masyarakat cina kelantan

Upload: ubi-kayu

Post on 17-Jul-2015

2.823 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

PENGHARGAANBersyukur kami ke hadrat Illahi kerana dengan berkatnya, akhirnya dapat juga kami menyiapkan tugasan Hubungan Etnik kami yang bertajuk Masyarakat Cina di Kelantan. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan buat Dr. Fadzilah selaku pensyarah Hubungan Etnik yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta bimbingan dan nasihat kepada kami untuk menyiapkan Kerja Kursus kami dengan baik dan sempurna. Ucapan terima kasih juga ditujukan buat semua responden-responden yang terlibat dalam kajian kami ini, iaitu masyarakat Cina di kawasan-kawasan yang terbabit kerana kerjasama yang diberikan dengan baik dan mesra. Tanpa kerjasama mereka, tidak lengkaplah maklumat yang kami peroleh dan sukar untuk kami menjalankan kajian. Bantuan yang diberikan amatlah kami hargai. Tidak dilupakan kepada individu-individu yang terlibat membawa kami ke kawasan kajian iaitu Kampung Lubuk Tapah dan Kampung Saka. Akhir sekali, tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sedikit sebanyak menyumbang idea-idea bernas dan memberi pertolongan kepada kumpulan kami untuk menjayakan kajian kami. Juga buat individu-individu yang terlibat secara tidak langsung dalam kajian kami. Semua pertolongan yang dihulurkan amat dihargai dan hanya ucapan terima kasih mampu kami berikan. Kami berharap kajian kami ini menjadi pembuka jalan kepada sesiapa yang berminat untuk mengkaji lebih mendalam tentang kehidupan masyarakat cina yang tinggal di negeri Kelantan. Kerana sesungguhnya, kami amat berpuas hati dengan hasil yang kami dpat dapat daripada kajian ini.

1

1.0)

Pengenalan Sejarah Cina Kelantan memang menarik dan boleh dibandingkan

dengan Melaka di mana kain sarong dan pelikat yang cukup sinonim. Yang bezanya ialah Cina Kelantan mempunyai hubungan yang begitu akrab dengan Melayu, tidak hairanlah ada antara mereka dipanggil dengan nama Melayu. Istilah Cina Peranakan selalu digunakan bagi merujuk kepada kelompokkelompok orang Cina di Malaysia yang telah mengalami proses akultrasi dengan masyarakat Melayu dan pengaruh persekitaran tempatan.Istilah ini pada mulanya dipakai apabila kita merujuk kelompok Cina Baba dan Nyonya di Negeri-negeri Selat yang terdiri dari Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Cina Peranakan masih mengekalkan identiti Cina dan juga agama moyang mereka , agama Buddha tetapi kelainan agama ini tidaklah dapat dibezakan sangat antara Cina Peranakan dengan Melayu terutama pada penglihatan orang dari luar Kelantan. Budaya masyarakat Cina Peranakan Kelantan telah menjalinkan hubungan kaum. Orang Cina yang tinggal di kampung Melayu tolongmenolong demi kepentingan bersama. Mereka juga menghayati budaya Melayu dalam kehidupan harian mereka. Ini jelas menunjukkan masyarakat Cina dan Melayu, misalnya, pandai menyesuaikan diri dengan persekitarannya tanpa paksaan. Di Kelantan juga, restoran makanan halal Cina yang dikendalikan oleh orang Cina, turut menyiapkan tempat solat atas semangat menghormati pelanggan Muslim. Menyebut mengenai Cina Peranakan ini mereka memang mengambil beberapa unsur dan bibit budaya Melayu. Kalau kita sebut komuniti Cina Peranakan pasti akan mengandungi kompenan budaya Melayu dalam budayanya. Kalau kompenan ini hilang , bererti komuniti Cina Peranakan Kelantan turut hilang.

2

1.1)

Permasalahan Kajian

a) Adakah mereka menghadapi masalah diskriminasi oleh kaum mereka kerana lebih mengamalkan budaya dan cara hidup kaum Melayu.. b) Kesukaran-kesukaran yang di hadapi dalam proses menguasai loghat Kelantan. c) Bagaimana generasi terdahulu menerapkan cara hidup yang mereka amalkan kepada generasi muda mereka.

1.2)

Objektif Kajian

a) Mengkaji cara hidup dan budaya Masyarakat Cina di Kelantan b) Bagaimana mereka berjaya menguasai loghat kelantan,berinteraksi dan bekerjasama dengan kaum lain c) Membandingkan kehidupan Masyarakat Cina di Kelantan dengan Masyarakat Cina di negeri lain. d) Masalah yang dihadapi (komunikasi,perkauman) e) Mencari jalan penyelesaian(kajiselidik,temubual)

3

Bab 2 ) Kajian Pembacaan Cina Peranakan Kelantan diberi banyak gelaran berbanding dengan Baba dan Nyonya di Melaka. Orang Melayu memanggil mereka sebagai Cina kampung, Cina Kelantan atau Orang Cina kita dan bagi Cina di bandar, mereka dipanggil sebagai Cina benua atau Cina Bandar. Kekeliruan juga sering timbul kerana kadang kala Cina peranakan menggunakan nama terutama nama jolokan yang seakan-akan sama dengan orang Melayu. Cina Peranakan atau Cina Peribumi ini mempunyai ciri-ciri yang membezakan mereka dengan Cina bandar dan kaum tionghua yang biasa ditemui. Keunikan mereka ini wujud kerana berlakunya asimilasi budaya antara Cina, Melayu dan Siam. Masyarakat Cina Peranakan itu bertaburan di 48 buah kampung di Kelantan bermula di Sungai Pinang di Tumpat sehingga ke Gua Musang dan di sepanjang Sungai Kelantan. Walaupun tiada rekod bertulis mengenai kedatangan awal orang Cina ke Kelantan, namun mereka percaya kedatangan awal nenek moyang mereka ke negeri itu adalah lebih awal dari kedatangan Cina pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Menurut huraian dalam maklumat yang ditemui, budaya mereka dibahagikan kepada dua iaitu Fronstage dan Backstage. Frontstage bermaksud pengamalan dan gelagat mereka di dalam masyarakat di luar rumah.

4

Mereka bercakap dialek Kelantan sesama mereka, bercucuk tanam, berbual di anjung, memakai kain pelikat bagi lelaki, dan memakai kain batik bagi kaum wanita. Ada juga yang berkelubung kepala jika keluar rumah. Cina Peranakan ini juga memakan budu dan ulamulaman. Nama mereka juga menggunakan nama Melayu seperti Gan Awang, Tan Awang Besar, Lau Cheng San atau Che Hassan, Che Midah, Mek Su dan nama-nama lain mencerminkan bagaimana proses asimilasi telah merubah dan membentuk budaya tersendiri di kalangan masyarakat tempatan. Manakala Backstage pula ialah gelagat dan budaya mereka jika berada dalam rumah. Ini bermaksud, mereka masih lagi mengekalkan budaya Cina seperti sembahyang, adat perkahwinan dan juga upacara pengkebumian. Walaupun berbangsa Cina namun kulit mereka kebanyakannya sawo matang dan berkomunikasi dalam bahasa Melayu dialek Kelantan dengan bahasa Hokkien yang berbeza hasil campuran Melayu dan Thai. Tetapi umumnya mereka tidak tahu berbahasa Mandarin. Interaksi antara etnik Cina dan Melayu di Kelantan yang wujud sejak dahulu (mula dari zaman kanakkanak) menyebabkan wujudnya persefahaman dan rasa hormat di antara satu sama lain.Kesannya,masyarakat Cina kampung,Melayu masing-masing mempunyai minat yang sama dalam permainan tradisi seperti wayang kulit,menora dan wayang gedek. Sebagai contohnya,kegiatan budaya mereka yang menkagumkan adalah seperti berdikir barat,malah mempunyai tok dalang yang cukup gah dalam kumpulan pemain wayang kulit,dan juga pembuat patung atak wayang kulit.

5

Yang menariknya, baik lelaki mahupun wanita, mereka suka makan sireh di waktu lapang dan memakai semutar (serban) apabila bekerja di bawah terik matahari.Kebolehan menulis dan membaca dalam Jawi adalah satu perkara biasa bagi generasi tua Cina Peranakan Kelantan yang mendapat pendidikan di sekolah aliran Melayu selain pergaulan yang rapat sejak kecil dengan rakan mereka yang berbangsa Melayu.

6

Di kampung, rumah mereka adalah sama seperti rumah Melayu dan tempat tokong yang kelihatan di luar rumah saja yang membezakannya. Senibina yang ada seperti rumah asal Cina Peranakan Kelantan juga amat unik dan menarik. Rekabentuk, jenis kayu, malah ukiran yang dipahatkan adalah seni Melayu. Cuma tulisan kaligrafi Cina sahaja yang mempunyai ciri keCinaan menghiasi ruang tamu dan anjung. Namun, kesenian dan kehalusan senibina ini kian mereput kerana tiada usaha pemuliharaan dilakukan. Di Kelantan sahaja, ada 24 tokong dengan tokong tertua berusia 600 tahun dikesan di Kampung Pulai, Gua Musang, dan tokong 300 tahun di Kampung Tokong, Kemubu.

7

Kedatangan awal masyarakat Cina ke Malaysia bermula di Kelantan, dan bukan di Melaka.Ini adalah berdasarkan sebuah patung lama Ma Chor Bew di tokong Sui Yek Khong di Pulai, Gua Musang, yang dikesan berasal dari zaman Dinasti Ming yang memerintah Negeri China antara 1368 sehingga 1644.Sebenarnya Kuam Cina Peranak mempunyai persatuan yang ditubuhkan pada 1987. Antara cadangan yang dikemukakan kepada pihak kerajaan ialah mewujudkan sebuah Muzium Cina Peranakan Kelantan. Cina Peranakan yang menebal dengan pengamalan budaya Cina Tradisonal juga terhakis dengan arus kemodenan. Selain daripada serangan globalisasi, kepupusan budaya ini berlaku dengan beberapa faktor. Faktor penghijrahan ke bandar dan perkahwinan campur turut menyumbang kepada kepupusan ini. Menurut,Gan Awang yang juga Presiden Persatuan Cina Peranakan Kelantan mengakui bahawa adalah mustahil kepupusan itu akan berlaku kerana kebanyakan mereka yang berumur 45 tahun ke bawah sudah tidak mengamalkan budaya ini lagi untuk menyesuaikan diri mereka dengan arus perkembangan zaman. Bagaimanapun, budaya dan amalan memakai kain pelikat bagi lelaki dan berkemban kain batik bagi wanita Cina Peranakan Kelantan itu mungkin akan pupus dalam tempoh lima hingga10 tahun lagi berikutan dengan arus pemodenan.

8

3.0 Pemilihan Lokasi Lokasi berikut menjadi pilihan kami untuk menjalankan kajian kerana

mempunyai ramai penduduk dan peniaga cina Kelantan : 1. Kg. Lubok Tapah, Pasir Mas 2. Kg. Saka, Tal Tujoh, Kota Bharu 3. Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu 3.1) Kaedah Kajian Untuk menyempurnakan tugasan kami mengenai Masyarakat Cina di Kelantan, kami telah berbincang untuk melaksanakannya melalui dua kaedah : 1. Kaedah temubual * Kami akan ke tempat kajian dan berjumpa serta memilih beberapa peniaga Cina di Kelantan dan meminta kebenaran untuk menemubual mereka secara ringkas mengenai perkara yang berkaitan dengan perpaduan. Kami akan merakamkan temubual yang dibuat. Segala jawapan dan kerjasama yang diberikan akan dicatatkan sebagai rekod kajian kami. 2. Kaedah pemerhatian *Pemerhatian bermaksud, semasa berada di lokasi kajian, kami akan memerhatikan sikap dan tingkahlaku kaum Cina di Kelantan dalam pergaulan mereka. Kami akan merakam kan apa yang kami saksikan melalui video dan gambar untuk menunjukkan bagaimana masyarakat Cina di Kelantan mengamalkan budaya masyarakat Melayu.

9

4.0 RESPONDEN 1 NAMA: LIM CHUNG YAU UMUR: 52 TAHUN TEMPAT TINGGAL: KAMPUNG LUBUK TAPAH, LEMAL, PASIR MAS, KELANTAN ( PERKAMPUNGAN ORANG CINA DAN ORANG MELAYU) PEKERJAAN: PEMILIK BENGKEL DAN ALAT GANTI KERETA MUTIARA AUTO SPARE PART NAMA GELARAN DI KELANTAN: AYA NAMA ISTERI: CHUA CHU SIN 4.0.1 Latar belakang Melalui temu bual yang telah kami jalankan terhadap responden ini yang lebih dikenali sebagai Aya, masyarakat Cina yang menetap di Kelantan sebenarnya berasal dari Tanah Besar China. Petempatan mereka di Tanah Melayu khususnya di negeri Kelantan bermula sejak zaman pemerintahan sebelum merdeka apabila penduduk daripada Negara China dibawa masuk oleh British untuk bekerja sebagai buruh di lombong-lombong. Kesannya, mereka terus menetap di Tanah Melayu dan membina keluarga di sini. Menurut Aya, nenek moyang keluarganya telah menetap di Kelantan selama 4 generasi dan dipercayai generasi pertama yang datang menetap di Kelantan berasal daripada Beijing. Ayah dan ibunya pula memang dilahirkan di Kelantan dan menetap secara tetap di Kelantan. Sehingga kini, masih terdapat saudara maranya di sana, cuma tidak diketahui secara terperinci petempatan mereka di sana kerana telah terputus hubungan.

10

4.0.2 Bahasa Dalam kehidupan seharian, Aya memang menggunakan loghat Kelantan sebagai medium utama untuk bertutur dengan masyarakat Kelantan yang lain. Contohnya, dalam urusan perniagaan bengkel keretanya, beliau memang menggunakan loghat Kelantan dengan pelanggan sama ada dengan orang Melayu atau orang Cina kerana logaht ini telah sebati dengan dirinya. Tambahan pula, pekerja-pekerja di bengkel Mutiara Auto ini semuanya terdiri daripada orang Melayu. Ini menunjukkan hubungan akrab antara masyarakat Cina di Kelantan dengan penduduk tempatan. Menurutnya lagi, bahasa Cina hanya digunakan dalam urusan rasmi sahaja seperti urusan surat menyurat dan sebagainya. Selain loghat Kelantan sebagai bahasa utama, bahasa Cina kamung iaitu Hokkien turut digunakan dan terdaapt juga bahasa campur Melayu iatu bahasa Cina dan Siam. Ini kerana, terdapat juga orang Cina yang boleh bertutur bahasa Siam dengan baik dan mencampuradukkan penggunaan bahsa ini dengan lohgat Kelantan. Namun, hanya generasi tua sahaja mampu bertutur bahasa siam dan majority golongan muda hanya mampu menggunakan loghat Kelantan tanpa pengaruh siam. Selain dalam urusan pekerjaan, loghat Kelantan juga digunakan sebagai bahasa pertuturan di kalangan ahli keluarganya. Isteri serta empat orang anaknya fasih bertutur dalam loghat Kelantan. Saudara maranya yang menetap di Kelantan juga memang lebih menggunakan loghat Kelantan berbanding bahasa ibunda mereka. Apabila ditanya bagaimana mereka fasih bertutur dalam loghat Kelantan, Aya menjawab bahawa kebolehan untuk bertutur itu datang secara semulajadi dan bukan sesuatu yang mereka perlu pelajari seperti bahasa Inggeris. Ini kerana, keluarga mereka pada masa dahulu juga menggunakan loghat Kelantan dan kebolehan itu telah diwarisi secara turun temurun. Seperti juga keluarga Melayu di mana anak-anak mereka11

tidak perlu diajar bagaimana untuk bertutur dalam bahasa Melayu kerana secara semualajadi mereka memahami dan cuba untuk bertutur dalam bahsa yang diamalkan oleh kleurga mereka. Tiada paksaan terhadap masyarakat Cina di Kelantan untuk bertutur menggunakan loghat Kelantan. Anak-anaknya juga hanya mendapat pendidikan di sekolah Cina pada peringkat sekolah rendah sahaja. Manakala, pada peringkat menengah, anak-anaknya bersekolah di sekolah Melayu. Ini adalah salah satu cara agar anak-anaknya dapat bergaul dengan orang Melayu supaya tidak timbul sebarang masalah kelak. Selain itu, Aya banyak bercampur dengan orang-orang Melayu untuk lebih menyesuaikan diri dengan persekitaran. Tambahan pula, kawasan rumahnya terletak di kawsan perumahan orang Melayu dan Cina. Oleh itu, beliau sentiasa harus bijak menyesuaikan diri untuk mengelak sebarang masalah dengan penduduk di situ. Dapat dirumuskan bahawa kebolehan mereka menggunakan loghat Kelantan ialah kerana kebolehan mereka untuk menyesuaikan diri dengan cara hidup penduduk tempatan agar mereka dapat hidup aman damai di negeri itu. 4.0.3 Makanan Dalam kehidupan seharian, Aya lebih selesa mengamalkan makanan orang Melayu. Budu, makanan popular orang Kelantan adalah makanan yang telah sebati dengan dirinya. Budu amat enak dijamah bersama nasi dan menurut Aya lagi, beliau lebih selesa makan menggunakan tangan berbanding menggunakan garfu dan sudu. Ini menunjukkan bahawa adat dan cara hidup orang Melayu telah menjadi amalan dalam kehidupan seharian masyarakat Cina di Kelantan. Tambahan pula, isteri Aya turut mahir dalam masakan Melayu terutamanya menu ikan rebus iaitu menu kegemaran Aya. Jika terdapat kenduri kahwin orang Melayu12

di kawasan kampungnya, Aya tidak sedikitpun kekok untuk menjamah menu di kenduri itu walaupun semuanya masakan orang Melayu. Walaupun begitu, amalan makan besar yang menjadi amalan utama masyarakat Cina tidak dilupakan. Amalan itu masih diamalkan jika terdapat perayaan penting, namun dalam kehidupan seharian, Aya mengakui lebih selesa memilih cara orang Melayu kerana keluarga ibu bapanya juga telah mengamalkan cara hidup orang Melayu berbanding cara hidup masyarakat Cina di negeri lain. 4.0.4 Pakaian Menurut pemerhatian kami, keluarga Aya memakai pakaian seperti orang-orang Cina di negeri lain iaitu baju t-shirt biasa dan seluar pendek bagi lelaki. Walaupun begitu, menurut cerita Aya, dalam majlis-majlis keramaian di Kelantan, sekali-sekala mereka akan memakai pakaian orang Melayu. Contohnya isteri beliau pernah memakai kain sarung atau kain batik iaitu pakaian utama wanita Melayu. Selain itu, Aya pernah memakai songkok kerana keingininan untuk mendalami kehidupan orang Melayu. Dalam bidang pekerjaan, Aya menyatakan bahawa orang Cina lebih selesa mengikut cara orang Melayu. Beliau member contoh pekerja Cian dalam sector kerajaan khususnya. Bagi wanita, mereka selesa memakai baju kurung untuk pergi bekerja atau untuk mengajar di sekolah. Dalam situasi ini, sekali lagi aya menegaskan bahawa tiada paksaan untuk mereka mengikut cara orang Melayu sebaliknya itu ialah kehendak mereka untuk lebih mengenali dn nerapatkan silaturrahim dengan kaum berbilang bangsa.

13

4.0.5 Agama dan kepercayaan Majoriti masyarakat Cina di Kelantan masih berpegang kepada ajaran agama mereka. Keluarga Aya menganut agama Buddha namun menurut pandangan peribadinya, terdapat ajaraan Islam turut disesuaikan dalam kehidupan hariannya. Ini kerana, setiap agama menggalakkan penganutnya melakukan kebaikan dalam kehidupan dan saling menghormati. Terdapat juga sebilangan kecil masyarakat Cina di negeri itu yang memeluk Islam. Walaupun Aya tidak menganut agama Islam, tetapi pengetahuannya dalam Islam Rumahnya yang berdekatan dengan masjid sangat luas. Aya membolehkan

mengetahui masuknya waktu-waktu solat dan apabila ditanya, tidakkah suara azan dari masjid mengganggu ketenteramannya, Aya menjelaskan tidak sedikit pun rasa itu timbul dalam hatinya. Menurutnya lagi, walaupun berbeza anutan dan fahaman dalam agama, namun sifat saling menghormati amat penting untuk mengukuhkan hubungan dengan penduduk setempat. Beliau sangat memahami fahaman orang Islam, pantang larangnya serta hukum hakam dalam ajaran Islam. Beliau pernah cuba berpuasa dan sangat fasih untuk mengungkapkan Assalamualaikum wbt membuatkan kami sangat terpegun dengan kebolehannya. Apabila ditanya mengapa beliau mengambil tahu tentang ajaran Islam, Aya menjawab hal itu penting supaya tidak timbul sebarang pergaduhan kerana isu agama adalah sensitiviti setiap individu. Beliau juga menambah penduduk di situ juga memahami pegangan masyarakat Cina. Inilah kunci kepada keharmonian di kampung itu kerana tidak pernah berlaku sebarang pergaduhan yang menyentuh tentang isu agama.

14

4.0.6 Pandangan peribadi sebagai masyarakat Cina di Kelantan Apabila ditanya adakah beliau berbangga menjadi masyarakat Cian di Kelantan, Aya menjawab bahawa beliau sangat berbangga menjadi orang Kelantan. Menurutnya, walaupun negeri Kelantan kurang membangun berbanding negeri lain, tetapi orang Kelantan ialah contoh negeri 1 Malaysia di mana penduduknya sangat bersatu padu, memahami satu sama lain dan mempunyai hubungan kekeluargaan yang kukuh walaupun berlainan agama dan bangsa. Terdapat juga kaum Cina yang mendiskriminasikan masyarakat Cina di Kelantan kerana kurang setuju dengan masyarakat di negeri itu yang keseluruhannya selesa mengamalkan cara hidup orang Melayu. Sebenarnya, masyarakat Cina di Kelantan sangggup membuang ego dan perasaan pentingkan diri untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan orang Melayu di situ, tidak seperti masyarakat Cian di negeri lain. Jika diberi pilihan untuk tinggal di negeri lain, Aya menolak dan menjawab beliau tidak akan meninggalkan Kelantan kerana cintakan keamanan dan keharmonian di negeri itu.

15

4.1 Responden 2 NAMA: CHIA SIEW HAI UMUR: 40 TAHUN TEMPAT TINGGAL: KAMPUNG SAKA, TAL TUJOH, KOTA BHARU, KELANTAN ( PERKAMPUNGAN ORANG CINA ) PEKERJAAN: PENGHULU KAMPUNG DAN PENIAGA NAMA GELARAN DI KELANTAN: CHIN, TOK JINJANG, ANUKI NAMA ISTERI: ONG LEE SEW BILANGAN ANAK: 3 ORANG PEREMPUAN 4.1.0 Latar Belakang Chia Siew Hai, 40 tahun adalah salah seorang responden yang telah di temubual di Kampung Saka, Tal Tujoh. Kampung ini terletak hanya beberapa kilometer sahaja daripada Bandar Kota Bharu. Kampung tersebut merupakan sebuah perkampungan masyarakat cina yang di kelilingi oleh perkampungan masyarakat melayu. Walaubagaimanapun, mereka boleh hidup dengan aman dan tenteram. Chia Siew Hai ialah Penghulu bagi masyarakat cina di kampung ini. Beliau lebih dikenali dengan nama Tok Jinjang di kalangan penduduk kampung dan kawan-kawan tetapi ahli keluarga memanggilnya Chin sahaja. Beliau pernah membesar dalam sebuah keluarga angkat melayu dan dari situ dia mendapat nama melayu nya iaitu Anuki. Penghulu Anuki telah berumahtangga dengan mengahwini Ong Lee Sew berusia 37 tahun dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan.

16

Pekerjaan utama beliau adalah memegang tanggungjawab sebagai penghulu kampung tetapi beliau turut melakukan kerja sampingan yang lain seperti bercucuk tanam dan berniaga kecil-kecilan dengan kesempatan yang ada dalam kehidupan beliau. Aktiviti pertanian merupakan salah satu punca pendapatan terbesar bagi penduduk Kampung Saka kerana mereka memiliki bidang tanah yang luas untuk diusahakan seterusnya menjual hasil-hasil pertanian tersebut di mana-mana kedai dan pasar yang terdapat berhampiran kawasan kampung itu. Pertanian yang dijalankan adalah diwarisi daripada ibubapa dan nenek moyang mereka untuk dikembangkan. Menurut beliau, kebanyakan penduduk di kampung ini sememangnya berasal dari sini kerana Kampung Saka ini di asaskan oleh nenek moyang mereka yang telah datang berdagang dari Negara China beberapa keturunan yang lalu dan mereka telah berlabuh di perairan sungai berdekatan kampung ini dan membina penempatan yang mereka diami sehingga kini. Khabarnya, nenek moyang mereka telah menggunakan kayu yang terdapat pada kapal mereka untuk membuat rumah. Reka bentuk rumah yang terhasil berdasarkan seni bina dari negara asal mereka masih dikekalkan sehingga kini kerana keunikan dan rasa sayang penduduk di sini untuk mengubahnya. Daripada penempatan yang dibina, mereka mengusahakan tanaman sebagai punca makanan mereka pada masa tersebut dan telah di komersialkan oleh generasigenerasi yang ada sekarang.

17

4.1.2 Loghat / Bahasa Rata-rata penduduk cina di Kelantan lebih mengamalkan loghat Kelantan untuk berkomunikasi termasuklah Penghulu Kampung Saka ini. Menurut beliau, beliau lebih selesa dan amat fasih bertutur menggunakan loghat Kelantan dalam kehidupan seharian. Dengan jawatan penghulu kampung, beliau kerap berinteraksi dengan masyarakat luar terutama orangorang melayu kerana di situ tidak ramai penghulu kampong yang berbangsa cina. Tambahan pula, di sekitar Kampung Saka ini adalah perkampungan orang-orang melayu. Selain itu, beliau merupakan seorang peniaga jadi, loghat Kelantan sentiasa digunakan kerana ianya merupakan bahasa rasmi bagi penduduk Kelantan tidak kira bangsa dan agama. Loghat Kelantan bukan sahaja digunakan untuk untuk tujuan interaksi dalam pekerjaan tetapi beliau turut mengamalkannya di dalam pertuturan keluarga. Walaupun isteri dan anaknya tidak fasih menggunakan loghat Kelantan tetapi mereka boleh menguasainya dengan baik. Saudara mara beliau yang kebanyakannya tinggal di Kelantan turut fasih menggunakan loghat Kelantan. Apa yang uniknya, Penghulu Anuki masih boleh menggunakan bahasa cina kampung sahaja iaitu Hokkien malah tidak fasih seperti orang cina yang sebenar cuma, beliau boleh memahami bahasa cina yang dituturkan oleh orang cina yang lain tetapi semakin sukar untuk menjawab dalam bahasa cina yang sama. Menariknya, beliau sudah tidak boleh membaca buku-buku yang bertulisan cina rasmi kerana terlalu mendalami loghat Kelantan dan bahasa melayu. Selain itu, loghat Kelantan digunakan semasa berinteraksi dengan kawan-kawan dan penduduk kampung. Ini kerana, rakan-rakan beliau lebih ramai yang berbangsa melayu memandangkan tempat tinggal beliau yang dikelilingi perkampungan masyarakat melayu dan juga peniaga-peniaga melayu. Tambahan pula, beliau mempunyai keluarga angkat melayu. Beliau18

boleh menguasai loghat Kelantan secara semulajadi kerana di besarkan dalam lingkungan masyarakat melayu selain daripada pendidikan yang diperolehi daripada persekolahan. Beliau mendapat didikan peringkat rendah di sekolah kebangsaan cina dan mendapat pendidikan menengah di sekolah menengah berteraskan melayu. Perkara yang sama dilakukan kepada anak-anak beliau supaya mereka tidak rasa terasing bila berada dalam masyarakat melayu. Menurut Penghulu Anuki, beliau sangat berbangga dapat menguasai dan mengamalkan penggunaan loghat Kelantan dalam kehidupan harian malah mengharapkan generasi-generasi akan datang akan merasakan perkara yang sama. Beliau merasakan menggunakan loghat yang sama bagi semua kaum boleh menguatkan hubungan yang telah sedia terjalin. 4.1.3 Makanan Bagi setiap kaum, makanan sentiasa dititikberatkan tentang penghasilan dan bahan-bahan yang terkandung di dalam nya. Apa yang berlaku di sini, penduduk cina dan penduduk melayu sentiasa waspada tentang makanan yang boleh dan tidak boleh di makan oleh mereka. Penghulu Anuki berkata, mereka lebih mengamalkan masakan-masakan melayu sebagai makanan utama mereka termasuklah makanan-makanan yang popular terdapat di Kelantan seperti budu, ulam-ulaman, nasi kerabu dan sebagainya. Masakanmasakan tersebut di masak sendiri oleh isteri beliau yang diwarisi dari keluarga mereka sendiri. Malahan sebahagian besar daripada mereka sudah tidak pandai kenduri menggunakan yang dijemput chopstick oleh untuk makan melayu sebaliknya kerana beliau makan tidak menggunakan tangan seperti ornag melayu. Selain itu, beliau turut menghadiri masyarakat mempunyai masalah untuk menjamah masakan-masakan melayu. Biasanya jemputan melibatkan majlis-majlis perkahwinan atau perayaan seperti Hari Raya Puasa dan Hari Raya Korban.

19

Begitu juga sebaliknya, sebagai contoh perayaan Tahun Baru Cina, masyarakat melayu turut daatng bertandang ke rumah beliau tetapi bagi menjaga sensetiviti orang melayu, beliau hanya menyediakan hidanganhidangan segera seperti buah limau, air kotak, biskut dan kerepek-kerepek yang dibeli daripada peniaga melayu. Walaubagaimanapun, makananmakanan biasa orang cina tidak dilupakan kerana mereka tetap mendapatkannya tetapi dalam kadar yang sangat jarang. Seperti juga makanan rasmi mereka. Makanan tersebut akan disediakan bila tibe musim perayaan mereka seperti menu Yee Sang dan kuih bakul untuk perayaan cina dan kuih bulan bila menjelang hari Chap Goh Mei. Rumusannya, makanan tidak menjadi masalah buat penduduk cina Kelantan untuk diadaptasikan ke dalam kehidupan mereka kerana bagi mereka makanan melayu terutama masakan-masakan Kelantan adalah istimewa, unik dan sedap. Dengan masakan juga mereka boleh bergaul baik dengan masyarakat melayu di Kelantan. 4.1.4 Pakaian Dari segi pakaian, masyarakat cina Kelantan tidak ketinggalan kerana biasanya mereka berpakaian seperti masyarakat-masyarakat lain juga, memakai seluar, t-shirt, kemeja, blaus dan pelbagai lagi. Menariknya kata Penghulu Anuki, wanita penduduk kampung beliau lebih selesa memakai kain batik ketika berada di rumah dan bagi mereka yang bekerja seperti menjadi guru atau bekerja kerajaan, mereka boleh mengenakan baju kurung atau baju kebaya tanpa masalah untuk pergi bekerja. Kain batik sudah sinonim bukan sahaja kepada penduduk Kampung Saka malahan seluruh penduduk cina yang ada di Kelantan. Jika wanita dengan kain batik dan baju kurung, tidak kurang juga dengan orang lelaki cina di sini. Bagi Penghulu Anuki sendiri, beliau pernah

20

memakai baju melayu kebanggan orang Islam dengan siap bersongkok bagi menghadiri majlis rasmi yang melibatkan kesesuaian untuk berpakaian saperti itu. Beliau tidak segan malah gembira dapat mamakai pakaian tersebut. Bagi hari-hari biasa, beliau lebih selesa mengenakan baju kemeja dan t-shirt. Jika tidak ke mana-mana, beliau hanya memakai kain pelikat ketika berada di rumah atau melakukan kerja-kerja berdekatan rumah beliau. Bagi masyarakat cina di sini, memakai pakaian seperti orang melayu bukanlah sesuatu yang kekok tapi ia boleh menjadi lambang perbezaan antara masyarakat cina di Kelantan dan masyarakat cina yang berada di negeri-negeri lain. 4.1.5 Agama dan Kepercayaan Penduduk Kampung Saka semuanya menganut agama Buddha. Penghulu Anuki berkata, mereka masih mengamalkan agama yang mereka anuti sebagai pegangan dan pedoman hidup mereka. Akan tetapi, ada sesetengah adat yang terdapat dalam agama mereka telah diadaptasi apabila mereka memasukkan unsur-unsur budaya masyarakat melayu ke dalamnya bagi menyesuaikan adat dan budaya tersebut dengan keadaan sekitar mereka yang dikelilingi masyarakat melayu Kelantan. Walaupun begitu, masyarakat di sini memahami dan menghormati adat dan budaya kaum masing-masing. Namun begitu, penduduk cina di sini memngetahui serba sedikit tentang agama Islam kerana mereka merasakan dengan mengetahui agama Islam, mereka boleh lebih memahami masyarakat melayu Kelantan yang beragama Islam umumnya. Penghulu Anuki sendiri, melalui temubual yang kami jalankan, beliau mengaku pernah cuba belajar berpuasa seperti orang Islam selama dua bulan dan hasilnya, beliau berasa berpuas hati dapat mengalami pengalaman seperti itu malah membenarkan bahaya puasa boleh membuatkan badan seseorang berasa lebih siihat dan bertenaga.

21

Oleh sebab itu kata beliau, penduduk Kelantan boleh tinggal harmoni dengan berbilang kaum kerana masing-masing memahami dan menghormati agama yang di anuti oleh kaum yang berbeza. Justeru, tidak pernah timbul isu atau perselisihan faham yang menyentuh sensitivity agama berlaku di negeri Kelantan ini.

4.1.6 Pandangan peribadi sebagai masyarakat cina Kelantan Kami mengakhiri temubual bersama Penghulu Anuki dengan bertanya kepada beliau, jika di beri pilihan berpindah ke negeri lain, adakah beliau bersetuju? Dengan pantasnya beliau menjawab tidak. Kami meminta penjelasan dan bbeliau berkata, beliau cukup berbangga menjadi salah seorang penduduk yang tinggal di Kelantan kerana bagi beliau berasa lebiih senang dan gembira berada di Kelantan jika dibandingkan dengan negerinegeri lain dan tidak pernah memasang hajat untuk berhijrah ke mana-mana negeri lain walaupun di Malaysia sahaja. Bagi pihak beliau sendiri merasakan pentdbiran yang di amalkan di negeri Kelantan cukup baik untuk mereka terima dan terus menyokong. Beliau juga berkata, pada pandangan beliau, masyarakat cina di negerinegeri lain tidak dapat bersatu seperti yang berlaku pada kaum beliau yang tinggal di Kelantan. Selain itu, beliau berasa selesa untuk terus bersama penduduk Kelantan yang secara peribadinya di katakan ramah dan tidak memilih kawan. Apa yang penting bagi mereka, sekali berkawan, selamalamanya mereka adalah kawan tidak mengira kaum, bangsa dan agama.

22

Latar belakang responden 3: Nama: Ong Eh Chiang Nama panggilan: Pak Cik Ong Umur: 78 tahun Tempat tinggal: Kampung Saka Bilangan anak: 5 orang Pak Cik Ong yang bekerja sebagai petani, menggunakan Bahasa Cina Hokkien sebagai bahasa pertuturan sesama ahli kelurga dan menggunakan Bahasa Malaysia semasa bertutur dengan jiran-jiran dan orang Melayu. Dari segi makanan pula Pak Cik Ong lebih gemar dengan makanan ruji masyarakat Kelantan terutamanya budu. Manakala pakaian pula beliau biasa memakai kain pelikat yang menjadi pakaian kebiasaan lelaki Melayu. Walaupun anakanak Pak Cik Ong boleh berbahasa dialek Kelantan tetapi kesemuanya tidak tinggal di Kelantan dan menyebabkan Pak Cik Ong yang telah kematian isteri tinggal berseorangan.

23

Latar belakang responden 4: Nama: Teo Eh Hin Nama panggilan: Pak Cu Hin Umur: 78 tahun Tempat tinggal: Kampung Saka Bilangan anak: 4 orang Pak Cu Hin yang juga bekerja sebagai petani turut bertutur bahasa Kelantan ketika berkomunikasi dengan jiran-jiran dan orang Melayu. Namun beliau juga kadang-kala bertutur Bahasa Cina Hokkien sesama kaum Cina. Sama seperti responden yang lain, Pak Cu Hin gemar memakan budu. Menurutnya, beliau tidak pernah bosan makan makanan itu sejak kecil. Anak-anak Pak Cu Hin semuanya menetap di Kelantan dan fasih bertutur dialek Kelantan. Cara Pak Cu Hin berpakaian pula sinonim dengan masyarakat Melayu di situ iaitu berkain pelikat dan berbaju T.

24

Pandangan kaum cina lain terhadap masyarakat cina di Kelantan Bagi tajuk ini, saya akan membincangkan tentang pendapat masyarakat Cina di Kelantan terhadap isu ini. Menurut responden pertama kami iaitu Lim Chung Yau, atau senang dengan panggilan Aya, kebanyakan kaum cina bukan Kelantan menerima perbezaan budaya, bahasa mahupun sosialiti di antara mereka dengan terbuka. Aya yang bekerja sebagai pemilik bengkel, tidak memberi jawapan panjang tentang soalan ini. Tambahnya lagi, beliau tidak pernah didiskriminasi oleh mana-mana kaum selama hidupnya di situ. Tambahan pula beliau tidak mempunyai saudara-mara yang tinggal di luar kelantan. Namun apabila ditanya sekiranya diberi pilihan samada untuk berpindah ke negeri lain beliau tetap dengan keputusan menetap di situ kerana Kelantan lebih selesa dan mesra. Menurut Ketua Kampung Saka, Chia Siew Hai, atau Anuki, tugasnya selaku Ketua Kampung banyak memerlukan beliau untuk berinteraksi dengan masyarakat luar. Selama menjalankan tugasnya beliau telah bertemu dengan pelbagai jenis ragam manusia. Ada di antara mereka yang tidak mahu mendekati mereka. Sebilangannya adalah dari kaum Cina sendiri. Kaum Cina bukan Kelantan sesetengahnya memandang rendah terhadap masyarakat Cina di Kelantan. Mereka berasakan diri mereka lebih superior dari masyarakat Cina di Kelantan. Faktor-faktor yang membawa kepada keangkuhan ini adalah kerana cara hidup masyarakat Cina di Kelantan yang agak tradisional berbanding Cina bukan Kelantan yang lebih moden. Namun hal ini sedikit pun tidak menjejaskan semangat kenegerian masyarakat Cina di Kelantan. Mereka tetap sayang dan setia dengan negeri mereka. Apabila ditanya, beliau lebih suka tinggal di Kelantan dan jika diberi pilihan beliau akan terus tinggal di situ. Baginya, masyarakat Kelantan lebih muafakat dan bersatu padu walaupun berlainan kaum dan agama.

25

Faktor lain juga termasuklah masyarakat cina di Kelantan telah mengalami proses asimilasi di mana mereka telah mengadaptasi budaya kaum Melayu di Kelantan. Hal ini telah menyebabkan timbul perasaan jauh hati oleh kaum Cina lain. Umum mengetahui bahawa kaum Cina di Malaysia amat memelihara budaya dan bahasa mereka. Apabila masyarakat Cina di Kelantan mengasimilasi budaya Melayu seperti lenggok bahasa dialek Kelantan dan makan makanan ruji masyarakat Melayu di Kelantan, kaum Cina bukan Kelantan berasakan tindakan itu sebagai sesuatu yang tidak wajar. Oleh itu mereka mengambil keputusan untuk mengasingkan diri dari masyarakat Cina di Kelantan. Bagi Anuki, kesemua saudara-maranya yang tinggal di luar Kelantan jarang datang melawatnya di Kelantan. Malah beliau lebih rapat dengan jiranjiran dan kawan-kawan di Kelantan samada Cina mahupun Melayu. Apabila bertandang mereka akan merungut kerana wujud perbezaan gaya hidup. Contohnya, keluarga Anuki tidak menggunakan chopstick untuk makan dan ini menyebabkan saudara-maranya sukar untuk makan. Tambahan pula makanan yang disajikan lebih terarah kepada selera masyarakat Melayu yang gemar makanan pedas dan berlemak. Faktor politik juga mempengaruhi pandangan Cina bukan Kelantan terhadap masyarakat Cina di Kelantan. Rata-rata hampir kesemua masyarakat Cina di Kelantan menyokong pimpinan pemimpin Islam di Kelantan. Ramai di antara mereka juga mempunyai pengetahuan yang luas tentang agama Islam. Berkemungkinan juga faktor ini menyebabkan prejudis kaum Cina bukan Kelantan terhadap mereka. Nenek moyang Anuki juga pernah berkahwin dengan kaum Melayu dan Siam. Ada di antara mereka menganut agama Islam. Bagi Anuki, seorang penganut Buddha, faktor agama dan perkahwinan campur juga menyebabkan kaum Cina bukan Kelantan mengasingkan diri dari mereka.

26

Kesimpulannya, pandangan kaum Cina bukan Kelantan terhadap masyarakat Cina di Kelantan bukanlah prejudis kesemuanya. Ianya bergantung kepada penerimaan dan keterbukaan seseorang individu mengenai hal ini dan sedalam mana perasaan perkauman yang terkandung dalam diri mereka. Bagi masyarakat Cina di Kelantan mereka sanggup mengenepikan budaya asal mereka semata-mata demi mencapai kehidupan harmonis dengan masyarakat setempat. Seharusnya, kaum Cina bukan Kelantan menerima perubahan ini dan memandangnya sebagai satu langkah drastik untuk membina sebuah negara bangsa seperti yang dicita-citakan.

27

Soalan-soalan kajian:1. Ceritakan secara ringkas tentang diri anda, nama sebenar, umur dan pekerjaan? 2. Adakah anda mempunyai panggilan nama melayu? 3. Adakah anda tahu dari manakah asal usul keturunan anda bermula? 4. Berapa lamakah anda telah menetap di Kelantan? 5. Berapa lama masa yang diperlukan oleh anda untuk menguasai sepenuhnya loghat Kelantan? 6. Adakah generasi terdahulu turut bertutur dalam loghat kelantan? 7. Mengapakah anda lebih gemar menggunakan loghat kelantan

berbandingkan bahasa cina? 8. Apakah kelebihan yang anda perolehi dengan mempraktikkan amalan dan budaya orang melayu di kelantan? 9. Tidakkah anda menyesal menggunakan loghat kelantan berbanding bahasa ibunda anda? 10. Adakah anda menghadapi sebarang diskriminasi oleh masyarakat cina yang lain? 11. Adakah anda berharap generasi seterusnya meneruskan budaya yang diamalkan sekarang? 12. Pada pendapat anda, adakah anda rasa anda terpaksa bertutur dalam loghat kelantan untuk menyesuaikan diri dalam negeri ini? 13. Bagaimanakah anda belajar bertutur dalam loghat ini? Adakah secara formal atau tidak?28

14. Bagaimanakah dengan budaya makanan dan pakaian anda, ada perbezaankah dengan orang melayu? 15. Apakah yang anda lakukan jika berlakunya perselisihan faham antara kaum lain? 16. Adakah anda bersetuju jika diberi pilihan untuk berhijrah ke negeri lain? 17. Apakah harapan anda kepada masyarakat cina Kelantan seperti anda?

29