sentrik eropah di dalam pensejarahan malaysia

19
1 | Page 1.0 Ulasan kenyataan di dalam soalan Apa yang boleh diterjemahkan daripada pernyataan di dalam soalan ialah terdapat kajian sejarah yang masih lemah dan boleh diragui kesahihannya. Semua ini berpunca daripada sifat pengkaji yang yang yang menghasilkan hasil kajian dengan melibatkan emosi, sikap bias, serta penegasan yang bersandarkan kepentingan diri sendiri. Hal ini tidak seharusnya berlaku kerana sejarah itu sendiri bertulang belakangkan fakta yang benar. Oleh yang demikian penilaian dan penelitian terhadap sumber tidak seharusnya melibatkan emosi, sikap bias dan meletakkan kepentingan diri di dalam penulisan hasil kajian sejarah. 1.1 Pengenalan Pensejarahan atau disebut dengan nama historiogrifi iaitu merujuk kepada hasil-hasil kajian dan penulisan oleh sejarawan.Menurut kamus dewan edisi ke-empat, pensejarahan membawa maksud karya atau penulisan berkaitan dengan sejarah,sumber sejarah adalah dokumen atau rekod sama ada dalam bentuk bertulis mahupun bercetak.Manakala oxford English dictionary pula telah manyatakan sumber atau “source” brmaksud sebuah karya yang memberi maklumat atau bukti (yang tulen atau asli) berkenaan sesuatu fakta, kejadian atau siri hal-hal tersebut. Manakala menurut Mohd Yusof Ibrahim sumber sejarah boleh dimaksudkan sebagai kumpulan bahan rujukan untuk kegunaan penyelidikan dalam semua bidang ilmu. Catatan atau tulisan yang dihasilkan menjadi rujukan penting bagi generasi yang seterusnya untuk mengetahui peritiwa lampau dan juga sebagai saksi utama kepada sesuatu peristiwa yang telah berlaku. Permulaan pensejarahan bermula apabila wujudnya sistem tulisan. Perkembangan pensejarahan Malaysia pada peringkat awal tidaklah begitu menggalakkan.Hal ini kerana pada zaman tersebut masyarakat di Malaysia tidak sedar akan kepentingan sejarah dan mereka juga tidak mempunyai ilmu yang berkaitan sejarah.Malah masyarakat pada zaman tersebut juga kebanyakkannya buta huruf. Pensejarahan Malaysia berkembang dalam dua tahap perkembangan iaitu pesejarahan zaman feudalisme iaitu tradisi melayu lama dan pensejarahan moden iaitu penulisan

Upload: azizi-aliaspar

Post on 26-Dec-2015

374 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

download edit dan submit. (dalam masa yang sama cuba fahami, jimat masa)

TRANSCRIPT

Page 1: Sentrik Eropah di dalam Pensejarahan Malaysia

1 | P a g e

1.0 Ulasan kenyataan di dalam soalan

Apa yang boleh diterjemahkan daripada pernyataan di dalam soalan ialah terdapat kajian sejarah yang masih lemah dan boleh diragui kesahihannya. Semua ini berpunca daripada sifat pengkaji yang yang yang menghasilkan hasil kajian dengan melibatkan emosi, sikap bias, serta penegasan yang bersandarkan kepentingan diri sendiri. Hal ini tidak seharusnya berlaku kerana sejarah itu sendiri bertulang belakangkan fakta yang benar. Oleh yang demikian penilaian dan penelitian terhadap sumber tidak seharusnya melibatkan emosi, sikap bias dan meletakkan kepentingan diri di dalam penulisan hasil kajian sejarah.

1.1 Pengenalan

Pensejarahan atau disebut dengan nama historiogrifi iaitu merujuk kepada hasil-hasil kajian dan penulisan oleh sejarawan.Menurut kamus dewan edisi ke-empat, pensejarahan membawa maksud karya atau penulisan berkaitan dengan sejarah,sumber sejarah adalah dokumen atau rekod sama ada dalam bentuk bertulis mahupun bercetak.Manakala oxford English dictionary pula telah manyatakan sumber atau “source” brmaksud sebuah karya yang memberi maklumat atau bukti (yang tulen atau asli) berkenaan sesuatu fakta, kejadian atau siri hal-hal tersebut. Manakala menurut Mohd Yusof Ibrahim sumber sejarah boleh dimaksudkan sebagai kumpulan bahan rujukan untuk kegunaan penyelidikan dalam semua bidang ilmu. Catatan atau tulisan yang dihasilkan menjadi rujukan penting bagi generasi yang seterusnya untuk mengetahui peritiwa lampau dan juga sebagai saksi utama kepada sesuatu peristiwa yang telah berlaku.

Permulaan pensejarahan bermula apabila wujudnya sistem tulisan. Perkembangan pensejarahan Malaysia pada peringkat awal tidaklah begitu menggalakkan.Hal ini kerana pada zaman tersebut masyarakat di Malaysia tidak sedar akan kepentingan sejarah dan mereka juga tidak mempunyai ilmu yang berkaitan sejarah.Malah masyarakat pada zaman tersebut juga kebanyakkannya buta huruf. Pensejarahan Malaysia berkembang dalam dua tahap perkembangan iaitu pesejarahan zaman feudalisme iaitu tradisi melayu lama dan pensejarahan moden iaitu penulisan sejarah yang dicatat oleh sejarawan british yang bersifat Euro-Centric/ European centric/ sentrik Eropah. Sejarah Malaysia, khususnya sejak zaman kedatangan kuasa penjajah Barat ke rantau ini, kebanyakkannya ditulis dengan menggunakan pendekatan rangka kerja Imperialis. Dalam istilah lain, pendekatan yang tersebut diatas juga dikenali sebagai "European Centric" atau sentrik Eropah. Pada umumnya, sentrik (centric) bolehlah diistilahkan sebagai satu kecenderungan atau satu pandangan atau satu pendekatan yang tertumpu kepada sesuatu perkara. la merupakan satu unsur yang boleh muncul dalam bentuk pendekatan yang digunakan atau tema yang diutamakan di dalam penulisan sejarah. Misalnya, ada penulisan yang boleh dikatakan sebagai bersentrik subjek (politik, ekonomi, sosial dan sebagainya) dan terdapat pula penulisan yang bersentrikkan negeri atau kaum

Page 2: Sentrik Eropah di dalam Pensejarahan Malaysia

2 | P a g e

seperti sentrik Eropah, sentrik Malaysia dan sebagainya. Misalnya, apabila dikatakan sesebuah penulisan sejarah Malaysia itu bersentrik Malaysia, ia membawa maksud bahawa sejarah Malaysia yang dihasilkan itu ditulis dengan memberikan penumpuan kepada perlakuan orang Malaysia sendiri.

Pendekatan di atas adalah sama-sekali berlawanan dengan penulisan sejarah Malaysia yang ditulis berdasarkan kepada Sentrik Eropah. Kerana pendekatan sentrik Eropah lebih mengutamakan seseorang tokoh atau segala kepentingan pihak Barat. Sebelum perbincangan yang selanjutnya, kita seharusnya terlebih dahulu memahami tentang apakah yang dimaksudkan dengan pensejarahan Malaysia. 'Pensejarahan Malaysia' secara umumnya merujuk kepada karya-karya sejarah mengenai samada keseluruhan Malaysia atau satu-satu bahagian yang terkandung dalam entiti politik ini. Sejarah Malaysia dikatakan bermula lebih kurang pada abad yang ke 15 iaitu sesuai dengan masa adanya karya-karya sejarah dalam erti kata yang lebih tepat. Tulisan-tulisan yang dimaksudkan umumnya tertumpu kepada kesultanan Melaka. Satu-satunya karya sejarah tempatan yang amat bernilai ialah Sejarah Melayu yang boleh dianggap sebagai karya sejarah mengenai Malaysia yang pertama. Contoh lain ialah Syair Perang Siak, Hikayat Raja-Raja Pasai dan sebagainya. Secara bandingan kalau diteliti karya-karya sejarah Malaysia dalam tempoh kurun ke-16 hingga Perang Dunia kedua akan didapati bahawa lebih banyak diselenggarakan oleh orang barat daripada orang tempatan Walaubagaimanapun ada juga penulis tempatan misalnya Munshi Abdullah yang dikatakan telah muncul di tengah-tengah para penulis British. Karyanya seperti Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah kini termasyur dalam lipatan sejarah Malaysia.

2.0 Perkembangan Pensejarahan Malaysia.

Perkembangan pensejarahan Malaysia sebenarnya akan jelas memperlihatkan kepada kita bahawa usaha untuk bukan hanya menulis sejarah Malaysia tetapi juga menerbitkannya muncul dengan lebih ketara mulai pertengahan kurun ke-19 iaitu semasa British telah mempergiatkan penguasaan rantau Selat Melaka. Secara keseluruhannya, penulisan pada pertengahan abad ke-19 lebih banyak menulis tentang negeri-negeri selat yang menjadi tanah jajahan British daripada negeri-negeri Semenanjung yang masih merdeka pada dewasa itu.

Penulisan sejarah Malaysia moden di Asia Tenggara boleh dibahagikan kepada dua peringkat utama iaitu peringkat pra perang dunia kedua (penulisan sejarah moden sekolah Barat sentrik) dan peringkat pasca perang dunia kedua (penulisan sejarah moden sekolah tempatan sentrik). Sejarah Malaysia khususnya sejak zaman kedatangan kuasa barat ke rantau ini kebanyakkannya di tulis menggunakan pendekatan rangka kerja imperialis yang juga dikenali sebagai pendekatan "european centric" atau sentrik Eropah.

Page 3: Sentrik Eropah di dalam Pensejarahan Malaysia

3 | P a g e

3.0 Sentrik Eropah di dalam pensejarahan Malaysia

Jika dilihat, konsep penulisan sejarah sentrik Eropah banyak memaparkan mengenai sumbangan positif pihak kolonial kepada masyarakat di Tanah Melayu. Penulisan yang menggunakan falsafah dan prinsip-prinsip barat ini sering sahaja merendahkan ketepatan sejarah tradisional. Sentrik Eropah lebih menumpukan terhadap penulisan mengenai politik dan ekonomi sesebuah negeri sementara sentrik Malaysia pula lebih memusatkan pandangannya terhadap persoalan-persoalan yang berkait dengan kemasyarakatan. Sejak timbulnya kesedaran mengenai kepentingan penulisan semula sejarah Malaysia banyak kritikan di lemparkan terhadap golongan Barat sentrik. Misalnya Profesor Dieter Geyl dari Universiti Utrecht berpendapat;

"Bagaimana jujur tujuan seorang penulis sejarah Barat untuk mengenepikan pandangan Eropah sentrik, dia tidak akan benar-benar teriepas dari keadaan diri sendiri, dari warisan kebudayaannya."

Walaupun terdapat juga sejarawan barat yang menyeru agar bahan-bahan tempatan digunakan dalam penulisan, tapi ia menjadi perbahasan dikalangan sejarawan yang ingin menulis mengenai sejarah tempatan. Salah seorang penulis sejarah yang menggunakan pendekatan sentrik Eropah ialah Sir Frank Swethenham melalui karyanya yang berjudul British Malaya (1906). Judul buku tersebut sudah maemberi gambaran tentang isi kandungan, idea utama atau temanya yang sudah pasti tidak lari dari menghuraikan peranan dan kejayaan pihak imperialis British di Tanah Melayu. Mereka sebenarnya cuba mendakyahkan kepada rakyat tentang kebaikan dan kehebatan sistem penjajahan.

Penulisan Sejarah moden berbentuk sentrik Malaysia (tempatan) lebih kepada mengambarkan tentang kesedaran di kalangan penulis bagi menonjolkan keadaan masyarakat dengan tidak lagi mempertikaikan tentang kedudukan penjajah semata-mata. Contohnya boleh dilihat di dalam karya Ibrahim Yaakob yang telah berjaya mewujudkan semangat "Melayu Raya" di dalam bukunya Melihat Tanah Air. Dengan tidak segan silu beliau mengkritik sikap golongan elit Melayu yang tidak mahu mengikut arus perkembangan perasaan orang-orang Melayu ketika itu. Oleh sebab itulah, maka penulisan sejarah moden Tanah Melayu mulai mengambil kira aspek-aspek luar istana dengan memasukkkan unsur-unsur ekonomi dan sosial.

Penulisan sentrik Eropah adalah berdasarkan kepada sumber mengenai aktiviti-aktiviti pihak barat yang mudah diperolehi sebagai rujukan. la juga bersifat topikal iaitu menyentuh tempat atau kawasan-kawasan tertentu yang berkepentingan kepada kerajaan kolonial. Penulisan sentrik Malaysia pula menggunakan sumber tempatan dan tafsirannya dilakukan menurut kaca mata tempatan dengan menumpukan kepada perlakuan orang-orang tempatan berdasarkan fakta-fakta tempatan.

Page 4: Sentrik Eropah di dalam Pensejarahan Malaysia

4 | P a g e

Ketika penjajahan British di Tanah Melayu, kebanyakkan hasil tulisan adalah berbentuk laporan rasmi atau penulisan yang mempunyai tujuan rasmi. Teks sejarah yang terhasil biasanya terlalu bias kepada pihak kerajaan iaitu pihak British. Sebagai buktinya segala peristiwa-peristiwa perjuangan kemerdekaan oleh tokoh-tokoh tempatan pada zaman itu di gelar sebagai tindakan memberontak oleh penderhaka atau pemberontak. misalnya pemberontakan Tok Janggut di Kelantan. Penulisan sejarah berpendekatan tempatan sentrik ditulis oleh para sejarawan tempatan dan juga beberapa sejarawan barat. Hal ini membimbangkan penulis sentrik Eropah yang takut segala aktiviti barat akan dilihat negatif. Misalnya, tokoh yang dulunya dianggap oleh mereka sebagai pemberontak akan dianggap sebagai seorang wira. Ini kerana mereka menganggap bahawa hasil penulisan sentrik Malaysia sebenarnya adalah untuk membangkitkan semangat nasionalisme kepada rakyat. Contohnya, Abd. Hadi Hj.Hassan yang terkenal sebagai seorang pejuang kebangsaan Melayu telah memainkan peranan dalam menyalakan perasaan cintakan bangsa dan nusa dikalangan penuntut Maktab Perguman Sultan Idris (MPSI). Hasil tulisannya diterbitkan dan dijadikan sebagai buku teks di sekolah aliran Melayu 1950-an.

4.0 Kesan pengunaan sentrik Eropah dalam penulisan sejarah Malaysia

Kesan sentrik Eropah di dalam penulisan Sejarah Malaysia boleh dibahagikan kepada dua sudut yakni sudut positif dan juga sudut negative. Seperti yang kita sedia maklum, penulisan sejarah yang matang munculnya di Eropah. Maka tidak hairanlah Sentrik Eropah di dalam pensejarahan Malaysia tidak boleh ditolak pengunaannya begitu sahaja. Antara kesan positif penulisan Sejarah yang berpaksikan sentrik Eropah adalah ianya mementingkan kesahihan berasaskan sumber. Hal ini nyata berbeza dengan gaya penulisan sejarah melayu pada suatu masa dahulu yang mana kerap kali menerapkan unsur mitos dan lagenda. Contoh yang jelas di dalam menilai hal ini adalah penulisan Tun Sri Lanang yakni Sulalatus Sulatin. Unsur hiperbola( melebihi fakta) dapat dikesan di dalam teks tersebut. Selain itu, Sentrik Eropah dalam pensejarahan awal Malaysia ternyata mempunyai kelebihan di dalam soal pencatitan masa dan tarikh. Berbanding penulisan Sejarah awal Malaysia yang kurang menitik beratkan catatan masa. Sentrik Eropah dalam pensejarahan awal Malaysia juga lebih bersifat lebih menyeluruh berbanding pensejarahan awal Malaysia yang kerap kali menjadikan Soal istana, Raja-raja dan mitos sebagai skop penulisan.

Demikianlah kesan baik yang dapat dilihat di dalam pensejarahan awal Malaysia Sentrik Eropah. Kesan negative yang wujud di dalam pensejarahan Malaysia oleh sentrik Eropah adalah Seperti Jarang menceritakan Kegagalan Barat dalam pensejarahan Malaysia. Seringkali wujud sikap bias di dalam mengagungkan Barat. Selain itu, muncul percanggahan fakta di dalam sesetengah hal. Contohnya, kenyataan yang menyatakan Mat Kilau, dan Tok Gajah dianggap sebagai pendurhaka kepada sultan kerana mengingkari sultan mereka. Walhal apa yang sebenarnya berlaku ialah Mat kilau dan Tok gajah adalah pejuang yang menentang pihak penjajah yang menjadikan Sultan dan

Page 5: Sentrik Eropah di dalam Pensejarahan Malaysia

5 | P a g e

institusi istana sebagai boneka mereka di dalam mencapai kepentingan sendiri. Yang paling susah untuk dicerna ialah wujud penulis Barat yang menulis Sejarah awal Malaysia yang menyatakan bahawa colonial di Tanah Melayu malah membawa kebaikan kerana mereka menamadunkan tanah yang tidak bertamadun. Dalam kata lain, mereka menjadikan alasan itu sebagai tiket untuk menjajah.

Bilamana wujud sudut pro dan kontra di dalam pengunaan hasil penulisan sejarah Malaysia Sentrik Eropah, maka adalah tidak wajar jika kita menyatakan pengunaannya tidak seharusnya berlaku. Sebaliknya, apa yang kita perlukan ialah pengadilan yang benar-benar tajam. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan data yang bersifat natural dan tepat.

5.0 Faktor-faktor Kemunculan

Kewujudan atau kemunculan sesuatu pendekatan tidak kira samada pendekatan sentrik Eropah atau sentrik Malaysia adalah didorong oleh beberapa faktor penting. Jika ditinjau secara teliti, dapatlah dikatakan bahawa faktor sebenar yang telah menimbulkan perbahasan mengenai penulisan semula sejarah Malaysia adalah akibat perbezaan pendekatan yang digunakan, semangat nasionalisme terhadap negara sendiri dan kesediaan bahan rujukan mengenai sejarah Malaysia. Oleh kerana kebanyakkan penulis sejarah Malaysia adalah terdiri daripada para penulis Barat, maka wajarlah jika difikirkan bahawa golongan ini adalah terpengaruh atau dipengaruhi oleh persekitaran atau pendidikan Barat dan tidak dapat lari dari mempunyai perasaan bangga terhadap peradaban mereka. Menurut Prof. Zainal Abidin Wahid , “Oleh kerana mereka adalah orang Barat, mereka telah dididik dan dibesarkan dengan tradisi, budaya, nilai dan norma-norma Barat. Warisan kebudayaan inilah yang telah menghalang mereka daripada memberikan penghargaan sepenuhnya terhadap sejarah Malaysia.” Maksudnya, meskipun mereka sedaya upaya menghasilkan penulisan sejarah sesuatu sejarah mereka tidak dapat lari daripada cuba untuk

Walaupun terdapat penulis tempatan yang menulis mengenai sejarah Malaysia, namun kebanyakkan mereka turut dipengaruhi oleh pendekatan sentrik Eropah kerana teknik, tema dan metodologi penulisan sejarah yang di gunakan oleh mereka adalah di perolehi dari ilmu dan para ilmuan Barat.

Selain itu, kita harus mengakui bahawa penulisan sejarah Malaysia secara keseluruhan dan berterusan sebenarnya masih belum pernah wujud. Apa yang dimaksudkan di sini ialah penulisan Sejarah Malaysia adalah bersifat topikal iaitu hanya menyentuh sesuatu tempoh atau sesuatu kawasan tertentu sahaja. Perkara ini di pengaruhi juga oleh faktor kesediaan sumber rujukan. Di mana, data-data dan rekod mengenai aktiviti Barat boleh diistilahkan sebagai berlambak dan mudah di perolehi untuk dijadikan sebagai bahan rujukan

Page 6: Sentrik Eropah di dalam Pensejarahan Malaysia

6 | P a g e

berbanding sumber tempatan yang terhad dan dianggap lekeh dari segi nilai sejarahnya. Di antara satu contoh penulisan Sejarah Malaysia yang bersifat sentrik Eropah ini ialah ‘British Malaya’ yang ditulis oleh Sir Frank Swettenham.

Berbanding dengan sejarah tradisional yang mementingkan keharmonian dan pelajaran kepada masyarakat, penulisan sejarah moden adalah muncul akibat perkembangan rasional dan objektif menurut pemikiran seseorang sejarawan. Sikap kritis yang wujud ini telah menyebabkan timbulnya keinginan untuk menulis atau mencatatkan sesuatu perkara atau peristiwa berdasarkan kepada apa yang sebenarnya berlaku. Pensejarahan Malaysia semasa era perang dunia ke-2 (sentrik Eropah) yang muncul akibat kedatangan pihak kolonial untuk meluaskan kawasan tanah jajahan adalah bertujuan untuk melicinkan serta memudahkan segala urusan pentadbiran kolonial serta untuk mendapatkan sokongan rakyat bagi menjamin kedudukan mereka sebagai penjajah di Tanah Melayu. Penulisan pada peringkat pasca perang dunia kedua pula telah membentuk satu perubahan besar dalam penulisan sejarah Malaysia. Perkembangan politik dan nasionalisme pada ketika itu telah menyebabkan sejarawan di Asia Tenggara Termasuklah di Tanah Melayu (kini dikenali sebagai Malaysia) meluaskan lapangan pemikiran mereka kepada teknik-teknik penulisan barat dan maju dalam penulisan sejarah berbentuk moden. Di antara faktor yang mewujudkan penulisan sejarah berbentuk Asia Sentrik mahupun Malaysia sentrik sebenarnya ialah faktor perubahan masyarakat, ekonomi dan politik seperti yang berlaku di Malaysia khususnya selepas perang Dunia yang ke-2.

Demikianlah kemunculan pensejarahan Malaysia berbentuk Sentrik Eropah mahupun Sentrik Malaysia berlaku.

6.0 Perkembangan Sentrik

Setelah tamatnya Perang Dunia Kedua, telah berlaku perkembangan-perkembangan di Tanah Melayu yang dikatakan telah berjaya menarik perhatian masyarakat di seluruh dunia. Oleh itu muncul pelbagai hasil tulisan melalui pelbagai jenis majalah yang menceritakan tentang masyarakat majmuk dan juga mengenai perubahan yang berlaku di dalam sistem berpelembagaan di Tanah Melayu. Kegiatan penulisan sejarah Malaysia ini kian diberi perhatian pada tahun 1949 iaitu setelah penubuhan Universiti Malaya di Singapura yang telah membentuk sebuah jabatan Sejarah. Walau bagaimanapun, kebanyakkan jawatan di jabatan itu dipegang oleh para sarjana Britain. Orang pertama yang memegang jawatan ketua di jabatan ini ialah Profesor N.C. Parkinson. Di antara pensyarahnya pula terdiri daripada C.D. Cowan, Eric Stokes dan lan Macgregor.

Apa yang ingin ditekankan di sini ialah bukan mengenai penubuhan dan monopoli orang Barat dalam jabatan tersebut, tetapi apa yang ingin difokuskan di sini ialah mengenai polemik atau perbahasan yang muncul setelah penubuhan jabatan itu yang dikatakan sebagai satu detik penting terutamanya dalam perkembangan penulisan pensejarahan Malaysia. Hal ini adalah berikutan pertambahan jumlah masyarakat tempatan yang

Page 7: Sentrik Eropah di dalam Pensejarahan Malaysia

7 | P a g e

telah berani melibatkan diri dalam penulisan sejarah mengenai Malaysia yang dahulunya didominasi oleh orang-orang Barat yang menulis sejarah menurut kaca mata mereka. Melalui penyeliaan Profesor Parkinson, para pelajar sejarah waktu itu digalakkan untuk mengkaji, meneliti dan seterusnya menulis pelbagai aspek sejarah mengenai Malaysia. Mereka turut mempelajari tentang kaedah research serta kaedah menyusun sejarah berdasarkan kepada prinsip akademik. Pusat kegiatan penyelidikan pada masa itu ialah di Raffles Museum. Kegiatan ini diteruskan selama beberapa tahun dan kajian ilmiah kemudiannya diwajibkan diperingkat kepujian. Dengan ini, pensejarahan Malaysia kian diperkaya kerana para mahasiswa waktu itu telah menghasilkan penulisan mengenai sistem pentadbiran, perkembangan ekonomi. Raja-raja Melayu dan sebagainya. Walau bagaimanapun, pada awal 1960 rancangan tersebut dikatakan telah terhenti. lebih malang lagi, kebanyakkan kajian yang dikatakan berjumlah lebih kurang 150 buah kajian tidak diterbitkan sehingga kini.

Selain pengkajian dan penulisan sejarah di Universiti Malaya, minat untuk mengkaji dan menyelidik mengenai Sejarah Malaysia telah wujud di beberapa pusat pengajian tinggi Barat seperti London School Of Oriental dan African Studies. Oleh itu tidak hairanlah pada tahun 1960 terdapatnya beberapa orang barat yang boleh dianggap pakar tentang Sejarah Malaysia seperti C.D.Cowan, Norman Farmer dan David Bassett. Selain tokoh yang disebut di atas, telah muncul juga beberapa sarjana terkemuka yang telah memberikan sumbangan kepada pensejarahan Malaysia. Mereka yang dimaksudkan ialah K.G Tregonning, Emily Sadka dan David Mac Intyre.

Pada 1959 telah berlaku pemisahan di antara Universiti Malaya di Kuala Lumpur dengan Universiti Malaya di Singapura. Berikutan itu sebuah jabatan sejarah baru telah ditubuhkan di Kuala Lumpur. Di mana, jabatan ini telah diketuai oleh John Bastin yang kemudiannya diambil alih oleh Wang Gungwu. Apa yang menarik di sini ialah, terdapat sedikit kelainan di sini kerana para penuntut pra-ijazah tidak lagi diwajibkan untuk menjalankan pengkajian mengenai Sejarah Malaysia. Sebaliknya, kegiatan penyelidikan hanya digalakkan diperingkat lepas-ijazah. Di antara para sarjana yang giat mengkaji mengenai sejarah Malaysia adalah terdiri dari beberapa siswazah asing seperti J.de Vere Allan, R.K.Vasil , Margaret Clarke dan sebagainya dan siswazah tempatan seperti J. .Kathirithamby, R.R. Bonney, Goh Yoon Fong dan sebagainya.

Pendek kata, tahun 1950an sebenamya adalah satu detik yang amat penting dalam pensejarahan Asia. Pada waktu inilah para sejarawan telah menunjukkan minat mengenai pendekatan dan pentafsiran perihal sejarah Asia. Pada waktu itu juga, arus perkembangan semangat kebangsaan di Tanah Melayu sedang mengharungi satu tahap yang memang menarik penulisan sejarah bangsa kita oleh wakil-wakil penjajah seharusnya ditolak kewujudannya. Hal ini sesuai dengan pendapat profesor C.H.Philips 1996 yang menyebut:

Page 8: Sentrik Eropah di dalam Pensejarahan Malaysia

8 | P a g e

"Between the years 1956 and 1958 the School of Oriental and African Studies, University Of London, held a series of study conferences to survey and evaluate the coursce and character of historical writing on the peoples of Asia. The subject is large and to bring it down to managable parts the method of analysis be region was adopted; and South Asia , South East Asia, the Near, Middle, and Far East world in turn examined.”

Pada tahun 1960-an, telah berlaku satu perbahasan yang hebat di antara dua golongan iaitu golongan yang menjadi pendokong sejarah yang bersifat Malaysian Sentrik di bawah Professor K.G. Tregonning di Singapura dengan golongan pendokong Barat Sentrik seperti Professor John Bastm di Kuala Lumpur. Reaksi dari para pendokong pendekatan Barat Sentrik atas tuntutan penggunaan pendekatan Malaysia sentrik dalam penulisan Sejarah Malaysia menyebabkan berlaku polemik hangat untuk beberapa tahun. Di mana, para pendokong Barat sentrik telah menafikan tentang penulisan sejarah Malaysia yang setakat ini dikatakan kurang objektif dan kurang tepat. Bagi mereka, penulisan yang bersifat Malaysia sentrik jika dihasilkan juga sudah pasti akan dicemari oleh unsur nasionalisme yang sempit. Polemik yang wujud ini telah memberi kesan yang positif kepada penulisan Sejarah Malaysia. Golongan yang menganjurkan agar Sejarah Malaysia ditulis menurut wadah orang Malaysia, dikatakan tidak berjaya mengetengahkan kaedah yang konkrit mengenai maksud mereka. Tetapi jika ditinjau dengan teliti, sebenarnya perbahasan ini wujud atau berputar di sekeliling soal tema atau bahan-bahan mengenai sejarah Malaysia.

Walaupun perbahasan tahun 1950-an dan 1960-an wujud akibat salah faham dan khilaf serta kerana wujudnya percanggahan pendapat, namun tempoh itu merupakan satu zaman peralihan yang sangat penting dalam pensejarahan Malaysia. Walaupun penulisan Sejarah Malaysia yang menonjolkan peranan penjajah masih lagi diteruskan, tetapi para penulisnya telah mencuba sedaya mungkin agar penonjolan itu tidak keterlaluan atau digelar bias kepada Barat. Sebenarnya penyuaraan untuk menggunakan sentrik Malaysia di dalam penulisan Sejarah Malaysia adalah berkait rapat dengan faktor tauladan yang di pamerkan oleh beberapa penulisan Sejarah Malaysia oleh penulis Barat yang dianggap tidak terlalu bias pada Barat. Contohnya hasil tulisan Rupert Amerson (Malaysia: A Study In Direct and Indirect Rule), J.M. Gullick (Indigenous Political Syistem Of Western Malaya) dan sebagainya yang disempurnakan sebelum tahun 1960 telah menjadi tauladan atau landasan untuk mempersoalkan mengenai kesesuaian penerusan pendekatan Barat Sentrik. Rupert Emerson adalah seorang sejarawan Barat yang cuba menulis tentang sejarah Malaysia dengan lebih objektif dan saintifik. Akibatnya selepas 1960-an penulisan Sejarah Malaysia pula mengalami perubahan. Di tengah-tengah polemik tentang pendekatan dan pentafsiran sejarah Malaysia, telah terbit sebuah buku oleh J.M. Gullick yang bertajuk Indigenous Political Systems of Western Malaya. la merupakan hasil percantuman antara bidang Sejarah dengan bidang

Page 9: Sentrik Eropah di dalam Pensejarahan Malaysia

9 | P a g e

Antropologi Sosial kerana tulisan asalnya adalah merupakan sebuah tesis diploma dalam jurusan Antropologi Sosial. Selain itu kajian ini juga adalah ditulis berdasarkan kepada rekod-rekod sejarah.

Dari segi pensejarahan Malaysia pula, hasil penulisan ini merupakan satu penulisan yang sungguh menarik. Walaupun beliau bukan seorang sejarawan tempatan, namun hasil penulisannya jika ditinjau tidak terlalu bersifat Barat Sentrik. Sebelumnya boleh dikatakan bahawa tiada ahli sejarah yang menghasilkan sebuah karya mengenai institusi-institusi yang wujud dalam masyarakat secara serius. J.M Gullick, pula secara jelas memaparkan bahawa soal centricism bukanlah mempakan perkara asas dalam penulisan sejarah. Walau bagaimanapun buku Gullick ini, pada tahun 1950-an tidak memberikan pengaruh yang begitu berkesan kepada para penuntut sejarah di Universiti Malaya di Singapura. Namun terdapat juga penulis Barat seperti J.C. Bottoms yang mengatakan bahawa:

"sejarah bagi orang Melayu bukan satu ilmu atau seni. Apa yang paling digemari ialah lagenda, fantasi dan omong kosong"

Pendapat ini ternyata tidak diterima oleh para sarjana Indonesia dan Malaysia yang menegaskan bahawa karya itu dapat digunakan sebagai bahan sejarah secara kritis. Namun kita boleh memperkatakan bahawa beliau bukanlah seorang Melayu dan oleh sebab itu, agak sukar baginya untuk memahami kebudayaan Melayu.

Persoalannya kini ialah, mengapakah permintaan dan tuntutan seperti ini di tampilkan seolah-olah segala hasil penulisan sejarah mengenai Tanah Melayu sebelumnya iaitu di sepanjang zaman kolonial yang memperkenalkan penulisan yang di hasilkan oleh sejarawan dan pegawai tadbir seperti Frank Swettenham, K.G. Tregonning, L.A. Mills dan sebagainya tidak berjaya mewujudkan satu penghasilan sejarah yang jawapannya bukanlah begitu, kerana pada hakikatnya, penulisan mereka juga penting sebagai memperkayakan sumber mjukan bagi pensejarahan Malaysia. Namun, tohmahan yang dilemparkan terhadap sejarah Melayu yang dikatakan bukan untuk mencari realiti dan satu usaha untuk mencipta satu bentuk kekudusan dikalangan kerabat dan Raja-raja Melaka dengan menggunakan unsur metos dan ajaib adalah amat keterlaluan. Memanglah benar bahawa pengarang Sejarah Melayu menyatakan " maka fakir karanglah hikayat ini ....supaya akan menyukakan Duli Hadhrat Baginda". Tetapi ini tidak bermakna ia tidak cuba untuk mencari kebenaran kerana beberapa peristiwa yang tercatat di dalamnya terbukti kesahihannya apabila dibandingkan dengan sumber-sumber luar negeri seperti tulisan Siam, China dan Portugis. Contoh-contoh yang diberi turut memaparkan tentang kelemahan Sultan dan kerabat DiRaja.

Buku Sejarah Melayu sebenarnya adalah satu sumber sejarah yang amat penting sebagai bahan rujukan terutamanya dalam mengkaji sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Selama ini boleh dikatakan bahawa

Page 10: Sentrik Eropah di dalam Pensejarahan Malaysia

10 | P a g e

tidak ada satu pun sumber sejarah yang lain yang dikatakan boleh member! maklumat yang sebegitu banyak mengenai Melaka dalam bahasa Melayu. Tome Pires melalui bukunya The Suma Oriental Of Tome' Pires juga turut menyatakan tentang kepentingan buku Sejarah Melayu.

Pentadbir British yang menulis tentang sejarah Malaysia seperti R.J Wilkinson pula telah menunjukkan sikap yang begitu subjektif, sinis dan dikongkong oleh nilai budayanya dalam menulis dan menafsir beberapa sejarah tempatan. Oleh kerana dia seorang pentadbir yang mewakili pentadbiran, politik dan kepentingan barat, dia sebenarnya tidak bermaksud untuk menghasilkan satu karya yang ilmiah. Apa yang nyata ialah beliau sendiri telah memutar belitkan kenyataan atau laporan yang didapati tentang empayar Melaka. Sebenarnya para orientalis jahil dalam menjalankan penyelidikan tentang latar sosial budaya masyarakat Melayu , tentang pemikiran dan norma-norma sosial yang berhubung dengan alam sekelilingnya. Persoalannya ialah, mengapa penulis-penulis Barat itu menulis tentang Malaysia mengikut 'lenggang' Barat dan tidak lenggang Malaysia. Tetapi jika kita perhatikan, kebanyakan daripada mereka sememangnya tidak boleh bertutur dan membaca dalam bahasa Melayu, malah kebanyakkannya bukan penyelidik sejarah tetapi terdiri dari para pegawai atau pentadbir dan sebagainya. Oleh itu, kita seharusnya melihat sejarah Melayu dari konteks fahaman masyarakat Melayu sendiri kerana hanya kita sahaja yang memahami selok-belok adat dan kebudayaan Melayu.

Hakikatnya, sehingga kini pun kebanyakkan ahli sejarah masih lagi menumpukan perhatian mereka kepada beberapa peristiwa tertentu sahaja dalam sejarah Malaysia. Misalnya, mengenai Francis Light dengan Pulau Pinang, Stamford Reffles dengan Singapura, Hubungan British dengan Belanda atau Siam dan sebagainya. Oleh itu, seharusnya sejarah Malaysia ditilik dan dikaji semula dimana peristiwa-peristiwa yang sama akan dikaji semula dengan lebih mendalam dengan tidak mengabaikan tentang sikap masyarakat tempatan terhadap orang Barat. Percubaan-percubaan untuk menghasilkan sejarah Malaysia berbentuk baharu tidak akan berjaya hanya denga melihat kepada peristiwa-peristiwa lama dari beberapa sudut baru. Tambahan pula, jarang kedapatan tajuk-tajuk baru dalam research dan hasil penulisan. Ini bermaksud bahawa lompang-lompang dalam pensejarahan Malaysia tetap tidak terisi. Misalnya, penulis buku-buku teks Sejarah Malaysia tidak memberikan perhatian wajar kepada sejarah negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan atau Terengganu kecuali untuk menghuraikan hubungan British-Belanda atau Siam. Selain itu, perkembangan sistem birokrasi di Johor juga seakan tidak disedari atau di ambil peduli. Seharusnya perkara sebegini tidak sepatutnya terjadi. Tregonning sendiri melalui karyanya 'Malayan History' telah menyatakan pendapatnya mengenai penulisan sejarah Malaysia iaitu;

"....The study of Malayan history is under going a swift change. For many years it has been regarded in Europe centric fashion. It has been written either as the history of the European in Malaya, or it has been looked at

Page 11: Sentrik Eropah di dalam Pensejarahan Malaysia

11 | P a g e

from outside : or both. Norn it has become generally accepted that the Malayan Comminity itself must be the centre of studies."

Sesungguhnya perkembangan penulisan sejarah Malaysia pada masa kini adalah agak memuaskan. Sungguhpun penulisan dalam bentuk buku masih boleh di pertingkatkan jumlahnya tetapi bilangan makalah agak menggalakkan. Selain itu, peranan Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka sejak awal lagi telah berjaya menerbitkan tujuh buah buku yang diasaskan kepada latihan ilmiah iaitu satu latihan ilmiah di terbitkan oleh pihak universiti dan satu lagi diterbitkan oleh pelajar sendiri. Apa yang penting dan ingin ditekankan di sini ialah, latihan ilmiah yang tidak diterbitkan ini telah menjadi sumber rujukan kepada tenaga pengajar dan pelajar tahun iv di Jabatan Sejarah. Projek ini telah dapat mengisi ruang kekosongan yang begitu besar dari segi sumber rujukan dan penerbitan penulisan dalam bahasa Melayu. Zainal Abidin bin Abdul Wahid (Malaysia : Warisan dan Perkembangan) dalam memperihalkan tentang sumber rujukan menyatakan;

"....Bilangan buku sejarah Malaysia untuk orang awam, para pelajar dan pelancong adalah terhad.Yang ada hanyalah yang diulang-cetak dari naskhah yang diterbitkan bertahun-tahun lalu. Oleh itu, isi kandungan, tahap perkembangan dan tafsiran tidak banyak berubah daripada penulisan sejarawan British.”

7.0 Analisis

Setelah diteliti dan difahami tentang pengertian sebenar dan juga bagaimana kemunculan pendekatan Sentrik Eropah dan juga Sentrik Malaysia dalam pensejarahan Malaysia, dapat diambil iktibar disini bahawa kedua-duanya mempunyai perbezaan dan sedikit persamaan. Walaupun masing-masing cuba untuk mempertahankan pendekatan mereka, namun mereka seakan lupa bahawa dalam membicarakan tentang sejarah Malaysia kedua-dua pendekatan seharusnya diambil-kira untuk mengelakkan wujudnya sifat bias di dalam penulisan mereka. Sejarah sepatutnya dikaji secara "both side of the coin" dan bukannya menyebelahi mana-mana pihak demi menjaga keobjektifannya.

Dengan kata lain, samada pendekatan Sentrik Barat mahupun Sentrik Malaysia, keduanya mempunyai kaedah dan tujuan tertentu yang tidak dapat lari dari cuba mengutarakan mengenai tokoh dan peranan masing-masing. Kedua-duanya boleh dikatakan tidak dapat berfungsi sebagai sejarah ilmiah yang sebenarnya kerana ketepatannya masih boleh diragui atau dipertikaikan.

Page 12: Sentrik Eropah di dalam Pensejarahan Malaysia

12 | P a g e

Tahun-tahun 1950-an dan 1960-an telah memperlihatkan kepada kita mengenai kesungguhan ahli-ahli sejarah Tanah Melayu yang telah berusaha demi memastikan keutuhan Sejarah Malaysia yang seharusnya mempunyai keperibadian yang tersendiri dan bukan sekadar satu kajian pinggiran kepada Sejarah British. Pergolakan ilmiah yang berlaku pada waktu itu sedikit sebanyak telah berjaya memberi ruang yang agak terjamin kepada Sejarah Malaysia. Oleh itu boleh kita katakan bahawa perbahasan yang berlaku adalah wajar dan amat perlu terutamanya untuk masa depan sejarah Malaysia sendiri.

Apa yang kita kehendaki, bukanlah sejarah dari sudut pandangan imperialisme dan tidak pula dari sudut pandangan nasionalisme yang sempit. Kedua-dua konsep ini merupakan penyelewengan dari garis kebenaran.Yang kita kehendaki ialah satu sejarah kebangsaan yang objektif dan saintifik, yang dapat menghuraikan proses sejarah dengan mendalam dan benar.

Tidak salah jika dikatakan bahawa bentuk penulisan Sejarah Malaysia kebelakangan ini sememangnya telah mengalami perubahan atau telah semakin terkeluar dari belenggu rangkakerja imperialis. Namun, beberapa pembetulan mengenai liputan penulisan perlu dilaksanakan dan segala perubahan serta pembetulan tersebut tidak akan bermakna sekiranya kesedaran tentang peri pentingnya sejarah dalam proses pembangunan negara bangsa tidak di cetuskan dikalangan generasi muda.

Walaupun polemik 1960-an itu, tidak berjaya mencetuskan satu ketetapan yang muktamad tentang "sentrik" manakah yang akan menjadi landasan utama bagi penulisan Sejarah Malaysia pada masa akan datang, tetapi penyuaraan tersebut paling kurang telah berjaya memulakan proses penilaian semula kepada bentuk penulisan Sejarah Malaysia yang telah di sempurnakan. Ini kerana, dalam usaha untuk menafsir Sejarah Malaysia ketelitian amat di perlukan agar gambaran yang salah tidak berlaku.

Usaha mengatasi masalah kekurangan sumber boleh diatasi sekiranya pihak tertentu seperti pihak kerajaan Malaysia membuat satu dasar untuk memperolehi bahan-bahan Sejarah Malaysia dari seluruh dunia. Selanjutnya latihan bahasa perlu diberi kepada pegawai-pegawai yang akan mengendalikan projek ini untuk menjamin kelancarannya.8.0 KESIMPULAN

Page 13: Sentrik Eropah di dalam Pensejarahan Malaysia

13 | P a g e

Semua penulisan dalam pensejarahan Malaysia samada penulisan sentrik eropah mahupun sentrik Malaysia sebenarnya tidak dapat lari dari melakukan bias. Oleh kerana itulah persoalan sentrik ini boleh dianggap sebagai satu persoalan yang pada pendapat kami tidak akan selesai sampai bila-bila. Buktinya, sejak dulu lagi lagi sehingga membawa kepada selepas perang dunia ke-2 dan sehingga kini pun rasanya masih tidak ada satu sumber sejarah pun yang dapat lari dari memihak kepada sesuatu sentrik. Oleh itu, perbahasan demi perbahasan dan kesedaran demi kesedaran amat perlu untuk mewujudkan sebuah penulisan sejarah khususnya sejarah Malaysia yang bukan sahaja tepat malah mantap dari segi huraiannya. Atas kelemahan inilah perlunya diwujudkan penulisan sejarah yang menggunakan pendekatan autonomi dan pendekatan sejarah total iaitu penulisan yang berdasarkan kepada peristiwa yang benar-benar berlaku, saintifik dan objektif. Akhir sekali, kami ingin menegaskan kata-kata E.H. Carr:

"Sebelum mengkaji sesuatu penulisan sejarah, kajilah dulu ahli sejarah yang menulisnya" .

Rujukan

Page 14: Sentrik Eropah di dalam Pensejarahan Malaysia

14 | P a g e

Buku

Khoo Kay Kim, 1975, Pensejarahan Malaysia, Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Muhammad Yusof Hashim, 1992, Pensejarahan Melayu: Kajian Tentang Tradisi Sejarah

Melayu Nusantara, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhd. Yusof lbrahim & Mahayudin Hj. Yahaya, 1988, Sejarawan dan Pensejarahan

Ketokohan dan Karya, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhd Yusof Ibrahim, 1997, Ilmu Sejarah : Falsafah, Pengertian dan Kaedah, Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tregonning, 1962, Malayan History, Singapore : Malaya Publishing House, Ltd.

Zainal Abidin Bin Abdul Wahid, 1992, Sejarah Malaysia Pentafsiran dan Penulisan, Selangor:

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zainal Abidin bin Abd.Wahid, 1992, Malaysia: Warisan dan Perkembangan, Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jurnal/artikel

Kassim Ahmad, 1975, “Satu Konsep Sejarah Kebangsaan Malaysia” , Dewan Masyarakat,

Bil. 11 (November).

Khoo Kay Kim, 1980, “Pensejarahan Melayu Yang bersifat Perjuangan Sebelum Dan sesudah

Merdeka”, JEBAT, Bil. 10.

Md. Hatta Yasin, 1975 , “Eropah Sentik dan Malaysia Sentrik”, Dewan Masyarakat, Bil. 5.

Laman sesawang

http://mykamus.com/free/2010/09/pensejarahan/ (diakses pada 19 Oktober 2014)

http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/tahap-tahap-pensejarahan-di-malaysia.html

Page 15: Sentrik Eropah di dalam Pensejarahan Malaysia

15 | P a g e

(diaskses pada 19 Oktober 2014)

http://rupanx.tripod.com/aj1113/sentrik.htm (diakses pada 21 Oktober 2014)

http://syawalgerd.blogspot.com/2013/04/beza-dan-bandingkan-teks-sejarah-melayu.html

(diakses pada 21 Oktober 2014)