tugasan krl3043 kata sendi nama

72
Abstrak Cadangan penyelidikan bertajuk ‘Mempertingkatkan Penguasaan Pelajar Ke Atas Penggunaan Kata Sendi Nama Menggunakan Peta Minda Kata Sendi Berbantukan Komputer Yang Mempunyai Ciri-Ciri Inovasi’ ini adalah bertujuan membantu pelajar mengenal kata sendi dan fungsinya yang sebenar; membantu pelajar menguasai penggunaan kata sendi dalam sesuatu ayat; memudahkan pelajar menghafal dan mengingati penggunaan kata sendi yang betul; akhir sekali membantu mengingati bentuk kesalahan lazim yang sering dilakukan oleh pelajar. Kajian ini ini merupakan kajian tinjauan yang melibatkan 35 orang pelajar Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri Persiaran Perdana , Selangor. Sampel kajian terdiri daripada dua kumpulan murid yang mempunyai tahap pencapaian yang hampir sama. Kumpulan terebut terbahagi kepada pelajar aras rendah (20 orang) dan pelajar aras sederhana (15 orang). Pengkaji terlibat secara langsung dalam kajian ini, Kumpulan aras lemah diajar dengan kaedah peta minda berbantukan komputer sementara kumpulan pelajar aras sederhana pula diajar secara konvensional. Instrumen kajian yang digunakan ialah satu set ujian pencapaian yang mengandungi soalan aneka pilihan. Kedua-dua kumpulan murid akan menduduki ujian pra dan ujian pos. i

Upload: ahmad-nazri

Post on 10-Aug-2015

269 views

Category:

Internet


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

Abstrak

Cadangan penyelidikan bertajuk ‘Mempertingkatkan Penguasaan Pelajar Ke

Atas Penggunaan Kata Sendi Nama Menggunakan Peta Minda Kata Sendi

Berbantukan Komputer Yang Mempunyai Ciri-Ciri Inovasi’ ini adalah

bertujuan membantu pelajar mengenal kata sendi dan fungsinya yang sebenar;

membantu pelajar menguasai penggunaan kata sendi dalam sesuatu ayat;

memudahkan pelajar menghafal dan mengingati penggunaan kata sendi yang

betul; akhir sekali membantu mengingati bentuk kesalahan lazim yang sering

dilakukan oleh pelajar. Kajian ini ini merupakan kajian tinjauan yang

melibatkan 35 orang pelajar Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri

Persiaran Perdana , Selangor. Sampel kajian terdiri daripada dua kumpulan

murid yang mempunyai tahap pencapaian yang hampir sama. Kumpulan terebut

terbahagi kepada pelajar aras rendah (20 orang) dan pelajar aras sederhana

(15 orang). Pengkaji terlibat secara langsung dalam kajian ini, Kumpulan aras

lemah diajar dengan kaedah peta minda berbantukan komputer sementara

kumpulan pelajar aras sederhana pula diajar secara konvensional. Instrumen

kajian yang digunakan ialah satu set ujian pencapaian yang mengandungi

soalan aneka pilihan. Kedua-dua kumpulan murid akan menduduki ujian pra

dan ujian pos.

i

Page 2: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

Abstract

The research proposal entitled "Enhancing Student Mastery on the use of

preposition Joints Using Mind Maps Says Having a Computer Aided Innovation

Characteristics' aims to help students identify prepositions and actual functions;

help students master the use of the preposition in a sentence; enable students to

memorize and remember to use the correct preposition; lastly help considering

the common mistakes that are often made by students. This study represents a

survey involving 35 students in Year 4 in the National School Village Amanpuri

Persiaran Perdana, Selangor. The sample consisted of two groups of students

who have nearly the same level of achievement. Terebut group is divided into

low-level students (20 people) and medium level students (15 people).

Researchers directly involved in this study, the ground level is taught with

methods of computer aided mind map while the average level of student groups

also taught in a conventional manner. The instrument used was a performance

test consists of multiple choice questions. Both groups of students will sit for the

tests pre and post test

ii

Page 3: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGHARGAAN iABSTRAK iiABSTRACT iiiKANDUNGAN iv SENARAI JADUAL vSENARAI RAJAH vi

BAB 1 : PENGENALAN 11.1 Pendahuluan 11.2 Latar Belakang Kajian 21.3 Pernyataan Masalah Kajian 31.4 Objektif Penyelidikan atau Kajian 31.5 Soalan Penyelidikan atau Kajian 31.6 Kepentingan Penyelidikan atau Kajian 31.7 Batasan Penyelidikan atau Kajian 51.8 Definisi pembolehubah/operasional 5

1.8.1 Peta Minda 51.8.2 Pembelajaran 51.8.3 Pengajaran 61.8.4 Prestasi Pelajar 6

1.9 Rumusan 6

Bab 2 : TINJAUAN LITERATUR 72.1 Pendahuluan 72.2 Definisi Istilah 72.3 Literatur Berkaitan Peta Minda 82.4 Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer 102.5 Teori-Teori Berkaitan Peta Minda 122.6 Kajian Berkaitan Peta Minda 132.7 Kajian Tentang Amalan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah 152.8 Rumusan 17

BAB 3 : METADOLOGI 183.1 Pendahuluan 183.2 Reka Bentuk Penyelidikan 183.3 Populasi Dan Sampel Kajian 203.4 Instrumen Kajian 203.5 Proses Pengumpulan Data Kajian 21

3.5.1 Prosedur pengumpulan data 213.5.2 Prosedur analisis data 22 3.5.3 Prosedur Pemprosesan Data 23

iii

Page 4: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

3.6 Rumusan

KANDUNGAN MUKA SURAT

BAB 4 : DAPATAN KAJIAN 24

4.1 Pengenalan 244.2 Profil Responden 254.3 Jantina Responden 254.4 Laporan Dapatan Kajian 254.5 Rumusan 34

BAB 5 : RUMUSAN / PERBINCANGAN / CADANGAN KAJIAN 35

5.1 Pengenalan 355.2 Rumusan Hasil Kajian 355.3 Perbincangan Dapatan Kajian 365.4 Implikasi Dapatan Kajian 395.5 Cadangan Kajian Lanjutan 395.6 Penutup 40

RUJUKAN 41

iv

Page 5: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

SENARAI JADUAL MUKA SURAT

Jadual 3.2 : Skema Pemarkahan 22

Jadual 1 : Dapatan Ujian Pra dan Ujian Pos 26

Jadual 2 : Nilai peratus markah lulus bagi dapatan Ujian Pra dan Ujian Pos 27

SENARAI RAJAH MUKA SURAT

Rajah 1: Pecahan responden mengikut aras penguasaan pembelajaran 24

Rajah 2 : Bilangan responden mengikut jantina 25

Rajah 3: Dapatan Ujian Pra dan Ujian Pos 27

Rajah 4 : Nilai peratus markah lulus bagi dapatan Ujian Pra dan Ujian Pos 28

Rajah 5 : Kata Sendi Nama Menggunakan Peta Minda Inovasi Berbantukan Komputer . 3

v

Page 6: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

BAB 1 : PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Tatabahasa Bahasa Melayu merupakan salah satu bidang ilmu yang penting dalam mata

pelajaran Bahasa Melayu. Secara umumnya, tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang

iaitu Morfologi dan Sintaksis. Morfologi merupakan kajian tentang kata dan pembentukan kata,

kelas kata dan imbuhan, manakala Sintaksis pula merupakan kajian tentang pembentukan ayat.

Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu antara topik yang terkandung dalam bidang Morfologi ialah

Kata Nama, Kata Kerja, Kata Adjektif dan Kata Tugas. Manakala topic yang terkandung dalam

bidang Sintaksis pula ialah Ayat Penyata, Ayat Tanya, Ayat Perintah, Ayat Seruan, Ayat Dasar,

Ayat Tunggal, Ayat Majmuk, Ragam Ayat dan Susunan Ayat.

Konsep penggunaan tatabahasa ialah penggunaan bahasa yang betul semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran. Penggabungan kata-kata untuk menimbulkan bunyi ayat dengan menggunakan

formula atau peraturan tertentu. Manakala tujuan pengajaran dan pembelajaran tatabahasa

antaranya ialah membolehkan pelajar bertutur dengan lancar, terang dan mudah untuk difahami

oleh orang lain, membolehkan pelajar memahami makna sesuatu perkataan atau ayat dan

menganalisa kedudukkannya, membolehkan pelajar menentukan sesuatu ayat sama ada betul

atau salah mengikut kaedah Bahasa Melayu sebenar. Pendek kata, guru Bahasa Melayu perlu

mengambil sikap terbuka. Mereka perlu memperbaiki pengajaran mereka agar ia dapat menarik

minat pelajar dan dapat membantu pelajar bagi meningkatkan kualiti dan kecekapan berbahasa

(sama ada lisan mahupun tulisan) bukan sahaja di dalam kelas, malahan juga dalam konteks

lingkungan yang lebih luas. Kata sendi adalah salah satu unit yang terkandung dalam bidang

tatabahasa mata pelajaran Bahasa Melayu. Ia terkandung dalam bidang Morfologi di bawah bab

Kata Tugas.

1

Page 7: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

Kata sendi nama bertugas sebagai sendi yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau

frasa-frasa lain dalam sesuatu ayat dan hadir di hadapan frasa nama, contohnya: di, ke, dari,

daripada, ke, kepada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, laksana, sejak, terhadap, akan,

oleh, hingga, antara, untuk, dengan, dalam, dan sampai.Penguasaan pelajar terhadap penggunaan

kata sendi nama yang tepat perlulah diberi penekanan dan dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Peta minda berbantukan komputer boleh memainkan peranan sebagai nota rujukan yang sarat

dengan maklumat kata sendi nama. Ia merupakan satu nota tatabahasa yang moden dan unik.

Saiznya yang praktikal tidak tebal seperti sebuah buku menjadikannya mudah dibawa ke mana-

mana di samping fleksibiliti mengkategorikan kumpulan-kumpulan tertentu memudahkan pelajar

untuk mengingat setiap formula atau rumus kata sendi nama tersebut. Peta minda kata sendi

nama berbantukan komputer ini menyamai sebuah buku tatabahasa bertajuk ‘Kata Sendi Nama’

yang lengkap. Ia berkeupayaan membantu pelajar menghafal, mengingati dan merumus kata

sendi nama apabila berada dalam sesuatu ayat.

1.2 Latar Belakang Kajian

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa aspek penting yang mesti diambil

kira oleh semua guru. Setiap murid perlu dilengkapkan dengan pengetahuan dari segi

tatabahasa , penulisan dan kosa kata. Pengetahuan ini adalah penting bagi membolehkan

seseorang murid itu benar-benar berkualiti dari segi bahasanya. Walau bagaimanapun, masih

terdapat murid-murid yang masih keciciran dan ketinggalan dalam alam pendidikan. Dalam

Sukatan Pelajaran Baharu, ejaan, intonasi, sebutan, kosa kata dan penggunaan tatabahasa seperti

kata sendi merupakan salah satu komponen sistem bahasa yang amat penting dan mesti dikuasai

oleh murid. Dalam kajian ini, penyelidik mendapati masih ramai murid yang gagal memilih dan

mengaplikasikan penggunaan kata sendi dalam pengajaran dan pembelajaran. Masalah utama

mengapa murid-murid tidak mampu untuk memilih jawapan yang betul dan tepat dalam soalan

pemahaman mengisi tempat kosong adalah kerana pengetahuan penggunaan kata sendi mereka

yang amat terhad. Ini menyebabkan mereka juga sering melakukan kesalahan dalam

penggunaan kata sendi yang betul.

2

Page 8: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

1.3 Pernyataan Masalah Kajian

Penguasaan pelajar Tahap 2 ke atas penggunaan kata sendi yang betul dalam sesuatu ayat

bahasa Melayu masih belum memuaskan kerana pelajar sering melakukan kesalahan dalam

membina ayat berpunca daripada pemilihan kata sendi yang salah.

1.4 Objektif Penyelidikan atau Kajian

Objektif penyelidikan ini adalah bertujuan untuk:

1. Mengenal pasti pelajar memahami kata sendi dan fungsinya yang sebenar;

2. Mengenal pasti pelajar menguasai penggunaan kata sendi dalam sesuatu ayat;

3. Mengenal pasti pelajar menghafal dan mengingati penggunaan kata sendi yang betul.

1.5 Soalan Penyelidikan atau Kajian

1. Adakah pelajar dapat mengenal kata sendi dan fungsinya yang sebenar;

2. Adakah pelajar dapat menguasai penggunaan kata sendi dalam sesuatu ayat;

3. Adakah pelajar dapat menghafal dan mengingati penggunaan kata sendi yang betul.

1.6 Kepentingan Penyelidikan atau Kajian

Kajian seperti ini penting kerana dapatan hasil kajian nanti dijangka dapat membantu guru

membuat refleksi tentang pengajarannya serta memperbaiki kaedah dan teknik pengajaran agar

sesuai dengan tahap kesediaan dan minat murid. Dalam proses pengajaran ‘Kata Sendi Nama’

ini, guru seharusnya menggunakan kaedah pengajaran berinovasi yang boleh meransang

pembelajaran murid. Kaedah peta minda dengan berbantukan komputer serta mempunyai ciri ciri

inovasi akan dapat mengekalkan tumpuan dan perhatian murid kepada pengajaran guru dan

seterusnya akan meningkatkan pencapaian.

3

Page 9: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

Hasil kajian ini juga penting kepada pelajar yang berpenguasaan rendah ke atas penggunaan kata

sendi nama yang betul dalam sesuatu ayat. Kemungkinan faktor ini disebabkan oleh kaedah

pengajaran guru secara tradisional dan membosankan. Dengan penggunaan kaedah peta minda

yang mempunyai ciri-ciri inovasi seperti memaparkan perkataan, ayat, imej, gambar, warna,

frasa serta garisan anak panah yang sangat menarik perhatian pasti akan menarik perhatian

pelajar seterusnya boleh menarik minat pelajar untuk menguasai kemahiran menggunakan kata

sendi di dalam sesuatu ayat. Rasa bosan pelajar juga dapat dihindarkan semasa pembelajaran.

Murid-murid akan lebih mudah mengingati isi pelajaran kerana tidak perlu membaca ayat yang

panjang serta sukar difahami. Imej, warna, frasa, dan sebagainya itu tidak terlalu abstrak

berbanding dengan syarahan guru.

Tony Buzan (2006) berpendapat, secara nyata peta minda merupakan penggunaan grafik. Kata

kunci dalam peta minda selalunya dihasilkan dalam bentuk gambaran atau pola kerana otak

manusia lebih mudah menerima ransangan yang berbentuk pola. Selanjutnya kajian ini juga

dapat meransang guru-guru Bahasa Melayu untuk lebih bersedia, kreatif dan sentiasa peka

dengan tugas mendidik di dalam bilik darjah. Penggunaan peta minda dengan berbantukan

komputer menuntut seseorang guru itu membuat persediaan yang rapi sebelum memulakan

pengajaran.

Guru-guru juga akan lebih kreatif untuk menghasilkan peta minda yang menarik, padat dan

mudah untuk difahami oleh murid-murid. Peta minda tersebut bolehlah dijadikan bahan ‘hard

copy’ untuk rujukan atau nota ekspress pelajar. Dengan ini, pelajar akan cepat menghafal dan

mengingati setiap rumus atau formula berkesan tentang kata sendi nama dengan cepat dan

berpanjanganSelain itu, hasil kajian ini juga memberi kepentingan kepada pihak pentadbiran

sekolah, yakni guru besar bolehlah menyarankan kepada semua guru bukan sahaja untuk mata

pelajaran Bahasa Melayu tetapi kepada semua mata pelajaran lain bagi di samping dapat

memperkukuh kemahiran asas menggunakan komputer.

4

Page 10: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

1.7 Batasan Penyelidikan atau Kajian

Kajian ini melibatkan 35 orang pelajar daripada kelas Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Desa

Amanpuri Persiaran Perdana , Selangor. Dapatan kajian ini tidak boleh digeneralisasikan mana-

mana kumpulan lain. Kajian ini hanya melibatkan empat buah petikan yang terkandung dalam

Sukatan Bahasa Melayu Tahun 4. Petikan tersebut akan diajar untuk tempoh masa empat

minggu. Semasa kajian dijalankan, pengkaji sendiri yang akan mengajar kedua-dua kumpulan

pelajar aras lemah dan kumpulan pelajar aras sederhana. Langkah ini mungkin akan memberi

kesan ke atas keputusan kajian.

1.8 Definisi pembolehubah/operasional

1.8.1 Peta Minda

‘Peta minda’ adalah satu kaedah mengingat dan mencatat nota yang berkesan kepada

pelajar.Dalam kaedah peta minda hanya fakta-fakta penting sahaja yang dimasukkan kedalam

peta minda.Peta minda direka dengan pelbagai corak.

1.8.2 Pembelajaran

‘Pembelajaran’adalah suatu proses belajar dan menerima pengetahuan daripada pengajaran guru

(Kamus Dewan 1970),sama ada melalui pembelajaran secara formal ataupun tidak formal

seterusnya berlaku perubahan tingkah laku,seseoran kanak-kanak akan mengaplikasi dan

menajamkan lima deria iaitu penglihatan,pendengaran,rasa,hidu dan sentuhan melalui aktiviti

yang dirancang oleh guru.Mereka dapat berinteraksi dengan alam sekitarnya bersesuaian dengan

minat dan kreatviti.

5

Page 11: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

1.8.3 Pengajaran

‘Pengajaran’ bermaksud strategi,kaedah dan teknik menyampaikan sesuatu ilmu pengetahuan

agar membolehkan sesuatu perubahan tingkah laku berlaku.

1.8.4 Prestasi Pelajar

Prestasi merupakan pencapaian pelajar mengikuti kurikulum yang diajar dan ditentukan melalui

ujian tertentu seperti ujian bulanan. Dalam kajian ini, prestasi pelajar dikesan melalui ujian pra

dan ujian pos.

1.9 Rumusan

Bab ini telah menghuraikan tentang masalah kajian, tujuan dan persoalan kajian yang hendak

dijawab, kepentingan kajian serta batasan kajian yang menjadi komponen penting dalam

penyelidikan ini. Pengkaji ingin membuat kajian mengenai keberkesanan penggunaan peta

minda berbantukan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tentang penggunaan‘Kata

Sendi Nama’ dalam sesuatu ayat.

6

Page 12: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

Bab 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Tujuan kajian ini dijalankan antara lain adalah untuk menggunakan satu kaedah yang

sesuai serta boleh membantu murid meningkatkan tahap penguasaan ke atas kemahiran

menggunakan kata sendi nama yang betul di dalam sesuatu ayat. Pengkaji menggunakan kaedah

peta minda dengan berbantukan komputer untuk mengajarkan tatabahasa bertajuk ‘Kata Sendi

Nama’ yang terdapat dalam sukatan pelajaran Tahun 4. Dalam bab ini juga pengkaji

mengutarakan beberapa definisi istilah, literatur-literatur berkaitan mengenai peta minda, teori-

teori yang berkaitan serta beberapa kajian berkaitan yang telah dijalankan mengenai peta minda

dan pembelajaran berbantukan komputer.

2.2 Definisi Istilah

Definisi Istilah

Tujuan adalah untuk menghuraikan istilah-istilah yang spesifik berkaitan dengan kajian

dan penyelidikan ini adalah untuk mengelakkan kekeliruan dan tanggapan yang berbeza sesuai

dengan kehendak kajian. Beberapa definisi akan dihuraikan di bawah ini, antaranya ialah :

Ujian pra ialah ujian pencapaian yang diduduki oleh semua sampel bagi kumpulan

rawatan dan kumpulan kawalan sebelum kajian dijalankan.

Ujian pasca ialah ujian pencapaian yang diduduki oleh semua sampel bagi kumpulan

rawatan dan kumpulan kawalan diakhir kajian dijalankan.

Ujian rintis ialah satu ujian yang diberikan kepada kumpulan murid yang tidak terlibat

dalam kajian untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaannya.

Kumpulan pelajar aras rendah ialah kumpulan murid yang diajarkan dengan

menggunakan kaedah peta minda.

7

Page 13: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

Kumpulan murid aras sederhana ialah kumpulan murid yang diajar dengan kaedah

konvensional.Peta minda merupakan satu pembinaan yang dibuat di atas sehelai kertas, idea

penting diletakkan di tengah-tengah pusat utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan di

luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah geometri, warna dan

sebagainya. Dalam kajian ini, peta minda yang digunakan dipaparkan melalui skrin, berbantukan

komputer dan Liquid Crystal Display (LCD).

Berbantukan komputer ialah penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai

alat (tool) untuk membantu pelajar mempelajari sesuatu topik, idea atau kemahiran.Inovasi

menurut Nichols (1983:4) “ Idea, subject or practice as new by an individual or individuals,

which is intended to bring about improvement in relation to desired objectives, which is

fundamental in nature and which is planned and deliberate.” Inovasi lebih kepada idea, objek

atau praktikal sesuatu yang baru oleh seseorang atau sekelompok orang yang bermaksud untuk

memperbaiki tujuan yang diharapkan. Perubahan Nichols (1983:4), perubahan merujuk kepada

“continuous reapraisal and improvement of existing practice which can be regarded as part of

the normal activity….” Bermaksud perubahan mengacu kepada kelangsungan penilaian,

penafsiran dan pengharapan kembali dalam perbaikan pelaksanaan pendidikan yang ada yang

diangap sebagai bagian aktivitas yang biasa.

2.3 Literatur Berkaitan Peta Minda

Peta minda telah diperkenalkan oleh Tony Buzan pada tahun 1960an sebagai kaedah yang boleh

membantu pelajar, mencatat nota dengan ringkas dan berkesan. Menurut Subadrah (2001),

penggunaan peta minda semakin penting sebagai satu kemahiran mengorganisasi maklumat dan

menghuraikan konsep atau objektif secara teratur. Shahabudin Hashim, Mahani Razali dan

Ramlah Jantan (2007) menyatakan, peta minda membolehkan kita merangka, mencatat nota,

merekodkan maklumat atau peristiwa, merancang aktiviti atau membuat sesuatu persembahan.

Peta minda yang dibentuk biasanya pelbagai dan bergantung kepada kreativiti seseorang.

8

Page 14: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

Peta minda merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semua maklumat daripada

ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat. Menurut Poh Swee Hiang (2006),

peta minda dibentuk berdasarkan bagaimana otak manusia merakam dan memproses maklumat

secara linear dan dalam masa yang sama membuat pengelolaan yang menyeluruh seperti

menghubungkait, membanding, menganlisa dan sebagainya. Peta minda adalah kebiasaannya

dibina di atas sehelai kertas.

Idea penting atau idea utama diletakkan di tengah-tengah pusat utama dan idea lain yang

berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah

geometri, imej, underlining, anak panah, warna dan sebagainya. Peta minda juga boleh

menjimatkan masa dalam mempelajari sesuatu mata pelajaran. Dalam proses pembelajaran,

seseorang murid itu perlulah menyusun strategi agar segala isi pelajaran dapat diproses oleh otak

dengan lebih mudah. Menurut Dilip Mukerjea (1996), melalui peta minda seseorang itu dapat

learn more, remember more, use less paper, invest less effort yang membawa maksud

penggunaan peta minda dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak,

mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga.

Semasa membina peta minda, maklumat penting yang disusun dan dikelolakan dengan cara

keseluruhan. Susunan sedemikian dapat menghasilkan struktur pola yang kreatif selaras dengan

cara otak seseorang memproses maklumat. Penggunaan peta minda lebih mudah untuk

dirakamkan dalam ingatan jangka panjang. Poh Swee Hiang (2006) berpendapat, peta minda

membantu anda mencatat nota dengan pantas dan mengelakkan pengulangan perkataan. Nota

tersebut wujud sebagai satu gambaram mental yang lengkap, bermakna dan senang

diingati.Penggunaan peta minda boleh membantu mencapai beberapa matlamat. Menurut Ab

Fatah Hassan (1994), antaranya mengorganisasi maklumat, membantu kepada pengekalan

ingatan, membuat perkaitan antara pengetahuan yang baru dengan pengetahuan sedia ada,

membantu kepada pengekalan konsep baru, memperjelas dan mengvisualisasikan struktur

kognitif pelajar dan menggalakkan kreativiti. Faktor tersebut juga boleh menarik minat murid

terhadap proses pengajaran dan pembelajaran guru.

9

Page 15: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

Keberkesanan peta minda ini telah diakui oleh pelajar cemerlang SPM 2006, Nadia Rohani

Malik Panter-Brick, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq, Besut,

Terengganu. Beliau mendapat pangkat 1A dalam kesemua 14 mata pelajaran yang diambil dalam

peperiksaan tersebut. Pejabat Pendidikan Daerah Besut (23 Mac 2007) melaporkan, Nadia yang

bercita-cita menjadi seorang doktor pakar menggunakan kaedah peta minda Tony Buzan bagi

memudahkannya mengulangkaji dan menghafal pelajaran.

Sasterawan terkenal tanah air, A. Samad Said telah mengadakan pameran “Daerah Samad – 100

lakaran oleh A. Samad Said” di Galeri Petronas, Suria KLCC. Menurut Johanna A. Sobrey (25

Jun 2007), manuskrip-manuskrip itu hasil tulisan tangan Pak Samad sendiri berperanan sebagai

peta minda yang mengungkapkan secara intim, telus dan langsung sejarah pembentukkan karya-

karya sasteranya dari mula sampai tamat. Selanjutnya dijelaskan, disebalik tompokan dan

garisan-garisan halus mahupun cakaran liar, turut tersisip kata-kata puitis dan mesej mendalam

yang meneropong kehidupan, keadaan serta perkara yang berlaku di persekitaran dan pelbagai

perkara yang bermain di minda Pak Samad. Ini menunjukkan kelebihan penggunaan peta minda

dalam membuat catatan idea sebelum dikembangkan dalam bentuk penulisan naratif.

2.4 Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah amatlah

digalakkan, kerana penggunaan komputer dapat menarik minat murid-murid untuk mengikuti

pembelajaran dengan lebih sistematik. Menurut Nor Hayati (2002), salah satu kaedah yang

sesuai digunakan untuk menarik minat murid-murid ialah pengajaran dan pembelajaran

berbantukan komputer, iaitu satu pengajaran yang dibantu oleh komputer dengan melibatkan

perisian-perisian yang sesuai samada dicipta sendiri atau telah dicipta oleh orang lain untuk

tajuk-tajuk tertentu. Ahmad Nizar (1997) pula berpendapat, pengajaran dan pembelajaran

berbantukan komputer ialah satu situasi pembelajaran di mana murid-murid dapat berinteraksi

dan dibimbing oleh komputer melalui satu program pembelajaran terancang yang bertujuan

untuk mencapai matlamat pembelajaran.

10

Page 16: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

Menurut Kanagambal (1977), pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ialah satu

situasi di mana komputer digunakan untuk mengajar dan mengasah sesuatu kemahiran. Selain itu

beliau menyatakan bahawa melalui pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer, adalah

usaha untuk menyampaikan maklumat, membimbing, melatih dan menilai prestasi murid-murid.

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer juga dapat menghasilkan suasana

pembelajaran yang menarik dan lebih efektif kerana pelajaran dapat disampaikan dengan cara

yang lebih menghiburkan. Menurut Kanagambal lagi, antara matlamat yang dicapai oleh pelajar

melalui pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ialah mempelajari sesuatu dengan

lebih cepat, lebih mudah serta lebih banyak mengingati kembali bahan yang dipelajari,

merperoleh sikap positif terhadap alat komputer, dapat berinteraksi dengan komputer dengan

lebih aktif dan fleksibel dalam pembelajaran, iaitu pelajar menentukan cara menggunakan bahan

pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer.

Seterusnya, menurut Mohamad Hasan (1998), penggunaan komputer dalam proses pengajaran

dan pembelajaran di bilik darjah mempunyai banyak kelebihan. Antaranya ialah :

(i) Komputer mampu mendorong pembelajaran dilaksanakan secara interaktif dan secara tidak

langsung akan menimbulkan suasana seronok belajar,

(ii) Kecanggihan bahan grafik pada program komputer boleh menambahkan lagi daya kreativiti

pelajar dan memperbaiki kemahiran penulisan murid,

(iii) Terdapat beberapa program komputer yang mencabar, yang mendorong kepada kemahiran

berfikir di kalangan murid,

(iv) Guru-guru dapat berperanan sebagai fasilitator dan mampu membantu murid sepenuhnya

dari segi isi pelajaran,

(v) Pelajar boleh mengikuti pelajaran pada bila-bila masa dan merasa kurang tertekan, dan (f)

komputer dapat membekalkan maklumat terkini, mengambil semua maklumat, menyalin

maklumat, menyimpan maklumat dan memaparkan maklumat untuk perbincangan atau

persembahan.

11

Page 17: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

Mengenai konsep pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer pula, Zorain Wati Abas

(1992) berpendapat, langkah pertama penggunaan komputer di dalam kurikulum sekolah

menjurus kepada pembelajaran berbantukan komputer yang boleh dianggap sebagai alat (tool)

untuk membantu pelajar mempelajari sesuatu topik, idea atau kemahiran. Komputer yang

digunakan di sekolah boleh diaplikasikan melalui pelbagai cara untuk menarik perhatian pelajar

terhadap pengajaran guru. Perhatian yang diberikan semasa proses pembelajaran sangat penting,

kerana melalui perhatian tersebut akan menatijahkan sesuatu yang diharapkan.

2.5 Teori-Teori Berkaitan Peta Minda

Selain daripada bukti-bukti kejayaan penggunaan peta minda dan kelebihan-kelebihan

pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer, terdapat juga beberapa teori serta

pandangan yang sesuai atau yang menyokong penggunaan peta minda dapat memberi manfaat

kepada proses pembelajaran. Antaranya Teori Pembelajaran Gestalt /Kognitif, Teori Ausubel,

dan Teori Pelbagai Kecerdasan (Gardner). Ahli-ahli psikologi gestalt atau kognitif berpendapat,

dalam proses pembelajaran, pelajar membentuk struktur kognitif dalam ingatannya. Ragbir Kaur

(2006) menyatakan, setiap kali seseorang individu itu belajar, dia akan menyusun segala

pengalaman yang dipelajari dan menyimpannya di dalam ingatan.

Penggunaan peta minda adalah selari dengan pendapat mazhab gestalt yang berpendapat bahawa

setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan

menggunakan semula segala pengalaman yang tersimpan untuk membolehkan dia

menghubungkaitkan pertalian antara pengalaman tersimpan dengan masalah dihadapi.David

Ausubel seorang ahli psikologi kognitif yang menekankan penguasaan maklumat melalui

penggunaan bahasa yang bermakna. Menurut Ragbir Kaur (2006), maklumat yang dipelajari

secara bermakna dapat diingat dengan lebih lama berbanding dengan apa yang dipelajari secara

hafazan. Dr Ismail Zain (13 Jun 2005) Utusan Malaysia, telah menyatakan pembelajaran secara

hafalan tidak dapat membentuk insan yang kritis dan kreatif, malah tidak sesuai dengan zaman

yang serba maju ini.

12

Page 18: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

Selanjutnya beliau berpendapat penggunaan peta minda dan pengurusan grafik adalah sesuai ke

arah memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna. Gardner

yang terkenal dengan teori kecerdasan pelbagai menyatakan bahawa kecerdasan adalah

kebolehan seseorang untuk menyelesaikan masalah. Menurut Ramlan Hamzah dan Lily Mastura

Harun (2006) dalam penyelesaian masalah terdapat pelbagai cara bukan hanya tertumpu kepada

satu cara tertentu sahaja dan Gardner telah mengenalpasti sembilan jenis kecerdasan yang ada

dalam diri individu. Dalam proses pembelajaran menggunakan peta minda adalah amat sesuai

terutamanya bagi murid-murid yang mempunyai kecerdasan visual dan ruang, kecerdasan bahasa

dan kecerdasan interpersonal. Dalam sesuatu kumpulan pembelajaran yang dibentuk mungkin

terdapat ahli kumpulan yang berbeza kecerdasan. Perbezaan tersebut dapat membantu murid-

murid untuk menghasilkan peta minda yang kreatif dan asli.

2.6 Kajian Berkaitan Peta Minda

Kajian-kajian berkaitan dengan penggunaan peta minda telah banyak dijalankan oleh

pengkaji-pengkaji di kalangan pendidik sendiri. Antaranya ialah Altablig bt Ali (2006), Asma

binti Ishak (2005), Rusilah Jais et. al (2004), dan Sim Ah Hock et.al (1997). Begitu juga terdapat

kajian yang berkaitan dengan pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan berbantukan

komputer oleh Kam Foo Kong (2006). Altablig bt Ali (2006) telah menjalankan kajian tentang

penggunaan peta minda dalam mengingati konsep atau fakta Sejarah ke atas 35 orang pelajar

tingkatan 4 di Sekolah Menengah Pekan Baru, Parit Buntar. Hasil dapatan kajian tersebut

menunjukkan pelajar yang berpencapaian sederhana telah meningkat sebanyak 60% manakala

pelajar yang lemah hanya 6% sahaja. Beliau merumuskan bahawa penggunaan peta minda dapat

membantu pelajar-pelajar sederhana mengingat fakta sejarah bagi mendapat markah terutamanya

dalam soalan struktur Kertas 2.Asma binti Ishak (2005), telah menjalankan kajian ke atas 30

orang murid tahun 4 Arif di Sekolah Kebangsaan Jelempok. Kajian beliau, penggunaan peta

minda dapat meningkatkan kemahiran mencatat nota. Dapatan kajian beliau menunjukkan

berlaku peningkatan kumpulan pencapaian tinggi dalam ujian pasca menjadi 40% berbanding

ujian pra 7%.

13

Page 19: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

Bagi kumpulan pencapaian rendah pula menurun kepada 3% dalam ujian pasca berbanding 40%

dalam ujian pra. Sehubungan itu beliau berpandangan bahawa penggunaan peta minda dalam

mencatat nota adalah berjaya. Seterusnya Rusilah Jais et. al (2004) juga telah menjalankan kajian

tentang penggunaan peta minda bagi mata pelajaran matematik di kalangan pelajar perakaunan.

Kajian tersebut melibatkan seramai 158 responden di kalangan pelajar-pelajar matrikulasi. Hasil

dapatan kajian tersebut menunjukkan berlakunya peningkatan pelajar yang mendapat gred A

sebanyak 26.6% dalam ujian pasca berbanding 7% dalam ujian pra. Pelajar yang mendapat gred

B juga meningkat daripada 7.6% dalam ujian pra kepada 12% dalam ujian pasca. Bagi gred C

menunjukkan penurunan peratus dalam ujian pasca iaitu 3.2% berbanding 10.1% dalam ujian

pra. Rusilah Jais et. al (2004) merumuskan bahawa penggunaan peta minda dalam mata pelajaran

matematik adalah berkesan.

Sim Ah Hock et.al (1997), telah menjalankan kajian tentang kesan strategi pemetaan konsep

terhadap pemprosesan maklumat Sains dengan berbantukan komputer ke atas 141 orang pelajar

semester 3 di lima buah maktab perguruan. Dapatan kajian tersebut dirumuskan bahawa, terdapat

perbezaan min dalam ketiga-tiga pemboleh ubah bersandar antara kumpulan eksperimen dan

kumpulan kawalan adalah signifikan, dengan kumpulan eksperimen memperolehi skor yang

lebih tinggi daripada kumpulan kawalan. Oleh itu dapatan kajian menyokong pengintegrasian

strategi pemetaan konsep untuk memproses maklumat dengan pembelajaran berbantukan

komputer.Kam Foo Kong (2006), menjalankan kajian ke atas 42 orang pelajar tingkatan 1L di

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keledang. Kajian beliau tentang meningkatkan minat

pelajar kepada mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan melalui kaedah

pembelajaran berbantukan komputer. Hasil dapatan kajian beliau menunjukkan pelajar yang

memperolehi skor 40% ke atas (lulus) dalam ujian pasca meningkat kepada 86% berbanding

47.6% dalam ujian pra. Pelajar yang memperolehi skor 40% ke bawah (gagal) pula menurun

kepada 14% dalam ujian pasca berbanding 52.4% dalam ujian pra. Dengan demikian Kam Foo

Kong merumuskan bahawa kaedah pengajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

menggunakan komputer telah menunjukkan peningkatan pencapaian yang ketara.

14

Page 20: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

2.7 Kajian Tentang Amalan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah

Menurut Haris (1993), kefahaman guru mengenai sesuatu inovasi dalam pengajaran dan

pembelajaran adalah penting bagi melihat kejayaan pelaksanaannya. Kegagalan pelaksanaan

dalam menjalankan misi ini pasti menimbulkan kesan yang tidak baik kepada bakal penerimanya

iaitu pelajar sekolah. Sebagaimana yang ditulis dalam buku Panduan KBSR sama ada perubahan

yang dicadangkan itu akan menjadi kenyataan atau tidak, adalah bergantung kepada peranan

yang dimainkan oleh setiap guru dan guru besar dalam sesebuah sekolah. Abd. Aziz (2000)

pernah menyebut bahawa guru sebagai pelaksana perubahan dalam kurikulum perlu terdiri

daripada seorang yang mempunyai sifat positif dalam segala hal. Mereka perlu bersifat kreatif

yang tinggi terutamanya dalam penciptaan alat dan bahan pengajaran. Selain itu, mereka perlu

peka dalam hal perubahan-perubahan dan pembaharuan-pembaharuan terutamanya kaedah-

kaedah pengajaran dan pembelajaran serta aktif dalam tugasnya di bilik darjah berhubung

dengan pengelolaan, pengurusan dan pengawasan aktiviti yang berjalan di bilik darjah.

Menurut Hamdan et al. (2004), memandangkan pengajaran dan pembelajaran kini telah

mengalami perubahan, iaitu yang mengkehendaki guru tidak lagi menggunakan kaedah chalk

and talk tetapi telah berubah kepada penggunaan alat bantu mengajar yang canggih seperti LCD

projektor, OHP, media dan sebagainya. Oleh itu guru perlu menguasai kemahiran komputer

dengan baik dengan perisisan-perisian multimedia seperti power point, flash, movie maker dan

lain-lain lagi. Pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan membawa perubahan kepada

seseorang individu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat. Pada zaman moden ini, guru

adalah bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan dan menghasilkan perubahan

tingkahlaku ke atas diri seseorang. Mereka harus memahami idea perubahan dengan sempurna,

secukupnya dan menyusun strategi yang rapi untuk memastikan perubahan dapat dilaksanakan

dengan jayanya. Bagi menangani perubahan dalam inovasi, guru perlu menguasai teknologi

yang sentiasa berubah disamping meningkatkan lagi ilmu pengetahuan.

15

Page 21: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

Guru perlu mengamalkan budaya membaca, budaya belajar, budaya berfikir dan budaya menulis.

Menurut Sharil et al. (1999), melalui amalan dan penghayatan budaya ilmu ini, guru dapat

menjadi teladan kepada para pelajar. Tanpa pembinaan ilmu ini dalam inovasi dalam pengajaran

dan pembelajaran, malamat yang disasarkan agak sukar dicapai. Peningkatan dalam ilmu

pengetahuan dan teknologi sewajarnya dilakukan oleh guru kerana keupayaan guru

menyelesaikan masalah bergantung kepada keupayaan guru sebagai fasilitator, penyelesai

masalah, pemangkin dan pendorong pembelajaran.

Proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pelbagai kaedah dan pendekatan digunakan.

Kebanyakan guru biasanya menyampaikan pengetahuan berasaskan isi kandungan dan

berpusatkan pengajaran itu sendiri. Matlamat guru hanyalah ke arah menyediakan pelajar untuk

menduduki peperiksaan pada setiap hujung tahun. Apa yang tejadi adalah proses pembelajaran

berlaku secara dasar sahaja. Tidak mementingkan pemahaman pelajar sama ada benar-benar

menguasai kemahiran ataupun tidak. Adakalanya setiap konsep yang disampaikan tidak jelas dan

berada jauh di luar kontek sebanar. Sehubungan dengan itu, pelajar haruslah dilatih dengan

kemahiran berfikir pada peringkat lebih tinggi. Pelajar harus dilatih dengan kemahiran berfikir

secara kritikal, menganalisis maklumat serta mengsintesiskan maklumat bagi menyelesaikan

masalah dalam pelbagai konteks.

Pembelajaran berasaskan masalah (PBL) merupakan satu inovasi yang signifikan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran dalam bidang kejuruteraan, perubatan, sains komputer dan undang-

undang. Masalah dunia sebenar akan dikemukakan kepada pelajar dimana ianya akan menjadi

pemandu utama ke arah pembelajaran pelajar. Proses pembelajaran dengan menggunakan kaedah

ini menunjukkan hasil penyelidikan yang memberangsangkan mengikut para penyelidik yang

telah menggunakannya. Proses ini juga telah cuba diterapkan dengan penggunaan komputer

sebagai satu wadah untuk menjadikan proses pembelajaran lebih menarik. Boud dan Tamblyn

(1980) mendefinisikan PBL sebagai the learning which result from the process of working

towards the understanding of, or resolution of, a problem. Margetson (1991) pula menganggap

PBL sebagai konsep pengetahuan, pemahaman dan pendidikan secara mendalam berbeza

16

Page 22: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

daripada kebanyakan konsep yang terletak dibawah pembelajaran berasaskan mata pelajaran.

Dengan menggunakan pendekatan PBL ini, pelajar akan bekerja secara koperatif dalam

kumpulan untuk menyelesaikan masalah sebenar dan yang paling penting membina kemahiran

untuk menjadi pelajar yang boleh belajar secara kendiri (Hamizer et al. 2003). Pelajar akan

membina kebolehan berfikir secara kritis dan berterusan berkaitan dengan idea yang dihasilkan

serta apa yang akan dilakukan dengan maklumat yang diterima (Gallagher, 1997).

2.8 Rumusan

Berdasarkan literatur berkaitan dan kajian-kajian yang berkaitan telah menunjukkan bahawa

kaedah penggunaan peta minda serta peta minda dengan berbantukan komputer dalam sesuatu

pengajaran dan pembelajaran akan memberikan kesan yang positif terhadap pencapaian murid-

murid. Peta minda yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran juga seiring dan sesuai

dengan pandangan dan teori-teori pembelajaran seperti Teori Gestalt / Kognitif, Teori Ausubel

dan Teori Kecerdasan Gardner

17

Page 23: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

BAB 3 : METADOLOGI

3.1 Pendahuluan

Kajian ini adalah mengenai kaedah penggunaan peta minda dengan berbantukan komputer dalam

bidang tatabahasa mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk “Kata Sendi Nama”. Dalam bab ini,

pengkaji menyatakan kaedah kajian yang akan digunakan dalam penyelidikan yang akan

dijalankan. Kaedah kajian yang akan digunakan dalam kajian ini pula akan menerangkan reka

bentuk kajian, populasi dan sampel, alat kajian yang digunakan, tatacara pengumpulan data dan

seterusnya tatacara penganalisaan data.

3.2 Reka Bentuk Penyelidikan

Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan yang melibatkan dua buah kelas tahun

empat, iaitu kumpulan pelajar aras rendah dan kumpulan pelajar aras sederhana. Kedua-dua

kumpulan akan diberi ujian pra sebelum kajian dijalankan, manakala ujian pasca pula akan

diberikan diakhir kajian dijalankan. Jangka masa kajian ini dicadangkan selama empat minggu

dan pengkaji akan menjalankan pengajaran bagi kedua-dua kumpulan, agar dapat mengurangkan

ralat dalam kajian ini.

Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif untuk mengumpul data-data yang dikaji

hasil daripada keputusan ujian pra dan ujian pasca yang akan dijalankan oleh pengkaji.Untuk

menjalankan kajian tinjauan ini, pengkaji juga menggunakan kaedah pemerhatian iaitu dengan

memilih dua buah kelas yang telah sedia ada, di mana kumpulan pelajar aras rendah menerima

pembelajaran dengan menggunakan kaedah peta minda berbantukan komputer, sementara

kumpulan pelajar aras rendah akan menerima pembelajaran dengan menggunakan kaedah

konvensional.

18

Page 24: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

Pengkaji sendiri yang akan mengajar kedua-dua kumpulan pelajara tersebut. Kedua-dua

kumpulan tersebut akan diberi ujian pra sebelum kajian dijalankan dan ujian paos selepas kajian

dijalankan. Walaupun pemilihan sampel tidak dilakukan secara rawak, pengkaji akan

mengenalpasti bahawa sampel bagi kedua-dua kumpulan tersebut mempunyai kebolehan

pencapaian yang hampir sama berdasarkan ujian diagnostik yang dijalankan oleh pengkaji.

Tujuan reka bentuk kajian tinjauan ini dipilih ialah untuk mengenalpasti perbezaan tahap

penguasaan ke atas penggunaan kata sendi nama dalam sesuatu ayat bagi kedua-dua kumpulan,

iaitu kumpulan pelajar aras rendah dan kumpulan pelajar aras sederhana. Di dalam kajian ini,

terdapat dua pemboleh ubah yang dikaji, iaitu pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tak

bersandar (bebas). Di dalam kajian ini pemboleh ubah bersandar ialah tahap penguasaan ke atas

penggunaan kata sendi nama dalam sesuatu ayat yang diperolehi melalui ujian pra dan ujian

pasca, manakala pemboleh ubah tak bersandar ialah kaedah pengajaran dengan menggunakan

peta minda dengan berbantukan komputer dan kaedah konvensional. Menurut Azizi Yahaya et.

al (2007), satu bahagian daripada persekitaran yang dimanipulasikan adalah pemboleh ubah tak

bersandar, manakala kesan tingkah laku manipulasi adalah pemboleh ubah bersandar, iaitu apa

yang diukur.

Selain pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar, terdapat pemboleh ubah-

pemboleh ubah luaran atau pemboleh ubah ekstranus yang mungkin mengganggu keputusan

kajian, seperti kaedah pemilihan sampel, interaksi antara kumpulan, jangka masa kajian dan

penyediaan soalan. Bagi mengawal pemboleh ubah-pemboleh ubah ekstranus tersebut, beberapa

langkah wajar diberi perhatian. Antaranya, pemilihan sampel yang terdiri daripada dua kumpulan

pelajar mestilah berada pada tahap tahap penguasaan ke atas penggunaan kata sendi nama dalam

sesuatu ayat yang hampir sama.

19

Page 25: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian

Populasi dalam kajian ini ialah semua murid Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Desa

Amanpuri Persiaran Perdana , Selangor. Murid telah mengikuti mata pelajaran Bahasa Melayu

berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran yang telah disediakan oleh Pusat Perkembangan

Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Dua buah kelas telah dipilih daripada empat buah

kelas Tahun 4 menjadi sampel penyelidikan ini iaitu terdiri daripada 35 orang pelajar yang

hampir sama pencapaian. Mereka ini dikelompokkan kepada dua kumpulan, 20 orang

dikelompokkan ke dalam kumpulan pelajar aras rendah, manakala 15 orang lagi dikelompokkan

ke dalam kumpulan pelajar aras sederhana.

3.4 Instrumen Kajian

Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set ujian pencapaian (ujian pra dan

ujian pasca). Ujian pencapaian ini terdiri daripada 10 soalan objektif aneka pilihan jawapan yang

berkaitan dengan penggunaan ‘Kata Sendi Nama’. Semua item ujian pencapaian ini telah dibina

sendiri oleh pengkaji berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, Huraian Sukatan Bahasa

Melayu Tahun 4 dan Buku Teks Bahasa Melayu, KSSR Tahun 4. Bagi menentukan kesahan

kandungan, pengkaji telah membina item-item dalam alat kajian ini berdasarkan jadual penentu

ujian (JPU) mengikut aras Taksanomi Bloom. Bagi meningkatkan lagi kesahan kandungannya

pengkaji juga telah merujuk kepada beberapa orang guru yang berpengalaman dalam pengajaran

dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi mendapatkan

pandangan dan komen mereka. Berdasarkan ulasan guru-guru pakar tersebut pengkaji telah

membaiki dan menggantikan beberapa item yang kurang sesuai.

20

Page 26: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

3.5 Proses Pengumpulan Data Kajian

Kajian akan dijalankan di Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri Persiaran Perdana ,

Selangor. melibatkan 35 sampel yang dibahagikan kepada kumpulan pelajar aras rendah dan

kumpulan aras sederhana. Kedua-dua kumpulan dikehendaki menduduki ujian pra. Pengkaji

menguruskan sendiri ujian pra tersebut dan pengkaji menyemak skor yang diperolehi oleh

sampel bagi kedua-dua kumpulan. Pengkaji melibatkan diri secara terus dengan mengajar kedua-

dua kumpulan tersebut. Kumpulan pelajar aras rendah diajar menggunakan kaedah konvensional

sementara kumpulan aras sederhana menggunakan kaedah peta minda dengan berbantukan

komputer. Kedua-dua kaedah pengajaran ini akan dijalankan dalam masa empat minggu. Pada

hari terakhir kajian, semua pelajar dalam kumpulan pelajar aras rendah dan kumpulan pelajar

aras sederhana akan menduduki ujian pasca, dengan menggunakan set soalan yang sama dengan

ujian pra. Seterusnya skor ujian pasca akan dikumpulkan untuk dianalisis oleh pengkaji.

3.5. 1 Prosedur pengumpulan data

Penyelidik mengumpulkan data berdasarkan pada instrumen kajian. Penyelidik akan mengutip

kertas ujian daripada murid sebaik sahaja masa menjawab tamat. Semua markah akan

dicampurkan daripada beberapa bahagian sebelum diberi gred. Penyelidik mengumpul skor

mentah daripada ujian pra dan mengisi ke dalam jadual. Selepas mengumpul data ujian pra,

penyelidik akan mengendalikan pelajaran selama tiga ratus minit dalam jangka masa empat

minggu untuk membantu kumpulan eksperimen. Kumpulan kawalan akan belajar seperti biasa

Selepas program berakhir, murid-murid akan menjalani ujian pos pula. Masa yang

diperuntukkan adalah sama dengan ujian pra iaitu tiga puluh minit. Penyelidik akan mengutip

kertas ujian dan seterusnya mengira markah. Markah yang telah dicampur akan diberi mengikut

gred. Data-data yang diperolehi direkod secara terperinci dalam borang skor.

21

Page 27: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

3.5.2 Prosedur analisis data

Penyelidik mengumpulkan data berdasarkan pada kedua-dua ujian yang dijalankan. Jumlah

markah ujian daripada ujian pra dan ujian pos ialah 30 markah. Penyelidik mengira markah

dengan menjumlahkan keseluruhan bahagian ujian iaitu Latihan 1, 2, dan 3. Data-data yang

diperoleh akan direkod secara terperinci dalam borang skor. Kemudian data-data tersebut akan

dianalisis menggunakan kaedah gred A hingga E. Hasil dapatan akan dianalisis berdasarkan

prosedur biasa yang kemudiannya akan dijadikan dalam bentuk gred. Rujuk jadual skema

markah di bawah ini.

Jadual 3.2

Skema Pemarkahan

Keputusan ujian pra akan dianalisis bagi mengenal pasti tahap penguasaan pelajar. Kemudian

penyelidik akan merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan penggunaan peta

minda sendi nama yang mempunyai ciri-ciri inovasi dalam mempertingkatkan penggunaan kata

sendi murid Tahun 4.

22

Gred Markah Lulus/Gagal

A

B

C

D

E

24 - 30

19 – 23

13 – 18

7 -12

0 – 6

Lulus

Lulus

Lulus

Gagal

Gagal

Page 28: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

3.5.3 Prosedur Pemprosesan Data

Empat jenis maklumat diperlukan bagi menjawab soalan kajian, seterusnya menulis laporan

akhir kajian. Maklumat pertama diperlukan untuk memperihalkan profil pelajar. Manakala tiga

set data diperlukan untuk menjawab soalan kajian. Pertama sekali penyelidik perlu memastikan

pelajar menjawab kesemua item dalam instrumen kajian dan data-data tersebut direkodkan

dengan terperinci. Borang skor yang telah disediakan digunakan mencatat data-data yang telah

dikumpul. Bagi analisis statistik deskriptif, min dan sisihan piawai digunakan.

3.6 Rumusan

Di dalam bab ini, penyelidik menghuraikan metodologi yang digunakan dalam kajian

termasuklah reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, prosedur kajian, cara

pengumpulan dan penganalisaan data. Data yang dikumpul dijangkakan dapat memberi

maklumat yang secukupnya untuk penyelidik menilai kesan penggunaan peta minda sendi nama

berbantukan komputer yang mempunyai ciri-ciri inovasi dalam mempertingkatkan penggunaan

kata sendi murid Tahun 4.

23

Page 29: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Segala data yang diperolehi daripada soal selidik yang telah dijawab oleh responden yang terdiri

daripada murid Tahun 4 dianalisis dan dibincangkan. Data yang telah diproses dipersembahkan

dalam bentuk jadual bagi memudahkan pentafsiran para pembaca. Setiap jadual disertakan

dengan penerangan dan perbincangan yang ringkas untuk menambahkan pemahaman para

pembaca.

4.2 Profil Responden

Kajian ini adalah melibatkan responden seramai 35 orang murid Tahun 4 yang kini belajar di

Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri Persiaran Perdana , Selangor. Dua buah kelas telah dipilih

daripada empat buah kelas Tahun 4 menjadi sampel penyelidikan ini iaitu terdiri daripada 35

orang pelajar yang hampir sama pencapaian. Mereka ini dikelompokkan kepada dua kumpulan,

20orang (57.14%) dikelompokkan ke dalam kumpulan pelajar aras rendah, manakala 15 orang

(42.85%) lagi dikelompokkan ke dalam kumpulan pelajar aras sederhana. Rajah 4.2 di bawah

menunjukkan pecahan aras penguasaan pembelajaran murid dengan jelas.

43%57%

PERATUS PECAHAN RESPONDEN MENGIKUT ARAS PENGUASAAN PEMBELAJARAN

ARAS RENDAH

ARASSEDERHANA

Rajah 1: Pecahan responden mengikut aras penguasaan pembeajaran

24

Page 30: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

4.3 Jantina Responden

Responden dalam kelas atau kumpulan pertama terdiri daripada 8 orang murid lelaki (40%) dan

12 orang murid perempuan (60%). Responden dalam kelas atau kumpulan kedua terdiri daripada

10 orang murid lelaki (66.66%) dan 5 orang murid perempuan (33.33%). Rajah 4.3 di bawah

menunjukkan bilangan dan peratus jantina responden dengan jelas.

Rajah 2 : Bilangan responden mengikut jantina

4.4 Laporan Dapatan Kajian

Setelah menjalankankan beberapa langkah dalam perlaksanaan tindakan yang terlibat dalam

kajian mempertingkatkan penguasaan kata sendi nama menggunakan peta minda berbantukan

komputer yang mempunyai ciri-ciri inovasi ini, penyelidik telah memperolehi beberapa dapatan

seperti berikut :

25

Page 31: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

4.4.1 Dapatan Ujian Pra / Ujian Pengesanan Tahap Penguasaan Kata Sendi Nama

Sebelum Penggunaan Peta Minda Berbantukan Komputer & Dapatan Ujian

Pos / Ujian 2

Pencapaian Ujian Pra

(Bil murid )

Peratus

(%)

Ujian Pos

(Bil murid)

Peratus

(%)

Cemerlang

(80%-100%) 0 0% 13 37.14

Baik

(60% - 79%) 5 14.28 12 34.28

Sederhana

(40% -59%) 7 20.00 10 28.57

Tidak

Memuaskan

(20%-39%)

10 28.57 0 0

Lemah

(0%-19%) 13 37.14 0 0

Jadual 1 : Dapatan Ujian Pra dan Ujian Pos

26

Page 32: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

0

2

4

6

8

10

12

14

UJIAN PRA UJIAN POS

CEMERLANG

BAIK

SEDERHANA

TIDAKMEMUASKAN

LEMAH

Rajah 3: Dapatan Ujian Pra dan Ujian Pos

Jika dilihat daripada markah yang diperoleh dalam Ujian Pra dan Ujian Pos terdapat perbezaan

yang agak ketara. Di mana peserta kajian dinilai daripada skala pencapaian iaitu cemerlang, baik,

sederhana, tidak memuaskan dan lemah. Jumlah peserta kajian yang lulus dalam Ujian 1 (Ujian

Pra) ialah seramai 12 orang sahaja dan peratusan  adalah sebanyak 34.28%. Manakala jika

dibandingkan dengan Ujian Pos seramai 35 orang dan peratusan lulus sebanyak 100%.

Penambahan peningkatan sebanyak  65.72%.

Berikut pula adalah analisis keputusan ujian pra dan ujian pos ke atas 35 orang murid Tahun 4

tersebut :

Ujian yang dijalankan Ujian Pra (%) Ujian Pos (%)

Jumlah markah lulus 34.28 100.00

Jadual 2 : Nilai peratus markah lulus bagi dapatan Ujian Pra dan Ujian Pos

27

Page 33: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

34.28

100

0

20

40

60

80

100

PERATUS MARKAH

UJIAN PRA UJIAN POS

KATEGORI

PERATUS MARKAH LULUS

Rajah 4 : Nilai peratus markah lulus bagi dapatan Ujian Pra dan Ujian Pos

Jadual di atas menunjukkan bahawa peratus markah bermula ujian pra dan diakhiri dengan ujian

pos telah meningkat daripada 34.28% kepada 100.00%. Ini jelas membuktikan bahawa

pengajaran kata Sendi Nama menggunakan peta minda berbantukan komputer yang mempunyai

ciri-ciri inovasi telah menyumbang kepada peningkatan penguasaan pelajar Tahun 4 terhadap

penggunaan kata Sendi Nama yang betul.

Selain daripada penyelidikan ini, Rusilah Jais et. al (2004) juga telah menjalankan kajian tentang

penggunaan peta minda bagi mata pelajaran matematik di kalangan pelajar perakaunan. Kajian

tersebut melibatkan seramai 158 responden di kalangan pelajar-pelajar matrikulasi. Hasil dapatan

kajian tersebut menunjukkan berlakunya peningkatan pelajar yang mendapat gred A sebanyak

26.6% dalam ujian pos berbanding 7% dalam ujian pra. Pelajar yang mendapat gred B juga

meningkat daripada 7.6% dalam ujian pra kepada 12% dalam ujian pasca. Bagi gred C

menunjukkan penurunan peratus dalam ujian pasca iaitu 3.2% berbanding 10.1% dalam ujian

pra. Rusilah Jais et. al (2004) merumuskan bahawa penggunaan peta minda dalam mata pelajaran

matematik adalah berkesan.Dengan demikian penyelidik merumuskan bahawa kaedah

pengajaran & pembelajaran menggunakan peta minda berbantukan komputer (Aplikasi Mind

28

Page 34: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

Mapple) telah menunjukkan peningkatan pencapaian yang ketara dari sudut penguasaan Kata

Sendi Nama.

4.4.2 Hasil Pemerhatian Ke Atas Proses Pengajaran & Pembelajaran Kata Sendi

Nama Yang Melibatkan Inovasi Peta minda kata Sendi & Pencapaian Murid

Dalam Latih tubi Menjawab Soalan Kata Sendi Nama.

Penyelidik telah menjalankan pemerhatian ke atas proses pengajaran & pembelajaran kata sendi

nama tetapi tidak dengan penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional iaitu

menggunakan kaedah penerangan dalam setiap langkah pengajaran dan pembelajarannya,

sebaliknya penggunaan yang melibatkan inovasi iaitu peta minda kata sendi nama telah

digunakan oleh penyelidik. Penyelidik telah menggunakan borang pemerhatian inventori yang

mengandungi item-item tentang penggunaan yang melibatkan inovasi iaitu peta minda kata sendi

nama berbantukan komputer.

Berdasarkan pemerhatian ke atas proses P&P Kata Sendi Nama (35 orang pelajar Tahun 4) yang

melibatkan inovasi iaitu peta minda kata sendi nama berbantukan komputer tersebut, penyellidik

dapati proses pengajaran dan pembelajaran kata sendi nama inovasi berjaya mewujudkan konsep

pembelajaran secara didik hibur dan dapat mencapai objektif P&P Kata Sendi Nama. Antara

objektif P&P Kata Sendi Nama tersebut ialah memberikan contoh kata sendi nama yang terdapat

dalam petikan, mengisi tempat kosong dengan kata sendi nama yang betul dalam lembaran kerja

dan membina ayat tunggal dengan menggunakan kata sendi nama yang diberikan oleh guru.

Selain itu, kaedah peta minda dengan berbantukan komputer serta mempunyai ciri ciri inovasi

yang digunakan oleh penyelidik dapat mengekalkan tumpuan dan perhatian murid kepada

pengajaran guru berbanding dengan kaedah pengajaran guru secara tradisional dan

membosankan. Dengan penggunaan kaedah peta minda yang mempunyai ciri-ciri inovasi seperti

memaparkan perkataan, ayat, imej, gambar, warna, frasa serta garisan anak panah yang sangat

menarik perhatian pasti akan menarik perhatian pelajar seterusnya boleh menarik minat pelajar

untuk menguasai kemahiran menggunakan kata sendi di dalam sesuatu ayat.

29

Page 35: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

Rasa bosan pelajar juga dapat dihindarkan semasa pembelajaran. Murid-murid akan lebih mudah

mengingati isi pelajaran kerana tidak perlu membaca ayat yang panjang serta sukar difahami.

Imej, warna, frasa, dan sebagainya itu tidak terlalu abstrak berbanding dengan syarahan

guru.Peta minda yang digunakan oleh penyelidik melibatkan penggunaan grafik. Peta minda

selalunya dihasilkan dalam bentuk gambaran atau pola kerana otak manusia lebih mudah

menerima ransangan yang berbentuk pola.

Selanjutnya, penggunaan peta minda ini juga telah meransang penyelidik sebagai guru Bahasa

Melayu menjadi lebih bersedia, kreatif dan sentiasa peka dengan tugas mendidik di dalam bilik

darjah. Penggunaan peta minda dengan berbantukan komputer menuntut penyelidik membuat

persediaan yang rapi sebelum memulakan pengajaran. Guru-guru juga akan lebih kreatif untuk

menghasilkan peta minda yang menarik, padat dan mudah untuk difahami oleh murid-murid.

Penyelidik juga menjadikan peta minda tersebut sebagai bahan ‘hard copy’ untuk rujukan atau

nota ekspress pelajar. Penyelidik juga mendapati majoriti pelajar cepat menghafal dan

mengingati fungsi kata sendi nama dengan cepat dan berpanjangan. Ini menunjukkan

penggunaan peta minda dalam proses P&P Kata Sendi Nama mampu mencorakkan suasana P&P

yang memberansangkan dan rata-rata pelajar menjadi lebih responsif. Selain itu, penyelidik

dapati masalah pelajar yang cepat merasa bosan dan cepat penat sehingga mengganggu

konsentrasi mereka untuk menguasai penggunaan Kata Sendi Nama yang betul turut dapat

diselesaikan.

Murid-murid Tahun 4 (35 orang) tersebut telah memberi tindak balas yang amat

memberansangkan. Setiap aktiviti P&P yang dianjurkan oleh penyelidik dapat diikuti oleh semua

murid tanpa keciciran. Secara keseluruhannya, hasil dapatan daripada pemerhatian ke atas proses

pengajaran dan pembelajaran Kata Sendi Nama bagi 35 orang pelajar Tahun 4 Sekolah

Kebangsaan Desa Amanpuri Persiaran Perdana, Selangor jelas menunjukkan bahawa

penggunaan peta minda berbantukan komputer dapat membantu murid untuk menguasai

penggunaan kata sendi nama yang betul dan bersesuaian dalam ayat.

30

Page 36: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

Rajah 5 : Kata Sendi Nama Menggunakan Peta Minda Inovasi Berbantukan Komputer .

31

Page 37: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

Berbanding dengan suasana proses P&P sebelum ini yang mana penyelidik hanya menggunakan

kaedah penerangan semata-mata. Dengan itu guru perlu memainkan peranan untuk

mencorakkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mewujudkan sesuatu pembaharuan

seperti penggunaan peta minda berbantukan komputer. Tidak hanya terbatas kepada satu atau

dua kaedah sahaja sehingga menyebabkan murid cepat bosan dan berasa letih semasa aktiviti

P&P dijalankan. Sedangkan murid-murid tersebut sebenarnya memiliki kemampuan menguasai

penggunaan Kata Sendi Nama yang boleh dicungkil atau digarap oleh guru.

4.4.3 Dapatan hasil daripada temu bual yang dijalankan setelah peserta kajian

menjalani pembelajaran penggunaan peta minda inovasi kata sendi nama

berbantukan komputer.

Peserta kajian dapat meningkatkan kemahiran dalam kata sendi nama dengan baik. Penyelidik

menggunakan pembelajaran peta minda inovasi dalam pengajarannya. Ini dapat dilihat dalam

aktiviti yang dijalankan sepanjang pengajaran kata sendi nama dan peserta kajian telah

menunjukkan peningkatan yang baik. Mok (1990) menyatakan pembelajaran secara peta minda

inovasi dapat meningkatkan lagi motivasi belajar murid, di mana ia mempunyai beberapa

kelebihan.

Jika dilihat daripada temu bual yang telah dijalankan didapati bahawa peserta kajian lebih mudah

memahami kemahiran yang diajar dengan menggunakan kaedah peta minda inovasi. Ini dapat

dilihat dalam Jadual 3 di mana peserta kajian sebahagian besar telah menguasai penggunaan kata

sendi nama. Dalam Rajah 5 pula 100% peserta kajian suka belajar peta minda inovasi

berbantukan komputer berbanding cara tradisional. Ini jelas menunjukkan bahawa pembelajaran

peta minda inovasi ini dapat meningkatkan penguasaan peserta kajian dan menimbulkan

keseronokan kepada mereka. Peserta kajian dapat belajar dan menjalankan aktiviti bersama-sama

ahli kumpulan. Menurut Sandra dan Shickley (2006) , pelajar seronok dapat peluang untuk

belajar peta minda inovasi. Selain itu, peserta kajian juga dapat bekerjasama dan melahirkan

idea-idea dengan berkesan.

32

Page 38: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

DAPATAN HASIL TEMU BUAL

Soalan Catatan

Soalan 1

(Minat/faham)

§  15/35 orang peserta kajian mengatakan ya, mereka minat dan faham apa yang guru ajar.§  20/35 orang murid mengatakan tidak minat.

Soalan 2

(Minat/suka pembelajaran melalui Peta Minda Inovasi Berbantukan Komputer )

Kesemua 35 orang peserta kajian  mengatakan ya mereka minat dengan  pembelajaran melalui Peta Minda Inovasi Berbantukan Komputer .

Soalan 3   (Pemahaman / Peta Minda Inovasi Berbantukan Komputer)                                                             

§  Ke Semua 35 orang peserta kajian mengatakan ya mereka

setuju peta minda kata sendi nama dapat meningkatkan kemahiran kata sendi nama menggunakan Peta Minda Inovasi Berbantukan Komputer.

Soalan 4

(Penggunaan Peta Minda Inovasi Berbantukan Komputer menarik minat murid)

§  33 33 / 35 orang peserta kajian mengatakan ya mereka

seronok belajar menggunakan peta minda inovasi kata sendi nama berbantukan komputer.

     2 / 35 daripada  peserta kajian menyatakan tidak  pasti.

Soalan 5

(cara pengajaran guru  membantu dalam menjawab soalan kata sendi nama.)

§  33 33 / 35 orang peserta kajian mengatakan ya mereka

seronok belajar menggunakan peta minda inovasi kata sendi nama berbantukan komputer.

• 2 /35 daripada peserta kajian menyatakan tidak pasti.

Jadual 3 : Dapatan catatan mengenai temu bual yang dijalankan

33

Page 39: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

Dapatan kajian juga menunjukkan peserta kajian dapat memahami, mengingat dan meningkatkan

kemahiran mereka tentang penggunaan kata sendi nama dalam ayat bahasa Melayu dengan

menjalankan pembelajaran melalui Peta Minda Inovasi Berbantukan Komputer seperti yang telah

pengkaji laksanakan. Ini dapat dilihat dalam Rajah 3 yang merupakan hasil dapatan Ujian 1

(Ujian Pra ) dan Ujian 2 ( Ujian Pos ) yang menunjukkan peningkatan. Selain itu perbandingan

markah seperti dalam Jadual 1 di atas juga jelas menunjukkan pembelajaran melalui Peta Minda

Inovasi Berbantukan Komputer yang digunakan oleh penyelidik dapat meningkatkan penguasaan

peserta kajian dalam penggunaan kata sendi nama.

Dapatan ini selari dengan pandangan Simah Mamat (2009) yang mengatakan kekuatan kaedah

pembelajaran melalui Peta Minda Inovasi Berbantukan Komputer ini dapat memotivasikan serta

dapat memberikan keseronokan kepada pelajar dan pada masa yang sama pengajaran dan

pembelajaran berjalan lancar. Keseluruhan aktiviti membolehkan mereka bergerak dan

mengaktifkan bilik darjah serta dapat menceriakan suasana pengajaran dan pembelajaran.

4.5 Rumusan

Berdasarkan dapatan daripada semua instrumen yang digunakan iaitu temu bual, pemerhatian,

analisis ujian pra dan ujian pos telah dapat menjawab soalan kajian. Ini juga membuktikan

strategi didik hibur yang diperkenalkan melalui Peta Minda Inovasi Berbantukan Komputer

berjaya menangani masalah kata sendi nama murid Tahun 4

34

Page 40: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

BAB 5 : RUMUSAN / PERBINCANGAN / CADANGAN KAJIAN

5.1 Pengenalan

Rumusan dapatan kajian secara keseluruhannya adalah dibuat berdasarkan kepada objektif kajian

yang diutarakan dalam Bab 1. Selain itu, implikasi kajian dan beberapa cadangan yang difikirkan

sesuai dikemukakan bagi mempertingkatkan tahap persepsi pelajar mengenai kemahiran

membaca dan keberkesanan penggunaan teknik didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran.

5.2 Rumusan Hasil Kajian

Secara keseluruhannya, pertama dapatlah dirumuskan bahawa berdasarkan Ujian Pra dan Ujian

Pos yang telah dijalankan, terdapat perbezaan yang agak ketara. Responden kajian dinilai

daripada skala pencapaian iaitu cemerlang, baik, sederhana, tidak memuaskan dan lemah. Jumlah

peserta kajian yang lulus dalam Ujian 1 ialah seramai 12 orang dan peratusan adalah sebanyak

34.28%. Manakala jika dibandingkan dengan Ujian Pos seramai 35 orang dan peratusan lulus

sebanyak 100%. Penambahan peningkatan sebanyak 65.72%. Ini menunjukkan tahap penguasaan

pelajar ke atas penggunaan Kata Sendi Nama yang betul dalam kalangan 35 orang pelajar

semakin bertambah baik.

Kedua, min markah bermula ujian pra dan diakhiri dengan ujian pasca telah meningkat daripada

44.8 kepada 67.48. Ini jelas membuktikan bahawa pengajaran kata Sendi Nama menggunakan

peta minda berbantukan komputer yang mempunyai ciri-ciri inovasi telah menyumbang kepada

peningkatan penguasaan pelajar Tahun 4 terhadap penggunaan kata Sendi Nama yang betul.

Ketiga, hasil daripada pemerhatian ke atas proses pengajaran dan pembelajaran Kata Sendi

Nama bagi 35 orang pelajar Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri Persiaran Perdana ,

35

Page 41: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

Selangor. yang menggunakan peta minda berbantukan komputer (menggunakan aplikasi Mind

Mapple) dapat membantu murid untuk menguasai penggunaan kata sendi nama yang betul dan

bersesuaian dalam ayat. Peta minda juga dijadikan bahan ‘hard copy’ untuk rujukan atau nota

ekspress pelajar. Penyelidik juga mendapati majoriti pelajar cepat menghafal dan mengingati

fungsi kata sendi nama dengan cepat dan berpanjangan. Ini menunjukkan penggunaan peta

minda dalam proses P&P Kata Sendi Nama mampu mencorakkan suasana P&P yang

memberansangkan dan rata-rata pelajar menjadi lebih responsif. Berbanding dengan suasana

proses P&P sebelum ini yang mana penyelidik hanya menggunakan kaedah penerangan semata-

mata.

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian

1. Membantu peserta kajian meningkatkan penguasaan kata sendi menggunakan

kaedah Peta Minda Inovasi Berbantukan Komputer.

Hasil dapatan kajian membuktikan penggunaan kaedah Peta Minda Inovasi Berbantukan

Komputer membantu meningkatkan kefahaman peserta kajian terhadap penguasaan kata sendi

nama. Dapatan kajian juga mendapati peratusan peserta kajian berjaya menggunakan kedua -

dua aspek tatabahasa dengan betul dan mendadak. Sebelum penggunaan kaedah kaedah

Peta Minda Inovasi Berbantukan Komputer tiada seorang peserta kajian pun yang dapat

menulis kata sendi nama dengan betul dan tiada seorang pun berjaya mendapat skor peratus

melebihi 80%.

Malah mereka menyatakan bahawa mereka mengagak-agak dan memberitahu bahawa mereka

keliru dengan kata sendi nama .Dapatan kajian ini selari berpadanan dengan dapatan kajian

oleh Aishah Bt Shariff (2011) yang telah membuat kajian tentang tahap penggunaan kata sendi

nama di dalam kemahiran menulis peserta kajian beliau. Dapatan kajian beliau menyatakan

bahawa berlaku peningkatan markah ujian murid setelah pengkaji melakukan

penambahbaikkan dalam amalan mengajar.

36

Page 42: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

2. Meningkatkan peratusan peserta kajian yang dapat menjawab soalan kata sendi

nama menggunakan kaedah Peta Minda Inovasi Berbantukan Komputer.

Dapatan kajian ini jelas menunjukkan peningkatan peratusan yang berjaya menjawab soalan

ujian pos berbading ujian pra. Dapatan kajian ini selari dengan kajian yang telah dijalankan oleh

Zahariah Binti Mahmud (2011) dan Mohd Hazudin Awang(2010) yang menggunakan peta

minda dalam membantu masalah peserta kajian mereka dalam penguasaan kemahiran bahasa

Melayu dan turut menegaskan bahawa aplikasi peta minda dapat digunakan sebagai satu

pendekatan sewaktu pengajaran dan pembelajaran.

3. Meningkatkan minat peserta kajian terhadap kaedah Peta Minda Inovasi

Berbantukan Komputer.

Sebelum penambahbaikkan terhadap intervensi kaedah Peta Minda Inovasi Berbantukan

Komputer, terdapat beberapa orang peserta kajian yang tidak berjaya mendapatkan skor

peratusan ujian melebihi 80%. Setelah pengkaji memberikan borang soal selidik untuk mendapat

respon minat peserta kajian terhadap kaedah yang telah dijalankan ternyata 80% peserta kajian

yang berjaya menyatakan bahawa mereka berminat dan seronok menggunakan kaedah Peta

Minda Inovasi Berbantukan Komputer.

Tonny Windura (2008), peta minda adalah teknik yang membolehkan kita mengeksplorasi

seluruh kemampuan otak bagi memenuhi keperluan berfikir dan belajar. Peta minda biasanya

berwarna-warni dan mempunyai gabungan tulisan atau buku catatan itu, belum tentu mudah

difahami dan diingati oleh kita. Maka jelas menunjukkan telah ada kajian-kajian yang telah

dilakukan dan menunjukkan bahawa keberkesanan peta minda dalam menarik minat peserta

kajian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian yang diperolehi jelas

menunjukkan pelajar semakin mengenal kata sendi dan fungsinya yang sebenar, membantu

pelajar menguasai penggunaan kata sendi dalam sesuatu ayat, memudahkan pelajar menghafal

37

Page 43: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

dan mengingati penggunaan kata sendi yang betul seterusnya membantu mengingati bentuk

kesalahan lazim yang sering dilakukan oleh pelajar.

Selain itu, dapatan kajian yang diperolehi penyelidik sangat membantu guru membuat refleksi

tentang pengajarannya serta memperbaiki kaedah dan teknik pengajaran agar sesuai dengan

tahap kesediaan dan minat murid. Dalam proses pengajaran ‘Kata Sendi Nama’ ini, guru

seharusnya menggunakan kaedah pengajaran berinovasi yang telah meransang pembelajaran

murid. Kaedah peta minda dengan berbantukan komputer serta mempunyai ciri ciri inovasi telah

dapat mengekalkan tumpuan dan perhatian murid kepada pengajaran guru dan seterusnya akan

meningkatkan pencapaian.

Hasil kajian ini juga penting kepada pelajar yang berpenguasaan rendah ke atas penggunaan kata

sendi nama yang betul dalam sesuatu ayat. Hal ini didapati disebabkan oleh kaedah pengajaran

guru secara konvensional. Setelah penyelidik menemui bahawa penggunaan kaedah peta minda

yang mempunyai ciri-ciri inovasi seperti memaparkan perkataan, ayat, imej, gambar, warna,

frasa serta garisan anak panah yang sangat menarik perhatian ini telah mampu menarik perhatian

pelajar seterusnya boleh menarik minat pelajar untuk menguasai kemahiran menggunakan kata

sendi di dalam sesuatu ayat, masalah rasa bosan pelajar sememangnya dapat dihindarkan semasa

pembelajaran. Pelajar menjadi lebih mudah mengingati isi pelajaran kerana tidak perlu membaca

ayat yang panjang serta sukar difahami. Imej, warna, frasa, dan sebagainya itu tidak terlalu

abstrak berbanding dengan syarahan atau penerangan guru.

Ini terbukti apabila jumlah peserta kajian yang lulus dalam Ujian 1 ialah seramai 35 orang dan

peratusan  adalah sebanyak 46.66%. Manakala jika dibandingkan dengan Ujian Pasca seramai 75

orang dan peratusan lulus sebanyak 100%. Penambahan peningkatan sebanyak  53.34%. Nilai

min markah bermula ujian pra dan diakhiri dengan ujian pos telah meningkat daripada 44.8

kepada 67.48. Ini jelas membuktikan bahawa pengajaran kata Sendi Nama menggunakan peta

minda berbantukan komputer (Aplikasi Mind Maple) yang mempunyai ciri-ciri inovasi telah

menyumbang kepada peningkatan penguasaan pelajar Tahun 4 terhadap penggunaan kata Sendi

Nama yang betul.

38

Page 44: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

5.4 Implikasi Dapatan Kajian

Secara nyata, peta minda merupakan penggunaan grafik. Peta minda selalunya dihasilkan dalam

bentuk gambaran atau pola kerana otak manusia lebih mudah menerima ransangan yang

berbentuk pola. Dengan itu terdapat beberapa implikasi dapatan kajian yang wujud dari

penyelidikan ini antaranya meransang guru Bahasa Melayu untuk lebih bersedia, kreatif dan

sentiasa peka dengan tugas mendidik di dalam bilik darjah. Penggunaan peta minda dengan

berbantukan komputer menuntut guru membuat persediaan yang rapi sebelum memulakan

pengajaran. Guru menjadi lebih kreatif untuk menghasilkan peta minda yang menarik, padat dan

mudah untuk difahami oleh murid-murid. Peta minda tersebut menjadi bahan ‘hard copy’ untuk

rujukan atau nota ekspress pelajar.

Pelajar cepat menghafal dan mengingati setiap rumus atau formula berkesan tentang kata sendi

nama dengan cepat dan berpanjangan. Selain itu, dapatan kajian ini juga memberi kepentingan

kepada pihak pentadbiran sekolah, yakni guru besar bolehlah menyarankan kepada semua guru

bukan sahaja untuk mata pelajaran Bahasa Melayu tetapi kepada semua mata pelajaran lain bagi

di samping dapat memperkukuh kemahiran asas menggunakan komputer. Antara aplikasi peta

minda yang boleh digunakan adalah aplikasi Mind Maple.

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan

Daripada kajian yang telah dijalankan, didapati responden amat berminat dan bermotivasi

untuk membaca dan mengisi peta minda yang telah diperbanyakkan oleh guru sepanjang proses

pengajaran dan pembelajaran. Penyelidik berjaya mencapai Objektif penyelidikan ini iaitu

membantu pelajar mengenal kata sendi nama dan fungsinya yang sebenar; membantu pelajar

menguasai penggunaan kata sendi dalam sesuatu ayat; memudahkan pelajar menghafal dan

39

Page 45: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

mengingati penggunaan kata sendi yang betul; akhir sekali membantu mengingati bentuk

kesalahan lazim yang sering dilakukan oleh pelajar. Penyelidikan ini telah berjaya membuktikan

meningkatnya penguasaan pelajar ke atas penggunaan Kata Sendi Nama menggunakan peta

minda Kata Sendi Nama Berbantukan Komputer Yang Mempunyai Ciri-Ciri Inovasi (Aplikasi

Mind Mapple). Justeru, penyelidik bercadang untuk meneruskan kajian ini dengan memberi

penekanan kepada penggunaan peta minda berbantukan komputer yang mempunyai ciri-ciri

inovasi bagi membantu pelajar supaya sentiasa menguasai penggunaan Kata Sendi Nama yang

betul dan sesuai dengan struktur ayat. Kajian sedemikian menjadikan guru sentiasa bijak

mencorakkan amalan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

5.6 PENUTUP

Semoga hasil penyelidikan ini, dapat memberikan input yang berguna dan bermanfaat

berkaitan kedudukan atau status bagi keberkesanan penggunaan kaedah Peta Minda Inovasi

Berbantukan Komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa

Malaysia dalam tajuk Kata Sendi Nama di di Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri Persiaran

Perdana , Selangor. Di samping itu, segala cadangan yang dikemukakan dalam

mempertingkatkan lagi keupayaan keberkesanan penggunaan kaedah Peta Minda Inovasi

Berbantukan Komputer dalam pengajaran dan pembelajaran ini, dapat di ambil perhatian yang

serius supaya langkah pengubahsuaian dan pembaikan dapat dilakukan dengan sewajarnya.

40

Page 46: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

RUJUKAN

Agensi Inovasi Malaysia. (2012). i-Think. Retrieved from Agensi Inovasi Malaysia: https://www.linkedin.com/company/agensi-inovasi-malaysia

Altablig Ali (2006). Penggunaan Peta Minda Dalam Meningkatkan Konsep Atau Fakta Sejarah, Bab 1 Tingkatan 4. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan. Jabatan Pendidikan Perak. Hlm, 87 – 99.

Aishah Bt. Shariff. (2011). Kajian Tahap Penggunaan Kata Sendi Nama “di‟ Dalam Kemahiran Menulis Bagi Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Oleh Murid Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Kuala Muda, Penaga, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Open University Malaysia

Ang dan Ong. (2007). Introducing Mind Map in Comprehension, Recent Research on MindMaps in Education. m.s. 11-19

Asma Ishak (2005). Meningkatkan Kemahiran Mencatat Isi-Isi Penting Di Kalangan MuridTahun 4 Dengan Menggunakan Peta Minda. Jurnal Kajian Tindakan Guru. Institut Perguruan Perlis : 133-145.

Azizi Yahaya Et. Al. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan – Teori, Analisis &Interpretasi Data. Kuala Lumpur : PTS Professional.

Cindy Oh et. al. (2006). Reading With Understanding Through The Use if Mind Maps, Recent Research on Mind Maps in Education. m.s 5-19

Effandi Zakaria & Zanaton Iksan.(2007).Promoting Cooperative Learning in Science and Mathematics Education: A Malaysian Perspective.Eurasia Journal of Mathematics, Science &Technology Education,3(1),35-39.

Esah Sulaiman.(2004).Pengenalan Pedagogi. Selangor:Penerbitan UTM.

Gardner,P.(2002).Strategies and Resources for Teaching and Learning in Inclusive Classroom. Landon:David Fulton Publishers.

Isjoni, I.(2006).Pendidkan Sebagai Investasi Masa Depan. Jakarta, Indonesia: Yayasan Obor.

41

Page 47: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

Ismail Zain (2005). ‘Belajar Berkesan Dengan Peta Minda’. Kuala Lumpur : Utusan Malaysia.

Kamus Dewan , Edisi Keempat.(2005).Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kam Foo Kong (2006). Meningkatkan Minat Pelajar-Pelajar Tingkatan 1L Kepada Pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Melalui Kaedah Pembelajaran Berbantukan Komputer. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan. Jabatan Pendidikan Perak. Hlm,110 – 125.

Kamarudin Husin (2001). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mohd Hazudin Bin Awang. (2009). Satu Kajian Tentang Kesan Penggunaan Peta Minda Atau Peta Konsep Terhadap Prestasi Pelajar Dalam Mata Pelajaran Bahasa

Melayu Tahun Enam. Open University Malaysia

Mohd Majid Konting (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : DewanBahasa Dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood.(2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nizar Hanim Binti Todak. (2011). Analisis Kesalahan Kata Sendi Nama “di‟ dan Imbuhan Pasif “di‟ yang Terdapat Dala Majalah URTV. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2006). Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk KursusPerguruan Lepasan Ijazah (KPLI)-Sekolah Rendah Dan Menengah. Kuala Lumpur :Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Roselan Baki.(2003).Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Karisma Publication Sdn. Bhd.

Ramlan Hamzah & Lily Mastura Harun (2006). Panduan Ulangkaji Psikologi Pendidikan.AKuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Shahbudin Hashim, Mahani Razali & Ramlah Jantan (2007). Psikologi Pendidikan.Kuala Lumpur : PTS Professional.

Subadrah Madhawa Nair (2001). Penggunaan Peta Minda Sebagai Satu Strategi DalamPengajaran Kesusasteraan Melayu. Prosiding Seminar Pendidikan Kebangsaan. Fakulti Pendidikan UKM.

42

Page 48: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

Tetty Henny dan Nik Zafri (2006). Inovasi Dalam Pedagogi, Kurikulum dan Pendidikan Malaysia.

Tony Buzan (2006). Mind Mapping - Kick-Start Your Creativity And Tranform Your Life.England : BBC Active

Widad Othman dan Kandar. (2006). Types of Learning in Module “Teaching Methods in Technical and vocational Education.”, Kuala Lumpur: PD offsett Sdn.Bhd.

Zahariah Binti Mahmood. (2011).Penggunaan Peta Minda Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu(Penulisan) Untuk Pelajar Tahun 5. Open

University Malaysia Zahir b. Shoib. (2009). Kajian Tahap Penggunaan Kata Sendi Nama di Dalam Kemahiran

Menulis Bagi Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Oleh Murid Tahun 4 di SK Bukit Meriam Kota Kuala Muda, Kedah Darul Aman, Fakulti Pendidikan dan Bahasa. Open University Malaysia.

Zainal Abidin Ahmad.(2000).Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 – lll. Petaling Jaya: Sasyaz Holdings Sdn. Bhd.

43

Page 49: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

LAMPIRAN 1

Nota : Kata Sendi Nama (Menggunakan Peta Minda : Aplikasi Mind Maple)

44

Page 50: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

LAMPIRAN 2

UJIAN PRA / UJIAN POS

Lembaran Kerja ( Isikan kata sendi nama yang betul )

Nama : _____________________________________

Kelas : _____________________________________

1. Tren komuter itu __________________________ Bandar Tasik Selatan. (dari/daripada).

2. Azik menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran

___________________________ (dari/daripada) universiti itu.

3. Puan Maimunah sangat sayang _____________________________ (pada/kepada) anak-

anaknya.

4. _______________________ (Dari/Daripada) duduk di rumah sahaja, lebih baik saya

berkebun.

5. Jam tangan itu ada _________________________ (pada/kepada) Azlan.

6. Ahmad berpaut __________ (di/pada) dahan itu.

7. Tangisan bayi itu kedengaran ____________________ (hingga ke/hingga) rumah saya.

8. Ayah bekerja _____________________ (di/dari) pagi _________________________

(hingga/hingga ke) petang.

9. Saya sanggup berkorban ___________________________ (demi/demi untuk) negara.

45

Page 51: Tugasan   krl3043  kata sendi nama

10. Saya membeli buku itu __________________ (untuk/bagi) adik.

46