senarai tugas guru bimbingan sepenuh masa · pdf filekonsultasi dan rujukan, berhubung...
TRANSCRIPT
SENARAI TUGAS GURU BIMBINGAN SEPENUH MASA (GBKSM) 1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan
Bimbingan di sekolah.
2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling melalui kajian
keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir,
kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.
3. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
4. Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling
kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.
5. Mengelola dan melaksana aktiviti Bimbingan kelompok dan tunjuk ajar
(instructional) yang meransang perkembangan pelajar secara optimum.
6. Merancang, melaksana mengawalselia perkhidmatan bimbingan / kaunseling
individu secara professional dan beretika.
7. Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk
semua pelajar.
8. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti selepas
peperiksaan UPSR.
9. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan
pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.
10. Merancang, menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang pendidikan
selepas UPSR.
11. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan
konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan dan Kaunseling, Kerjaya dan
Pendidikan Pencegahan Dadah.
12. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens
dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang
terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.
13. Membuat penilaian aktiviti, modul, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara
menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan di
sekolah.
14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan
Bimbingan di sekolah.
15. Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan di sekolah.
16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan
kefahaman dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling di sekolah.
17. Mengenalpasti dan merujuk pelajar, guru, kakitangan dan siapa sahaja yang
memerlukan perkhidmatan kaunseling krisis.
18. Menjadi personel perhubungan / seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang
berkaitan.
19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.
20. Menjadi ahli jawatankusa dalam Majlis Perancang Sekolah.
21. Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.
22. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti
kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya.
23. Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Program Sekolah Selamat, Dasar Pendidikan
Wajib, Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris & Dasar Bahasa Tambahan,
Penempatan ( Kemasukan ) pelajar ke sekolah.
24. Menjadi Penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan
Kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri.
25. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke
semasa.