dasar utama mengimbangi pembangunan wilayah

33
JMG316 PENGENALAN Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) meliputi tempoh 1971-1990 kini telah tamat. Di bawah rangka ini, kerajaan telah melaksanakan empat rancangan pembangunan bermula dengan Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) hingga Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990). Rancangan-rancangan pembangunan ini telah dilaksanakan di bawah rangka Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 1970, berikutan daripada peristiwa rusuhan kaum pada tahun 1969. Dasar ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama ke arah mencapai matlamat perpaduan di kalangan kaum di negara ini. Perpaduan negara kekal menjadi matlamat terakhir pembangunan sosio-ekonomi memandangkan sebuah masyarakat yang bersatu padu adalah merupakan asas penting mewujudkan kestabilan sosial dan politik serta pembangunan yang berterusan. Dasar-dasar dan strategi- strategi pembangunan di bawah DPB mengambilkira perbezaan- perbezaan yang wujud di kalangan rakyat Malaysia dari segi kaum, bahasa, budaya dan agama serta wilayah supaya sebuah masyarakat yang harmoni, bertimbang rasa dan dinamik dapat diwujudkan secara 1

Upload: law-hc

Post on 23-Jul-2015

80 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dasar Utama Mengimbangi Pembangunan Wilayah

JMG316

PENGENALAN

Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) meliputi tempoh

1971-1990 kini telah tamat. Di bawah rangka ini, kerajaan telah melaksanakan

empat rancangan pembangunan bermula dengan Rancangan Malaysia Kedua

(1971-1975) hingga Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990). Rancangan-

rancangan pembangunan ini telah dilaksanakan di bawah rangka Dasar Ekonomi

Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 1970, berikutan

daripada peristiwa rusuhan kaum pada tahun 1969. Dasar ini adalah bertujuan

untuk menggalakkan pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama ke arah

mencapai matlamat perpaduan di kalangan kaum di negara ini. Perpaduan

negara kekal menjadi matlamat terakhir pembangunan sosio-ekonomi

memandangkan sebuah masyarakat yang bersatu padu adalah merupakan asas

penting mewujudkan kestabilan sosial dan politik serta pembangunan yang

berterusan. Dasar-dasar dan strategi-strategi pembangunan di bawah DPB

mengambilkira perbezaan-perbezaan yang wujud di kalangan rakyat Malaysia

dari segi kaum, bahasa, budaya dan agama serta wilayah supaya sebuah

masyarakat yang harmoni, bertimbang rasa dan dinamik dapat diwujudkan

secara progresif. Selain daripada pertimbangan-pertimbangan yang berasaskan

sosio-politik dan kebudayaan, kestabilan sosial dan politik yang berterusan serta

kecekapan pengurusan ekonomi merupakan faktor-faktor yang amat penting ke

arah mencapai matlamat DPB.

1

Page 2: Dasar Utama Mengimbangi Pembangunan Wilayah

JMG316

Diatas perjuangan politik maka kerajaan menjalankan serta melaksanakan

program pembangunan negara semenjak tercapainya kemerdekaan pada tahun

1957 telah mengubah struktur ekonomi negara daripada sesuatu sistem yang

bergantung kuat kepada sumbangan komoditi ( getah dan bijih timah, dan

selepas itu kepada kelapa sawit ), kepada sistem sumbangan sektor pembuatan

dan industri. Perancangan pembangunan yang sama juga menyaksikan usaha

untuk membangunkan kawasan luar bandar yang lazimnya dianggap sebagai

kawasan mundur. Berbagai-bagai agensi pembangunan wilayah serta agensi-

agensi pembangunan tanah dan pembangunan telah ditubuhkan untuk

melaksanakan matlamat pembangunan kawasan luar bandar itu, dan tidak dapat

dinafikan rancangan itu telah memperlihatkan beberapa banyak kejayaan untuk

mengubah keadaan ekonomi dan sosial di kawasan luar bandar.

Contohnya pembangunan ekonomi negara semenjak tahun 1957 sehingga

pertengahan tahun 1980-an dipandu dan dipimpin oleh kerajaan. Melalui jentera

pentadbiran perkhidmatan awam, dan setakat yang perlu, melalui perbadanan

awam, kerajaan menggerakkan aktiviti ekonomi dalam bidang dan menurut arah

yang diingininya. Peranan kerajaan jelas dan telus sekali, dan bergerak, secara

sedar, untuk membangunkan kawasan yang mundur, dan memberi peluang

kepada kumpulan yang tercecer dalam lapangan ekonomi. Hal ini dapat dilihat

dalam Rancangan Buku Merah (RBM) atau dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB)

yang masing-masing mempunyai matlamat tertentu. RBM untuk membangunkan

kawasan luar bandar, dan DEB untuk menangani ketidakseimbangan ekonomi

antara kaum.

2

Page 3: Dasar Utama Mengimbangi Pembangunan Wilayah

JMG316

DASAR-DASAR UTAMA PERANCANGAN DAPAT MENGIMBANGI

PEMBANGUNAN WILAYAH DI MALAYSIA.

Peranan dan tujuan Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah bertujuan untuk

mencapai matlamat mengimbangi perbezaan kedudukan ekonomi antara kaum.

DEB secara jelas menetapkan kadar kuantitatif minimum 30 peratus sebagai

matlamat pemilikan ekuiti di sektor korporat dan dalam penyusunan semula

gunatenaga supaya mencerminkan komposisi penduduk. DEB menekankan

falsafah pertumbuhan seiring dengan pengagihan. Falsafah ini timbul daripada

kesedaran (selepas peristiwa Mei 1969) di kalangan pemimpin negara bahawa

pertumbuhan yang tidak memberikan perhatian kepada isu pengagihan hasil

kekayaan ekonomi terutamanya di antara kumpulan etnik dan kepada masalah

kemiskinan, boleh menimbulkan ketegangan yang jika tidak ditangani dengan

baik, boleh mencetuskan perselisihan antara kaum. Walaupun DEB pada

mulanya kurang disenangi, akhirnya dasar itu diterima sebagai dasar yang

pragmatik dan dianggap dapat membantu usaha menyatupadukan pelbagai

kumpulan etnik di Malaysia. Penduduk Malaysia menyedari bahawa penjajah

British, melalui dasar pecah dan perintah, telah mewujudkan keadaan yang tidak

seimbang antara kaum dalam hampir semua bidang. Penelitian prestasi ekonomi

Malaysia menunjukkan betapa pentingnya ekonomi perlu dibangun dengan

pesat.

3

Page 4: Dasar Utama Mengimbangi Pembangunan Wilayah

JMG316

Apa pun petunjuk ekonomi yang digunakan, didapati bahawa kedudukan

atau keadaan ekonomi negara kini berada pada tarap kemajuan yang boleh

dibanggakan. Pertumbuhan pesat yang berlaku dalam tempoh hampir sepuluh

tahun yang lalu, terutamanya selepas mengalami kemelesetan pertengahan

tahun 1980-an, menyebabkan orang dari negara lain tertarik untuk belajar

daripada Malaysia dengan pertumbuhan berterusan pada kadar dua angka,

kejayaan mengekang inflasi pada kadar bawah 4%, keupayaan mengekalkan

pengangguran pada kadar bawah 5% yang bagi ahli ekonomi merupakan

keadaan gunatenaga penuh, adalah di antara petunjuk utama kejayaan usaha

membangunkan negara.

    Bila keadaan pengaruh politik dan kekacauan seperti ini berlaku, adalah

menjadi tanggungjawab polis untuk memulihkan keadaan dan menwujudkan

kestabilan awam. Dalam melaksanakan tugas untuk mengamankan negara

semasa berlakunya peristiwa 13 Mei itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya

memainkan peranannya dengan berkesan, bukan sahaja disebabkan oleh

kemampuan dan kecekapan anggota-anggotanya bertindak tetapi lebih penting

ialah cara tindakan mereka yang tidak berat sebelah, yang adil dan saksama.

Apabila keadaan pulih seperti sediakala, pasukan polis menerusi Cawangan

Khas terus bertindak dengan lebih berhati-hati dan lebih peka pada isu-isu

sensitif yang boleh mencetuskan penentangan dan pergaduhan antara kaum.

Sesungguhnya peranan yang dimainkan oleh polis untuk memupuk perpaduan

dengan berusaha menghindar tercetusnya krisis bercorak perkauman tidak

4

Page 5: Dasar Utama Mengimbangi Pembangunan Wilayah

JMG316

pernah dipublisitikan secara meluas walaupun terbukti berkesan sekali. Dalam

menyelesaikan satu-satu masalah yang bercorak perkauman  yang boleh 

mencetuskan pengeseran antara kaum, PDRM bertindak berhati-hati. Pertama,

sesuatu isu itu diselesaikan dengan rundingan dan nasihat. Kedua PDRM

terpaksa menggunakan undang-undang untuk memastikan bahawa sesuatu isu

itu   tidak boleh merebak atau dieksploitasikan untuk mencetuskan krisis

bercorak perkauman.

Di samping pelampau perkauman, negara  juga berhadapan dengan

ancaman pelampau politik dan keagamaan. Pihak polis tidak menyalahgunakan

kuasanya untuk menyekat hak dan kebebasan politik dan keagamaan seseorang

warganegara. Apa yang diberi tumpuan ialah tindak tanduk seseorang individu

atau kumpulan yang memperalatkan politik atau agama untuk mencetuskan

pergolakan atau menimbulkan pertentangan atau krisis hingga boleh

menjejaskan keharmonian masyarakat serta keselamatan negara.

Secara amnya, penyelesaian masalah rakyat ialah merupakan kaedah

pelbagai langkah atau cara yang akan lakukan apabila menghadapinya oleh

seseorang pemimpin. Keinginan untuk menyelesaikan masalah ini timbul apabila

pemimpin itu berdepan dengan sesuatu masalah yang dipertanggungjawabkan

melalui dasar-dasar kerajaan dan mereka harus mengambil perhatian dalam hal

itu. Terdapat dua penyelesaian masalah iaitu masalah rutin dan masalah non

rutin. Masalah rutin merupakan masalah harian dan masalah non rutin pula

5

Page 6: Dasar Utama Mengimbangi Pembangunan Wilayah

JMG316

adalah penyelesaian masalah yang menggunakan kemahiran konsep atau

prinsip. Ianya memerlukan satu set aktiviti yang sistematik dengan perancangan

strategi dan kaedah yang sesuai. Melalui pendekatan ini pemimpin dan rakyat

secara eksplisit perlu ada strategi atau kemahiran dalam menyelesaikannya.

Rakyat diberi peluang untuk memberi buah fikiran dan pemimpin harus

mendengar rintihan rakyat.

Menurut David McClelland, beliau berpendapat pemimipn yang baik yang

menjaga kepentingan rakyat ialah pemimpin yang dapat keyakinan dan amanah

yang wujud di kalangan pengikut-pengikut. Ciri-ciri pemimpin yang berkesan

ialah:

i. membuat orang lain merasa yakin dan kuat. Rakyat jelata

merasakan mereka cekap.

ii. menggunakan kewibawaan untuk membina amanah rakyat jelata

kepada dirinya. Tidak gunakan ancaman dan ketakutan sebagai alat.

iii. dapat membina perhubungan kerjasama dan saling mengerti di

antara rakyat jelata supaya semua berusaha untuk tujuan yang lebih

tinggi.

iv. menggunakan kuasanya untuk menggalakkan penyelesaian

masalah rakyat jelata secara berhadapan (confrontation).

v. tidak akan mengatakan masalah yang ada itu tidak wujud atau pun

menyimpannya secara rahsia.

6

Page 7: Dasar Utama Mengimbangi Pembangunan Wilayah

JMG316

Pemerintahan Malaysia biasanya amat sensitif jika ada pihak luar

mempersoalkan kemurnian sistem 'demokrasi' yang diamalkannya. Sistem

demokrasi di Malaysia tidak boleh disamakan dengan sistem demokrasi di

negara lain, kerana ciri-ciri masyarakat negara ini berlainan daripada negara-

negara lain. Kebebasan adalah suatu gagasan yang subjektif, dan kebebasan

tidak mungkin wujud dalam bentuknya yang mutlak. Dalam semua bidang

kehidupan dalam masyarakat yang terdiri daripada berbilang etnik memanglah

terdapat batasan-batasan yang sudah sedia wujud ditetapkan oleh kebiasaan,

budaya, agama, malah undang-undang. Bagi mewujudkan keadilan dalam

sistem ini, kerajaan telah mempelbagaikan sumber khidmat kepada masyarakat

dan juga agihan pembangunan serta menjaga kemajuan rakyat dalam pelbagai

bidang dan penjawatan. Ini dapat dijalankan melalui pelbagai kaedah seperti

mengadakan :-

a.Penghulu

Tugas sebagai seorang penghulu adalah merupakan asas kepada

penyelesaian masalah rakyat di peringkat kampung. Oleh kerana penghulu

menyediakan penjadualan kerja dan tanda pencapaian yang dirancang maka ia

penting bagi memastikan apa jua aktiviti yang telah dirancang dan disusun itu

dapat dipantau dan seterusnya dijalankan dengan teratur, sempurna serta

dilaksanakan dengan jayanya. Di samping itu penghulu atau ketua kampung

pada masa yang sama perlu memahami peraturan dan undang-undang negara,

7

Page 8: Dasar Utama Mengimbangi Pembangunan Wilayah

JMG316

di samping mengikuti perkembangan hal-ehwal semasa negara ini dan juga luar

negara. Dalam melaksanakan tugas ini penghulu dan rakyat di kawasannya

sentiasa dapat bekerjasama dan meningkatkan lagi kemahiran dan keupayaan

diri terutama sekali kemahiran yang sangat-sangat diperlukan dalam

menjalankan tugas. Penghulu mukim dan ketua kampung iaitu kemahiran

dalam berinteraksi dan menyampaikan maklumat yang relevan kepada rakyat.

Para penghulu dan ketua kampung hendaklah menggunakan dan memanfaatkan

sepenuhnya kewujudan wakil-wakil rakyat yang dilantik oleh kerajaan sebagai

mekanisme yang dapat membantu dan memperkesankan lagi peranan dan tugas

penghulu mukim dan ketua kampung sebagai saluran yang sah bagi

menyampaikan hasrat dan masalah rakyat keperingkat yang lebih tinggi.

b.Melalui Wakil Rakyat

Tugas dan tanggungjawab wakil-wakil rakyat untuk melihat

perkembangan di kawasannya tidak kiralah sama ada melalui program-program

perasmian, perjumpaan tidak formal atau orang ramai sendiri yang datang ke

pejabat atau rumah mereka boleh menolong mengenalpasti masalah rakyat.

Disini wakil rakyat yang benar-benar berkhidmat kepada rakyat di kawasannya,

mereka digelar pemimpin berjiwa rakyat. Tugas dan peranan wakil rakyat masih

tetap sama, cuma mereka haruslah menggunakan kemudahan yang ada agar

skop pemahaman mereka terhadap masalah yang dihadapi di kawasan mereka

dapat disalurkan dengan lebih berkesan dan cepat. Perhubungan yang terus

8

Page 9: Dasar Utama Mengimbangi Pembangunan Wilayah

JMG316

antara masyarakat dan wakil rakyat tanpa menggunakan orang tengah akan

menjadikan hubungan di antara wakil rakyat dan masyarakat lebih mesra. Ini

akan mencapai matlamat serta menyelesaikan masalah yang hendak

disampaikan oleh rakyat di kawasan mereka. Contohnya, oleh kerana di zaman

ini merupakan era teknologi maka adalah disarankan agar setiap wakil rakyat

mempunyai alamat e-mel mereka sendiri yang diketahui umum agar sebarang

permasalahan setempat dapat disalurkan dengan cepat. Adalah menjadi

tanggungjawab masyarakat pula untuk membantu wakil rakyat dengan memberi

maklumat yang tepat dan sahih. Sekiranya sistem perhubungan atau

komunikasi antara wakil rakyat dan masyarakat ini dapat dilaksanakan dengan

berkesan, manfaatnya, bukan sahaja masyarakat tidak perlu lagi membuat temu

janji yang belum tentu tarikhnya bahkan mungkin juga wakil-wakil rakyat dapat

meluangkan lebih masa lagi di rumah bersama keluarga mereka dan pada masa

yang sama dapat melihat perkembangan dan masalah masyarakat setempat.

Setelah meneliti permasalahan yang dikemukakan oleh masyarakat, maka

mereka dapat menyalurkan pula maklumat tersebut kepada agensi atau jabatan

yang berkaitan agar tindakan dapat dilaksanakan dengan segera. Dengan itu

segala perhubungan dan transaksi antara wakil rakyat, jabatan dan agensi serta

masyarakat akan menjadi lebih telus dan tidak akan kedengaran lagi satu

perkara atau masalah itu ditolak dari satu jabatan ke jabatan yang lain yang tiada

kesudahannya.

9

Page 10: Dasar Utama Mengimbangi Pembangunan Wilayah

JMG316

c.Melalui Kementerian yang terlibat

Sejak kebelakangan ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri

dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia sedang ‘kecoh’ mencari penyelesaian yang

terbaik untuk menangani masalah kekurangan diesel di Malaysia. Pelbagai

cadangan dikemukakan oleh pihak kerajaan untuk menyelesaikannya. Antara

yang dikemukakan adalah menguatkusakan ISA untuk penyeludup minyak

diesel untuk keuntungan mereka sendiri. Oleh itu melalui Kementerian

Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shafie Apdal

boleh membantu rakyat bahawa kerajaan akan meneruskan subsidi diesel

walaupun masalah penyelewengan kerana industri-industri berkaitan masih

memerlukan bantuan kerajaan untuk berkembang. Mengenai masalah

kemiskinan, rakyat boleh mengemukakan melalui beberapa agensi yang terlibat

secara langsung terutama melalui wakil rakyat dan dibawah kementerian

pembangunan luar bandar. Kerajaan akan menjadikan usaha mengurangkan

masalah kemiskinan sebagai salah satu agenda utama dan penting dan seiring

untuk memajukan negara dari segi sosio-ekonominya. Sedaya upaya yang

mungkin, kerajaan akan berusaha untuk membantu golongan ini melalui

pelbagai cara tertentu hingga kepada pemberian milik tanah secara berancang.

Di samping itu, pendekatan lain patut juga difikirkan supaya orang-orang yang

berada di kampung-kampung boleh memainkan peranan dalam proses

membantu golongan tersebut. Salah satu cara dengan membimbing golongan

yang berada ke dalam arus perancangan membaikpulih golongan dhaif dan

miskin. Mereka yang kaya perlu diberi faham bahawa tugas membantu

10

Page 11: Dasar Utama Mengimbangi Pembangunan Wilayah

JMG316

golongan miskin seharusnya menjadi tanggungjawab bersama masyarakat

sekelilingnya. Kerajaan ada tanggungjawab dan masyarakat ada tanggungjawab

dalam soal menangani masalah ini.

d.Melalui parlimen

Tugas ahli parlimen adalah lebih penting daripada ahli majlis kerajaan

tempatan. Parlimen adalah institusi perundangan. Ia satu daripada cabang

kerajaan. Salah satu tugas ahli parlimen ialah menggubal undang-undang. Ahli

parlimen juga berperanan untuk memantau perjalanan kerajaan dan tugas para

menteri. Badan Eksekutif atau Jemaah Kabinet yang terdiri daripada menteri-

menteri perlu memberi penjelasan kepada parlimen tentang perjalanan semasa

kerajaan, terutama jika ada sesuatu isu berkepentingan umum timbul. Sekiranya

sidang parlimen dibuat secara langsung maka rakyat dapat mengikuti nampak

dengan mata mereka sendiri bagaimana wakil rakyat yang mereka pilih itu

berperanan di dalam parlimen. Kebaikan di segi lain ialah ahli-ahli parlimen tidak

boleh ambil sikap acuh tak acuh. Mereka perlu mempertingkatkan prestasi

mereka sebagai ahli parlimen dengan berbincang dan berhujah dengan matang.

Segala perlakuan dan buah fikiran mereka dilihat dan didengar secara langsung

oleh rakyat di seluruh negara. Contohnya isu kemiskinan mutlak masih besar

jumlahnya di negara ini. Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata baru-baru

ini bahawa masih terdapat 58,903 orang rakyat yang termiskin di negara ini.

Perkara seperti ini perlu diberi perhatian serius oleh ahli-ahli parlimen sama ada

di pihak parti pemerintah ataupun pembangkang.  Rakyat mahu tahu mengapa

11

Page 12: Dasar Utama Mengimbangi Pembangunan Wilayah

JMG316

sampai sekarang kerajaan gagal membasmi masalah rakyat termiskin itu. Jadi

sekiranya ahli parlimen berhujah dengan matang dan bernas baik dari pihak

mana mereka bercakap - kerajaan atau pembangkang - yang untungnya ialah

negara dan rakyat keseluruhannya. Proses persidangan parlimen dilihat secara

langsung di kaca televisyen itu akan dapat membantu rakyat dan masyarakat

negara ini menjadi masyarakat yang lebih matang, mengikuti perkembangan dan

perjalanan kerajaan yang ada.

Dalam masa yang sama proses demokrasi akan lebih bermakna dan

parlimen bukanlah tempat sekadar untuk mengesahkan undang-undang. Rakyat

terutama para pengundi akan lebih peka apabila sampai waktu pilihanraya nanti.

Tentu mereka tidak lagi akan memilih sebarang calon untuk dijadikan ahli

parlimen.  Sebaliknya proses ini akan mengembangkan satu trend baru iaitu para

pengundi Malaysia akan menuntut supaya ahli-ahli parlimen yang berkualiti

sahaja dipilih sebagai wakil rakyat. Ini sebenarnya baik bagi negara kita dan juga

demokrasi. Wakil rakyat yang dipilih ini akan dapat menyuarakan hasrat rakyat

setempat atau keseluruhannya demi kepentingan dan pembangunan rakyat

dalam menyelesaikan sesuatu masalah rakyat.

12

Page 13: Dasar Utama Mengimbangi Pembangunan Wilayah

JMG316

PROGRAM-PROGRAM DASAR PEMBANGUNAN

i.Melalui Dasar Pembangunan Nasional

Kejayaan yang dicapai melalui penguasaan ekonomi memberi keyakinan

kepada pemimpin negara untuk mengubah teras falsafah pembangunan negara.

Manakala Rancangan Malaysia Kedua dan Rangka Rancangan Jangka Panjang

1 (RRJP1) berteraskan DEB, kemelesetan yang melanda negara pada

pertengahan tahun 1980-an telah menyebabkan kerajaan mengambil keputusan

untuk melonggarkan pelaksanaan DEB, dan memperkenalkan langkah-langkah

meliberalisasikan ekonomi negara sesuai dengan perkembangan ekonomi neo-

liberal dunia. Kejayaan pembangunan ekonomi negara selepas itu memberi

keberanian kepada kerajaan untuk melancarkan Rangka Rancangan Jangka

Panjang 2 (RRJP2) yang berteraskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN).

Melalui DPN, adalah berteraskan usaha pembangunan yang seimbang untuk

mewujudkan satu masyarakat yang lebih adil dan bersatu padu.

Untuk itu, DPN memberi penekanan kepada hal-hal berikut:

a) mengubah tumpuan usaha membasmi kemiskinan di kalangan golongan

yang termiskin, di samping mengurangkan kemiskinan relative.

b) menekankan soal pekerjaan dan pembangunan Masyarakat

Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang aktif.

13

Page 14: Dasar Utama Mengimbangi Pembangunan Wilayah

JMG316

c) bergantung kepada sektor swasta untuk terlibat sama dalam usaha

menyusun semula masyarakat.

d) menumpukan usaha pembangunan sumber manusia sebagai satu

keperluan asasi untuk mencapai matlamat pertumbuhan dan pengagihan.

ii.Melalui Dasar Liberalisasi Ekonomi

Selaras dengan arus liberalisasi, penswastaan dan pengurangan

peraturan (deregulisasi) dalam sistem ekonomi kapitalis dunia, selepas tahun

1985 kerajaan mula mengurangkan penglibatannya dalam ekonomi dan tidak

lagi menjadi peranan utama dalam kegiatan ekonomi negara. Kerajaan memilih

dasar untuk menyerahkan tugas untuk memimpin dan mengendalikan perjalanan

ekonomi negara kepada sektor swasta. Malah dengan mengumumkan dasar

mengecilkan saiz sektor awam, kerajaan juga mula menyerahkan peranan

membekalkan perkhidmatan kemudahan awam kepada sektor swasta. Berikutan

itu, program penswastaan dilaksanakan secara lebih meluas, dan Malaysia kini

merupakan negara yang paling terkehadapan dalam usaha menswastakan

kemudahan awam.

iii.Melalui Dasar Persyarikatan Malaysia

Pelancaran dasar Persyarikatan Malaysia di samping dasar Penswastaan

merupakan iltizam baru kerajaan selepas DEB untuk membantu dan

memberikan kerjasama sepenuhnya kepada sektor swasta untuk

membangunkan ekonomi negara. Namun begitu, akan ditunjukkan dalam

14

Page 15: Dasar Utama Mengimbangi Pembangunan Wilayah

JMG316

bahagian seterusnya, betapa pelonggaran pelaksanaan DEB itu juga telah

menyebabkan berbangkit semula masalah pokok dalam arena politik dan moral

pembangunan di negara ini, iaitu masalah pengagihan dan ketidaksamarataan

peluang dalam ekonomi negara. Sekiranya hal ini tidak diawasi maka apa jua

keuntungan yang telah diperoleh semasa DEB dikuatkuasakan akan musnah

dalam tempoh waktu yang singkat sahaja, dan negara akan menghadapi

kemungkinan tercetusnya semula masalah antara kaum. Keselamatan dan

kesejahteraan ekonomi adalah jaminan utama kekalnya perhubungan harmonis

antara kumpulan etnik. Ada kemungkinan pula akan wujud masalah ketegangan

sosial antara golongan elit korporat dan golongan mewah baru dengan golongan

miskin relatif tanpa mengira kaum atau etnik. Masalah sosial dan moral akibat

pembangunan yang terlalu bercorak "economic driven" atau pembangunan yang

terlalu mementingkan nilai hidup ekonomi sudah mula kelihatan tandanya dalam

masyarakat hari ini. Masalah tanggungjawab sosial sudah mula ditimbulkan oleh

beberapa orang pemimpin.

iv.Melalui Pertumbuhan dan Pengagihan DEB

Kemiskinan berkait rapat dengan isu pengagihan pendapatan. Angka-

angka dalam RM7 sendiri menunjukkan betapa pertumbuhan pesat pada tahun-

tahun kebelakangan ini telah menyebabkan bertambah besarnya jurang di antara

kumpulan-kumpulan tertentu. RM7 sendiri menunjukkan betapa jurang di antara

kaum Bumiputera dengan kaum Cina telah meningkat daripada 1:1.74 dalam

tahun 1990 kepada 1:1.81 dalam tahun 1995. Jurang di antara Bumiputera

15

6

Page 16: Dasar Utama Mengimbangi Pembangunan Wilayah

JMG316

dengan kaum India juga telah meningkat daripada 1:1.29 dalam tahun 1990

kepada 1:1.35 dalam tahun 1995. Seterusnya jurang di antara isi rumah desa

berbanding dengan isi rumah di bandar juga meningkat dari 1:1.7 dalam tahun

1990 kepada 1:2.0 dalam tahun 1995. Dari segi pendapatan pula, angka 1995

menunjukkan bahawa min pendapatan isi rumah bagi sektor pembuatan ialah

RM2,264 dan bagi sektor perkhidmatan ialah RM2,462 berbanding dengan

sektor pertanian RM1,060. Pekali (Coefficient) Gini yang digunakan sebagai

pengukur perbezaan pendapatan juga meningkat daripada 0.446 dalam tahun

1990 kepada 0.464 dalam tahun 1995.

Kesemua petunjuk tradisional itu mengesahkan meningkatnya jurang

pendapatan di antara beberapa golongan rakyat, diukur mengikut variabel etnik,

kawasan, atau industri. Peningkatan jurang ini, sekiranya tidak dibendung, akan

membawa masalah di masa akan datang. Jurang perbezaan yang semakin

melebar ini perpunca daripada kadar pertumbuhan yang tidak seragam di antara

golongan etnik, kawasan atau industri. Hal ini juga menunjukkan betapa dasar

liberalisasi ekonomi yang dilaksanakan bermula pertengahan 1980-an

menimbulkan kesan sampingan negatif, meskipun terdapat beberapa

kebaikannya dalam usaha untuk menjana pertumbuhan negara. Semasa DEB

dilaksanakan dengan sedar dan diberi perhatian dalam perancangan dan

pelaksanaan progam pembangunan negara, Malaysia telah berupaya mencapai

kedua-dua matlamat pembangunan seiring dengan pengagihan. Beberapa

tahun selepas DEB tidak dilaksanakan dengan sepenuhnya, pengagihan tidak

16

Page 17: Dasar Utama Mengimbangi Pembangunan Wilayah

JMG316

lagi seiring dengan pertumbuhan. Seperti yang telah disebut pada bahagian

awal, Malaysia merupakan satu-satunya negara yang telah berupaya mencapai

matlamat pertumbuhan seiring dengan pengagihan. Matlamat ini dicapai dengan

perlaksanaan penuh DEB. Tidak keterlaluan jikalau kita merumuskan bahawa

pengabaian terhadap dasar DEB memberi kesan negatif kepada usaha

pengagihan. Pelaksanaan RRJP2 berlandaskan Dasar Pembangunan Nasional

tanpa mengambil kira masalah pengagihan akan meluaskan lagi jurang

perbezaan pendapatan.

Oleh itu penting sekali perancangan ekonomi bagi tempoh RM7 yang

merupakan lima tahun kedua dalam pelaksanaan RRJP2 memberi perhatian

semula kepada isu pengagihan sebagai pilihan kepada pertumbuhan. Strategi

mengejar matlamat pertumbuhan sebagai keutamaan dan meletakkan matlamat

pengagihan sebagai matlamat sampingan yang diharap boleh dicapai melalui

program pembangunan yang menyeluruh adalah strategi yang lemah. Meskipun

RM7 menyebut keperihatinan kerajaan untuk juga menangani masalah jurang

pendapatan yang lebih meningkat itu melalui program inflasi sifar, meningkatkan

mutu kemudahan seperti pendidikan dan kesihatan, atau pelaksanaan program

perumahan kos-rendah.

Selain program perumahan kos rendah, program-program lain akan

melebarkan lagi jurang perbezaan pendapatan. Malah, bagi program

pembangunan rumah kos rendah pun telah dibayangkan bahawa siling harga

17

Page 18: Dasar Utama Mengimbangi Pembangunan Wilayah

JMG316

RM25,000 itu tidak lagi dianggap sesuai, dan penetapan harga pada tahap yang

lebih tinggi bagaimanapun justifikasinya, akan menyebabkan meningkatnya

jurang perbezaan. Malangnya, pengagihan sebagai satu isu juga akan dilupakan

rakyat dalam keselesaan mereka menikmati mutu kehidupan yang lebih tinggi,

yang merupakan kesan positif pertumbuhan. Keadaan pasaran buruh yang ketat

dan guna tenaga penuh negara juga boleh menyebabkan rakyat lupa kepada

masalah pengagihan. Kenaikan gaji yang tidak diimbangi oleh daya pengeluaran

keseluruhan akan akhirnya menjejaskan usaha pembangunan. Malalui Dasar

Pembangunan Nasional telah memberi keyakinan bahawa kumpulan yang kini

menunjukkan kadar pertumbuhan yang lebih rendah itu akan berupaya membaiki

keadaan mereka, sama ada melalui kemudahan am yang disediakan oleh

kerajaan ataupun melalui usaha kumpulan itu sendiri. Jurang pendapatan yang

kian meningkat itu seharusnya memaksa kerajaan menilai semula kewajaran

DEB sepenuhnya.

v.Melalui Dasar Penswastaan

Rakyat boleh berada dalam keadaan selesa jika kerajaan mengutamakan

dasar penswastaan yang turut menyebabkan meningkatnya jurang perbezaan

pendapatan antara kaum dan kumpulan dapat diatasi. Kos baru dan kos lebih

tinggi bagi perkhidmatan dan kemudahan awam yang selama ini diterima tanpa

bayaran atau pada kos minimum akan menimbulkan bebanan kepada kumpulan

tertentu. Kini masalah ketidakseimbangan wujud dalam pelbagai dimensi latar

ruang bandar atau luar bandar, antara kawasan, antara kumpulan orang miskin

18

Page 19: Dasar Utama Mengimbangi Pembangunan Wilayah

JMG316

berbanding dengan golongan kaya, kelas atasan dan menengah dan kelas

bawahan. Masalah ketidakseimbangan ini perlu diberi perhatian berat oleh

kerajaan. Diantara langkah kerajaan yang dilakukan seperti:

i.Penswastaan projek, syarikat atau perkhidmatan telah diberi kepada

seramai mungkin peniaga Bumiputera yang dianggap layak. Peluang menyertai

projek penswastaan seharusnya dibuka kepada jumlah Bumiputera yang lebih

banyak dan tidak hanya kepada sebilangan Bumiputera terpilih.

ii.Program vendor dan francais adalah di antara kaedah yang paling

mudah untuk membantu membangunkan syarikat bumiputera. Melalui program-

program ini syarikat Bumiputera yang baru menceburi bidang perniagaan

tidaklah perlu bimbang tentang proses pengeluaran atau pemasaran kerana

aspek ini dijamin oleh syarikat induk. Tetapi untuk berjaya syarikat induk

mestilah mempunyai program pembangunan syarikat yang jelas, dan

menentukan harga pada tahap yang mencukupi untuk membolehkan syarikat

anak atau francais itu mendapat pulangan yang mencukupi juga untuknya

membayar hutang dan keuntungan yang munasabah. Pada masa lalu syarikat-

syarikat kerajaan dan syarikat yang diswastakan telah diminta menjadi induk

kepada skim vendor. Namun begitu kejayaan skim vendor ini agak terhad

kerana tidak adanya pemantauan yang mencukupi tentang apa yang sebenarnya

berlaku. Tambahan pula, syarikat anak atau francais diberi margin yang terlalu

rendah untuk membolehkan mereka mendapat kadar pulangan yang memadai.

19

Page 20: Dasar Utama Mengimbangi Pembangunan Wilayah

JMG316

KESIMPULAN

Dalam membentuk sebuah kerajaan dan rakyat yang mempunyai taraf

pencapaian sosio-ekonomi yang baik maka kerjasama kedua-dua pihak harus

diselaraskan dengan baik terutama dalam senario politik tanahair. Sebagai

sebuah Negara islam maka agama islamlah merupakan satu tatacara hidup yang

menyeluruh dan menyediakan prinsip-prinsip yang penting serta sesuai bagi

mengawal aspek kehidupan, kerohanian, moral, sosial, politik, dan ekonomi

manusia. Ajaran Islam sesuai bagi semua masa,masa lalu, masa kini mahupun

masa depan. Kekayaan lebih bersifat sejagat dan merangkumi seluruh

masyarakat. Islam tidak membezakan antara individu atau kumpulan dalam atau

luar islam. Pendekatan Islam lebih berdasarkan akal dan keadilan.

Sebuah negara yang mempunyai rakyat dan memimpin maka ia akan

menjadi teladan kepada semua. Mereka harus sedar semua warganegara harus

sanggup dan dapat memahami cabaran-cabaran di abad ke-21 di mana

perkembangan dan pembangunan insan bukan lagi kemahiran-kemahiran asas

semat-mata, tetapi penguasaan pengetahuan, sikap dan kemahiran-kemahiran

yang lain dapat membantu mereka bersaing dan berjaya melalui pengembangan

dan pembangunan pelbagai kecerdasan (multiple intelligence).

Hanya dengan kesedaran diri yang tinggi sahaja rakyat bersama-sama

akan dapat mewujudkan sebuah negara yang berkesan melalui kepemimpinan

20

Page 21: Dasar Utama Mengimbangi Pembangunan Wilayah

JMG316

dalam pengurusan yang berkualiti, mencapai objektif serta menunaikan mission

statement , dan akhirnya  merealisasikan visi (vision) negara. Selepas era

perang dingin kita menyaksikan peralihan daripada sistem pemerintahan

komunisme dan kerajaan kuku besi kepada sistem kapitalisme dan demokrasi

liberal. Lantaran itu, pendekatan mengenai hak asasi, kebebasan dan peranan

masyarakat madani menjadi isu politik dalam negara dan menimbulkan masalah

diplomatik di peringkat antarabangsa. Justeru, ia memerlukan anjakan pemikiran

dan penerimaan untuk dilakukan perubahan secara radikal ataupun evolusi.

Sudah pasti masing-masing ada kesannya yang tersendiri. Konsep yang

dianggap sejagat oleh sebahagian masyarakat antarabangsa membangkitkan

kontroversi kerana pengalaman sejarah dan budaya di sesebuah negara

berbeza. Masyarakat antarabangsa yang diwakili negara maju mahukan semua

negara menerima pakai prinsip hak asasi untuk melahirkan masyarakat yang

saksama dan adil. Mereka berpendirian bahawa amalan hak asasi dan

masyarakat madani adalah prasyarat utama bagi membentuk sebuah negara

demokrasi tulen, tanpa mengambil kira keadaan dan iklim setempat. Negara

membangun menghadapi cabaran hebat untuk mewujudkan pencapaian

pembangunan sosial, budaya serta ekonomi dan pada masa yang sama

menegakkan hak politik dan sivil rakyat. Mereka berusaha mencari

keseimbangan antara hak politik dan sivil dengan hak untuk mengecapi nikmat

pembangunan ekonomi, sosial dan budaya. Mereka juga tidak dapat menerima

tekanan dari negara maju yang hendak mengenakan norma dan nilai negara

maju sebagai sejagat untuk dipatuhi oleh negara membangun.

21

Page 22: Dasar Utama Mengimbangi Pembangunan Wilayah

JMG316

1. Hassan Ali, Panduan Sistem Analisis Statistik (Bangi:Penerbitan

Universiti Kebangsaan Malaysia, 1994).

2. N.Harris 1990,Environmental Issues in the cities of the Developing

Countries.Working Paper,University of London .

3. Mohd Asri A.1997.Dewan Masyarakat,Dasar Ekonomi

Baru:Pembangunan Dan Masa Depan,2000 ,html

4. Mohd Asri A.1997 Pembangunan Pekerjaan

diMalaysia:Perkembangan Dan Permasalahan,Fajar Bakti,Shah

Alam.

5. M.Slattery,1981,Urban Sociology,Causeway Books,Launchashire.

22