seterusnya, · 2017-09-07 · takrifan yang digunakan dalam polisi ini adalah seperti yang berikut:...

39

Upload: others

Post on 04-Feb-2020

49 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Seterusnya, · 2017-09-07 · Takrifan yang digunakan dalam polisi ini adalah seperti yang berikut: 2.1 Data bermakna perwakilan maklumat, kompilasi berangka dan pemerhatian, dokumen,
Page 2: Seterusnya, · 2017-09-07 · Takrifan yang digunakan dalam polisi ini adalah seperti yang berikut: 2.1 Data bermakna perwakilan maklumat, kompilasi berangka dan pemerhatian, dokumen,
670602055117
Text Box
Seterusnya,
Page 3: Seterusnya, · 2017-09-07 · Takrifan yang digunakan dalam polisi ini adalah seperti yang berikut: 2.1 Data bermakna perwakilan maklumat, kompilasi berangka dan pemerhatian, dokumen,
Page 4: Seterusnya, · 2017-09-07 · Takrifan yang digunakan dalam polisi ini adalah seperti yang berikut: 2.1 Data bermakna perwakilan maklumat, kompilasi berangka dan pemerhatian, dokumen,

POLISI DATA POLISI DATA NEGERI PULAU PINANGNEGERI PULAU PINANG

30 OGOS 201730 OGOS 2017

VERSI 1.0VERSI 1.0

Page 5: Seterusnya, · 2017-09-07 · Takrifan yang digunakan dalam polisi ini adalah seperti yang berikut: 2.1 Data bermakna perwakilan maklumat, kompilasi berangka dan pemerhatian, dokumen,

Polisi Data Negeri Pulau Pinang

SEJARAH DOKUMEN

TARIKH VERSI KELULUSAN TARIKH KUATKUASA

22 Ogos 2017 1.0 Majlis Mesyurat Kerajaan (MMK) 30 Ogos 2017

Page 6: Seterusnya, · 2017-09-07 · Takrifan yang digunakan dalam polisi ini adalah seperti yang berikut: 2.1 Data bermakna perwakilan maklumat, kompilasi berangka dan pemerhatian, dokumen,

Polisi Data Negeri Pulau Pinang

KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

PENDAHULUAN 1

TAKRIFAN 2

KEPERLUAN POLISI 3

OBJEKTIF 4

SKOP POLISI 5

FAEDAH POLISI 5

KELASIFIKASI DATA 6

JENIS CAPAIAN 6

PRINSIP PERKONGSIAN DATA 7

KERANGKA PERUNDANGAN 9

HARGA 10

PELAKSANAAN 10

PINDAAN DAN KEMAS KINI 11

PENUTUP 11

(i)

Page 7: Seterusnya, · 2017-09-07 · Takrifan yang digunakan dalam polisi ini adalah seperti yang berikut: 2.1 Data bermakna perwakilan maklumat, kompilasi berangka dan pemerhatian, dokumen,

Polisi Data Negeri Pulau Pinang

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT

LAMPIRAN A GARIS PANDUAN PELAKSANAAN DATA TERBUKA NEGERI PULAU PINANG

12

LAMPIRAN 1 JENIS FAIL DATA TERBUKA DAN KEBOLEHBACAAN MESIN

22

LAMPIRAN 2 TERMA PENGGUNAAN DATA TERBUKA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG 1.0

25

LAMPIRAN 3 KATEGORI SET DATA 28

LAMPIRAN 4 PENILAIAN DATA TERBUKA 30

(ii)

Page 8: Seterusnya, · 2017-09-07 · Takrifan yang digunakan dalam polisi ini adalah seperti yang berikut: 2.1 Data bermakna perwakilan maklumat, kompilasi berangka dan pemerhatian, dokumen,

Polisi Data Negeri Pulau Pinang

POLISI DATA NEGERI PULAU PINANG

1. PENDAHULUAN

1.1 Sebahagian besar data yang dihasilkan menggunakan dana awamoleh pelbagai agensi dan jabatan kerajaan masih tidak bolehdicapai oleh orang ramai, walaupun kebanyakan data tersebutbukanlah data yang sensitif dan boleh digunakan oleh orang ramaiuntuk tujuan saintifik, ekonomi dan pembangunan. Polisi DataNegeri Pulau Pinang dibangunkan supaya ianya terpakai kepadasemua data yang boleh dikongsi sama ada dalam bentuk digitalatau analog diperingkat antara jabatan/agensi mahupun denganpihak/entiti luar seperti sektor swasta, komuniti dan rakyat.

1.2 Aset dan nilai potensi data telah diiktiraf secara meluas di semuaperingkat. Data yang dikumpulkan atau dibangunkan melalui danaawam, apabila disediakan secara terbuka dan dikekalkan darimasa ke masa, nilai potensi mereka dapat direalisasikansepenuhnya dengan perkongsian data antara jabatan/agensi(G2G) dan terbuka kepada semua pihak. Terdapat peningkatanpermintaan oleh rakyat, bahawa data yang dikumpul denganmenggunakan dana awam perlu dibuka untuk kegunaan ramai,bagi membolehkan perbahasan yang rasional, membuatkeputusan yang lebih baik dan digunakan dalam memenuhikeperluan masyarakat sivil.

1.3 Pelaksanaan Pembangunan Platform Data Terbuka Sektor Awamditerajui oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan PerancanganPengurusan Malaysia (MAMPU). Selaras dengan itu, PekelilingAm Bilangan 1 Tahun 2015 : Pelaksanaan Data Terbuka SektorAwam telah dikeluarkan bagi untuk menyediakan garis panduandalam pelaksanaan data terbuka agensi sektor awam.

1.4 Dalam konteks Kerajaan Negeri Pulau Pinang pula, Seksyen 5(1)Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 menyatakan :

"Mana-mana orang hendaklah diberikan capaian kepadamaklumat yang berada dengan tiap-tiap jabatan."

Dokumen Revisi Muka Surat

Polisi Data Negeri Pulau Pinang 1.0 1 daripada 32

Page 9: Seterusnya, · 2017-09-07 · Takrifan yang digunakan dalam polisi ini adalah seperti yang berikut: 2.1 Data bermakna perwakilan maklumat, kompilasi berangka dan pemerhatian, dokumen,

Polisi Data Negeri Pulau Pinang

1.5 Di samping itu, Kerajaan Negeri juga sedang melaksanakaninisiatif Pulau Pinang Menuju Bandar Pintar Bertaraf Antarabangsadengan tema 'Data Is King, Talent Is Everything' yang turutmemberi fokus kepada kepentingan data dalam menjayakaninisiatif ini.

2. TAKRIFAN

Takrifan yang digunakan dalam polisi ini adalah seperti yang berikut:

2.1 Data bermakna perwakilan maklumat, kompilasi berangka danpemerhatian, dokumen, fakta, peta, imej, carta, jadual dan rajah,konsep dalam bentuk digital dan/atau analog.

2.2 Arkib data merujuk kepada tempat di mana data yang bolehdibaca oleh mesin (machine readable) dibeli, dimanipulasi,didokumenkan dan diedarkan kepada orang lain untuk analisis danpenggunaan selanjutnya.

2.3 Penjanaan data merujuk kepada penjanaan atau pengumpulandata atau tambahan data berikutnya mengikut spesifikasi yangsama.

2.4 Set data merujuk kepada kumpulan butiran data yang berkaitan.Contoh: set data jualan yang mengandungi data berkenaanproduk, unit dan harga jualan.

2.5 Maklumat merujuk kepada data yang telah diproses.

2.6 Meta data merujuk kepada maklumat dan dokumentasi dataterurus yang mengandungi deskripsi mengenai konteks, kualiti dankeadaan atau ciri data tersebut. Meta data digunakan untukmemudahkan pemahaman, mengenali sifat dan menguruskanpenggunaan data. Contoh: meta data maklumat yangmengandungi tajuk, keterangan, format, saiz dan tarikh.

Dokumen Revisi Muka Surat

Polisi Data Negeri Pulau Pinang 1.0 2 daripada 32

Page 10: Seterusnya, · 2017-09-07 · Takrifan yang digunakan dalam polisi ini adalah seperti yang berikut: 2.1 Data bermakna perwakilan maklumat, kompilasi berangka dan pemerhatian, dokumen,

Polisi Data Negeri Pulau Pinang

2.7 Data terperingkat merujuk kepada data yang terkandung dalamdokumen rasmi yang mengandungi maklumat rasmi yang mestidiberi perlindungan untuk kepentingan keselamatan dan yangbertanda dengan sesuatu peringkat keselamatan.

2.8 Data sensitif merujuk maklumat peribadi tentang kesihatan ataukeadaan fizikal atau mental seseorang individu, pendapatpolitiknya, kepercayaan agamanya dan kepercayaan lain yangbersifat seumpamanya. Selain itu, perlakuan atau penyataanperlakuan apa-apa kesalahan seseorang individu juga adalah dataperibadi sensitif.

2.9 Data terbuka merujuk data kerajaan yang boleh digunakan secarabebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat,agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan selagimana tidak bertentangan dengan mana-mana undang-undangberkuat kuasa di Malaysia serta tidak memprejudis keselamatandan kepentingan awam.

2.10 Data yang boleh dikongsi merujuk kepada data yang tidaktermasuk di dalam data terperingkat dan data sensitif.

2.11 Data yang tak boleh dikongsi merujuk kepada data terperingkatdan data sensitif

2.12 Standard merujuk kepada apa-apa aplikasi yang mengandungifungsi pengendalian data (contohnya pengumpulan, pengurusan,migrasi, integrasi, penerbitan data dan lain-lain) dan beroperasidengan mematuhi spesifikasi format dan sintaks data yangdihasilkan dan disenggarakan oleh sesuatu badan standard.

3. KEPERLUAN POLISI

3.1 Proses pembangunan sosio-ekonomi secara perancanganberasaskan bukti (evidence-based) bergantung kepada data yangberkualiti. Data yang dihasilkan dan disimpan oleh agensi/jabatankerajaan perlu dipermudahkan untuk dikongsi, dicapai dan

Dokumen Revisi Muka Surat

Polisi Data Negeri Pulau Pinang 1.0 3 daripada 32

Page 11: Seterusnya, · 2017-09-07 · Takrifan yang digunakan dalam polisi ini adalah seperti yang berikut: 2.1 Data bermakna perwakilan maklumat, kompilasi berangka dan pemerhatian, dokumen,

Polisi Data Negeri Pulau Pinang

digunakan. Untuk itu, satu polisi perlu dibangunkan bagimemanfaatkan penggunaan aset ini yang terdapat pelbagai bentukdan format yang berbeza.

3.2 Kaedah pengurusan data pada ketika ini tidak menggalakkan datamilik Kerajaan dikongsi secara terbuka dengan agensi/jabatankerajaan yang lain dan orang awam. Data yang boleh dikongsitidak didedahkan secara proaktif oleh pemilik data. Situasi iniboleh membawa kepada pertindihan usaha dan kehilangankecekapan dalam perancangan aktiviti-aktiviti yang tertumpukepada pembangunan negeri.

3.3 Perkongsian data secara efisyen di kalangan pemilik data danagensi/jabatan kerajaan sama ada secara inter dan intra sertapenggunaan standard data dan sistem yang saling beroperasimenjadi satu keperluan yang penting pada masa kini. Oleh itu,Polisi Data Negeri Pulau Pinang menyediakan satu peruntukandan platform untuk menyediakan capaian proaktif dan terbukakepada data yang dihasilkan melalui dana awam yang terdapatdengan pelbagai agensi/jabatan Kerajaan.

4. OBJEKTIF

Objektif polisi ini adalah untuk memudahkan capaian kepada data danmaklumat milik Kerajaan yang boleh dikongsi dalam bentukkebolehbacaan mesin dan kebolehbacaan manusia dengan cara yangproaktif dan seterusnya menggiatkan perkongsian data di kalanganagensi/jabatan. Perkongsian dan capaian akan dilaksanakan di dalamkerangka dasar-dasar, akta dan peraturan yang berkaitan, dengan itumembenarkan capaian dan penggunaan data dan maklumat Kerajaansecara lebih meluas melalui penerbitan data tebuka untuk kegunaanawam.

Dokumen Revisi Muka Surat

Polisi Data Negeri Pulau Pinang 1.0 4 daripada 32

Page 12: Seterusnya, · 2017-09-07 · Takrifan yang digunakan dalam polisi ini adalah seperti yang berikut: 2.1 Data bermakna perwakilan maklumat, kompilasi berangka dan pemerhatian, dokumen,

Polisi Data Negeri Pulau Pinang

5. SKOP POLISI

Polisi Data Negeri Pulau Pinang terpakai kepada semua data danmaklumat yang diwujudkan, dihasilkan, dikumpul dan diarkibkanmenggunakan dana awam yang disediakan oleh Kerajaan secaralangsung atau melalui jabatan dan agensi yang diberi kuasa.

6. FAEDAH POLISI

Manfaat polisi termasuk :

6.1 Memaksimumkan Penggunaan - Ketersediaan data milikkerajaan akan membolehkan penggunaan yang lebih meluassumber awam yang bernilai untuk faedah masyarakat.

6.2 Mengelakkan Pentindihan - Dengan berkongsi data keperluanuntuk entiti yang berasingan untuk mengumpul data yang samadapat dielakkan dan menghasilkan penjimatan kos yang ketaradalam pengumpulan data.

6.3 Memaksimumkan Integrasi - Dengan mengguna pakai piawaiandalam proses pengumpulan dan pemindahan data, integrasi setdata yang wujud secara berasingan boleh dilaksanakan.

6.4 Pemilikan Maklumat - Penentuan pemilik bagi set datamembolehkan pengguna untuk mengenal pasti pihak yangbertanggungjawab terhadap pengumpulan data dan pembangunanstandard bagi data tersebut.

6.5 Membuat keputusan dengan lebih baik - Ketersediaan data danmaklumat akan memudahkan proses membuat keputusan tanpamelibatkan kos yang berulang. Kebolehcapaianan data sedia adamembolehkan keputusan-keputusan penting seperti melindungialam sekitar, perancangan pembangunan, menguruskan aset,meningkatkan kualiti hidup, keselamatan negara dan mengawalbencana dibuat dengan lebih tepat dan berkesan.

Dokumen Revisi Muka Surat

Polisi Data Negeri Pulau Pinang 1.0 5 daripada 32

Page 13: Seterusnya, · 2017-09-07 · Takrifan yang digunakan dalam polisi ini adalah seperti yang berikut: 2.1 Data bermakna perwakilan maklumat, kompilasi berangka dan pemerhatian, dokumen,

Polisi Data Negeri Pulau Pinang

7. KLASIFIKASI DATA

7.1 Pelbagai set data yang dihasilkan oleh agensi/jabatan sama adadalam bentuk geospatial atau non-spatial perlu diklasifikasikansebagai data yang boleh dikongsi atau data yang tidak bolehdikongsi.

7.2 Data-data boleh diklasifikasikan seperti berikut :

i) Data terperingkat;

ii) Data sensitif; atau

iii) Data terbuka atau data yang boleh dikongsi

7.3 Jabatan/Agensi perlu melaksanakan penilaian data bagimemastikan tiada undang-undang, dasar, atau kekangan dari segikontrak dalam menyediakan data tersedia kepada orang awamsebagai data terbuka. Penilaian data juga hendaklah merujukkepada Akta Rahsia Rasmi, Arahan Keselamatan dan akta-aktalain yang berkuat kuasa.

8. JENIS CAPAIAN

8.1 Capaian Terbuka - Capaian kepada data yang dihasilkandaripada dana awam haruslah mudah, terkini, mesra penggunadan berasaskan web tanpa apa-apa prosespendaftaran/kebenaran.

8.2 Capaian Berdaftar - Set data yang boleh dicapai hanya melaluiproses pendaftaran/kebenaran yang ditetapkan olehagensi/jabatan. Capaian hanya akan disediakan kepada yangdiberi kelulusan oleh agensi/jabatan/pengguna awam, melaluiprosedur yang ditetapkan.

Dokumen Revisi Muka Surat

Polisi Data Negeri Pulau Pinang 1.0 6 daripada 32

Page 14: Seterusnya, · 2017-09-07 · Takrifan yang digunakan dalam polisi ini adalah seperti yang berikut: 2.1 Data bermakna perwakilan maklumat, kompilasi berangka dan pemerhatian, dokumen,

Polisi Data Negeri Pulau Pinang

9. PRINSIP PERKONGSIAN DATA

Prinsip-prinsip perkongsian dan kebolehcapaian data perlulahberasaskan kepada :

i) Keterbukaan (Openness);

Keterbukaan bermakna akses secara adil untuk komuniti pada kosserendah mungkin. Capai terbuka kepada data yangmenggunakan dana awam harus mudah, terkini, mesra penggunadan sebaik-baiknya berasaskan internet.

ii) Fleksibiliti (Flexibility);

Fleksibiliti kepada capaian data perlu mengambil kira perubahanpesat aspek teknologi, perundangan, budaya, sosio dan ekonomi.

iii) Ketelusan;

Maklumat mengenai spesifikasi data, agensi yang menyediakandata, dokumentasi data dan terma penggunaannya perludisediakan dan dinyatakan secara telus, sebaik-baiknya melaluimedium internet.

iv) Pematuhan Undang-Undang (Legal conformity);

Capaian data perlu menghormati hak-hak undang-undang dankepentingan semua pihak yang berkepentingan. Capaian danpenggunaan data akan tertakluk kepada pelbagai keperluanperundangan seperti keselamatan negara, kerahsiaan, privasi, hakharta Intelek, perlindungan terhadap spesis yang terancam atauperkara-perkara yang sedang dalam proses perundangan.

v) Perlindungan Harta Intelek (Protection of intellectual property);

Capaian data perlu mengambil kira kesesuaian hak cipta atauundang-undang harta intelektual yang berkaitan.

Dokumen Revisi Muka Surat

Polisi Data Negeri Pulau Pinang 1.0 7 daripada 32

Page 15: Seterusnya, · 2017-09-07 · Takrifan yang digunakan dalam polisi ini adalah seperti yang berikut: 2.1 Data bermakna perwakilan maklumat, kompilasi berangka dan pemerhatian, dokumen,

Polisi Data Negeri Pulau Pinang

vi) Tanggungjawab Formal (Formal responsibility);

Capaian harus menggalakkan amalan institusi formal yang jelas.Amalan-amalan berkaitan dengan pengarang, kredit pengeluar,pemilikan, penyebaran, sekatan penggunaan terma lesen, liabilitidan yang berkaitan.

vii) Piawaian;

Pengurusan data perlu berdasarkan piawaian profesional yangberkaitan dengan bidang dan sektor di mana data tersebutdihasilkan.

viii) Interoperability;

Interoperability teknologi dan semantik adalah pertimbanganutama bagi memboleh dan menggalakkan capaian danpenggunaan data merentasi pelbagai bidang dan displin. Kaedahcapaian data perlu memberi perhatian kepada piawaianantarabangsa yang berkaitan dan bekerjasama dengan badan-badan yang membangunkan standard baharu.

ix) Kualiti;

Nilai dan kegunaan data bergantung pada kualiti data itu sendiri.Perhatian perlu diberikan kepada penyediaan data yang mematuhistandard kualiti yang ditetapkan.

x) Keselamatan;

Pengunaan teknik dan instrumen untuk menjamin integriti dankeselamatan data perlu diberi perhatian. Setiap usaha perludiambil untuk memastikan data yang sempurna dan bebas darikesilapan. Data dan meta data juga perlu dilindungi darikehilangan, diubahsuai, dimusnahkan atau dicapai secara tidaksah sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.

Dokumen Revisi Muka Surat

Polisi Data Negeri Pulau Pinang 1.0 8 daripada 32

Page 16: Seterusnya, · 2017-09-07 · Takrifan yang digunakan dalam polisi ini adalah seperti yang berikut: 2.1 Data bermakna perwakilan maklumat, kompilasi berangka dan pemerhatian, dokumen,

Polisi Data Negeri Pulau Pinang

xi) Kecekapan;

Perkongsian adalah untuk meningkatkan kecekapan dan untukmengelakkan pertindihan usaha pengumpulan data.

xii) Akauntabiliti;

Kebolehcapaian data perlu dinilai secara berkala oleh penggunadan agensi yang bertanggungjawab. Penilaian ini akan membantudalam meningkatkan sokongan terhadap capaian terbuka dikalangan pengguna.

xiii) Kelestarian (Sustainability);

Pertimbangan yang sewajarnya perlu diberikan kepadakemampanan akses kepada data umum sebagai elemen utamainfrastruktur penyelidikan. Ini bermakna mengambiltanggungjawab pentadbiran untuk langkah-langkah jaminancapaian yang berterusan kepada data yang telah ditentukan untukdisimpan dalam jangka masa yang lama.

xiv) Privasi;

Capaian data perlu menghormati hak-hak kerahsiaan dan privasipihak-pihak berkepentingan.

10. KERANGKA PERUNDANGAN

Data adalah hak milik agensi/jabatan yang mengumpul data tersebutdan berada di kemudahan penyimpanan data agensi/jabatan untukdikongsi dan diberi capaian. Capaian kepada data di bawah polisi initidak boleh melanggar mana-mana akta dan peraturan Kerajaan yangberkuat kuasa. Kerangka perundangan polisi ini akan diselaraskandengan akta dan peraturan yang berkaitan dengan data.

Dokumen Revisi Muka Surat

Polisi Data Negeri Pulau Pinang 1.0 9 daripada 32

Page 17: Seterusnya, · 2017-09-07 · Takrifan yang digunakan dalam polisi ini adalah seperti yang berikut: 2.1 Data bermakna perwakilan maklumat, kompilasi berangka dan pemerhatian, dokumen,

Polisi Data Negeri Pulau Pinang

11. HARGA

11.1 Penentuan harga data, jika ada, akan diputuskan oleh pemilik datadan mengikut garis panduan dan peraturan rasmi yang sedia ada.Jabatan/Agensi perlu memuat naik polisi dan kadar harga databagi capaian berdaftar dan terhad. Jabatan/Agensi adalahdigalakkan untuk membenarkan perkongsian data di antarajabatan/agensi kerajaan negeri dilakukan secara percuma kecualitelah wujud mana-mana garis panduan dan peraturan rasmi yangtidak membenarkannya. Jika caj perlu dikenakan, maka ianyapada kos yang minimum.

11.2 Data yang telah dikelasifikasikan sebagai data terbuka hendaklahdikongsi tanpa sebarang caj.

12. PELAKSANAAN

12.1 Jawatankuasa Penyelarasan Data Negeri Pulau Pinangbertanggungjawab menyelaras dan memantau pelaksanaan polisiini melalui kerjasama dengan semua jabatan dan agensi negeri.

12.2 Semua data yang boleh dikongsi akan disediakan pada asas as-iswhere-is.

12.3 Semua jabatan/agensi perlu mengenal pasti dan menerbitkan datayang boleh dikongsi antara jabatan/agensi dan data terbuka dalamplatfom yang disediakan oleh PSUKPP. Semua set data yangboleh dikongsi perlu dimuat naik di https://data.penang.gov.my.

12.4 Data-data tersebut perlu mengekalkan standard berkenaandengan meta data, susun atur data dan dasar capaian data.

12.5 Semua set data perlu dikemaskini dan dimuat naik secara berkalamengikut tempoh perubahan data seperti yang ditetapkan dalammeta data.

Dokumen Revisi Muka Surat

Polisi Data Negeri Pulau Pinang 1.0 10 daripada 32

Page 18: Seterusnya, · 2017-09-07 · Takrifan yang digunakan dalam polisi ini adalah seperti yang berikut: 2.1 Data bermakna perwakilan maklumat, kompilasi berangka dan pemerhatian, dokumen,

Polisi Data Negeri Pulau Pinang

12.6 Meta data dalam format yang standard perlu ditempatkan padahttps://data.penang.gov.my bagi membolehkan carian dan capaiandata. Semua meta data perlu mengikuti piawaian danmengandungi maklumat minimum yang mencukupi untuk carian,capaian dan penemuan. Maklumat lengkap termasuk kaedah,struktur, semantik, dan kawalan kualiti/jaminan adalah dijangkabagi kebanyakan set data.

12.7 Semua pengguna data yang mencapai dan menggunakan datahendaklah menyatakan pemilik data dalam semua bentukpenerbitan.

12.8 Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab ke atas data yangditerbitkan.

12.9 Garis Panduan Pelaksanaan Data Terbuka Negeri Pulau Pinangadalah seperti di Lampiran A.

13. PINDAAN DAN KEMASKINI

Polisi ini adalah tertakluk pada semakan dan pindaan dari semasa kesemasa selaras dengan perubahan teknologi, aplikasi, prosedur,perundangan dan kepentingan sosial.

14. PENUTUP

Polisi Data Negeri Pulau Pinang bertujuan mempromosikan budayapengurusan serta perkongsian data berasaskan teknologi. Ianya secaraproaktif, membuka maklumat yang boleh dikongsi antara jabatan/agensiserta masyarakat awam. Skop polisi ini hanya melibatkan data yangdimiliki oleh agensi-agensi, jabatan-jabatan dan entiti-entiti di bawahpentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan ianya menyatakanpendirian dan komitmen terhadap ketelusan dan kecekapan dalamtadbir urus Kerajaan Negeri. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri PulauPinang akan meneruskan proses penambahbaikan polisi ini, selarasdengan kemajuan teknologi dan keperluan semasa Kerajaan.

Dokumen Revisi Muka Surat

Polisi Data Negeri Pulau Pinang 1.0 11 daripada 32

Page 19: Seterusnya, · 2017-09-07 · Takrifan yang digunakan dalam polisi ini adalah seperti yang berikut: 2.1 Data bermakna perwakilan maklumat, kompilasi berangka dan pemerhatian, dokumen,

Polisi Data Negeri Pulau PinangLAMPIRAN A

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN DATA TERBUKA NEGERI PULAU PINANG

1. TUJUAN

Garis panduan ini bertujuan memberikan panduan kepadajabatan/agensi negeri bagi melaksanakan data terbuka Kerajaan NegeriPulau Pinang ke arah perkongsian data kerajaan, peningkatan kualitidan ketelusan penyampaian perkhidmatan serta menggalakkanpertumbuhan ekonomi negara melalui inovasi baharu. Garis panduandan lampiran-lampiran yang berkaitan adalah penyesuaian danadaptasi kepada Garis Panduan Pelaksanaan Data Terbuka SektorAwam di dalam Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2015 Pelaksanaan DataTerbuka Sektor Awam.

2. LATAR BELAKANG

Data terbuka merujuk data kerajaan yang boleh digunakan secarabebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensisektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan. Pelaksanaan dataterbuka dapat meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaianperkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepatdan relevan. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan produktivitidan ekonomi negara melalui industri/inovasi baharu denganpenglibatan rakyat dan komuniti perniagaan.

3. TAKRIFAN

Takrifan yang digunakan dalam garis panduan ini adalah seperti yangberikut:

(i) Set data merujuk kepada kumpulan butiran data yang berkaitan.Contoh: set data jualan yang mengandungi data berkenaanproduk, unit dan harga jualan.

Dokumen Revisi Muka Surat

Polisi Data Negeri Pulau Pinang 1.0 12 daripada 32

Page 20: Seterusnya, · 2017-09-07 · Takrifan yang digunakan dalam polisi ini adalah seperti yang berikut: 2.1 Data bermakna perwakilan maklumat, kompilasi berangka dan pemerhatian, dokumen,

Polisi Data Negeri Pulau PinangLAMPIRAN A

(ii) Meta data merujuk kepada maklumat dan dokumentasi dataterurus yang mengandungi deskripsi mengenai konteks, kualitidan keadaan atau ciri data tersebut. Meta data digunakan untukmemudahkan pemahaman, mengenali sifat dan menguruskanpenggunaan data. Contoh: meta data maklumat yangmengandungi tajuk, keterangan, format, saiz dan tarikh.

(iii) Data terbuka merujuk data kerajaan yang boleh digunakansecara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula olehrakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan.

(iv) Pemilik data merujuk agensi sektor awam yang menyediakandata terbuka dan mempunyai pernyataan pemilik harta intelekatau terma penggunaan data terbuka kerajaan.

(v) Pengguna data merujuk individu atau organisasi yangmenggunakan data agensi.

(vi) Set data bernilai tinggi merujuk kepada set data yang mungkinmenarik minat komuniti, dan/atau set data yang mempunyaipotensi untuk digunakan semula.

4. OBJEKTIF

Objektif pelaksanaan data terbuka Kerajaan Negeri Pulau Pinangadalah seperti yang berikut:

(i) Menggalakkan perkongsian data antara agensi sektor awam, swasta dan rakyat.

(ii) Meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan melalui perkongsian data terbuka secara dalam talian.

(iii) Menggalakkan produktiviti ekonomi digital melalui pewujudan industri atau inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan.

Dokumen Revisi Muka Surat

Polisi Data Negeri Pulau Pinang 1.0 13 daripada 32

Page 21: Seterusnya, · 2017-09-07 · Takrifan yang digunakan dalam polisi ini adalah seperti yang berikut: 2.1 Data bermakna perwakilan maklumat, kompilasi berangka dan pemerhatian, dokumen,

Polisi Data Negeri Pulau PinangLAMPIRAN A

5. PRINSIP DATA TERBUKA

Berdasarkan amalan terbaik global, sepuluh (10) Prinsip Data Terbuka Sektor Awam adalah seperti yang berikut:

(i) Data Lengkap (Complete Data)

Set data hendaklah lengkap dan menggambarkan keseluruhan data yang direkodkan dan diterbitkan bagi kegunaan orang awam.

(ii) Sumber Utama (Primary Source)

Set data yang diterbitkan hendaklah daripada sumber utama. Setdata ini termasuklah maklumat asal set data, perincianpengumpulan data dan sumber asal yang mengandungi rekodpengumpulan data tersebut.

(iii) Terkini (Timely)

Set data hendaklah yang terbaharu, sentiasa dikemas kini danperlu diterbitkan segera selepas pengumpulan dan disusun.Pengemaskinian data hendaklah secara masa nyata dan ini akanmengoptimumkan penggunaan data.

(iv) Kebolehcapaian (Accessible)

Set data hendaklah boleh dicapai pada portal data terbuka ataudalam laman web/portal agensi.

(v) Kebolehbacaan Mesin (Machine readable)

Set data hendaklah boleh dibaca dan diproses oleh mesin atauperisian yang menyediakan format standard terbuka. Data yangboleh dibaca oleh mesin merujuk kepada data yang boleh dicapaidan diproses terus oleh komputer. Antara jenis fail yang bolehdibaca oleh mesin termasuklah seperti di Lampiran 1: Jenis FailData Terbuka dan Kebolehbacaan Mesin. Dokumen Revisi Muka Surat

Polisi Data Negeri Pulau Pinang 1.0 14 daripada 32

Page 22: Seterusnya, · 2017-09-07 · Takrifan yang digunakan dalam polisi ini adalah seperti yang berikut: 2.1 Data bermakna perwakilan maklumat, kompilasi berangka dan pemerhatian, dokumen,

Polisi Data Negeri Pulau PinangLAMPIRAN A

(vi) Tanpa Diskriminasi (Non-discriminatory)

Capaian “tanpa diskriminasi” kepada data bermaksud sesiapasahaja dibenarkan mencapai data pada bila-bila masa tanpaperlu memperkenalkan diri atau mengemukakan sebarangjustifikasi keperluan data tersebut.

(vii) Penggunaan Standard Terbuka (Use of Open Standard)

Penggunaan standard terbuka bagi format penyimpanan dataakan membolehkan data digunakan secara meluas. Sebagaicontoh, fail Microsoft Excel (.xls) ialah format helaian lejar yangdiguna pakai secara meluas dan memerlukan kos lesen perisian.Format alternatif juga boleh digunakan secara percuma tanpamemerlukan lesen perisian dapat mengurangkan kospenggunaan.

(viii) Pengarkiban Data (Data Permanent)

Data harus tersedia dan kekal untuk digunakan secaraberterusan. Data yang dikemas kini, ditukar atau dihapus perlumempunyai petunjuk bahawa pindaan telah dilaksanakan secarakawalan versi dan pengarkiban.

(ix) Hak Penggunaan (Licensing)

Hak penggunaan data oleh pengguna hendaklah dinyatakandalam terma penggunaan data terbuka seperti di Lampiran 2:Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan.

(x) Kos Penggunaan (Usage Costs)

Penggunaan set data bagi data terbuka sektor awam tidakdikenakan sebarang caj. Ia bertujuan untuk menggalakkanpenggunaan set data untuk pertumbuhan ekonomi danpeningkatan inovasi.

Dokumen Revisi Muka Surat

Polisi Data Negeri Pulau Pinang 1.0 15 daripada 32

Page 23: Seterusnya, · 2017-09-07 · Takrifan yang digunakan dalam polisi ini adalah seperti yang berikut: 2.1 Data bermakna perwakilan maklumat, kompilasi berangka dan pemerhatian, dokumen,

Polisi Data Negeri Pulau PinangLAMPIRAN A

6. PENYEDIAAN SET DATA

Langkah-langkah yang perlu diambil oleh agensi untuk melaksanakanpenyediaan set data terbuka adalah seperti mengelas, menilai danmenerbitkan set data di Portal Data Terbuka Kerajaan Negeri.

Agensi hendaklah mengambil beberapa langkah untuk memastikanketersediaan data dan mematuhi Garis Panduan Data Terbuka NegeriPulau Pinang.

(i) Kenal Pasti Set Data

(a) Set data sedia ada dan baharu perlu dikenal pasti.

(b) Set data yang bernilai tinggi perlu diutamakan. Set databoleh dianggap bernilai tinggi jika ianya :

telah dipohon melalui "permintaan data"; telah dibekalkan melalui permohonan di bawah

Enakmen Kebebasan Maklumat;

(c) Beberapa set data adalah terhad atas sebab-sebab privasi,keselamatan awam, keselamatan dan penguatkuasaanundang-undang, kesihatan awam atau pematuhan denganundang-undang.

(ii) Pengelasan Set Data

Agensi boleh merujuk kepada kategori set data seperti diLampiran 3: Kategori Set Data untuk pengelasan set databerdasarkan bidang/sektor/kluster yang akan menggalakkanpenggunaan semula data secara inovatif. Walau bagaimanapun,kategori set data ini tidak terhad dan boleh berubah mengikutfungsi teras dan keperluan semasa agensi.

Dokumen Revisi Muka Surat

Polisi Data Negeri Pulau Pinang 1.0 16 daripada 32

Page 24: Seterusnya, · 2017-09-07 · Takrifan yang digunakan dalam polisi ini adalah seperti yang berikut: 2.1 Data bermakna perwakilan maklumat, kompilasi berangka dan pemerhatian, dokumen,

Polisi Data Negeri Pulau PinangLAMPIRAN A

(iii) Penilaian Data

Penilaian data hendaklah dilaksanakan mengikut aktiviti yangberikut:

(a) Agensi sektor awam perlu melaksanakan penilaian databagi memastikan tiada undang-undang, dasar, ataukekangan dari segi kontrak dalam menyediakan datatersedia kepada orang awam sebagai data terbuka.Penilaian data juga hendaklah merujuk kepada Akta RahsiaRasmi, Arahan Keselamatan dan akta-akta lain yangberkuat kuasa.

(b) Senarai semak di Lampiran 4: Penilaian Data Terbukaperlu dilengkapkan oleh pemilik data dan diluluskan olehtadbir urus data terbuka agensi atau ketua jabatan.Sesalinan senarai semak Penilaian Data Terbuka yang telahdiluluskan perlu disimpan sebagai rekod untuk sebarangrujukan atau pengauditan.

(c) Agensi hendaklah memastikan data dalam bentuk failterbuka dan kebolehbacaan mesin.

(iv) Penyediaan Data Set Untuk Penerbitan

(a) Set data hendaklah di dalam format terbuka.

(b) Maklumat-maklumat sensitif dan peribadi hendaklah di de-identified.

(c) Menyediakan meta data yang menerangkan setiapkandungan butiran data.

(d) Penyataan kualiti data adalah digalakkan.

Dokumen Revisi Muka Surat

Polisi Data Negeri Pulau Pinang 1.0 17 daripada 32

Page 25: Seterusnya, · 2017-09-07 · Takrifan yang digunakan dalam polisi ini adalah seperti yang berikut: 2.1 Data bermakna perwakilan maklumat, kompilasi berangka dan pemerhatian, dokumen,

Polisi Data Negeri Pulau PinangLAMPIRAN A

(v) Penerbitan Data Terbuka

Langkah penerbitan data terbuka adalah seperti yang berikut:

(a) Menyediakan katalog data hasil pengelasan set data.

(b) Memastikan setiap set data dapat dicapai dalam talian untukkegunaan semula oleh orang awam seperti pembangunanaplikasi mudah alih. Antara kaedah capaian data yang bolehdigunakan termasuklah secara Application ProgrammingInterface (API) yang merupakan antara mukapengaturcaraan aplikasi yang membolehkan capaiankepada aplikasi yang lain.

(c) Menyediakan terma penggunaan data terbuka sebagai syarat kepada penggunaan data oleh pengguna.

(d) Set data hendaklah dimuat naik ke portal Data Terbuka Pulau Pinang (PgGovData) di http://data.penang.gov.my.

(vi) Pengurusan Set Data

(a) Agensi hendaklah menentukan kekerapan pengemaskiniandan kekinian set data yang diterbitkan.

(b) Menguruskan maklumbalas yang diterima dari pengguna.

Dokumen Revisi Muka Surat

Polisi Data Negeri Pulau Pinang 1.0 18 daripada 32

Page 26: Seterusnya, · 2017-09-07 · Takrifan yang digunakan dalam polisi ini adalah seperti yang berikut: 2.1 Data bermakna perwakilan maklumat, kompilasi berangka dan pemerhatian, dokumen,

Polisi Data Negeri Pulau PinangLAMPIRAN A

7. TADBIR URUS DATA TERBUKA NEGERI

Struktur tadbir urus data terbuka negeri adalah seperti rajah di bawah:

Rajah 1 : Struktur Tadbir Urus Data Terbuka Negeri

(i) Jawatankuasa Induk Data Negeri

Jawatankuasa Pemandu eGG berperanan sebagaiJawatankuasa Induk Data Negeri. Terma rujukan JawatankuasaInduk Data Negeri adalah seperti berikut:

(a) Menentukan hala tuju dan strategi data terbuka dan dataraya;

(b) Memantau status pelaksanaan data terbuka dan data raya;

(c) Memantau tahap penggunaan data terbuka dan data raya;

(d) Memainkan peranan sebagai penasihat dalammembincangkan dasar dan isu-isu semasa berkaitan dataterbuka dan data raya.

Dokumen Revisi Muka Surat

Polisi Data Negeri Pulau Pinang 1.0 19 daripada 32

JK Induk Data Negeri(JKP eGG)

JK Penyelarasan Data Negeri

Pasukan KerjaData Negeri

Page 27: Seterusnya, · 2017-09-07 · Takrifan yang digunakan dalam polisi ini adalah seperti yang berikut: 2.1 Data bermakna perwakilan maklumat, kompilasi berangka dan pemerhatian, dokumen,

Polisi Data Negeri Pulau PinangLAMPIRAN A

(ii) Jawatankuasa Penyelarasan Data Negeri

Keahlian jawatankuasa adalah seperti berikut:

(a) Pengerusi : TSUK (Pg) / CIO Negeri

(b) Timbalan Pengerusi : TSUK (P)

(c) Ahli : Semua Jabatan/Agensi Negeri

(d) Urusetia : BTMKN

Terma rujukan Jawatankuasa Penyelarasan Data Negeri adalahseperti berikut:

(a) Merangka strategi dan pelan pelaksanaan data terbuka danperkongsian data di peringkat negeri;

(b) Mewujudkan pasukan-pasukan kerja data berdasarkankeperluan;

(c) Memantau tahap penggunaan dan perkongsian data;

(d) Memastikan keperluan polisi dan sasaran yang dikenal pastidipatuhi dan tercapai.

(iii) Pasukan Kerja Data Negeri

Pasukan Kerja Data Negeri perlu diwujudkan di setiapjabatan/agensi pembekal data. Terma rujukan Pasukan KerjaData Negeri adalah seperti berikut:

(a) Mengkaji dan mengenal pasti set data;

(b) Mendapatkan kelulusan set data bagi data terbuka;

(c) Menyediakan dan menerbitkan meta data;

Dokumen Revisi Muka Surat

Polisi Data Negeri Pulau Pinang 1.0 20 daripada 32

Page 28: Seterusnya, · 2017-09-07 · Takrifan yang digunakan dalam polisi ini adalah seperti yang berikut: 2.1 Data bermakna perwakilan maklumat, kompilasi berangka dan pemerhatian, dokumen,

Polisi Data Negeri Pulau PinangLAMPIRAN A

(d) Memastikan set data yang diluluskan bagi data terbukadimuat naik ke Portal PgGovData dan Portal DTSA;

(e) Mengkaji tahap penggunaan dan data terbuka.

8. PINDAAN DAN KEMAS KINI

Garis panduan ini adalah tertakluk pada semakan dan pindaan darisemasa ke semasa selaras dengan perubahan teknologi, aplikasi,prosedur, perundangan dan kepentingan sosial.

9. PENUTUP

Jabatan/Agensi hendaklah mematuhi garis panduan ini bagimelaksanakan pelaksanaan Data Terbuka Negeri Pulau Pinang yangdapat meningkatkan perkongsian data dan ketelusan kerajaan.

Dokumen Revisi Muka Surat

Polisi Data Negeri Pulau Pinang 1.0 21 daripada 32

Page 29: Seterusnya, · 2017-09-07 · Takrifan yang digunakan dalam polisi ini adalah seperti yang berikut: 2.1 Data bermakna perwakilan maklumat, kompilasi berangka dan pemerhatian, dokumen,

Polisi Data Negeri Pulau PinangLAMPIRAN 1

JENIS FAIL DATA TERBUKA DAN KEBOLEHBACAAN MESIN

1. Teks Biasa (Plain Text)

Dokumen teks biasa (.txt) mudah dibaca oleh komputer dan padakebiasaannya ia mengecualikan meta data daripada dokumen perisian.Walau bagaimanapun penukaran dokumen teks antara sistempengoperasian seperti MS Windows, Mac OS X dan Unix akanmenimbulkan kesukaran disebabkan setiap sistem pengoperasianmempunyai cara tersendiri dalam menyatakan penghujung baris teksyang dibaca.

2. Dokumen Teks (Text Document)

Dokumen dalam format seperti Word, ODF, OOXML atau PDF adalahantara format yang mudah digunakan dan murah untuk memaparkandata. Format ini tidak memberikan sokongan bagi mengekalkan strukturyang konsisten dan sukar untuk memasukkan data secara automatik.Dalam kes ini, templat perlu disediakan sebagai asas dokumen bagipaparan dan penggunaan semula data supaya ia boleh diterbitkandaripada dokumen tersebut.

3. Helaian Lejar (Spreadsheets)

Penyimpan data dalam helaian lejar seperti Microsoft Excelmembolehkan data digunakan terus dengan penerangan yang jelasbagi setiap lajur data. Walau bagaimanapun, penggunaan makro danformula terhadap data dalam helaian lejar yang sama akanmenyukarkan pengendalian data. Agensi disyorkan supaya pengiraantersebut dibuat pada helaian yang berlainan atau helaian bersebelahansupaya data mudah diakses oleh pengguna untuk dibaca.

Dokumen Revisi Muka Surat

Polisi Data Negeri Pulau Pinang 1.0 22 daripada 32

Page 30: Seterusnya, · 2017-09-07 · Takrifan yang digunakan dalam polisi ini adalah seperti yang berikut: 2.1 Data bermakna perwakilan maklumat, kompilasi berangka dan pemerhatian, dokumen,

Polisi Data Negeri Pulau PinangLAMPIRAN 1

4. Comma Separated Values (CSV)

Fail CSV ialah format yang sesuai digunakan kerana padat dan mudahuntuk memindahkan set data yang besar dengan struktur yang sama.Dokumentasi perlu disediakan bagi menerangkan maklumat bagi setiapmedan data yang disimpan dalam format CSV. Struktur fail perludikekalkan kerana penyingkiran satu medan boleh mengganggupembacaan semua data.

5. HyperText Markup Language (HTML)

Pada masa kini kebanyakan data yang dipaparkan di laman web adalahdalam bentuk HTML. Penggunaan HTML menjadi permulaan yangterbaik bagi memaparkan data kerana lebih murah dan mudah bagipengguna laman web. Walau bagaimanapun, adalah lebih sesuaimenggunakan jadual dalam dokumen HTML bagi menyimpan data.Setiap medan datadipapar dan diberikan ID bagi memudahkanpencarian dan manipulasi data.

6. JavaScript Object Notation (JSON)

JSON ialah format fail ringkas yang amat mudah untuk dibaca dandiproses oleh sebarang bahasa pemprograman.

7. Extensible Markup Language (XML)

XML ialah format yang digunakan secara meluas untuk pertukaran datakerana ia menyediakan kaedah terbaik untuk mengekalkan strukturdata dan cara fail diterbitkan. Ia juga membenarkan PembangunPerisian untuk menulis sebahagian daripada dokumentasi bersekalidengan data tanpa mengganggu pembacaan data.

Dokumen Revisi Muka Surat

Polisi Data Negeri Pulau Pinang 1.0 23 daripada 32

Page 31: Seterusnya, · 2017-09-07 · Takrifan yang digunakan dalam polisi ini adalah seperti yang berikut: 2.1 Data bermakna perwakilan maklumat, kompilasi berangka dan pemerhatian, dokumen,

Polisi Data Negeri Pulau PinangLAMPIRAN 1

8. Resource Description Framework (RDF)

Format RDF telah disyorkan oleh World Wide Web Consortium dandata boleh diterbitkan dalam kombinasi data daripada berbilangsumber. Data RDF boleh disimpan dalam bentuk XML dan JSON. RDFmenggalakkan penggunaan URL sebagai pengecam, yangmenyediakan cara yang mudah untuk capaian data terbuka di lamanweb. Walau bagaimanapun, RDF masih belum digunakan secarameluas, tetapi ia merupakan format terkini dalam kalangan KerajaanTerbuka.

9. Imej Diimbas (Scanned image)

Penggunaan imej diimbas ialah kaedah yang paling kurang sesuaiuntuk kebanyakan data. Walau bagaimanapun, kedua-dua TIFF danJPEG sekurang-kurangnya dapat mengesan imej yang diimbasberserta dokumentasi yang menerangkan kandungan gambar.

10. Format Berhak Milik (Proprietary formats)

Sesetengah sistem yang dibangunkan mempunyai format data yangboleh menyimpan atau mengeksport data. Format berhak milikdigunakan bagi data yang akan diguna semula dalam sistem yangsama. Maklumat lanjut mengenai format berhak milik perlu sentiasadipaparkan bagi memudahkan ia diperoleh dengan menyediakanpautan di laman web. Secara umum, paparan data dibuat dalam formatberhak milik tidak disyorkan.

Dokumen Revisi Muka Surat

Polisi Data Negeri Pulau Pinang 1.0 24 daripada 32

Page 32: Seterusnya, · 2017-09-07 · Takrifan yang digunakan dalam polisi ini adalah seperti yang berikut: 2.1 Data bermakna perwakilan maklumat, kompilasi berangka dan pemerhatian, dokumen,

Polisi Data Negeri Pulau PinangLAMPIRAN 2

TERMA PENGGUNAAN DATA TERBUKA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG 1.0

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhiterma dan syarat seperti di bawah.

1. KEBENARAN

Pemilik data memberi kebenaran penggunaan data tanpa sebarang caj.

2. PENGGUNAAN DATA

Pengguna boleh melaksanakan perkara yang berikut:

(i) Salin, terbit, edar dan pindah data;

(ii) Adaptasi data;

(iii) Guna data secara komersial dan tidak komersial; dan

(iv) Gabung data dengan data lain atau rangkum data dalam produkatau aplikasi.

3. PENYATAAN

Sekiranya melaksanakan mana-mana daripada yang dinyatakan padapara 2, pengguna HENDAKLAH:

(i) Menyatakan sumber data dalam produk atau aplikasiberdasarkan pernyataan yang ditentukan oleh pemilik data;

(ii) Menyediakan pautan kepada Terma Penggunaan ini; dan

Dokumen Revisi Muka Surat

Polisi Data Negeri Pulau Pinang 1.0 25 daripada 32

Page 33: Seterusnya, · 2017-09-07 · Takrifan yang digunakan dalam polisi ini adalah seperti yang berikut: 2.1 Data bermakna perwakilan maklumat, kompilasi berangka dan pemerhatian, dokumen,

Polisi Data Negeri Pulau PinangLAMPIRAN 2

(iii) Sekiranya pemilik data tidak menyediakan pernyataan pemilikharta intelek data, pengguna hendaklah menggunakanpernyataan seperti yang berikut:

"Data dan maklumat tertakluk di bawah Terma Penggunaan DataTerbuka Kerajaan Negeri Pulau Pinang 1.0"

4. PENGECUALIAN

Terma Penggunaan ini tidak memperuntukkan sebarang hak terhadap:

(i) Data peribadi;

(ii) Nama, jata, logo atau sebarang simbol rasmi pemilik data;

(iii) Logo organisasi sektor awam atau jabatan;

(iv) Lambang diraja dan lambang tentera;

(v) Hak pihak ketiga yang mana pemilik data tiada kuasaterhadapnya;

(vi) Sebarang hak harta intelek termasuk paten, tanda dagangandan hak reka bentuk; dan

(vii) Dokumen identiti seperti Pasport Malaysia, MyKad.

5. TIADA JAMINAN

(i) Data adalah dalam bentuk seperti yang disediakan oleh pemilikdata. Pemilik data dikecualikan daripada sebarang representasi,waranti, obligasi dan liabiliti berhubung data; dan

Dokumen Revisi Muka Surat

Polisi Data Negeri Pulau Pinang 1.0 26 daripada 32

Page 34: Seterusnya, · 2017-09-07 · Takrifan yang digunakan dalam polisi ini adalah seperti yang berikut: 2.1 Data bermakna perwakilan maklumat, kompilasi berangka dan pemerhatian, dokumen,

Polisi Data Negeri Pulau PinangLAMPIRAN 2

(ii) Pemilik data tidak bertanggungjawab terhadap sebarang ralatdan kehilangan data. Pemilik data juga tidak bertanggungjawabterhadap sebarang jenis kehilangan, kecederaan atau kerosakankesan daripada penggunaan data tersebut. Pemilik data tidakmemberikan jaminan data disediakan secara berterusan.

6. UNDANG-UNDANG

Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidangkuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.

Dokumen Revisi Muka Surat

Polisi Data Negeri Pulau Pinang 1.0 27 daripada 32

Page 35: Seterusnya, · 2017-09-07 · Takrifan yang digunakan dalam polisi ini adalah seperti yang berikut: 2.1 Data bermakna perwakilan maklumat, kompilasi berangka dan pemerhatian, dokumen,

Polisi Data Negeri Pulau PinangLAMPIRAN 3

KATEGORI SET DATA

Senarai ini tidak komprehensif dan hanya untuk tujuan rujukan. Nilai dankepentingan data berubah mengikut konteks. Agensi sektor awam hendaklahmengutamakan keterbukaan set data mengikut budi bicara dan fungsi terasagensi.

Bil. Kategori Data Contoh Set Data

1. Alam Sekitar Tahap pencemaran, penggunaan tenaga, perhutanan.

2. Bajet Ringkasan perbelanjaan sebenar, anggaran mengurus dan pembangunan, data fiskal dan ekonomi.

3. Bancian Bilangan penduduk, unjuran penduduk

4. Jenayah Statistik jenayah, keselamatan.

5. Kesihatan Data preskripsi, data prestasi, senarai ubat, kemudahan kesihatan, pengamal perubatan berdaftar.

6. Kontrak Awam Transaksi perbelanjaan, kontrak dikeluarkan, panggilan tender, tender masa depan, perbelanjaan tempatan, perbelanjaan nasional (dirancang dan dibelanjakan).

7. Pemetaan Geospatial, topografi, poskod, peta nasional, peta tempatan.

8. Pemilikan Tanah Statistik permohonan pembangunan tanah, statistik permohonan kebenaran pindah milik, pajakan, gadaian

9. Pendaftaran Syarikat Pendaftaran syarikat/perniagaan.

10. Pendidikan Senarai sekolah, prestasi sekolah, kemahiran digital.

11. Pengangkutan Jadual pengangkutan awam.

Dokumen Revisi Muka Surat

Polisi Data Negeri Pulau Pinang 1.0 28 daripada 32

Page 36: Seterusnya, · 2017-09-07 · Takrifan yang digunakan dalam polisi ini adalah seperti yang berikut: 2.1 Data bermakna perwakilan maklumat, kompilasi berangka dan pemerhatian, dokumen,

Polisi Data Negeri Pulau PinangLAMPIRAN 3

Bil. Kategori Data Contoh Set Data

12. Perbelanjaan Kerajaan Perangkaan kewangan kerajaan, tahap prestasi pengurusan kewangan

13. Perdagangan Antarabangsa Import dan eksport barangan.

14. Pertanian Hasil pertanian, tanaman tempatan.

15. Perundangan Statistik tindakan undang- undang, kes didaftar mengikut jenis kes di mahkamah.

16. Pilihanraya Keputusan pilihanraya, statistik pengundi.

17. Statistik Statistik, banci, infrastruktur, kekayaan, kemahiran.

18. Lain-lain Set data yang tidak berkaitan dengan kategori yang ditetapkan.

Dokumen Revisi Muka Surat

Polisi Data Negeri Pulau Pinang 1.0 29 daripada 32

Page 37: Seterusnya, · 2017-09-07 · Takrifan yang digunakan dalam polisi ini adalah seperti yang berikut: 2.1 Data bermakna perwakilan maklumat, kompilasi berangka dan pemerhatian, dokumen,

Polisi Data Negeri Pulau PinangLAMPIRAN 4

PENILAIAN DATA TERBUKA

Jika jawapan kepada soalan adalah “Ya”, data boleh dimasukkan ke dalam Katalog Data Terbuka. Sebarang maklum balas “Tidak” menunjukkan bahawadata sama ada tidak layak untuk dimasukkan ke dalam Katalog Data Terbukaatau halangan yang mungkin wujud perlu diberikan perhatian sebelum data tersebut boleh dimasukkan, dan pengecualian kes memerlukan kelulusan khas.

Bil. Senarai Semak Data Terbuka Ya Tidak Catatan

1. Privasi

1.1 Adakah data bebas daripada maklumatyang boleh secara langsung atau tidaklangsung mengenal pasti individu?

2. Hak milik

Agensi boleh menghubungi Pegawai Undang-Undang (PUU) agensiuntuk membantu dalam penilaian ini.

2.1 Adakah bahan hanya termasukkandungan yang dicipta dan dimilikioleh Kerajaan Malaysia (contoh:adakah telah dipastikan bahawa tiadakandungan pihak ketiga yang termasukdalam kandungan)?

2.2 Sudahkah dipastikan tiada termapenggunaan eksklusif untuk pihak lainmenggunakan atau mengakses bahan?

Dokumen Revisi Muka Surat

Polisi Data Negeri Pulau Pinang 1.0 30 daripada 32

Page 38: Seterusnya, · 2017-09-07 · Takrifan yang digunakan dalam polisi ini adalah seperti yang berikut: 2.1 Data bermakna perwakilan maklumat, kompilasi berangka dan pemerhatian, dokumen,

Polisi Data Negeri Pulau PinangLAMPIRAN 4

Bil. Senarai Semak Data Terbuka Ya Tidak Catatan

3. Kekangan undang-undang, kontrak atau dasar

Agensi boleh menghubungi PUU untuk membantu dalam penilaianini.

3.1 Adakah pengeluaran kepada orangawam dan penggunaan datadibenarkan di bawah undang-undang,kontrak atau dasar termasuk sebarangdata berkenaan undang-undang privasijika berkaitan?

3.2 Jika ada kekangan atau had dari segiundang-undang, kontrak atau dasarbagi pengeluaran kepada orang awamatau penggunaan data, adakah ia telahdiberikan perhatian sewajarnya?

4. Kawalan Keselamatan

4.1 Adakah pengeluaran kepada orangawam dan penggunaan data mematuhikeperluan dasar penjaminan maklumatnasional?

4.2 Adakah pegawai keselamatanmaklumat atau pegawaibertanggungjawab di agensi telahdihubungi bagi memastikan semuakawalan keselamatan telahdilaksanakan?

5. Rangka Kerja Harga

5.1 Adakah data tersedia kepada orangawam tanpa kutipan bayaran?

Dokumen Revisi Muka Surat

Polisi Data Negeri Pulau Pinang 1.0 31 daripada 32

Page 39: Seterusnya, · 2017-09-07 · Takrifan yang digunakan dalam polisi ini adalah seperti yang berikut: 2.1 Data bermakna perwakilan maklumat, kompilasi berangka dan pemerhatian, dokumen,

Polisi Data Negeri Pulau PinangLAMPIRAN 4

Bil. Senarai Semak Data Terbuka Ya Tidak Catatan

6. Sumber Primer

6.1 Adakah agensi mempunyaitanggungjawab utama (pemilik data)dalam pengurusan data?

6.2 Adakah data lengkap (contoh: sub datatelah diambil kira)?

6.3 Bolehkah data disediakan dalam formatyang boleh dibaca dan diproses olehmesin (contoh: CSV)?

Dokumen Revisi Muka Surat

Polisi Data Negeri Pulau Pinang 1.0 32 daripada 32