sendi - dympna

Upload: overave

Post on 09-Jul-2015

112 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

The joints SENDI Sendi adalah tempat pertemuan di antara 2 atau lebih tulang. Sendi hanya terdapat di bahagian tubuh yang bertulang.

Klasifikas/kumpulanA. Sendi berfiber/sendi tanpa bergerak ( fibrous or fixed joint ) B. Sendi rawan/sendi separuh bergerak ( cartilaginous or slightly movable joint )

C. Sendi Sinovial / sendi leluasa bergerak bebas. (synovial or freely movable joint )

A fibrous or fixed joint, e.g. the sutures of the skull.

Sendi berfiber/sendi tanpa bergerak

Sendi berfiber/sendi tanpa bergerak ( fibrous or fixed joint )

Sendi berfiber/sendi tanpa bergerak ( fibrous or fixed joint ) adalah sendi tanpa pergerakkan(immovable joint) atau dikenali sebagai sinartrosis. 2 tulang diikat dengan tisu perantara berfiber. Bukan sahaja sendi itu tempat pertemuan diantara 2 tulang, tetapi bersambung dengan tulang. Jadi 2 tulang itu dilekatkan dan tidak membenarkan gerakan. Contoh: sendi berfiber: suture: cth coronal suture (antara frontal dengan parietal. Syndesmoses : cth.- interosseous ligamen antara radius dan ulna, tibia dan fibula. Gomphoses: cth.- di antara gigi dan maksila dan mandible.

The right radius and ulna with the interosseous membrane. Anterior view

The left tibia and fibula with the interosseous membrane. Anterior view

The bones of the skull and their sutures (joints).

Sendi rawan (cartilaginous joint): ia adalah sendi separa bergerak juga dikenali sebagai amphiartrosis bermakna pergerakan pada 2 belah ia itu membengkok dan melurus. Tetapi gerakan ini terhad. Cth :- sendi di antara badan vertebra, symphisis pubis, sendi sacro-iliac.

Sendi rawanA cartilaginous or slightly movable joint, e.g. between the vertebral bodies.

Sendi Sinovial (sendi leluasa) / synovial ( movable joint )

Sendi bergerak bebas kerana permukaan hujunghujung tulang dilapisi oleh synovial membrane Dipanggil sebagai diarthrosis atau synovial joint sebab synovial membrane di sendi leluasa menghasilkan bendalir yang pekat bernama synovial fluid. Bendalir ini melicinkan gerak geri tulang lalu membenarkan gerakan yang bebas berlaku contohnya tulang hip.

Sendi Sinovial (sendi leluasa) / synovial ( movable joint ) The basic structure of a synovial joint

Ciri-ciri sendi sinoviala. 2 atau lebih tulang terlibat dalam pembentukan synovial joint b. Di bahagian tulang yang membentuk sendi , diliputi oleh rawan hialin (hyaline cartilage) tisu rawan hialin melicinkan bahagian yang bertemu dan mengelakkan geseran.

tisu rawan hialin mengadakan satu permukaan artikulasi yang licin dan dapat menanggung berat badan.

Ciri-ciri sendi sinovialc. Sendi synovial terkandung dalam satu kapsul yang terdiri daripada tisu-tisu berfiber. Tisu-tisu berfiber yang membentukkan kapsul ligamen memberi ruang yang cukup untuk pergerakan yang mampu dijalankan oleh sendi berkenaan. Kapsul ligamen ini cukup kuat dari itu ianya dapat mengelakan berlaku kecederaan pada sendi berkenaan

Ciri-ciri sendi sinoviald. Synovial membrane melapisi permukaan dalam kapsul ligamen dan bahagian tulang dalam sendi yang tidak diliputi oleh tisu rawan hialin.

Ia terdiri daripada sel-sel epithelial yang menghasilkan cecair sinovial yang pekat seperti putih telur. Cecair sinovial terkumpul dalam kaviti sinovial.

Fungsi cecair sinovial Membekalkan nutrien untuk struktur-struktur dalam kaviti sendi. Ia bertindak sebagai pelicin sendi. Ia mengandungi fagosit yang menyingkirkan mikrob dan sisa dari sendi.

Struktur yang lain berkaitan dengan sendi ialah Bursa (bursae)

ia adalah sak kecil berisi cecair sinovial ia bertindak sebagai kusyen untuk mengelakkan geseran antara tulang dengan ligamen atau tendon, atau dengan kulit di mana tulang dalam kapsul sendi yang berdekatan dengan permukaan kulit. Cth: di lutut.

sendi sinovial Kebanyakan sendi sinovial mempunyai ligamen aksesori dikenali - extracapsular ligament dan - intracapsular ligament untuk menambahkan kestabilan sendi. Extracapsular: di luar artikular Intracapsular: di antara kapsul antikular dan kaviti sinovial.

The knee joint. A. Section viewed from the front. B. Section viewed from the side. C. The superior surface of the tibia showing the semilunar cartilages and the cruciate ligaments.Copyright Elsevier Ltd 2005. All rights reserved.

Jenis-jenis pergerakan sendi sinovialPergerakan pada sendi sinovial dikategorikan kepada 4 kumpulan iaitu: i) Gerakan melongsor/gliding ii) Gerakaan sudut iii) Gerakan sirkular iv) Gerakan khas.

i) Gerakan melongsor/glidingPermukaan artikulasi yang rata di satu tulang, bergerak di atas permukaan artikular tulang lain dengan gerakan ke hadapan dan ke belakang, sisi ke sisi. Cth: di antara tulang karpal.

ii) Gerakaan sudut Pada pergerakan sudut terdapat penambahan atau pengurangan dalam sudut di antara artikulasi tulang:

Jenis-jenis gerakan suduta) fleksi: pergerakan membengkok atau melipat cth: membengkok lengan tangan di siku atau melentur kepala ke dada. sudut darjah pada sendi yang berartikulasi adalah kurang.

b) Ekstensi: bermakna pergerakan melurus atau melunjur. Sudut darjah pada sendi yang berartikulasi bertambah Cth: melurus tangan.

Jenis-jenis gerakan sudut

Jenis-jenis gerakan sudutc) Abduksi: pergerakan tulang jauh daripada tubuh badan menghala keluar cth: lengan tangan digerak jauh dari sisi badan. d) Adduksi: pergerakan merapat dan menghala ke arah tubuh badan cth: rapat tangan ke sisi.

Jenis-jenis gerakan sudut

iii) Gerakan circularTerdiri dari:a) circumduction ialah pergerakan pada hujung distal bahagian badan yang mengambarkan satu bulatan. Rangkaian gerakan di dalam sirkumduksi ialah fleksi, ekstensi, adduksi dan abduksi Cth: - permainan baseball (pelempar bola membuat gerakan sirkumduksi pada sendi bahu) menggerakkan tulang humerus dalam bulatan pada sendi bahu b) Putaran (rotation) Tulang berputar atas paksi sendiri Cth: menggelengkan kepala (menandakan tidak).

Gerakan circular

iv) Gerakan khas a) inversion: memusingkan tapak kaki ke arah dalam b) eversion: memusing tapak kaki ke arah luar.

iv) Gerakan khasc) protraksi: menggerakkan satu bahagian badan ke arah hadapan . cth: menggerakkan dagu ke hadapan. d) retraksi: pergerakkan yang bertentangan dengan protraksi: mengembalikan bahagian protraksi ke posisi anatomi.

e) elevation (penaikan): menggerakkan satu bahagian badan ke atas :

cth: mengangkat bahu.

f) Depresi: - menurunkan sesuatu bahagian badan iaitu gerakan yang bertentangan dengan penaikan (elevation).

iv) Gerakan khas

Jenis-jenis sendi sinovialDikelaskan menurut bidang gerakan yang mungkin, atau bentuk bahagian tulang artikular yang terlibat. 1. 2. 3. 4. 5. 6. Sendi bola dan soket (ball and socket) Sendi engsel (hinge joint) Sendi gelonsor (gliding joints) Sendi pangsi (pivot joint) Sendi kondiloid (bonggol) (condyloid) Sendi pelana (sadle joint).

Sendi bola dan soket (ball and socket) membenarkan pergerakan yang bebas sekali di antara semua jenis sendi sinovial. Jenis pergerakan: Fleksi, ekstensi,abduksi, adduksi, sirkumduksi, rotasi medial dan rotasi lateral. Terdapat satu kepala tulang yang berbentuk bulat berartikulasi dengan satu soket (lesung). Ini membolehkan pergerakan bebas tanpa geseran.

Sendi bahuTulang-tulang yang terlibat dalam sendi bahu adalah: tulang scapula kepala tulang humerus kaviti glenoid.

Sendi Pinggul (tulang pelvik) Tulang yang terlibat dala sendi pinggul adalah: kepala tulang femur. Acetabulum tulang innominate

Sendi EngselSendi ini membenarkan pergerakan mengikut satu permukaan sahaja, iaitu fleksi dan ekstensi: Lokasi: sendi siku sendi lutut sendi di antara tulang occiput dan atlas sendi di antara jari-jari

Sendi lutut (knee)Tulang-tulang yang terlibat ialah: medial condyle dan lateral condyle tulang femur condyle tulang tibia Bahagian permukaan posterior tulang patella

Sendi yang penting kerana ia mengampu berat badan dan terlibat dalam pergerakan seperti berjalan dan berlari.

Sendi lutut (knee) Otot-otot dan pergerakan yang terlibat: Fleksi: membengkok ke belakang

- otot gastrocnemius dan hamstrings Ekstensi: meluruskan sendi lutut.

Sendi pergelangan kaki (ankle joints)Tulang-tulang yang terlibat ialah: hujung distal tulang tibia dan maleolus medial tulang tibia. Maleolus lateral hujung distal tulang fibula dan tulang talus.

Terdapat 4 ligamen penting yang mengukuhkan sendi ini. ligamen posterior ligamen deltoid ligamen medial ligamen lateral

Sendi Gelongsor (gliding joints)- Sendi ini membolehkan muka persendian tulang-tulang bergesel antara satu sama dengan lain. Lokasi: sendi sterno-clavicel: terletak di antara tulang sternum dan tulang clavicel. Sendi acromioclavicular: terletak di antara clavicel dan cuaran acromion tulang scapula. Sendi-sendi yang dibentuk di antara tulang carpal dan sendi-sendi di antara tulang tarsal. Sendi di antara patella dan femur.

Sendi Pangsi (pivot joints) Sendi ini membenarkan pergerakan putaran. Berlaku apabila satu tulang berputar di atas tulang yang lain. Lokasi: sendi radio-ulna proksimal dan distal. Sendi radio-ulna proksimal: Bahagian kepala tulang radius berartikulasi dengan takik tulang radial.

Sendi kondiloid (bonggol)/ (condyloid joint ) sendi yang ada kesamaan dengan sendi bola dan soket. Membenarkan pegerakan fleksi, ektensi,adduksi dan putaran

Cth; terdapat di sendi metacarpophalangeal kecuali ibu jari.

Sendi pelana (sadle joint)Sendi yang membenarkan pergerakan abduksi,adduksi,opposition dan reposisi.Cth; sendi carpometakarpal ibu jari.

Sendi pelana (sadle joint)

TERIMA KASIH