1) takrifan harta sepencarian

39
HARTA SEPENCARIAN ProCIL Mac 2016 Bahagian Hal Ehwal Islam Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Shah Alam

Upload: trandat

Post on 15-Jan-2017

294 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1) takrifan harta sepencarian

HARTA

SEPENCARIAN ProCIL Mac 2016

Bahagian Hal Ehwal Islam Akademi Pengajian Islam

Kontemporari (ACIS) UiTM Shah Alam

Page 2: 1) takrifan harta sepencarian

PENDAHULUAN • Perkahwinan dianggap sebagai suatu usahasama

antara suami dan isteri.

• Walaupun perkahwinan putus di tengah jalan, Islam sebagai agama yang adil menetapkan hak-hak yang wajib ditunaikan bagi mengimbangi kehidupan hamba-hambanya.

• Hak-hak yang wajib ditunaikan selepas penceraian ialah seperti harta sepencarian, nafkah iddah isteri, muta’ah, nafkah anak-anak, hak hadanah dan lain-lain

Page 3: 1) takrifan harta sepencarian

KEHORMATAN BEKERJA DAN HAK MILIK DALAM ISLAM

• Islam menghormati pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang dan melarang keras pencerobohan hak-hak kepunyaan orang lain dengan cara tidak sah seperti menindas, merompak, mencuri, rasuah dan sebagainya.

Firman Allah S.W.T: Maksudnya :

“Dan janganlah kamu makan harta sesamamu dengan jalan yang tidak halal, dan kamu bawa perkaranya kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian dari harta orang lain dengan cara tidak lurus, sedang kamu megetahui.”

Surah al-Baqarah 2 : 188

Page 4: 1) takrifan harta sepencarian

1) TAKRIFAN HARTA

SEPENCARIAN

2) DALIL PENSYARIATAN

3) DASAR KEDUDUKAN

7) HARTA PERKAHWINAN YANG

TIDAK DAPAT DIBEZAKAN

4) JENIS-JENIS HARTA

MILIK SUAMI ISTERI

9) BERPOLIGAMI

8) KADAR PEMBAHAGIAN

13) KESIMPULAN

5) ULASAN

& PERSOALAN

12) MASA TUNTUTAN

10) DEKLARASI

11) PIHAK YANG LAYAK MENUNTUT

14) RUJUKAN

6) PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG

Page 5: 1) takrifan harta sepencarian

1) TAKRIFAN HARTA SEPENCARIAN

• Islam menghormati pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang dan melarang keras pencerobohan hak-hak kepunyaan orang lain dengan cara tidak sah seperti menindas, merompak, mencuri, rasuah dan sebagainya.

Firman Allah S.W.T: Maksudnya :

“Dan janganlah kamu makan harta sesamamu dengan jalan yang tidak halal, dan kamu bawa perkaranya kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian dari harta orang lain dengan cara tidak lurus, sedang kamu megetahui.” Surah al-Baqarah 2 : 188

Page 6: 1) takrifan harta sepencarian

• Dalam Jurnal Hukum mentakrifkan harta sepencarian sebagai :

“Harta yang diperolehi semasa suami dan isteri itu hidup dalam berumahtangga dan berusaha samada kedua-dua pasangan itu bekerja dalam bidang berlainan samada secara rasmi atau tidak dan dibahagikan tugas atau tidak.”

Sambungan.... TAKRIFAN HARTA SEPENCARIAN

Page 7: 1) takrifan harta sepencarian

Prof. Madya Dr. Siti Zalikhah Md. Nor mentakrifkan harta sepencarian sebagai : “Harta yang diperoleh secara usaha sama antara kedua-dua suami isteri dalam masa perkahwinan.” (Rujukan buku : "Pemilikan Harta Dan Perkahwinan“)

• Dua faktor utama yang mesti diberi perhatian :

Pertama, sumbangan kedua-dua pihak di dalam mendapatkan harta yang berkaitan.

Kedua, harta berkenaan diperolehi dalam tempoh perkahwinan, bukannya sebelum berkahwin atau setelah berlaku perceraian.

Sambungan.... TAKRIFAN HARTA SEPENCARIAN

Page 8: 1) takrifan harta sepencarian

Walaubagaimanapun jika harta diperolehi sebelum perkahwinan dan berlaku penambahan semasa perkahwinan serta terdapat sumbangan dari pihak suami atau isteri ia juga dianggap sebagai harta sepencarian.

Sumbangan boleh berlaku dalam tiga bentuk :

1. Pengumpulan harta atau modal.

2. Usaha ke arah menambah harta yang sedia ada.

3. Sumbangan lain seperti pandangan, nasihat dan dorongan.

Sambungan.... TAKRIFAN HARTA SEPENCARIAN

Page 9: 1) takrifan harta sepencarian

2) DALIL PENSYARIATAN HARTA SEPENCARIAN

• Perkataan harta sepencarian tidak wujud dalam kamus Arab mahupun dalam kitab fiqh Islam

• Tiada dalil khusus pensyariatan dalam al-Quran dan al-Sunnah.

• Ia merupakan ADAT MELAYU yang diberi pengiktirafan oleh undang-undang Islam di Malaysia dan menjadi peraturan yang dikuatkuasakan.

• Menurut al-Sayuti : “Adat resam sesuatu bangsa atau kaum yang tidak bertentangan dengan Islam boleh diterima pakai sebagai peraturan hidup dan perundangan bagi sesebuah Negara”. (Kitab : al-Asybah wa al-Nazair fi al-Qawaid wa al-Furu’ , halaman 354).

• Di dalam kaedah fiqh dikenali dengan kaedah :

1. المحكمة العادة ,

Maksud : “adat mengambil tempat hukum”

به العمل يجب حجه الناس استعمال .2 ,

Maksud : “amalan manusia menjadi pegangan (hujah) yang wajib diikuti”

Page 10: 1) takrifan harta sepencarian

شرطا كالمشروط عرفا المعروف .3 ,

“sesuatu yang diterima mengikut adat seperti sesuatu yang dibuat mengikut syarat”

• Dalil umum di dalam Al-Quran menyebut:

“Orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan”.

Surah An-Nisaa’ : 32

• Hak menuntut Harta Sepencarian terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Sambungan.... DALIL PENSYARIATAN HARTA SEPENCARIAN

Page 11: 1) takrifan harta sepencarian

BILA BOLEH DI TUNTUT ?

•Berlaku Kematian

•Berlaku Penceraian

• Suami ingin berpoligami

Page 12: 1) takrifan harta sepencarian

2) DASAR KEDUDUKAN HARTA SEPENCARIAN DALAM ISLAM

Antara dasar-dasarnya ialah :

1. DASAR PERDAMAIAN DAN KEREDHAAN.

Firman Allah SWT :

“Maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya), kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai); sedang sifat bakhil kedekut (tidak suka memberi atau bertolak ansur) itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia. Dan jika kamu berlaku baik (dalam pergaulan), dan mencegah diri (daripada melakukan kezaliman), maka sesungguhnya Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan."

Surah an-Nisa' 4 : 128

Page 13: 1) takrifan harta sepencarian

2. SUAMI BERHAK MEMILIKI HARTA SEBAGAIMANA ISTERI BERHAK MEMILIKI HARTA.

Harta yang diperolehi sebelum atau selepas perkahwinan, tidak boleh dicantum melainkan dengan keredhaan dan persetujuan suami-isteri.

Firman Allah SWT :

"Janganlah kamu iri hati terhadap pemberian Allah kepada sebahagian lebih banyak dari yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). Laki-laki beroleh bahagian dari usahanya, dan orang-orang perempuan beroleh bahagian pula dari usahanya, mintalah kepada Allah kurniaNya, sesungguhnya Allah itu mengetahui segala sesuatu"

Surah an-Nisa' 4 : 32

Sambungan.... DASAR KEDUDUKAN HARTA SEPENCARIAN DALAM ISLAM

Page 14: 1) takrifan harta sepencarian

3. Suami atau isteri berkuasa penuh di atas hak kepunyaannya. Mana-mana pihak tidak boleh mengambilnya tanpa keredhaan dari satu pihak lagi.

4. Suami WAJIB memberi sebahagian daripada hartanya kepada isteri sebagai maskahwin, pakaian, nafkah dan menyediakan tempat tinggal BERDASARKAN KEMAMPUAN suami dari segi kaya, miskin atau sederhana penghidupannya.

Sambungan.... DASAR KEDUDUKAN HARTA SEPENCARIAN DALAM ISLAM

Page 15: 1) takrifan harta sepencarian

4. Kepada isteri yang diceraikan, WAJIB ke atas bekas suami memberi :

1. Nafkah iddah

2. Upah Hadhanah

3. Tempat tinggal yang ia telah tinggal di masa perkahwinan selagi iddah masih ada

4. Memberi mut'ah mengikut keadaan suami secara berpatutan yang ditentukan oleh syarak.

5. Harta Sepencarian

6. Menyelesaikan Hutang

Firman Allah S.W.T :

“Maksudnya : Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani iddahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu).”

Surah at-Thalaq 65 : 6

Sambungan.... DASAR KEDUDUKAN HARTA SEPENCARIAN DALAM ISLAM

Page 16: 1) takrifan harta sepencarian

Firman Allah S.W.T :

"Dan bagi perempuan-perempuan yang telah diceraikan satu saguhati (mut'ah) dengan berpatutan sebagai suatu hak ke atas orang-orang yang bertaqwa“

(Al-Baqarah 2 : 241)

Firman Allah S.W.T :

"Dan janganlah kamu menyusahkan perempuan-perempuan itu, kerana hendak mengambil kembali sebahagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, kecuali jika mereka terang melakukan perbuatan keji "

Surah an-Nisa' 4 : 19

Sambungan.... DASAR KEDUDUKAN HARTA SEPENCARIAN DALAM ISLAM

Page 17: 1) takrifan harta sepencarian

4) JENIS-JENIS HARTA MILIK SUAMI ISTERI

Harta Individu

Harta Perkongsian

Harta Pewarisan

Page 18: 1) takrifan harta sepencarian

1. Harta Individu :

Harta Individu ialah harta yang diperoleh secara sendirian atau tanpa sebarang sumbangan dari suami atau isteri.

• Harta individu lazimnya diperolehi sebelum perkahwinan atau setelah berkahwin seperti gaji, pemberian,hadiah dan harta yang dipusakai.

• Jika berlaku perceraian, harta jenis ini tetap menjadi HAK MUTLAK yang memilikinya.

• Hukum Syarak menetapkan suami TIDAK ADA HAK ke atas HARTA MUTLAK isteri. Contohnya harta isteri yang diperolehi melalui harta pusaka daripada keluarganya dan seumpamanya.

Hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan al-Hakim yang bermaksud: “Tidak halal bagi seseorang menuntut balik sesuatu pemberian atau barang yang telah dihibahkannya kepada orang lain kecuali dia adalah ayah yang mana ayah boleh menuntut balik ke atas pemberian yang diberikan kepada anaknya.”

Page 19: 1) takrifan harta sepencarian

2. Harta perkongsian

Iaitu harta yang dikongsi bersama antara suami dan isteri samaada :- A) HARTA SYARIKAT ;

Contoh : suami dan isteri berpakat menubuhkan satu syarikat dengan nisbah modal yang jelas dari kedua pihak seperti suami 1/2 dan isteri juga 1/2.

Bagi harta perkongsian jenis ini :

Jika berlaku penceraian suami-isteri atau berlaku tuntutan dari mana-mana pihak, hak masing-masing hendaklah dikembalikan mengikut bahagian masing-masing.

Jika berlaku kematian, hak pasangan yang masih hidup hendaklah ditolak sebelum bahagian pasangan yang meninggal dibahagikan secara faraidh kepada ahli-ahli warisnya.

Page 20: 1) takrifan harta sepencarian

B) HARTA SEPENCARIAN;

Contoh, suami dan isteri berpakat membina satu rumah dengan tanah dari isteri dan rumah dari biaya suami

Ia merupakan perkongsian usaha dan wang yang tidak ketara berbanding yang pertama tadi.

Disyaratkan perlu dibuktikan sumbangan pasangan terhadap perolehan harta tersebut.

Kadar Sumbangan Harta Sepencarian boleh berlaku dalam 3 bentuk ;

i) Sumbangan lansung bersifat hakiki dalam pengumpulan harta atau modal

ii) Sumbangan berbentuk usaha ke arah penambahan harta yang sedia ada

iii) Sumbangan tidak lansung bersifat subjektif seperti memberi pandangan, nasihat dan dorongan yang memberi kesan kepada kebahagiaan rumah tangga, ketenangan jiwa dan minda pasangan yang memberi kesan kepada perolehan harta

Sumbangan dinilai disepanjang tempoh perkahwinan.

• Hak perkongsian boleh dituntut semasa berkahwin, setelah bercerai atau setelah berlaku kematian.

• Bahagian harta perkongsian (harta syarikat & harta sepencarian) hendaklah dikeluarkan terlebih dahulu sebelum difaraidkan harta peninggalan si mati, sama seperti hutang.

Sambungan.... 2. Harta Perkongsian

Page 21: 1) takrifan harta sepencarian

3. Harta Perwarisan

• Pemilikan melalui pewarisan suami-isteri ketika berlaku kematian mana-mana pasangan (suami atau isteri) dan dilakukan secara pembahagian faraid.

Page 22: 1) takrifan harta sepencarian

• Harta-harta perseorangan yang dibeli sebelum perkahwinan dan tidak diusahakan bersama sepanjang tempoh perkahwinan bukan harta sepencarian.

• Tidak boleh menuntut hadiah yang telah diberi kepada bekas isteri sebagai harta sepencarian.

Hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan al-Hakim yang bermaksud:

“Tidak halal bagi seseorang menuntut balik sesuatu pemberian atau barang yang telah dihibahkannya kepada orang lain kecuali dia adalah ayah yang mana ayah boleh menuntut balik ke atas pemberian yang diberikan kepada anaknya.

6) ULASAN

Page 23: 1) takrifan harta sepencarian

PERSOALAN ???? Bagaimana kedudukan seseorang isteri yang

hanya sebagai suri rumahtangga sepenuh masa, adakah ia berpeluang menuntut harta

sepencarian?

Page 24: 1) takrifan harta sepencarian

Rujukan Kes :

• Kes Boto’ binti Taha lwn Jaafar bin Muhammad (1984, 1 Jurnal Hukum) : Mahkamah memutuskan bahawa seorang isteri yang hanya bertugas menolong suami BERHAK mendapat harta sepencarian.

Yang Arif Hakim Saleh Abas (ketika itu) ketika memutuskan bahawa :

'Pihak menuntut (isteri) menemani pihak kena tuntut boleh dikira sebagai usahanya bersama atau sumbangannya memperolehi pendapatan yang mana telah menghasilkan harta itu. Memang betul bahawa pihak menuntut (isteri) tidak mengambil bahagian langsung dalam perniagaan ikan dengan pihak kena tuntut (suami) akan tetapi kesediaannya berdampingan dengan pihak kena tuntut adalah menghasilkan ketenangan fikiran yang membolehkannya berniaga dengan berkesan.

• Kes Masiran lwn. Azizah (2001) : Mahkamah telah membahagi harta yang dituntut secara sama-rata antara plaintif dan defendan walaupun defendan adalah suri rumah sepenuh masa kerana menilai sumbangan plaintif dalam kerja-kerja rumah dan pengasuhan anak-anak. Hakim telah memetik Kitab Majmu’ yang menjelaskan bahawa tugas tersebut bukanlah tugas seorang isteri.

PERSOALAN ?? Bagaimana kedudukan seseorang isteri yang

hanya sebagai suri rumahtangga sepenuh masa, adakah ia berpeluang menuntut harta

sepencarian?

Page 25: 1) takrifan harta sepencarian

Walaupun kedua-dua kes tersebut tidak menunjukkan sumbangan secara langsung kerana isteri tidak mengeluarkan modal dan tenaga untuk menghasilkan harta bersama tidak bermakna sumbangan secara tidak langsung tidak diambil kira.

Bersesuaian dengan kehendak syarak tugas menguruskan rumah tangga, memasak, menjaga anak bukan menjadi tanggungjawab isteri.

Tidak wajar pihak isteri sehari suntuk menghabiskan masa dan tenaganya dengan kerja-kerja rumah tetapi tidak mendapat sebarang ganjaran.

Isteri sebenarnya telah menyumbang secara tidak langsung kepada perolehan harta itu yang sedikit sebanyak meringankan tanggungan pihak suami.

Sambungan.... ULASAN PENGHAKIMAN

Page 26: 1) takrifan harta sepencarian

SUMBANGAN BERBENTUK TENAGA DAN WANG

Rujukan Kes :

Kes Haji Abdul Rahim lwn. Isngaton.

Isteri yang telah diceraikan menuntut harta sepencarian di atas rumah di Selangor. Suami datang dari Indonesia berdagang, bekerja menebang hutan keadaannya miskin. Dia berkahwin dengan isteri seorang balu kaya yang kematian suami, meninggalkan kebun dan tanah termasuk sawah.

Di dalam perkongsian hidup suami isteri, suami telah banyak membeli harta dan kebun atas namanya sendiri. Isteri mendakwa dia ada menyumbang wang untuk membeli tanah yang menjadi tapak tanah rumah. Selain dari itu isteri juga telah menanggung sebahagian besar perbelanjaan rumahtangga mereka.

Oleh itu, Jemaah Ulang Bicara Syariah Selangor telah menolak rayuan perayu (suami) dan mengekalkan perintah Mahkamah Kadi Besar iaitu pihak isteri mendapat SEPARUH daripada harta sepencarian berasaskan kepada sumbangan yang dicurahkan dalam bentuk tenaga dan wang ringgit.

Page 27: 1) takrifan harta sepencarian

6) PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG TENTANG HARTA SEPENCARIAN

TEKS ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM SELANGOR 2003

• Seksyen 122(1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003 memperuntukan bahawa mahkamah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talak atau apabila membuat suatu perintah perceraian untuk memerintah supaya aset yang diperoleh dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama dibahagikan antara mereka atau supaya aset yang diperoleh pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagikan antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan dibahagikan antara pihak-pihak itu.

• Seksyen 122(2) merujuk kepada faktor-faktor yang diambilkira oleh mahkamah dalam permbahagian harta sepencarian tersebut.

Antara perkara yang ambilkira oleh mahkamah adalah: 1. “Takat sumbangan yang dibuat tiap-tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta, atau kerja bagi memperoleh aset itu; 2. Apa-apa yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat bersama mereka; 3. Keperluan anak yang belum dewasa daripada perkahwinan itu, jika ada.

Page 28: 1) takrifan harta sepencarian

Seksyen 122(2), mahkamah juga boleh memerintahkan supaya aset itu dijual dan hasil jualan dibahagikan sama rata antara kedua pihak sebagaimana dinyatakan dalam seksyen 122(3).

Manakala seksyen 122(4), mahkamah dengan kuasa yang ada boleh membahagikan aset itu atau hasil jualan mengikut apa-apa kadar yang difikirkan munasabah, tetapi walau bagaimanapun, pihak yang memperoleh aset itu dengan usahanya hendaklah menerima suatu kadar yang lebih besar.

Sambungan.... PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG TENTANG HARTA SEPENCARIAN

Page 29: 1) takrifan harta sepencarian

7) HARTA PERKAHWINAN YANG TIDAK DAPAT DIBEZAKAN

HARTA MUSHA' ialah harta yang bercampur antara suami dan isteri semasa perkahwinan sehingga tidak dapat ditentukan bahagian atau hak masing-masing apabila berlaku perceraian.

KAEDAH PENYELESAIAN :

Perlu ditentukan melalui sulh (perdamaian). Sekiranya antara suami dan isteri tidak bersetuju dengan sulh maka kata-kata pemilik harta tersebut diterima dengan sumpahnya.

Menurut mazhab Shafie : Jika kedua-duanya bertelingakah mengaku memiliki harta itu, kedua-duanya perlu bersumpah dan harta itu dibahagikan kepada dua bahagian.

Rujukan : Bughyah al-Mustarsyidin fi Talkhish Fatawa

Ba’dh al-A’immah al-Muta’akhkhirin

بغية المسترشدين في تلخيص فتاوى بعض األئمة المتأخرين

Page 30: 1) takrifan harta sepencarian

Menurut Hanafi perlunya pembuktian pemilikan. Jika tiada bukti maka perlu dilihat apa yang disaksikan dengan nyata mengikut kesesuaian barang antara milik lelaki dan perempuan. (contoh barang pertukangan milik suami, mesin jahit milik isteri dan seumpamanya)

Jika barangan berbentuk perabot, peralatan dapur yang sukar dibuktikan, golongan Hanafi berbeza pendapat :

1. Menurut Imam Abu Yusuf :

Barang-barang tersebut adalah hak isteri kerana lazimnya barang itu disediakan untuk isteri.

2. Menurut Imam Abu Hanifah dan Muhammad Hassan al Shaybani

Suami lebih berhak ke atas barang tersebut kerana segala perbelanjaan di bawah tanggungannya.

Sambungan.... HARTA PERKAHWINAN YANG TIDAK DAPAT DIBEZAKAN

Page 31: 1) takrifan harta sepencarian

8) KADAR PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN

1. Kriteria pembahagian

Diambilkira melalui daya usaha secara bersama oleh pihak suami dan isteri dan hendaklah dalam tempoh perkahwinan.

2. Kadar Pembahagian Berdasarkan Kes-Kes Yang Telah Diputuskan Mahkamah

Kadarnya tidak tetap. Ini kerana pihak mahkamah mengambil kira beberapa aspek sebelum menentukan kadarnya.

Berdasarkan kes-kes yang telah diputuskan kadangkala isteri mendapat bahagian ⅓, atau ½ dan kadangkala tidak mendapat apa-apa bahagian. Begitu juga bahagian untuk suami akan ditentukan ½, ⅔ atau ⅓.

3. Cara Pembahagian Harta Sepencarian

Melalui pertimbangan budi bicara dan kebijaksanaan hakim-hakim dalam menanggapi asas sumbangan yang dicurahkan oleh pihak isteri dan suami .

Page 32: 1) takrifan harta sepencarian

9) HARTA SEPENCARIAN UNTUK YANG BERPOLIGAMI

Apabila seseorang memohon untuk poligami pihak lelaki atau perempuan boleh memohon untuk isytihar harta sepencarian.

Tujuan untuk elak pertikaian dikemudian hari antara pihak tertentu. (samaada isteri pertama, kedua, ketiga, keempat, mertua dan lain-lain)

Umumnya, mahkamah akan membuat keputusan berdasarkan beberapa perkara berikut:

1. Harta yang diperolehi itu dalam atau semasa perkahwinan.

2. Takat sumbangan yang telah dibuat oleh tiap-tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta, kerja, nasihat, dorongan dan sumbangan lain yang dapat menambah harta atau modal.

Page 33: 1) takrifan harta sepencarian

10) DEKLARASI HARTA SEPENCARIAN

• Deklarasi atau Perjanjian Harta Sepencarian ialah perjanjian antara suami dengan isteri bagi menyerahkan sebahagian atau semua harta yang di atas nama suami kepada isterinya. Deklarasi ini biasanya dibuat semasa pasangan sedang bahagia dan tidak ada masalah rumah tangga.

• Sebagai contoh, suami bersetuju menyerahkan hakmilik rumah sebanyak 50% kepada isterinya melalui Deklarasi Harta Sepencarian.

• Sekiranya suami-isteri tidak membuat Deklarasi Harta Sepencarian, dan apabila berlaku kematian, penceraian dan berpoligami, maka permintaan harta sepencarian oleh isteri terpaksa melalui tuntutan di Mahkamah.

• Tuntutan itu belum tentu berjaya. Sekiranya berjaya, suami atau bekas suami belum tentu mematuhi keputusan Mahkamah.

• Buatlah Perjanjian Harta Sepencarian sebelum suami menikah lagi, bercerai atau meninggal dunia.

Page 34: 1) takrifan harta sepencarian

• Deklarasi atau Perjanjian Harta Sepencarian ialah perjanjian antara suami dengan isteri bagi menyerahkan sebahagian atau semua harta yang di atas nama suami kepada isterinya. Deklarasi ini biasanya dibuat semasa pasangan sedang bahagia dan tidak ada masalah rumah tangga.

• Sebagai contoh, suami bersetuju menyerahkan hakmilik rumah sebanyak 50% kepada isterinya melalui Deklarasi Harta Sepencarian.

• Sekiranya suami-isteri tidak membuat Deklarasi Harta Sepencarian, dan apabila berlaku kematian, penceraian dan berpoligami, maka permintaan harta sepencarian oleh isteri terpaksa melalui tuntutan di Mahkamah.

• Tuntutan itu belum tentu berjaya. Sekiranya berjaya, suami atau bekas suami belum tentu mematuhi keputusan Mahkamah.

• Buatlah Perjanjian Harta Sepencarian sebelum suami menikah lagi, bercerai atau meninggal dunia.

11) PIHAK YANG LAYAK MENUNTUT HARTA SEPENCARIAN SELEPAS

KEMATIAN

Page 35: 1) takrifan harta sepencarian

• Jika kedua-dua pasangan telah mati tanpa adanya tuntutan harta sepencarian yang dibuat, waris boleh memfailkan tuntutan, NAMUN kecenderungan mahkamah menolak kes itu adalah tinggi.

Sambungan.... PIHAK YANG LAYAK MENUNTUT HARTA SEPENCARIAN SELEPAS KEMATIAN

Page 36: 1) takrifan harta sepencarian

• Tuntutan harta sepencarian mesti dibuat sebelum pembahagian harta pusaka dan selepas ditunaikan perbelanjaan pengkebumian jenazah serta melunaskan hutang si mati.

12) BILA TUNTUTAN HARTA SEPENCARIAN SELEPAS KEMATIAN

BOLEH DILAKUKAN??

Page 37: 1) takrifan harta sepencarian

13) KESIMPULAN

• Harta sepencarian antara suami dan isteri adalah penting dan perlu diselesaikan secara adil dan saksama terutama apabila berlaku perceraian.

• Harta sepencarian merupakan hak suami dan isteri selama mana terdapat sumbangan ke atas harta yang diperolehi.

• Khidmat seseorang isteri di dalam rumah patut diberi pertimbangan sewajarnya dan diberi nilaian yang patut oleh suami.

• Kedua-dua pihak suami isteri, masing-masing ada peranan dan usaha bagi memperolehi harta, hendaklah diberi hak masing-masing. Dalam menentukan kadar bahagiannya terserlah kepada pertimbangan hakim apabila berlaku pertengkaran dan perselisihan.

• Adat juga diambil kira sebagai kaedah syariah dalam menentukan hak masing-masing.

• Tuntutan ke atas harta sepencarian boleh dibuat pada bila-bila masa.

• Tuntutan harta sepencarian tidak menafikan hak-hak lain seperti mut'ah, upah hadanah dan nafkah iddah yang juga wajib disempurnakan.

Page 38: 1) takrifan harta sepencarian

14) RUJUKAN Al-Quran al-Karim

Al- Hadith

Bughyah al-Mustarsyidin fi Talkhish Fatawa Ba’dh al-A’immah al-Muta’akhkhirin,

بغية المسترشدين في تلخيص فتاوى بعض األئمة المتأخرين

al-‘Allamah Sayyid ‘Abdur Rahman bin Muhammad bin Husain bin ‘Umar Ba ‘Alawi al-Hadhrami (1250- 1320)

Al-Suyuti Jalaluddin Abd al-Rahman b. Abu Bakr. 1998 al-Ashbah wa al-Nazair.

Mahmood Zuhdi Abdul Majid & Raihanah Azhari. 1989. Undang-undang Keluarga Islam Konsep dan Pelaksanaannya di Malaysia. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Prof. Madya Dr. Mat Saad Abd. Rahman. 1993. Undang-Undang Keluarga Islam Aturan Perkahwinan Suatu Pendekatan Berdasarkan Amalan Semasa. Hizbi Sdn Bhd Shah Alam.

• Amalan Pembahagian Harta Sepencarian Di Malaysia: Satu Sorotan Literatur, Mohd Norhusairi Mat Hussin, Raihanah Abdullah , Journal of Shariah Law Research, Volume 1, Issue 1

• “Harta Sepencarian Menurut Pandangan Islam,” Kertas kerja Seminar Faraid Kebangsaan, Bangi. Abdul Monir Yaacob (2006).

• “Harta Sepencarian”, dalam Manual Undang-Undang Keluarga Islam, ed. Abdul Monir Yaacob dan Siti Shamsiah Mohd Supi. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia, 415437

Jurnal Hukum Bil. 63 (1981) 1 (2)

Laman Web Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. www.jksm.gov.my

www.kamarsyariah.blogspot.my

Page 39: 1) takrifan harta sepencarian