jenis-jenis sendi dan pergerakan.docx

15
JENIS-JENIS SENDI Sendi adalah tempat pertemuan antara tulang-tulang atu antara kartilej dengan tulang. Jenis-jenis sendi dibahagikan berdasarkan fungsi dan struktur. Dari segi fungsi, sendi terbahagi kepada tiga jenis iaitu sendi yang tidak boleh digerakkan ( sinatosis), sendi yang boleh digerakkan (amfiartrosis) dan sendi yang boleg bergerak bebas ( diartosis).

Upload: cikgudan

Post on 13-Feb-2016

306 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: JENIS-jenis sendi dan pergerakan.docx

JENIS-JENIS SENDI

Sendi adalah tempat pertemuan antara tulang-tulang atu antara kartilej dengan tulang.

Jenis-jenis sendi dibahagikan berdasarkan fungsi dan struktur. Dari segi fungsi, sendi

terbahagi kepada tiga jenis iaitu sendi yang tidak boleh digerakkan ( sinatosis), sendi

yang boleh digerakkan (amfiartrosis) dan sendi yang boleg bergerak bebas ( diartosis).

Page 2: JENIS-jenis sendi dan pergerakan.docx

JENIS-JENIS SENDI BERDASARKAN FUNGSI:

Page 3: JENIS-jenis sendi dan pergerakan.docx

JENIS-JENIS SENDI BERDASARKAN STRUKTUR

Struktur sendi sangat mempengaruhi fungsinya. Semakin rapat hubungan pada titik

pertemuan semakin kuat sendi tersebut agak terbatas atau terhad. Sebaliknya, sendi

yang semakin longgar hubungan pada titik pertemuan, semakin banyak pergerakan

yang boleh dilakukan. Namun begitu, sendi seperti ini mudah mengalami dislokasi atau

terkehel.

Pergerakan sendi, ditentukan oleh kelenturan tisu perantaraan yang mengikut

tulang serta kedudukan ligamen, otot dan tendon.

JENIS SENDI SRUKTUR CONTOH

Sendi Fibrous

-Pada sendi fibrous tulang bercantum

dengan tisu fibrous atau kartilej

secara tetap. Sendi ini tidak

membenarkan sebarang

pergerakkan.

-Tulang artikulasi berada dalam

kedudukan rapat.

-Terikat oleh lapisan nipis tisu-tisu

penghubung berfiber.

-Terikat oleh ligamen.

-Sutur antara tulang-tulang

tengkorak

-Antara gigi dengan

maksila dan mandible

-Antara tibia dengan fibula

Sendi Cartilagenous

-Pada sendi cartilagenous tulang-

tulang disambung dengan kartilej atau

diikat oleh ligamen. Jenis sendi ini

hanya membenarkan pergerakan

terhad.

-Hujung tulang dihubung dengan

kartilej.

-Cakera fibrokartilej sebagai

penghubung

-Simfisis pubis lengkungan

pelvis

-Antara tulang vertebra

-Sendi antara vertebra

Page 4: JENIS-jenis sendi dan pergerakan.docx

Sendi sinovial

-Sendi sinovial diselaputi oleh

membran sinovial yang merembeskan

cecair sinovial bagi melicinkan

pergerakan sendi untuk membantu

memelihara sel kartilej dan

mengurangkan kedan geseran antara

dua tulang. Jenis sendi ini

membenarkan pergerakan berlaku

secara bebas antara tulang-tulang.

-sendi lesung - sendi pelana

-Sendi kondil -Sendi Paksi

(Condyloid Joint) (Pivot Joint)

-Sendi Engsel -Sendi Gelungsur

(Hinge Joint)

Sendi lesung- Sendi bahu, sendi pinggul

Sendi engsel-Sendi siku dan lutut

Sendi kondil- Sendi di pergelangan

tangan

dan pergelangan kaki

- Sendi antara metakarpal

dan

metatarsal

Sendi pangsi/paksi- Sendi antara ulna dan

radius

- Sendi antara atlas dan

tengkorak

Sendi gelungsur-Sendi antara tulang tarsal

-antara tulang karpal

- sendi antara klavikel dan

sternum

- antara kartilej tulang

rusuk

kedua hingga ketujuh dan

sternum

Sendi pelana-Sendi pada bahagian

bawah ibu jari tangan

Page 5: JENIS-jenis sendi dan pergerakan.docx

JENIS-JENIS PERGERAKAN

Terdapt dua posisi rujukan bagi pergerakan iaitu kedudukan biasa dan kedudukan

anatomi. Kedudukan biasa merujuk kepada subjek berdiri dalam keadaan lurus dan

tegak dengan kedua-dua kaki rapat. Kedudukan tangan pula rapat ke sisi dan tapak

tangan menghala ke badan.

Kedudukan anatomi pula merujuk kepada subjek berdiri dalam keadaan lurus

dan tegak dengan kedua-dua tapak tangan ke hadapan. Kedua-dua belah kaki pula

terbuka menghala ke kanan dan kekiri.

Kedudukan anatomi merupakan kedudukan yang terbaik untuk mendapatkan

satu pusat sebagai panduan bagi menjelaskan jenis-jenis pergerakan

i. Pergerakan LinearPergerakan linear ialah pergerakan yang berlaku secara mendatar kehadapan atau

kebelakang dan ke kiri dan ke kanan pada arah dan kelajuan yang sama. Sebagai

contoh, pergerakan gelungsur. Pergerakan ini terbahagi kepada dua iaitu

pergerakan rektilinear dan kurvelinear.

(i) Pergerakan rektilinear- pergerakan melibatkan sesaran menegak atau mendatar.

Contoh pergerakan rektilinear

Page 6: JENIS-jenis sendi dan pergerakan.docx

(ii) Pergerakan kurvelinear- pergerakan melibatkan sesaran melengkung.

Contoh pergerakan kurvelinear

ergerakan rektilinear adalah jenis pergerakan linear yang melibatkan sesaran

mengikut landasan yang lurus. Pergerakan kurvelinear pula adalah jenis

pergerakan yang melibatkan sesaran mengikut landasan yang melengkung.

ii. Pergerakan Putaran Pergerakan putaran adalah pergerakan yang melibatkan semua bahagian objek

bergerak mengikut lengkuk bulatan mengelilingi satu pusat atau paksi putaran.

Pergerakan pronasi dan supinasi merupakan pergerakan unik putaran pada

bahagian lengan.

ROTASI

Page 7: JENIS-jenis sendi dan pergerakan.docx

iii. Pergerakan Bersudut Pergerakan bersudut merupakan suatu pergerakan yang berkeadaan lurus tetapi

masih bersudut. Pergerakan ini melibatkan seluruh bahagiannya bergerak dari satu

kedudukan ke kedudukan lain. Antara pergerakan bersudut ialah fleksi, ekstensi,

abduksi, aduksi, dan sikumduksi.

iv. Pergerakan KhususPergerakan khusus ialah pergerakan yang tiada taranya pada satu atau dua sendi

saja. Antara pergerakan khusus ialah inversi, eversi, depresi, dorsi-fleksi dan

plantar-fleksi.

Page 8: JENIS-jenis sendi dan pergerakan.docx

SISTEM OTOT

Manusia direka bentuk untuk bergerak. Pergerakan tubuh badan berlaku sebagai

hasil gabungan sistem ragka dan otot. Kajian menunjukkan bahan rekaan bentuk

struktur sendi dan sokongan yang tegar menyebabkan pergerakan dapat dilakukan.

Pergerakan dihasilakan oleh pengucupan dan pemanjangan otot. Otot rangka

meragkumi beberapa komponen.

FUNGSI-FUNGSI OTOT

Otot bukan sahaja digunakan menghasilkan pergrakan tetapi otot juga berfungsi

untuk mengenalkan postur, menstabilkan sendi dan menghsilkan haba.

Menghasilkan pergerakan Semua pergerakan badan kita dihasilkan oleh pengucupan otot. Pengucupan otot

rangka membolehkan kita berjalan, berenang dan mengangkat barang. Otot rangka

juga membolehkan kita berupaya bertindak dengan pantas mengikut perubahan

yang berlaku disekeliling. Otot rangka juga membolehkan kita melakukan berbagai-

bagai ekspresi muka seperti tersenyum dan bermasam muka.

Mengekalkan postur Kombinasi saling tindakan otot-otot rangka yang berlainan membolehkan kita

mengekalkan postur badan seperti berdiri, duduk dan menundukkan kepala apabila

menulis. Fungsi ini berlaku secara berterusan supaya kita dapat mengekalkan

kedudukan badan tersebut.

Menstabilkan sendiSemasa melakukan pergerakan, otot rangka juga menstabilkan sendi-sendi

terutama pada pergerakan yang melibatkan banyak sendi. Sebagai contoh , lakuan

dalam sukan memanah.

Page 9: JENIS-jenis sendi dan pergerakan.docx

Menghasilkan habaTenaga digunakan unutk pengucupan otot, malaupun bagaimanapun, sebahagian

besar daripada tenaga ini tidak digunakan untuk tujuan tersebut sebaliknya

terbebas sebagai haba.

JENIS-JENIS OTOT

Terdapat tiga jenis tisu otot iaitu tisu otot rangka , iaitu tisu otot licin dan tisu otot

kardiak. Tisu-tisu otot ini berbeza dari segi struktur sel, lakasi, fungsi dan bentuk

kawalan yang boleh dikenakan ke atasnya.

Otot rangka

Otot rangka melekat pada tulang dan meliputi tulang rangka. Fiber otot rangka

merupakan sel otot yang terpanjang, mempunyai jalur yang jelas dan terkawal.

Walaupun otot rangka dikawal oleh sistem saraf tetapi jenis otot ini sahaja yang

dapat dikawal secara sedar. Otot rangka juga bertanggungjawab bagi semua

pergerakan badan.

Halaju pengucupan fiber otot rangka bergantung kepada jenis fiber sama ada

fiber sentak cepat atau fiber sentak lambat. Fiber sentak cepat digunakan untuk

pergerakan yang cepat. Manakala fiber sentak lambat digunakan untuk pergerakan

yang lebih perlahan. Sebagai contoh, pelari pecut 100 meter mempunyai peratus

fiber sentak cepat yang tinggi berbanding dengan pelari maraton.

Otot licin

Otot licin terdapat pada dinding organ visceral seperti perut, pundi kencing dan

saluran penafasan. Fungsi otot ini ialah menggerakkan cecair atau bahan-bahan di

dalam saluran-saluran yang terdapt di dalam badan. Otot licin tidak berjalur dan

dikawal oleh sistem hormon, bahan kimia dan regangan.

Page 10: JENIS-jenis sendi dan pergerakan.docx

Halaju pengucupan fiber oto licin adalah sangat perlahan dan kekal. Keadaaan

ini disebabkan oleh fiber-fiber otot licin di dalam tisu otot visceral terikat kuat dan

membentuk satu jaringan yang berterusan. Apabila satu fiber otot licin dirangsang,

impuls akan terus bergerak ke fiber lain dan kontraksi berlaku dalam bentuk

gelombang ke fiber-fiber yang berdekatan.

Otot kardiak

Otot kardiak hanya terdapat pada dinding jantung sahaja. Kontraksi otot kardiak

pada jantung membolhkan jantung mengepam darah ke seluruh badan melalui

salur darah. Otot kardiak berjalur seperti otot rangka tetapi otot ini di luar kawal.

Pengucupan otot kardiak adalah perlahan dan dikawal oleh perentak jantung,

kelajuan boleh bertambah apabila dirangsang oleh sisitem saraf dan sistem

endokrina.

Page 11: JENIS-jenis sendi dan pergerakan.docx

PERBANDINGAN ANTARA OTOT RANGKA DENGAN OTOT LAIN