1995. Adnan. ‘Pendapat Umum’. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1995.

14 Musa. 2011 ‘Pemanfaatan Media Konvergensi dalam Komunikasi Politik’. Dalam akhbar Pemutakhiran Terakhir, ed, 2011.

Bagi agenda akan datang, media massa haruslah terus menerus menjadi matang dari konteks pemikiran, pengisian isi dan isu semasa berserta pengawasannya. Media harus lebih sama rata tanpa ada pengaruh dominan dalam sistem politik sehingga mempengaruhi sistem media dan masyarakat sekeliling11. Hal ini kerana, realiti yang wujud kini kebanyakkannya menunjukkan ahli-ahli politik yang semakin tersasar dengan permulaan pertubuhan parti politik tersebut iaitu dalam mempertahankan hak umat islam dan melaksanakan perundangan islam. Pelbagai strategi dan usaha boleh dilakukan selagi aktiviti itu tidak bertentangan dengan nilai agama dan hukum Allah. Islam sekali-kali tidak melarang umatnya menjalankan sesi dialog secara jujur dan berkhemah bersama penganut lain dengan tujuan supaya mereka dapat memahami dan mendapat gambaran ajaran Islam, dan bukan pula bertujuan untuk menarik perhatian mereka. Pemimpin yang ingin meraih undi rakyat haruslah lebih gigih dalam melaksanakan tanggungjawb kepada rakyat, adil dan ikhlas dalam melaksanakan pemerintahan, jujur serta bijak dalam berhadapan dengan segala permasalahan yang timbul, serta terhadap urusan agama. Tambahan lagi, rakyat juga harus berfikir dengan waras tanpa mengikut emosi supaya negara ini tidak tersilap dalam memilih pemimpin untuk menerajui negara di masa akan datang6.

4.3 Kesinambungan Sains dan Teknologi Dalam Ekonomi

Antara faktor perkembangan ekonomi negara ialah kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Ini kerana aktiviti ekonomi banyak bergantung kepada teknologi, dan ianya berkait rapat pula dengan kemajuan sains. Sains dan teknologi dan aktiviti ekonomi perlulah berkembang secara langsung bagi menjadikan sesebuah negara itu dinamik dan berkembang. Maka mutu dan taraf hidup masyarakatnya akan meningkat. Contohnya ialah bidang perindustrian, pertanian, penternakan, perikanan, perubatan, komunikasi yang banyak bergantung kepada teknologi.

___________________________________

6 Prof. Madya Dr. Saodah Abd Rahman. 2013. ‘Objektif, strategi berpolitik berteraskan keredaan Ilahi’ dalam akhbar Utusan Online dari Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama,

Page 11: Sains Teknologi Pelengkap Manusia Sebagai Khalifah

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia: © Utusan Melayu (M) Bhd 2013.

11 Ibnu Hamad. 2004. ‘Kontruksi Realitas Politik dalam Media Massa’.

4.3.1 Dahulu

Manusia telah mula berfikir untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah keperluan asas dalam kehidupan seperti bertani, mengembala dan menternak binatang. Manusia pada zaman ini berusaha mencari idea untuk memperoleh makanan dengan menggunakan bongkah batu sebagai alat. Contohnya, menggunakan batu untuk memecahkan cengkerang siput dan buah yang keras. Batu yang kecil diasah untuk mendapatkan ketajaman dan digunakan sebagai alat untuk memotong daging binatang buruan dan mempertahankan diri daripada musuh. Mereka juga menggunakan api yang dihasilkan dengan cara melagakan batu bagi membolehkan mereka membakar makanan, memanaskan badan dan menghalau binatang-binatang buas. Manakala komunikasi jarak jauh antara manusia pada zaman tersebut adalah dengan menggunakan api dan asap.

4.3.2 Kini

Melalui penyelidikan sains, banyak teknologi baru dapat dibangunkan. Kemajuan teknologi membolehkan peralatan-peralatan baru dibina bagi tujuan aktiviti ekonomi. Contohnya ialah bidang perindustrian, pertanian (teknologi tisu kultur yang mampu menghasilkan anak pokok yang “true to type” atau sama dengan induknya dalam masa yang singkat dan terjamin kualitinya)15, fertigasi (membolehkan tanaman membesar dengan sihat serta berupaya mengeluarkan hasil yang optimum dan berkualiti tinggi)16, makanan ubahsuaian genetik (Genitically Modified Food) makanan menjadi lebih tahan lama, sedap, murah, mudah dan bermutu), penternakan (pembiakbakaan lanjutan seperti permanian beradas dan pemindahan embrio untuk membangunkan baka-baka haiwan ternakan

15 ‘Apa Itu Tissue Kultur’ dari laman web http://animhosnan.blogspot.com/2012/03/apa-itu-tisu-kultur.html

16 Harizamrry. 2008. ‘Fertigasi teknologi yang popular dan menguntungkan’. Journal Pertanian, 2 Februari 2008 dibawah tajuk Agro.

terutamanya kambing Boer dan lembu Brakmas bagi tujuan eksport)17, pengklonan ), perikanan ( teknologi akuakultur dengan penurunan jumlah tangkapan dan pendaratan ikan sejak kebelakangan ini, sektor akuakultur menjadi penyelamat kepada keadaan, teknologi yang mesra alam)18, perubatan, komunikasi yang banyak bergantung kepada teknologi. Antaranya keperluan dalam pembinaan bangunan, kemudahan infrastruktur dan alat pengangkutan, serta penggunaan mesin/robot dalam sektor pembuatan. Bidang perindustrian merupakan antara faktor kepada kemajuan ekonomi moden. Tanpa adanya sains dan teknologi, industri mungkin tidak akan berkembang. Akibatnya aktiviti ekonomi sesebuah negara tidak dapat berjalan dan berlaku dengan berkesan. Ini secara tidak langsung akan menjejaskan pendapatan dan hasil ekonomi sesebuah negara industri seperti Malaysia.

4.3.3 Harus

Pada dasarnya setiap sesuatu yang dicipta oleh Allah adalah halal dan harus (mubah). Perkataan halal bermaksud baik dan berfaedah sementara perkataan haram pula bermaksud buruk dan membawa kerosakan. Sebarang aktiviti dan kegiatan teknologi yang dilakukan mestilah mementingkan aspek kehalalannya. Ini bermaksud, penggunaan dan penciptaan apa jua teknologi mestilah seiring dan menepati kehendak Islam. Kini bioteknologi memacu negara ke arah pembangunan. Bidang kejuruteraan makanan menerusi teknologi terkini mampu menghasilkan makanan ubahsuaian genetik

4.3.4 Haram

Apa yang nyata, setiap perkara yang diharamkan dalam Islam jelas merosakkan manusia sebagai individu dan merosakkan alam secara keseluruhannya. Islam amat mementingkan aspek halal dan haram dalam apa jua perkara kerana natijah daripada halal dan haram akan mempengaruhi hati dan membentuk kehidupan manusia di dunia malah ia akan dipersoalkan di

17 Harizamrry. 2008. ‘Biak Baka Kambing Kaedah Bioteknologi’. Journal Pertanian, 25 April 2008 dibawah tajuk Agro.

18 Harizamrry. 2008. ‘Akuakultur Tambah Bekalan Makanan’. Journal Pertanian, 29 Mac 2008 dibawah tajuk Agro.

Page 12: Sains Teknologi Pelengkap Manusia Sebagai Khalifah

akhirat nanti. Sebagai contoh , dalam aspek bioteknologi terdapat sempadan-sempadan dan batasan tertentu dalam Islam seperti penggunaan kaedah bioteknologi DNA babi (khinzir) dalam pemprosesan barangan, makanan, dan minuman adalah haram kerana ia secara jelas dan telah disabitkan pengharamannya dalam syarak secara muktamad (qat’ie). Haram jika mendapatkan sumber genetik yang digunakan untuk menghasilkan makanan ubahsuaian terdiri daripada benda-benda yang dilarang oleh syarak seperti lemak babi, darah anjing serta keturunan dan lain-lain. Selain itu, haram juga apabila GMF memberi kesan terhadap kesihatan manusia seperti mengandungi bendasing (allergen) yang tidak diketahui kesan buruknya. Isu pengklonan juga mendapat perhatian hangat dari semua pihak. Hasil kemajuan teknologi mampu memindahkan genetik dari satu organisma ke organisma lain. Ini akan menghasilkan satu organisma yang sama dengan yang induk. Haram jika kaedah teknologi ini disalahgunakan oleh pihak tertentu untuk tujuan pengklonan manusia kerana telah bertentangan dengan fitrah kejadian manusia dan terlalu menyimpang dari landasan agama islam yang sebenar.

4.4 Kesinambungan Sains dan Teknologi Dalam Sosial Masyarakat

Apabila kita mengaitkan sains dan teknologi dalam aspek social masyarakat teknologi maklmuat semestinya tidak lari daripada diperkatakan. Komputer dan Internet adalah dua komponen di dalam teknologi maklumat masa kini yang tidak boleh dipisahkan seperti isi dengan kuku. Penggunaan komputer banyak digunakan secara meluas di dalam bidang perniagaan, perbankan dan lain-lain lagi. Hal ini berikutan penggunaannya dapat memudahkan dan meningkatkan mutu kerja seseorang. Selain itu, kegunaan komputer juga adalah temasuklah dalam mengawal lampu isyarat, perubatan, penerbitan, penguatkuasaan undang-undang, mengawal pencemaran, penyelidikan dan pembangunan dan lain-lain. Pada mulanya komputer hanya digunakan dalam penyelidikan kerajaan dan menyelesaikan masalah saintifik dan kejuruteraan sahaja. Tetapi dalam masa yang singkat, komputer mula mempunyai kepentingan kepada masyarakat apabila penggunaannya diperluaskan dan digunakan hampir dalam semua urusan.

Lebih sedekad yang lalu, kita dapat melihat beberapa perkara berkaitan dengan tehnology maklumat (IT) berlaku di Malaysia. Perkataan-perkataan seperti Koridor Raya Multimedia (MSC), undang-undang siber, Cyberjaya, teleshopping, teleperbankan, dan teleperubatan, sekolah pintar, realiti maya, dan sudah tentu, Internet telah diberi pendedahan yang luas, sehinggakan bahawa mereka telah menjadi pelengkap dalam kehidupan seharian sebilangan besar masyarakat.

4.4.1 Kronologi Perkembangan Komputer, Peralatan Elektronik, Internet Dan Web

Sejarah komputer bermula pada awal tahun 1940-an. Pada tahun itu juga terciptalah sebuah komputer elektronik pertama di dunia, ia dikenali dengan nama ABS (Atanasoff and Berry Computer). Reka bentuk komputer ini membuka jendela komputer moden sehingga ke hari ini dicipta oleh Atanasoff bersama rakannya Berry. Ciptaan kedua-dua sahabat ini berdasarkan penggunaan tiub hampagas. Pada dekad yang sama seorang lagi saintis bernama Eckert dan Mounchly Berjaya mencipta komputer yang dikenali dengan nama ENIAC (Electronic Numerator, Integrator, Analyser and Computer). Tujuan utama komputer ini dicipta adalah untuk digunakan semasa peperangan.

Saingan mencipta komputer semakin rancak apabila pada tahun 1949 tercipatanya sebuah lagi komputer yang dikenali dengan nama EDSAC (Electronic Delay Storage Automatic Computer) di Universiti Cambridge. Berbeza dengan tujuan komputer ENIAC dicipta, komputer ini digunakan sebagai alatan am yang beroperasi di bawah kawalan atur cara tersimpan. Atur cara tersimpan adalah satu set suruhan tersimpan secara dalaman yang memandu komputer dan ia melalui langkah-langkah tertentu serta tersusun.

Selepas itu pelbagai jenis komputer dicipta dan perlumbaan mencipta komputer yang lebih canggih menjadi semakin hebat dan lebih berdaya saing. Pelbagai jenis komputer, jenama, dan kegunaan dihasilkan hinggalah ke hari ini. Suatu masa dulu komputer hanya digunakan oleh organisasi atau syarikat bagi memudahkan dan mempercepatkan kerja dan hanya golongan berada sahaja yang mampu memilikinya di rumah. Tetapi kebelakangan ini komputer dapat digunakan secara menyeluruh dan harganya amat murah.

Proses perkembangan teknologi peranti ini dapat diringkaskan berdasarkan kronologi perkembangannya bermula daripada ia diperkenalkan sehingga kini dimana aplikasinya,

Page 13: Sains Teknologi Pelengkap Manusia Sebagai Khalifah

dapat dipelbagaikan. Dan sejak dua tiga tahun kebelakangan teknologi gajet dan telefon pintar semakin banyak diperkatakan dan semakin banyak digunakan kerana saiznya yang lebih kecil dan ringan untuk memudahkan pengguna membawa ia ke mana sahaja, dan kini kenyataan seperti maklumat kini di hujung jari anda telah terbukti apabila pengguna boleh mengakses internet di mana sahaja.

Tahun

Kronologi Perkembangan Komputer dan Teknologi

Elektronik

1870 Filem bergerak pertama ditunjukkan di teater di Philadelphia, USA.

1876 Alexander Graham Bell menghasilkan telefon. Bell dan Eisha Gray memohon hak paten telefon. Pengadilan memutuslan bahawa Bell yang berhak mendapatkan paten itu.

1878 Thomas Alva Edison mempatenkan gramafon

1895 Marconi menjalankan eksperimen dengan menggunakan wireless telegraphy. Rontgen mendemonstrasikan sinar-X (X-ray).

1901 Marconi mengirimlam signal radio trans Atlantic

1919 Ernest Rutherford Berjaya memecah atom

1921 Audion di peragakan bagi memperkuatkan isyarat suara

1923 Dr F.G banting (Canada) menemui insulin yang digunakan oleh pesakit kencing manis

1928 Alexander Fleming (Inggeris) menemui penisilin, antibiotic pertama

1930 Lampu lalu lintas yang pertama digunakan di Manhattan NYC, USA.

1937 Varian bersaudara membuat klystron

di Stanford

1939 Bill Hewlett & Dave Packard mendirikan perusahan berjenama HP

1940 Radar mulai dikembangkan

1942 ENIAC (Komputer pertama) dicipta

1946 Stanford Research Institute (SRI) didirikan bagi mempergiatkan lagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan.

1951 Feranti Ltd melengkapi computer komersialnya dengan Mark 1

1952 IBM mendirikan lab di San Jose

1953 DNA ditemui

1957 Rusia melancarkan roket Sputnik

1958 NASA ditubuhkan. Seorang professor di Stanford mengusulkan penggunaan laser.

1959 NOYCE dan kawan-kawan mereka bentuk litar bersepadu

1961 Yuri Gagarin (Rusia) menjadi orang pertama yang mengorbit di luar dunia.

1969 Astronaut Amerika (Apollo 11: Neil Armstrong dan Edwin Aldrin) mendarat di bulan.

1970 Pengembangan Cip Silikon di Amerika menandakan kemuncalan industry peranti elektronik

1975 Perusahaan JVC (Jepun) membuat standard kaset VHS (Video Home System). Paul Allen mendemonstrasikan BASIC interpreter untuk “komputer’’ Altair yang dikembangkan oleh Ed Roberts

1977 Astronot mengenali wujudnya gelang disekeliling planet Uranus. Bill Gates

Page 14: Sains Teknologi Pelengkap Manusia Sebagai Khalifah

dan Paul Allen menandatangani perjanjian untuk mendirikan perusahaan Microsoft.

1978 Texas Instrument mempatenkan Microchip

1979 Sony mengembangkan Walkman. Philips dan Sony mengembangkan Compact Disc (CD). Telefon selular (mobile) dikembangkan di Swedia.

1980 Space shuttle dilancarkan. Sinclair Research mengeluarkan computer ZX80 dengan menggunakan prosesor NEC 3.25 MHz.

1982 PC Magazine diterbitkan. Intel memperkenalkan microprosesor 80286 dengan kecepatan 6 MHz.

1988 Perusahaan computer Compaq mengumumkan hasil penjualan mereka sebanyak US$1.2 juta. Mencatatkan dirinya sebagai perusahaan yang tercepat untuk mencapai sasaran tersebut.

1995 IBM menggunakan PC-DOS 7 dengan program stacker

1998 Intel mengumukan chip grafik i740. Apple mengumumkan untuk menghentikan produksi PDA Newton

1999 Internet Bank of Indiana menjadi bank pertama dengan layanan yang pertama di Internet.

2000 Microsoft meluncurkan sistem operasi Windows 2000.AMD mendemonstrasikan prosesor dengan kecepatan 1.1 GHz. Sementara itu pula Intel mendemonstrasikan prosesor 1.5 GHz.

Tahun Kronologi Perkembangan Internet dan Web

1957 Advance Research Projects Agency (ARPA) dibentuk oleh Kementerian Pertahanan (DoD) USA.

1959 Len Kleinrock menulis kertas kerja tentang pensuis bingkisan

1967 Reka bentuk awal dari ARPANET diterbitkan

1969 DoD meneruskan perkembangan ARPANET

1970 ARPANET mulai menggunakan Protokol Kawalan Jaringan

1972 InterNetworking Working Group (INWG) dibentuk untuk mempromosikan piawaian yang sudah disepakati bersama. Spesifikasi dari telnet, RFC 318, diusulkan.

1973 Ide Ethernet digambarkan di dalam tesis PhD oleh Bob Metcalfe. Spesifikasi untuk pemindahan fail, RFC 454, dicadangkan.

1974 Reka bentuk dari TCP/IP diterangkan secara terperinci oleh Vint Cerf dan Bob Kahn di dalam kertas kerja yang bertajuk “ A Protocol for Packet Network Intercommunication”

1976 Salinan UNIX-ke-UNIX (UUCP) dikembangkan oleh Bell Labs.

1981 BITNET mulai beroperasi

1982 TCP/IP menjadi protocol untuk ARPANET dan ini dispesifikasikan sendiri oleh DoD.

1983 BSD UNIX versi 4.2 menggunakan TCP/IP.

1984 Jumlah hos Internet melewati had 1000 hos. Domain Name Service (DNS) mulai lahir.

1986 NSFNET dilahirkan dengan kecepatan

Page 15: Sains Teknologi Pelengkap Manusia Sebagai Khalifah

56Kbps.

1987 Jumlah Internet hos melewati batas 10,000. UUNET didirikan untuk memberikan akses komersial untuk Usenet dan UUCP.

1988 Sejenis “Internet Worm” didapati Berjaya melumpuhkan Internet, sekitar 6000 hos terkena jangkitan akibat daripadanya. NSFNET meningkatkan kecepatan menjadi 1544 Mbps (TI)

1989 Jumlah internet hos melepasi 100000. Tim Berners Lee dari CERN menyebarkan kertas cadangannya yang berjudul “Information Management: A Proposal”.

1990 DoD menghentikan ARPANET. Tim Berners-Lee menyebarkan kertas cadangan bertajuk world Wide Web (WWW). Dikembangkan sebuah program WWW, sebuah WYSIWYG browser dan editor

1991 Brewster Kahle (Thinking Machines) mengembangkan Wide Area Information System (WAIS). Paul Lindner dan Mark McCahill (University Minnesota) melancarkan Gopher. Philip Zimmerman melancarkan Pretty Good Privacy (PGP). CERN melancarkan library WWW.

1992 Jumlah internet hos melebihi 1,000,000. Universiti of Nevada mengeluarkan sistem Veronica. Sebuah WWW browser yang bernama Viola diluncurkan oleh Pei Wei dan dihantarkan bersama CERN WWW.

1993 NSF membuat InterNIC untuk menjalankan perkhidmatan Internet seperti pendaftaran domain Versi pertama dari Mosaic (untuk X Window) yang dikembangkan oleh Marc Andreesen dikeluarkan oleh NCSA. National Information Infrastructure Act

lulus dan pemerintah Amerika Syarikta mulai lebih serius dalam bidang web

1994 Pizza hut online bermula, merupakan contoh pertama dari aplikasi komersial Internet. Spam mail menjadi kelam kabut setelah sebuah virus yang bernama Canter & Siegel menyebarkan mel ke seluruh dunia. First Virtual menjalankan “Cyberbank” yang pertama.

1995 Compuserve, America Online, dan Prodiy mulai memberikan perkhidmatan akses ke Internet. Perubahan Mare Andreesen, Netscape Communication Corporation, menjadi umum dan menjadi nombor 3 tertinggi untuk harga Initial Public Offering (IPO) di NASDAQ. NFS tidak lagi menggalakkan pendaftaran domain. Domain mulai dikehendaki membayar US$50 setahun.

17 April 2000

Stok di Nasdaq jatuh, mengakibatkan kerugian jutaan dollar.

3.4.2 Kebaikan Dan Keburukan Internet Dalam Sosial Masyarakat

Pada hari ini pelbagai pendapat dikemukakan oleh manusia terhadap perkembangan dan kemajuan dalam bidang komputer. Orang-orang yang berfikiran sempit sering kali bimbang jika perkembangan drastic dalam dunia komputer member kesan tidak elok kepada dunia. Terutamanya sifat-sifat kemanusiaan. Bagi orang-orang yang begitu menyokong perkembangan pesat dalam bidang komputer ini, mereka menyatakan perkembangan pesat dalam bidang komputer ini member kesan yang baik kepada manusia sejagat. Terutamanya bagi mengurangkan masa menyelesaikan sesuatu masalah.

Perkembangan pesat dalam bidang komputer pada hari ini seolah-olah mengejutkan masyarakat negara kita, terutamanya golongan dewasa dan golongan tua. Bagi mereka yang ditugaskan bekerja dengan komputer sering kali mereka cuba menolak dan mengelak daripada menggunakan peralatan

Page 16: Sains Teknologi Pelengkap Manusia Sebagai Khalifah

ini. Sikap ini menyebabkan masyarakat ini ketinggalan. Seharusnya masyarakat negara kita tidak kira golongan dan bangsa seharusnya “celik komputer”. Setidak-tidaknya mempunyai kefahaman asas penggunaan mesin ini. Adalah lebih baik apabila masyarakt dapat menggunakan komputer sebagai alat kegunaan peribadi selain tugas-tugas di pejabat ataupun urusan perniagaan.

Bagi masyarakat “celik komputer”, mereka boleh berinteraksi dengan komputer serta memproses perkataan, data, membuat analisis dan lain-lain aplikasinya. Contohnya internet, aplikasi ini tidak dapat digunakan apabila seseorang tidak mempunyai asas penggunaan komputer. Malah dasar kerajaan dalam mempromosikan penggunaan komputer patut dicontohi.

Setiap hari mesin yang dikenali dengan nama komputer ini semakin hari semakin canggih. Oleh itu jika kita tidak mengikutinya maka sukarlah kita menggunakannya pada suatu hari nanti. Seandainya kita mengetahui sesuatu aplikasi komputer dan kemampuannya melakukan sesuatu kerja, kita mendapat manfaat daripadanya. Tapi jika sebaliknya, kita mendapati ia sebaliknya kepada diri kita. Oleh itu kegunaan menggunakan komputer tidak perlu disalah gunakan. Salah guna yang dimaksudkan adalah melakukan jenayah seperti yang sering dilaporkan mengenai jenayah siber yang semakin menular kebelakangan ini.

Dengan teknologi masa kini, proses memasukkan informasi ke dalam borang elektronik (e-form) menjadi semakin mudah dengan penggunaan SMS (Sistem Maklumat Ringkas). Seseorang pengguna dapat memasukkan data di daerah terpencil, dan mengirimnya melalui jaringan GSM dengan mudah. Ketika data itu diterima ia dapat diproses dengan cepat oleh server dan disimpan di tempat yang benar.

Sebuah rakaman tulisan yang menerangkan, “interaksi social dapat dilakukan juga melalui sebuah jaringan komputer”, terdapat pada siri memo yang ditulis oleh J.C.R Licklider dari MIT (Massachuset Institut of Technology) pada bulan Ogos tahun 1962. Dalam memo itu diuraikan konsep Galactic Network yang memiliki visi sebuah jaringan komputer global yang saling berhubungan di mana setiap orang dapat akses data dan program secara cepat dari tempat mana pun. Semangat dan konsep itu sama seperti internet yang ada sekarang.

Selepas beberapa dekad diperkenalkan kepada khalayak ramai, teknologi internet telah matang dan bersedia melayani banyak keperluan dan aplikasi pekerjaan. Dengan cara penggunaannya

yang mudah, teknologi ini memudahkan kita memahami manfaat komputer dan pentingnya jaringan komputer baik bagi pengguna dalaman mahupun luaran.

Internet kini telah menjadi pembangunan yang paling besar IT yang menunjukkan kuasa yang wujud dan utiliti rangkaian maklumat global bersepadu. ia mungkin perkara yang paling dekat kepada prototaip kerja lebuh raya maklumat. walaupun masih di peringkat awal, internet dijangka berkembang pesat ke dalam rangkaian tanpa sempadan untuk penghantaran maklumat dan perkongsian yang pada asasnya akan mengubah tingkah laku, hal ehwal agama sosial, ekonomi dan yang paling penting.

Beberapa tahun yang lalu kepelbagaian kegunaan baru komputer diiktiraf. Ia bukan sekadar alat penjumlahan, tetapi juga sebagai alat komunikasi dan kolaborasi. Kita menggunakan komputer tidak hanya untuk menghitung, tetapi juga untuk mengirim pesan kepada rakan sekerja ataupun teman supaya tatp berhubungan untuk tugas formal mahupun tidak formal. Kita tahu dalam keadaan “online” internet sangat luar biasa. Kita boleh membawanya ke mana sahaja kita pergi. Malah dapat menyimpannya secara local atau internet “offline”. Dewasa ini, teknologi semacam ini mulai matang dan kita dapat menarik minat ramai orang untuk mengeksploitasi manfaat darinya. Lebih baik lagi, kini jaringan komputer boleh digunakan secara tanpa wayar.

Kebelakangan ini banyak urusan yang menggunakan internet yang lebih dikenali dengan e-government, e-commerce, dan sebagainya. Ini diwujudkan bagi memudahkan urusan orang ramai di samping dapat meningkatkan mutu perkhidmatan organisasi itu.

Banyak kegunaan yang menguntungkan yang didapatkan dari internet dalam semua bidang sama ada urus niaga, akademik, pemerintahan, organisasi dan sebagainya. Antara lain kegunaan internet adalah:

1. Informasi yang didapatkan lebih cepat dan murah dengan aplikasi e-mel, WWW, News Group, FTP dan Gopher.2. Mengurangi penggunaan kertas “paperless” dan biaya penghantaran, contohnya Quran, majalah, brosur dan sebagainya. 3. Sebagai media promosi, contohnya Image Company pengenalan, pendaftaran, penjualan dan pemesanan produk.

Page 17: Sains Teknologi Pelengkap Manusia Sebagai Khalifah

4. Komunikasi Interaktif seperti e-mel, dukungan pelanggan dengan WWW, video conferencing, Internet Relay Chat dan Internet Phone. 5. Sebagai alat penyelidikan dan pembangunan6. Pertukaran data.

Semua ini adalah mungkin melalui internet. Walau bagaimanapun, seperti perkara yang lain, walaupun banyak manfaatnya yang dapat difikirkan dan digunakan untuk kehidupan, internet tetap juga empunyai sisi negatif. Kuasa dan kemerdekaan menjadikannya komoditi yang lebih dicari hal ini berikutan ruang maya ini amat sukar untuk dikawal kerana terdapat banyak penyamaran identiti. Mereka bebas untuk melakukan sebarang aktiviti. Ahli-ahli perniagaan yang tidak sabar untuk memungut pulangan wang yang lumayan boleh menjalankan perniagaan haram seperti menjual video-video lucah, malah kini aktivit pelacuran juga semakin canggih apabila anak-anak ayam ini boleh ditempah secara online. Bayangkan betapa impak buruk yang dibawa oleh internet, sudahlah sukar untuk dikawal, bila terdapat manusia yang tidak tahu nilai etika dan moral untuk mengaut keuntungan dengan cepat boleh menyebabkan masalah keruntuhan moral dan akhlak dalam masyarakat. Masyarakat kini tidak takut lagi untuk mendekati perkara-perkara yang menghampiri zina malah bagi mereka ia semakin senang dicari. Inilah yang terjadi apabila manusia hilang pertimbangan kerana tiada ilmu dan iman tidak kira bangssa dan agama apa sekali pun. Apabila aktiviti pelacuran online ini berleluasa maka institusi yang pertama runtuh adalah institusi kekeluargaan. Bilamana institusi kekeluargaan ini runtuh maka goyahlah kekuatan masyarakat itu.

Selain itu, terdapat juga sesetengah pengguna banyak menghabiskan masa di internet, tanpa mendapat output yang berguna atau penting untuk kehidupan. Sebagai contoh, laman sosial telah lama wujud tidak lama dulu seperti MySpace, Hi5, Friendster dan sebagainya, namun setelah mana setiap individu kini berpeluang memiliki sebuah komputer atau gajet atau telefon pintar, dan akses internet kini pula ada di mana sahaja, tidak lupa juga kafe-kafe siber yang juga tumbuh di mana sahaja, medium laman sosial semakin popular di kalangan masyarakat. Dan kemunculan Facebook, Twitter dan sebagainya amatlah bernasib baik kerana tepat pada masanya bila masyarakat boleh memiliki dan mempunyai telefon pintar sendiri, mereka berpeluang untuk memiliki akaun Facebook dan Twitter sendiri.

Manakala sebilangan besar penggunannya adalah golongan remaja yang kita tahu sangat suka memberontak. Sudahlah sesetengah daripada mereka ini adalah golongan yang malass membaca, dijadikan pula laman sosial seperti Facebook sebagai sumber rujukan untuk maklumt yang tidak tahu lagi kesahihannya. Peluang ini diambil oleh setengah pihak yang tidak bermoral dan bertanggungjawab untuk menyebarkan fitnah dan sebagainya. Video-video fitnah tersebar di serata akaun pengguna-penggunanya.

Dengan kecanggihan, mereka bukan sahaja boleh menyebarkan video yang belum diedit dengan hanya ada penerangan berbaur fitnah tetapi juga video yang siap diedit untuk memfitnah orang lain. Video-video fitnah ini bukan sahaja bertebaran di dalam laman sosial malah media massa besar seperti televisyen juga menggunakannya sebagai bahan untuk rancangan berita televisyen mereka. Kita harus beringat bahawa penjajahan bukan hanya berlaku dalam bentuk fizikal malah serangan yang dilakukan oleh pihak tersebut boleh dilakukan kepada media massa dan juga alat komunikasi sesebuah masyarakat. Lihatlah betapa bijaknya Yahudi supaya masyarakat dunia sentiasa dibawah taklukannya tanpa disedari. Berjaya mengucar-ngacirkan sesebuah perpaduan yang dibina dalam masyarakat sekian lamanya. Inilah natijahnya apabila sesetengah pihak yang terlampau taksub dengan kuasa malah ada sesetengahnya menggunakan agama dan sesetengah yang lain menggunakan sains dan teknologi semata-mata untuk mengejar kuasa dan kekayaaan, walhal agama dan sains serta kemajuan itu tidak boleh dipisahkan dalam masyarakat.

Sesetengah daripada pengguna menghabiskan banyak masa di internet, tanpa mendapat hasil yang baik seperti melayari web porno, bersembang dengan rakan di laman sosial, bermain game online yang membawa kearah perjudian dan sebagainya. Aktiviti menghabiskan masa merenung skrin ini dipanggil sebagai “webholic” dan apabila seseorang itu memeriksa atau berada di ruang maya dalam 20 atau 30 kali sehari ia adalah sebahagian daripada tanda-tanda Gangguan Ketagihan Internet. Masyarakat tidak lagi bersosial di ruang yang nyata, malah tidak keluar dari rumah hanya semata-mata berada di hadapan komputer. Ini meneyebabkan masyarakat kita pada hari ini kurang bergaul, sudahlah dengan cara hidup yang sibuk dengan kerja, apabila ada masa terluang mereka lebih banyak menghabiskan masa di depan komputer dan laman sosial

Page 18: Sains Teknologi Pelengkap Manusia Sebagai Khalifah

terutamanya seolah-olah mereka sudah berada dalam suatu kelompok komuniti. Masa yang sepatutnya digunakan untuk bersama keluarga habis begitu sahaja, sehingga ada yang lalai dalam menunaikan kewajiban seperti tidak menunaikan solat, ada yang mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri atau suami dan lain-lain. Seperti yang telah diperkatakan sebelum ini, apabila institusi kekeluargaan itu sudah goyah, ia turut sama melibatkan perpaduan masyarakat itu. Bayangkanlah sekiranya hampir sejumlah besar keluarga mengalami masalah ini. Bagaimana kesepakatan itu hendak dicapai dalam komuniti.

Maklumat, walaupun banyak di Internet, adalah agak tidak teratur. Satu perkara yang perlu ditekankan maklumat itu tidak boleh diyakini kredibilitinya. Seperti yang kia tahu maklumat dan pengetahuan adalah dua rukun yang paling asas dalam ajaran islam. Ia menjadi dasar iman dan kepercayaan. Ia juga menjadi asas kepada nilai-nilai Islam dan budaya. Maklumat dan pengetahuan yang wujud dalam hierarki, yang membawa kepada petunjuk inspirasi atau kebijaksanaan. Seperti yang dinyatakan oleh ulama Ziauddin Sardar, jelas bahawa maklumat hanya menjadi berguna apabila ia disepadukan dengan pengetahuan masyarakat. Maklumat boleh menjadi sumbangan yang positif kepada masyarakat apabila ia wujud dalam sintesis lengkap dengan pengetahuan masyarakat dan kebijaksanaan budaya. tanpa integrasi ini dan sintesis, ia menjadi beban kepada masyarakat, dan boleh menyebabkan perpecahan dan perpecahan masyarakat dan minda individu.

Dalam pembangunan dan aplikasi IT, kita perlu menangani isu-isu etika dan moral yang asas. Setiap pengguna IT akan dapat menggunakan maklumat dan ilmu pengetahuan untuk menggunakanya dengan berkesan dalam masyarakat. iaitu, pengetahuan tidak harus tanpa moral, etika dan persekitaran sosial. Klasifikasi nilai sosial pengetahuan telah dikemukakan oleh Imam Al Ghazali. Ketiga-tiga kawasan ini Mahmud (terpuji), madhmum (blameworthy), dan mubah (dibolehkan).

Pada tahun 1998 sebagai contoh, terdapat khabar angin siber bahawa pekerja indonesia telah pergi pada mengamuk di Chow Kit dan Sentul dan menyebabkan pengenaan perintah berkurung di beberapa bahagian bandar terbukti menjadikan masyarakat kita masyarakat maklumat ujian asid di Malaysia. Kelajuan dan tahap penyebarannya adalah gambaran suram keadaan masyarakat ini. Bagaimana boleh beberapa pengguna internet,

yang sepatutnya menjadi sedikit lebih bijak daripada seorang Ahmad purata, Ah Chong dan Muthu, begitu mudah tunduk kepada sekeping sampah yang menyamar sebagai berita? Ia kelihatan bahawa sebahagian daripada kita telah benar-benar menyalahgunakan keistimewaan penapisan sendiri. Nasib baik, tindakan diambil oleh pihak berkuasa mendedahkan penipuan tersebut dan ada segelintir masyarakat yang membantu. Namun disini tetap menunjukkan internet agen menggugat kesepaduan masyarakat. Tetapi amat menyedihkan apabila banyak masa dan usaha telah menjadi sia-sia disebabkan oleh khabar angin siber yang tidak munasabah dan skandal. Selagi sistem komunikasi global kekal beroperasi, kita sentiasa terdedah kepada maklumat yang salah terutamanya daripada golongan yang berdendam dan tidak puas hati. Sebenarnya, keadaan mungkin menjadi lebih teruk, terutamanya jika kita tidak peka kepada maklumat yang betul dan apabila ilmu dan iman tidak didahulukan, kita akan mudah melatah kepada masalah khabar angin siber ini.

Selain internet dan komputer, telekomunikasi dan penyiaran adalah komponen utama yang lain dalam teknologi maklumat. Di samping itu, alat khusus dalam penggunaan teknologi maklumat adalah komputer kecerdasan buatan, kejuruteraan pengetahuan, rangkaian neural, pangkalan data deduktif dan sistem pakar. Mereka semua berurusan dengan maklumat. tetapi bagaimana maklumat yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan? Ulama Ziauddin Sardar menerangkan bahawa maklumat adalah cadangan multidimensi yang mutlak dan objektif serta komponen subjektif dan budaya, ekstrak, deduktif, daripada data mentah yang dikumpul, dipilih dan dianjurkan atas dasar pandangan hidup, keperluan negara, permintaan institusi dan juga atau falsafah peribadi untuk meningkatkan kegunaannya dalam membuat keputusan, perancangan dan matlamat mencari tindakan. Kaedah yang digunakan untuk memproses data dan konsep analisis digerakkan untuk mencapai keadaan ini.

Oleh itu, masyarakat maklumat Malaysia mesti menyediakan dirinya dengan ilmu dan agama daripada ditipu diruang maya seperti surat berantai dan khabar angin. Teknologi maklumat telah meningkatkan masyarakat untuk menjadi sebuah masyarakat berpengetahuan. Cuma apa yang perlu kita lakukan adalah untuk memastikan bahawa apa sahaja maklumat yang diambil dari Internet atau mana-mana sumber-sumber lain benar dan tidak memanipulasi minda masyarakat.

Page 19: Sains Teknologi Pelengkap Manusia Sebagai Khalifah

Jadi gunakan kebijaksanaan dengan sepenuhnya. Kebijaksanaan boleh membantu kita menapis maklumat dan menukar ke pengetahuan. Pengetahuan adalah prinsip yang paling asas ajaran Islam. Pengetahuan adalah penting dalam meningkatkan iman dan kepercayaan.

Kebijaksanaan juga membuatkan kita mahu mengesahkan dan mengesahkan maklumat. beberapa ayat-ayat Al-Quran menyuruh umat Islam untuk berbuat tepat ini. sebagai contoh, ayat 83 surah al-Nisa menyatakan: "apabila datang kepada mereka sesuatu perkara yang menyentuh keselamatan awam atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya". jika mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah atau kepada orang-orang yang berkuasa di antara mereka, penyiasat tentulah dari mereka yang bijaksana secara langsung.

Tafsiran ayat ini adalah bahawa dalam masa perang atau panik awam, pengulangan berakal gosip adalah dilarang. Berita palsu cenderung untuk menyebabkan penggera yang sia-sia dan cuma menguntungkan musuh. tindakan yang dicadangkan adalah untuk senyap-senyap menyalurkan semua berita secara langsung kepada mereka yang berada dalam kedudukan untuk disiasat itu. Pihak berkuasa yang perlu menapis dan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk meneutralkan musuh. Untuk berurusan dengan berita itu sama ada dengan tidak berfikir atau dengan niat jahat, ia adalah untuk jatuh terus ke dalam perangkap kejahatan.

4.5 Kesinambungan Sains dan Teknologi dalam Pendidikan

Pendidikan merupakan element penting dalam proses tumbesaran dan kematangan seseorang khalifah sebagai pengganti-Nya untuk mentadbir, mengurus dan memakmurkan muka bumi ini sejajar dengan syariat Allah S.W.T. Pendidikan dalam konteks islam merupakan satu pelajaran atau tarbiah bagi kognitif, fizikal dan roh bagi melahirkan seseorang individu yang berperikemanusiaan. Pendidikan memainkan peranan yang besar dalam membantu pertumbuhan sahsiah manusia bagi melahirkan generasi yang berakhlak mulia dan berguna dan begitu juga sebaliknya. Manusia yang berakhlak mulia dan berguna berupaya memelihara dan menekankan nilai-nilai murni sesebuah masyarakat, justeru dari masyarakat ini, terlahirlah satu organisasi negara yang mempunyai ciri-ciri seorang khalifah bagi

mentadbir dan mengurus bumi ini. Dalam usaha untuk melahirkan khalifah, pendidikan adalah sangat penting yang perlu sentiasa dipantau dan dijaga bagi memantapkan kesemua nilai murni yang ada dalam diri setiap insan. Bagi mencapai matlamat dalam sistem pendidikan, pemahaman pelajar perlulah dikembangkan dan ditingkatkan terutama dalam konsep asas sesuatu pembelajaran19. Ini sejejar dengan falsafah pendidikan iaitu memastikan perkembangan seorang pelajar secara menyeluruh dan bersepadu dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi menjamin kesejahteraan di masa akan datang. Dalam usaha menjadikan seseorang itu khalifah, pendidikan haruslah berteraskan al-Quran dan al-Sunnah yang didasari dengan keesaan dan tauhid kepada Allah SWT. Kegagalan dalam meletakkan al-Quran dan al-Sunnah dalam pendidikan akan menyebabkan pembentukan sahsiah muslim tidak cemerlang.

4.5.1 Pembelajaran Pendidikan Sains

Pendidikan sains adalah satu bentuk pendidikan yang sesetengahnya membosankan para pelajar. Hal ini kerana, pembelajaran ini penuh dengan fakta-fakta yang kompleks yang perlu difamai dan dipelajari. Terdapat sesetengah pengajar atau guru yang mengenengahkan teknik belajar sains melalui penerokaan (exploration), penemuan (discovery) dan ujikaji (eksperimen) bagi melengkapkan diri seseorang islam itu sebagai khalifah di muka bumi ini. Dalam pembelajaran pendidikan sains di sekolah, terdapat sesetengah pelajar akan mempersoalkan kepentingan pendidikan sains dan mengapa kita perlu mempelajarinya. Sehubungan dengan itu, pengajar haruslah memainkan peranan dalam merangka sukatan mata pelajaran sains, di mana penggabungan antara ilmu ketuhanan, ilmu kemasyarakatan dan ilmu alam haruslah digabungkan bagi membentuk jati diri seorang khalifah.

Dari sudut pandangan islam, kejadian alam sekitar itu merupakan penempatan bagi semua makhluk fizikal di mana ia dianggap sebagai kitab kedua terpenting selepas al-Quran20. Ini dapat diperhatikan dalam kebanyakkan ayat-ayat al-

19 Zakaria Stapa, Noranizah Yusuf, Abdul Fatah Dan Shaharudin. 2012. ‘Pendidikan Menurut Al-Quran dan Sunnah Serta Peranannya dalam Memperkasakan Tamadun Ummah’. Jurnal Hadhari Edisi Istimewa vol. 7, 2012.

Page 20: Sains Teknologi Pelengkap Manusia Sebagai Khalifah

Quran banyak menyentuh perkara berkaitan pemerhatian kejadian alam.

Terjemahan : “Maka lihatlah (langit) berulang-ulang adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?”

(Surah Al-Mulk : 3)

Terjemahan : “Demi fajar, dan malam yang sepuluh dan yang genap dan yang ganjil dan malam bila berlalu”.

(Surah Al-Fajr ayat 1-4)

Terjemahan : “Demi malam apabila menutupi dan siang apabila terang benderang, dan penciptaan laki-laki dan perempuan, sesungguhnya usaha kami memang berbeda-beda”.

(Surah Al-Lail ayat 1-4)

Soalan-soalan pada ayat ini mencerminkan bahawa al-Quran merupakan teks utama umat islam dan ia perlulah diperhatikan pada alam semesta ini bagi menguatkan lagi pegangan islam didalam hati setiap individu sebagai seorang khalifah.

Sains merupakan mata pelajaran yang diajar pada peringkat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Sukatan pelajaran di dalam buku teks telah disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan menyentuh pada bidang-bidang yang berkaitan serta tidak terlalu memfokuskan pada kesepaduan ilmu yang berteraskan falsafah sains al-Quran. Oleh yang demikian, guru berkewajipan untuk memberi maklumat-maklumat tambahan semasa proses pembelajaran dijalankan bagi memupuk nilai-nilai murni melalui kebijaksanaan mereka.

Isu ini dapat dilihat pada Unit 1 di bawah tajuk : Parts of My Body (Navajothi Murugayah & Roszitah Mohd Shariff 2003) – ‘I have a head, I have a neck, I have a body, I have two arms, I have two legs’. Tajuk ini sangat bersesuaian untuk memberi penerangan kepada murid-murid berkaitan kejadian manusia yang diciptakan oleh Tuhan sebagai manusia yang paling sempurna. Ini diterangkan pada surah al-Tin ayat 4,

Terjemahan : “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sempurna”.

20 ‘Kesepaduan Falsafah Sains Al-Qur’an Dalam Kurikulum Sekolah Rendah Sebagai Asas Pembentukan Masyarakat Hadhari Di Malaysia’. Jurnal Hadhari, hlm 23-41, 2010.

(Surah al-Tin ayat 4)

Selain itu, pendekatan falsafah sains al-Quran juga dapat memberi penekanan dalam tajuk darjah 1 iaitu’Animals, Plants, Using Our Sense, Float or Sink dan Light and Dark’. Tajuk ini memberi penerangan berkaitan kehebatan penciptaan Allah terhadap haiwan, tumbuhan dan kejadian alam ini. Antara contoh ayat yang mempunyai kesinambungan dengan tajuk yang diajar adalah surah al-Mu’min ayat 79.

Terjemahan : “Allah-lah yang menjadikan haiwan ternak untuk kamu, sebahagiannya untuk kamu tunggangi dan sebahagiannya untuk kamu makan”.

(Surah al-Mu’min ayat 79)

Ayat ini dijelaskan oleh Allah tentang kejadian dan kegunaan haiwan dalam kehidupan manusia. Surah al-An‘am, ayat 99.

Terjemahan : “Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkaitangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya pada waktu pohonnya berbuah, dan (perhatikan pula) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang yang beriman”.

(Surah al-An‘am, ayat 99)

Ayat ini menjelaskan hal-hal berkaitan tumbuhan yang telah diciptakan oleh Allah dengan kekuasaan-Nya.

Tajuk kejadian manusia dalam sukatan pelajaran tahun 6 merupakan contoh ke tiga yang dapat dikaitkan dengan falsafah sains al-Quran. Konsep penciptaan manusia melalui proses persenyawaan di dalam rahim antara benih perempuan dan benih lelaki, penghasilan janin pada beberapa tahap pembentukan serta kelahiran seorang manusia yang sempurna dapat diterapkan dan dijelaskan keterangannya mengikut al-Quran dan hadis seperti berikut;

Page 21: Sains Teknologi Pelengkap Manusia Sebagai Khalifah

1. Terjemahan Surah al-Rahman (55:14) : “Dia mencipta manusia daripada tanah kering seperti tembikar (solsol kal fakkhar)”.

2. Terjemahan Surah al-Hijr (15:28) : “Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat : Aku akan menciptakan seorang manusia daripada tanah kering yang berasal daripada lumpur hitam (solsol min hamain masnun)”.

3. Terjemahan Surah al-Sajdah (32:7) : “Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulakan penciptaan manusia daripada tanah (tin)”.

4. Terjemahan Surah al-Saffat (37:11) : “Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka daripada tanah liat (tin al-laazib)”.

5. Terjemahan Surah Al ‘Imran (3:59) : “Sesungguhnya penciptaan Isa di sisi Allah adalah seperti penciptaan Adam, Allah menciptakan Adam daripada tanah (turab) kemudian Allah berfirman: jadilah, maka jadilah ia”.

Kejayaan falsafah pendidikan hari ini adalah lebih banyak bergantung kepada cara penyampaian guru yang lebih kreatif dalam mengambil kira pendekatan yang berkaitan dengan falsafah sains al-Quran. Walaupun sukatan pelajar tidak menggariskan isi kandungan yang berkaitan dengan falsafah sains al-Quran, guru-guru perlulah memainkan peranan yang tinggi dalam menerangkan dan memberi pemahaman tentang konsep ini dengan jujur, dan telus.

Masyarakat Malaysia pada hari ini kebanyakkannya kian meminggirkan faktor-faktor keagamaan dan kerohanian dalam melayari arus perdana kehidupan. Malahan, mereka menggantikannya dengan unsur-unsur material dalam arus kehidupan kini. Bagi mengatasinya pada masa akan datang, penggunaan konsep masyarakat hadhari perlulah diambil serius oleh semua golongan masyarakat dengan memartabatkan perkaitan atau pemikiran sains al-Quran dalam sistem pendidikan negara. Metod dan pendekatan pembelajaran memerlukan anjakan paradigma secara menyeluruh dan bersar-besaran. Peranan guru pada masa zaman globalisasi ini bukan sahaja tertumpu kepada pengetahuan yang sedia ada dalam sukatan buku teks, malahan perlu

memberi tambahan maklumat kepada murid. Golongan murid-murid pada peringkat sekolah rendah ini sememangnya menjadi golongan sasaran kerana mereka merupakan pemangkin kepada generasi masa hadapan. Melalui reformasi perubahan kurikulum ini, mereka akan dibentuk berteraskan kepada pemikiran sains al-Quran bagi mendekatkan lagi diri seorang individu itu dengan pencipta-Nya. Sehubunga dengan ini, generasi yang terbentuk kelak pada masa akan datang merupakan generasi islam yang mempunyai kepelbagaian ilmu dalam masa yang sama menjadi khalifah dengan tidak memisahkan ilmu dengan falsafah sains al-Quran dalam memakmurkan bumi ini.

4.5.2 Teknologi dalam Pembelajaran Bacaan Al-Quran

Al-Quran merupakan wahyu yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Jibril a.s untuk dijadikan panduan bagi umat manusia sejagat19. Hukum amalan pembacaan al-Quran adalah fardhu ain kerana ia merupakan suatu keperluan dan tanggungjawap kepada umat islam. Umat manusia bukan sahaja diperintahkan untuk mahir membaca, malahan perlu memahami dan mengamalkan isi al-Quran yang mana ia dapat menenangkan jiwa sekaligus sebagai ibadah bagi membentuk jiwa seorang khalifah21. Hal ini selaras dengan hadis Rasulullah S.A.W tentang kepentingan pendidikan al-Quran,

Terjemahan : “Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara: mencintai Nabimu; mencintai ahlul baitnya; dan membaca al-Quran, kerana orang-orang yang memelihara al-Quran itu berada dalam lindungan singgahsana Allah pada hari ketika tidak ada perlindungan selain daripada perlindungan-Nya; mereka berserta para nabi-Nya dan orang-orang suci (Ath-Tabrani)”.

Al-Quran mempunyai pengisian bagi mendidik dan menjadi panduan manusia dalam menjalani kehidupan di dunia dan menyediakan bekalan untuk kehidupan di akhirat kelak sekaligus

2119 Zakaria Stapa, Noranizah Yusuf, Abdul Fatah Dan Shaharudin. 2012. ‘Pendidikan Menurut Al-Quran dan Sunnah Serta Peranannya dalam Memperkasakan Tamadun Ummah’. Jurnal Hadhari Edisi Istimewa vol. 7, 2012.

? Al-Qushairi an-Naisaburi. ‘Sahih Muslim. Mesir: Wizarah al-Auqaf al-Misriah’. 1995.

Page 22: Sains Teknologi Pelengkap Manusia Sebagai Khalifah

menjadikan manusia ini sebagai khalifah Allah19. Al-Quran juga mengajak manusia bagi memerhati dan merenungi serta berfikir mengenai alam yang dicipta agar ia menjadi bukti tanda-tanda kekuasaan Allah yang tiada tandingan-Nya19,22.

Pembelajaran al-Quran ini telah bermula sejak zaman permulaan Islam iaitu zaman Rasulullah S.A.W. Ketika itu Nabi Muhammad S.A.W. sedang berada di Dua Hira’, iaitu ketika baginda secara rasminya dilantik sebagai pesuruh Allah dengan turunnya ayat al-Quran yang pertama iaitu al-‘Alaq. Perkara ini dapat dikaitkan dengan perkataan Iqra’ yang bermaksud belajar, mengkaji dan mencari ilmu dalam surah pertama ini. Pada ketika itu, baginda telah diajar oleh Jibril a.s dan diikuti bacaannya oleh Rasulullah S.A.W serta memahaminya 23, 24. Menurut Al-Buti 1991, kaedah pembelajaran al-Quran ini pada peringkat awalnya meletakkan Jibril a.s sebagai guru yang membaca kepada Nabi S.A.W, dan baginda diminta supaya mendengar dan memerhatikan bacaan Jibril a.s sehingga selesai membacanya. Kemudian, pembelajaran ini terus diperluaskan dimana baginda sendiri mengajarkan al-Quran di rumahnya da di rumah al-Arqam bin Abi Arqam bagi membentuk peribadi para sahabat23.

Pada media massa, terdapat banyak lambakan alternatif yang diesediakan untuk mempelajari cara bacaan al-quran yang tepat bagi semua golongan umur, dan ia bergantung kepada tahap pemahaman seseorang individu itu bagi meningkatkan kemahiran dalam pendidikan al-Quran. Salah satu alternatifnya dengan menggunakan ‘Kaedah AbaTa’. Kaedah ini

22

19 Zakaria Stapa, Noranizah Yusuf, Abdul Fatah Dan Shaharudin. 2012. ‘Pendidikan Menurut Al-Quran dan Sunnah Serta Peranannya dalam Memperkasakan Tamadun Ummah’. Jurnal Hadhari Edisi Istimewa vol. 7, 2012.

? Muhammad Shadid. 1994. ‘Metodologi Al-Quran dalam pendidikan’. Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri: Kuala Lumpur, 1994.

23 Said Ramadhan Al-Buti, " Fiqih Serah nabawiyah. Beirut: Darul Fikri," ed, 1991.

24 Mohd Yusuf Ahmad. ‘Sejarah dan kaedah pendidikan al-Quran’. ed Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, 2000.

menyediakan kaedah pembelajaran al-Quran bertajwid terkini dalam bentuk buku dan softcopy DVD. Golongan sasaran bagi kaedah ini adalah orang dewasa dan kanak-kanank 12 tahun dan ke atas. Bgi kaedah ini, para pelajar akan mempelajari bacaan al-Quran secara bertajwid secara individu, kemudian mereka perlu memastikan kaedah bacaan mereka benar-benar betul atau tidak dihadapan guru. Teknologi yang digunakan dalam kaedah ini adalah softcopy DVD dimana pelajar tidak perlu berjumpa guru untuk belajar. Softcopy DVD ini akan memberi penerangan dalam bentuk mudah bunyi, audio dan latihan berperingkat berserta buku sebagai bahannya. Teknologi ini merupakan satu sistem atau pendekatan baru yang meliputi alat dan bahan media yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan pembelajaran bacaan al-Quran. Terdapat tiga eManual yang disediakan dalam kaedah ini mengikut peringkat, iaitu peringkat pertama (Asas Baris dan Bunyi), peringkat kedua (Asas Mad dan Tanda Sukun) dan peringkat ketiga (Asas Dengung dan Tanda Sabdu)25.

Satu kajian telah dilaksanakan di beberapa buah sekolah di Terengganu di kalangan pelajar tingkatan empat. Berdasarkan analisis yang telah dijalankan, keputusan keseluruhan tidaklah berada pada tahap yang terlalu lemah dan memuaskan, walaubagaimanapun, terdapat juga pelajar-pelajar yang mempunyai kelemahan dan ketidakupayaan untuk membaca al-Quran dengan baik dan lancar26.

4.5.3 ICT berserta Multimedia dalam Pembelajaran Pendidikan Islam

Guru-guru yang mengajar mempunyai satu cabaran yang besar dalam mendidik murid-murid bagi melahirkan insan yang mempunyai sahsiah

25

23 Said Ramadhan Al-Buti, " Fiqih Serah nabawiyah. Beirut: Darul Fikri," ed, 1991.

? Dari internet, penulisan Ahmad 2007 pada laman web wajibtajwid.com.

26 Mohd Yakub @ Zulkifli bin Haji Mohd Yusoff dan Saidi bin Mohd. 2008. ‘Keupayaan Bacaan Al-Qur’an Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat: Kajian Di Beberapa Buah Sekolah Menengah Terpilih Di Negeri Terengganu’. AL-BAYAN Journal of Al-Quran & al-Hadith, vol. 6, hlm 53-85.

Page 23: Sains Teknologi Pelengkap Manusia Sebagai Khalifah

yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani serta intelek yang baik dan cemerlang selaras dengan ajaran islam. Bagi memudahkan proses mengajar serta pembelajaran murid-murid, penggunaan ‘chalk and talk’ amatlah rumit dan memerlukan jangka masa yang panjang bagi menghabiskan sukatan mata pelajaran. Oleh yang demikian, terdapat salah satu alternatif Alat Bantu Mengajar (ABM) dengan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) diketengahkan bagi meningkatkan proses pembelajaran antara guru dan anak murid dengan lebih berkesan dan menyeronokkan. Bagi pendekatan ini, pembelajaran dan pengajaran di jalankan dengan menggunakan komputer dan laman web sebagai satu kemajuan inovasi pendidikan.

Bagi mencapai matlamat kejadian manusia sebagai seorang khalifah dimuka bumi ini, pendidikan Islam memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak bangsa menjurus ke arah pembangunan insan yang seimbang dan menyeluruh. Manusia yang akhlaknya seperti al-Quran serta mempunyai kemahiran dan ilmu dunia yang cemerlang sangatlah diperlukan pada zaman yang semakin mencabar menuju kepada negara maju bagi menepis segala godaan anasir yang jahat.

‘Information and Communications Technology’ (ICT) merupakan pelbagai bentuk peralatan dan sistem yang digunakan untuk tujuan memproses, mengurus, memanipulasi, meminda, menyimpan serta menyebarkan maklumat melalui media elektronik. Penggunaan ICT sama sekali tidak bercanggah dengan ajaran Islam malah masih tertakluk kepada syariah dan hukum islam selagimana penggunaannya tidak disalahgunakan. Bagi umat islam yang memanfaatkan teknologi ini, ia dapat menyebar luaskan dakwah serta mengembangkan lagi peradaban Islam ke seluruh dunia dengan prinsip mengislamisasikan media melalui penggunanya.

Bagi penggunaan proses pengajaran ini, ia bukan bertujuan untuk menggantikan tugas seorang guru, tetapi ia adalah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang baru kepada pelajar dalam keadaan yang menyeronokkan. ICT berserta multimedia merupakan satu penambahbaikkan suatu sistem dimana multi (Bahasa Latin, nouns) itu bermaksud banyak, bermacam-macam dan medium (Bahasa Latin) bererti sesuatu yang dipakai untuk menyampaikan atau membawa sesuatu. Multimedia dalam pendidikan secara

keseluruhannya merupakan perpaduan dari pelbagai media berupa teks, grafik, audio, video, animasi serta interaktif yang digunakan dan disampaikan dalam bentuk komputerisasi yang menarik dan berkesan.

Teks adalah komponen asas dalam sistem multimedia bagi menyampaikan sesuatu maklumat yang ingin disampaikan serta memberi daya tarikan dalam perkara yang ingin ditekankan melalui bantuan komputer dengan mudah dan berkesan27. Grafik pula merupakan satu persembahan informasi secara visual bagi menerangkan konsep yang tidak atau sukar diterangkan oleh teks. Penggunaan grafik seperi lukisan, gambar foto atau carta dapat membantu menyampaikan maklumat dengan lebih cepat, pantas, dan konsisten terhadap pelajar kerana penggunaanya lebih menarik. Audio diertikan sebagai penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa yang merupakan satu bantuan dalam menyampaikan sesuatu maklumat. Ia bukan sahaja memberi kemudahan kepada pelajar untuk memperolehi maklumat, walhal juga meningkatkan daya tarikan dan daya tumpuan terhadap sesuatu persembahan. Sistem audio juga memberi faedah kepada pelajar dalam menarik perhatian, mempertingkatkan kefahaman, mempengauhi emosi dan pemikiran serta mengekalkan tumpuan mereka terhadap sesutu topik pembelajaran itu. Bagi memberi satu corak persembahan yang hidup, menarik serta berkesan, pelajar akan diberi pendedahan maklumat melalui video. Dalam pendekatan sistem video ini, pelajar akan lebih mudah memanipulasi, mengubahsuai serta menghubungkaitkan ilmu yang diberi dengan lebih seronok. Sistem animasi merupakan gabungan antara audio, teks dan grafik dimana pelajar boleh menggunakan komputer bagi mendemonstrasikan bahan secara visual berdasarkan kehendak sendiri, dan ini dapat meningkatkan kreativiti serta produktiviti pelajar. Interaktif itu membolehkan seseorang pelajar berinteraksi dengan program dengan mengawal jenis isi kandungan, waktu isi kandungan dipersembahkan serta bagaimana cara persembahan isi kandungan itu dikeluarkan. Kaedah ini dapat membenarkan pelajar meneroka maklumat dan persembahan dengan kehendak dan mengikut kelajuan sendiri. Dengan

27 Jamaluddin Harun & Zaidatun Tasir. 2003. ‘Multimedia Dalam Pendidikan’. Bentong: PTS Publications, 2003.

Page 24: Sains Teknologi Pelengkap Manusia Sebagai Khalifah

menyatupadukan element-element yang disebutkan di atas, ia secara tidak langsung dapat meningkatkan minat, pemahaman serta daya ingatan pelajar dengan lebih berkesan dan cemerlang28. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam, ia bukan sahaja menitik beratkan fakta dan pengetahuan semata-mata, tetapi ia lebih menjurus kepada aspek amalan atau amali yang memerlukan penghayatan yang lebih dalam merangsang minda pelajar28,29. Bagi menggunakan tutorial ini, pelajar boleh menggunakan komputer dan perisian pendidikan yang terdapat dalam CD ROM, cakera keras atau laman web. Terdapat 158 laman Web yang mengandungi tutorial dimana latih tubi ini akan dikawal oleh sistem dan setiap laman web itu tertakluk kepada unsur-unsur pengajaran yang tertentu mengikut kesesuaian peringkat sekolah, diantaranya; E-mail, Internet relay chat (IRC), Telnet, E-lerning, E-journal, Google, E-book, Kumpulan diskusi dan berita, Eksiklopedia bebas dan banyak lagi30.

Bagi agenda pada masa hadapan, usaha mengintegrasikan ICT ini haruslah disambut baik oleh semua pihak. Terdapat banyak perkara yang perlu dibaiki dan di usahakan seperti mewujudkan dana bagi menyediakan prasarana ini untuk setiap sekolah, mengadakan kursus-kursus untuk guru pendidikan Islam berkaitan dengan teknologi maklumat , meningkatkan lagi usaha penyediaan perisian yang sesuai untuk pembelajaran pendidikan Islam, meningkatkan kemahiran yang pelbagai kepada guru-guru Pendidikan Islam dan sebagainya. Walhal begitu, ia tidak bermaksud

28 Haji Hasbullah haji Abdul Rahman dan Yusni Abd Rahman. 2003. ‘Kesediaan guru-guru agama menggunakan komputer dalam menjalankan tugas pentadbiran dan pengajaran’ dalam Prosiding Wacana Pendidikan Islam (siri 3), 2003.

29 Zoraini Wati Abas. 1993. ‘Penggunaan teknologi maklumat komputer dalam pendidikan Islam: Keperluan dan masalah’, dalam Kertas Kerja Seminar Pendidikan Islam Era 2020, 1993.

30 Ab.Halim Tamuri, Nik Rahimi, Shahrin, Khadijah, Mohd Isa dan Kamarulzaman. 2002. Kurikulum pendidikan Islam menghadapi cabaran era globalisasi, Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri I). Bangi Percetakan Warni Sdn Bhd, 2002.

peranan guru sebagai pendidik utama diketepikan. ICT ini merupakan satu alternatif atau faktor tambahan dalam meningkatkan dan memperbaiki sistem pembelajaran agama islam di Malaysia kerana ia merupakan subjek tunjang, kritikal atau penting dalam mendidik generasi baru menjadi seorang khalifah yang cemerlang dimuka bumi ini.

5.0 KESIMPULAN

Keseluruhan kertas perbincangan ini adalah mengenai aspek sains dan teknologi yang ada pada zaman kini. Pendekatan dan penekanan yang disentuh menjurus kepada sains dan agama yang sedia ada dalam Islam. Penekanan ini juga memperlihatkan bahawa pembangunan manusia pada masa mendatang mestilah berteraskan kepercayaan atau satu keyakinan. Tanpa berpegang kepada keyakinan, pembangunan hidup manusia akan hanyut dalam arus gelombang kemajuan dan pembangunan ciptaan mereka sendiri yang bakal menghempaskanya dan menghancurkannya di lautan kufur dan penderhakaan kepada Allah.

Kepercayaan yang universal dan selaras dengan kehendak fitrah semula jadi manusia tidak ada dalam doktrin lain. Kepercayaan ini cuma wujud dalam Islam sebagai Ad-Din yang diwahyukan Allah kepada seluruh umat manusia. Oleh itu pendekatan sains dan Islam perlu diberi penekanan dalam seluruh aktiviti sains dan teknologi agar pembangunan yang disandarkan kepadanya tidak mengulangi malapetaka yang dialami oleh dunia Barat hari ini.

Kecuaian melihat Islam sebagai alternatif kepada pencapaian pembangunan sains dan teknologi moden akan membawa kepada kehidupan sosial manusia yang lebih mundur. Gejala kerosakan dan keruntuhan lebih banyak dihadirkan daripada mengudang kemajuan dan pembangunan sejati.

Menjadi tanggungjawab semua bakal sainstis dan pengamal sains menyedari kekurangan kaedah sains moden Barat hari ini. Sebagai Muslim, penerokaan kepada corak falsafah pembangunan yang berterasksan akidah, syariah, dan akhlak perlu dihidupkan dalam budaya sains dan teknologi. Hanya dengan kesedaran dan langkah-langkah tertentu yang diambil lau dipraktikkan dalam pendidikan sains di semua peringkat masyarakat, corak pembangunan yang menepati kehendak Allah dapat diwujudkan.

Page 25: Sains Teknologi Pelengkap Manusia Sebagai Khalifah

Tiada erti sama sekali nikmat pembangunan dan kemajuan yang dicapai apabila pembangunan itu juga diisi dengan suasana maksiat yang sememangnya dimurkai Allah. Sessungguhnya hanya pembangunan yang menjadikan celupan Islam sebagai corak pemakaiannya mampu menerajui dunia moden kearah kesejahteraan dan kedamaian.

Keindahan dan kebijaksaan Islam dalam meneroka kemajuan dan pembangunan perlu dituturkan oleh setiap Muslim dan para sarjananya, Hal ini menjadi tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. Mereka tidak seharusnya berdiam diri atau berkecuali. Apalagi menjadi agen kepada meneruskan dasar pembanguan secular dan material tajaan dunia Barat yang semakin mengikis jati diri kemusliman dan kemukminan mereka.