seni oriental cina

10
1.3 SENI ORIENTAL CHINA 1.3.1Pengenalan Kesenian ialah sesuatu yang mengindahkan sehinggalah dapat menimbulkan kepuasan kepada orang lain apabila berlakunya proses penghayatan seni. Setiap penilaian terhadap kesenian pastinya mempunyai nilai-nilai estetika kerana seni adalah sebahagian daripada kehidupan manusia. Ketinggian dalam bidang kesenian merupakan salah satu faktor yang membantu negera China ataupun Tamadun China untuk mencapai kegemilangan. Hal ini kerana perkembangan kerja-kerja kesenian China sering mendapat perhatian oleh bangsa asing sejak zaman Klasik China lagi. 1.3.2 Catan China Sebenarnya, lukisan tradisional China telah ditemui dan dikembangkan dari 4000 sebelum masihi dan lukisan tradisional China ini dijangka telah dikembang lebih daripada 6000 tahun. Pada peringkat awal, lukisan China amat berkait rapat dengan ukiran di atas kraf, perhiasan daripada tembaga, jed dan juga tembikar. Seterusnya, catan China dipengaruhi oleh agama Buddha dari India pada abad 1 Masihi dan kebanyakan lukisan adalah berunsurkan agama Buddha, Taoisme dan Confucianisme. Semasa Dinasti Song (960-1127) pula, lukisan yang berunsurkan keagamaan telah ditukar kepada wajah sejarah dan juga cerita daripada kehidupan seharian para penduduk pada zaman tersebut. Pada zaman Song, pelukis Cina banyak menggunakan ciri pemandangan untuk menghasilkan lukisan-lukisannya. Sebagai contohnya, lukisan bunga dan burung telah dipisahkan untuk membentuk sebuah genre lukisan yang bebas sekitar pada abad ke-9. Pelukis kerap menggunakan bunga, buah-buahan, serangga dan ikan sebagai subjek matter.

Upload: cynthia-ting

Post on 29-Dec-2015

798 views

Category:

Documents


24 download

DESCRIPTION

seni oriental cina

TRANSCRIPT

Page 1: Seni Oriental Cina

1.3 SENI ORIENTAL CHINA

1.3.1Pengenalan

Kesenian ialah sesuatu yang mengindahkan sehinggalah dapat menimbulkan kepuasan

kepada orang lain apabila berlakunya proses penghayatan seni. Setiap penilaian

terhadap kesenian pastinya mempunyai nilai-nilai estetika kerana seni adalah

sebahagian daripada kehidupan manusia. Ketinggian dalam bidang kesenian

merupakan salah satu faktor yang membantu negera China ataupun Tamadun China

untuk mencapai kegemilangan. Hal ini kerana perkembangan kerja-kerja kesenian

China sering mendapat perhatian oleh bangsa asing sejak zaman Klasik China lagi.

1.3.2 Catan China

Sebenarnya, lukisan tradisional China telah ditemui dan dikembangkan dari 4000

sebelum masihi dan lukisan tradisional China ini dijangka telah dikembang lebih

daripada 6000 tahun.

Pada peringkat awal, lukisan China amat berkait rapat dengan ukiran di

atas kraf, perhiasan daripada tembaga, jed dan juga tembikar. Seterusnya, catan China

dipengaruhi oleh agama Buddha dari India pada abad 1 Masihi dan kebanyakan lukisan

adalah berunsurkan agama Buddha, Taoisme dan Confucianisme.

Semasa Dinasti Song (960-1127) pula, lukisan yang berunsurkan keagamaan telah

ditukar kepada wajah sejarah dan juga cerita daripada kehidupan seharian para

penduduk pada zaman tersebut. Pada zaman Song, pelukis Cina banyak menggunakan

ciri pemandangan untuk menghasilkan lukisan-lukisannya. Sebagai contohnya, lukisan

bunga dan burung telah dipisahkan untuk membentuk sebuah genre lukisan yang bebas

sekitar pada abad ke-9. Pelukis kerap menggunakan bunga, buah-buahan, serangga

dan  ikan sebagai subjek matter. 

Catan Cina biasanya menggunakan media seperti berus dan kerta China. Setiap

media tersebut mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Bahan media seperti berus China, ia

lebih kurang sama dengan berus biasa yang digunakan oleh pelukis untuk lukisan cat air

di negara barat yang lain. Berus China ini pula mempunyai bulu yang lebih halus

berbanding dengan berus barat pada masa itu. Terdapat beberapa jenis berus China

yang digunakan oleh para pelukis iaitu, Hsieh Chao Bi. Berus ini juga dikenali sebagai

Page 2: Seni Oriental Cina

ketam berus cakar dan saiznya kecil. Hua Jan Bi pula direka khas untuk melukis lukisan

bunga-bunga. Lan Yu Chu Bi pula direka khas untuk anggerek lukisan dan juga buluh.

Media lain iaitu, kertas China juga mempunyai beberapa ciri-ciri seperti lertas itu dicipta

dan diperbuat daripada pelbagain bahan seperti kulit, pokok, pulp dan juga jala ikan.

Sebenarnya, kertas yang berbeza mutu menghasilkan keputusan yang berbeza. Kertas

yang kasar menyerap air atau dakwat dengan cepat manakala kertas licin tidak dapat

menyerap air dan dakwat.kertas China biasa dikenali sebagai “ rice paper” dalam

bahasa Inggeris. Dalam penggunaan warna pula, cara penggunaan warna di China

berbeza berbanding dengan cara penggunaan warna di Barat. Warna yang digunakan di

negara China biasanya pudar sahaja. Hal ini kerana tujuan warna yang digunakan pada

masa itu bukan digunakan untuk menunjukkan bayang pada sesuatu objek tetapi

digunakan untuk menunjukkan ciri-ciri objek tersebut.

Di samping itu, terdapat banyak perlambangan dalam catan China.

Perlambangan dan falsafah ini mempunyai makna yang tersendiri dan merupakan

perlambangan bagi setiap satu objek. Antaranya ialah, Shan – gunung, qi- atmosfera

dan hsing – bentuk. Ketiga-tiga objek ini merupakan tiga unsur yang biasanya muncul

dalam sesebuah catan Cina. Gunung berlambangkan kesuburan, keturunan, kekuatan,

kesungguhan serta boleh mempengaruhi perasaan dan penghayatan seseorang melalui

perubahan atmosfera. Awan cerah melambangkan keharmonian, malah awan gelap

menimbulkan suasana kemuraman. Pokok besar seperti ru dan pine membawa maksud

pasak bumi dan kedudukan mengikut hirarki. Pokok buluh pula melambangkan

kekayaan, lanjut usia, kejujuran, kebenaran serta mampu menghalau hantu. Pokok orkid

melambangkan musim luruh manakala pokok plum blossom melambangkan kecantikan

dan lanjut usia. Ikan pula melambangkan pertambahan rezeki. Jika ikan yang bewarna

keemasan melambangkan status kaya, manakala hitam melambangkan kehidupannya

biasa sahaja. Ikan kelisa melambangkan kekayaan dan keuntungan juga. Sungai pula

melambangkan kegembiraan dan keharmonian.

Selain itu, terdapat juga falsafah dalam catan China. Dalam proses penghasilan

catan China, terdapat beberapa falsafah dalam penghasilannya seperti ‘melukis tanpa

sombong’ yang bermaksud, mempercantik lagi hasil yang telah siap bagi

mempertingkatkan mutu catan lagi sehingga mencapai penghasilan yang paling bermutu

dan berkualiti. Dalam hal ini, boleh dilihatkan bahawa, pelukis tidak harus cepat berpuas

Page 3: Seni Oriental Cina

hati dan bangga dengan kerjanya. Falsafah seterusnya adalah ‘tidak menghadapi kerja

dengan lalai’ . Falsafah ini bermaksud sesorang haruslah bersedia dari segi rohani dan

peralatan serta persekitaran sebelum melukis bagi mendapatkan kerja yang sempurna.

Jika setiap pelukis memupuk falsafah-falsafah ini dalam jiwa mereka sendiri, maka,lebih

banyak catan yang berkualiti dapat dihasilkan.

Jenis – jenis warna yang biasa terdapat dalan catan Cina adalah seperti darjah

berikut:

1. Rouge Tint

Merah pipi

2. Indigo

Biru nila

3. Gamboge Tint

Kuning rotan

4. Carmine

Merah tua / merah gincu

5. Cinnabar Tint

Merah gelap seperti darah

yang hampir kering.

6. Burnt Sienna

Coklat burung pipit.

7. Phthalocyanine

Hijau kebiruan

8. Vermilion Tint

Merah tua

9. Black

Hitam

Simbolik warna dalam penggunaan seni catan Cina

Warna membawa banyak maksud yang simbolik, kadang-kadang maksudnya

melangkaui nilai-nilai estetika. Penggunaan sesetengah warna terus menjadi kelaziman

dan sesuatu yang mesti pada pelukis catan Cina. Contoh simbolik dalam warna:

Qing bermakna warna hijau. Hijau ialah warna alam semula jadi. Dalam masyarakat

timur ia dikaitkan dengan tumbuhan yang sedang membesar membawa simbolik

kesegaran dan berharapan.

Page 4: Seni Oriental Cina

Hong bermakna warna merah. Merah adalah warna semasa tumbuhan sedang

berbunga dan hidup subur. Ia melambangkan kemeriahan dan kegembiraan Ia juga

melambangkan wanita atau gadis yang cantik. Merah terang (Cinnabar atau Dan)

disamakan dengan ketakjuban dan kehidupan yang abadi dalam budaya Cina, warna

merah sebagai penanda unggul dan metafora yang membawa tuah.

Huang bermakna warna kuning. Warna dataran rata di utara China. Berkait rapat

dengan asal usul kebudayaan Cina Han. Melambangkan tanda terima kasih dan hormat

kepada tanah. Kuning juga dikaitkan dengan maharaja. Dalam kepercayaan agama,

warna kuning juga dijadikan warna utama, oleh sebab itu, sami Buddha biasanya

memakai jubah kuning.

Bai bermakna warna putih. Warna alam spiritual upacara kematian dan pengkebumian

masyarakat Cina. Dalam agama Buddha warna putih melambangkan kesucian dan

berkait rapat dengan bunga teratai.

Hei bermakna warna hitam. Warna hitam melambangkan sesuatu yang misteri. Hitam

ialah warna tidak aktif, melambangkan ketakutan dan perbuatan yang jahat.

Dalam masyarakat Cina, warna memainkan peranan yang penting. Ia boleh

mempengaruhi emosi dan fikiran seseorang. Contohnya pada Hari Raya atau Hari

Kebesaran yang lain, pemuda pemudi dilarang memakai pakaian yang berwarna hitam

kerana ia dipercayai akan mendatangkan nasib ‘suae’ (malang). Ia dianggap kurang

sopan dan tidak menghormati orang lain sekiranya melawat rumah saudara dengan

pakaian demikian. Manakala pemuda pemudi digalakkan memakai pakaian yang

berwarna merah atau berwarna terang kerana warna merah melambangkan

kegembiraan dan bahagia. Bunyi ‘Hong’ juga membawa simbolik berjaya dengan

cemerlang.

Page 5: Seni Oriental Cina

1.3.3 Hukum Catan China

Hukum catan China merupakan asas yang penting dalam menghasilkan

sesebuah karya aliran China. Terdapat enam ciri ataupun boleh disebut sebagai kriteria

dalam hukum catan China. Keenam-enam kriteria ini adalah berasaskan prinsip Shi-

Vitalize Spirit.

Kriteria yang pertama ialah penggunaan warna secara monokrom dalam

sesebuah karya China. Penggunaan cat air ini adalah dalam ton warna yang terhad dan

kesan ini akan memberi impak yang mendalam. Warna yang sering digunakan dalam

karya China ialah warna hitam atau coklat. Kedua-dua warna ini adalah tergolong dalam

media dakwat.

Selain itu, komposisi juga memainkan peranan yang penting dalam catan China.

Komposisi adalah merupakan ruang atau sudut dimana ia mementingkan rangkaian

ruang berasaskan garisan tegak dan mendatar. Ruang atau sudut ini juga dikenali

sebagai ruang keemasan. Fungsi komposisi ini adalah untuk menonjolkan dan menarik

lagi perhatian orang ramai.

Di samping komposisi, wujud juga ton dan suasana untuk memberi suasana

yang lebih ghairah dan dinamik dalam sesebuah karya. Dalam penghasilan ton dan

suasana, prinsip Chi Yun Sheng Tung telah diaplikasikan dalam karya tersebut. Prinsip

Chi Yun Sheng Tung merupakan salah satu daripada enam prinsip dalam menghasilkan

catan China. Prinsip ini membawa maksud getaran rohani atau perasaan pelukis.

Dengan ini, prinsip ini adalah amat berguna dan penting dalam proses penghasilan

catan China.

Kriteria keempat ialah struktur dan sapuan berus. Dalam catan China, sapuan

memberi sesuatu pergertian. Di samping itu, ia dibuat secara spontan dan merupakan

simbol kepada semula jadi.

Selain itu, lakaran merupakan proses pertama dalam penghasilan sesuatu karya.

Lakaran memangpenting kerana lakaran adlah pembentukan awal sesuatu gambaran.

Page 6: Seni Oriental Cina

Tidak kira sama ada karya itu catan China atau Barat, lakaran adalah proses yang

pertama dalam penghasilan karya seni.

Kriteria yang terakhir adalah berhubungkait dengan objek. Dalam sesuatu karya,

pelukis harus berfikir tentang kesesuaian lukisan dengan objek yang ingin dilukis

olehnya. Walaupun lukisan tidak sama dengan objek sebenar tetapi perlu ada

persamaan dalamannya. Sebagai contoh, pokok dengan bunga merupakan pasangan

yang sesuai. Sekiranya pokok dengan komputer, komputer atau pokok tersebut akan

menjadi penegasan terhadap satu sama lain.

1.3.4 Catan Landskap Cina

Catan landskap Cina menggambarkan keindahan panorama alam semula jadi yang

nyata dan memberi pengaruh yang luas serta mengambil tempat yang istimewa dalam

seni catan Cina.

Dalam catan landskap China, bumi ataupun lebih khusus gunung dan air

merupakan dua aspek terpenting dalam landskap Cina, sesuai dengan pengertian

landskap ataupun shan-shui yang bermaksud gunung dan air. Cara pelukis Cina melukis

catan mereka adalah dengan berus dan cat air serta kertas beras. Media ini merupakan

media utama kepada catan seni Cina. Menurut buku Segerak Yusof Ghani, seniman

besar China, Kuo His pernah menyebut anak sungai adalah salur nadi ataupun urat-urat

kepada gunung. Dalam landskap Cina, aliran air dikelilingi oleh gunung-ganang serta

batu-bata besar yang dilukis berkepul-kepul seperti awan.

Pelukis-pelukis Cina gemar mengembara ke seluruh pelosok alam ini untuk

mengkarya. Hal ini demikian disebabkan oleh mereka ingin menghayati dan

merakamkan alam dengan penuh kejujuran. Dalam catan landskap Cina,

kebanyakannya menerangkan kepercayaan kaum Cina bahawa manusia merupakan

sebahagian daripada alam. Ini dipaparkan dengan imej figura manusia yang kecil

seringkali ditampilkan dalam komposisi alam semula jadi yang luas bagi menunjukkan

kekerdilannya serta menyedarkan bahawa manusia adalah bahagian kecil dari alam.

Malah, catan yang dihasilkan juga mempunyai falsafah dan sajak yang menyampaikan

perasaan hati pengkarya.

Page 7: Seni Oriental Cina

Dalam catan landskap Cina, binaan struktur landskap merupakan topik yang

penting dan harus difahami oleh pelukis dalam mengkarya dan memahirkannya.

Pertama sekali ialah pembahagian objek utama dan sekunder. Biasanya, benda yang

dilukis berdekatan dengan paras penglihatan dalam catan landskap Cina dikatakan

objek utama. Kedua, sifat memberi dan menerima untuk menghasilkan daya

kesungguhan dan irama kelembutan dalam lukisan diperlukan dalam pemandangan

pada sesebuah catan landskap Cina. Seterusnya, sifat nyata dan kabur yang

dipaparkan pada catan. Biasanya, sifat nyata dalam catan akan menonjolkan sesuatu

perasaan yang lebih berat, lebih nyata dan senang dikesan. Meninggalkan tempat

kosong dalam catan landskap Cina merupakan teknik yang penting dalam lukisan Cina

supaya lukisan tersebut dikatakan ‘elegant’ dan ruang ini dapat membezakan lapisan

lukisan. Kesan berus yang padat atau jarang juga penting agar sesuatu catan landskap

Cina tidak kelihatan kaku.

Beberapa ciri terdapat dalam catan landskap Cina iaitu tidak meniru alam secara

realistik tetapi tertumpu kepada ekspresi yang membawa pengertian terhadap

keseluruhan catan. Seseorang artis harus dapat berinteraksi dengan alam secara

harmoni dan terjemah falsafahnya melalui catan. Tambahan pula, konsep Yin dan Yang

menjadi teras kepada catan landskap Cina iaitu keseimbangan kekuatan dan

kelemahan. Kaum Cina percaya elemen-elemen dalam ala mini adalah saling

melengkapi. Contohnya, gunung, kuda hitam dan ayam jantan mewakili Yin manakala

kabus, air, awan, bunga dan lembah ialah Yang.

Page 8: Seni Oriental Cina