sentrik tokoh nasional

27
SJH 3102 PENSEJARAHAN MALAYSIA KONSEP SENTRIK MALAYSIA PENULISAN BERORIENTASIKAN MALAYSIA ERA SELEPAS MERDEKA DISEDIAKAN OLEH : MOHAMMED ‘IZZAT SYIMIR BIN SALLEH ZUL-FARHAN BIN ELYAS

Upload: izzat-syimir

Post on 11-Dec-2014

227 views

Category:

Documents


24 download

DESCRIPTION

tutorial minggu 15

TRANSCRIPT

Page 1: sentrik tokoh nasional

SJH 3102PENSEJARAHAN MALAYSIA

KONSEP SENTRIK MALAYSIA PENULISAN BERORIENTASIKAN MALAYSIA

ERA SELEPAS MERDEKA

DISEDIAKAN OLEH :MOHAMMED ‘IZZAT SYIMIR BIN SALLEH

ZUL-FARHAN BIN ELYAS

Page 2: sentrik tokoh nasional

Dalam tutorial pada hari ini kita akan meneliti dan mengupas dengan lebih lanjut mengeanai stail penulisan sentrik Malaysia yang terdapat dalam karya-karya yang dikarang oleh :

• Syed Muhammad Naquib al-Attas• Muhammad Yusof Hashim• Khoo Kay Kim• Nik Anuar Nik Mahmud

Selain itu, kita juga akan melihat kepada isu-isu utama yang timbul dalam pensejarahan Malaysia :

• Konsep Sejarah Nasional• Persoalan Bias/ Memihak

Page 3: sentrik tokoh nasional

KONSEP SENTRIK MALAYSIA (Malaysian Centric)

• Sentrik Malaysia ataupun sentrik tempatan adalah penulisan yang lebih ke

arah untuk

menggambarkan keadaan masyarakat tempatan dengan tidak lagi

menjustifikasikan

tentang kedudukan penjajah semata-mata.

• Penulisan sentrik Malaysia/tempatan menggunakan sumber tempatan dan

tafsirannya dibuat berdasarkan kaca mata tempatan dengan menumpukan

kepada

perlakuan masyarakat tempatan berdasarkan fakta-fakta tempatan.

• Dalam erti kata yang lebih mudah, penulisan sentrik tempatan mempunyai

unsur-

unsur penceritaan mengenai masyarakat tempatan yang bersifat

sangkalan ataupun

penjelasan terhadap penulisan sentrik Barat yang muncul sebelum sentrik

tempatan.

Page 4: sentrik tokoh nasional

Latar Belakang Pengarang

Syed Muhammad Naquib al-Attas

• Lahir pada 5 September 1931 di Bogor, Jawa, Indonesia• Seorang cendekiawan Islam , ahli falasafah Islam, dan tokoh Melayu terbilang.• Menguasai ilmu teologi, falasafah, metafizik, sejarah, dan kesusasteraan.• Menulis pelbagai buku dalam bidang pemikiran dan peradaban Islam khususnya tentang sufisme, kosmologi, dan Kesusasteraan Melayu Malaysia.

Khoo Kay Kim

• Lahir pada 28 Mac 1937 di Kampar, Perak.• Sejarawan terkenal Malaysia yang mendapat gelaran kehormatan Emeritus dari Universiti Malaya.• Berkelulusan Sarjana Sejarah (1967) dan Doktor Falasafah Sejarah (1974) dari Universiti Malaya.• Merupakan salah seorang penulis yang merangka Rukun Negara

Page 5: sentrik tokoh nasional

• Nik Anuar Nik Mahmud

• Beliau adalah Profesor dalam bidang sejarah Tradisi• Banyak menulis buku-buku Sejarah khususnya berhubung dengan sejarah bagi rantau Asia Tenggara

Page 6: sentrik tokoh nasional

Hasil Kajian

Page 7: sentrik tokoh nasional

KARYA SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS

Judul Buku : The Correct Date of the Trengganu Inscription

Page 8: sentrik tokoh nasional

• Di dalam penulisan ini, pengarang telah menunjukkan penulisan yang bercirikan sentrik tempatan.

• Beliau telah mengenengahkan tarikh baru yang menunjukkan bahawa kedatangan Islam ke Semenanjung Tanah Melayu adalah lebih awal daripada abad ke-15. Di sini, beliau telah menyanggah pendapat yang dikemukakan oleh para sarjana Barat yang diketuai oleh R. O. Winstedt yang sebelum ini menyatakan bahawa negeri pertama di Semenanjung Tanah Melayu yang menerima agama Islam ialah Melaka apabila rajanya yang pertama, Parameswara telah memeluk Islam pada tahun 1414.

• Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas telah menggunakan fakta yang terdapat pada batu bersurat Trengganu sebagai 702’H bersamaan 1303’M.

• Malahan, beliau telah berhujah bahawa tarikh ini juga bukan merupakan tarikh yang paling awal kerana tempoh di mana tarikh sebenar kemasukan Islam ke Terengganu dan tarikh yang tercatat di dalam batu bersurat itu telah menunjukkan bahawa proses pengislaman di situ telah memakan masa yang lama. Ini adalah berpandukan kepada andaian bahawa ciri-ciri tulisan Arab yang telah diadunkan dengan bahasa Melayu seperti yang terdapat di dalam batu bersurat tersebut menunjukkan proses pembelajaran penulisan Arab yang lama.

Page 9: sentrik tokoh nasional

KARYA MUHAMMAD YUSOFF HASHIM

Judul Buku : Kesultanan Melayu Melaka : Kajian Beberapa Aspek tentang Melaka pada abad ke 15 dan abad ke 16 dalam sejarah Malaysia.

Page 10: sentrik tokoh nasional

Dalam karya ini, penulis dengan jelasnya telah memaparkan stail penulisan sentrik tempatan terhadap para pembaca. Hal ini boleh dilihat pada petikan :

“ Oleh sebab masyarakat Melaka pada abad ke-15 dan ke-16 mempunyai masyarakat yang hidup tersusun dan berperaturan, maka wujudlah bidang pentadbiran dan politik bersistem yang menjadi fakta dan prinsip terhadap peraturan-peraturan….Dengan adanya sistem bagi kedua-dua bidang itu jugalah, Melaka berjaya wujud dan mengekalkan identitinya sebagai sebuah organisasi masyarakat daripada ia mula terbina…” (Muhammad Yusoff Hashim, 1989).

Petikan ini jelas menunjukkan bahawa terdapat unsur-unsur sentrik tempatan dalam penulisan ini di mana kita dapat lihat bahawa pengarang telah menceritakan mengenai sistem kehidupan masyarakat tempatan ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Page 11: sentrik tokoh nasional

Selain itu, petikan ini turut memperlihatkan unsur sentrik tempatan dalam penulisan beliau :

“ Kebolehan dan keistimewaan kepimpinan Parameswara dalam konteks penubuhan kerajaan Melaka bukanlah satu hal yang aneh, malah berkebetulan. Keberanian Parameswara telah menafikan kewibawaan kuasa besar Majapahit.”

(Muhammad Yusuff Hashim, 1989).

Melalui petikan ini, kita dapat lihat bahawa penulis ada menerapkan unsur sentrik tempatan dalam penulisannya dengan memerihalkan mengenai kebolehan dan keupayaan tokoh tempatan dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

Page 12: sentrik tokoh nasional

KARYA MUHAMMAD YUSOFF HASHIM

Judul Buku : Hang Tuah Wira Melayu.

Page 13: sentrik tokoh nasional

Berikut adalah petikan yang diselitkan unsur-unsur sentrik tempatan dalam karya ini :

“Sifat juang Hang Tuah terserlah sejak kecil apabila beliau dan rakan-rakannya berjaya menewaskan lanun di sebuah pulau. Ini membolehkan Hang Tuah diterima

Raja Bentan sebagai pahlawan, apatah agi setelah beliau menyelamatkan Bendahara daripada menjadi mangsa orang mengamuk. Perjuangan Hang Tuah paling bermakna

apabila beliau berjaya menghapuskan Hang Jebat yang menderhaka, sahabat karibnya atas rasa tanggungjawab dan kecintaan kepada tuannya dan negaranya.”

“ Keunggulan Hang Tuah sebagai seorang pahlawan yang bijaksana telah menarik perhatian Kisna Ryan lalu memilihnya sebagai duta Benua Keling ke China. Dan

seorang pejuang Melayu, Hang Tuah berjaya mengalahkan orang-orang Feringgi di kedua-dua benua itu.”

(Mohd. Yusoff Hashim, 2008)

Dalam petikan ini, kita dapat lihat dengan jelas ciri-ciri sentrik tempatan yang ditonjolkan dengan menceritakan kehebatan Hang Tuah tanpa mengkritik ataupun menyangkal kehebatan tersebut.

Page 14: sentrik tokoh nasional

KARYA KHOO KAY KIM

Judul Buku : Negeri-Negeri Melayu Pantai Barat 1850-1873

Page 15: sentrik tokoh nasional

Petikan berikut menggambarkan wujudnya sentrik tempatan yang dimainkan penulis dalam karyanya :

“ Sekarang, sudah diketahui bahawa setiap negeri Melayu di semenanjung, pada dasarnya mempunyai struktur poitik asas yangsama kecuali Negeri Sembilan. Sistem

politik yang ditubuhkan di Negeri Sembilan pada akhir abad ke-18, sebenarnya merupakan sebuah super struktur yang dibina di atas sistem sosial yang terperinci

dan berasaskan perhubungan kekeluargaan sedia ada. Di negeri-negeri Melayu yang lain, daerah merupakan faktor utama dalam organisasi politik.”

(Khoo Kay Kim, 1984)

Petikan ini menceritakan mengenai struktur politik yang terdapat dalam kalangan masyarakat tempatan. Unsur ini jelas menunjukkan sentrik tempatan yang dimainkan penulis dalam karya beliau.

Page 16: sentrik tokoh nasional

KARYA KHOO KAY KIM

Judul Buku : Kuala Lumpur : The Formative Years (1996).

Page 17: sentrik tokoh nasional

Antara petikan yang menggambarkan corak penulisan sentrik tempatan :

“ The Kuala Lumpur market provides insufficient accommodation. The dry goods

stalls have more than once been the subject of discussion, but provided there is enough available space of fresh provisions they need not be interfered with. A small

extension next year will, it is hoped, provide all necessary accommodation.”(Khoo Kay Kim, 1996)

Petikan ini menceritakan mengenai kemudahan jual beli yang terdapat di Kuala Lumpur sekiar akhir abad ke-19. Hal ini turut menampakkan corak sentrik tempatan dalam penulisan pengarang.

Page 18: sentrik tokoh nasional

KARYA NIK ANUAR NIK MAHMUD

Judul Buku : Tok Janggut : Pejuang atau Penderhaka?

Page 19: sentrik tokoh nasional

• Petikan tersebut menggambarkan corak penulisan sentrik tempatan :

Sesampai saja di Kampung Kelubi, mata-mata berkenaan telah diberitahu oleh orang-orang kampung bahawa ‘To’ Janggut was at the head of some hundreds of Malays,

and was advancing to attack Pasir Puteh town’

Lanjutan daripada peristiwa Tok Akib, Haji Mat Hassan dan pengikut-pengikutnya telah menyerbu bandar Pasir Puteh. Sesampai saja di bandar, pengikut-pengikut Haji Mat Hassan ‘called upon the district officer and the land officer clerk by name to

come out and collect the land tax at the points of their spears…’(Nik Anuar Nik Mahmud, 1999)

• Petikan ini menggambarkan kepada kita keberanian yang ditunjukkan oleh Haji Mat Hassan atau Tok Janggut untuk bangkit menentang British bersama pengikut-pengikutnya dan bersiap sedia menerima serangan balas daripada British. Ini menunjukkan penulisan sentrik tempatan dalam penulisan pengarang dalam menggambarkan keberanian dan kepahlawanan Haji Mat Hassan atau Tok Janggut sehingga digeruni dan mengancam pihak British.

Page 20: sentrik tokoh nasional

Konsep Sejarah Nasional

Page 21: sentrik tokoh nasional

Persoalan Bias/ Memihak

Page 22: sentrik tokoh nasional

Konsep Bias/ Memihak

• Sesebuah karya sejarah sangat sukar untuk lari daripada penyisipan unsur- unsur bias ataupun memihak terhadap sesuatu pihak yang berkepentingan.

• Unsur-unsur ini diselitkan adalah bergantung kepada latar belakang penulis, tujuan sesuatu pensejarahan ditulis, dan kepentingan pihak yang meminta sesebuah sejarah itu ditulis.

• Tujuan utama unsur ini diselitkan adalah tidak lain tidak bukan untuk kepentingan pada sebelah pihak semata-mata terutama pihak yang mempunyai hubungan rapat dengan pengarang.

• Unsur bias dalam sesebuah pensejarahan akan dapat dikesan dengan membuat perbandingan sumber yang digunakan untuk menulis sejarah tersebut.

• Selain itu, setiap penulis sesuatu pensejarahan juga tidak dapat lari daripada memasukkan unsur ini dalam karya mereka atas disebabkan beberapa faktor seperti semangat nasionalisme yang menebal dan perasaan untuk memperlihatkan kelebihan sesuatu pihak.

Page 23: sentrik tokoh nasional

• Sebagai contoh, dalam karya yang dikarang oleh Frank Swetenham (British Malaya) misalnya, penulis telah memasukkan unsur-unsur bias terhadap pihak British untuk menampakkan kebaikan yang dibawa penjajah British di Tanah Melayu.

• Hal ini telah memperlihatkan bahawa unsur-unsur yang diterapkan ini mampu untuk mengubah perspektif pembaca (orang luar) terhadap pihak penjajah British dan mula menganggap kedatangan penajajah British ke Tanah Melayu memberi banyak kebaikan kepada masyarakat tempatan.

• Apabila adanya unsur-unsur bias dalam sesebuah penulisan sejarah maka, pensejarahan yang dihasilkan itu tidak boleh dianggap sebagai sejarah yang objektif.

• Disebabkan kecenderungan penulis untuk memasukkan unsur-unsur bias ini jugalah telah menyebabkan sesebuah penulisan sejarah yang “wie es eigenlitch gewesen” ataupun benar-benar objektif sukar untuk dihasilkan oleh mana-mana sejarawan.

Page 24: sentrik tokoh nasional

Kesimpulan

•Semua penulisan sama ada penulisan barat sentrik mahupun tempatan sentrik sebenarnya tidak dapat lari dari melakukan bias. Oleh kerana itulah persoalan sentrik ini boleh dianggap sebagai satu persoalan yang pada pendapat kami tidak akan selesai sampai bila-bila.

•Buktinya, sejak dulu lagi sehingga membawa kepada selepas perang dunia ke-2 dan sehingga kini pun rasanya masih tidak ada satu sumber sejarah pun yang dapat lari dari memihak kepada sesuatu sentrik. Oleh itu, perbahasan demi perbahasan dan kesedaran demi kesedaran amat perlu untuk mewujudkan sebuah penulisan sejarah khususnya sejarah Malaysia yang bukan sahaja tepat malah mantap dari segi huraiannya.

•Atas kelemahan inilah perlunya diwujudkan penulisan sejarah yang menggunakan pendekatan autonomi dan pendekatan sejarah total iaitu penulisan yang berdasarkan kepada peristiwa yang benar-benar berlaku, saintifik dan objektif. Akhir sekali,"Sebelum mengkaji sesuatu penulisan sejarah, kajilah dulu ahli sejarah yang menulisnya" (E.H. Carr).

Page 25: sentrik tokoh nasional

Rujukan

•Nik Anuar Nik Mahmud (1999), Tok Janggut Pejuang atau Pendekar, Selangor : Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia

•Prof. Emeritus Dato’Dr. Mohd Yusoff Hashim (2008), Hang Tuah Wira Melayu, Melaka : Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP)

•Khoo Kay Kim (1984), Negeri-negeri Melayu Pantai Barat 1850-1873 : Kesan Perkembangan Dagang Terhadap Politik Melayu, Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd

Page 26: sentrik tokoh nasional

• Khoo Kay Kim (1996), Kuala Lumpur The Formative Years, Kuala Lumpur : Berita Publishing Sdn. Bhd.

•Muhammad Yusoff Hashim Ph. D (1989), Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 27: sentrik tokoh nasional

Membeli pakaian di Pekan Selasih,

Sekian, terima kasih..