seni dlm pendidikan (nota)

10
(a) Kesan-Kesan Positif Semasa Mengikuti Mata Pelajaran Seni Dalam Pendidikan Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan dirujuk sebagai ‘3 R’ iaitu membaca, menulis dan mengira.Penggunaan huruf ‘R’adalah satu kata yang sesuaidigunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkintidak dalam Bahasa Melayu.Namun begitu, sama ada kata-kata itu sesuai atautidak, tujuannya tetap sama: seni perlu dijadikan ‘R’ keempat atau literasi asasselain membaca, menulis dan mengira. Ini kerana, Seni Dalam Pendidikanmemainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran.Terdapat 3 bidang utama dalam mata pelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzikdan Seni Pergerakan. Antara kesan-kesan positif semasa mengikuti MataPelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah: (i) Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menjadi Lebih Seronok. Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsurseni dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakankapur dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapatmenjadikan murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebihselesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Contohnya,kaedah belajar secara bermain dapat membina dan menjalinkan perhubungansosial sesama murid. Selain itu, perhubungan sesama murid juga dapatbertambah mesra dan dapat bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainansecara kumpulan. Ini turut membantu dalam penyemaian nilai-nilai

Upload: jaridah-othman

Post on 17-Jan-2016

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Seni Dlm Pendidikan (Nota)

(a)

Kesan-Kesan Positif Semasa Mengikuti Mata Pelajaran Seni Dalam

Pendidikan

Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan

dirujuk sebagai ‘3 R’ iaitu membaca, menulis dan mengira.Penggunaan huruf

‘R’adalah satu kata yang sesuaidigunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi

mungkintidak dalam Bahasa Melayu.Namun begitu, sama ada kata-kata itu sesuai

atautidak, tujuannya tetap sama: seni perlu dijadikan ‘R’ keempat atau literasi

asasselain membaca, menulis dan mengira. Ini kerana, Seni Dalam

Pendidikanmemainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan

pengajaran.Terdapat 3 bidang utama dalam mata pelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni

Muzikdan Seni Pergerakan. Antara kesan-kesan positif semasa mengikuti

MataPelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:

(i) Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menjadi Lebih Seronok.

Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsurseni

dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakankapur

dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapatmenjadikan

murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebihselesa dan lebih

mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Contohnya,kaedah belajar

secara bermain dapat membina dan menjalinkan perhubungansosial sesama murid.

Selain itu, perhubungan sesama murid juga dapatbertambah mesra dan dapat

bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainansecara kumpulan. Ini turut membantu

dalam penyemaian nilai-nilai murni didalam diri dan meningkatkan motivasi untuk

mengikuti proses pembelajaran.

(ii) Memupuk Nilai Kerjasama

Secara semulajadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidakdapat

mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang

berunsurkerjasama. Aktiviti berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan

berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama . Aksi-aksiyang

terdapat dalam Seni Dalam Pendidikan merangkumi aktiviti seni visual,muzik dan

pergerakan mempunyai titik tolak interaksi sosial yang terjalin melaluideria sentuh.

Komunikasi deria sentuh ini mempunyaiasas yang boleh menjalinperhubungan

sesama manusia yang membawa kepada konsep perpaduan.

(iii) Memenuhi Keperluan Sosial Yang Asas

Page 2: Seni Dlm Pendidikan (Nota)

Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuaidengan

minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi idealyang dapat

memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu rasa ketermilikan dankeinginan diterima

sebagai anggota kelompok.

Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompokdan

pada masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan SeniDalam

Pendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhimelalui pujian

dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka memersembahkanaktiviti yang

menarik.

Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkansuasana

yang harmonis dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru danrakan-rakan

prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.

(iv) Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkansebagai

penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belumdiketahui.

Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namunbegitu, proses ini

memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalamanmeneroka juga merupakan

sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka dijalankandengan membuat eksperimen,

menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Penerokaan

terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan,

cara pengolahan dan manipulasi serta idea dan isi kandungan.

(v) Luahan Perasaan Dan Aras Keyakinan Yang Tinggi.

Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterimasama

ada ia bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapatmemberikan

sumber manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru bolehmengagak perasaan

sebenar murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Muridyang menyertai aktiviti-

aktiviti seperti permainan boleh mewujudkan suasanakeriangan, bebas daripada

tekanan emosi dan membina kecekalan dalammenghadapi persaingan dan cabaran.

Individu yang mempunyai keyakinan diriyang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa

rasa segan atau bimbang mengenaipandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh itu,

setiap aktiviti yang dilakukanperlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin

keberkesanannya.

Page 3: Seni Dlm Pendidikan (Nota)

Kesimpulannya, kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni

visual,muzik dan pergerakan perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini

mempunyai motif dan tujuan yang sama. Pengintegrasian ini akanmemperkukuhkan

dan memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang tajuk-tajukyang diajar

(b)

TIGA (3) contoh spesifik pengintegrasian tiga bidang seni dalam pendidikan dalam

pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yangdipilih.

(i)

Matapelajaran

:Bahasa Melayu (Tahun 2)

Tajuk

:Mari Bertani

Pengintegrasian bidang Seni Dalam Pendidikan:

1) Muzik

:Nyanyian lagu ‘Pak Mamat Tukang Kebun’

2) Pergerakan

:Membuat gaya membanting padi, merumput dan

menyemai.

3) Seni Visual

:Melukis dan mewarna gambar sayur-sayuran.

Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok

dandifahami, guru telah menggunakan cara pengintegrasian Seni Dalam

Pendidikanyang merangkumi bidang seni muzik, seni pergerakan dan seni visual

dalamtajuk mata pelajaran yang diajar.

Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, guru memilihuntuk menggunakancara

pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan dalam tajuk mata pelajaran BahasaMelayu

yang dipilih iaitu ‘Mari Bertani’. Dalam tajuk ini, guru memilih untukmengintegrasikan

tajuk dengan Seni Visualdengan melakukan aktiviti melukisdan mewarna. Guru akan

menunjukkan gambar sayuran-sayuran dan memintamurid-murid menyebut nama-

nama sayur-sayuran yang ditunjukkan. Kemudianmurid-murid diminta melukis

gambar sayur-sayuran yang mereka tahumenggunakan daya kreativiti mereka

sendiri. Secara tidak langsung, integrasidalam tajuk ini dapat meningkatkan lagi

pemahaman dan pengekalan ingatantajuk ini dalam minda pelajar dengan melukis

gambar yang berkaitan.

Page 4: Seni Dlm Pendidikan (Nota)

Di samping itu, guru juga dapat mengintegrasikan tajuk ‘Mari Bertani’

dengan menyanyikan bersama-sama lagu yang berkaitan supaya murid-murid lebih

mudah untuk mengingati isi tajuk yang ingin disampaikan. Guru bolehmemilih untuk

menyanyikan lagu ‘Pak Mamat Tukang Kebun’ beramai-ramaisambil membuat gaya

pergerakan berdasarkan dengan lagu yang dipilih.

Aktiviti pergerakan yang dilakukan merupakan integrasi seni

pergerakandalam tajuk dan sekaligus memberi kecekapan psikomotor di kalangan

murid-murid. Kebosanan dapat dielakkan sebaliknya murid-murid berasa seronok

untukmengikuti pengajaran dan pembelajaran tajuk yang diajar

Dalam tajuk ’Bahagian-bahagian Pokok’, guru memilih

untukmengintegrasikan tajuk dengan aktiviti Seni Visual iaitu melukis, mewarna

danmenamakan bahagian-bahagian pokok. Melalui aktiviti mewarna pula,

muriddapat mengekspresi perasaan seperti gembira, marah dan sebagainya

melaluiwarna yang digunakan. Integrasi dalam tajuk ini juga dapat meningkatkan

lagipemahaman dan pengekalan ingatan isi tajuk yang diajar ke dalam minda

pelajardengan melukis, mewarna dan menamakan bahagian pokok-pokok yang

dilukis.

Selain itu, guru dapat mengintegrasikan seni muzik dalam tajuk ini

denganmeminta pelajar membuat bunyi pokok tumbang, bunyi desiran angin

yangbertiup daun gugur dan sebagainya. Melalui aktiviti ini, secara tidak

langsungmurid dapat menggunakan pengalaman sedia ada mendengar bunyi-

bunyitersebut dan meniru bunyi-bunyi tersebut.

Di dalam tajuk ini juga, guru menggunakan pendekatan eksplisit

denganmenerapkan nilai-nilai menghargai alam sekitar yang diselitkan dalam tajuk

yangdiajar. Guru akan memasukkan contoh-contoh keadaan semasa

bagimenggalakkan murid-murid berfikir tentang kesan-kesan yang akan berlaku

jikamanusia tidak menjaga alam sekitar

dapat menghubungkaitkan tajuk dengan persekitaran dan kehidupan seharian

Page 5: Seni Dlm Pendidikan (Nota)

mereka melalui aktiviti seni muzik, seni pergerakan dan seni visual.

Selain itu, pendekatan bertemakan masyarakat yang dipilih ini akan

dapatmembantu murid-murid memilih dan memindahkan idea, mengolah, sintesis

danpenghargaan melalui aktiviti lakonan yang dijalankan bersama rakan-

rakan.Bukan itu sahaja, murid-murid juga dapat memperolehi pendekatan

yangmendalam terhadap nilai-nilai murni diri mereka dan nilai-nilai murni orang

lain.Contohnya aktiviti lakonan yang dijalankan dapat menerapkan nilai-nilai

murniseperti nilai kemanusiaan, kerjasama dan saling menghormati antara satu

samalain.

Sesi pengajaran dan pembelajaran seni dalam pendidikan melalui aktiviti

muzik, pergerakan dan seni visual serta pendekatan bertema yang dipilih

dapatmembantu murid-murid memainkan peranan dalam menyesuaikan diri

secaraberkesan.

iv) Apakah alat/bahan yang sesuai dengan aktiviti tersebut untuk muridmeneroka,

memperolehi pengalaman dan mengalami ekspresi? Apakahkesan penggunaan

alat/bahan ini kepada proses pengajaran danpembelajaran?

Guru perlu menyediakan alat dan bahan yang sesuai dengan tajuk dantema

pelajaran bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapatberjalan

dengan lancar. Moldstat (1974) berpendapat media (alat dan bahan) jikadigunakan

bersama pengajaran ala tradisional (guru, kapur dan tutur) akanmeningkatkan

proses pembelajaran. Dalam tajuk ‘Kasih Ibu Bapa’ ini, gurumenggunakan beberapa

alat dan bahan bagi menyesuaikan penggunaannyadengan tajuk tersebut.

Asas bahan yang digunakan bagi menyampaikan tajuk ini ialah Buku Teks

Pendidikan Islam Tahun 2. Guru meminta dua orang murid membaca teks dalam

tajuk ‘Kasih Ibu Bapa’ dan kemudian meminta murid-murid membaca tekstersebut

beramai-ramai. Guru boleh menanamkan konsep pemahaman daripadateks yang

dibaca melalui seni pergerakan iaitu dengan melakukan aktivitilakonan. Melalui

aktiviti lakonan, murid cuba memahami sesuatu watak denganlebih jelas. Secara

tidak langsung, aktiviti lakonan ini dapat menjadikan muridtersebut seorang yang

lebih kreatif, inovatif, bertanggungjawab dan dapatmembina sosialisasi dengan lebih

baik. Selain itu, penglibatan murid dalamaktiviti ini juga dapat melatih murid lebih

berkeyakinan diri.

Page 6: Seni Dlm Pendidikan (Nota)

Bagi melaksanakan aktiviti seni muzik, guru memilih untuk

menggunakanpemain CD Audio untuk memainkan lagu ‘Ayah Ibu’. Media audio

adalah suatustrategi pengajaran dan pembelajaran secara mendengar dimana bunyi

suaradan muzik direkod, disimpan, dan boleh dimainkan semula

denganmenggunakan alat perakam atau emain audio (Yusup Hashim, 1996).

Denganmemasukkan seni muzik dalam pembelajaran dapat memperkembangkan

nilaiestetika, kreativiti dan ekspresi diri. Contohnya, murid-murid boleh

menyanyisambil membuat gaya mengikut lirik lagu tersebut. Secara tidak langsung,

gurutelah memasukkan seni pergerakan dalam pengajarannya. Selain itu, murid-

murid juga dapat menikmati pengalaman muzik yang berbeza jika belum

pernahmendengar lagu tersebut sebelum ini.

Bagi melaksanakan aktiviti melukis bilangan ahli keluarga pelajar,sebaiknya

guru menyediakan kertas lukisan yang sesuai untuk murid. Guru jugaboleh meminta

murid menyediakan alat tulis untuk melukis dan mewarna. Dalamaktiviti seni visual

ini, murid perlu menggunakan pengetahuan sedia ada merekauntuk melukis gambar

keluarga yang terdiri daripada ibu bapa dan adik beradikmereka mengikut

ekspresinya sendiri. Ini membantu perkembangan murid dariaspek psikomotor dan

emosi dan penting dari segi fisiologi dan psikologi murid.Victor Lowenfeld dan

Brittain (1986) telah meneliti lukisan kanak-kanak mengikutperingkat perkembangan

kanak-kanak dan menerangkan bagaimana bahan,kandungan, subjek dan

persekitaran murid dapat disesuaikan mengikut peringkatperkembangan untuk

merangsang pengutaraan tampak kanak-kanak,

perkembangan kreatif dan mental seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-

kanak.

Oleh itu, sebelum sesuatu media dipilih dan digunakan, seseorang guruatau

pengajar itu mestilah memikirkan topik yang diajar, objektif pembelajaran,sifat murid,

kebolehan penuntut dan menilai isi kandungan secara terperinci. Alatdan bahan

yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapatmerangsang

minat pelajar. Dengan menggunakan alat bantu mengajar, guruakan

mempelbagaikan pengajaran. Pelajar tidak akan rasa bosan denganadanya pelbagai

aktiviti yang dilakukan oleh guru.

KESIMPULAN

Page 7: Seni Dlm Pendidikan (Nota)

Konsep integrasi pada Seni Dalam Pendidikan ke arah pembangunaninsan

yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.Dalam

KBSR konsep ini membawa maksud bahawa penguasaan ilmupengetahuan,

kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilaimurni dilakukansecara bersepadu dan

menyeluruh. Ini membolehkan pelajar memperolehikemahiran, mengembangkan

bakat, nilai, pengetahuan, sikap dan amalan yangdikehendaki. Ia juga

memperlihatkan kepada pelajar gambaran keseluruhanserta hubung kait antara satu

perkara dengan perkara yang lain membentuk satukerangka ilmu