141154510 nota sjh3102 bab 4 pensejarahan berbentuk undang undang

Upload: tiang-boon-ping

Post on 04-Jun-2018

399 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 141154510 Nota SJH3102 Bab 4 Pensejarahan Berbentuk Undang Undang

    1/23

    1

    Nota

    Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

    hazmanazhar 2013

    BAHAGIAN EMPAT:

    PENSEJARAHAN BERBENTUK UNDANG-UNDANG

    Undang-undang merupakan satu susunan peraturan dan ketentuan yang dibuat oleh

    badan pemerintah sesebuah negara.

    Dalam zaman feudalisme Melayu, terdapat undang-undang yang telah direkodkan

    dalam bentuk penulisan yang boleh menjadi rujukan kepada kerajaan yang

    memerintah dan pemerintah selepasnya.

    Antara undang-undang bertulis yang terdapat di alam Melayu termasuklah Hukum

    Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Undang-undang 99 Perak, Undang-

    undang Kedah, Undang-undang Kedah dll.

    Selain menjadi panduan kepada para pemerintah, undang-undang bertulis di alam

    Melayu ini juga menjadi antara sumber pensejarahan penting kepada Malaysia.

    HUKUM KANUN MELAKA

    Hukum Kanun Melaka juga dikenali sebagai Undang-undang Darat Melaka atau

    Risalah Hukum Kanun.

    Para sejarawan berpendapat, Undang-undang Melaka disusun dan ditulis pada

    zaman Sultan Muzaffar Syah berdasarkan daripada Sejarah Melayusupaya segala

    peraturan itu dihimpunkan .... supaya jangan lagi bersalahan adat segala hukum

    menterinya.

    Walaubagaimanapun, Undang-undang Melaka telahpun wujud sejak zaman Megat

    Iskandar Syah seperti yang ditulis dalam Sejarah Melayu yang ....memerintah

    istiadat kerajaan baginda. Oleh itu, Undang-undang Melaka telah pun wujud sejak

    zaman awal pengasasan Melaka.

    Undang-undang Melaka mengandungi 44 fasal mengenai kuasa dan bidang kuasa

    raja dan pembesar-pembesar, pantang larang masyarakat umum, hukuman ke atas

    kesalahan jenayah dan undang-undang keluarga.

  • 8/13/2019 141154510 Nota SJH3102 Bab 4 Pensejarahan Berbentuk Undang Undang

    2/23

    2

    Nota

    Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

    hazmanazhar 2013

    Beberapa fasal yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka adalah berdasarkan

    undang-undang Islam dan menampakkan pengaruh Islam dalam pemerintahan

    Melaka.

    Antara pengaruh Islam yang jelas dalam undang-undang di Melaka adalah hukum

    hudud seperti hukum potong tangan kepada pencuri. Dalam Sejarah Melayu

    misalnya ada menyebut hukuman tersebut sebagai kudung tangannya.

    (Muhammad Yusoff Hashim,1989)

    Undang-undang kudung tangan ini telah dikuatkuasakan ketika pemerintahan

    Sultan Alauddin Riayat Syah. Hukum Kanun Melaka menyebut,

    Adapun jikalau ia mencuri, maka tertangkap lalu dibunuhnya maka

    kenalah denda dia setengah harganya.... Adapun pada hukum Allah orang

    yang mencuri itu tiada harus dibunuh, melainkan dipotong tangannya.

    Selain itu, hukum-hukum Islam lain yang dapat dilihat dalam Hukum Kanun Melaka

    termasuklah bab jual beli dan nikah kahwin.

    Contohnya, Fasal 30 dalam Hukun Kanun Melaka menjelaskan larangan

    menggunakan riba dalam urusan perniagaan, ...pada menyatakan hukum orang

    yang berniaga itu dan haram atas segala yang mengambil riba.

    Walaupun Islam mempengaruhi penggubalan undang-undang Melaka, tradisi

    setempat masih dikekalkan dalam undang-undang misalnya dalam Hukum Kanun

    Melaka (Fasal 13:3) menyebut sesiapa yang berjual titah (memalsukan titah) akan

    dikenakan samada hukuman bunuh, dibelah lidah atau dikupas kulit kepala.

    Hukuman sebegini adalah hukuman tradisi yang diamalkan sejak periode pra-Islam

    dan bukanlah satu daripada ajaran Islam.

    Dalam Hukum Kanun Melaka, dua aspek utama yang digambarkan termasuklah

    gambaran mengenai masyarakat Melaka pada abad ke-15 dan 16 serta sistem politik

    dan pentadbiran di Melaka.

  • 8/13/2019 141154510 Nota SJH3102 Bab 4 Pensejarahan Berbentuk Undang Undang

    3/23

    3

    Nota

    Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

    hazmanazhar 2013

    Gambaran sistem politik dan pentadbiran pada zaman Kesultanan Melayu Melaka

    mengikut Hukum Kanun Melaka:

    1. Raja dianggap sebagai mempunyai kekuasaan tertinggi dan berkuasa penuh

    di mana titah baginda adalah undang-undang tertinggi dan mengatasi

    undang-undang yang terkandung dalam Hukum Kanun Melaka itu sendiri.

    2. Hukum Kanun Melaka menjadi panduan kepada para pembesar Melaka

    dengan menerangkan tugas-tugas para pembesar seperti Bendahara,

    Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana.

    3. Rakyat biasa terdiri daripada rakyat yang bermastautin dan berhijrah ke

    Melaka.

    4. Hukuman masih mengekalkan sebahagian daripada pengaruh Hindu-Buddha

    di mana hukuman adalah berbeza mengikut darjat dan kedudukan

    seseorang.

    Antara kandungan yang terkandung dalam Hukum Kanun Melaka termasuklah:

    1. Tanggungjawab raja dan pembesar

    2. Pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat

    3. Undang-undang keluarga

    4. Hukuman kesalahan awam dan jenayah

    5. Permasalahan ibadat dan muamalat

    6. Hukum perhumaan

    Walaupun undang-undang yang berteraskan Islam dilaksanakan di Melaka, namun

    hanya sebahagian sahaja undang-undang yang berteraskan Islam dalam Hukum

    Kanun Melaka.

    Selebihnya, undang-undang dalam Hukum Kanun Melaka adalah mengikut undang-

    undang yang diwarisi sejak zaman pra-Islam.

  • 8/13/2019 141154510 Nota SJH3102 Bab 4 Pensejarahan Berbentuk Undang Undang

    4/23

    4

    Nota

    Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

    hazmanazhar 2013

    Sebagai contoh, berlaku perbezaan terhadap hukuman kepada setiap individu yang

    berlainan darjat dan keturunan.

    Dalam Fasal 8.1 misalnya, hukuman menetak orang adalah berbeza-beza di mana

    sekiranya seseorang orang hamba abdi menetak seseorang yang merdeheka,

    hamba tersebut akan dihukum penjara manakala seseorang merdeheka pula hanya

    didenda setengah harga daripada sepuluh emas.

    Menurut Hukum Kanun Melaka, terdapat tiga kesalahan berat yang tidak diampuni

    oleh hakim iaitu membunuh, mengambil isteri orang dan orang kelakuannya

    bermaharajalela seperti bertindak ganas sesuka hati.

    Kesalahan seperti ini hanya boleh diampunkan oleh raja.

    Walaubagaimanapun, raja adalah kebal daripada sebarang undang-undang. Sebagai

    contoh, walaupun Sultan Mahmud Syah pernah berzina dan mengatur pembunuhan,

    baginda tidak dihukum.

    Dalam bidang nikah kahwin (munaqahat) dan jual beli, hukum Islam digunakan

    sepenuhnya seperti:

    1. Pewalian seorang perempuan

    2. Syarat sah ijab kabul dalam perkahwinan

    3. Hukum dan syarat sah saksi dalam perkahwinan

    4. Hukum tentang perceraian dan perpisahan suami isteri

    5. Hukum riba

    6. Hukum jual beli

  • 8/13/2019 141154510 Nota SJH3102 Bab 4 Pensejarahan Berbentuk Undang Undang

    5/23

    5

    Nota

    Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

    hazmanazhar 2013

    UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA

    Undang-undang Laut Melaka juga dikenali sebagai Adat Pelayaran Melaka, Kitab

    Peraturan Pelayaran dan Hukum Undang-undang Laut.

    Undang-undang ini merupakan satu peraturan yang telah ditetapkan oleh Kesultanan

    Melayu Melaka berkaitan hukum dan peraturan di laut seperti tatacara, undang-

    undang pelayaran dan perkapalan.

    Undang-undang Laut Melaka juga mengandungi peraturan dan tatatertib berniaga,

    cara berjual beli, hukum-hukum jenayah di kapal, larangan-larangan dan

    tanggungjawab nakhoda, kiwi serta anak kapal.

    Undang-undang Laut Melaka diwujudkan untuk melancarkan urusan pedagangan di

    Selat Melaka. Hal ini telah menggalakkan kedatangan pedagang asing dari luar

    untuk terus berdagang di Melaka.

    Menurut R.O Winstedt dan Josselin de Jong yang meneliti dan menyelenggara teks

    Undang-undang Laut Melaka, undang-undang ini dipercayai telah disusun pada

    zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah dan Bendahara Seri Maharaja.

    Undang-undang Laut Melaka ini dianggap sebagai undang-undang tambahan

    kepada Hukum Kanun Melaka (Undang-undang Darat Melaka).

    Undang-undang Laut Melaka mempunyai 25 fasal di mana 24 daripadanya

    menyentuh soal perdagangan dan perkapalan.

    Antara peruntukan yang terdapat dalam Undang-undang Laut Melaka yang bersabit

    dengan hal di laut termasuklah:

    1. Tugas pegawai kapal

    2. Hukuman yang dijalankan di atas kapal

    3. Hukum-hukum perniagaan

  • 8/13/2019 141154510 Nota SJH3102 Bab 4 Pensejarahan Berbentuk Undang Undang

    6/23

    6

    Nota

    Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

    hazmanazhar 2013

    Antara tugas-tugas pegawai kapal termasuklah:

    1. Nakhoda:

    Nakhoda dianggap sebagai pegawai tertinggi dan individu yang paling berkuasadalam sesebuah kapal, jong atau balok.

    Beliau diberi kuasa penuh seperti seorang raja.

    Nakhoda mempunyai beberapa keistimewaan tertentu, antaranya termasuklah

    tempat duduk khas yang hanya boleh diduduki oleh nakhoda sahaja yang

    dikenali sebagai peterana lawang.

    Selain itu, terdapat beberapa larangan yang perlu dipatuhi oleh anak-anak kapal

    bagi menghormati nakhoda.

    Antaranya, anak kapal dilarang untuk duduk terjuntai di atas anjung dan duduk

    menghadap ke belakang kapal. Hal ini dianggap sebagai tidak menghormati

    nakhoda sebagai seorang raja di laut.

    Tidak ada mana-mana anak kapal dibenarkan bercermin menghadap ke haluan

    kerana dikhuatiri mempunyai muslihat tertentu. Contohnya, jika nakhoda datang

    dari belakang akan kelihatan nakhoda dan isteri atau gundiknya di dalam cermin.

    Antara keistimewaan lain yang terdapat pada nakhoda termasuklah:

    Jika seseorang anak kapal turun ke darat dengan suruhan nakhoda dan

    mendapat apa-apa harta seperti emas atau perak, semua harta itu akan

    jatuh kepada raja (nakhoda). Mereka hanya akan mendapat harta itu atas

    belas kasihan nakhoda.

    Tetapi jika anak kapal turun ke darat tanpa suruhan nakhoda, nakhoda

    hanya mendapat 1/3 sahaja dari harta tersebut.

    Akan tetapi, Fasal 3 dalam Undang-undang Laut Melaka menjelaskan jika

    abdi atau orang berhutang mendapat harta itu walaupun tanpa suruhan

    nakhoda, harta itu akan menjadi milik nakhoda

  • 8/13/2019 141154510 Nota SJH3102 Bab 4 Pensejarahan Berbentuk Undang Undang

    7/23

    7

    Nota

    Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

    hazmanazhar 2013

    Barang siapa mendapat hamba yang lari ia tetap kepunyaan nakhoda.

    Jika bertemu dengan tuannya, hamba itu terpaksa menebus separuh

    harga kepada nakhoda.

    Jika tidak bertemu dengan tuannya, hamba itu kekal di tangan nakhoda.

    Jika nakhoda mahu menjual hamba itu, hendaklah disaksikan oleh anak

    kapal dan orang-orang di tempat itu.

    Dalam perniagaan pula, terdapat beberapa keistimewaan yang dimiliki

    oleh nakhoda.

    Antaranya, jika nakhoda sampai ke sebuah pelabuhan atau bandar,

    beliau akan diberi peluang berniaga terlebih dahulu, iaitu pada empat hari

    yang pertama.

    Dalam hal tawar menawar ke atas sesuatu barang pula, jika nakhoda

    menawarkannya ke peringkat harga tertentu, orang lain (pegawai atau

    anak-anak kapal tidak dapat mengatasinya). Jika melakukannya juga,

    barang itu akan jatuh ke tangan nakhoda.

    Selain itu, jika terdapat pegawai kapal membeli hamba atau barang-

    barang yang berharga tanpa pengetahuan nakhoda, apabila diketahui

    oleh nakhoda ia akan jatuh ke tangan nakhoda.

    2. Jurumudi:

    Jurumudi dianggap sebagai pegawai dan individu kedua yang terpenting selepas

    nakhoda.

    Tugas utama seorang jurumudi adalah untuk mengemudi sesebuah kapal dan

    kuasa yang ada padanya dianggap setaraf dengan seorang Bendahara di darat.

    Jurumudi dan jurubatu tidak boleh meninggalkan sesebuah kapal. Jika terpaksa

    berbuat demikian, mereka akan dikenakan denda.

  • 8/13/2019 141154510 Nota SJH3102 Bab 4 Pensejarahan Berbentuk Undang Undang

    8/23

    8

    Nota

    Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

    hazmanazhar 2013

    3. Jurubatu:

    Kuasa yang ada pada jurubatu dianggap seperti seorang Temenggung di darat.

    Beliau berperanan menjaga sauh dan bahagian hadapan kapal atau perahu. Selainitu, beliau juga bertanggungjawab menjaga keamanan di atas kapal.

    Mengikut Undang-undang Laut Melaka, jika seseorang anak kapal melanggar

    perintah Tukang Agung (Ketua Segala Tukang), jurubatu berhak menjatuhkan

    hukuman ke atas anak kapal tersebut.

    4. Tukang:

    Terbahagi kepada beberapa jenis mengikut tugasan. Contohnya tukang petak,

    tukang kiri, tukang kanan dan sebagainya.

    Ketua segala tukang ialah Tukang Agung.

    5. Malim:

    Beliau dianggap sebagai hakim dalam sesebuah kapal.

    Beliau juga merupakan seorang yang arif mengenai arah yang hendak ditujui,

    mengenali tanah dan laut, angin dan ombak dalam atau tohor, bulan dan bintang,

    teluk dan tanjung, gunung dan bukit, batu dan pasir dsb.

    6. Muda-muda:

    Dianggap seperti tentera dalam sesebuah kapal. Tugas seorang muda-muda

    termasuklah menjaga senjata, menjadi tentera dan mempertahankan kapal dari

    serangan musuh.

    Ketika di darat, muda-muda bertugas menjaga keselamatan dan menjadi pengiring

    nakhoda.

  • 8/13/2019 141154510 Nota SJH3102 Bab 4 Pensejarahan Berbentuk Undang Undang

    9/23

    9

    Nota

    Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

    hazmanazhar 2013

    7. Orang Berkepung:

    Merupakan anak kapal yang menjalankan tugas-tugas rencam termasuklah menjaga

    air ruang, melihat api dalam jong, melihat musuh dan melihat angin dan ribut.

    Undang-undang Laut Melaka tidak menjelaskan sama ada anak kapal dibayar gaji

    ataupun tidak.

    Tetapi yang jelasnya, Undang-undang Laut Melaka telah memberi panduan yang

    jelas kepada setiap anak kapal dan peranan mereka di atas sesebuah kapal, perahu,

    jong atau baluk.

    Selain itu, nakhoda berperanan menempatkan muatan mereka di atas kapal serta

    memberi pinjam wang kepada anak-anak kapalnya.

    Selain menjelaskan peranan dan keistimewaan tertentu ke atas setiap pegawai dan

    anak kapal, Undang-undang Laut Melaka turut memuatkan bentuk hukuman yang

    dikenakan atas setiap kesalahan yang dilakukan di atas kapal. Antaranya

    termasuklah:

    1. Kesalahan Berzina:

    Kesalahan ke atas mereka yang bersalah melakukan perzinaan dilihat mengikut

    undang-undang yang berasaskan Islam.

    Sebagai contoh, mana-mana anak kapal yang didapati berzina dan telah

    berkahwin, mereka akan dihukum bunuh. Kepada pesalah yang belum

    berkahwin, mereka akan dipalu sebanyak 100 kali.

    Untuk kesalahan berzina di antara seseorang yang merdeheka dengan hamba

    perempuan, mereka perlu membayar denda setengah harga hamba tersebut.

    Untuk kesalahan berzina dengan isteri nakhoda pula, hukuman bunuh akan

    dikenakan. Isteri nakhoda juga akan dibunuh atau dihukum masuk ulur.

  • 8/13/2019 141154510 Nota SJH3102 Bab 4 Pensejarahan Berbentuk Undang Undang

    10/23

    10

    Nota

    Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

    hazmanazhar 2013

    2. Kesalahan Memaki Nakhoda:

    Kesalahan yang dianggap serius, namun tidak sampai dikenakan

    hukuman bunuh.

    Hukuman terhadap kesalahan memaki nakhoda adalah pesalah akandimalukan di hadapan orang ramai.

    3. Kesalahan terhadap Pegawai yang Cuai:

    Misalnya muda-muda yang ditugaskan menjaga hamba abdi. Sekiranya

    hamba abdi didapati melarikan diri atau berbuat jahat atas kecuaian

    muda-muda, mereka dikehendaki membayar harga abdi tersebut dan

    disebat sebanyak 60 kali sebatan.

    Jika malim cuai ketika menjaga kapal atau perahu sehingga pecah,

    hukuman bunuh dikenakan ke atasnya.

    Antara kesalahan yang dianggap besar dan dikenakan hukuman bunuh termasuklah

    berbuat khianat, membuat pakatan hendak membunuh nakhoda, malim, tukang dsb

    serta seseorang yang berkelakuan amat jahat.

    Selain itu, Undang-undang Laut Melaka juga menetapkan hukum-hukum mengenai

    perniagaan.

    Antara hukum-hukum berkenaan perniagaan dalam Undang-undang Laut Melaka

    termasuklah kebenaran untuk membawa barang dagangan di atas sesebuah kapal.

    Di samping nakhoda, pegawai dan anak-anak kapal, perahu terdapat beberapa

    penumpang yang juga membawa barang untuk didagangkan.

    Penumpang ini dikenali sebagai mulkiwi.

    Kiwi merujuk kepada penyewa petak perahu yang juga menjalankan perniagaan dan

    terbahagi kepada empat jenis iaitu kiwi yang membeli petak, kiwi yang hanya

    memberi modal kepada nakhoda tetapi barangnya tiada di atas kapal serta dua jenis

    lagi kiwi yang tidak dinyatakan keadaannya.

  • 8/13/2019 141154510 Nota SJH3102 Bab 4 Pensejarahan Berbentuk Undang Undang

    11/23

    11

    Nota

    Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

    hazmanazhar 2013

    Kiwi hanya membayar cukai di jong dan tiada cukai negeri.

    Jika kiwi berhajat untuk turun dari kapal, maka hilang harga pitaknya. Jika turun

    dengan satu-satu sebab, seperti berbalah dengan nakhoda, tidak semua hartanya itu

    akan hilang.

    Jika sudah sampai musim berlayar, iaitu musim kasip jika jong itu terlambat,

    misalnya lebih dari 7 hari, nakhoda terpaksa mengembalikan harga pitak kepada

    kiwi.

    Jika kiwi yang terlambat turun, disebabkan urusan perniagaannya, iaitu lebih dari 7

    hari, nakhoda boleh berlayar tanpa kiwi itu.

  • 8/13/2019 141154510 Nota SJH3102 Bab 4 Pensejarahan Berbentuk Undang Undang

    12/23

    12

    Nota

    Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

    hazmanazhar 2013

    UNDANG-UNDANG 99 PERAK

    Undang-undang Perak juga dikenali sebagai Undang-undang 99 Perak disebabkan

    oleh 99 perkara yang terkandung dalam undang-undang tersebut.

    Undang-undang ini dipercayai berasal dari Parsi sebelum dibawa ke Tanah Melayu

    pada abad ke-17 yang dibawa ke Perak oleh Saiyid Hassan dari Hadramaut ketika

    pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin (1577-1584).

    Teks undang-undang ini dipercayai disalin semula oleh Syed Jaafar bin Syed Unus.

    Undang-undang 99 Perak merupakan sebahagian daripada rumpun Adat

    Temenggong dan dianggap sebagai antara undang-undang yang paling adil dalam

    kalangan undang-undang tradisional di alam Melayu.

    Undang-undang ini dibuat dalam bentuk dialog (soal jawab) di antara Raja

    Nushirwan Adil dengan menterinya bernama Khoja Berza Amir Hakim.

    Walaupun terdiri daripada 99 fasal, susunan fasal-fasal adalah tidak mengikut

    kategori. Antara rangkuman isi kandungan Undang-undang 99 Perak termasuklah:

    Tugas serta Tanggungjawab Pemerintah: merangkumi peranan seorang

    Raja atau Sultan atau Yang Di-Pertuan Agung dalam sektor pemerintahan

    serta para-para pembesar yang menjadi tulang belakang dalam tampuk

    pemerintahan.

    Peraturan Adat Istiadat: merangkumi adat menghadap Raja, adat

    perlantikan Raja, adat Berbahasa semasa berada dalam istana dan

    sebagainya.

    Undang-undang Jenayah:contohnya; mencedera, membunuh, mencuri dan

    sebagainya.

    Undang-undang Kekeluargaan: contohnya; perkahwinan, penceraian,

    pembahagian harta pusaka dan sebagainya.

  • 8/13/2019 141154510 Nota SJH3102 Bab 4 Pensejarahan Berbentuk Undang Undang

    13/23

    13

    Nota

    Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

    hazmanazhar 2013

    Walaupun undang-undang ini dilihat menerima pengaruh agama Islam yang kuat,

    namun pengaruh hukum adat dilihat bercampur baur dengan pengaruh Hindu dan

    pengaruh daripada Hukum Kanun Melaka.

    Antara contoh fasal-fasal yang terdapat dalam Undang-undang 99 Perak

    termasuklah:

    Fasal Empat: Hukum Membunuh

    Sekiranya seseorang Islam membunuh orang bukan Islam, maka pembunuh

    akan dihukum mati. Namun dia boleh membuat tawaran kepada keluarga si

    mati dengan membayar sepuluh tahil emas.

    Sekiranya seseorang bukan Islam membunuh orang Islam, dia tidak

    dijatuhkan hukuman bunuh supaya dia masih berpeluang untuk memeluk

    Islam. Dia hanya perlu membayar kepada keluarga si mati.

    Fasal Enam: Kesalahan Mengambil Isteri Orang

    Sesiapa yang bersalah mengambil isteri orang akan dibuang mukim atau

    didenda se paha tiga tahil emas.

    Perempuan isteri orang itu pula akan didera di pintu masjid dengan dicukur

    kepalanya atau membayar denda.

    Fasal 54: Mengenai Perceraian

    Isteri dibenarkan untuk mengadu meminta cerai sekiranya tidak diberi nafkah

    zahir dan batin.

  • 8/13/2019 141154510 Nota SJH3102 Bab 4 Pensejarahan Berbentuk Undang Undang

    14/23

    14

    Nota

    Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

    hazmanazhar 2013

    UNDANG-UNDANG KEDAH

    Undang-undang Kedah merupakan satu komponen perundangan yang dibuat dalam

    satu jangka masa yang berbeza-beza.

    Terdapat lima bab utama dalam Undang-undang Kedah iaitu:

    1. Undang-undang Pelabuhan (1650)

    2. Tembera Dato Seri Paduka Tuan (1667)

    3. Hukum Kanun Dato Kota Setar (tiada tahun)

    4. Adat Bunga Mas, Adat Kebesaran, Pada Masa Tabal, Orang Besar-

    besar, Adat Meminang

    5. Undang-undang 1199 Hijrah (1784)

    3. Undang-Undang Pelabuhan Kedah:

    Undang-undang Pelabuhan Kedah ini dilihat digubal berdasarkan Undang-undang

    Pelabuhan Acheh (Adat Acheh) disebabkan pada masa tersebut, kerajaan Kedah

    berada di bawah jajahan takluk Kesultanan Acheh.

    Antara persamaan yang terdapat pada Undang-undang Pelabuhan Kedah dan

    Undang-undang Pelabuhan Acheh termasuklah nama-nama jawatan dan peraturan-

    peraturan yang hampir serupa di dalam kedua-dua undang-undang tersebut.

    Undang-undang ini dipercayai disalin daripada undang-undang yang pernah dibuat

    sebelumnya oleh Dato Besar atas perintah Sultan Kedah, Sultan Rijaluddin

    Muhammad Syah (1619-1652M).

    Mengandungi 37 fasal, undang-undang ini merangkumi fasal-fasal berkait dengan

    tatacara di pelabuhan seperti:

    1. Undang-undang Perlabuhan

    2. Perdagangan

    3. Pasar

    4. Tugas Para Pembesar

  • 8/13/2019 141154510 Nota SJH3102 Bab 4 Pensejarahan Berbentuk Undang Undang

    15/23

    15

    Nota

    Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

    hazmanazhar 2013

    Dalam undang-undang ini, syahbandar mempunyai kuasa yang agak besar di

    pelabuhan dan berperanan dalam menangkap dan menghukum pesalah-pesalah

    tertentu.

    Antara jawatan penting yang terdapat di pelabuhan Kedah pada ketika itu dalam

    kalangan pegawai kerajaan termasuklah Panglima Negeri, Panglima

    Bandar/Syahbandar Darat, Syahbandar, Panglima Kuala/Batangan, Mata-mata dan

    Sakai.

    Selain itu, undang-undang pelabuhan ini memberi panduan yang jelas kepada para

    pedagang dan pegawai pelabuhan berkaitan dengan sistem percukaian yang

    dikenakan ke atas para pedagang.

    Jumlah cukai yang dikenakan juga adalah berbeza di antara pedagang mengikut

    negeri mereka. Antara pedagang yang paling banyak terdapat di pelabuhan Kedah

    berdasarkan catatan dalam undang-undang pelabuhan ini termasuklah pedagang

    dari negeri Keling, Gujerat, Perak dan lain-lain.

    Barang dagangan yang diperdagangkan di pelabuhan Kuala Kedah pula termasuklah

    timah, garam dan kain.

    Bagi sistem matawang, wang yang digunakan untuk perdagangan di pelabuhan

    Kuala Kedah termasuklah bidur (wang timah), kupang dan wang emas.

    Bagi sistem sukatan pula, antara sukatan yang digunakan di pelabuhan Kuala Kedah

    termasuklah gantang, kayu (untuk gulungan kain), koyan (seberat 40 pikul), nalih

    (sama berat dengan 16 gantang) dan tahil.

    Penulisan Undang-undang Pelabuhan Kedah ini telah membantu pensejarahan

    Malaysia dalam mengenalpasti zaman kegemilangan pelabuhan Kuala Kedah

    sebagai sebuah pelabuhan entrepot penting pada abad ke-17.

  • 8/13/2019 141154510 Nota SJH3102 Bab 4 Pensejarahan Berbentuk Undang Undang

    16/23

    16

    Nota

    Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

    hazmanazhar 2013

    2. Tembera Dato Seri Paduka Tuan:

    Undang-undang ini ditulis oleh pembesar negeri Kedah, Dato Seri Paduka Tuan

    pada tahun 1078 Hijrah iaitu pada waktu pemerintahan Sultan Dhiauddin Mukarram

    Syah (1661-1687), Sultan Kedah yang ke-15 yang bersemayam di Kota InderaKayangan dalam wilayah Perlis (pada ketika itu Perlis merupakan sebahagian

    daripada negeri Kedah).

    Kandungan bahagian kedua dalam Undang-undang Kedah ini adalah membicarakan

    tentang kesalahan dan hukuman terhadap mereka yang melakukan perbuatan yang

    dianggap jenayah dan yang dilarang oleh syarak.

    Hal ini menunjukkan pengaruh Islam yang kuat dalam pentadbiran dan perundangan

    negeri Kedah pada ketika itu.

    Tembera ini mengandungi 16 fasal yang berkaitan dengan hukuman terhadap

    kesalahan jenayah, pertanian dan penternakan.

    Tembera ini bukan sahaja mencegah perkara yang mungkar akan tetapi turut

    menggalakkan perkara yang baik (makruf).

    Sebagai contoh dalam fasal pertamanya dinyatakan bahawa tugas kweng(penghulu)

    dan panglima adalah untuk menangkap mereka yang berjudi, menghisap madat

    (ganja), minum arak, mencuri dan merompak dan membawa mereka ke muka

    pengadilan.

    Dan dalam fasal yang kedua pula dinyatakan bahawa para kweng juga dikehendaki

    menasihati anak buah mereka supaya mengerjakan sembahyang lima waktu,

    sembahyang Jumaat dan berpuasa.

    Mereka yang tidak mahu mengerjakan sembahyang akan ditangkap dan dikakang

    lehernya. Pesalah hanya akan dilepaskan jika dia mahu bertaubat.

    Selain itu, antara aspek yang banyak diutarakan dalam undang-undang ini ialah

    mengenai undang-undang pertanian dan penternakan. Sesuai dengan

    kedudukannya sebagai sebuah negeri pertanian, undang-undang Kedah ini banyak

    mencatatkan tentang hal-hal padi dan kerbau.

  • 8/13/2019 141154510 Nota SJH3102 Bab 4 Pensejarahan Berbentuk Undang Undang

    17/23

    17

    Nota

    Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

    hazmanazhar 2013

    Antaranya seperti perintah membuat pagar di sawah dan hukuman terhadap kerbau

    dan tuan kerbau jika kerbaunya menceroboh masuk ke sawah orang lain yang sudah

    berpagar ataupun jika menanduk orang.

    Dalam Tembera Paduka Tuan ini terdapat lima fasal yang diperuntukan untuk

    pemeliharaan sawah dan kerbau.

    Di samping itu dicatatkan juga peraturan berdagang dan undang-undang tentang

    tanah. Undang-undang ini juga ada memperuntukkan hak laluan yang mirip dengan

    undang-undang moden hari ini. Dalam fasal 15, undang-undang mencatatkan;

    "Fasal yang kelima belas menyatakan hukum undang-undang pada

    hal jalan. Jika sa-orang kampong didalam sa-orang diluar ,jika tiada taroh

    jalan menjadi terpenjara-lah mereka itu, maka hendaklah jalan adat-nya

    enam hasta luasnya, maka dapat lalu perusongan itu-lah kira-nya.

    Dibicarakan oleh segala yang arif, supaya jangan hamba Allah itu jadi

    berbantah sesama sendiri-nya; tambah pada hokum adat negeri pun, kerana

    jalan besar pekerjaannya jika sudah tiada berjalan, tiada-lah dapat mereka itu

    dudok pada tempat itu. Maka ini dibicarakan hukumnya, jika tiadalah tuan

    tanah itu mahu membuka jalan, maka dapat di-beli tanah itu ka-pada-nya

    tiada mahu dijual-nya tanah itu, maka hendaklah gagah buka juga jalan itudengan kekerasan : apa-apa dapat dikata oleh tuan tanah itu suatu pun tiada

    jadi perkataan. Demikian-lah hukum-nya."

    Berdasarkan tembera ini, tuan tanah yang mengerjakan sawah wajib membuka

    sebahagian daripada batasnya agar boleh dijadikan laluan kepada orang ramai.

    Wujudnya undang-undang khusus berkaitan persawahan ini menunjukkan

    bagaimana Kedah telah muncul sebagai sebuah pusat kegiatan penanaman padi

    sejak abad ke-17.

    Selain itu, dalam fasal ke-10 juga ada menyatakan mengenai Sambang yang

    tugasnya menangkap orang yang berjalan malam tanpa membawa api atau lari.

  • 8/13/2019 141154510 Nota SJH3102 Bab 4 Pensejarahan Berbentuk Undang Undang

    18/23

    18

    Nota

    Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

    hazmanazhar 2013

    3. Hukum Kanun Dato Kota Setar:

    Undang-undang ketiga dalam Undang-undang Kedah ini tidak diketahui secara jelas

    tarikh penggubalannya.

    Mengandungi lapan fasal, undang-undang ini mencatatkan tentang tugas dan

    tanggungjawab raja dan para pegawai negeri. Antaranya termasuklah:

    1. Tugas Temenggung;

    2. Perintah Raja-raja;

    3. Syarat Raja-raja;

    4. Bahasa Raja-raja;

    5. Pakaian Raja-raja;6. Lima Perkara yang dibenarkan rakyat biasa melakukannya;

    7. Warna bendera untuk Raja-raja, Menteri dan Hulubalang;

    8. Sifat kebesaran yang ada pada raja-raja dan para pembesar lain;

    Kanun ini memperincikan tugas-tugas seseorang pegawai itu termasuk hak dan

    tugas seseorang raja. Ia menggariskan hak dan keistimewaan raja, tugas dan

    tanggungjawab Temenggung, Syahbandar, Laksamana, Panglima Negeri, PadukaRaja dan Bentara.

    Undang-undang ini jelas memperlihatkan kematangan fikiran orang-orang Melayu

    Kedah pada masa itu untuk mengawal kegiatan dan tindakan para pegawai negeri.

    Sebagai contoh, walaupun Temenggung merupakan seorang pegawai yang

    mempunyai kuasa yang besar yang bertindak sebagai Menteri Dalam Negeri atau

    Ketua Polis Negara akan tetapi beliau tidak boleh bertindak sesuka hati.

    Kanun Dato' Kota Star ini memperuntukkan bahawa beliau hanya boleh bertindak

    menghukum seseorang itu setelah dijatuhi hukum oleh Penghulu Hakim. Fasal 1

    Kanun ini mencatatkan antara lain;

    " Maka akan banyak orang Temenggung mengawal negeri itu enam puloh

    orang berganti-ganti. Sa-bagai pula: perkerjaan Temenggong itu, apa-bila orang

    berdakwa sudah jatoh hokum, di-suroh penghulu hakim keluarkan maka

    Temenggong-lah mengeluarkan dia: barang yang thabit pada hukom Allah taala:tiada boleh Temenggong itu memereksa pandai sendiri-nya mengeluarkan itu,

  • 8/13/2019 141154510 Nota SJH3102 Bab 4 Pensejarahan Berbentuk Undang Undang

    19/23

    19

    Nota

    Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

    hazmanazhar 2013

    supaya tiada teraniaya anak daawa itu: maka akan hasil Temenggong sapuloh

    emas. Jikalau orang kena rantainya berlenggu, hasil Temenggong sa-paha emas.

    Jika orang itu jatoh hokum di-kodong atau di-bunoh, maka tiada-lah hasil kepada-

    nya."

    Seperti juga dengan tugas 'Syahbandar' yang begitu banyak diperkatakan dalam

    Undang-undang Pelabuhan Kedah, maka dalam Hukum Kanun Dato Kota Setar

    banyak memperkatakan tentang tugas 'Temenggung' paling banyak dinyatakan dari

    fasal-fasal yang lain.

    Selaku pembesar yang bertanggungawab untuk keselamatan negeri dan

    kesejahteraan rakyat, beliau bersama pembantunya seramai 60 orang sentiasa

    melakukan rondaan secara bergilir-gilir, di samping ada yang mengawal penjara.

    Mereka akan menangkap pesalah-pesalah seperti pencuri, penyamun, pemakan

    madat, penyabung ayam dan pembunuh orang.

    Orang ramai tidak dibenarkan berjalan malam kecuali mempunyai sebab-sebab

    utama dengan syarat menggunakan damar (sebagai lampu atau obor). Mereka yang

    melanggar hukuman ini akan ditangkap, yang melawan akan dibunuh kerana "ia

    melawan titah raja".

    Sekiranya orang yang didakwa atau saksi-saksinya tidak menghadiri perbicaraan

    yang ditetapkan oleh Hakim, maka Temenggung akan menugaskan orangnya

    menuruti mereka.

    Pihak anak buah Temenggung yang mencari mereka akan mendapat upah atau

    bayaran dari mereka mengikut jarak dekat atau jauh mereka itu dapat dikesan.

    Misalnya jika ke Perlis atau Pedu upahnya dua emas, Tanjung Pauh upahnya dua

    kupang, sementara Anak Bukit atau Naga upahnya sekupang.

    Fasal empat dan lima dalam HKDKS ditekankan segala 'larangan diraja' baik dari

    segi perkataan atau bahasa mahupun dalam hal pakaian. Ini merupakan antara ciri-

    ciri keistimewaan yang diperuntukkan kepada raja-raja yang tidak boleh dilakukan

    oleh orang biasa.

  • 8/13/2019 141154510 Nota SJH3102 Bab 4 Pensejarahan Berbentuk Undang Undang

    20/23

    20

    Nota

    Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

    hazmanazhar 2013

    Dari segi bahasa diraja, HKDKS menegaskannya begini:

    "Fasal pada menyatakan hukum bahasa raja-raja itu lima perkara:

    pertama 'titah', dan kedua 'kami', dan ketiga 'kita', dan keempat 'berpatik' dan kelima

    'derma kurnia'. Maka kelima perkara ini tiada boleh berkata-kata dengannya merekayang keluaran, barangsiapa melalui akan dia hukumnya dibunuh jika ia hamba raja,

    dan dikujut mulutnya jika ia keluaran".

    Apa yang menarik perhatian kita ialah perkara yang sama terdapat juga ada

    teks Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Riau. Cuma yang berbeza dalam

    HKDKS tidak terdapat kata 'murka' dan ia sebaliknya digantikan dengan kata 'kita'

    manakala yang lainnya adalah serupa.

    Dari segi pakaian pula, HKDKS menyatakan begini:

    "Fasal pada menyatakan pakaian raja-raja itu empat perkara: pertama

    berkain kuning, dan kedua bertilam pandak empat persegi namanya

    peterana, dan ketiga ubur-ubur, dan keempat tombak bercabang. Maka

    seperti pakaian yang demikian, tiada boleh yang lain memakainya, barang-

    siapa memakainya kelak dirampas."

    Kesemua larangan tersebut jelas menunjukkan betapa tingginya taraf seseorang raja

    dianggap berdaulat itu. Larangan tersebut bertujuan untuk membezakannya dengan

    rakyat jelata.

    Dalam HKDKS, di samping warna kuning menjadi warna khusus untuk pakaian

    diraja, terdapat dua perkara lagi yang menjadi kepunyaan raja seperti yang

    ditegaskan dalam fasal 6 iaitu:

    1. membuat perusung atau alat mengusung orang yang

    dipanggil 'raja diraja'.

    2. membuat binaan sebagai tambahan kepada yang sedia ada pada bahagian

    kiri dan kanan sesebuah bangunan, atau rumah, kapal atau perahu, yangdipanggil 'sayap lelayang'.

  • 8/13/2019 141154510 Nota SJH3102 Bab 4 Pensejarahan Berbentuk Undang Undang

    21/23

    21

    Nota

    Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

    hazmanazhar 2013

    Kedua-dua perkara ini juga adalah dilarang kepada rakyat biasa

    membuatnya.

    Bagaimanapun ada pula kekecualiannya iaitu dalam mengerjakan sesuatu adat atau

    aktiviti harian, rakyat dibenarkan membina dua perkara di atas termasuk dibenarkan

    memakai pakaian berwarna kuning, tetapi mestilah dengan syarat-syarat tertentu

    dan yang ada kaitannya dengan kebaikan atau kepentingan kepada raja.

    Berikut ini diperturunkan beberapa kutipan menarik dari HKDKS yang berkaitan

    dengan perkara yang dibincangkan ini:

    "Fasal yang menyatakan lima perkara yang boleh diperbuat oleh

    mereka yang keluaran, kerana maaf dan diampuni raja. Pertama di atas'mempelai' yang diarak, boleh ia memakai pakaian kekuningan dan pakaian

    beremas dan berpayung besar yang dipegang oleh orang serta bersorak-

    sorak, dinamai akan dia 'raja sehari', kerana puteranya pada sehari itulah raja

    kepada sekalian warisnya."

    Kedua di atas 'jenazah' boleh diperbuat mereka itu raja diraja dan

    sayap lelayang dan sulur bayung serta kain sampai, kerana puteranya sehari

    itulah hilang di mata mereka itu sekalian warisnya, sekalian pekerjaan itu

    tiada menjadi tulah atau papa.

    Ketiga di atas 'perahu' yang dibawa ke lautan boleh dibubuh sayap

    lelayang, maka petuanya tiada dapat pada ketika perahu itu dipinjam raja.

    Keempat pada 'masjid' boleh dibubuh sayap lelayang, maka petuanya

    di rumah Allah, apabila raja berangkat, nescaya singgah ia sembahyang.

    Kelima di atas 'pangkalan' yang besar-besar serta banyak orang pergi

    datang bolehlah diperbuat jamban berdinding papan dan bersayap lelayang.

    Dan demikian juga pada 'jalan raya' hendaklah diperbuat telaga dan

    balai bersayap lelayang, maka petuanya tatkala raja berangkat mudik, bila

    dipandangnya jamban itu baik, dan singgahlah ia naik kepada jamban itu, dan

    apabila berangkat berburu, bila dipandangnya, balai dan telaga itu baik,

    nescaya singgahlah ia di situ, berhenti bersemayam."

  • 8/13/2019 141154510 Nota SJH3102 Bab 4 Pensejarahan Berbentuk Undang Undang

    22/23

    22

    Nota

    Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

    hazmanazhar 2013

    Pada fasal terakhir HKDKS dinyatakan apakah sifat-sifat kebesaran yang ada pada

    seseorang para pembesar seperti Syahbandar, Laksamana, Temenggung, Panglima

    Negeri dan lain-lain termasuklah juga mata-mata dan 'hamba raja'.

    Pada keseluruhannya yang ingin ditegaskan oleh undang-undang tersebut ialah

    ketika para pembesar itu menjalankan kewajipan atau tugas yang ditetapkan, kuasa

    mereka seperti seorang raja, kerana mereka menjalankan tugas raja, seperti dalam

    beberapa kutipan berikut:

    "Dan kebesaran Panglima Negeri, pada masa dititahkan raja

    berkerah, ialah raja, tiada boleh dilalui (dibantahi) sabdanya". "Dan

    kebesaran Temenggung itu pada masa membunuh orang dengan titah oleh

    raja, tiada boleh dilalui perkataannya kerana ialah raja pada masa itu".

    Di bahagian terakhir HKDKS itu terdapat gelaran 'Seri Perdana Menteri' dan pada

    bahagian terakhir Hukum Kanun Kedah itu gelaran tersebut diulang lagi dengan

    sebutan 'Paduka Seri Perdana Menteri' atau 'Perdana Menteri' sahaja.

    Gelaran ini diberikan kepada seseorang pembesar paling kanan iaitu berjawatan

    'Bendahara' dan ianya terus digunakan sehingga ke abad 19 iaitu pada zaman

    pemerintahan Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1881- 1943), Sultan

    Kedah ke-25.

    Tokoh tersebut ialah Wan Muhammad Saman yang dilantik sebagai Perdana Menteri

    Kedah Darulaman pada tahun 1870 di zaman Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin

    Mukaram Shah, Sultan Kedah ke-23.

    4. Adat Mengenai Bunga Emas:

    Peraturan atau adat tentang pembuatan bunga mas untuk dikirimkan ke Siam dan

    adat istiadat penabalan seseorang raja dan juga adat pinang meminang.

    Undang-undang ini tidak banyak berkaitan dengan orang ramai. Ia lebih tertumpu

    kepada urusan istana.

  • 8/13/2019 141154510 Nota SJH3102 Bab 4 Pensejarahan Berbentuk Undang Undang

    23/23

    Nota

    Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

    Kedah terpaksa menghantar ufti berbentuk bunga emas kepada Siam setelah tewas

    dalam peperangan pada abad ke-18. Sebelum itu, bunga emas hanya dihantar

    sebagai tanda persahabatan Kedah-Siam.

    Tidak ada catatan yang menjelaskan tentang bila peraturan ini digubal. Ia

    mengandungi 24 fasal.

    * Bahagian Lima Undang-undang Kedah yang digubal pada 1784 Masihi berkait dengan

    salinan kepada gabungan Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Selain

    itu, terdapat satu lagi versi Undang-undang Kedah yang dinamakan sebagai Undang-

    undang Kedah versi Ku Din Ku Meh.