penggunaan kata sendi

25
PENGGUNAAN KATA SENDI 'DARI' DAN 'DARIPADA' KATA SENDI 'DARI' Kata sendi 'dari' digunakan khusus pada kata nama yang menunjukkan tempat, masa, waktu, zaman dan arah. Namun hal ini kerap dikelirukan dalam penggunan kata sendi 'daripada' Contoh kesalahan: 1. Angin ribut dijangka bertiup daripada pantai timur. 2. Mereka mengecat rumah itu daripada bahagian tepi. 3. kami sedang membahaskan isu daripada aspek ekonomi 4. Pelajar itu menangis sejak daripada pagi lagi. 5. Rahimah membuat panggilan telefon daripada Segamat. 6. Daripada aspek sosial, masalah ini akan menjejaskan institusi keluarga. 7. Pak Samat pulang daripada menoreh getah pada lewat petang. Ayat Sepatutnya: 1. Angin ribut dijangka bertiup dari pantai timur. 2. Mereka mengecat rumah itu dari bahagian tepi. 3. Kami sedang membahaskan isu itu dari aspek ekonomi. 4. Pelajar itu menangis sejak dari pagi tadi.

Upload: keymah84

Post on 11-Nov-2015

124 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

tatabahasa

TRANSCRIPT

PENGGUNAAN KATA SENDI 'DARI' DAN 'DARIPADA'

KATA SENDI 'DARI'

Kata sendi 'dari' digunakan khusus pada kata nama yang menunjukkan tempat, masa, waktu, zaman dan arah. Namun hal ini kerap dikelirukan dalam penggunan kata sendi 'daripada'

Contoh kesalahan:

1. Angin ribut dijangka bertiup daripada pantai timur.

2. Mereka mengecat rumah itu daripada bahagian tepi.

3. kami sedang membahaskan isu daripada aspek ekonomi

4. Pelajar itu menangis sejak daripada pagi lagi.

5. Rahimah membuat panggilan telefon daripada Segamat.

6. Daripada aspek sosial, masalah ini akan menjejaskan institusi

keluarga.

7. Pak Samat pulang daripada menoreh getah pada lewat petang.

Ayat Sepatutnya:

1. Angin ribut dijangka bertiup dari pantai timur.

2. Mereka mengecat rumah itu dari bahagian tepi.

3. Kami sedang membahaskan isu itu dari aspek ekonomi.

4. Pelajar itu menangis sejak dari pagi tadi.

5. Rahimah membuat panggilan telefon dari Segamat.

6. Dari aspek sosial, masalah ini akan menjejaskan institusi keluarga.

7. Pak Samat pulang dari menoreh getah pada lewat petang.

Ulasan ringkas:

1. Dalam ayat 1, kata 'pantai timur' menunjukkan maksud tempat.

2. Dalam ayat 2. 'bahagian tepi' menunjukkan maksud arah.

3. Dalam ayat 3, 'aspek ekonomi' menunjukkan maksud arah.

4. Dalam ayat 4, 'pagi' membawa maksud masa.

5. Dalam ayat 5, 'Segamat' membawa maksud tempat.

6. Dalam ayat 6, 'aspek sosial' membawa maksud arah.

7. Dalam ayat 7, 'menoreh getah ' membawa maksud tempat

KATA SENDI 'DARIPADA'

Kata sendi 'daripada' khusus digunakan untuk menunjukkan punca bagi manusia, haiwan, benda atau unsur mujarad, asal kejadian dan perbandingan antara dua benda. Kekeliruan kerap timbul apabila penggunaannya dicampuradukkan dengan kata sendi 'dari'.

Contoh kesalahan:

1. Beg tangannya diperbuat dari kulit buaya.

2. Kita perlu mengelakkan diri dari terlibat dengan unsur dadah.

3. Sumbangan dari rakyat penting untuk mengukuhkan ekonomi negara.

4. Ahmadi lebih besar dari abangnya.

Ayat sepatutnya:

1. Beg tangannya diperbuat daripada kulit buaya.

2. Kita perlu mengelakkan diri daripada terlibat dengan unsur dadah.

3. Sumbangan daripada rakyat penting untuk mengukuhkan ekonomi

negara.

4. Ahmadi lebih besar daripada abangnya.

Ulasan ringkas:

1. Ayat 1 menunjukkan asal kejadian.

2. Ayat 2 menunjukkan maksud unsur mujarad

3. Ayat 3 menunjukkan maksud manusia.

4. Ayat 4 menunjukkan maksud perbandingan.Jika dilihat dari segi ragamnya, ayat tunggal dalam BM terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.

Ayat aktif terdiri daripada ayat transitif dan ayat tak transitif. Contohnya adalah seperti yang berikut:

1. Ali menendang bola. (Ayat Aktif Transitif - Kata Kerja Transitif)

2. Anjing itu mengejar kucing. (Ayat Aktif Transitif)

3. Murid-murid sekolah itu sedang belajar.

(Ayat Aktif Tak Transitif - Kata Kerja Tak Transitif)

4. Adik menangis. (Ayat Aktif Tak Transitif)

Ayat pasif pula terbentuk asalnya daripada ayat aktif transitif, dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contohnya adalah seperti yang berikut:

5. Bola ditendang oleh Ali.

6. Kucing itu dikejar oleh anjing.

Ayat Pasif dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif

Ayat pasif jenis ini merupakan ayat yang kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan ter-

Contoh:

7. Barang itu sudah diambil oleh Ali semalam.

8. Tembok itu terlanggar oleh lori pada bahagian bawahnya.

Ayat pasif boleh juga dibentuk dengan kata kerja yang mengandungi imbuhan ber- dan ke-...-an. Dalam ayat berbentuk begini bahagian oleh + FN biasanya tidak diperlukan.

Contoh:

9. Mereka kehujanan sepanjang hari.

10. Petani tua itu kepanasan setiap hari.

11. Surat anaknya belum berjawab.

12. Baju kurung untuk adik berjahit dengan benang emas.

Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama dan Kedua

Untuk ayat pasif bentuk ini, kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Hal ini demikian kerana kata ganti nama diri orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-. Kata ganti nama diri orang pertama dan kedua yang hadir di hadapan kata kerja dasar itu boleh berbentuk kata penuh ataupun kata ringkas, yakni"aku" - "ku-", "engkau" - "kau" dsb.

Contoh:

13. Makanan itu belum aku rasai lagi.

14. Makanan itu belum kurasai lagi.

15. Hutang itu akan engkau jelaskan sepenuhnya.

16. Hutang itu akan kaujelaskan sepenuhnya.

Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Orang Ketiga

Contoh:

17. Sajak itu ditulis oleh Cikgu Ali.

18. Tikus dikejar oleh kucing di tepi longkang.

19. Khemah itu telah didirikan oleh mereka.

20. Buku Sejarah Melaka akan dibeli oleh ayah apabila bertandang ke pesta buku esok.

Ayat Pasif dengan Kata Bantu Pasif Kena

Ayat pasif jenis ini mengandungi perkataan kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan. Binaan oleh + FN boleh, secara pilihan, digugurkan seperti contoh yang berikut:

Contoh:

21. Pencuri itu kena tangkap (oleh polis).

22. Budak-budak itu kena kejar (oleh anjing).

23. Pemuda itu kena pukul (oleh rakannya).

Latihan:

Nyatakan sama ada ayat-ayat yang berikut gramatis atau sebaliknya.

1. Cerpen itu telah ditulis oleh saya. ( )

2. Projek tersebut telah mereka siapkan. ( )

3. Karangan itu saya telah hasilkan. ( )

4. Ladang kelapa sawit itu diusahakan oleh Pak Ali. ( )

5. Surat itu perlu kamu balas segera. ( )

6. Kaki Mei Leng tertusuk oleh duri sewaktu bermain

bola jaring di padang. ( )

7. Adik Mei Leng kena marah oleh ibu. ( )

8. Sayur-mayur itu telah Nyonya Tan beli. ( )

9. Orang tua itu sedang bersenam. ( )

10. Warkah daripada Mutu kamu perlu balas segera. ( )

11. Remaja itu kemalangan semalam. ( )

12. Hasrat tuan hamba telah hamba tunaikan kelmarin. ( )

Bahagian A

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Contoh:

Tiap hari, Pak Abu akan menghantar anaknya ke sekolah.

Tiap - Setiap/Tiap-tiap________________

1. Kakak Rihanah menghidangkan goreng keledek untuk tetamu yang datang ke rumahnya pada petang tadi.

______________________________________

2. En Salman membeli hasil pertanian dari penduduk kampung dan menjualnya di pasar malam.

______________________________________

3. Keempat orang pemuda kampung itu ingin belajar bersilat daripada Wak Kassim.

______________________________________

4. Para peserta-peserta kursus memasak itu diminta memasukkan setengah sudu garam ke dalam adunan tepung yang akan diuli.

______________________________________

5. Senarai barang-barang keperluan yang dikuatkuasakan harganya telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

______________________________________

6. Baginda menitahkan pembesar-pembesar negeri supaya sentiasa amanah di dalam melaksanakan tanggungjawab.

______________________________________

7. Mesyuarat pengurusan syarikat itu turut membincangkan lain-lain hal yang dibangkitkan oleh pengarah syarikat.

______________________________________

8. "Saya akan memastikan negeri Melaka ini akan terus aman dan makmur, " titah Sultan Melaka kepada rakyat jelata.

______________________________________

9. Ibu terkejut bila berita itu saya sampaikan kepadanya.

______________________________________

10. Beberapa buah rumah-rumah setinggan di kawasan itu telah dirobohkan oleh pihak berkuasa.

______________________________________

11. "Kita tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak terlalu cepat," kata ketua kampung kepada wartawan itu.

______________________________________

12. Cuaca buruk di malam itu menyukarkan pihak polis untuk memburu banduan yang bersembunyi di dalam hutan.

______________________________________

13. Kemerosotan akhlak di kalangan remaja berpunca daripada sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak mereka.

______________________________________

14. Firdaus dan rakan-rakannya menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala Dunia di Hakeem Restoran.

______________________________________

15. Pemandangan di Pulau Bali itu nian indah terutama apabila tiba waktu senja.

______________________________________

16. Adik menghempaskan mainan yang baru dibeli oleh ayah kepada lantai.

______________________________________

17. Sudah berpuluh-puluh tahun keluarga itu mendiamkan kawasan luar bandar yang akan dibangunkan oleh pemaju perumahan.

______________________________________

18. Adli menjadi kebanggaan guru-gurunya kerana dia merupakan murid yang terpandai sekali di sekolah.

______________________________________

19.Sejak pembangunan dilaksanakan di kawasan itu, hampir semua anak-anak sungai telah tercemar.

______________________________________

20. "Beta berharap agar tuanku dapat memaafkan kesalahan anakanda Raja Ahmad kerana baginda masih mentah lagi," sembah Tun Perak kepada Sultan Mansur Syah.

______________________________________

21. Sejak tadi lagi pemuda itu asyik pandang Farhana.

______________________________________

22. Rahimah dilantik sebagai ketua kelas lantas dia mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi.

______________________________________

23. Jamilah memperolehi tempat pertama dalam pertandingan bercerita yang diadakan di sekolahnya.

______________________________________

24. Setiap murid mempunyai tahap kebolehan yang berbeza dan mereka memerlukan masa untuk menguasai perkara yang mereka pelajari.

______________________________________

25. Landskap di sekitar kawasan Menara Kuala Lumpur memang amat indah sekali.

______________________________________

26. Para peserta kursus kepimpinan itu mengajukan pelbagai soalan-soalan kepada penceramah.

______________________________________

27. Kepetahan murid itu menyampaikan syarahan tentang cara-cara menghargai jasa ibu bapa mendapat tepukan dari penonton.

______________________________________

28. Keropok lekor memang sedap dimakan jika dicecahkan pada cili sos.

______________________________________

29. Selepas pulang daripada pejabat, Encik Amir akan ke bilik anak-anaknya untuk berbual-bual dengan mereka seketika.

______________________________________

30. Posmen itu menyerahkan beberapa keping surat kepada Mak Limah di hadapan rumahnya.

______________________________________

31. Harun memberitahu Cikgu Lim yang Haris tercedera semasa bermain bola di padang.

______________________________________

32. Setengah remaja gemar menghabiskan masa dengan menonton televisyen.

______________________________________

33. Ahmad berasa sangat rindu pada ibunya walaupun baru beberapa hari tinggal di asrama.

_____________________________________________________

35. Kemalangan itu berlaku di empat simpang Jalan Permata.

______________________________________NAMA: ________________ TINGKATAN: _________ TARIKH: _________

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti kesalahan bahasa yang terdapat dalam petikan di bawah ini. Kemudian salin semula petikan tersebut dengan membetulkan kesalahan bahasa yang sudah di kenal pasti. Gariskan pembetulan yang telah anda buat dalam jawapan. (Kesalahan bahasa boleh berbentuk kesalahan ejaan, kata ganda, ayat pasif kata sendi nama, kata hubung, kata ganti nama, kata pemeri, dan sebagainya)

Allahyarham Tun Abdul Razak adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke dua. Beliau lahir pada tanggal 11 Mac 1922 di Pulau Keladi, Pekan, Pahang Darul Makmur.

Allahyarham Tun Abdul Razak berjasa besar di dalam usaha membangunkan negara kita sehingga dia digelar Bapa Pembangunan Negara. Semasa menjadi Perdana Menteri, MARA, FELDA, dan FELCRA telah beliau wujudkan. Kewujudan ketiga agensi ini membuka peluang pada rakyat untuk keluar dari kepompong kemiskinan melalui berbagai bentuk bantuan yang disalurkan.

UiTM turut ditubuhkan di bawah pentadbiran beliau. Disinilah anak-anak bangsa di didik dalam pelbagai bidang ilmu. Bahkan mereka turut diberi pelbagai bentuk bantuan dan kemudahan supaya berpeluang menuntut ilmu hingga peringkat yang tertinggi sekali. Dengan pengetahuan yang mereka miliki, mereka dapat sama-sama berbakti kepada Negara dicinta.

Allahyarham Tun Abdul Razak meninggalkan dunia pada tanggal 14 Januari 1976. Walaupun sudah meninggalkan kami, namun nama beliau masih disebut-sebut. Sewajarnyalah negarawan yang banyak menabur jasa-jasa ini harus diingati dan dikenang oleh kita sampai bila-bila. Bak kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Jawapan:

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Baca petikan di bawah ini. Kenal pasti kesalahan bahasa yang terdapat dalam petikan di bawah ini. Kemudian salin semula petikan tersebut dengan membetulkan kesalahan bahasa yang sudah di kenal pasti. Gariskan pembetulan yang telah anda buat dalam jawapan. (Kesalahan bahasa boleh berbentuk kesalahan ejaan, kata ganda, ayat pasif kata sendi nama, kata hubung, kata ganti nama, kata pemeri, dan sebagainya)

Fadhil, Ah Seng, dan Ramasamy berbual-bual dengan Tuk Ngah di Kampung Ulu Seperi. Tuk Ngah menceritakan tentang kisah misteri istana menanti. Perkara tersebut telah menarik perhatian tiga orang sahabat itu untuk pergi ke Gunung Datuk bagi melihat istana lama itu. Fadhil, Ah Seng, dan Ramasamy berasa kagum kepada keindahan Istana Menanti bila mereka tiba di perkarangan istana itu bersama Tuk Ngah. Mereka hendak masuk ke dalam istana itu. Tuk Ngah tidak mahu turut serta. Ketika memasuki sebuah bilik, tiba-tiba pintu bilik itu tertutup lalu mereka berkurung di situ. Akhirnya, mereka nenemui pintu rahsia pada lantai bilik itu yang merupakan laluan ke terowong bawah tanah. Mereka terserempak pada Khairil Anuar yang sesat seperti mereka. Ah Seng dipukul oleh seorang pencari harta karun. Ah Seng dijadikan tebusan walaupun Fadhil, Ramasamy, dan Khairil Anuar ditangkap, . Mereka di paksa mengali tanah bagi mencari harta karun yang tertanam selama berpuluh tahun itu. Harta karun itu berjaya ditemui. Penjenayah tersebut membawa harta karun itu keluar daripada terowong. Akhirnya, penjenayah itu berjaya pihak polis berkas. Majlis kesyukuran telah diadakan di Kampung Ulu Seperi. Menteri Besar turut hadir. Dia telah menyampaikan hadiah kepada mereka yang terlibat.

Jawapan:

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Kesalahan dan kekeliruan Penggunaan Kata Ganti Diri

Bagi kesalahan kata ganti diri, kesalahan yang kerap dikemukakan ialah ketidaktepatan penggunaan kata ganti diri dalam situasi ayat.

(Beliau, dia/ia, ianya, mereka dan kita/kami)

1. Penggunaan kata ganti diri 'Beliau'

Contoh Kesalahan.

a). Pencuri itu diberkas ketika beliau cuba mencuri wang Pak Mansur.

b). Budak kecil itu menangis. Beliau telah dipukul.

c). Anjing itu garang. Beliau terpaksa dikurung.

Penggunaan yang Betul

a). Lelaki itu telah ditangkap. Dia pengedar dadah.

b). Budak kecil itu menangis. Dia telah dipukul.

c). Anjing itu garang. Anjing itu terpaksa dikurung.

d). Encik Amin sangat rajin berkerja sehingga beliau disayangi oleh

majikannya.

Ulasan ringkas:

Kata ganti nama diri 'beliau' tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya. Kata 'beliau' sebenarnya digunakah khusus untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa, guru, menteri dan sebagainya.

2. Penggunaan kata ganti diri 'Dia/Ia'

Contoh kesalahan:

a) Lukisan itu sangat cantik. Ia telah dibeli oleh Encik Ali.

b) Anak kucing itu sakit. Ia perlu dirawat.

c) Lembu itu telah dilanggar lori. Ia mati di tempat kejadian.

Penggunaan yang betul.

a) Lukisan itu sangat cantik. Lukisan itu telah dibeli oleh Encik Ali.

b) Anak kucing itu sakit. Anak kucing itu perlu dirawat.

c) Lembu itu telah dilanggar lori. Lembu itu mati di tempat kejadian

atau - Lembu itu telah dilanggar lori lalu mati di tempat kejadian.

Ulasan ringkas.

Kata ganti diri 'dia/ia tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang. Kata dia/ia sebenarnya digunakan untuk orang.

3. Penggunaan kata 'ianya' (untuk manusia)

Contoh kesalahan:

a) Pencuri itu dapat ditangkap oleh pihak polis. Ianya akan

didakwa di mahkamah esok.

b) Jika pemuda itu tidak dirawat dengan segera, mungkin ianya akan

lumpuh.

Penggunaan yang betul

a) Pencuri itu dapat ditangkap oleh pihak polis. Dia akan didakwa di

mahkamah esok.

b) Jika pemuda itu tidak dirawat dengan segera, mungkin dia akan

lumpuh.

Ulasan ringkas

Nya merupakan bentuk singkat bagi kata ganti diri ketiga tunggal, sebagaimana juga 'ku' bentuk singkat bagi kata ganti diri pertama 'aku' dan 'mu' bentuk singkat bagi kata ganti diri kedua 'kamu'. Jika 'ianya' boleh digunakan, maka tentulah 'akuku' boleh digunakan dan 'kamumu pun boleh digunakan. Tetapi tatabahasa Melayu tidak mempunyai ketetapan sedemikian. Oleh itu , bentuk 'ianya' menyalahi hukum tatabahasa Melayu.

4. Penggunaan kata 'Ia/Ianya' (untuk benda dan binatang-selain manusia)

Contoh kesalahan:

a) Perabot ini sangat mahal kerana ianya diperbuat daripada kayu jati.

b) Kerbau itu mati kerana ianya diserang penyakit kuku dan mulut.

c) Masalah jerebu mesti diatasi dengan segera kerana ianya

menjejaskan kesihatan rakyat.

Penggunaan yang betul:

a) Perabot ini sangat mahal kerana diperbuat daripada kayu jati.

b) Kerbau itu mati kerana diserang penyakit kuku dan mulut.

c) Masalah jerebu mesti diatasi dengan segera kerana

menjejaskan kesihatan.

Ulasan ringkas:

Kata ganti diri boleh digunakan hanya untuk manusia sahaja. Kesalahan penggunaan berlaku apabila menggunakan 'ia/ianya' bagi benda, konsep, dan binatang oleh sebab dalam bahasa Inggeris ada kata ganti 'it' untuk merujuk kepada binatang dan benda. Sebenarnya hal ini menyalahi hukum tatabahasa Melayu yang menetapkan bahawa kata ganti 'ia' adalah untuk manusia sahaja.

5. Penggunaan kata ganti diri 'mereka'

Contoh kesalahan:

a) Mereka-mereka yang berjaya dalam pertandingan itu akan

menerima hadiah yang lumayan.

b) Mereka-mereka ialah petani yang gigih.

Penggunaan yang betul:

a) Mereka yang berjaya dalam pertandingan itu akan menerima

hadiah yang lumayan.

b) Mereka ialah petani yang gigih.

Ulasan ringkas:

Kata ganti diri ketiga 'mereka' sudah jelas menyatakan pengertian jamak. Oleh yang demikian, kata 'mereka' tidak perlu dijamakkan lagi/digandakan menjadi 'mereka-mereka'. Kata mereka pun tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang.

6. Penggunaan kata ganti diri 'Kita dan Kami'

Contoh kesalahan:

a) "Kita ingin mengetahui masalah itu dengan lebih mendalam, " kata

beberapa orang wartawan kepada menteri tersebut.

b) "Perlawanan ini penting untuk kami," kata jurulatih itu kepada

pelatih-pelatihnya.

Penggunaan yang betul

a) "Kami ingin mengetahui masalah itu dengan lebih mendalam,"

kata beberapa orang wartawan kepada menteri tersebut.

b) "Perlawanan ini penting untuk kita ," kata jurulatih itu kepada

pelatih-pelatihnya.

Ulasan ringkas:

Kami bererti "saya dan dia" apabila bercakap dengan orang kedua. Orang yang diajak bercakap tidak disertakan. Kita pula bererti "anda dan saya" atau "anda dengan kami". Orang yang diajak bercakap disertakan.

KATA TUGAS (KATA SERU, KATA TANYA, KATA PERINTAH, KATA PEMBENAR, DAN KATA PANGKAL AYAT)

TUGAS KATA PRAKLAUSA DALAM AYAT

Kata praklausa terbahagi kepada lima subjenis, masing-masing hadir di hadapan ayat dan masing-masing memikul tugas tertentu. Subjenis kata praklausa ialah kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar, dan kata pangkal ayat.

AYAT PENYATA/BERITA

AYAT TANYA

AYAT SERU

AYAT PERINTAH

AYAT PENYATA

Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu hal. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan.

CONTOH AYAT PENYATA/BERITA

1. Perdana Menteri Malaysia ialah Dato' Seri Najib Bin Tun Haji Abdul Razak.

2 Pencuri itu telah ditangkapa pada pukul 7 pagi tadi.

3. Semua murid SMK Mutiara akan menghadapi peperiksaan pada 7 Mei 2013.

KATA TANYA

Kata tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu. Lazimnya kata tanya disertai bentuk penegas kah dan hadir di bahagian hadapan ayat.

CONTOH AYAT TANYA.

A. AYAT TANYA DENGAN KATA TANYA

1. Siapa nama awak?

2. Di mana kamu tinggal?

3. Berapa harga buku rujukan ini?

4. Bagaimana cara membuat kek ini?

5. Kenapa muka awak bengkak?

6. Mengapa kamu tidak datang ke rumah saya semalam?

B. AYAT TANYA TANPA KATA TANYA

1. Kamu sudah makan?

2. Kerja rumah awak belum siap?

3. Nasi ini basi?

4. Meja itu rosak?

5. Pagi tadi hujan?

6. Awak menangis?

KATA SERU

Kata seru ialah perkataan yang digunakan untuk menyampaikan perasaan-perasaan seperti marah, sakit, hairan, geram, terperanjat, dan ejekan.

CONTOH AYAT SERU

1. Amboi, cantiknya baju awak!

2. Aduh, sakitnya kaki saya!

3. Eh, terkejut saya!

4. Cis, langkah mayat saya dahulu!

5. Wah, bergaya sungguh ibu awak!

KATA PERINTAH

Kata perintah ialah kata tugas yang hadir di hadapan ayat perintah. Terdapat tiga jenis ayat perintah, iaitu ayat suruhan, ayat larangan, dan ayat silaan/permintaan.

CONTOH AYAT PERINTAH

A. AYAT SURUHAN

1. Semua murid dikehendaki berbaris di tapak perhimpunan.

B. AYAT LARANGAN

1. Semua murid dilarang memijak rumput di kawasan ini.

2. Jangan berbual semasa guru sedang mengajar.

3. Dilarang membuang sampah di kawasan sekolah.

4. Usah kamu bersandiwara lagi dengan saya.

C. AYAT PERMINTAAN/SILAAN

1. Tolong sampaikan pesanan saya kepada ibu kamu.

2. Sila masuk ke dalam dewan dengan segera.

3. Jemput duduk di tempat yang disediakan.

KATA PEMBENAR

Kata pembenar ialah perkataan yang mengiyakan atau menyokong kebenaran atau ketepatan sesuatu.

Contoh kata: ya, betul, benar, dan sungguh

CONTOH AYAT PEMBENAR

1. Ya, saya yang melakukan tugasan itu.

2. Sungguh, dia yang melakukan aksi itu.

3. Benar kata awak. Saya yang bersalah.

4. Semua yang disampaikan oleh Abu betul.

KATA PANGKAL AYAT

Kata pangkal ayat ialah memulakan sesuatu ayat dan umumnya digunakan dalam bahasa Melayu lama

Contoh kata: maka, syahadan, alkisah dan hatta

CONTOH AYAT

Tersebutlah alkisah di zaman dahulu kala, seorang putera mengembara ke seluruh rimba raya untuk mencari bonda baginda yang hilang.